Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, May 24, 2008

Kempen tuntut royalti dapat sambutan

Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) hari ini berjaya mengumpulkan 1,100 tandatangan rakyat Terengganu menyokong tuntutkan supaya royalti minyak dikembalikan kepada kerajaan negeri.

Penolong setiausaha Mampat, Wan Azmi Wan Ismail berkata, kempen mengumpul tandatangan rakyat Terengganu dilancarkan pada jam 9.30 pagi tadi, bertempat di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

kempen royalti minyak 240508 banner"Jika maklumat program ini disebarkan lebih meluas, Mampat percaya lebih banyak tandatangan akan berjaya dikumpulkan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Wan Azmi yakin, sasaran Mampat untuk mengumpulkan 100,000 tandatangan akan berjaya dicapai selepas konvensyen mengenai usaha mengembalikan royalti minyak Terengganu, diadakan di sebuah hotel di Kuala Ibai pada 14 Jun ini.

Bekas ketua hakim negara, Tun Salleh Abbas dijadualkan bercakap dalam majlis itu. Manakala veteren Umno Tengku Razaleigh Hamzah turut diundang berucap di majlis tersebut.

"Konvenysen ini kita harap boleh menjadi satu gelombang besar untuk membangkit kesedaran mengenai isu tersebut di kalangan rakyat," katanya kepada Malaysiakini.

kempen royalti minyak 240508 penyokon"(Selepas konvensyen), kita akan mempertingkatkan usaha menarik seramai boleh rakyat Terengganu supaya menurunkan tandatangan mereka, menyokong kempen tersebut," katanya.

Wan Azmi berkata, sehingga jam 4.30 petang ini, pihaknya dapat mengumpulkan kira-kira 1,100 tandatangan.

Tidak sebarang kejadian tidak diingini yang berlaku, kecuali petang tadi, ada dua tiga orang lelaki yang tidak dikenali, datang mempersoalkan mengapa melancarkan kempen tersebut.

Bagaimanapun, mereka kemudiannya beredar dari situ.

5,000 risalah

Katanya, Mampat juga telah menyediakan masing-masing 5,000 risalah, riben dan pelekat untuk diedarkan kepada orang ramai.

Seramai 20 petugas Mampat terbabit menjayakan kempen yang dilancarkan di Kuala Terengganu hari ini.

Mengenai sambutan dari golongan ahli politik terhadap kempen yang dijalankan oleh Mampat, Wan Azmi berkata:
kempen royalti minyak 240508 petugas
"Kami telah maklumkan secara lisan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Tetapi hari ini kita tak sasar penyertaan mereka. Untuk Adun ini, kita akan hantar surat rasmi kepada semua mereka untuk program konvensyen nanti," katanya.

Sementara itu, pengerusi Mampat, Mohd Fauzi Abu Samah, ketika dihubungi Malaysiakini berkata, pihaknya akan membuka kaunter untuk mengumpulkan tandatangan di pasaraya Sabasun di Bukit Kecil, Kuala Terengganu dari jam 10 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Selepas konvensyen pada 14 Jun depan, Mohd Fauzi berkata, pihaknya akan pergi ke daerah-daerah untuk mengumpul tandatangan rakyat di sana.

Mampat adalah antara kumpulan penting yang berkempen menyokong pihak istana dan Datuk Ahmad Said - yang merupakan wakil rakyat Kijal - ketika berdepan dengan krisis perebutan jawatan menteri besar selepas pilihanraya umum lalu.

Sebulan selepas dilantik menteri besar, Ahmad menggesa kerajaan pusat supaya menyerahkan kembali royalti minyak - sebanyak 5 peratus - kepada kerajaan negeri Terengganu.

Wang ini ditadbir kerajaan pusat mulai 2000 dengan nama Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih popular disebut "wang ehsan".

Dua hari lalu, Mohd Fauzi Abu Samah telah membuat laporan polis berikutan misteri "kehilangan" RM3 bilion wang royalti petroleum Terengganu.

Ezam: Tiga soalan dari Hisham

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta pemimpin Umno diminta melihat apa manfaat yang bakal diperolehi apabila bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Ezam masuk semula ke dalam Umno.

Di samping itu, beliau juga mahu mereka melihat setakat mana keikhlasan Ezam untuk berjuang bersama Umno.

Dan ketiga, tegas menteri pelajaran, apa peranan beliau apabila diterima masuk Umno.

ezam noorMenurut laporan Bernama, walaupun Ezam belum membuat sebarang keputusan mengenai kemasukannya semula ke dalam Umno, beliau sudah menyediakan tiga soalan itu untuk diteliti oleh pucuk pimpinan.

"Dalam hal ini, sebagai ketua pergerakan Pemuda Umno, saya pasti akan terbabit dalam perbincangan mengenai kemasukan Ezam dan saya bersedia untuk mengemukakan tiga perkara penting mengenai beliau.

"Namun saya sendiri belum berkesempatan untuk mendengar sendiri pendirian beliau (Ezam) kerana difahamkan beliau berada di luar negara," katanya kepada pemberita di Majlis Bersama Rakyat di Dewan Majlis Perbandaran Kluang, di Paloh, hari ini.

Hishammuddin berkata, beliau juga tidak dapat mengulas kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, semalam yang mengalu-alukan kemasukan Ezam dan menyifatkan bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu sebagai aset kepada parti.

"Saya tak boleh kata Ya atau Tidak untuk menyokong kenyataan itu selagi tiga soalan yang saya sediakan itu belum dijawab," kata beliau yang juga adalah Menteri Pelajaran.

Sementara itu beliau juga ditanya tentang kenyataan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru-baru ini bahawa pakaian pelajar perempuan ketika ini adalah seksi.

Katanya, beliau berpendapat secara peribadi pakaian yang ketika ini dipakai oleh pelajar perempuan tidak seksi.
[politics]

Dr M bimbang berlaku kekacauan kaum

Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan berlaku kekacauan kaum dalam masyarakat majmuk di Malaysia, dan menuduh penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, gagal melaksanakan kuasanya.

"Sekarang kita lihat kaum-kaum yang berlainan membuat tuntutan terhadap kerajaan, yang mereka anggap sebagai kerajaan yang lemah," katanya kepada pemberita di Tokyo semalam.

mahathir mohamad 180108Beliau berkata 'golongan ekstremis' di kalangan pelbagai kaum, telah mula menyuarakan penentangan mereka dan membuat tuntutan yang tidak adil terhadap kerajaan, dalam usaha untuk"memecah dan bukannya menyatukan (rakyat)".

Baru-baru ini, wujud kebimbangan mengenai langkah 'mengislamisasikan' Malaysia serta meningkatkannya polarisasi di kalangan tiga kaum utama di Malaysia.

Kira-kira 60 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia terdiri daripada Melayu-Islam, diikuti oleh kaum Cina dan India yang sebahagian besarnya beragama Buddha, Hindu atau Kristian.

Mahathir baru-baru ini keluar dari Umno dan menggesa ahli-ahli parti itu yang lain supaya mengikut jejak langkahnya, yang mengikut para penganalisa, boleh memecahkan parti itu dan menumbangkan kerajaan.

Bagi mengatasi kelamahan (kerajaan), Dr Mahathir berkata perdana menteri perlu meletak jawatan.

Mahathir menerajui kerajaan dan Umno selama 22 tahun sebelum bersara pada 2003, dan memilih Abdullah sebagai penggantinya.

Bagaimanapun, sejurus kemudiannya, mereka tidak lagi sehaluan dengan Dr Mahathir menubuh perdana menteri rasuah, pilih kasih dan tidak cekap mentadbir negara.

Dr Mahathir, 82, kini aktif berkempen supaya Abdullah meletak jawatan selepas Umno kalah teruk dalam pilihanraya umum pada 8 Mac lalu. Abdullah bagaimanapun enggan mengalah.
[politics]

Umno Jerlun bergolak?

Kini dipercayai wujud dua puak dalam Umno bahagian Jerlun - satu menyokong ahli Parlimennya, Datuk Mukhriz Mahathir manakala satu lagi puak menyokong kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Puak yang menyokong Abdullah sebagai perdana menteri serta presiden Umno, diketuai oleh ketua bahagian Jerlun, Datuk Abdul Rahman Ariffin.

mukhriz mahathir and umno pemudaManakala puak yang menyokong Mukhriz pula terdiri daripada barisan kepimpinan Pemuda bahagian.

Menurut setiausaha Pemuda Umno bahagian, Amran Ali, majlis pertemuan antara Mukhriz dengan ahli dan pemimpin Umno bahagian, berlangsung di bangunan Wisma Jerlun petang semalam.

Bagaimanapun, katanya, pada malam sebelumnya, Abdul Rahman telah memanggil satu mesyuarat bahagian yang memutuskan menyokong kepimpinan Abdullah dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak serta meminta meminta Mukhriz berhenti mengkritik perdana menteri.

Namun begitu, Amran berkata, keputusan tersebut tidak melambangkan suara majoriti di peringkat bahagian kerana ramai pemimpin utama bahagian tidak menghadiri mesyuarat itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau berkata, mereka termasuklah timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian, ketua Pemuda dan ketua Wanita.

Sehubungan itu, Amran berkata, Pemuda Umno bahagian Jerlun tetap berdiri teguh bersama Mukhriz dalam meneruskan usaha menyampaikan suara rakyat kepada pimpinan tertinggi parti.

Teruskan sokongan

Katanya, pergerakan itu tidak gentar dengan segala kritikan yang dilemparkan terhadap mereka kerana menyokong perjuangan Mukhriz yang juga exco Pemuda Umno Malaysia.

Amran berkata, ketika berucap di majlis semalam, Abdul Rahman memberitahu para hadirin mengenai ketetapan yang diputuskan dalam mesyuarat bahagian tersebut.

Ekoran itu, katanya, separuh daripada hadirin, telah bertindak keluar dewan, kerana tidak boleh menerima ketetapan itu.

"Majoriti ahli tidak boleh menerima ketetapan yang mengkritik Datuk Mukhriz. Akar umbi memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Datuk Mukhriz," tambahnya.

Mukhriz yang berucap sebelum Abdul Rahman, sekali lagi memperjelaskan bahawa beliau tidak akan meninggalkan Umno.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan terus mendesak supaya Abdullah berundur dari jawatan parti dan kerajaan.

Katanya, sebagai ahli Parlimen Jerlun, beliau berjanji tidak akan mengabaikan penduduk di situ.[politics]

'Apa perlu saya jadi ahli parti Abdullah, bukan lagi parti Umno'


Dr Mahathir Mohamad

Saya kurang faham dakwaan pemimpin-pemimpin tertentu Umno bahawa mengkritik atau mendesak Presiden Umno berhenti bermakna tidak setia kepada Umno.

Tun Razak dan beberapa pemimpin Umno yang lain telah tidak bersetuju dengan yang di-Pertua Umno Dato Onn Jaafar berkenaan dengan cadangannya untuk buka Umno kepada semua kaum sehingga Dato Onn terpaksa berundur.

Apakah sikap dan perbuatan Tun Razak dan rakan-rakannya ketika itu bermakna mereka tidak sayang dan tidak setia kepada Umno?

Pada 1969-71 Tun Razak dan lain-lain pemimpin Umno secara tidak langsung tidak bersetuju dengan kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tunku telah undur diri.

Apakah Tun Razak kerana menolak kepimpinan Tunku, iaitu tidak setia kepada Tunku sebagai Presiden Umno maka dianya tidak setia kepada parti?

Pada tahun-tahun 1986-7 [Tun] Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan DATO' SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI bertindak untuk menjatuhkan saya sebagai Presiden Umno. Mereka jelas tidak setia kepada saya.

Apakah saya tuduh mereka tidak setia kepada parti? Apakah mereka dilarang berjumpa ahli-ahli Umno? Apakah mereka ditegah berkempen untuk memburukkan nama saya, tidak undi saya? Apakah tentangan terhadap saya dianggap oleh saya dan oleh mereka sebagai tidak setia ada parti?

Sepatutnya setelah Dato' Seri Abdullah kalah dia tidak diterima masuk Umno Baru kerana tidak setia kepada saya.

Tetapi dia diterima masuk dan dibenar bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi dan kemudian Naib Presiden.

Jika saya pegang kepada tafsiran sesiapa yang tidak setia kepada saya tidak setia kepada parti, apakah akan saya lantik sekali lagi Dato' Seri Abdullah sebagai Menteri dan kemudian sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan seterusnya.

Saya tak suruh ahli Umno sokong apa yang saya lakukan.

Tetapi fikirkanlah akan kewajaran dakwaan sesiapa yang tidak setia kepada Dato' Seri Abdullah adalah tidak setia kepada parti Umno.

Apakah Umno adalah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah Umno?

Jika Abdullah Ahmad Badawi dengan Umno adalah sama dan satu, maka parti ini bukan lagi Umno. Apa perlunya saya jadi ahli dalam parti Abdullah Ahmad Badawi?

Hanya mereka yang berkepentingan sahaja yang menyebar dan mendokong konsep Umno adalah Dato' Seri Abdullah dan tanpa kesetiaan kepada Dato' Seri Abdullah maka ahli tidak setia kepada Umno. - www.chedet.com

[politics]

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising