Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Friday, May 30, 2008

Tidak adil 45% untuk bukan bumiputera


May 29, 08 3:50pm

Membuka peluang besar sehingga 45 peratus kepada bukan bumiputera menikmati biasiswa tidak "mewujudkan keadilan sosial" di negara ini, kata Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Kerajaan semalam mengumumkan pengenalan dasar baru itu untuk biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi program ijazah luar negara berkuatkuasa mulai tahun ini.

abim and university students 290508Langkah menaikkan peluang tersebut, yang asalnya dengan peratusan 10 bukan bumiputera dan 90 untuk bumiputera, adalah "tidak tepat dan tersasar daripada matlamat" dalam Perlembagaan Persekutuan seperti termaktub sebagai keistimewaan Melayu, kata setiausaha agung Abim, Khairul Arifin Mohd Munir.

"Mengambil kira tiga faktor, sudah pasti menaikkan peratusan pembahagian biasiswa (untuk) bukan bumiputera kepada 45 peratus, iaitu peratusan hampir sama dengan bumiputera, sama sekali tidak mencerminkan sebuah dasar yang dilaksanakan ke arah mewujudkan keadilan sosial di negara ini," katanya, .

Faktor-faktor tersebut, tambahnya, jumlah penduduk bumiputera lebih tinggi, kadar kemiskinan dalam kalangan bumiputera juga tinggi, dan mereka khususnya di Sabah dan Sarawak masih ketinggalan dalam bidang profesional.

"Adalah jelas bahawa kedudukan bumiputera masih perlu diperkasakan," kata Khairul Arifin lagi.

"Dalam jangka masa panjang, keputusan ini akan terus merugikan dan menyebabkan bumiputera terus ketinggalan di belakang."

Beliau bagaimanapun berhujah, peruntukan hak istimewa bumiputera, khususnya Melayu, bukanlah untuk mengatasi kemiskinan semata-mata tetapi ia menjadi "kontrak sosial dan quid pro quo" antara Melayu dengan kaum-kaum lain menjelang kemerdekaan.

"Maka, walaupun selepas 50 tahun (merdeka), peruntukan ini perlu dipertahankan kerana ia menjadi elemen asasi yang mencirikan Perlembagaan Persekutuan dan pembinaan negara ini," tambahnya.

Abim turut mempertikaikan langkah ini yang dibuat tanpa penjelasan lanjut dan "tergesa-gesa" tanpa kajian terperinci untuk mengenal pasti permasalahan sebenar.

Berlatar senario politik pasca pilihanraya umum 8 Mac, katanya, pertubuhan itu bimbang sentimen perkauman khususnya bumiputera akan memuncak jika mereka tidak menerima penjelasan tersebut.

"Tindakan menaikkan peratusan (bukan bumiputera) ini ... akan menyebabkan banyak pihak, khususnya bumiputera berasa marah dan tidak berpuas hati," katanya.

"(Tanpa penjelasan meyakinkan), secara pasti (dasar baru) akan menimbulkan kesan sentimen perkauman dan rasialisme ... tanpa dielakkan lagi." -Malaysiakini



Tag: politics

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising