Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, June 1, 2008

Perarakan spontan kebebasan media

Jun 1, 08 12:46pm

Para wartawan, blogger serta kumpulan rakyat prihatin hari ini menyertai satu perarakan spontan menyokong kebebasan media, walaupun sebelum ini ia dibatalkan atas alasan keselamatan dan mengganggu lalulintas.

Perarakan tersebut - Berjalan untuk Kebebasan Akhbar - berlangsungnya selepas selesai majlis antara pihak media dan Menteri Undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim pagi tadi.

Kira-kira 150 orang menyertai perarakan sepanjang kurang dari satu kilometer - dari Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) di Jalan Tangsi ke Dataran Merdeka dekat situ.

Pada mulanya, kumpulan reform media- Benar - merancang untuk mengadakan perarakan dari Dataran Merdeka kepada NPC sebagai tanda perpaduan wartawan dalam memperjuangkan kebebasan media.

Bagaimanapun, Jumaat lalu, Benar mengambil keputusan untuk membatalkan rancangan tersebut, kerana tidak dibenarkan oleh pihak polis atas alasan ia boleh mengganggu kelancaran lalulintas di kawasan tersebut.

Benar berkata, beberapa wartawan dan editor juga bimbang perarakan itu boleh dianggap sebagai satu perhimpunan haram.

Kerajaan Terengganu kekurangan wang

“Saya masih belum menerima bayaran. pegawai kerajaan kata, kerajaan tidak ada duit,” jelas Haji Imran Ali (bukan nama sebenar) seorang peniaga dari Kuala Terengganu ketika ditemui penulis baru-baru ini.

Katanya, Dua bill yang beliau hantar kepada pegawai dari sebuah jabatan kerajaan itu, hanya baru satu dibayar. “Biasa tidak begitu,” tambahnya lagi.

Jika benar, kenyataan peniaga itu, menunjukkan bahawa kerajaan Terengganu menghadapi masalah sama dengan kerajaan PAS Terengganu satu ketika dahulu apabila kekurangan wang untuk membiayai pentadbirannya ketika wang royalti petroleum dan gas dirompak oleh Umno.

Selagi wang royalti itu tidak dikembalikan semula kepada rakyat dan kerajaan negeri itu selagi itulah kerajaan berkenaan menghadapi masalah kewangan untuk belanja mengurus negeri itu.

Peruntukan sedia ada seperti ‘road grand’ dan ‘capitation grand’ dan hasil negeri dari kayu balak, air, cukai pintu dan kutipan-kutipan lain tidak memadai untuk menampung keperluan pembiayaan tersebut.

Tidak dinafikan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang kini pejabatnya di letakan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, kerajaan pusat menyalurkan dana khas untuk projek kerajaan pusat termasuk membaiki jalan raya termasuk di kawasan pendalaman yang seringkali dibuat tanpa pengetahuan kerajaan negeri.

Perkara ini dijelaskan sendiri oleh menteri besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said. Beliau mengakui banyak projek kerajaan pusat sebelum ini dilaksanakan di Terengganu tanpa pengetahuannya.

Sikap kerajaan pusat ini seolah-olah sama dibuat terhadap kerajaan pembangkang di negeri-negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) termasuk, Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang.

Perkara ini juga dibangkitkan oleh ahli-ahli parlimen PR di Dewan Rakyat baru-baru ini termasuk ahli parlimen dari Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Jika Sabah pun dimansukhkan JPP, maka Terengganu sepatutnya turut dimansukhkan. Apa guna ada kerajaan dalam kerajaan, membazirkan wang rakyat sahaja untuk mengurus di agensi tersebut kerana masing-masing di bawah BN bukan di bawah pembangkang.

Jika pembangkang memerintah sekalipun, tidak sepatutnya pembangunan negeri berkenaan dikacau ganggu oleh jabatan pusat kerana setiap negeri sudah ada pentadbiran termasuk jabatan-jabatan di bawah kementerian diletakkan di bangunan Wisma Persekutuan.

Serentak itu Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) mengambil inisiatif mendesak kerajaan pusat mengembalikan semula royalti berkenaan kepada kerajaan Terengganu untuk kepentingan rakyat negeri itu tanpa mengira parti dan kaum dengan melancarkan kempen tanda tangan sokongan untuk tujuan tersebut.

Mampat juga mempertikaian kemana perginya lebih RM2 bilion wang royalti dibelanjakan setelah ia diuruskan sendiri oleh kerajaan pusat kerana tidak ada kenyataan perbelanjaan dikemukakan untuk pengetahuan umum mengenainya sehingga hari ini.

Begitu juga dengan dana khas, tidak ada kenyataan perbelanjaan dibuat dan laporannya tidak pernah dibawa ke pengetahuan Ketua Audit Negara untuk urusan auditan.

Justeru Mampat telah menghantar laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) Terengganu di pejabat badan itu di Bangunan Wisma Persektuan, Kuala Terengganu baru-baru ini bagi meminta badan itu menyiasat penyelewengan wang tersebut.

Kebanyakan media menyiarkan berita ini. Ini menunjukan seriusnya perhatian semua pihak terhadap kes royalti petroleum dan gas ini.

Bagaimanapun ia masih lagi menjadi kes mahkamah. Segala keputusannya adalah di bawah kuasa mahkamah untuk menentukan sama ada permohonan kerajaan Terengganu semasa PAS memerintah negeri itu berpihak kepada rakyat dan kerajaan itu atau sebaliknya.

Persoalan timbul ialah sekiranya wang royalti itu kembali semula ke negeri Terengganu, adakah boleh dipercayai Kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakannya untuk kebaikan rakyat dan pentadbiran kerajaan atau untuk kepentingan kroni dan parti itu semata-mata sebagaimana yang berlaku sebelum ini?

Penulis tidak berkeyakinan kerajaan Datuk Ahmad Said ini cenderung dari segi praktikalnya untuk berbuat demikian. Umno biasanya akan menunjukkan bahawa parti itu akur dengan kehendak rakyat seketika apabila dia tersepit dengan masalah dalamannya atau masalah rakyat menolak parti itu seperti sekarang.

Apabila keadaanya pulih semula, tabiat lamanya akan terserlah. Wang rakyat yang begitu banyak itu akan diselewengakan dan digunakan untuk kepentingan kroni dan kelompok tertentu dalam Umnosehingga rakyat terus berada di takuk lama.

Inilah bahananya rakyat masih tidak sedar betapa bahayanya mereka meletak dan memilih Umno sebagai parti menerajui negeri dan negara ini.

Rakyat perlu berubah dan perubahan besar yang perlu dibuat ialah menolak BN atau Umno menjadi parti pemerintah. Biarkan partri tu menjadi pembangkang pula untuk melihat sejauh mana PR mampu merubah senario pentadbiran negara agar lebih baik dari negara Singapura.
Nilai mata wang Singapura selepas berpisah dari Malaysia, lebih baik dari mata wang Malaysia. Rasuah berkurangan lebih jauh berbanding Malaysia.

Jadi, apa yang tidak kena dengan Malaysia? Yang tidak kena dengan Malaysia ialah kerana negara itu diperintah BN/Umno.

Tag: politics

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising