Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, May 26, 2008

Pulau Terlepas, Batu Terhempap, Putih Mata Akhirnya!

img.jpg


Keputusan ICJ terpaksa diterima rakyat Malaysia dengan rasa amat sugul, pahit bagaikan menelan empedu. Hanya kita terkilan dengan keputusan hakim 12 berbanding 4, yang mengukuh hujah Singapura ke atas Pulau Batu Putih. Penghujahan pihak Kerajaan Malaysia ternyata lemah dan dangkal.

Meneliti keterangan penghakiman, Kerajaan Malaysia lebih berjaya mengemukakan alasan dari sudut sejarah, tetapi penghujahan undang-undang hambar!Pasukan Malaysia diketuai Tan Sri Gani Patail Peguam Negara yang dikenali licik mengikut arahan penguasa politik tetapi tidak pernah terserlah selaku pakar perundangan.

Singapura diwakili Prof Tommy Koh, tersohor dengan penglibatannya dalam sidang Undang-undang laut dunia serta Prof Jayakumar, pakar undang-undang. Hanya ini yang kami masyghulkan. Apakah kepentingan negara tidak terkorban seandainya yang dimajukan untuk mempertahankan maruah ibi pertiwi adalah pakar handalan?

Kini penguasa dan media Umno bermadah, Pulau Batu Putih hanya sebesar setengah padang bola dan Batu Tengah (yang dianugerah kepada Malaysia) tenggelam di kala air pasang!

Rakyat harus melahirkan penyesalan dan bantahan di atas kecuaian dan bantahan ke atas Kerajaan Umno-BN dan Peguam Negara!



[politics]

Bimbang P. Pisang jadi Batu Puteh

Malaysia digesa menyegerakan rundingan bagi memastikan sebuah lagi pulau di luar pantai Pontian tidak akan mengalami nasib seperti Batu Putih yang kini jatuh hak miliknya ke tangan Singapura.

pulau pisang light house 260508Pemuda PAS Johor membuat gesaan demikian sebagai menyokong cadangan ahli parlimen Pontian, Ahmad Maslan hari ini agar Malaysia mengambil alih pengurusan rumah api di Pulau Pisang (foto kiri).

Ahmad berkata saranannya itu penting kerana pulau itu "mempunyai persamaan dari segi sejarah" dengan pulau di luar Pangerang itu yang gagal dipertahankan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) minggu lepas.

Ketua Pemuda PAS negeri Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata maklumat yang dikumpul pergerakan itu menunjukkan bahawa "masa depan Pulau Pisang lebih berpihak kepada Singapura".

"(Malaysia perlu segera) memastikan perbincangan dua hala dengan Singapura seterusnya mengambil alih kawalan rumah api di Pulau Pisang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seperti cadangan ahli parlimen Umno itu, Pemuda PAS negeri juga mendesak Malaysia supaya menyegerakan aktiviti pembangunan dan kawal selia pulau itu secara menyeluruh.

Rumah api tersebut dipunyai oleh Singapura dan negara itu mempunyai hak mengendalikannya selagi ia masih berada di sana, kata Khairul.

Menurutnya, maklumat ini bersumberkan laman web kendalian University of North Carolina dan Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim Singapura (MPA).

"Jabatan laut Semenanjung Malaysia tidak menyenaraikan rumah api di Pulau Pisang sebagai salah satu daripada 14 rumah api yang dikawal selia oleh Malaysia," katanya.

pulau pisang 260508

[politics]

Badrul sertai Umno bersama Ezam?

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shaharin enggan mengulas ura-ura bahawa beliau akan menyertai Umno bersama bekas ketua Angkatan Muda (AMK) parti itu Mohd Ezam Mohd Nor.

"Saya tidak mahu komen mengenai perkara itu. Tetapi saya akan membuat pengumuman selepas saya berbincang dengan Ezam.

"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai perkara ini tetapi ketika ini saya enggan membuat komen," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas satu coretan di sebuah blog yang mendakwa "satu pertemuan sulit" antaranya dengan Ezam beberapa minggu sebelum bekas setiausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilaporkan akan menyertai Umno.

Dalam pertemuan tersebut, menurut blog itu lagi, Mohd Ezam meyakinkan bekas calon parlimen Rembau itu agar turut menyertai Umno "bagi mengukuhkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menyekat kemaraan penentang-penentang perdana menteri".

"Dengan ini 'reformasi' dan perang melawan rasuah lebih mudah untuk dilakukan," catatan di blog itu dipetik, yang mendakwa ia menerima maklumat tersebut daripada mesej emel yang dikirimkan kepadanya.

"Ezam juga menjanjikan jawatan besar kepada Badrul jika beliau setuju untuk masuk Umno."

Kedua-duanya aktif dalam AMK sebelum Ezam meninggalkan sayap pemuda itu dan kemudian bersama Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak), yang ditubuhkan Ezam, selepas pemimpin itu meninggalkan PKR.

Badrul terpilih sebagai anggota MPT dalam mesyuarat agung PKR tahun lepas.

[politics]

Gani tidak layak siasat kes video Lingam

Peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak layak menyiasat enam tokoh yang dinamakan dalam laporan suruhanjaya diraja siasatan klip video VK Lingam, kata ahli parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh.

"Saya berpendapat bahawa siasatan terhadap keenam-enam individu tersebut tidak sepatutnya diserahkan kepada peguam negara.

"Melalui beberapa kes yang berlaku, Abdul Gani jelas menunjukkan sikap yang tidak bebas dan berat sebelah," katanya, yang juga perakam klip video kontroversi tersebut, dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga mendesak penilaian semua kes yang melibatkan oleh bekas ketua hakim negara Tun Eusoff Chin dan peguam kanan Datuk VK Lingam kerana jelas melalui laporan suruhanjaya ini "kedua-dua mereka ini terlibat dalam percaturan hakim-hakim dan kredibiliti mereka dalam (badan) kehakiman kini dipertikaikan."

Selain dua nama tersebut, empat lagi tokoh yang dicadangkan untuk disiasat ialah mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas ketua hakim negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, bekas menteri pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga setiausaha agung Umno serta tokoh perniagaan Tan Sri Vincent Tan.

Pada 16 Mei, kabinet mengarahkan peguam negara menyiasat keenam-enam tokoh ini seperti disyorkan oleh suruhanjaya diraja.

[politics]

Royalti T'ganu: Ahmad boleh selesaikan?

Beberapa bahagian Umno Terengganu menyerahkan usaha mendapatkan kembali royalti petroleum negeri itu kepada rundingan antara perdana menteri dan menteri besar Datuk Ahmad Said dalam masa terdekat.

Bahagian Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun berharap wang itu digunakan untuk terus menjana pembangunan ekonomi negeri.

"Kita serah saja pada perdana menteri dan menteri besar untuk selesaikannya. Harap rakyat Terengganu mendapat manfaatnya," kata ketua penerangan Hulu Terengganu, Mohd Zawawi Ismail.

Ketua penerangan Kuala Nerus, A Manaf Abdullah pula berkata, pihaknya tetap berharap kerajaan persekutuan mengembalikan wang itu walaupun keperluan mengurus dan mentadbir negeri setakat ini sudah mencukupi.

"Kita bimbang keperluan di masa-masa akan datang tidak mencukupi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Manakala ketua penerangan Dungun, Matulidi Jusoh berkata wang royalti 5 peratus itu boleh digunakan mengikut kebijaksanaan kerajaan negeri untuk mentadbirnya.

Ketiga-tiga bahagian itu juga tidak mengetahui "kehilangan" jumlah besar wang tersebut, tetapi beliau tidak fikir wujud salah guna kuasa atau penyelewengan dalam pengendalian RM7.3 bilion wang royalti tersebut sejak 2004.

"Kita belum dapat penjelasan terperinci (tentang misteri itu). Kemungkinan adanya masalah teknikal yang perlu diselesaikan. Tidak ada salah guna kuasa," kata Matulidi.

A Manaf pula percaya wang tersebut "tidak hilang".

"Mungkin disalurkan kepada projek-projek (persekutuan) yang tidak melalui kerajaan negeri," tambahnya.

Wang tersebut, kata A Manaf lagi, mungkin disalurkan projek untuk tambakan laut dekat lapangan terbang di Telaga Batin, Lebuhraya Pantai Timur dan Piala Monsun.

Mengulas kempen kutipan 100,000 tandatangan rakyat Terengganu anjuran Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) mulai minggu lepas untuk menuntut kembali royalti itu, ketiga-tiga ketua penerangan itu berkata mereka belum memutuskan sama ada hendak menyertai kempen itu atau sebaliknya.

Program tersebut mesti diteliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan, menurut bahagian-bahagian itu.

Mohd Zawawi berkata semua pihak mempunyai cara masing-masing untuk menuntut wang royalti tersebut.

"Serah pada dia, Mampat dengan cara dia. Kita (bahagian Hulu Terengganu) dengan cara kita," katanya lagi.

Mereka mengalu-alukan pertemuan Ahmad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tentang isu tersebut minggu lalu dan lawatan kerja perdana menteri ke negeri itu bulan depan "amat positif" untuk mendapatkan semula wang royalti tersebut.

[politics]

Usul tergempar ISA lulus di DUN S'gor

Usul tergempar mengkritik Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diluluskan buat pertama kali di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini bagi membantah penahanan berlanjutan seorang wakil rakyat negeri itu.

police tortured victim 110107 lawyer M ManoharanM Manoharan (foto), yang menang atas tiket DAP kini ditahan di kem Kamunting, Taiping sejak Disember lepas.

Usul tersebut dibawa oleh ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku (DAP), Lau Wen Sang, lewat petang ini dan dibahaskan sehingga awal malam.

Usul bersejarah itu berbunyi: "Bahawa Dewan ini menetap untuk mengkritik penahanan Yang Berhormat Tuan M Manoharan, Adun kawasan Kota Alam Shah serta pemimpin-pemimpin Hindraf (Barisan Bertindak Hak-hak Hindu) dan aktivis-aktivis sosial yang lain tanpa perbicaraan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menyeru Kementerian Dalam Negeri membebaskan tahanan-tahanan ini."

Ia diluluskan sebulat suara oleh DUN Selangor tepat jam 9 malam ini. Semua Adun BN tidak menyertai perbahasan tersebut yang bermula jam 6 petang tadi.

Manoharan dan empat lagi pemimpin Hindraf - P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar - ditahan pada 13 Disember selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu.

Usul itu disokong dan dibahaskan oleh enam wakil rakyat, termasuk dua bekas tahanan ISA - Dr Mohamad Nasir Hashim (DAP-Kota Damansara) dan Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang).

Turut serta dalam perbahasan itu barisan Adun muda Pakatan Rakyat: Gan Pi Nee (PKR-Rawang), Hannah Yeoh (DAP-Subang), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia) dan Amirudin Shari (PKR-Batu Caves).-MALAYSIAKINI


[politics]

Hassan: S'gor haramkan Islam hadhari

Kerajaan Selangor telah mengarahkan pengharaman sebarang program untuk menyebarkan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Pengerusi jawatankuasa hal ehwal agama negeri Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, semua masjid dan surau diarah tidak lagi dibenarkan mengadakan program yang menyentuh konsep Islam yang diperkenal sejak empat tahun lalu, lapor laman web Utusan Malaysia.

"Kita haramkan Islam hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup.

"Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari," beliau dipetik sebagai berkata pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN hari ini.)-MALAYSIAKINI

[politics]

Umno pupus tahun 2013 jika Abdullah masih PM - Sanusi Junid

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid mendakwa bahawa Umno bakal pupus dan lenyap pada tahun 2013 sekiranya tampuk pemerintahan negara masih dipegang oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau menegaskan, kerana alasan itulah juga yang menyebabkan,
bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bertindak keluar daripada
Umno.

"Tun Mahatir tidak mahu lihat Umno ini hapus. Kalau macam
sekarang, habis pilihan raya kita tengok macam mana perlantikan menterinya,
kita lihat bahasa-bahasa yang digunakan dan komentar-komentar mereka.

"Jika ianya berlanjutan, pada tahun 2013, Umno akan pupus," katanya
kepada Harakah dalam wawancara eksklusif dengan beliau di kediamannya dekat sini petang semalam.

Di tanya alasan beliau yang turut mengisyhtiharkan diri keluar
parti, Sanusi berkata, tidak ada faedahnya beliau terus dalam Umno,
jika tidak ada menampakkan sebarang perubahan bahkan beliau tidak
sanggup berada dalam parti yang mencaci bekas pemimpinnya seperti Tun
Mahathir.

"Kalau dia (Mahathir) tunggu dalam Umno dan tunggu sehingga 2013,
maka dia adalah sebahagian daripada kemusnahan Umno dan dia adalah
sebahagian daripada pemimpin yang tak mampu pertahankan Umno," kata Sanusi
yang pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Menteri Besar Kedah.

Beliau menegaskan, lebih baik pihak lain (merujuk kepada Tengku Razaleigh Hamzah) yang menggalas tugas sebagai Perdana Menteri berbanding Abdullah kerana individu tersebut masih belum ada kepentingan keluarga dan peribadi.

Katanya, sudah terbukti dalil-dalil yang menunjukkan dasar kepimpinan
Abdullah begitu lemah sehingga situasi terkini orang mula
mempersoalkan Raja-raja Melayu dan Dasar Ekonomi Baru.

"Waktu Tun lantik itu sebab nampak dia baik, bersih. Itu tak salah
Tun Mahahtir. Rakyat juga percaya di 'Mr Clean' sehingga 2004, kita
menang rekod kemenangan manakala pada 2008 kita pegang rekod kekalahan
pula.

"Masa menang 2004, dia kata faktor dia sahaja tetapi bila kalah
2008, dia kata bukan salah dia seorang. Kenapa dia tak mengaku pula?" kata Sanusi.

[politics]

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising