Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, May 29, 2008

Ezam ibarat ayam jantan yang gah berkokok tetapi ekornya dipenuhi najis

Mohd Rashidi Hassan, HARAKAH

Ada banyak rumours diperkatakan apabila Ezam Mohamed Nor menyerahkan borang keahlian Umno seumur hidup kepada Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen semalam.

Ezam mengatakan beliau berhasrat masuk Umno bukan kerana mengkagumi personaliti Abdullah, sebaliknya perubahan dasar yang dijalankan khususnya dalam persoalan Badan Pencegah Rasuah dan isu kehakiman, begitu menarik minatnya.

Hakikatnya pada beliau perubahan dasar yang dibuat oleh Abdullah, Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno begitu mendorong pendiriannya untuk berubah.

BN dan Umno sudah berubah? Benarkah begitu? Apakah pendirian yang diambil Ezam sekarang ini, sinomin dengan perjuangan beliau selama ini?

Ezam sejak dua tahun lepas adalah orang yang tidak berparti. Kisah Ezam keluar KeADILan bukan lagi menjadi isu. Dua tahun lalu beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda atas alasan hendak menumpukan kepada Gerak.

Namun, ada yang mengatakan beliau bergaduh dengan Naib Presiden KeADILan, Mohamed Azmi Ali, ada juga yang mendakwa Ezam bergaduh dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ketika Anwar dipecat pada tahun 1998, Ezam adalah Setiausaha Politiknya, manakala Azmin sebagai Setiausaha Sulit.

Kedua-dua anak muda ini merupakan antara tonggak utama dan orang kepercayaan Anwar untuk menggerakkan gerakan reformasi semasa Anwar merengkok dalam tahanan.

Dalam parti politik, pemimpin memang ada banyak perbezaan pendapat. Soal pergaduhan dan bagaimana bentuk pendekatan masing-masing tidak perlu dihuraikan di sini.

Kunjungan Ezam ke Harakah

Kira-kira tiga minggu sebelum Parlimen dibubarkan Februari lepas, Ezam Mohd Noor berkunjung ke pejabat Harakah, menemui Ketua Pengarang Kumpulan, Ahmad Lutfi Othman.

Jika tidak silap, hari itu hari Ahad. Hari cuti. Banyak pejabat ditutup, begitu juga dengan Harakah. Hanya dua tiga orang sahaja yang bekerja.

Kami mencadangkan perjumpaan dibuat pada hari lain, namun beliau tetap mahu berjumpa katanya, atas urusan yang amat penting.

Saya dimaklumkan oleh Ketua Pemberita, Wan Nordin Wan Yaacob tentang kehadiran Ezam bertemu dengan Lutfi, tetapi tidak dapat turut serta kerana ada tugasan di Alor Setar.

Butiran mengenai pertemuan tersebut dimaklumkan oleh Lutfi dalam mesyuarat Jabatan Pengarang selepas itu.

Dalam pertemuan tersebut saya dimaklumkan Ezam begitu beriya-iya meminta dibekalkan bahan-bahan untuk membantunya berkempen membantu pembangkang, khususnya PAS dalam Pilihan Raya Umum ke 12.

Bahan utama yang diminta beliau ialah mengenai laporan Badan Pencegah Rasuah dan sebarang dokumen mengenai penyelewengan yang membabitkan Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Seri Mohd Khir Toyo.

Bahan-bahan tersebut sememangnya ada pada Lutfi, kerana sebelum ini beliau begitu giat mendedahkan apa yang disifatkan penyelewengan, salah laku dan rasuah yang membabitkan seorang bertaraf MB.

Pada saya, apa yang diminta Ezam barangkali ada relevannya dengan peranan beliau sebagai Pengerusi Gerak, yang digiat memperjuangan budaya bersih rasuah dalam negara.

Namun, sampai kesudah Lutfi enggan menyerahkan dokumen tersebut, setelah didesak beberapa kali oleh Ezam.

Saya bertanya kepada Lutfi, mengapa tidak diberikan sahaja dokumen itu kepada Ezam, barangkali boleh membantu kempen PAS di Selangor.

Namun Lutfi enggan memberikan, katanya, dia berasa hairan mengapa Ezam tiba-tiba meminta dokumen mengenai Khir dan merasakan ada sesuatu yang pelik berlaku.

Benarkah Ezam dibeli?

Sewaktu saya berbual-bual dengan rakan-rakan KeADILan di pejabat Anwar di seksyen 16 Petaling Jaya beberapa hari sebelum PRU, saya ada memaklumkan kepada mereka bahawa bekas sahabat baik mereka ada mengunjungi Harakah.

"Ah! Engkau pedulikan sahaja dia tu, dia dah kena beli dengan Khairy (Khairy Jamaluddin)," dakwa seorang bekas Setiausaha Anwar.

Belum pun saya bertanya lebih lanjut beliau mendakwa, "Kami dapat maklumat dari budak-budak Gerak, RM1 juta dah masuk dalam akaun dari Norza, budak Khairy."

Saya faham mereka mendakwa seolah-olahnya Ezam sudah memperolehi sesuatu dari Khairy, melalui Dato' Norza Zakaria, Ahli Majlis Tetinggi Umno, yang dikaitkan sebagai kroni rapat menantu PM itu.

Persoalan mengapa Ezam meminta dokumen mengenai Khir Toyo terjawab. Khairy dikatakan tidak menyukai bekas MB Selangor itu dan berusaha untuk menjatuhkannya dengan menggunakan Ezam.

Oleh kerana itu pada saya, kebimbangan Lutfi di atas gaya body language Ezam dalam pertemuan mereka barangkali juga ada asasnya.

Di kalangan KeADILan diberitahu, Ezam ada membuat beberapa kali pertemuan dengan Khairy, sebelum ini.

Kes tentang apa yang didakwa membabitkan 'perundingan' Ezam dengan pemimpin-pemimpin Umno bukannya baru.

Beberapa tahun lepas, didedahkan kes yang sama timbul sewaktu 'perundingan' diadakan dengan Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Kalangan yang masuk Umno ketika itu, membabitkan bekas Naib Ketua Pemudanya, Zahid Mat Arif dan bekas tahanan ISA, Lokman Nor Adam yang didakwa memperolehi sejumlah wang atau 'ghanimah politik' di atas penggadaian prinsip perjuangan mereka.

Zahid dan Lokman beserta beberapa yang lain, ditempelak hebat kerana meninggalkan perjuangan untuk memasuki Umno.

Ketika Lokman ditempelak, untuk menjawab segala tohmahan, Lokman mengatakan bukan inisiatif beliau pada asalnya pertemuan yang diadakan di sebuah hotel di Subang dibuat.

Katanya, beliau ada bukti dan gambar ada pimpinan tertinggi KeADILan yang mengetuai delegasi perundingan untuk memasuki Umno, ketika itu.

Ada yang mengatakan dakwaan mereka ada kaitannya dengan Ezam.

Jika ini benar, soal Ezam hendak masuk Umno, bukannya perkara baru. Maka Ezam tidak boleh mengelak untuk dikaitkan dengan persepsi bahawa, perundingan beliau masuk Umno barangkali membabitkan soal jawatan dan 'peruntukan'.

Soal banyak mana, apa yang diperolehi oleh Ezam dan rakan-rakan rapatnya, yang mendorong mereka memasuki Umno, tidak dapat dipastikan.

Apa yang Ezam mampu lakukan dalam Umno?

Sebelum ini, khususnya sewaktu Ezam 'bercerai' dengan KeADILan, beliau begitu rapat dengan pemimpin-pemimpin PAS, antaranya Dato' Husam Musa, Mohamad Sabu, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Ezam juga sering berjumpa dengan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ada banyak janji 'tidak akan masuk Umno' yang sering Ezam ulang-ulangkan di hadapan pemimpin PAS.

Ada banyak "Sumpah Keramat" Ezam dalam ceramah-ceramahnya yang menempelak, mengecam bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Badawi, Najib dan banyak lagi yang masih ada dalam rekod berbentuk kaset dan VCD.

Semua rekod-rekod ini menjadi bukti bahawa Ezam sebenarnya sudah menggadaikan prinsip perjuangan yang beliau sendiri bersumpah acapkali.

Tanpa disedarinya sumpah-sumpah ini semua sedang memakan diri Ezam. Hanya masa dan waktu sahaja akan menentukan. Wallahu a'lam.

Apa pun yang berlaku, sama ada ungkapan Ezam berbentuk janji, sumpah dan sebagainya, hakikat yang dibuktikan sekarang di hati Ezam hanya ada Umno, bukan PAS, jauh sekali KeADILan.

Ezam barangkali berfikir, laluannya memasuki Umno, menerusi Khairy terus kepada Abdullah boleh menjadi suatu advantage baginya.

Semuanya belum tentu! Orang-orang Umno sedang mencongak, ada tiga kemungkinan yang boleh berlaku dengan kemasukan Ezam ke dalam parti yang hampir karam itu.

Pertama, seperti kata Dato' Seri Najib Tun Razak, 'Ezam ada banyak maklumat'. Mungkin maklumat-maklumat ini boleh digunakan untuk membelasah Anwar dan menghalang pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Kemungkinan kedua; Tidak boleh dinafikan wujud persepsi bahawa Ezam masih agen Anwar Ibrahim. Dalam keadaan sekarang, ada kalangan ahli Umno yang bimbang, Ezam boleh digunakan Anwar untuk menambahkan kerosakan dalam Umno.

Kemungkinan ketiga; Tiada apa-apa pun perubahan yang boleh berlaku kepada Umno! Sewaktu berbondong-bondong ahli Umno diketuai bekas Presidennya, Dr Mahathir keluar Umno kerana kegagalan Abdullah Badawi, Ezam pula hendak masuk Umno atas alasan Abdullah sudah mengubah Umno dan kerajaan.

Apa yang Abdullah ubahkan pun tidak diketahui. Malah Abdullah, BN dan Umno ditolak rakyat dalam PRU Mac lepas kerana dasar-dasar yang lapuk yang tidak boleh diterima.

Malahan sebahagian besar orang-orang Umno berpendapat, parti itu hanya akan berubah hanya apabila Abdullah Badawi meletakkan jawatan.

Umno ibarat Titanic dan tongkang pecah yang sedang menanti untuk karam. Mudah-mudahan 'niat' baik Ezam dan suku sakatnya menyertai kapal, boleh menampung kerosakannya untuk terus berlayar.

Barangkali Umno/BN boleh terus berlayar, tetapi bukan sebagai kerajaan, tetapi sebagai pembangkang.

Ikutlah, mungkin juga nasib Ezam untuk terus menjadi pembangkang.

Cuma, pesanan bekas rakan-rakan seperjuangan kepada anda, jangan jadi seperti "Ayam jantan yang gah berkokok berderau-derau, tetapi ekornya bergelumang dengan najis."

Apa pun, well...good luck saudara Ezam!

Ezam Sedia Tanding Ketua Pemuda Jika Ada Sokongan

PETALING JAYA, 29 Mei (Bernama) -- Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor berkata beliau bersedia bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno jika kedudukannya sebagai Ketua Pemuda mampu membina dan mengangkat martabat Melayu menjadi bangsa yang dihormati.

Bagaimanapun, katanya kedudukannya yang masih terlalu baru di dalam Umno tidak membenarkan beliau untuk membuat keputusan yang besar itu.

Namun Mohamad Ezam berkata beliau akan membincangkan soal itu dengan pemimpin Umno yang lain terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

"Saya kena bincang dulu dengan pimpinan, kena bincang dengan kawan-kawan dan kalau jawatan itu untuk kepentingan negara, ia boleh membantu kepentingan negara, kepentingan parti, membina dan mengangkat martabat Melayu menjadikan Melayu satu bangsa yang dihormati oleh bangsa-bangsa lain, saya akan pertimbangkan secara serius," katanya.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kemungkinan kemasukan beliau ke dalam Umno ialah untuk mengisi jawatan Ketua Pemuda yang akan dikosongkan penyandangnya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


-- BERNAMA

Umno, landasan Ezam perangi rasuah

May 29, 08 4:47pm
Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor berkata beliau kembali semula menyertai Umno untuk meneruskan perjuangannya memerangi rasuah dan penyelewengan.

ezam noor"Semalam, saya menyatakan hasrat secara rasmi untuk kembali menyertai Umno di hadapan Presiden (Umno) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan niat yang sama iaitu melakukan perubahan ke arah kebaikan, mempertahan dan meneruskan cita-cita serta pengorbanan besar bapa-bapa pengasas negara ini," katanya dalam satu kenyataan yang dibacanya dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

"Saya ingin mengotakan janji selama ini, bahawa saya akan membantu siapapun perdana menteri yang mempunyai komitmen dan berani memberikan Badan Pencegan Rasuah (BPR) kebebasan untuk melakukan tindakan terhadap setiap penjenayah rasuah.

"Kerana bagi saya, inilah komitmen yang paling sukar dilakukan oleh seorang perdana menteri yang sedang berkuasa," kata Ezam sambil menambah, beliau pernah dipecat dari Umno pada 1998 kerana lantang mengkritik presiden parti ketika itu.

Sebelum menyertai Parti Keadilan Nasional (sebelum PKR) pada 1999, Ezam, 41, adalah ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan dari 1993 hingga 1996, setiausaha pemuda Umno Selangor dan timbalan ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan.

Beliau juga merupakan bekas setiausaha politik kepada menteri kewangan dari 1996 hingga 1998 dan merupakan felo Institut Kajian Dasar (IKD) dari 1998 hingga 2005.

Setelah melepaskan jawatannya sebagai ketua AMK, Ezam mengasaskan penubuhan Gerakan Rakyat anti Korupsi (GERAK) untuk memerangi rasuah di negara ini.

Berikut adalah kenyataan media Ezam

Sebaik selesai pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 1991, saya menyedai Umno dengan semangat melakukan perubahan ke arah kebaikan di samping meneruskan besar bapa-bapa pengasas negara ini (the founding fathers).

Saya dipecat dari Umno pada tahun 1998 kerana lantang mengkritik presiden parti pada masa itu.

Semalam, saya menyatakan hasrat secara rasmi untuk kembali menyertai Umno di hadapan Presiden Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan niat yang sama iaitu - melakukan perubahan ke arah kebaikan, mempertahan dan meneruskan cita-cita serta pengorbanan besar bapa-bapa pengasas negara ini.

Sepanjang 10 tahun saya melalui liku perjuangan yang getir, pelajaran paling berharga bagi saya dalam tempoh tersebut adalah terbitnya keyakinan di hati bahawa kemelut masyarakat dan negara ketika ini berpunca daripada persoalan rasuah dan penyelewengan.

Ini juga sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang kebetulan saya membacanya tatkala di penjara, "Setiap ummat ada cabarannya dan cabaran bagi ummatku adalah harta". (riwayat muslim).

Dan berdasarkan keyakinan itu, saya mengorbankan segenap jiwa dan tenaga untuk mengajak pemimpin dan masyarakat menghadapi cabaran utama kita hari ini iaitu membanteras rasuah.

Bertolak dari kesedaran itu, saya menubuhkan Gerakan Rakyat anti Korupsi (GERAK) dengan segala kepayahan dan keterbatasan tetapi tetap dengan semangat melawan demi menjadikan rasuah musuh nombor satu negara.

Kenyataan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebaik memegang tampuk pemerintahan bahawa memerangi rasuah adalah agenda utamanya amat menarik minat saya dan saya ikutinya secara dekat dan mendalam.

Sementara, pengumurnan Perdana Menteri beberapa minggu lalu mengenai komitmen.untuk melakukan perubahan besar terhadap Badan Pencegah Rasuah (BPR) dengan penubuhan Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia, ditambah dengan struktur yang menjamin kebebasannya bertindak merupakan kenyataan paling bermakna bagi saya dan paling penting serta signifikan dalam perjuangan melakukan perubahan (reform) di negara ini.

Setelah berjumpa Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini, saya percaya beliau komited di dalam memastikan proses perubahan itu berlaku.

Dengan semangat reformasi itulah, saya di sini, pada hari ini menyatakan dengan jelas hasrat, sokongan dan komitmen saya untuk bersama-sama Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin negara meneruskan pe juangan mdakukan perubahan tersebut.

Saya ingin mengotakan janji pada diri saya sendiri selama ini, bahawa saya akan membantu siapapun Perdana Menteri yang mempunyai komitmen dan berani memberikan BPR kebebasan untuk melakukan tindakan terhadap setiap penjenayah rasuah. Kerana bagi saya inilah komitmen yang paling sukar untuk dilakukan oleh seorang perdana menteri yang sedang berkuasa.

Seperti yang saya nyatakan awal tadi, niat saya di dalam politik selain melakukan perubahan juga mempertahan dan meneruskan cita-cita bapa-bapa pengasas negara ini. Mereka yang terdiri daripada pemimpin pelbagai kaum yang berusaha membina negara ini dengan cita-cita besar dan sejumlah pengorbanan.

Mereka menggubal dasar untuk menjamin negara ini ditadbir dengan penuh hemah dan keutamaan nombor satu mereka adalah Malaysia. Hari ini semangat dan pengorbanan mereka telah dinodai oleh pemimpin-pemimpin yang meletakkan kepentingan diri menguasai kepentingan negara.

Kerakusan kepada kuasa menyebabkan mereka sanggup mencemuh dasar dan asas negara yang dibina oleh pemimpin terdahulu hanya atas tujuan untuk memancing undi dengan meniupkan sentimen perkauman.

Mereka mendakwa mereka membawa politik baru berbilang kaum tetapi hakikatnya memainkan sentimen kaum yang sempit dan politik tanpa batasan.

Pengasas negara ini dahulu yang memulakan politik berbilang kaum dengan asasnya Melayu di samping pengiktirafan wajar kepada bangsa lain dengan semangat menghormati dan berkerjasama membina Malaysia ini.

Sebab itulah budaya orang Cina mengundi calon Mdayu dan India dan sebaliknya berlaku semenjak awal penubuhan negara ini lagi. Pertimbangan utama pemimpin pada ketika itu adalah kepentingan negara. Justeru mereka saling memahami dan berkorban dalam
mempertahan asas negara ini.

Sayangnya terdapat segelintir pernimpin hari ini pertimbangan utama adalah kepentingan diri dan kelompok mereka. Mereka mempopularkan budaya politik tanpa batasan - iaitu apa sahaja boleh asal aku dan kelompok aku berkuasa. Sebab itulah hari ini kita melihat politik melampau berleluasa, politik fitnah, menjatuh dan melompatkan orang menjadi agenda paling utama.

Budaya matlamat menghalalkan cara ini, amat asing di awal penubuhan negara ini. Hari ini kita melihat lenyapnya jiwa kenegaraan (sfatemanship) dalam kepimpinan bangsa ini. Yang menonjol adalah pemimpin yang hebat percaturan politik untuk kepentingan individu dan kelompok sendiri sehingga sanggup menggadai persoalan asas negara yang dibina dengan semangat dan cita-cita bersama.

Saya kembali untuk bersama teman-teman saya dalam Umno dan Barisan Nasional meneruskan perjuangan dengan keyakinan bahawa formula BN merupakan formula terbaik untuk negara ini. Sedikit pengalaman saya di 'luar' BN mungkin dapat membantu meyakinkan orang ramai bahawa formula lain tidak mampu membina negara ini dengan berkesan dan bertahan (sustainable).

Dan formula BN yang terbukti berjaya selama lebih 50 tahun ini juga dibina dengan nilai kesederhanaan, humiliti (tawadu') tolak ansur, hormat-menghormati dan yang paling penting semangat kenegaraan (sfatemanship) yang utama di kalangan pengasas-pengasas BN.

Ciri-ciri negatif keangkuhan dan kemewahan yang menghakis nilai integriti hampir tidak wujud di kalangan pengasas BN pada ketika itu.

Saya melihat dan yakin komitmen Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta beberapa pemimpin utama BN untuk membina kembali nilai-nilai integriti pengasas-pengasas BN yang menjadi tunjang kekuatan bangsa dan negara selama ini.

Justeru, saya menawarkan diri saya untuk bersama mereka membina kembali kekuatan nilai integriti tersebut demi rakyat dan negara yang tercinta ini.-Malaysiakini

7 bekas pemimpin AMK ikut Ezam

Tujuh orang bekas pemimpin utama Angkatan Muda Keadilan (AMK), termasuk bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menurut jejak langkah bekas ketua AMK, Ezam Mohd Nor untuk menyertai Umno.


anuar shaariMereka ialah Anuar Shaari (foto), Abdul Ghani Haron, Khairul Anuar Ramli, Ahmad Daud Che Ghani, Azwan Hamzah, Mohd Nazmi dan S D Johari.

Hasrat mereka itu diumumkan oleh Ezam dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya pagi tadi.

Azwan dan Abdul Ghani adalah bekas exco AMK, manakala Anuar merupakan setiausaha sulit Anwar di Kementerian Kewangan dan juga bekas ketua PKR Permatang Pauh.

Nazmi pula adalah bekas setiausaha AMK Selangor dan Johari merupakan bekas setiausaha AMK pusat.

ezam pc 290508 01Khairul Anuar pula adalah bekas ketua AMK Kedah dan Ahmad Daud pula bekas ketua AMK Perlis.

Anuar dan Khairul Anuar telah menyerahkan borang keahlian mereka kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Parlimen petang ini.

Manakala yang lainnya akan menyerahkan borang keahlian masing-masing dalam masa terdekat ini.

Majlis penerangan

"Saya dapat kira-kira 1,000 sistem pesanan ringkas (SMS) dengan majoriti positif apabila saya menyertai semula Umno.

"Reaksi itu termasuk dari pemimpin PKR di negeri yang diperintah oleh parti itu sendiri," kata Ezam.

Ezam berkata, beliau akan membuat penerangan ke seluruh negara untuk memberitahu ahli PKR mengenai keputusannya menyertai semula Umno.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan memaksa mereka untuk mengikut jejaknya menyertai Umno.

"Saya membuat penerangan supaya mereka dapat membuat keputusan sendiri," katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada beliau akan terus berada dalam Umno jika agendanya membawa perubahan di dalam Umno tidak berjaya, Ezam berkata, beliau tidak boleh meramalkan masa depan.

"Kita tidak tahu masa akan datang. Dalam politik ada keluar masuk. Tetapi saya bukan keluar Umno tetapi dipecat pada 1999 kerana mengkritik presiden parti ketika itu (Tun Dr Mahathir Mohamad)," katanya.

BMC: Penduduk buang semula benteng

May 29, 08 11:50am

Penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) telah membuang semula benteng yang dibina oleh syarikat konsesi tol, Grand Saga, yang menutup jalan yang mengelak tol di Lebuhraya Cheras-Kajang, malam tadi.

Ini merupakan kali ketiga batu benteng yang dibina di jalan tersebut, dibuang oleh penduduk di situ.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang turut berada di situ pada kira-kira jam 7.30 malam, memberi lampu hijau kepada penduduk untuk mengalihkan batu benteng tersebut.

Pada penduduk selesai mengalihkan batu benteng di jalan tersebut pada jam 9.30 malam.

Pihak polis, yang sebelum ini didakwa menyebelahi syarikat konsesi itu, memantau keadaan ketika penduduk mengalihkan batu benteng yang menutup jalan tersebut.

Khalid juga memberi amaran kepada Grand Saga supaya jangan membina semua benteng menutup jalan tersebut.

Selasa lalu, kira-kira 12 penduduk cedera serius dalam satu pergaduhan yang berlaku ketika Grand Saga membina semula benteng tersebut.

Penduduk menuduh syarikat konsesi tol itu mengupah ‘samseng' yang bersenjatakan kayu untuk menghalang mereka mengalih batu benteng di situ.

Menurut Bernama, polis telah menjalan siasatan untuk mengesan ‘samseng' yang membelasah penduduk terbabit.

Sekumpulan penduduk BMC pergi ke Parlimen hari ini untuk menemui Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed.

BMC: Polis belasah remaja

Menurut ceritanya, dia hanya ingin melihat apa sedang berlaku di tempat pembinaan benteng konkrit dekat Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam tadi.


cheras mahkota fru assault on car sequence 280508Bagaimanapun, apa yang berlaku, Chang Jiun Haur berlumuran darah selepas dibelasah oleh 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan cota dan ditendang.

chang jiun haur beaten up youth by fru police cheras mahkotaChang, 21, bersama adik perempuannya dan dua lagi rakan lelaki, sedang memandu keluar dari tapak benteng tersebut pada kira-kira jam 11.30 malam, apabila kereta yang mereka naiki dikepung oleh anggota polis yang sebelum ini, menyeleraikan pergaduhan membabitkan penduduk BMC.

Seorang pegawai tinggi yang berada di situ, mendakwa Chang melanggar seorang anggota FRU dengan keretanya.

Apabila diminta menunjukkan anggota yang kena langgar itu, pegawai berkenaan pada mulanya menghadapi kesukaran meminta anggota berkenaan tampil ke hadapan.

Anggota berkenaan yang nampak tidak apa-apa mendakwa: "Dia cuba langgar saya...lihat cota patah. Nak bukti apa lagi?"

Bagaimanapun, seorang pegawai polis yang membawa Chang ke Hospital Kajang berkata tidak seorang pun anggotanya dilanggar oleh kereta remaja itu.

Ketika ditemui di hospital pada kira-kira jam 12.30 tengah malam, Chang juga menafikan yang dia telah melanggar anggota polis.

cheras mahkota road grand saga barricade fru assault 280508 01"Kami baru sahaja balik (ke Kuala Lumpur) dari Port Dickson dan mahu melihat apa yang sedang berlaku," kata Chang yang terbaring di katil dengan mulutnya yang berdarah.

Bajunya telah dikoyak oleh polis manakala seluarnya berlumuran darah. Difahamkan Chang ditempatkan di unit rawatan rapi.

Adik perempuan dan dua rakan lelakinya turut ditahan malam tadi, tetapi menurut pengerusi Jawatankuasa Buka Jalan BMC, Tan Boon Hwa, mereka dibebaskan hari ini.

Ahli exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu, yang melawat Chang malam tadi berkata, polis telah menggunakan kekerasan yang keterlaluan.

"Polis sepatutnya menjaga undang-undang dan ketenteraman awam dan bukannya memukul orang. Saya amat kecewa. Parti saya (DAP) akan menyediakan peguam untuk Chang dan yang lain-lainnya," kata Liu.

‘Wartawan diserang'

Akhbar-akhbar berbahasa Cina melaporkan hari ini bahawa lebih daripada 10 orang cedera parah dalam kejadian malam tadi, selepas penduduk BMC dibelasah oleh ‘samseng' yang ditugas menjaga benteng konkrit di situ.

cheras mahkota road grand saga barricade 270508 new barricadeSyarikat konsesi lebuhraya Cheras-Kajang, Grand Saga, bagaimanapun, menafikan terbabit dalam kejadian tersebut.

Kira-kira jam 7 malam semalam, penduduk yang cuba meruntuhkan benteng yang baru dibina semula pada sebelah siangnya, bertembung dengan sekumpulan lelaki yang bersenjatakan batang besi, topi keledar dan batang kayu.

"Mereka terus menyertang penduduk terbabit. Kira-kira 10 orang dipukul dan tiga daripadanya adalah wartawan. Kamera juga turut dirampas," dakwa Tan.

Akhbai Star melaporkan bahawa jurugambar Utusan Malaysia, Roy Azis Abdul Aziz dipukul ketika di cuba mengambil gambar pergaduhan tersebut.

mahkota cheras grand saga road barricade fru assault 280508 03Penduduk BMC, Chin Kee Chong patah tangan kanannya serta turut cedera di bahagian kepala, manakala seorang lagi penduduk - Lee Ah Seng - cedera parah di kepalanya yang memerlukan tujuh jahitan.

Sesetengah penduduk mendakwa, beberapa anggota polis yang berada di situ tidak berbuat apa-apa untuk meleraikan keadaan yang berlaku.

Bagaimanapun, Ketua Polis Kajang Shakaruddin Che Mood berkata mereka hanyalah anggota polis trafik yang dihantar untuk mengawal lalulintas di situ.

"Mereka sibuk mengawal lalulintas dan tidak dapat berbuat apa-apa," katanya kepada pemberita sambil menambah, lima laporan polis telah dibuat berhubung kes pergaduhan tersebut. Berita asal

Klik di sini untuk melihat video

'Saya tidak akan ikut Ezam' - Badrul Hisham


KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan, Badrul Hisham Shaharin menafikan mempunyai hasrat untuk menyertai Umno dan menolak untuk dikaitkan dengan kemasukan Ezam Mohd Nor ke dalam Umno.

Mengenai laporan media yang melaporkan pertemuan dengan Ezam, Badrul berkata beliau memang kerap bertemu dengan Ezam walau bagaimanapun kebanyakan pertemuan hanyalah membincangkan secara serius mengenai masa depan Gerak, iaitu sebuah gerakan muda yang memfokuskan usaha pembenterasan rasuah dan pemerkasaan demokrasi.

Katanya lagi, sebelum ini beliau telah mengelak untuk memberikan komen kerana melihat perkembangan Ezam yang sememangnya sudah setahun lebih keluar parti tidak perlu diperbesarkan.

"Saya tidak mahu terperangkap untuk memberi komen dalam peristiwa yang kurang penting. Saya selaku MPT yang di pilih melalui pertandingan parti tidak akan sekali-kali mengkhianati mandat yang diberikan kepada saya oleh perwakilan parti," katanya dalam satu kenyataan medianya.

Sambil menyatakan bahawa Ezam masih lagi teman kepada beliau, beliau turut menasihati agar Ezam tidak hayut dalam Umno serta menafikan beliau telah dipujuk untuk menyertai Umno.

"Saya juga menafikan bahawa Ezam ada memujuk saya memasuki Umno dan jauh lagi menawarkan habuan untuk saya memasuki Umno atau keluar keADILan," menurutnya lagi.

Idris, Rosol letak jawatan


May 28, 08 7:06pm

Dato' Seri Idris Jusoh telah melepaskan jawatannya sebagai pengerusi perhubungan Umno Terengganu, kira-kira dua bulan selepas hilang jawatan menteri besar Mac lalu.

Setiausaha perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid juga berhasrat melepaskan jawatannya susulan keputusan terbaru Idris, lapor Bernama.

Wakil rakyat Jertih itu berkata, peletakannya telah dimaklumkan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga presiden Umno, di ibu negara hari ini.

"Saya telah memberitahu perdana menteri bahawa saya setuju meletak jawatan sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dan beliau (perdana menteri) terima.

"Saya akan hantar surat peletakan jawatan itu esok," katanya kepada agensi berita itu.

Idris bagaimanapun tidak menyatakan sebab-sebab beliau bersetuju untuk melepaskan jawatan itu, lapor agensi berita itu lagi.

Dalam tradisi parti, jawatan itu akan dipegang menteri besar, yang juga akan dilantik pengerusi BN negeri.

Di Perak beberapa hari lalu, Idris berkata beliau tidak akan meletak jawatan tersebut walaupun tindakan itu boleh menimbulkan kebuntuan politik di Terengganu.

Idris dilaporkan berkata beliau menerima hakikat bahawa Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar mempunyai penyokongnya sendiri tetapi beliau juga mendapat sokongan besar ahli kerana berjaya memimpin Umno negeri memenangi pilihanraya umum 2004 dan 2008.- Malausiakini

Ezam sertai semula Umno

Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor menyerahkan borang keahlian untuk menyertai semula Umno hari ini.

Beliau yang juga bekas setiausaha politik mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, menyerahkan borang keahlian tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Parlimen.

ezam joins back umno 280508 03

Ezam menyerahkan borang itu ketika Abdullah mengadakan sidang media untuk mengumumkan kemasukan semula Ezam ke dalam Umno.

Ezam menemui presiden Umno itu selama kira-kira 30 minit, mulai jam 3.30 petang tadi.

Ezam hadir sama dalam sidang akhbar tersebut tetapi tidak membuat sebarang kenyataan. Beliau akan mengadakan sidang akhbar pagi esok.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah bekas setiausaha AMK, SD Johari Md Yassin; bekas exco AMK, Abdul Ghani Haron dan bekas setiausaha AMK Selangor, Nazmi Salleh.

Tanpa syarat

Menurut Abdullah, Ezam menyertai semula Umno tanpa sebarang syarat atau keistimewaan.

Sebelum ini, Ezam dilaporkan akan dilantik sebagai senator dan menerajui sebuah syarikat berkaitan kerajaan selepas menyertai semula Umno.

Abdullah berkata, Ezam mahu kembali semula kepada Umno dan parti itu mengalu-alukannya.

ezam joins back umno 280508 04"Bila nak masuk saya terimalah. Boleh terima dah, tak ada syarat apa-apa.

"Dulu dia di luar dan kritikal terhadap parti. Kini sudah ubah fikiran, mungkin kerana merasa Umno adalah landasan lebih baik untuknya.

"Mungkin dia insaf, Umno lebih baik untuk dia," tambah perdana menteri.

Presiden Umno itu berkata, borang penyertaan keahlian Ezam akan diserahkan di cawangan yang beliau mahu sertai.

Perdana menteri berkata, tiada sebarang jawatan yang akan ditawarkan kepada Ezam "dan Ezam sendiri pun tidak meminta jawatan".

Rebut jawatan

"Umno adalah sebuah parti politik, bukan sebuah syarikat," kata Abdullah tanpa mengulas lanjut.

ezam joins back umno 280508 02Presiden Umno juga berkata, Pemuda Umno tidak menentang kemasukan Ezam ke dalam Umno.

Ketika ditanya mengenai kemasukan ahli-ahli Parti Keadilan (PKR) lain ke dalam Umno, Abdullah berkata,"kita tengoklah."

Abdullah juga ditanya sama ada Ezam boleh bertanding merebut jawatan dalam pemilihan Umno Disember ini.

"(Untuk) Ezam bertanding, kena tengok perlembagaan parti (Umno) dahulu," katanya.

Dalam perkembangan lain, perdana menteri menjelaskan kerajaan belum membuat apa-apa keputusan berhubung tuntutan royalti minyak Terengganu.

Isu royalti Petronas

Menteri besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dilaporkan menuntut kerajaan pusat mengembalikan semula wang royalti Petronas untuk diuruskan oleh kerajaan negeri itu.

Kerajaan membatalkan wang royalti dan menukarkan kepada wang ehsan apabila negeri itu jatuh ke tangan PAS dalam pilihanraya umum 1999.

Abdullah juga ditanya mengenai kenyataan ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman meminta perdana menteri menilai semula pelantikan Datuk Zaid Ibrahim sebagai seorang menteri.

Tajuddin mendakwa Zaid telah menyerang secara terbuka ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di luar Dewan Rakyat, yang dianggapnya penentang kerajaan.

Mengulas perkara itu, Abdullah berkata: "Kita ahli dan wakil rakyat Umno, kadang-kadang buat teguran terhadap parti kerana inilah amalan kita dan bukan salahpun membuat teguran.

"Tetapi kalau salah, kita peringat dia. Kalau setakat dia kata dasar kurang kemas, tidak perlu ambil tindakanlah."

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising