Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, May 27, 2008

Eksklusif: "Saya kecewa dengan pemimpin, tapi setia pada parti," Badrul

KL: "Jangan kaitkan saya dengan berita Ezam mahu menyertai Umno", itulah reaksi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi KLpos.com.

Sebelum ini, laman web Malaysiakini.com menyiarkan berita berbentuk spekulasi mengenai kemungkinan Badrul akan menyertai Umno bersama-sama dengan Ezam.

Menurutnya, memang beliau dalam keadaan 'panas' dengan sikap sesetengah pemimpin PKR mengenai cara menguruskan parti dan negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan rakyat.

"Betul saya tegur kepimpinan parti, pengurusan sebagainya, tetapi tidak semestinya hendak masuk Umno," kata beliau.

Badrul yang lebih dikenali sebagai pemimpin akar umbi, dilaporkan kecewa dengan sikap pemimpin parti yang mengabaikan penyokong sendiri dalam beberapa perkara termasuk pengisian jawatan.

"Mengapa perlu di bawa orang luar, ditatang bagai minyak penuh, sedangkan penyokong sendiri, dilupakan, ingat balik, tanpa penyokong siapalah kita hari ini," katanya.

Mengenai pertemuan beliau dengan Ezam, kata Badrul, "kenapa pulak orang lain boleh jumpa menteri Umno, sedangkan saya tidak boleh jumpa kawan sendiri,"

Menurutnya, beliau masih setia dengan PKR, dan akan bersama dengan parti tersebut melakukan perubahan.

"Walaupun saya hebat dicerca, dimaki hamun oleh pemimpin sendiri yang bertindak berdasarkan khabar angin, namun saya cukup gembira kerana ahli parti di peringkat bawahan masih setia menyokong saya," katanya.

BERITA BERKAITAN

Badrul sertai Umno bersama Ezam?

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shaharin enggan mengulas ura-ura bahawa beliau akan menyertai Umno bersama bekas ketua Angkatan Muda (AMK) parti itu Mohd Ezam Mohd Nor.

"Saya tidak mahu komen mengenai perkara itu. Tetapi saya akan membuat pengumuman selepas saya berbincang dengan Ezam.

"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai perkara ini tetapi ketika ini saya enggan membuat komen," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas satu coretan di sebuah blog yang mendakwa "satu pertemuan sulit" antaranya dengan Ezam beberapa minggu sebelum bekas setiausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilaporkan akan menyertai Umno.

Dalam pertemuan tersebut, menurut blog itu lagi, Mohd Ezam meyakinkan bekas calon parlimen Rembau itu agar turut menyertai Umno "bagi mengukuhkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menyekat kemaraan penentang-penentang perdana menteri".

"Dengan ini 'reformasi' dan perang melawan rasuah lebih mudah untuk dilakukan," catatan di blog itu dipetik, yang mendakwa ia menerima maklumat tersebut daripada mesej emel yang dikirimkan kepadanya.

"Ezam juga menjanjikan jawatan besar kepada Badrul jika beliau setuju untuk masuk Umno."

Kedua-duanya aktif dalam AMK sebelum Ezam meninggalkan sayap pemuda itu dan kemudian bersama Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak), yang ditubuhkan Ezam, selepas pemimpin itu meninggalkan PKR.

Badrul terpilih sebagai anggota MPT dalam mesyuarat agung PKR tahun lepas. -KLpos.com

BN bakulsampahkan usul Batu Puteh

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Rakyat yang mempunyai semangat patriotisme boleh menilai dan menghakimi sendiri sikap dan gelagat Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional ketika usul mengenai kehilangan Pulau Batu Puteh dibentangkan di Dewan Rakyat pagi ini.

"Ketika saya menggunakan peraturan yang memerlukan sekurang-kurangnya 15 Ahli Parlimen bangun untuk menyokong supaya usul itu dibahaskan, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) bangun beramai-ramai sebagai tanda sokongan.

"Malangnya, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), khususnya yang mewakili Umno Johor, enggan bangun untuk menyokong supaya usul itu dibahaskan. Hebat Umno Johor.

"Saya sangat kagum dengan semangat patriotisme mereka sehingga enggan menyokong supaya isu kehilangan Pulau Batu Puteh dibincangkan!" kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang membentangkan usul tersebut.

Hakikat bahawa usul tersebut tidak dibentangkan bukan untuk kepentingan PAS atau PR, sebaliknya demi kedaulatan negara, menambahkan kekaguman Ahli Parlimen Kubang Kerian itu kepada semangat patriotisme ahli-ahli Parlimen BN itu.

"Usul itu tidak bersifat politik kepartian dan yang pertama mengenai Pulau Batu Puteh dalam sesi Parlimen kali ini. Sepatutnya semua ahli Parlimen BN menyokong usul itu," kata Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Mat Ramli.

Tetapi, kata Ahli Parlimen Kuala Krai itu, sikap divisif yang memandang pembangkang sebagai lawan menyebabkan isu tersebut sekalipun menjadi isu yang dibakulsampahkan.

"Kalau ahli-ahli Parlimen BN bangun untuk menyokong supaya usul itu dibahaskan tadi, saya yakin keputusan Yang DiPertua dewan boleh berubah," kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar yang juga amat kagum dengan semangat patriotisme ahli-ahli Parlimen BN itu.

Lebih mengkagumkan, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, ialah sikap ahli-ahli Parlimen BN yang hanya menjadi tukang angguk walaupun dalam isu membela kedaulatan negara yang telah tercalar dengan kehilangan Pulau Batu Puteh.

Walaupun mengakui semua pihak bersedih atas kecuaian yang berlaku sehingga negara kehilangan Pulau Batu Puteh tetapi Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tetap dengan keputusannya menolak usul Salahuddin untuk membincangkan kehilangan Pulau Batu Puteh.

Beliau sebelum itu menolak usul tersebut kerana berpendapat usul tersebut tidak perlu disegerakan kerana Malaysia telahpun bersetuju dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Setelah usul itu ditolak untuk dibahaskan, Salahuddin kemudiannya menggunakan peruntukan dengan meminta sekurang-kurangnya 15 ahli Dewan Rakyat untuk bangun menyokong usul tersebut.

Kesemua Ahli Parlimen PR bangun untuk menyokong usul itu supaya dibahaskan.

Ketika itu, Mahfuz berkata kepada ahli-ahli Parlimen BN "sebelah sana tak bangun!"

Terdengar juga suara Ahli Parlimen PR yang berkata "takutkah, larikah?".

Meskipun begitu, Yang Dipertua dewan tetap dengan keputusannya yang menolak usul itu dibahaskan.

Ketika itu, beliau ditanya "macam mana tak puas hati?"

Sambil membangkitkan keputusan ICJ itu telah dipersetujui oleh kerajaan Malaysia, Pandikar Amin menjawab: "Ada kala saya puas hati (untuk dibahaskan) umpamanya dalam isu beras".

Ketika itu, Salahuddin terus merayu agar usul itu dibahaskan kerana usul tersebut adalah isu keselamatan dan kedaulatan negara.

"Saya menghormati, saya merayu, saya merayu atas nama negara, saya merayu atas nama rakyat, saya merayu atas nama kedaulatan ngara, saya merayu agar dibahaskan.

"Ini bukan isu PR, ini isu negara!" Ahli Parlimen Kubang Kerian itu merayu.

Ketika itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat menyatakan beliau juga merasa sedih dengan kehilangan Pulau Batu Puteh itu.

"Perasaan Yang Berhormat adalah perasaaan kita semua, saya setuju kita ambil iktibar.

"Kalau itu kesilapan kita semua, kita ambil iktibar, di masa akan datang simpan rekod dengan cara baik.

"Mohon maaf kerana tidak dapat layan," kata beliau sambil mencadangkan Salahuddin mengemukakan usul di bawah Peraturan 43 Dewan Rakyat.

Salahuddin menjawab, kalau dibahaskan di bawah peraturan 43 akan hilang kesegeraan.

"Apa salahnya Parlimen yang mulia merakamkan apa sebab kita kalah?" tanya beliau sambil menekankan jawapan menteri mengenai kekalahan di dalam ICJ itu sepatutnya dirakamkan oleh Dewan Rakyat.

Pandikar Amin kemudiannya menerangkan bahawa sebelum beliau menolak usul itu, beliau telah "ambil kira dengan baik" dan kalau dibahaskan sekalipun, katanya lagi, hanya iktibar sahaja yang boleh diambil.

Salahuddin mencelah, "kita ada banyak lagi pulau yang kita berhadapan dengan Singapura!"

Yang Dipertua dewan kemudiannya bertanya, tidak cukupkah dengan mengambil iktibar kerana "kalau bahas pun keputusannya juga ambil iktibar".

"Kita ambil iktibar bahawa perkara seperti ini tidak harus berlaku, saya cukup bersimpati, saya faham perasaan Kubang Kerian. Kita semua mempunyai perasaan yang sama seperti Kubang Kerian," katanya.

Memandangkan Yang Dipertua dewan bersungguh-sungguh merayu dan menyarankan pula Salahuddin agar membahaskannya dalam perbahasan tambahan, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu akhirnya beralah.

Ketika membentangkan usulnya, Ketua Pemuda PAS itu menekankan bahawa keputusan ICJ melenyapkan kedaulatan negara ke atas pulau tersebut.

Hakikat bahawa pulau itu diserahkan kepada British dengan kebenaran Sultan Johor ketika itu, kata beliau, menunjukkan Pulau Batu Puteh milik Malaysia.

Memandangkan begitu banyak isu tertunggak dengan Singapura termasuk isu pembekalanair ke pulau itu, isu Pulau Api di Pulau Pisang dan lain-lain, beliau mahu kehilangan kedaulatan negara itu menjadi pengajaran yang amat besar bagi menjaga kedaulatan negara.

Beliau menyarankan Dewan Rakyat membahaskan apakah punca kekalahan Malaysia di ICJ.

Adakah kekalahan itu akibat "kelemahan hujah" atau "kelemahan persediaan".

"Rakyat Malaysia amat meragui kemampaun pasukan yang diketuai oleh Peguam Negara," kata beliau sambil menekankan perlunya usul itu dibahaskan kerana ia melibatkan kedaulatan negara.

Istana nafi Ahmad diserang jantung selepas mengadap

Istana Kelantan hari ini menafikan laporan bahawa Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob mendapat serangan jantung selepas menghadap Sultan Kelantan, awal pagi Sabtu lalu.

Pengelola Istana DiRaja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata Ahmad mengalami tanda-tanda mendapat serangan itu selepas menghadiri satu majlis di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa pada tarikh tersebut.

"Ingin saya jelaskan Datuk Ahmad bukan mendapat serangan itu selepas menghadap Al-Sultan seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan pada Ahad lalu," katanya dalam sidang akhbar di Istana Balai Besar di Kota Bharu.

Menurut laporan Bernama, akhbar tempatan melaporkan Ahad lalu bahawa Ahmad dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada jam 1 pagi selepas menghadap Sultan Kelantan untuk memaklum menjalankan tugas-tugas Menteri Besar berikutan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bercuti menunaikan umrah selama dua minggu bermula Sabtu lalu.

Berikutan itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri Datuk Husam Musa akan menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Kelantan sehingga 9 Jun ini.

Abdul Halim menjelaskan Ahmad tidak pernah menghadap Sultan Kelantan bagi tujuan pemakluman itu kerana Nik Aziz sebelum itu telah menyembah surat untuk mendapat perkenan Sultan.

Husam pangku jawatan MB

"Al-Sultan telah ampuni perkenan dengan hasrat tersebut dan telah dijawab pada 13 Mei lalu kepada Datuk Menteri Besar," katanya.

Beliau berkata semalam, pejabat Sultan Kelantan telah menerima surat daripada Nik Aziz bagi mendapat perkenan agar Husam menjalankan tugas Menteri Besar.

Abdul Halim berkata surat tersebut akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan hari ini untuk mendapat perkenan.

Beliau berkata Ahmad kini sedang berehat dan masih menjalani rawatan di HUSM.

"Raja Perempuan Kelantan juga amat prihatin dengan masalah kesihatan Timbalan Menteri Besar dan telah berangkat melawat Datuk Ahmad Sabtu lalu,"
katanya.

Pakatan Rakyat gesa boikot Utusan

Pakatan Rakyat menggesa pembaca dan pengiklan supaya memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang didakwanya terus menerus menyiarkan laporan yang cuba merosakkan Pakatan tersebut.


Gesaan itu terkandung dalam satu kenyataan yang ditandatangani bersama oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

Ketika membaca kenyataan tersebut di bangunan Parlimen pagi ini, Wan Azizah berkata, kini nampaknya sudah ada 'pembukaan kecil' dalam laporan media perdana terhadap berita-berita mengenai Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, tambah kenyataan itu lagi, media perdana masih bersikap tidak adil dan masih menyiarkan lebih banyak laporan untuk BN berbanding dengan laporan mengenai Pakatan Rakyat.

Namun begitu, tegasnya, laporan mengenai Pakatan Rakyat mempunyai unsur-unsur keterlaluan dan bersifat untuk merosakkan parti-parti dan para pemimpin Pakatan tersebut.

Kenyataan itu mendakwa, yang paling teruk ialah akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang didakwanya masih menggunakan cara tidak adil untuk mengkritik dan merosakkan Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpin utamanya, seolah-olah kempen pilihanraya masih berjalan.

Kenyataan itu juga mendakwa, Utusan cuba mengapi-apikan sentiman perkauman yang sempit, terutama membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap Pakatan dan pemimpin-pemimpin utamanya.

Oleh sebab sikap yang tidak adil dan tidak bertanggungjawab itu, maka Pakatan menggesa semua orang - mulai hari ini - memboikot Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.

Dalam kenyataan itu, mereka menggesa para pengiklan yang prihatin supaya segera berhenti daripada mengiklan dalam akhbar-akhbar berkenaan.

Kenyataan Karpal

Dalam satu kenyataan berhubung isu yang membabitkan pengerusi DAP, Karpal Singh, ketiga-tiga pemimpin berkenaan bersependapat bahawa menteri besar mempunyai hak untuk menukar kakitangan kerajaan tetapi pada masa yang sama, mengiktiraf peranan Sultan dalam isu-isu mengenai Islam.

"Pakatan berpendapat, semua pihak patut menerima bahawa menteri besar mempunyai kuasa untuk menukar pegawai-pegawai dalam negerinya," kata kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, kata mereka, dalam isu jawatan ketua agama negeri, Sultan sebagai pemimpin agama negeri, patut diminta pandangan terlebih dahulu.

Dalam kenyataan itu lagi, Pakatan menegaskan bahawa kenyataan Karpal adalah merupakan pendapat peribadi beliau yang berdasarkan kepada undang-undang.

Katanya, Pakatan menerima menerima penjelasan Karpal bahawa beliau tidak berniat untuk menghina Sultan.

Sehubungan itu, mereka berharap semua pihak dapat menerima penjelasan tersebut dan berhenti daripada mengapi-apikan isu itu bagi mengelak ketidakstabilan dalam hubungan kaum.

Dalam kenyataan yang sama, Pakatan Rakyat membidas media yang dikuasai oleh BN dan pemimpin Umno kerana mempolitikkan isu tersebut.

P. Pinang mahu haramkan Islam hadhari

Pulau Pinang akan mengikut jejak Selangor yang melarang sebarang bentuk program mempromosikan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin bersetuju dengan langkah yang diambil oleh exco hal-ehwal agama Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali seperti diumumkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

"Negeri (Pulau Pinang) akan mengambil tindakan yang sama dalam masa terdekat," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Langkah Pulau Pinang ini tidak bermotifkan politik, tambah Mohammad Fairus, sebaliknya untuk "mengembalikan ajaran Islam yang sebenar."

Beliau, seorang lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata konsep Islam hadhari menyalahi prinsip sebenar Islam.

Dr Hassan Ali berkata, semua masjid dan surau diarah dilarang mengadakan sebarang program yang menyentuh konsep Islam yang diperkenal perdana menteri sejak empat tahun lalu.

"Kita haramkan Islam hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup.

"Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari," katanya.

Husam Pangku Tugas Menteri Besar Kelantan Selama Dua Minggu

KOTA BAHARU 26 Mei, (Bernama) -- Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa akan menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Kelantan selama dua minggu semasa ketiadaan Datuk Nik Abdul Aziz Mat menunaikan umrah.

Nik Aziz berkata Husam dipilih memangku tugasnya itu disebabkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob, kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) akibat serangan jantung baru-baru ini.

"Husam akan memulakan tugas bermula esok sehingga 9 Jun, katanya kepada pemberita hari ini di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini sebelum berlepas ke Tanah Suci.
Husam dipilih disebabkan kedudukannya yang paling kanan dalam Exco kerajaan negeri dan jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan.

-- BERNAMA

Ahli politik Umno dari Terengganu paling lemah dalam negara ?


KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Sejarah politik Malaysia telah menyaksikan bahawa ahli-ahli politik UMNO dari Terengganu adalah di antara yang paling lemah di negara ini tambahan pula sejak kemerdekaan negara sehingga kini, Terengganu hanya memperolehi satu kerusi sahaja untuk jawatan menteri penuh kerajaan pusat, samada Umno menguasai negeri Terengganu ataupun sebaliknya.

Berbanding dengan jiran yang paling hampir, Kelantan tetap memperolehi dua menteri penuh kerajaan pusat, walaupun telah kalah kepada PAS sejak tahun 1990.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Pengarah Institut Kajian Polisi (IKP) negeri Terengganu Tuan Haji Mohamad Draman,ketika dihubungi Buletin Online semalam.

"Ahli-ahli politik UMNO sepatutnya mempunyai political will yang tinggi dan boleh mendesak kerajaan pusat menambah kuota satu lagi jawatan menteri penuh,

"Namun kelemahan mereka dalam tawar menawar kuasa politik menyebabkan rakyat Terengganu rugi," kata Mohamad.

Selain itu, menurut beliau maruah politik Umno Terengganu juga begitu rendah dan tercalar, malah lebih rendah dari ahli-ahli politik Umno dinegeri Malaysia Timur, Sabah.

Beliau berkata demikian kerana ahli-ahli parlimen dari Sabah berani bersuara di Parlimen menuntut royalti minyak ditambah dari kadar 5% yang sudah dinikmati oleh kerajaan Sabah sekarang.

"Terengganu ada tujuh ahli parlimen Umno, termasuk seorang Menteri dan seorang Timbalan Menteri, tetapi malangnya tidak seorang pun yang berani bersuara menuntut semula royalti petroleum yang menjadi hak rakyat dan kerajaan negeri,"katanya yang dipetik daripada tulisan SM Noor.

Bahkan katanya Umno Terengganu yang menyebabkan royalti tersebut ditarik dari negeri Terengganu pada tahun 2000 kerana Terengganu diperintah oleh PAS, sedangkan Sabah, walaupun pernah diperintah oleh parti pembangkang, ahli-ahli politik dilihat lebih bijak dan tidak mendesak supaya kerajaan pusat menarik balik royalti.


Ketuanan bangsa, strategi terdesak Umno - Presiden PAS





KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan konsep ketuanan bangsa Malaysia yang dikemukakan Timbalan
Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak adalah strategi terdesak Umno tatkala
parti itu semakin tidak diterima umum.

Bercakap kepada Harakah di Pejabat Pembangkang di Parlimen semalam, Presiden PAS berkata, konsep yang diperkenal Umno itu sebenarnya
usaha terdesak untuk memenangi semula hati rakyat.

PAS melihat Umno gagal menjadi pembela kepada rakyat pelbagai bangsa,
malah 'Ketuanan Melayu' yang diagungkan Umno sejak dahulu tidak mampu
membela nasib bangsa Melayu sendiri.

Pada pilihan raya umum lalu, Umno menerima tamparan hebat selepas parti
tunggak kepada BN itu tidak menjadi pilihan kepada rakyat yang
akhirnya bertukar kepada Pakatan Rakyat, ujarnya.

Kini katanya perpecahan dalam Umno dengan keluarnya Tun Dr Mahathir
Mohamad menambah kemelut dalaman parti itu yang akhirnya hanya akan
menyebabkan parti itu tidak lagi relevan kepada rakyat Malaysia.

Melihat kepada sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin tinggi,
Umno dilihat terpaksa menggunakan istilah baru (Ketuanan Bangsa Malaysia)
untuk menarik kembali sokongan rakyat, ujarnya.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa
menyifatkan slogan yang dilaungkan Najib itu sebagai satu lagi strategi
politik Umno.

Umno terdesak tatkala parti itu berhadapan dengan masalah dalaman yang
cukup serius yang menyebabkan rakyat kurang yakin dengan kepimpinan
Umno, ujarnya.

[politics]

Pulau Batu Puteh bukti jelas Kepimpinan malapetaka PM ‘Flip-Flop’ Abdullah gadai negara dan maruah bangsa

Jumaat 23 Mei 2008 merupakan sejarah hitam dalam proses pengkolonialisasi semula Malaysia. Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang berpusat di The Hague, Belanda memutuskan bahawa perbalahan 28 tahun keatas Pulau Batu Puteh diberikan kepada Singapura untuk hak pemilikanya.
Tidak cukup maruah rakyat Malaysia tercemar dan kedaulatan negara diperlekehkan dengan keputusan ini, kini ada pula Menteri Kabinet cuba menyalahkan Negarawan yang begitu berjasa dalam tanahair dengan desakan lantang kepada kuasa kuasa besar dan mengkritik pemimpin lain sebagai punca negara tidak dihormati dan kes ini adalah illustrasi yang baik.

Laporan Utusan Malaysia:

Berhati-hati supaya kes Pulau Batu Putih tidak berulang

KOTA BHARU 24 Mei - Kerajaan diminta agar lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi memastikan hak kedaulatan kawasan dan wilayah negara ini kekal terjamin di bawah kekuasaan Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, langkah itu perlu supaya kes seperti kedaulatan Pulau Batu Putih tidak berulang.

Katanya, kerajaan perlu belajar dan mengambil iktibar daripada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menyerahkan kedaulatan pulau tersebut kepada Singapura.

”Mengikut hakim yang membaca penghakiman dia mengatakan kita tidak mempunyai rekod yang baik dan tidak melakukan sesuatu yang seolah-olah menunjukkan itu hak kita.

”Kalau itu benar apa perlu dipelajari, kita harus berhati-hati dan jaga hak dengan baik supaya tidak lagi menghadapi perkara yang sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Wartawan Melayu Kelantan Kali Keempat di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan ICJ di The Hague, Belanda semalam yang menyerahkan kedaulatan Pulau Batu Putih kepada Singapura.

Dalam penghakiman kira-kira sejam 45 minit itu, ICJ turut memutuskan bahawa Middle Rocks yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika di selatan Pulau Batu Putih menjadi milik Malaysia, manakala status satu lagi bentuk maritim iaitu South Ledge akan menjadi milik negara di perairan mana pulau itu terletak.

Zaid berkata, keputusan tersebut tidak menimbulkan masalah besar kerana Malaysia dan Singapura mempunyai hubungan yang baik.

”Tidak jadi masalah kerana hubungan kita dengan Singapura sangat baik khususnya sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jadi Perdana Menteri.

”Ini hakikatnya negara mempunyai hubungan yang baik dengan negara-negara lain kerana Datuk Seri Abdullah tidak suka hentam pemimpin sana sini,” katanya.

Apa yang berlaku ialah sebaliknya. Wakil wakil yang dipilih negara untuk menghujahkan kes pemilikan rasmi Pulau Batu Puteh (nama antarabangsanya Pedra Branca) adalah lemah dan tidak bersungguh sungguh dalam persediaan. Ianya adalah umpama “Seorang yang menulis surat memberitahu bahawa beliau tidak lagi meminta hak keatas satu bidang tanah yang asalnya milik nenda beliau dan dengan surat itu, orang lain membawanya ke ICJ untuk memohon hak keatas sebidang tanah itu”.

Ini semua berlaku kerana Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi amat lemah dan sangat mudah dipermain dan pergunakan oleh semua pihak, terutama anasir anasir luar.

Apa yang berlaku seterusnya? Iskandar Malaysia adalah projek pembangunan terancang 2,600 km persegi dilancarkan dimana Singapura, sebagai negara industri akan meraih keuntungan besar. Semua program program industri yang menjadi penyokong dan pembekal huluan tulang belakang industri ‘bernilai tinggi’ (high value industries) seperti ICT, elektroniks, bio-teknologi, pasaran modal dan perkhidmatan professional akan dipindahkan ke Johor. Oleh itu, segala isu yang Singapura tidak mahu terlibat seperti alam sekitar dan keperluan buruh akan menjadi masalah Johor.

Ini lebih jelas apabila PM ‘Flip-Flop’ Abdullah mempelawa Singapura duduk dalam jawatankuasa bertindak peringkat pegawai tertinggi dalam isu isu perancangan dan keputusan strategik Iskandar Malaysia melibatkan soal imigresen, alam sekitar, pengangkutan dan sumber manusia.

Iskandar Malaysia juga akan menjadi hub barangan yang berasal dari Israel dipakej semula di Singapura dan diedarkan kepada dunia Islam berjumlah lebih 250 juta dirantau ini dan dalam fasa seterusnya, kepada 1.1 billion umat Islam lainya dengan segala kemudahan pengimportan tanpa pemeriksaan, dokumentasi dan sekatan (seamless movement of goods) kedalam sempadan Malaysia melalui mana mana pintu masuk Selatan.

Wakil wakil (nominee) Yahudi Zionis juga bebas membeli hartanah dan memiliki syarikat dalam Malaysia, melalui syarikat yang mereka labur dalam Iskandar Malaysia. Buktinya, Haliburton, syarikat yang mendapat begitu banyak perolehan lumayan dalam episod penaklukan dan penghambaan Iraq, kini mempunyai kilang beroperasi di Johor.

Sebelum ini, Pengerusi Panel Penasihat IDRA Tun Musa Hitam sudahpun mengumumkan bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak akan dilaksanakan dalam Iskandar Malaysia dan apabila ditanya bahawa apakah ini permulaan (DEB) akan tidak dilaksanakan keseluruh negara pula, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah menjawab “Ya”.

Samada debat dimana semua ini dirancang dan beliau sebahagian dari perancangan untuk mengadai negara dan maruah dan kedaulatan negara (melalui rancangan licik ‘Tingkat Empat’) atau beliau merupakan seorang pemimpin yang dungu dan bebal, ianya tidak menjadi keutamaan lagi. Sekarang sudah tiba peringkat TERLAMBAT untuk PM ‘Flip-Flop’ Abdullah terus menerajui dan mempunyai kuasa mutlak membuat keputusan!

*Perkembangan dikemaskini 8.30pagi

Peguam Matthias Chang mempunyai pendapat berikut mengenai konspirasi Yahudi Zionis dan menyusup melalui kes seperti Pulau Batu Puteh ini:

THE PULAU BATU PUTEH CASE


A STRATEGIC DISASTER FOR MALAYSIA


by Matthias Chang


Singapore Got The Mansion


Malaysia Got Some Rocks Which Cannot



Be Used To Put Up Even A Kampong Hut



YET RAIS YATIM SAYS,


We won half and Singapore won half. So I


Say it’s a win-win situation …”



A PICTURE PAINTS A THOUSAND WORDS


AND THE PICTURE OF PULAU BATU PUTEH, MIDDLE ROCKS AND THE SOUTH LEDGE AT THE FRONT PAGE OF STAR NEWSPAPER 24.5.2008 SAYS IT ALL





Summary of Criticism



1) The Legal Team



I am a lawyer and had studied International Law for my Bar Exams in 1975 under the distinguished Professor Ian Brownlie C.B.E. Q.C. member of the English Bar, Chairman of the UN International Law Commission, Emeritus Chichele Professor of Public International Law, University of Oxford, member of the Institut de droit international, Distinguished Fellow, All Souls College, Oxford.

Ian Brownlie is the “leader” of the foreign team advising the Singapore government. A brilliant choice!


(a) Foreign Component


The foreign component of the legal team of Malaysia and Singapore are internationally renowned experts in international law and I have no doubts that they discharged their responsibilities admirably. But tactically, the Singapore “foreign component” had a critical advantage in that Ian Brownlie is the Chairman of the UN International Law Commission, and Mr. Alain Pellet is a member and former Chairman of the UN International Law Commission. And Ian Brownlie is not just a brilliant Lawyer (Q.C.), he is also a lawyer who has a profound grasp of geo-political issues.

To dispel any misperceptions and misunderstanding, I am not suggesting that they can influence the ICJ judges, but having served in such a critical position, Ian Brownlie and Alain Pellet have the inside track on the current thinking and or the approach of the ICJ in such disputes. After all, the UN International Law Commission sets the direction and the development of international law. I am therefore not surprised that Singapore went the extra mile to secure their services – a brilliant strategic appointment.


This dispute is not a mere dispute of ownership and sovereignty over some patches of rocks etc. but a strategic battle for control of territorial waters and sea lanes.



(b) Local Component

Both countries for obvious reasons had Ministers to provide the political imput and the critical linkage to their respective Prime Ministers. But, it cannot be said of Abdullah Badawi, our Prime Minister that at all material times, he was “hands-on” in this strategic battle with Singapore – especially when he had conceded so many issues to Singapore (the bridge, airspace, the Iskandar project etc.).

Singapore had a battle-ready Commander-in-Chief, whereas Malaysia’s leader was sleeping and out of touch.


Once again, I must praise Singapore for their brilliant tactical move in having the Chief Justice Mr. Chan Sek Keong as part of the legal team. It reflects the seriousness and total commitment of Singapore to win this case at all costs!



Why was having the Chief Justice as part of the legal team another brilliant strategic appointment?



Simple!


A good advocate does not necessarily make a good judge. But a judge knows the inside workings of the judiciary and how consensus is established amongst judges in arriving at a decision. Therefore, in submitting on behalf of Singapore, the Chief Justice would know how to play to the strength and weaknesses of judges and would be able to offer critical advice to the rest of the team. The Judges of the International Court of Justice must have been impressed by the presence of the Chief Justice. I stand to be corrected, but this could be the first case in which a Chief Justice appeared before the Court. Even if I am wrong on this score, it can be said without fear of contradiction that it would be very rare for a Chief Justice to advance a case for his country.


My US$ Trillion dollar question is – Where was our Chief Justice when it was apparent that Singapore would be using all their “heavy” weapons?

Said to say, our Judges, including the Chief Justice were all too busy fighting among themselves for the coveted top three jobs in the judiciary to be bothered about this mundane affair. It has no significance to them. I am not surprised that they took the attitude, “this has nothing to do with the judiciary, we judges hear cases, we do not partake in advocacy – even if the country’s strategic interests are at stake.”



We may dislike Singapore and disparage their system of administration, but there is one thing we must admit and learn – when they go to battle, any battle, anyone from the highest to the lowest can be and must be recruited if it serves to ensure victory. Should we be surprised that we keep on losing to Singapore?



The independence of the Malaysian Judiciary is meaningless, if at such critical juncture it is not able to play any role at all. Leadership is sorely lacking!



The Malaysian Bar Council is likewise irrelevant. It is so arrogant and conceited that it cannot see beyond its ugly nose. Like the judiciary, it is a den of vipers and its primary aim (as reflected by the conduct of past and present Chairman) is to promote it’s preferred slate of judicial candidates for higher office.



(c) The Research Component

If the research component is the same as the one that was assembled to do battle with Singapore on the Water Dispute, then I am not at all surprised that we lost this crucial battle to Singapore.


In both cases, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad was the point man.


The team that advised the then Prime Minister (which is almost the same team as the present one) took the view that Malaysia had a weak case. The Prime Minister was so disappointed in their collective attitude that he instructed me to embark on an independent research and to ensure that no stones were left unturned.


Working close to 18 hours a day for a week, I was able to compiled 14 volumes of critical documents (approximately 1,500 pages) and assembled a team of senior practicing lawyers. The critical document (and our nuclear weapon) was the letter written by none other than Mr. Lee Kuan Yew that no documents, notes, letters, memos etc. exchanged between Malaysia and Singapore will be binding as they were written on a “without prejudice” basis, and that unless and until a formal agreement has been signed by the respective Prime Ministers, nothing is deemed agreed!

When this crucial letter was brought to the attention of the said legal team (which they were not aware) they sheepishly conceded that Singapore had no case against Malaysia!


I do not know whether the team has learnt a lesson from that experience and that for this case, a more thorough effort was mounted. I certainly hope so. But I have my doubts, as Tan Sri Kadir Mohamad is still the point man. In fact, he was appointed by Abdullah Badawi as the “Adviser” and on my retirement as Political Secretary to the then Prime Minister, he moved in and occupied my then office.


2) The Legal Arguments




1) Introduction



For the purposes of this article which is written for the benefit of the public, I do not intend to provide an exhaustive analysis of the judgment of the International Court of Justice. But, I would like to highlight some salient points which will expose the perverse conclusions of the said court that “sovereignty over Pulau Batu Puteh passed to Singapore” as a result of events in the last eighty (80) years.

From the submissions of the respective parties and the judgment of the Court, it is clear that Malaysia and Singapore adopted the common strategy of having all or nothing in determining whether it has sovereignty over:


a) Pedra Branca /Pulau Batu Puteh



b) Middle Rocks


c) South Ledge



as they are “geographically linked”.



Pulau Batu Puteh is a granite island measuring 137 m long, with an average width of 60 m and covering an area of about 8,560 sq m at low tide. It is situated at the eastern entrance of the Straits of Singapore, at the point where the latter open up into the South China Sea. Pulau Batu Puteh is located at 1º 19’ 48” N and 104º 24’ 27” E. It lies approximately 24 nautical miles to the east of Singapore, 7.7 nautical miles to the south of the Malaysian state of Johor and 7.6 nautical miles to the north of the Indonesian island of Bintan.

On the island stands Horsburgh Lighthouse which was erected in the middle of the 19th century.

Middle Rocks and South Ledge are the two maritime features closest to Pulau Batu Puteh. Middle Rock is located 0.6 nautical miles to the south and consists of two clusters of small rocks about 250 m apart that are permanently above water and stand 0.6 to 1.2 m high. South Ledge, at 2.2 nautical miles to the south-south-west of Palau Batu Puteh is a rock formation only visible at low tide.


I trust that you will now agree that Singapore was given “the mansion, while Malaysia was given some rocks which stand only 0.6 to 1.w2 m high”! In short, Malaysia was given crumbs to save face! But our current Foreign Minister says that it is a win-win situation.


How stupid and ridiculous can one get? Freaking a#@hole!



2) Applying Imperialist’s Logic



a) Ownership by Sultanate of Johor

After reviewing the history of the Johor Sultanate and the Dutch and British rivalry for control of South East Asia and the insidious role of the East India Company as an instrument for colonial conquest and occupation, the Court concluded:

“The territorial domain of the sultanate of Johor covered in principle all the islands and islets within the Straits of Singapore, including the island of Pulau Batu Puteh. It finds that this possession of the islands by the Sultanate was never challenged by any other power in the region and can in all circumstances be seen as satisfying the condition of ‘continuous and peaceful display of territorial sovereignty. The Court thus concludes that the Sultanate of Johor had original title to Pulau batu Puteh.”

The Court then reviewed the Imperialist Anglo-Dutch Treaty of 1824 wherein the two colonial powers divided South-East Asia into two separate spheres of influence. The argument by Singapore that by this time the islands in the Straits of Singapore (including Pulau Batu Puteh) were terrae nullius and therefore subject to appropriation through “lawful occupation” was rejected by the Court. The Court concluded that notwithstanding the aforesaid Treaty:


“that as of the time when the British started their preparations for the construction of the lighthouse on Pulau Batu Puteh in 1844, this island was under the sovereignty of the Sultan of Johor.”


b) The 21st September 1953 Letter



On 12th June 1953, the Colonial Secretary of Singapore wrote to the British Adviser to the Sultan of Johor on the status of the island. We know that at the material time, British Advisers had tremendous influence. Why was there such an enquiry when it was very clear that the Sultan had ownership and sovereignty over the island at all material times? The British using this subterfuge must have been preparing the ground for a letter to be issued disclaiming sovereignty over the island. In a letter dated 21st September 1953, the Acting State Secretary replied that “the Johore Government did not claim ownership of Pedra Branca.”



Surely, if the Sultan was indeed disclaiming ownership and sovereignty to the island, any reference would be that of Pulau Batu Puteh as the island was known as such to the Sultanate. The fact that the letter used the Portuguese name of Pedra Branca is evidence that the British contrived to issue this letter. The letter did not say that it was the Sultan that was disclaiming sovereignty. It was the Johor government, which was under British control. Thus we had a situation whereby a British administration in Singapore was writing to another British administration in Johor as to the status of an island belonging to the Sultan and by a stroke of a pen, hijacked the island for their own strategic use.

The Court, applying Imperialist logic dismisses Malaysia’s contention that “the Acting State Secretary was definitely not authorized and did not have the legal capacity to write the 1953 letter, or to renounce, disclaim, or confirm title of any part of the territories of Johor.”


The Court applying bizarre logic then concluded:


“In the light of Johor’s reply, the authorities in Singapore had no reason to doubt that the United Kingdom had sovereignty over the island.”


This is perverse Imperialist logic! Why should the Sultan for no rhyme or reason and out of the blues disclaim or renounce sovereignty over the island? This the Court never explained.


It is abundantly clear that the ICJ used this letter as the main basis (giving its historical context) for their majority decision that sovereignty passed to Singapore. The other secondary reasons (issue of maps) relied on by the Court which of itself are never ever sufficient and or conclusive to support a claim for sovereignty as they can refuted by other countervailing documents.

I am fortified in my view as one of the judges, though agreeing with the majority opinion that Singapore has sovereignty over the island observed that the Court failed to appreciate impact and consequences that at the material time when the letter of 1953 was issued, the Sultan of Johor was under the “colonial control” of the British Colonial administration. I quote:


“While relations between sovereign colonial Powers fell within the ambit of international law, it is difficult to argue that dealings between the United kingdom and the Sultanate of Johor were based on relations between sovereign, equal subjects of international law. Thus, the sovereignty acknowledged to indigenous authorities was inoperative vis-à-vis colonial Powers, the authorities’ sole obligation being to submit to the will of the powers. Under these circumstances, the Sultan of Johor could not broach the slightest opposition to a decision by the British.”


Judge Parra-Aranguren was more devastating in his dissenting opinion and considered that “the findings made by the Court in the judgment demonstrate that judicial reason can always be found to support any conclusion.”


This is indeed a grievous indictment as to the integrity of the judgment and the judges that formed the majority opinion. I believe that this may be the first time that a fellow judge has questioned in such a dramatic way the integrity of the judgment of his fellow judges.

I wonder whether the Malaysian Bar and its Chairman, Ambiga has the courage of its convictions to expose this perverse judgment. In his dissenting judgment, Justice Parra-Aranguren supported my contention that the Court applied imperialist logic with regard to the effect and implications of the 21st September 1953 letter.


Additionally, the said judge exposed the fact that the conclusions offered by the majority opinion contradicts and are in conflict with their own findings of fact. For example, the bulk of activities of alleged “Singapore control” over the island was post 1953 and that both parties had agreed and the Court found that 1980 was the critical date for the purposes of the dispute as to sovereignty over the island.


Therefore, Singapore was only “actively involved” in the island for about 20 odd years. Yet, in an earlier decision in 2002, the Court handed down a judgment that a period of 20 years of activity is “far too short” a period to establish sovereignty [case: Land and Maritime Boundary between Cameroon and Nigeria, ICJ Reports 2002, page 352]



Such activities cannot in law undermine historical title, which title was acknowledged as having being with the Sultan of Johor. There is the added confusion in the said judgment [para 222] in that the Court expressly acknowledges that “ownership is in principle distinct from sovereignty.”



This is where I believe the Malaysian team screwed up big time. The judge observed that at all material times, the Sultanate of Johor used the term “ownership” and not “sovereignty”.



The judge also observed that there have been a few instances where in international litigation, “ownership” over territory has sometimes been used as “equivalent to sovereignty”. Be that as it may, the fact remains, that “ownership” and “sovereignty” are two distinct and separate concepts!



Conclusions




This article written for the public cannot encompass the entire legal arguments in support of my contention that the judgment of the ICJ is perverse.



There are urgent lessons to be learnt from this case. But I am not hopeful that Malaysia will more vigilant in protecting itself from predator states like Singapore from hijacking our lands.



This case seems to rest on the same principles in which Israel was founded. The myth and propaganda [specifically by Golda Meir] for the creation of Israel in Palestine was that Palestine was a land without any people, and that the Jews were people without a land.



Therefore, it was right and proper to take the land away from the Palestinians.


Singapore do not have enough land for its people. It has attempted to reclaim land even on the island of Pulau Batu Puteh, besides the use of the strategic lighthouse. Singapore claims that Johor has no sovereignty over the island. Therefore, the island belongs to Singapore.



This is Zionist fascist logic.



Matthias Chang


24th May 2008


Kuala Lumpur

[politics]

Shahrir: Umno terlalu tebal feudalisme

Umno terlalu tebal dengan feudalisme sehingga ia menjadi antara punca parti itu semakin kurang mendapat sokongan orang Melayu, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Shahrir Abdul Samad.

"Selagi amalan ini tidak dibuang, tidak dihapuskan, Umno tidak akan berjaya sepenuhnya untuk menarik sokongan orang Melayu, dan rakyat amnya," katanya.

Shahrir berkata budaya "feudal" yang dimaksudkannya itu sikap pemimpin bawahan yang "takut bersuara" kerana tidak mahu mengatasi pemimpin atasan, lapor Bernama.

"Mereka takut bersuara kerana takut dikatakan melebih-lebih. Mereka tunggu pemimpin atas bersuara.

"Pemimpin bawahan juga takut bersuara menegur jika apa yang dirasakan mereka tidak kena. Semuanya takut," beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa sikap itu terbentuk kerana pemimpin berkenaan mahu menjaga kepentingan sendiri.

"Ya, mereka tak nak bersuara takut kedudukan mereka terjejas. Inilah juga masalah dalam parti sekarang. Mereka bukan lagi nak perjuangkan parti dan bangsa, tetapi untuk diri sendiri," katanya lagi.

Shahrir, yang menyifatkan feudalisme itu sebagai "api dalam sekam", berkata pemimpin sedia ada harus berbalik kepada asas penubuhan Umno jika benar-benar sayangkan parti.

"Jika dilihat daripada sejarah Umno, kekuatan Umno sebagai sebuah gerakan popular masyarakat Melayu ialah kerana Umno bertindak sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

"Dia (Umno) melihat kepada masalah masyarakat, dan menyelesaikan masalah masyarakat, dia mendengar pandangan masyarakat, Umno menjadi saluran kepada pandangan masyarakat dan ini memberikan satu sistem maklum balas yang demokratik," katanya.

Pada zaman itu juga, tambah Shahrir, apabila pemimpin Umno bercakap sama ada di peringkat parti mahupun kerajaan, mereka mewakili pandangan orang ramai bukan pandangan sendiri.

[politics]

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising