Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, May 28, 2008

Umno: Ezam temui PM petang ini

Bekas ketua Angkatan Muda (AMK) PKR) Ezam Mohd Noor akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang ini.

ezam md noor aca corruption pc 260207 toughtPertemuan tersebut dipercayai berhubung soal kemasukan semula bekas orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu ke dalam Umno.

Difahamkan beliau akan menemui Abdullah jam 3 petang ini.

Difahamkan, pertemuan tersebut dijangka diadakan di Parlimen.

Sejak dua minggu lalu, timbul desus-desas yang mengadakan Ezam akan menyertai semula Umno.

Bagaimanapun, sehingga ini, Ezam belum mengesahkan perkara itu.

Ezam dijadual mengadakan sidang esok dipercayai berhubung hasil pertemuan dengan perdana menteri hari ini.

Dr M: Strategi Pakatan sokong PM

Masa untuk memulih semula Umno dan Barisan Nasional (BN) akan jadi terlalu singkat sebelum pilihanraya umum akan datang, jika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak meletakkan jawatan sekarang, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

mahathir mohamad 01"(Ia kerana) pemimpin yang disokong oleh parti lawan bukan pemimpin sebenarnya. Pemimpin yang disokong oleh parti lawan akan memusnahkan kita," tulis Dr M dalam blognya yang bertajuk ‘Pemimpin Pemusnah'.
.
"Inilah yang kita sedang lihat berkenaan dengan presiden Umno sekarang. Secara langsung dan tidak langsung, kita lihat ketua-ketua parti lawan menyokong pengekalan Datuk Seri Abdullah sebagai ketua atau presiden Umno dan perdana menteri.

karpal singh"Demikian (dengan pengerusi DAP) Karpal Singh, musuh ketat Umno menasihatkan saya supaya bersara dan tidak campurtangan dalam urusan kepimpinan Datuk Seri Abdullah," tulis Dr Mahathir.

anwar ibrahim 02 060207Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, tulis Dr Mahathir, telah menyata secara terbuka kepada The Straits Times Singapura, jika Abdullah terus memimpin, ia adalah baik bagi parti lawan kerana beliau lemah.

Pemimpin-pemimpin PAS juga, secara peribadi membuat kenyataan yang sama, tambahnya.

Strategi parti lawan

"Mungkin ini adalah strategi parti lawan untuk menjatuhkan Datuk Seri Abdullah," tulisnya.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, BN memenangi 140 kerusi parlimen tetapi gagal mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Di peringkat negeri pula, BN kalah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Umno sendiri kehilangan kira-kira 30 kerusi Parlimen.

Walaupun demikian, tulis Dr Mahathir, pemimpin parti-parti lawan ini tidak pernah betul-betul menyerang Abdullah sejak beliau mengambil alih teraju BN dan Umno pada 2003 hingga 2008 sepertimana mereka mengecam dan mencerca pemimpin Perikatan, BN dan Umno sepanjang masa dahulu.

abdullah ahmad badawi pak lah 110907"Kenapa? Kemungkinan besar mereka sedar bagaimana ahli dan penyokong setia BN telah hilang kepercayaan dan benci kepada Datuk Seri Abdullah. Mungkin mereka berharap kebencian ini akan berterusan dan mengurangkan sokongan mereka kepada BN,

"Ini sahaja boleh memberi kemenangan kepada parti lawan di kawasan-kawasan tertentu dalam pilihanraya Umum ke-13. Mungkin juga terlintas di hati mereka bahawa penyokong BN dan ahli parti BN akan kekal dengan pendirian mereka dan mengundi parti lawan," tegas Dr Mahathir lagi.

Katanya, jika kepimpinan Abdullah diteruskan, sokongan kepada BN akan terus merosot lagi sehingga kalah di peringkat pusat.

Penyokong berpaling tadah

"Kemungkinan ini menjadi lebih besar jika parti-parti pembangkang dapat dirikan pemerintahan yang baik di negeri-negeri di mana mereka berkuasa. Penyokong BN yang berpaling tadah mungkin akan kekal dengan pendirian mereka kerana ini.

"Dengan itu tak mungkin lagi Barisan Nasional menawan semula negeri-negeri yang telah ditawan oleh parti lawan.

"Dan yang buruk sekali ialah kemungkinan BN kalah di peringkat pusat. Apabila hilang kuasa diperingkat pusat, kehilangan kuasa ke atas kewangan negara, ke atas dasar-dasar negara, pentadbiran negara dan lain-lain kekuatan yang datang bersama dengan pemerintahan peringkat pusat, BN dan Umno tidak mungkin lagi memperolehi kuasa di negara tercinta ini.

"Inilah musibah yang dijanjikan oleh pengekalan kepimpinan Datuk Seri Abdullah. Segala keistimewaan Bumiputera dan Melayu akan terancam dan mungkin hilang terus, walau apa pun janji oleh pihak lain," katanya.

Menurut Dr Mahathir lagi, mereka yang hari ini mempertahankan pemerintahan Abdullah harus fikir dengan mendalam.

"Mungkin mereka akan perolehi nikmat untuk diri sendiri untuk menjadi Menteri, Timbalan Menteri; untuk dapat kontrak atau jawatan tertentu dalam parti di waktu ini.

"Tetapi apabila kuasa sudah tidak ada pada BN nikmat tidak akan diperolehi lagi. Lebih dari itu anak cucu pun tidak akan mendapat nikmat lagi. Ingatlah keuntungan hari ini boleh membawa kecelakaan pada hari kemudian," katanya.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising