Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, May 25, 2008

KEDAULATAN PULAU BATU PUTIH: Kerangka Minda Di sebalik Tuntutannya

Ruhanie Ahmad

Sejarah membuktikan Pulau Batu Putih – biar hanya sebesar padang bola - adalah milik Kesultanan Johor. Pulau ini adalah warisan bangsa Melayu di bumi Malaysia yang berdaulat dan merdeka.

Malangnya, pada 23 Mei 2008, kedaulatan pulau ini telah dengan rasminya dirampas daripada Malaysia dan diserahkan kepada Singapura berasaskan pelbagai fakta bukan sejarah.

Fakta-fakta inilah yang telah dihurai, dikupas, dipertikai dan diwarnakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengikut citarasa segelintir kuasa neoimperialis tertentu yang berkepentingan terhadap kegunaan strategik pulau berkenaan di bawah Singapura.

Ini bermakna, kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Batu Putih tidak akan tergadai jika fakta bukan sejarah tidak dijadikan asas utama tuntutan Singapura.

Ini bermakna, Singapura yang disifatkan sebagai sahabat Malaysia, jelas tidak menghormati fakta sejarah bila ia menuntut kedaulatan pulau tersebut.

Ini bermakna, ketulenan persahabatan Singapura terhadap Malaysia adalah sesuatu yang perlu sentiasa dikaji dan sentiasa dicurigai.

Ini juga bermakna, fakta sejarah tidak boleh dijadikan jaminan tunggal untuk Malaysia mempertahankan kedaulatan mana-mana wilayahnya yang berhampiran Singapura di hari muka.

Daripada hujah di atas, Singapura seolah-olah menuntut kedaulatan Pulau Batu Putih berasaskan kerangka minda bahawa mana sahaja wilayah jiran tetangganya yang difikirkan strategik kepada survivalnya, boleh dituntut dan dijadikan miliknya, asalkan wujud undang-undang dan ruang perundangan yang boleh diheret hingga ke ICJ.

Kerangka minda seperti ini adalah manifestasi betapa rakus dan betapa terdesaknya pulau kecil ini untuk menguasai ruang dan bumi yang lebih besar dan luas di luar lingkungan kedaulatannya bagi menampung penduduknya yang dipercayai berkembang hingga 10 juta orang di hari mendatang.

Insaflah. Republik pulau ini adalah sekutu Israel dan Amerika Syarikat (AS) di Asia Tenggara. Lantas, mustahilkah jika Pulau Batu Putih suatu hari kelak ditukar menjadi satu kompleks ketenteraan yang canggih dan moden demi memenuhi kepentingan strategik dan kepentingan geopolitik sekutu-sekutunya di abad ke-21 di rantau ASEAN?

Kita mesti sentiasa tegas dan waspada. Kita juga mesti berani bersuara bahawa walau keputusan ICJ memang muktamad, ini tidak bermakna kita mesti merelakannya atau mesti tunduk kepada Singapura.

Hakikatnya, di bumi Malaysia kini masih terdapat pelbagai lagi kepentingan strategik Singapura, termasuklah beberapa loji takungan air di Johor.

Siapa boleh menjangka suatu hari nati, atas asas undang-undang, lokasi ini juga mungkin diheret ke ICJ supaya kedaulatannya diserahkan kepada Singapura?

Pertanyaan ini memang keterlaluan. Tetapi, tindakan Singapura menuntut kedaulatan Pulau Batu Putih juga adalah sesuatu yang mustahil jika republik itu benar-benar tulen dalam merangka, memelihara dan menghargai persahabatannya dengan kita.

Jadi, tidakkah sikap “hati kering” negara itu perlu sentiasa dicurigai dan dicemburui sepanjang hayat? Atau, mestikah kita perlu adakan majlis jamuan makan durian dan golf bilateral pada setiap tahun dengan Singapura?

Perlukah ada lagi pembesar kita mengelirukan rakyat jelata dengan menyifatkan keputusan ICJ kononnya “kemenangan bersama” kepada Malaysia dan Singapura?

Perlukah Perdana Menteri kita meluahkan retorika diplomasi kononnya yang “menang pun tak menang semua” dan yang “kalah pun tak kalah semua” kerana “itulah keadilannya” dan “keadilan itu mestilah diakui’’?

Kenyataan seperti di atas hanya mencerminkan kedangkalan segelintir pembesar kita dalam mentafsirkan perkembangan geopolitik serantau dan global dalam konteks survival negara-bangsa di hari muka.

Kenapa tidak ramai pembesar kita yang berani bersuara seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegur Singapura “supaya tidak angkuh dengan keputusan ICJ” itu.

Oleh itu, dalam kita kesedihan, wajarlah kita yakin bahawa Allah SWT memberikan kita kekalahan ini untuk menguji sejauh manakah kebijaksanaan kita mentafsirkan hikmah di sebalik kehilangan kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih.

Allah SWT juga memberikan kekalahan ini untuk menduga kepintaran kita menyedari dan menginsafi wilayah mana lagikah yang boleh dirampas kedaulatannya daripada kita oleh pihak asing di hari muka.

Dengan keinsafan seperti ini, pembesar kita perlu cerdas berfikir dan pantas bertindak. Seluruh kepentingan strategik Singapura di Johor perlu dikaji semula supaya tidak memungkinkan “pisang berbuah dua kali” dalam konteks kedaulatan negara.

Kajilah keseluruhannya secara teliti, tegas dan profesional. Auditlah keseluruhannya untuk memastikan tiada cacat celanya. Demi agama, bangsa dan negara, jangan kita beri muka kepada mana-mana pihak yang amat licik untuk bermuka-muka!

Sesudah itu, pastikanlah bahawa seluruh pemimpin kita adalah kelompok yang faham, sensitif, pintar dan mampu mentafsir kerangka minda Singapura terhadap Malaysia supaya kefahaman itu membolehkan kita sentiasa menentingkan kedaulatan negara dan maruh bangsa bila berurusan dengan republik berkenaan di hari muka.

[politics]

PAS pertikai kewibawaan pemimpin negara tangani isu Pulau Batu Puteh

MUAR, 25 Mei (Hrkh) - PAS Johor merasa amat dukacita dan kesal di
atas kegagalan Kerajaan Malaysia mempertahankan kedaulatan Pulau Batu
Puteh sehingga pulau berkenaan terlepas ke Singapura.

"Insiden malang yang sangat mengaibkan seluruh rakyat negara ini tidak
mungkin akan berlaku sekiranya Menteri Luar sebelum ini iaitu, Tan Sri
Syed Hamid Albar, benar-benar komited dalam menangani isu ini.

"Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberikan Pulau Batu
Puteh ini kepada Singapura membuktikan betapa tidak bersungguhnya menteri
ini menjalankan tugasnya sebagai menteri luar, kata Pesuruhjaya PAS
Johor, Dato' Dr Mahfodz Muhamad, di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan ICJ menyerahkan
Pulau Batu Puteh kepada Singapura yang diumumkan di Haque Belanda, Jumaat
lalu.

Katanya, selain Syed Hamid, Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman
dan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail, juga tidak menunjukkan usaha
bersungguh-sungguh berhubung Pulau Batu Puteh ini.

"Sebagai Ketua Kerajaan Negeri, Ghani sepatutnya peka serta mengambil
berat segala hal ehwal yang berlaku di negeri yang beliau terajui, pulau
ini berada di wilayah Johor, maka sudah tentulah menjadi tanggung jawab
beliau untuk mempertahankannya," katanya.

Katanya, Ghani Patail pula sebelum ini begitu sibuk dan mengambil berat
kes di Batu Buruk Terengganu, ini kerana kes tersebut membabitkan
pembangkang sebab itu beliau begitu pantas bertindak.

"Tetapi kenapa dalam isu Pulau Batu Puteh ini beliau seolah-olah langsung
tidak mengambil berat untuk menyediakan fakta sejarah yang lengkap serta
hujah yang mantap bagi menyakinkan ICJ bahawa pulau ini adalah milik
Malaysia?

"Kita mempertikaikan kewibawaan serta kredibiliti pihak-pihak terbabit
serta pemimpin negara ini di atas kegagalan mempertahankan kedaulatan
pulau ini, sesungguhnya apa yang berlaku ini sangat mengaibkan maruah
negara ini di mata dunia," sambungnya.

Bagaimanapun katanya, PAS tidak sekali-kali mempertikaikan keputusan ICJ
menyerahkan pulau ini kepada Singapura, mereka mengambil masa enam bulan
sebelum membuat keputusan ini, sudah tentu banyak faktor yang diambil
kira sebelum keputusan muktamad diambil.

"Sebagai kerajaan yang bertanggung jawab terhadap negara ini, mereka
sepatutnya bersungguh-sungguh menangani isu yang sangat sensitif selain
turut membabitkan maruah negara dan rakyat ini.

"Jika dilihat dari sudut fakta berkaitan dengan pertikaian ini, banyak
fakta serta bukti yang menyebelahi kita, tetapi malangnya penghujahan
kita gagal mematahkan hujah pihak lawan," katanya.

Katanya, insiden malang yang menimpa Pulau Batu Puteh ini sewajarnya
dijadikan iktibar oleh pemimpin negara ini supaya perkara yang sama tidak
berulang lagi.

"Apa yang menjadi kebimbangan kita, sekarang ini terdapat satu lagi pulau
di Johor yang menempatkan rumah api milik Singapura, iaitu Pulau Pisang
di Pontian, setelah berjaya merampas Pulau Batu Puteh, berkemungkinan
besar mereka akan membuat tuntutan yang sama ke atas pulau ini.

"Kita mengingatkan kerajaan supaya menyediakan segala dokumen serta fakta
yang lengkap mulai sekarang seandainya isu Pulau Pisang ini dibawa ke ICJ
suatu masa nanti.

"Kalau Pulau Batu Puteh hanya seluas sebuah padang bola, tetapi Pulau
Pisang luasnya lebih kurang 30 ekar, selain itu terdapat juga beberapa
buah pulau berhampiran pulau ini.

"Sementara itu di Serkat pula terdapat sebuah lagi pulau yang begitu
hampir dengan Singapura iaitu Pulau Merambung, kedudukan kesemua
pulau-pulau ini begitu strategik, tidak mustahil pulau-pulau ini turut
diintai negara jiran kita, ini yang pemimpin negara perlu fikirkan.

"Oleh kerana itu kita mendesak kerajaan supaya bertegas menyatakan
pendirian bahawa Pulau Pisang ini adalah hak mutlak Malaysia, dengan apa

cara sekali pun Kerajaan Malaysia perlu bertindak segera bagi
menyelamatkan pulau ini sebelum terlambat, cukuplah sekali maruah rakyat
dan negara ini diaibkan sebegitu rupa," tegasnya.

Katanya, jika pemimpin negara ini terus lalai dan leka serta tidak
bertindak segera bagi menyelamatkan Pulau Pisang ini, PAS sangat bimbang
insiden malang yang menimpa Pulau Batu Puteh tidak mustahil akan berlaku
ke atas Pulau Pisang pula.

[politics]

Pemimpin MIC Digesa Dekatkan Diri Dengan Laman Blog

IPOH, 25 Mei (Bernama) -- Pemimpin MIC, termasuk ketua-ketua cawangan, perlu mendekatkan diri dengan laman blog dan melayari Internet setiap hari bagi memantau "suara-suara tidak puas hati" dan memberi maklum balas sewajarnya terhadap luahan perasaan itu, kata Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

"Kalau perlu, mereka sendiri perlu menjadi penulis blog," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan MIC Perak ke-62 di sini hari Ahad.

Samy Vellu berkata penulisan yang baik dalam laman blog mampu meningkatkan kredibiliti parti itu, di samping dapat memperbetulkan salah tanggapan orang ramai terhadap MIC, terutama selepas parti itu dilanda prestasi buruk pada pilihan raya umum lepas.

Presiden MIC itu mengaku bahawa kekalahan banyak calon MIC pada pilihan raya umum lepas berpunca daripada "kekurangan" penggunaan Internet dan kegagalan memberi respons terhadap tuduhan yang dibuat oleh beberapa penulis blog.

Kata beliau Harvard Business School berpendapat bahawa semasa krisis, blog boleh membantu sesebuah organisasi (seperti MIC) "mencorak perbualan mengenainya".

Bagaimanapun, kata beliau dalam mengendalikan laman blog, beberapa perkara penting perlu diambil kira, termasuk memastikannya sentiasa boleh diakses dan bersifat interaktif serta memberi ruang kepada pembaca untuk mengemukakan komen.

Samy Vellu berkata ibu pejabat parti itu bersedia menghantar pakar teknologi maklumat (IT) melatih pemimpin MIC tentang penggunaan Internet dan blog.

Katanya ibu pejabat MIC akan melancarkan portalnya tidak lama lagi, yang turut di dilengkapi ruangan e-aduan dan e-forum.

Sejajar dengan itu, beliau meminta ibu pejabat MIC negeri mewujudkan laman web masing-masing dan mengemaskinikannya setiap hari.

Mereka boleh mengambil muda-mudi lepasan universiti dalam bidang IT membantu mereka membina laman web dan blog masing-masing, katanya.

Samy Vellu berkata banyak pemimpin MIC telah memulakan blog masing-masing untuk berdepan dengan pengkritik parti itu, bukan dengan menyerang mereka, tetapi memberi penjelasan dan berhujah dengan golongan itu tentang isu yang dibangkitkan.


-- BERNAMA

[politics]

Najib Akan Temui Dr Mahathir, Namun Bukan Dalam Masa Terdekat

PEKAN, 24 Mei (Bernama) -- Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan menemui Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan tindakan bekas perdana menteri itu keluar daripada parti, namun bukan dalam masa terdekat.

"Saya bayangkan perkara ini, tetapi tidak semestinya dalam masa yang terdekat ini... tengok pada keadaan dulu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kesanggupannya berjumpa sekali lagi dengan Dr Mahathir bagi membincangkan keputusan bekas presiden Umno keluar daripada Umno.

Najib, yang juga Timbalan Perdana Menteri, bagaimanapun meminta para anggota Umno agar memberi tumpuan yang lebih kepada kerja-kerja pemulihan parti pada masa ini.

"Yang penting kita bagi tumpuan kepada kerja-kerja pemulihan parti antaranya ialah untuk kita sentiasa turun padang dan mendampingi rakyat dan bertindak untuk menyelesaikan masalah rakyat walaupun kita tidak jadi wakil rakyat di kawasan berkenaan," katanya.

Menjawab soalan mengenai tindakan yang bakal diambil terhadap Exco Pergerakan Pemuda, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya, Najib berkata pihaknya perlu menunggu laporan lengkap terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Kita akan menunggu laporan daripada Ketua Pemuda Umno (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) terlebih dahulu, kita nak tahu apa sebenarnya yang dicakapkan barulah kita boleh buat apa-apa," katanya.

Terdahulu, Najib menghadiri majlis Khatam Al-Quran, Berkhatan dan Bertindik di Sekolah Kebangsaan Sri Maulana di sini yang disertai 143 kanak-kanak.

Dalam ucapannya, Najib berkata Program J-Qaf yang dilaksanakan kerajaan melalui Kementerian Pelajaran berada di landasan yang tepat dalam menjana generasi Al-Quran.

"Saya difahamkan kebanyakkan murid-murid sekolah telah berjaya menghabiskan 30 juzuk Al-Quran apabila habis sesi persekolahan," katanya.

Najib, bagaimanapun, berkata pemahaman dan amalan terhadap intipati Al-Quran perlu ditekankan dalam mewujudkan masyarakat berilmu dan mempunyai nilai-nilai murni.

Najib turut melancarkan Perkampungan Hadhari anjuran bersama stesen televisyen swasta, TV9 dan Jabatan Agama Islam Pahang di dataran Majlis Daerah Pekan.

[politics]

Ezam janji masuk PAS

"Jika saya mahu melibatkan diri dengan politik, lebih baik saya masuk PAS kerana ia lebih serasi dengan perjuangan saya sekarang untuk memastikan rasuah diperangi habis-habisan dan sistem demokrasi dipulihkan."

Kenyataan Mohamad Ezam Mohd. Nor, Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat dibuat ketika bercakap melancarkan Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) di sebuah resort di Kuala Ibai Kuala Terengganu sebelum pilihan raya umum ke 12 lalu.

Beliau menjawab soalan para peserta yang menghadiri Majlis Pelancaran Gerak tersebut yang ingin mengetahui pendirian Ezam dalam politik.

Beliau ketika itu bertegas tidak mahu membabitkan diri dalam dunia politik kepartian kerana mahu menumpukan kepada aktiviti Gerak.

Atas platform Gerak, ezam dijemput menyampaikan ceramah di seluruh negara termasuk menubuhkan Gerak di Terengganu yang dianggotai oleh ahli-ahli politik dan NGO negeri tersebut.

Sambutan terhadap Ezam mungkin agak berkurangan atas platform tersebut kerana fokus aktivitinya agak terhad di samping dana untuk mempastikan Gerak terus bergerak juga sedemikian sebagaimana dijelaskan oleh Ezamn sendiri.

Kepopularitian Ezam tidak sehebat beliau membabitkan diri dalam dunia politik kepartian secara langsung bersama barisan pembangkang sedikit masa lalu.

Walaupun beliau dikatakan mempunyai krisis dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) namun ia tidak menghalang hubungannya dengan Pakatan Rakyat (PR) yang lain. Ezam mempunyai hubungan rapat dengan kepimpin PR selepas keluar dari Umno.

Namun selepas kemenangan besar PR di lima negeri termasuk Perak, Kedah, Selangor, Pulau Pinang di samping dapat mempertahankan Kelantan, kepopularitian Ezam agak tengelam sehingga ramai pemerhati politik tertanya-tanya apa sudah jadi dengan Ezam.

Saya percaya ia berlaku kerana penglibatan beliau agak terhad dengan politik kepartian sekadar menyampaikan ceramah atau menerima undangan untuk menghadiri majlis-majlis anjuran parti-parti di bawah PR sebelum pilihan raya tersebut.

Beliau tidak secara langsung membabitkan diri di pentas politik kepartian. Justeru sudah pasti pelbagai spekulasi meniti dibibir ahli politik menyentuh kesudahan karier Ezam sebagai tokoh kepimpinan masa depan.

Saya masih berpegang dengan kenyataan beliau sebelum ini sekiranya Ezam sanggup membabitkan diri secara serius semula dalam kancah politik tanah air melainkan beliau berpendirian sebaliknya selepas ini.

Semua ahli politik dan wartawan menunggu perkembangan terbaru mengenai Ezam dan saya percaya Ezam mempunyai keputusan tersendiri dalam perkara ini.

[politics]

PAS Pelawa Mohamad Ezam

KOTA BAHARU, 25 Mei (Bernama) -- PAS hari Ahad mempelawa bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Noor untuk menyertai parti itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata dasar PAS ialah untuk menerima sesiapa sahaja ke dalam parti itu.

Husam yang mengakui rapat dengan Mohamad Ezam berkata pelawaan itu dibuat kerana Mohamad Ezam belum lagi mengumumkan untuk menyertai Umno.

"Dia belum buat keputusan hanya media Umno yang buat bising. Biarlah Ezam buat keputusan dulu. Mana tau esok dia masuk PAS," katanya.

Ura-ura Mohamad Ezam memasuki Umno timbul selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan keluar dari Umno.

-- BERNAMA

[politics]

Keadaan Timbalan Menteri Besar Kelantan Tidak Membimbangkan

KOTA BAHARU, 25 Mei (Bernama) -- Keadaan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini kerana serangan jantung tidak membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata Ahmad yang dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) pada pukul 1 pagi semalam akan menjalani beberapa pemeriksaan lanjut.

"Saya telah melawat Datuk Ahmad (Yaacob) dan mendapati keadaannya tidak serius tetapi perlu pemeriksaan lanjut dan rehat secukupnya," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Ahmad dilaporkan mengalami serangan jantung selepas selesai menghadap Sultan Kelantan bagi mendapat perkenan memangku tugas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan menunaikan umrah selama dua minggu mulai Isnin.

-- BERNAMA

[politics]

Tindakan Terhadap Kontraktor Jika Gagal Siap Bumbung Dewan Sekolah

MARANG, 24 Mei (Bernama) -- Kerajaan Terengganu akan mengambil tindakan jika kontraktor yang diberi tanggungjawab membaiki bumbung dewan Sekolah Menengah Wakaf Tapai dekat sini, gagal menyiapkannya dalam tempoh dua bulan seperti dijanjikan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata tindakan yang diambil itu adalah berdasarkan kepada perjanjian yang dibuat sebelum ini.

Beliau berkata selepas kejadian bumbung dewan sekolah berkenaan runtuh pada 11 April lepas, kontraktor terbabit telah menjalankan kerja-kerja membersih dewan tersebut pada 26 April lepas.

"Pemasangan bumbung akan dilaksanakan setelah kekuda besi yang masih dibuat di kilang, siap.

"Ini untuk memastikan dewan itu dapat digunakan untuk program-program sekolah selain tahap keselamatan pelajar adalah terjamin," katanya selepas melawat dewan sekolah berkenaan hari ini.

Dalam kejadian tersebut, bumbung dewan sekolah yang bernilai RM2 juta itu runtuh, dipercayai berpunca daripada struktur kekuda sendi yang tidak kukuh.

Kejadian yang berlaku pada pukul 8.30 malam tersebut, bagaimanapun tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada pelajar yang kebetulan pada masa itu sedang mengikuti program di surau.

Dewan tersebut tidak mempunyai sijil layak menduduki (CF) walaupun telah beroperasi sejak 2005.

-- BERNAMA

Muhyiddin reveals his hand, he wants Pak Lah to go



Part 3 of The Malaysian Insider peek into the inner circle of power in Umno after Tun Dr Mahathir Mohamad's surprise decision to resign in protest against Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's leadership.



KUALA LUMPUR, May 25 — The charade is over. Tan Sri Muhyiddin Yassin wants Abdullah to step aside. At least that was the sting of the words he used when speaking to Federal Territory party members yesterday. "Pak Lah is my friend, but can he manage the current situation? He's a good man, but the situation has changed. I am being sincere," said the Umno vice-president, who has been ambivalent at best since Election 2008 on the prospect of Abdullah remaining in power.

His Cabinet colleagues have expected this day to come soon, noting that his body language and comments during meetings have been that of someone who was not on the same page with the prime minister. Muhyiddin was supposed to speak to the FT politicians about code of ethics but instead launched into an analysis of Abdullah's leadership and the challenging political landscape.

In his speech to the FT politicians, he sketched the current scenario in the country, noting that Umno and Barisan fared badly in the polls and lost the support of the young. The only consolation was that the BN snared 140 seats, eight short of its customary two-third majority in Parliament. He quoted liberally from Dr Mahathir’s criticism of Abdullah, saying that there must be drastic action in the party and leadership.

"We need to change, so that we don't go down and down. I'm quoting Dr M because he is a veteran leader who is worried that the Malays will lose power," he said, adding that neither Abdullah nor Datuk Seri Najib Tun Razak nor supreme council members have framed the current political situation in these stark terms.

To manage this situation, Umno must be strong, he said.

"We cannot have a weak leader managing challenging circumstances. I am not saying this about present leadership, you can decide for yourself," he said.

Muhyiddin then went on to give instances of weak leadership. He said that he brought to Abdullah’s attention the need for Sabah and Sarawak to have adequate representation in the Cabinet.

"But now look at situation," he said, referring to disappointment by Sabah BN over the allocation of only three ministerial positions to the state.

Then Muhyiddin turned to the standoff over the appointment of the menteris besar of Perlis and Terengganu with the Malay Rulers which eventually resulted in Abdullah backing down.

"Why? Because of weak leadership. You say you're strong, but you're weak. I am going to speak as I'm a vice-president. Many people are still in denial," he said.

By taking this position, Muhyiddin is clearly throwing his name forward to party members as someone who can be considered for either the party president or deputy president at the Umno elections in December. Supporters of Datuk Seri Najib and Tengku Razaleigh Hamzah said that intermediaries said to be acting on behalf of the Minister of International Trade and Industry has reached out to them recently over the possibility of forming a tag team for the elections.

But they did not get any joy from either camp. Najib remains loyal to Abdullah while Tengku Razaleigh is content to push for his reform agenda on his own steam. Still, Muhyiddin has other options. He can lead the opposition against Abdullah and offer himself as the next party president.

Alternatively, he can quit Cabinet, the government and offer to return only after Abdullah has relinquished power.

For Abdullah, the signs are clear. This could be the beginning of a revolt against his leadership by some power brokers in Umno. Since Election 2008, he has had to fend off calls for his resignation. But none of these critics were from the supreme council, the party’s highest decision-making body.

Muhyiddin’s comments yesterday could embolden other senior party officials to come forward and speak out against the current leadership and give strength to Dr Mahathir’s campaign to oust Abdullah.

Abdullah has only two choices: use all the powers of incumbency and fight like never before to stay in office. Or set an earlier date for the transition of power to Najib.

[politics]

Political action moves to Sabah, Sarawak


KUALA LUMPUR, May 25 — The power centre of Malaysian politics has shifted to East Malaysia. Anwar Ibrahim was in Sarawak on Friday, Tengku Razaleigh Hamzah is in Sabah today and Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will make arguably his most important speech since Election 2008 in Kota Kinabalu on May 31.

Each of them has an eye on Barisan Nasional and Umno politicians in the two states who have become restless and vocal over what they perceive to be second class treatment by the federal government in treatment, disbursement of funds and allocation of political positions. Anwar needs to mine this unhappiness and persuade them to cross over to Pakatan Rakyat and force the collapse of the Abdullah administration.

Tengku Razaleigh needs to show empathy and a plan of action for Sabah as he did last night in Kota Kinabalu when he suggested that more senior positions in the state civil service be set aside for Sabahans and endorsed a review of oil royalties for the state. In doing so, he hopes that some of the Umno divisions in Sabah will nominate him as a candidate for the party president’s position in December.

Abdullah needs to outdo everyone and offer East Malaysians something tangible on May 31. He has to address demands made by Sabah MPs Ghapur Salleh and Anifah Aman over inadequate representation in the Cabinet as well as wider concerns of encroachment in Sabah by the federal government. He also has to convince the politicians in Sabah and Sarawak that he has to ability to provide leadership past Umno elections in December.

The PM knows that if he fails to meet some of the demands of the Sabahans, it will persuade some of the BN MPs in the state to leave the coalition, form a new Sabah party and then join Pakatan Rakyat as a new partner.

Anwar has said that many Sabah MPs are on the verge of crossing over to the Opposition, a claim which has been denied by Chief Minister Datuk Seri Musa Aman and Parti Bersatu Sabah leader Datuk Joseph Pairin Kitingan. But even BN leaders in the peninsula know that between eight and 10 MPs are keeping their options open

In Sarawak, the situation is less ominous for Abdullah. Chief Minister Taib Mahmud has tight control over the BN MPs and has fewer issues with the federal government. The reason: Taib has been undisputed leader of the resource-rich state for decades and has managed to palm off any move by the federal government to erode powers guaranteed to the state.

Latest information shows that only two MPs in Sarawak are showing any interest to overtures by Anwar.

The de facto Opposition leader visited a longhouse in Lubok Antu, a hamlet bordering Kalimantan, and launched Parti Keadilan Rakyat’s division. He also had a dialogue with 60 professionals who joined his party.

At a press conference in Kuching on Friday, Anwar once again said that Pakatan Rakyat would topple the BN and form the federal government soon. He did not offer any details but the Sabah PKR chief Datuk Jeffrey Kitingan ventured that the first batch of MPs will cross over by the end of May or early June. He predicted that the last group to switch political allegiance will be MPs from Sarawak.

All this talk of switching camps and crossovers was not in Tengku Razaleigh Hamzah’s vocabulary as he took on the difficult task of building up support among Umno branch chiefs in Kota Kinabalu last night. Addressing 400 rank-and-file party members, he said that there was a case for the review of oil royalties which the federal government paid to Sabah but did not match Anwar’s promise of increasing the percentage of royalties from 5 per cent to 30 per cent.

Ku Li also proposed taxation legislation which was federal-centric be amended to give states more revenue. He pressed a popular nerve when he touched on the Borneo-nisation of the civil service in the state. One of the grouses of Sabahans is that many of the senior positions in the public sector are still occupied by civil servants from outside the state.

He also shot down the idea of building a gas pipeline from Sabah to Sarawak, saying that Sabah should have its own gas plant. In this regard, he said that Petronas personnel should have its finger on the pulse and be more sensitive to needs of the local population.

During the question and answer session which followed the speech, the Umno veteran fielded a range of questions from the possibility of a politician from Sabah contesting one of the senior positions in Umno in December.

His aides were pleased with the support shown by the rank-and-file in Sabah and are quietly confident that his message of the need to democratise Umno and embrace change is getting through.

[politics]

Keputusan ICJ mengecewakan, kata Karpal

Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menyerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, adalah sesuatu yang mengecewakan, kata pengerusi DAP, Karpal Singh.

Katanya, keputusan ICJ itu bercanggah dengan kenyataan Menteri
Luar, Datuk Seri Rais Yatim yang menyifatkannya sebagai situasi "menang-menang".

Sebaliknya, kata ahli Parlimen Bukit Gelugor itu, keputusan ICJ mengenai kedaulatan Pulau Puteh itu jelas lebih menguntungkan Singapura.

karpal singh 01Karpal berkata, pertikaian pokok adalah mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh dan bukannya sangat mengenai Terumbu Karang Tengah atau yang juga dikenali sebagai Middle Rocks.

Oleh itu, katanya, Malaysia harus menerima hakikat bahawa ia telah kalah kepada Singapura, dari segi maruah dan pulau tersebut.

Karpal berkata, dalam sesuatu penghakiman, memang akan ada pihak yang kalah dan pihak yang menang.

Bagaimanapun, beliau tertanya-tanya sama ada kerajaan Malaysia telah mendapatkan nasihat perundangan yang secukupnya - dari segi politik dan psikologi - berhubung perkara tersebut.

"Malaysia tidak sepatutnya bersetuju membawa perkara itu kepada ICJ kecuali jika ia benar-benar yakin boleh menang," katanya.

Sebaliknya, kata beliau, keputusan ICJ itu boleh membawa kepada pertikaian lain yang membabitkan soal maritim antara Malaysia dan Singapura.

Karpal berharap, Singapura tidak akan mengeksploitasi kemenananganya dengan menjadi angkuh.

Dalam penghakimannya semalam, ICJ memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah milik Malaysia.

Mahkamah itu juga menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatan pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia berada.

[politics]

Hasil Wacana akan dijadikan panduan pentadbiran negeri - MB

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Hrkh) - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Wacana 'Menjana Islam Syumul Demi Kesejahteraan Ummah' yang diadakan di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam hari ini, sangat penting untuk dijadikan panduan pentadbiran negeri.

Beliau berkata, wacana yang menghimpun pegawai-pegawai kerajaan dan mereka yang mempunyai keilmuan Islam seperti petugas-petugas di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) boleh merangka bentuk atau lunas-lunas untuk dijadikan panduan kepada kerajaan negeri.

Katanya kepada wartawan selepas merasmikan wacana tersebut, pembangunan negeri bukan saja perlu mantap dari segi pembangunan fizikal tetapi juga dari segi pembangunan kerohanian.

"Saya harap hasil wacana ini dapat menjadi arah tuju dalam pelaksanaan usaha pembangunan negeri Selangor," katanya.

Sementara itu semasa berucap dalam majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 200 peserta, Khalid berkata mentadbir sebuah negeri maju seperti Selangor adalah satu cabaran yang besar.

"Saya melihat cabaran ini bukan kerana ketidakmampuan yang ada pada kita tetapi saya lebih melihat keterlibatan anggota masyarakat menikmati kemajuan yang dicapai.

"Secara umum saya melihat perkembangan dan pembangunan insan ini lebih penting dan perlu dijadikan keutamaan," katanya.

Beliau berkata, sesuatu kemajuan tidak dapat dikecapi tanpa adanya tenaga manusia yang dipertangung jawab memimpin rakyat supaya maju dan membangun serta diperkukuhkan rohani mereka.

Dengan itu, katanya wacana boleh dijadikan acara penting bagi mengukuhkan umat Islam dengan pengisian yang berkualiti.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal-ehwal Islam Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas, Dato' Dr Hasan Mohamad Ali yang turut berucap dalam majlis tersebut dan juga mengiringi Khalid dalam sidang media itu berkata, pihaknya dalam proses untuk melahirkan satu 'blue print' tentang pelaksanaan Islam secara lebih harmoni, aman dan sejahtera dalam konteks masyarakat majmuk di negeri Selangor.

"Kita cuba perkuat dan perkukuh institusi-institusi agama yang ada seperti Jais, Mais, Mais Corp, Lembaga Zakat dan Kolej Islam Anratabangsa," katanya.

Katanya, jika itu dapat diperkukuh mandat membawa 'blue print' atau 'master plan' akan berjaya dalam beberapa bulan akan datang.

Malah katanya, kesan langsung daripada gabungan tenaga yang padu dapat bertindak dengan satu langkah bersama.

"Jadi saya akan menghidupkan semula makanisme-mekanisme pengurusan supaya agensi-agensi Islam di Selangor dapat diurus dengan baik," katanya.

Dalam masa sama, katanya, kerajaan tidak akan mengenepikan urusan-urusan agama orang bukan Islam.

"Teman-teman seperti orang Tionghua, Hindu, Sikh dan lain juga kita akan menentu mereka akan merasa sejahtera dalam arus pembangunan Selangor ini," katanya.

Dalam pada itu, beberapa kertas kerja turut dibentangkan dalam wacana tersebut, antaranya, Dato' Hasan sendiri yang membentang kertas kerja bertajuk, 'Hala tuju menjana Islam syumul dalam konteks mengamal Islam sebagai adden'.

Manakala, Pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Prof Madya Dr Fauzi Deraman membentangkan kertas bertajuk, 'Methodologi menjana Islam syumul di kalangan ummah'.

Turut membentang kertas kerja ialah Dr Mohd Main Mokhtar dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Azmi Hamid dari Teras.

Selain peserta turut hadir dalam wacana tersebut adalah ahli-ahli Exco, ahli dewan undangan negeri dan ahli parlimen Selangor.

Antaranya, Dr Halimah Ali, Yaacob Safari, Dr Shafie Abu Bakar dan Abdul Khalid Samad.

[politics]

Pemuda Umno Jerlun sokong pendirian Mukhriz desak Abdullah letak jawatan

Ketuanya Zulfekri Awang juga berkata Pemuda Jerlun menyokong penuh pendirian Mukhriz yang juga anggota Exco Pemuda Umno Malaysia.

Beliau menyifatkan Ketua Pemuda Negeri Sembilan Dato' Jamlus Aziz dan Ketua Pemuda Perak Zainol Fadzi Paharudin cuba menyekat kebebasan bersuara dalam parti itu apabila mendesak supaya tindakan diambil terhadap Mukhriz.

"Demokrasi dalam Umno akan lumpuh jika semua anggotanya dihalang bersuara dan dipaksa untuk menyokong pemimpin yang mereka tidak bersetuju.


"Sebagai Pemuda, kita harus faham bahawa Mukhriz membawa mesej daripada akar umbi dan kita harus beri peluang kepada beliau untuk bersuara kerana Umno mengamalkan sistem demokrasi," kata beliau kepada Bernama di sini kelmarin.

Jamlus dilaporkan sebagai berkata Mukhriz harus dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin Umno atas perbuatannya.

Zainol Fadzi pula dalam kenyataannya mendesak Mukhriz melepaskan jawatan anggota exco pergerakan dan keluar daripada parti jika terus berprasangka buruk terhadap pucuk pimpinan.

[politics]

Lagi laporan polis terhadap Dr M

Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR hari ini membuat laporan meminta polis menjalankan siasatan terhadap enam individu, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dinamakan dalam laporan suruhanjaya diraja yang menyiasat skandal klip video Lingam.


Laporan tersebut dibuat oleh ketua AMK pusat, Shamsul Iskandar di balai polis Dang Wangi petang semalam.

pkr police lingam report 240508 jimDalam laporannya, suruhanjaya diraja itu mengesyorkan supaya mantan perdana menteri itu serta lima orang lagi disiasat berhubung peranan mereka dalam pelantikan hakim-hakim.

Lima tokoh tersebut ialah dua bekas ketua hakim negara - Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin - peguam kanan Datuk VK Lingam, bekas menteri pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga setiausaha agung Umno serta tokoh perniagaan Tan Sri Vincent Tan.

Suruhanjaya itu mengesyorkan supaya mereka disiasat bawah Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Kanun Keseksaan dan kerana menghalang proses keadilan.

Dalam laporannya hari ini, Shamsul berkata, siasatan polis itu nanti akan dapat memastikan tahap sebenar sistem kehakiman di Malaysia.

Menurutnya lagi, sekiranya mereka didapati tidak bersalah, proses siasatan polis itu juga dapat membersihkan nama keenam-enam individu berkenaan.

Sehubungan itu, Shamsul memberi tempoh sehingga Rabu depan untuk pihak polis memulakan siasatan terhadap mereka.

Katanya, jika pihak polis gagal berbuat, beliau akan membawa perkara itu terus kepada peguam negara.

30 penyokong


Turut mengiringi Shamsul adalah naib ketua pergerakan itu Khairul Anwar Ahmad Zainuddin dan ketua AMK Wilayah Persekutuan, Md Zaman Md Tasi serta 30 penyokong parti itu.

pkr police lingam report 240508 posterSebelum itu mereka berkumpul di depan pusat membelibelah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman dan berarak menuju ke balai polis Dang Wangi di Jalan Raja Abdullah. Seramai 15 anggota polis dilihat mengawal keadaan di situ.

Ketika di balai polis pula - ketika Shamsul membuat laporan pada kira-kira jam 3.30 petang - kelihatan 20 anggota polis mengawal keadaaan di situ.

Oleh kerana hujan turun renyai-renyai, maka para penyokong berkumpul di seberang jalan berhadapan dengan balai polis tersebut, manakala sekumpulan lagi berkumpul di sebuah restoran, bersebelahan balai tersebut.

Mereka melaungkan slogan "tangkap Mahathir" dan "dakwa Mahathir". Laporan dan perarakan itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita kemudiannya, Shamsul berkata dalam inkuiri klip video Lingam itu, timbul isu seolah-olah wujud unsur paksaan dari Tengku Adnan Mansor terhadap bekas timbalan gabenor Bank Negara, Datuk Ahmad Murad supaya membuat pengakuan bahawa ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam urusan kewangan yang tidak betul ketika menjadi menteri kewangan dahulu.

"Jika laporan itu betul, kes itu perlu dibuka semula untuk membersihkan nama Anwar," katanya.

Shamsul juga menjelaskan, esok (hari ini) AMK akan membuat laporan yang sama secara serentak di seluruh negara pada jam 1 tengahari.

Rakyat S'gor tetap dapat air percuma bulan depan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata rakyat Selangor tetap akan mendapat 20 meter padu pertama air percuma mulai bulan depan.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri belum mengadakan sebarang rundingan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berhubung kenaikan tarif air yang dikatakan akan naik mulai tahun depan.

Katanya, syarikat pembekal air itu tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kadar tarif air kerana ia terletak di bawah bidangkuasa Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

"Itu (tarif air) akan kita bincangkan kemudian kerana ia juga tidak ditentukan oleh kerajaan negeri, maknanya cadangan untuk menaikkan tarif air belum diputuskan.

"Bagaimanapun, naik atau turunnya tarif air, rakyat Selangor tetap akan dapat 20 meter padu pertama air percuma mulai bulan depan," katanya dalam sidang akhbar di Shah Alam hari ini.

Menurut laporan Bernama, Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sekinchan, Ng Suee Lim dalam sidang DUN Rabu lalu, yang mendakwa pengguna air di Lembah Klang dijangka berhadapan dengan kenaikan tarif air 37 peratus iaitu RM1.90 bagi setiap meter padu mulai tahun depan.

Ng mendakwa kenaikan itu dibuat sebagai memenuhi perjanjian di antara Syabas dengan kerajaan Selangor dan menurutnya kenaikan tarif air itu diumumkan kepada wakil rakyat menerusi sesi taklimat yang diadakan oleh Syabas baru-baru ini.

Industri air

Ketika ini, pengguna perlu membayar 57 sen setiap meter padu untuk 20 meter padu pertama manakala RM1.03 setiap meter padu bagi 20 meter padu berikutnya dan RM2 bagi penggunaan melebihi 35 meter padu.

Mengenai penyusunan semula semua aktiviti perindustrian air di negeri itu, Abdul Khalid berkata Kumpulan Darul Ehsan Berhad dipertanggungjawabkan untuk menyediakan rangka perancangan dan kerajaan negeri kemudian akan membincangkan mengenai perkara itu dengan kementerian terbabit.

"Tapi perkara ini tak ambil masa satu atau dua hari. Bagaimanapun yang penting yang dijimatkan ialah 20 meter padu air pertama ditolak harga yang sepatutnya kita bayar iaitu lebih kurang RM11 buat masa sekarang," katanya.

Abdul Khalid terdahulu merasmikan Wacana bertajuk "Menjana Islam Syumul Demi Kesejahteraan Ummah" yang disertai pegawai kerajaan, pegawai dari jabatan agama negeri serta wakil dari Institusi Pengajian Tinggi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hassan Mohamad Ali berkata pihaknya sedang dalam proses menyemak semula status lebih 1,000 penceramah bertauliah di negeri itu.

Beliau berkata langkah itu diambil kerana kerajaan negeri ingin menggugurkan senarai nama mereka yang tidak aktif memberikan ceramah dan menggantikan dengan nama baru.

"Kalau kita lihat selama tiga tahun misalnya mereka tidak memberikan ceramah, agaknya adil untuk kita menggugurkan nama mereka untuk masukkan nama baru. Sekarang ada 40 nama yang telah diluluskan oleh jawatankuasa yang mengeluarkan tauliah itu," katanya.

Beliau berkata calon terbabit sedang ditemuduga dan berkemungkinan pengambilan dibuat minggu depan bagi memilih penceramah yang benar-benar dapat menyampaikan kuliah dengan baik, memberi kuliah dengan etika dan tatacara moral yang baik supaya syarahan mereka dapat diterima oleh semua golongan rakyat.[politics]

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising