Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, May 22, 2008

Dr M: Jangan libatkan Agong

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak perlu dilibatkan dalam usaha membantu menyelesaikan kemelut antara beliau dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Ini soal politik Umno, kita tak akan bawa kepada Agong," katanya apabila diminta mengulas mengenai cadangan itu oleh veteran Umno Tan Sri Aziz Tapa.

Abdul Aziz memberitahu Bernama bahawa kemelut antara dua pemimpin itu telah mencapai tahap yang memerlukan penglibatan Yang di-Pertuan Agong sebagai "orang tengah" untuk menyelesaikannya.

Veteran Umno itu berkata hanya menerusi campur tangan Tuanku Mizan sebagai wakil Raja-raja Melayu, kedua-dua pemimpin itu boleh duduk berbincang bagi mengatasi perselisihan pendapat antara mereka.

Menurut Bernama, Dr Mahathir, yang berada di Tokyo bagi menghadiri persidangan antarabangsa Nikkei, juga berkata beliau tidak ada halangan jika Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ingin menemui beliau.

Kemelut antara Dr Mahathir dan Abdullah memuncak selepas bekas perdana menteri itu mendesak Abdullah meletak jawatan setelah Umno dan Barisan Nasional mengalami prestasi buruk dalam pilihanraya umum lepas.

Isnin lepas Dr Mahathir mengumumkan tindakannya untuk keluar Umno dan berkata akan hanya kembali jika Abdullah berundur.

[politics]

Pro-Mukhriz: Exco sedia kena tindakan

Seorang exco pergerakan Pemuda Umno berkata, beliau tidak takut berdepan dengan sebarang tindakan kerana menghadiri sidang media Datuk Mukhriz Mahathir yang mendesak perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

"Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Saya tidak takut dikenakan tindakan atau dipulaukan oleh exco dan ahli pemuda," kata Kamarulzaman Kamdias.

"Saya juga tidak boleh bertanding jawatan dalam Pemuda lagi kerana telah lebih usia.

"Saya menyokong perjuangan Mukhriz untuk memulihkan semula Umno," tambahnya.

kamarulzaman kamdiasKamarulzaman (foto) berkata demikian ketika diminta mengulas kehadirannya bersama dua lagi exco pergerakan itu - Harison Hassan dan Hazizul Nizam Bidin - dalam sidang media Mukhriz di sebuah hotel di ibu negara Selasa lalu.

Dalam sidang media tersebut, Mukhriz yang juga ahli Parlimen Jerlun telah mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletakkan semua jawatan - presiden, perdana menteri dan pengerusi Barisan Nasional (BN).

Mukhriz bagaimanapun berkata beliau tidak akan mengikut jejak langkah bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan ibunya Tun Siti Hasmah Mohd Ali keluar daripada Umno.

'Tentukan sikap'

Mukhriz berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendesak Abdullah supaya meletakkan semua jawatan tersebut.

Beliau juga mendakwa, mendapat sokongan semua peringkat, termasuk kalangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno.

Kamarulzaman berkata, sokongan untuk Umno merosot kerana ahli dan rakyat tidak memandang baik kepada pimpinan parti itu.

"Oleh kerana itu, pemilihan pemimpin perlu dibuat oleh ahli peringkat akar umbi dan bukannya di kalangan atasan," katanya lagi.

Pada masa sama, kata beliau, inilah masanya untuk para pemimpin parti yang sebelum ini bercakap mengenai kepentingan parti, menentukan sikap masing-masing.

Kamarulzaman berkata, mereka tidak perlu takut jika berjuang untuk kepentingan dan kesinambungan parti.

"Kelayakan seseorang pemimpin bukan ditentukan oleh kelulusan akademik atau pengalaman dalam politik, tetapi yang lebih penting diterima ahli," katanya.

Manakala Hazizul ketika dihubungi pula tidak mahu memberi sebarang ulasan kerana menurutnya masa tidak sesuai.
[politics]

Angkara Mahathir buat BN kucar kacir di Parlimen

Mohd Rashidi Hassan
Wed | May 21, 08 | 10:40:23 am MYT

Tindakan drastik Tun Dr Mahathir Mohamad untuk keluar daripada Umno ketika memberi respon beliau kepada soalan hadirin dalam satu majlis di Alor Setar 19 Mei lepas mencetuskan suasana panik dan kucar kacir di kalangan Umno.

Suasana di Parlimen pagi semalam begitu muram dan mengelirukan ramai ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, khususnya Umno, kerana mereka sendiri tidak tahu apa yang hendak terjadi kepada parti mereka.

Ucapan Mahathir yang berulang kali mengecam Perdana Menteri yang juga Presiden Umno sudah dijangka, tetapi tiada siapa yang menyangka ahli nombor 1 Umno (Umno baru 1988) itu keluar parti.

Kata Mahathir, Abdullah tidak faham signal yang ditunjukkan rakyat pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lepas.

Mahathir menyertai tiga Presiden Umno sebelumnya iaitu Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn untuk bersara di luar Umno.

Ada banyak rumours diperkatakan di kalangan Ahli Parlimen (MP), wakil-wakil media dan orang-orang politik. Di mana sahaja sudut Parlimen, sama ada dalam dewan persidangan, ruang istirehat MP, lobi, kantin dan ruang legar, semuanya membincangkan topik mengenai Mahathir.

Ada yang kata bekas PM itu membuat keputusan tergesa-gesa, spontan dan tidak dirancang ketika dicabar seorang peserta perhimpunan.

Ada yang kata, Mahathir memang merancang untuk keluar Umno dan hanya menunggu masa yang sesuai.

Ada yang kata, tindakan Mahathir keluar Umno didorong oleh tindakan Abdullah yang membenarkan Peguam Negara menyiasat kemungkin berlaku salahlaku bekas PM itu sebagaimana saranan Suruhanjaya Klip Video Lingam.

Apa pun andaian, hakikat yang disebut Mahathir amat jelas, beliau tidak mahu Abdullah menjadi Presiden Umno dan PM. Hanya jika Abdullah meletakkan jawatan baru lah beliau akan kembali kepada Umno.

Kenyataan sekeras ini dikeluarkan setelah berulang kali gesaan dibuat Mahathir supaya Abdullah segera meletakkan jawatan kerana beliau adalah punca sebenar yang mengakibatkan BN hampir kehilangan kuasa di Parlimen.

Bukan sahaja Mahathir dan anaknya Dato' Mukhriz yang mendesak Abdullah meletakkan jawatan. Ramai pemimpin di peringkat negeri dan bahagian juga membuat desakan sedemikian.

Tetapi Abdullah enggan berundur. Beliau tegas menyatakan apa yang berlaku, sesiapa pun yang mendesaknya, tiada sebab untuknya meletakkan jawatan. Ada banyak lagi kerja yang hendak dibuat katanya.

Sikap Abdullah ini membuatkan ahli-ahli Umno tidak ada pilihan lain. Kalau mereka tidak mahu Abdullah, mereka tidak boleh tunggu Abdullah meletakkan jawatan.

Untuk Umno, Abdullah Badawi mesti dipaksa meletakkan jawatan, sama ada dengan menewaskannya dalam pemilihan jawatan Presiden Umno Disember depan, atau jika, Disember terlalu lama, mereka terpaksa membuat undi tidak percaya kepadanya dalam mesyuarat Majlis Tetinggi Umno atau mungkin juga dalam Perhimpunan Agung Khas.

Apa yang akan jadi pada Umno?

Ketika penulis berkesempatan berbual-bual mengenai isu ini dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di lobi Parlimen, secara spontan beliau menyebutkan, "Musa (Tun Musa Hitam, bekas TPM) lupa, dia juga pernah jadi duri dalam daging (Umno).

Kenyataan spontan Ustaz Hadi itu merujuk kepada kenyataan Musa yang 'seolah-olahnya bersyukur' bahawa Mahathir yang disifatkannya sebagai duri dalam Umno sudah keluar.

Ada juga sumber dalam Umno mengatakan, bekas TPM itu pernah berjumpa Abdullah di kediaman rasmi PM di Putrajaya selepas PRU Mac lepas.

Dalam pertemuan itu dikhabarkan Musa ada meminta Abdullah berundur, tetapi secara tiba-tiba Kamaluddin (anak Abdullah) masuk dan terus menyampuk perbuatan dua orang tua itu, dengan menegaskan bapanya tidak akan berundur dari sebarang jawatan.

Banyak gosip yang disebut orang-orang Umno, bahawa keengganan Abdullah meletakkan jawatan lebih didorong faktor anak-anak, menantu, keluarga dan kroni.

Antara nama-nama yang mahu Abdullah kekal, disebutkan orang-orang Umno, selain Kamaluddin iaitu Khairy Jamaluddin, Kamal Khalid, Kalimullah Masheerul Hassan dan beberapa orang lain.

Ringkasnya selain keluarga, Abdullah mahu dikekalkan oleh orang-orang di Tingkat 4 JPM dan NST.

Sejauhmana dakwaan itu, sama ada betul atau tidak, itulah yang diperkatakan oleh orang-orang Umno, khususnya di Parlimen.

Menurut mereka sebahagian besar ahli-ahli Umno tidak mahu Abdullah Ahmad Badawi lagi sebagai PM. Bagi mereka banyak tindakan Abdullah sama ada dalam parti dan kerajaan, tidak dibuat untuk kepentingan Umno dan BN.

Kebanyakannya dibuat tanpa merujuk Umno, tanpa merujuk BN. Ada juga kalangan pemimpin Umno juga menempelak Musa Hitam, dengan mengatakan walaupun bekas TPM itu 'mentor' Abdullah, tetapi kebanyakan nasihatnya tidak terpakai.

Mungkin betul juga dakwaan blogger Sang Kelembai (rakan penulis) bahawa kerajaan yang ada sekarang ini adalah 'Kerajaan Tiga Beranak'. Sejauhmana rakan penulis itu mahu mempertahankan pendiriannya terhadap Abdullah, hanya beliau sahaja yang tahu.

Hakikatnya, parti Umno ketika ini, mahu tidak mahu harus diakui dalam keadaan macam tongkang pecah.

Mampukah Abdullah bertahan?

Bagi Abdullah, sekarang ini, beliau tidak ada pilihan selain untuk mempertahankan kedudukannya yang terumbang ambing akibat desakan bertalu-talu.

Tengahari semalam beliau terpaksa bergegas ke Parlimen untuk menemui anggota Parlimen Umno dan BN, dengan satu tujuan, mahukan komitmen mereka terus kekal dalam parti dan tidak mengikut jejak langkah Mahathir.

Tidak dinafikan pengaruh Mahathir begitu besar dalam Umno. Ada yang kata Mahathir boleh mencetuskan tsunami. Ada yang kata tindakan Mahathir seperti Taufan Nargis kepada Umno.

Tekanan besar kepada Abdullah dan BN bukan sahaja dari Mahathir. Abdullah dan BN juga sedang berhadapan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mahu menubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat bila-bila masa.

Abdullah menghadapi tekanan dari dalam dan luar Umno. Jelasnya tindakan Mahathir ini akan membawa akibat buruk kepada Umno dan BN, sekaligus ia memberi keuntungan kepada Anwar.

Di Parlimen semalam, ramai MP BN termasuk bekas Menteri yang berbual-bual sambil menanyakan borang ahli PAS dan KeADILan.

Di satu sudut seorang MP berbual dengan Naib Presiden KeADILan, Mohamad Azmin Ali, meminta disediakan borang ahli KeADILan bila-bila masa dari sekarang.

"Saya mungkin dah tidak lama jadi orang Umno, kalau susah-susah lebih baik saya masuk PAS, boleh terus perjuang Islam/ Melayu," kata seorang MP Umno sambil bergurau penulis.

Mungkin juga beliau bergurau, mungkin juga beliau serius. Apa pun keadaan yang berlaku sekarang boleh menambahkan koleksi MP-MP Umno/BN untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Pemimpin Pakatan Rakyat harus bijak menangani kemelut yang berlaku dalam Umno sekarang ini. Masa untuk menubuhkan kerajaan semakin dekat, persediaan serapi mungkin harus dibuat.

Peluang sebaik ini harus dimanfaatkan. Anwar, Ustaz Hadi dan Lim Kit Siang, harus segera berpakat untuk meyakinkan rakyat bahawa jika berlaku sebarang peralihan kuasa, ianya tidak akan menjejaskan kestabilan politik, ekonomi dan keselamatan negara.

Dalam keadaan Umno/BN macam tongkang pecah, mereka tidak perlu dibeli, sudah tentu mereka tidak mahu mati kelemasan, mereka tahu bila masanya untuk terjun sendiri.

Mari kita sediakan pelampung yang secukupnya sebelum Umno karam bersama Abdullah dan pengikut-pengikut setianya!


Uthaya mohon 'habeas corpus' baru

Permohonan baru habeas corpus difailkan oleh seorang pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) terhadap Kementerian Dalam Negeri dan pusat tahanan Kamunting kerana didakwa tidak mendapatkan rawatan perubatan yang sewajarnya.

uthayakumar court habeas corpus application 220508 01Peguam N Surendran memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur High hari ini bagi pihak P Uthayakumar yang mendakwa telah dinafikan rawatan perubatan sewajarnya bagi penyakit kencing manis yang dihidapinya.

Uthayakumar juga mendakwa, pihak berkuasa pusat tahanan tersebut enggan memasukkannya ke Institut Jantung Negara (IJN) walaupun diminta oleh doktor supaya berbuat demikian.

Permohonan beliau akan didengar pada 25 Jun depan.

Peguam itu antara lima pemimpin Hindraf yang sedang ditahan di Kamunting bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

Habeas corpus merupakan permohonan untuk membawa tahanan ke mahkamah atau menemui hakim bagi menentukan sama ada wujud kecacatan dalam prosedur, menjadikan penahanan mereka boleh diisytiharkan tidak sah.

[politics]

Keputusan Ezam aneh, kata Wan Azizah

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyifatkan sebagai aneh bagi bekas ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Ezam Mohd Nor menyertai semula Umno.

keadilan wan azizahKetua pembangkang itu berkata, ia kerana Ezam sendiri begitu kritikal terhadap parti Umno.

"(Tetapi) ini pilihannya. Selepas apa yang dilakukannya untuk parti, selepas dipenjara, dia memilih untuk kembali semula kepada mereka (Umno)," katanya ketika diminta mengulas laporan media yang Ezam akan menyertai semula Umno.

Wan Azizah bagaimanapun menolak andaian bahawa tindakan Ezam itu akan membawa kerugian besar kepada PKR.

Sebaliknya, kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu, parti itu mempunyai ramai lagi ahli untuk memimpin dan memperkukuhkan parti.

Manakala Ketua Penerangan PKR, Tian Chua pula berkata, tindakan Ezam itu tidak memberi sebarang kesan kepada PKR kerana beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam parti itu.

Bagaimanapun Tian yang juga ahli Parlimen Batu, berkata beliau hanya kesal kerana Ezam membuat pilihan seumpama itu.

'Bukan pilihan bijak'

ezam mohd noor 220507Ezam - salah seorang pengasas PKR - meninggalkan parti itu tahun lalu kerana tidak sehaluan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Sejak itu, beliau mengetuai Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak). Bagaimanapun, sejak kebelakangan itu, timbul desas-desus, bahawa beliau akan kembali semula menyertai Umno.

Hari ini, Ezam memberitahu Malaysiakini yang beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenainya minggu depan.

Menurut Tian Chua lagi, parti itu akan sentiasa menghargai perjuangan dan sumbangan Ezam.

"Saya rasa beliau telah berkorban untuk perjuangan kita dan beliau telah membuat pendirian yang kritikal untuk membawa perubahan.

"Tetapi apabila perubahan itu telah diterima oleh rakyat, maka adalah aneh untuk menentang arus tersebut - untuk bersama dengan pihak yang kita tentang selama ini," katanya.

"Ini adalah sesuatu yang saya tidak faham dan saya fikir ianya bukan satu keputusan yang bijak," tambahnya.

Reaksi pemimpin Umno

smm meeting with nazri 110907 nazri abdul azizBagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz gembira dengan kepulangan Ezam ke pangkuan Umno.

Beliau berkata, Ezam adalah salah seorang yang paling dipercayainya ketika beliau (Ezam) masih dalam Umno.

"Saya memberi kepercayaan kepadanya untuk menyediakan ucapan saya dan banyak benda lain lagi dan saya amat sedih bila beliau meninggalkan Umno.

"Saya begitu gembira bila mendengar beliau akan menyertai semula Umno. Keahlian Umno adalah terbuka kepada semua orang, mereka yang layak dan mahu menjadi ahli, mesti diterima," katanya.

Menurutnya, dengan kedudukan Umno yang tercorot sekarang, maka parti itu tiada pilihan, kecuali untuk naik semula ke atas.

"Umno akan mempunyai prospek yang lebih baik pada masa akan datang," kata Nazri.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Shafie Apdal juga menyambut baik Ezam menyertai semula Umno, dan menegaskan keputusan akhir adalah di tangan perdana menteri.

"Mengapa tidak, sekiranya ia merupakan langkah untuk memperkukuhkan parti," tanya.

Ezam, 40, mengikut Anwar meninggalkan Umno pada 1998.

Ketika itu, beliau merupakan setiausaha politik Anwar dan pernah ditahan di bawah ISA dan menjalani hukuman penjara bagi kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

[politics]

'Komplot' 3 Tan Sri batal dakwat kekal

Pembatalan dakwat kekal menjelang pilihanraya umum lalu hasil "komplot" tiga badan utama negara untuk "menggagalkan usaha memastikan pilihanraya itu tidak dicemari penipuan", dakwa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).

Dalam laporan polisnya, jurucakap gabungan itu Faisal Mustaffa mendakwa usaha terancang itu melibatkan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

bersih police report indelible ink 220508 01"Saya meminta agar pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia untuk membuat penyiasatan ke atas pengerusi SPR, perdana menteri, peguam negara dan ketua polis negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia," kata Faisal.

Aduan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi tadi susulan kenyataan beberapa tokoh ini sejak minggu lalu

Sabtu lepas, Abdul Rashid mendedahkan, kabinet memutuskan pada hari pembubaran parlimen 13 Februari untuk menolak pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada hari yang sama bagaimanapun menafikan kabinet mengarahkan suruhanjaya itu berbuat demikian.

Tahun lalu SPR bersetuju melaksanakan langkah tersebut dalam pilihanraya umum ke-12 tetapi kemudian membatalkannya empat hari menjelang pengundian dengan alasan keselamatan.

Abdul Gani dan Musa turut hadir di sidang media SPR sewaktu mengumumkan pembatalan tersebut pada 4 Mac lalu.

Kira-kira RM2.9 juta dibelanjakan untuk membeli 48,000 botol dakwat tidak mudah padam dari India tetapi pelaksanaannya dibatalkan kerana bimbang wujud unsur sabotaj seperti telah dikesan oleh polis.

Menteri keselamatan dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar minggu lepas memberitahu Dewan Rakyat bahawa SPR membatalkan cadangan dakwat kekal berdasarkan "bukti khabar angin".

Bercakap di satu seminar di Universiti Islam Antarabangsa, Abdul Rashid juga mendedahkan bahawa kabinet telah terpengaruh dengan maklumat polis bahawa wujud parti-parti politik yang membeli sendiri dakwat-dakwat kekal dari luar negara.

"Saya dimaklumkan bahawa PAS di pantai timur membeli dakwat dari Thailand. Kemudian Umno mendapat tahu (mengenainya) dan Umno juga membeli dakwat tersebut.

"(Maklumat) ini diberikan kepada saya secara hitam putih oleh polis dan laporan yang sama diberikan kepada kabinet dan mereka (menteri) percaya ia memang benar-benar wujud," katanya.

bersih police report indelible ink 220508 03Turut hadir di balai polis, pengarah eksekutif Institut Integriti Pilihanraya Kebangsaan (NIEI) Amin Iskandar (foto, kiri sekali).

Bersih dan NIEI dalam kenyataan bersama selepas itu turut menyebut penglibatan perdana menteri dalam kontroversi ini.

Menurut mereka, ketua polis mendakwa terdapat laporan polis dibuat di Kelantan, Kedah, Perlis di antara 16 hingga 21 Februari lalu.

Namun, tambah mereka, jawapan bertulis yang dikemukakan oleh Syed Hamid ketika menjawab soalan ahli parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan mengesahkan "sebenarnya tiada sebarang bukti berkenaan penyeludupan dakwat kekal dari negara jiran."

Membacakan kenyataan itu, Faisal berkata, percanggahan dakwaan keempat-empat pihak ini menunjukkan bahawa "Abdul Rashid berada di bawah telunjuk ahli kabinet".

Sepatutnya SPR membentangkan pindaan kepada Parlimen bagi membolehkan pelaksanaannya menurut undang-undang, tambahnya.

"SPR hanya merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mendapatkan kelulusan berikutan penggunaan dakwat kekal tanpa ada pindaan (akta) kepada Parlimen," tambahnya lagi.

Bersih dan NIEI juga mendesak pengerusi SPR meletakkan jawatan serta-merta berdasarkan sikapnya yang didakwa "tidak profesional".

Amin pula berkata, alasan untuk membatalkan penggunaan dakwat "tidak masuk akal" kerana prosedur pembelian dakwat itu amat ketat.

"Dakwat ini bukan boleh beli di kedai alat tulis. Kena ada surat, kena ada suruhanjaya. Bukan boleh senang-senang pergi beli," katanya.

Mengulas tentang dakwaan terdapat pembelian dakwat ini daripada negara jiran, Amin berkata, "Thailand sendiri mengimport dakwat kekal daripada India."

Menurut pemantau pilihanraya itu lagi, India adalah pengeksport utama dakwat kekal untuk pilihanraya di rantau ini.

"Dakwat (kekal) yang dikemukakan kepada pihak (majlis) mufti itu sendiri adalah daripada India," katanya, yang turut memantau pilihanraya umum di Nepal baru-baru ini.

Dalam aduan polisnya, Bersih melampirkan 12 keratan akhbar berhubung kontroversi ini, termasuk laporan Bernama, The Star dan Malaysiakini.

[politics]

Umno: Ezam sahkan minggu depan

Teka-teki sama ada bekas ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Ezam Mohd Nor bakal menyertai Umno akan terjawab sewal-awalnya minggu depan.

Ketika dihubungi Malaysiakini melalui SMS hari ini, Ezam berkata beliau sedang berada di luar negeri.

ezam mohd noor 220507Dalam jawapannya, Ezam berkata, beliau akan kembali ke tanahair Selasa ini.

Menurutnya, beliau akan membuat kenyataan mengenai perkara tersebut selepas kembali ke tanahair.

SMS beliau berbunyi: Saya di luar negara. Kembali Selasa. Kena buat kenyataan selepas kembali. Wassalam.

Ezam diminta mengulas laporan yang menyatakan beliau akan menyertai Umno selepas mendapat lampu hijau daripada pucuk pimpinan parti tersebut.

Difahamkan, Ezam juga akan melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak), sebuah badan yang ditubuhkannya tidak lama selepas dibebaskan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2003.

Desas-desus mengenai kemungkinan Ezam menyertai Umno telah tersebar luas melalui Internet, khususnya sejak minggu ini.

Manakala akhbar berbahasa Inggeris The Star memetik sumber-sumber yang berkata Ezam telah mengadakan perbincangan dengan presiden dan timbalan presiden Umno untuk kembali kepada parti itu selepas keluar pada 1998.

[politics]

KPN: Siasatan kes Karpal siap

Siasatan terhadap pengerusi DAP Karpal Singh berhubung kenyataannya yang menyentuh Raja-raja Melayu telah siap sepenuhnya, kata ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

Musa berkata pihaknya kini menunggu arahan Jabatan Peguam Negara (AG) untuk tindakan selanjutnya.

"Siasatan telah dibuat dan kita tunggu arahan daripada AG.

"Saya tak nak komen apa-apa tentang ni, tanya AG," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan cek oleh Hernikwon Corporation Sdn Bhd kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman hari ini.

Pada 25 April lalu, satu laporan polis dibuat terhadap ahli parlimen Bukit Gelugor berhubung kenyataannya bahawa ucapan Tengku Mahkota Kelantan telah menghina kaum bukan Melayu, manakala laporan yang dibuat di Ipoh pada 5 Mei lalu pula mengenai kenyataannya bahawa Sultan Perak tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pertukaran pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury.

Menurut laporan Bernama, 21 laporan polis telah dibuat berhubung kenyataan Karpal di seluruh negara.


[politics]

Kemelut Mahathir-Abdullah tidak perlu melibatkan Yang Dipertuan Agong

Saya berpendapat tidak perlu mengheret Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam kancah pergolakan dalaman Umno kerana persoalan politik yang melanda parti itu bukan kerana krisis yang membabitkan istana tetapi ia adalah keterlanjuran pemimpin parti itu mengenepikan suara rakyat dalam segala tindak tanduk politik mereka sebelum ini.

Persoalan yang membabitkan kehidupan rakyat seperti soal kenaikan harga barang, kebebasan bersuara dan berhimpun, kronisme membabitkan keluarga Perdana Menteri dan usahawan yang rapat dengan mereka soal membolot projek mega dan seumpamanya mengakibat rakyat muak dengan Barisan Nasional (BN) hari ini.

Keberanian Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar Umno, menunjukkan sukarnya golongan desperado politik dalam Umno menerima kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perpecahan dalam Umno merupakan suatu krisis politik yang memaparkan kepimpinan parti itu sampai ke tahap menghancurkan parti yang prinsipnya meletakkan orang Melayu di kelompok mangsa politik untuk kepentingan pemimpin parti itu sendiri.

Sebelum ini Bernama melaporkan bahawa kemelut antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah mencapai tahap memerlukan penglibatan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai "orang tengah" untuk menyelesaikannya, kata veteran Umno Tan Sri Abdul Aziz Tapa.

Beliau berkata hanya menerusi campur tangan Tuanku Mizan sebagai wakil raja-raja Melayu, kedua-dua pemimpin itu boleh duduk berbincang bagi mengatasi perselisihan pendapat antara mereka.

"Susah nak selesai dah. Tak ada lompang lagi (antara mereka), macam mana nak berbincang. Sebab tu saya ada cadangan, kalau boleh Yang di-Pertuan Agong panggil kedua-dua mereka ini dan berbincang.

"Pada saya tidak ada siapa lagi dah yang boleh menjadi orang tengah, sebab dua-duanya api. Api sama api susah nak dilerai. Veteran (Umno) pun tak laku (untuk jadi orang tengah)," katanya ketika dihubungi Bernama.

Abdul Aziz, 85, berkata seperti pepatah Melayu "alam beraja, luak berpenghulu, bersuku-suku anak buah sembah kepala datuk", orang Melayu terikat dengan tradisi yang berakar umbi kepada raja.

Beliau berkata tidak ada salahnya untuk raja-raja Melayu campur tangan dalam kemelut antara bekas perdana menteri dan penggantinya itu memandangkan Umnolah yang mengembalikan semula kuasa raja.

"Semasa Malayan Union, raja tak ada kuasa langsung kecuali sebagai ketua agama (Islam), tetapi Umno menaikkan balik (kuasa raja), (pengasas parti) Datuk Onn (Jaafar) perjuangkan hak raja Melayu," katanya.

Tambahan pula, yang menjadi pertaruhan dalam isu kedua-dua pemimpin Melayu itu bukan setakat Umno tetapi orang Melayu secara amnya, kata Aziz.

"Saya melihat ini sebagai tanda-tanda kehancuran Umno, dan orang Melayu juga akan terus berpecah. Pak Lah (Abdullah) dah ada Kabinet, menang pilihan raya, macam mana nak turun. Takkan kerana sebab itu (Dr Mahathir meninggalkan Umno), beliau (Abdullah) nak letak jawatan.

"Sekarang ramai yang dah nyatakan sokongan mereka kepada Pak Lah, dan yang tak sokong pula tak berani bersuara, senyap-senyap saja. Berpecahlah," katanya.

Abdul Aziz menggambarkan perasaannya terhadap apa yang berlaku kepada orang Melayu sekarang melalui pantun yang berbunyi:


Anak raja menjunjung kayu,

Kayu dibawa dibuat titian,

Malang sungguh anak Melayu,

Sebab pemimpin berdengki-dengkian.

Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Aishah Ghani bagaimanapun berpendapat kemelut antara Dr Mahathir dan Abdullah tidak memerlukan penglibatan raja kerana ia adalah perkara dalaman parti.

"Tak usahlah kita nak libatkan Yang di-Pertuan Agong kerana ini soal parti. Lagipun, ini bukan kali pertama Umno menghadapi krisis, malah ada yang lebih teruk. Tapi semuanya kita dapat atasi.

"Lagipun nak panggil mereka berdua ni duduk berbincang bukan senang. Mereka bukan budak-budak," kata veteran Umno itu.

Sebaliknya, Aishah, berkata beliau yakin kemelut Dr Mahathir dan Abdullah dapat diselesaikan "jika Pak Lah beransur sikit".

"Cadangan saya dalam hal ini Pak Lah beritahu bila nak berundur. Dulu dia pernah cakap tapi tak beritahu bila. Jadi sekarang masanya dia beritahu.

"Bukan apa, orang muda sekarang bukan senang nak percaya. Bila ada jangka waktu orang yang harap Pak Lah berundur tak adalah nak gesa dia, sebab dah tahu bila dia nak buat," katanya.

Aishah berkata beliau banyak mendengar "cakap-cakap" daripada kalangan anggota parti sendiri yang sinis dengan kenyataan Abdullah untuk melepaskan jawatan.

"Itulah masalahnya, cuma cakap saja tapi orang tak nampak. Macam kenyataan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) kata dia akan bincang pasal peralihan kuasa dengan Pak Lah, buatlah cepat. Jangan cakap saja," katanya.

Aishah, 85, berkata sebagai "orang lama" yang membesar di dalam parti beliau sedih dengan apa yang berlaku dalam Umno sekarang.

"Kami ni dah tak boleh buat apa-apa, dah tak ada kuasa, cuma anggota biasa sahaja. Yang kami ada cuma pengalaman dan kasih sayang kami terhadap Umno, dan kerana kasih sayang kamilah kami masih beri pandangan dan nasihat. Sama ada mereka (pemimpin sekarang) nak ikut atau tidak terpulang kepada mereka," katanya.

Penganalisis politik Prof Dr Ahmad Atory Hussein pernah menyuarakan pandangan serupa bahawa tidak ada salahnya jika Abdullah mengalah dan membuat langkah pertama menemui Dr Mahathir.

"Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Apatah lagi ia untuk kepentingan Umno dan orang Melayu," kata Ahmad Atory, Pensyarah Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-undang Universiti Utara Malaysia.

Bagaimanapun, pada mata kasar, saranan Aishah dan Ahmad Atory, sukar untuk direalisasikan kerana sejak kemelut Dr Mahathir dan Abdullah berlaku, kedua-dua tokoh pemimpin itu pernah mengadakan pertemuan.

Bagaimanapun jelas ia gagal menyelesaikan perselisihan pendapat antara mereka, sebaliknya, Dr Mahathir terus lantang mengkritik Abdullah yang disifatkannya sebagai lemah dan berada di bawah kawalan orang terdekat termasuk keluarga.

Abdullah yang menerima baton sebagai Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional daripada Dr Mahathir pada 31 Okt 2003, lebih banyak berdiam diri daripada menjawab kritikan bekas ketuanya itu.

Kemelut itu menyaksikan satu kejutan apabila Isnin lepas, Dr Mahathir yang pernah memimpin Umno selama 22 tahun, mengumumkan keluar daripada parti atas alasan tidak yakin dengan kepimpinan Abdullah.

Tindakan itu dilihat sebagai cubaan terakhir beliau untuk memaksa Abdullah berundur.

-- BERNAMA


Mukhriz berani hadapi apa jua tindakan

Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, beliau sedia menghadapi sebarang tindakan yang bakal dikenakan terhadapnya.

"Saya tidak akan keluarkan sebarang kenyataan kalau saya sendiri tidak sanggup menerima tindakan termasuk dari jawatankuasa pengurusan," katanya.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu sidang akhbar hari ini bahawa tindakan Mukhriz mengulangi desakan agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan semua jawatannya akan dibawa kepada jawatankuasa pengurusan parti.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, Mukhriz menganggap kenyataan Hishammuddin itu susulan salah faham terhadap kenyataannya semalam.

Menurut Bernama, ahli parlimen Jerlun juga berkata beliau akan menghadiri mesyuarat exco Pemuda pada Jumaat ini seperti biasa kerana kali ini bukan pertama beliau berdepan dengan kritikan dari kalangan rakan-rakannya sendiri.

Mukhriz juga menafikan beliau akan keluar dari parti sekiranya perdana menteri tidak meletakkan jawatan Julai ini.

Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa apa yang disuarakan dalam kenyataannya semalam ialah beliau mempunyai hak untuk mengubah pendirian (kekal dalam Umno) pada bila-bila masa mengikut perkembangan terkini dan beliau tidak menyatakan hanya ada satu cara iaitu keluar parti, sedangkan banyak lagi cara lain yang boleh diambil.

"Saya tidak kata menjelang Julai jika perdana menteri tidak berundur, maka saya akan keluar parti," jelas beliau.

Mukhriz berkata bulan itu merujuk mesyuarat cawangan yang akan bermula dan beliau berharap satu perubahan drastik akan berlaku sebelum mesyuarat cawangan bermula dan bukan mengambil keputusan keluar parti.

[politics]

Bersih buat laporan polis ke atas PM, Musa, Ghani dan Rashid


KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) telah membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan tiga lagi individu berikutan isu pembatalan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum yang lalu.

Setiausaha Sekretariat Bersih, Faisal Mustaffa yang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (Tun H.S. Lee) dekat Jalan Stadium hari ini menegaskan, empat individu tersebut harus bertanggungjawab di atas pembatalan penggunaan dakwat itu.

Tiga lagi yang disenaraikan dalam laporan polis yang dibuat itu ialah, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Turut serta semasa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang wangi pagi tadi ialah, calon KeADILan bagi Parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin dan Jurucakap National Institute For Electroral Integrity (NIEI), Amin Iskandar.

Empat hari sebelum pilihan raya umum pada 8 Mac lalu, SPR telah mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat dengan alasan keselamatan dan ada pihak yang telah membeli dakwat itu bagi tujuan penyelewengan, ujar Faisal.

SPR dikatakan telah menggunakan RM2.4 juta wang rakyat untuk membeli dakwat kekal dari India untuk digunakan pada pilihan raya lalu, katanya.

Bagaimanapun kata Faisal, SPR baru-baru ini memberitahu media bahawa kabinet Abdullah Ahmad Badawi yang sebenarnya membantah penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum yang lalu.

Sementara itu katanya, Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar pula mendedahkan di Parlimen yang laporan polis berasakan kepada khabar angin mengenai pembelian dakwat kekal oleh parti-parti politik untuk tujuan penyelewengan pilihan raya.

Baginya, jelas sebenarnya pengumuman pembatalan penggunaan dakwat itu hanyalah helah untuk menyelamatkan kerajaan BN tumbang pada pilihan raya umum lalu.

Jelaslah di sini bahawa kabinet Abdullah Badawi tahu yang mereka akan kalah dalam pilihan raya ke-12 yang lalu jika dakwat kekal digunakan, katanya.

"Jelas juga yang SPR hanyalah alat Barisan Nasional untuk menipu rakyat dalam pilihan raya umum," ujarnya.

Dengan laporan polis yang dibuat itu, Bersih mendesak kesemua terbabit meletakkan jawatan sebagai tanggungjawab terhadap rakyat Malaysia oleh kerana bersekongkol.

Bagi Bersih, Polis dan Peguam Negara hanya dijadikan alat untuk membantu BN memanipulasi pilihan raya yang lalu, ujarnya.

Sementara itu Jurucakap National Institute For Electroral Integrity (NIEI), Amin Iskandar yang turut serta bersama Bersih membuat laporan itu mengecam tindakan berupa penipuan yang dilakukan SPR, Perdana Menteri, Musa dan Peguam Negara.

"Selepas membazirkan wang rakyat sejumlah RM2.4 juta, mereka akhirnya menipu rakyat terang-terang selepas mereka mendapat maklumat akan kalah pada pilihan raya umum lalu," kata Amin yang juga pernah membuat pemantauan pilihan raya di beberapa buah negara termasuk Afghanistan dan Nepal.

Beliau menyatakan bahawa penggunaan dakwat kekal di negara ini tidak akan mendatangkan ancaman kepada kerajaan atau keselamatan negara.

Alasan yang diberikan SPR dan pihak berkuasa sebelum pilihan raya lalu amat dangkal, dan ia mengesahkan bahawa polis sebenarnya yang gagal mengawal keselamatan negara.

Justeru beliau mendesak siasatan dibuat ke atas Perdana Menteri, Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan Pengerusi SPR berikutan pembohongan tersebut.

"Kita mahu mereka bertanggungjawab dan meletak jawatan segera," tegasnya.


Umno Perlis jumpa Dr M pagi tadi

Perlis pula memberi sokongan tindakan Dr. Mahathir. Perlis dimenangi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang lalu.


Rombongan badan perhubungan Umno Perlis mengadakan perjumpaan dengan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di lapangan terbang Subang pagi tadi.

Menurut ketua penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh, perjumpaan tersebut diadakan sebelum Dr Mahathir berlepas ke Jepun.

Hadir sama ialah bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga ketua perhubungan Umno negeri tersebut.

Semalam, kata Hashim, mereka mengadakan pertemuan dengan perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selama kira-kira 45 minit.

Dalam perjumpaan tersebut, katanya, Shahidan, selaku jurucakap Umno Perlis, meminta Abdullah supaya jangan memandang remeh tindakan Dr Mahathir keluar parti.

Menurutnya, perbincangan dengan Abdullah itu juga menyentuh soal kedudukan kerajaan negeri Perlis yang disifatkannya sebagai belum serasi dengan semangat BN dan pelaksanaan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

"Kami menyatakan kebimbangan kepada perdana menteri mengenai tindakan Dr Mahathir keluar Umno kerana ia akan meninggalkan kesan buruk kepada parti.

Tindakan menteri besar

"Mungkin kesannya tidak nampak sekarang, atau ahli tidak keluar parti tetapi mereka mungkin tidak menyokong Umno dalam pilihanraya umum akan datang ," katanya.

Hashim berkata, Abdullah juga perlu menyakinkan kepada ahli bahawa Umno masih merupakan sebuah parti yang kuat dan membela orang Melayu.

Katanya, Abdullah dan pemimpin lain perlu melakukan gerakan untuk memperkuatkan parti dengan menyelesaikan isu-isu yang ada sekarang.

"Isu tingkat empat, campur tangan dalam pentadbiran, isu pergolakan sebelum pemilihan parti dan isu Datuk Mukhriz Mahathir perlu diselesaikan sebagai salah satu cara untuk memperkuatkan parti dan seterusnya mengembalikan kepercayaan ahli dan rakyat kepada Umno," katanya.

Hashim berkata, dalam pertemuan tersebut perdana menteri cuma mendengar tetapi memberikan perhatian yang serius mengenai cadangan Shahidan tersebut.

Katanya lagi, mengenai masalah Umno Perlis pula ialah tindakan menteri besar, Datuk Seri Mohd Isa Sabu yang didakwa banyak menimbulkan masalah kepada orang ramai.

Hashim mendakwa, orang datang minta bantuan, pejabat menteri besar menolak dan kontrak-kontrak yang diperolehi kontraktor kecil telah dibatalkan.

"Kita memberitahu perdana menteri, jika masalah sebegitu tidak diselesaikan ia boleh memberi kesan kepada Umno dalam pilihanraya umum akan datang," katanya.


[politics]

Siapa sebenarnya "duri dalam daging"?

Kini pertempuran pemimpin Umno semakin membesar dan membarah apabila mereka saling tuduh menuduh antara satu sama lain. Dr. Mahathir mempunyai kenyataan tersendiri mengenai krisis Umno ini.

Ikuti kenyataan Dr. Mahathir Mohamad.


Saya telah ikuti laporan berkenaan keputusan saya keluar dari Umno yang disiarkan RTM 1, 8 malam, 19 Mei. Komen oleh dua pemimpin Umno amat menggelikan hati saya.

Tun Musa Hitam dakwa saya adalah 'duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.'

Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging Umno tahun 1986 - 87 dahulu? Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden Umno. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya.

Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh.

Akhirnya pecahlah Umno dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada Umno Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun. Syabas Tun. Saya tak tahu sekarang Tun ahli Umno atau tidak.

Satu lagi pemimpin Umno ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar Umno, jadi calon bebas dan lawan dengan Umno, dalam Pilihan raya Kecil dengan simbol kunci.

Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato' dibenar kembali ke pangkuan Umno, Dato' akan jadi duri dalam daging Umno lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihan raya kecil saya bersetuju Dato' masuk balik Umno.

Saya ucap tahniah kerana Dato' dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya.

Tepuk dulang paku serpih, Katakan orang awak yang lebih. - chedet.com

Kenyataan Media Isu Tun Dr M Keluar Umno



Anwar sendiri dalam komentarnya berhubung tindakan Dr Mahathir keluar Umno menyatakan secara serius betapa rakyat kini tidak perlu lagi mengharapkan Umno yang kian lemah.

Sebaliknya Anwar menyeru rakyat beralih kepada Pakatan Rakyat yang mempunyai misi dan visi yang akan mensejahterakan rakyat. Ikuti Kenyataan Anwar seterusnya...

Keputusan Tun Dr. Mahathir untuk keluar dari Umno hari ini mencerminkan krisis Umno yang kian merosot, di mana pemimpin saling berebut dan bercakaran, manakala rakyat semakin tidak terbela.

Masalah dalaman Umno semakin parah dan jelas tiada harapan untuk pulih. Walaubagaimanapun, kita mesti mengelakkan dari terperangkap dengan agenda peribadi untuk menggantikan pemimpin yang lemah dengan pemimpin yang rasuah.


Memandangkan masalah dalaman Umno yang semakin merudum, semua rakyat Malaysia yang prihatin dengan kestabilan, kemajuan dan perpaduan masa depan negara dijemput menyertai KeADILan dan Pakatan Rakyat untuk merealisasikan visi bersama untuk bersatu demi memulihkan Malaysia.


ANWAR IBRAHIM


Anwar ada peluang cerah selepas Mahathir keluar Umno?

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Dua hari lalu kecoh cerita ahli Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mana nombor keahliannya ialah, 001 mengisytihar keluar Umno Baru yang beliau sendiri asaskan selepas berjaya mengharamkan Umno yang asal.

Mengulas isu itu, Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) berkata, pengumuman Mahathir itu dijangka merancakkan lagi 'percaturan perebutan kuasa' dalam Umno yang dilihat amat mendebarkan kebelakangan ini.

Perkara ini akan lebih dramatik apabila Tengku Razaleigh Hamzah (Kuli) juga dijangka lambat laun akan mengekori rentak Mahathir yang memberikan tekanan hebat kepada Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Umno itu sendiri, katanya.

Perkembangan terdahulu beberapa puluh jam sebelum pengumuman keluar Umno oleh Mahathir ini membayangkan betapa Umno dalam keadaan yang sangat tidak stabil.

"Kuat khabar yang bertiup menyatakan kemungkinan Mahathir dan lima lagi akan didakwa. Ini ekoran pendedahan laporan penyiasatan yang dibuat oleh Suruhanjaya Di Raja menyiasat kes Pita Linggam," katanya.

Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kes Pita Lingam mencadangkan agar Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri untuk disiasat berhubung dengan peranan beliau dalam pelantikan hakim-hakim sewaktu berkuasa dahulu, katanya.

Selain Mahathir, Tengku Adnan, Vincent Tan, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, Eusof Chin dan VK LIngam turut dicadangkan untuk disiasat.

Dalam pertarungan di antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Tun Razak untuk merebut kekuasaan, Anwar kini mendapat sedikit kelebihan apabila 'mentor' Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri Malaysia akan dihadapkan ke muka pengadilan.

"Rakyat kini sedang menanti plot selanjutnya, adakah benar Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi berani merealisasikan saranan suruhanjaya diraja menyiasat kes pita Linggam.

"Ini kerana Abdullah memang terkenal sebagai 'penubuh suruhanjaya dan jawatankuasa penyiasat' tetapi tidak berani menjalankan saranan suruhanjaya atau jawatankuasa yang dibentuk," katanya.

Anwar sendiri dalam komentarnya berhubung tindakan Dr Mahathir keluar Umno menyatakan secara serius betapa rakyat kini tidak perlu lagi mengharapkan Umno yang kian lemah.

Sebaliknya Anwar menyeru rakyat beralih kepada Pakatan Rakyat yang mempunyai misi dan visi yang akan mensejahterakan rakyat.

[politics]

Singkirkan Abdullah untuk selamatkan Melayu - Mahathir

"Sepatutnya mesej ini jelas kepada kepimpinan yang tidak tidur. Tapi nampaknya dia masih tak faham mesej ini sebab dia tidur."

"Saya nak cadang supaya mereka yang tidak puas hati dengan kepimpinan Dato Abdullah Badawi, sama ada mereka ahli biasa, pemimpin cawangan atau pemimpin di peringkat bahagian saya cadang mereka letak jawatan dan keluar daripada parti," jelas Dr. Mahathir.

"Kalau kita hendak menyelamatkan nasib orang Melayu di masa hadapan, langkah yang perlu diambil ialah menyingkir orang ini!"

Demikian gesaan yang dibuat oleh Mantan Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa berucap dalam majlis 'Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan raya Ke-12' anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah yang diadakan di Hotel Star City, Alor Setar baru-baru ini lapor Harakahdaily.net.

Dalam majlis tersebut juga beliau turut mengisytiharkan keluar daripada Umno sehingga Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatannya.

ImageTerdahulu, beliau dalam ucapannya beliau menyeru ahli-ahli Umno mengambil tindakan berani dengan keluar daripada Umno beramai-ramai.

Tegasnya, tindakan itu perlu setelah Abdullah yang juga merupakan Presiden Umno gagal memahami mesej yang telah disampaikan oleh rakyat pada pilihanraya yang lalu.

"Sepatutnya mesej ini jelas kepada kepimpinan yang tidak tidur. Tapi nampaknya dia masih tak faham mesej ini sebab dia tidur," jelas beliau.

Dalam ucapannya yang penuh sindiran diselang-seli jenaka yang menggamatkan dewan dengan gelak ketawa dan tepukan gemuruh itu, beliau menyelar pengakuan Abdullah yang terus mendakwa Barisan Nasional (BN) masih menang biarpun kehilangan lima negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk gagal mempertahankan majoriti 2/3.

"Sekiranya mesej semacam itu tidak difahami pucuk pimpinan saya berpendapat kita perlu hantar mesej yang lebih keras lagi," katanya menyampaikan bayangan.

Katanya, beliau tidak menyuruh ahli-ahli Umno derhaka, tetapi maksudnya itu ditujukan terhadap orang-orang tertentu khususnya 'orang tertentu'.

Dalam ucapannya, Tun mengimbas tindakan-tindakan pimpinan Umno terdahulu antaranya Dato' Onn Jaafar dan Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang meletakkan jawatan setelah menyedari mereka tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu. Beliau menyifatkan, tindakan mereka itu sebagai gentlemen.

"Apabila cadangan Dato' Onn untuk membuka keahlian Umno kepada bukan Melayu ditolak, beliau menerima itu sebagai undi tidak percaya. Sebagai seorang yang gentlemen, dia mengundurkan diri memberi tempat kepada Tengku Abdul Rahman.

"Inilah cara pemimpin. Apabila pengikutnya sudah tidak lagi menyokongnya, dia dengan rela hati undur diri.

"Demikian juga Tengku Abdul Rahman apabila Perikatan tewas di Pulau Pinang pada pilihanraya 1969, orang Melayu menegur dan mengkritik beliau. Beliau kemudian menarik diri sebagai pemimpin tertinggi Umno. Sekali lagi kita lihat gentlemen Melayu," tegasnya.

Beliau turut menyifatkan Tan Sri Sanusi Junid yang turut hadir pada program berkenaan sebagai seorang yang gentlemen setelah meletakkan jawatan atas rasa tanggungjawab setelah kemerosotan kerusi BN pada pilihan raya tahun 1999.

Menurut beliau lagi, sungguhpun terjadi perubahan politik pada tahun 1998 setelah pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) namun katanya, BN masih mengekalkan majoriti 2/3. Oleh itu dakwanya, beliau tidak perlu undur diri kerana orang Melayu tidaklah terlalu marah padanya kerana segala perkara yang dikatakan kepada DSAI adalah benar.

"Tetapi 2008 ini, kalah di lima negeri, kalah di Wilayah jadi enam. Di dua negeri hilang kuasa, tak boleh pun nak lantik Menteri Besar sendiri, menang apa macam tu?" tegasnya mempertikaikan.

"Kalau kita hendak menyelamatkan nasib orang Melayu di masa hadapan, langkah yang perlu diambil ialah menyingkir orang ini! Laginya dia ada di situ, tak mungkin kita pulih keadaan orang Melayu.

"Dia tunduk kepada semua orang melainkan orang Melayu sahaja. Tunduk kepada Singapura, tunduk kepada Amerika, tunduk kepada Hindraf, tunduk kepada sesiapapun. Waktu ini kalau orang lain nak minta, mintalah, dapat,"jelasnya.

Beliau turut menyifatkan Abdullah sebagai seorang yang begitu lembut kelembai.

"Sebab kita sayang kepada parti kita, kita perlu bertindak dengan cara yang keras untuk menyelamatkan parti kita. Saya harap kita semua sanggup menghadapi cabaran ini.

"Oleh kerana Presiden diangkat oleh ahli parti, maka ahli partilah yang mesti menurunkannya. Nak turunkan dia kena beranilah sikit. Kalau kita bercakap untuk kepentingan diri kita, jangan kamu berkata kamu berjuang untuk bangsa! tegasnya.

Menurutnya, ahli Umno perlu berani menghadapi risiko termasuk ditangkap di bawah Akta Hasutan, ISA dan sebagainya.

Katanya lagi, tindakan hari ini sebagai menunaikan tanggungjawab kepada generasi akan datang sepertimana perjuangan mereka yang pada tahun 1946 menghadapi British agar generasi yang ada hari ini terselamat.

Tidak dilepaskan beliau turut menyelar 'orang-orang di Tingkat Empat', Khairy Jamaludin, Kamaruddin, Kalimullah dan Brendan Pareira.

"Kita perlu bertindak! Kita tidak boleh harap ketua-ketua kita. Mereka mempunyai kepentingan. Sampai nak hadir program macam ni pun tak boleh. Sepatutnya di hadapan ini ketua-ketua bahagian belaka.

"Kita semua ahli-ahli biasa Umno, yang tidak ahli pun ada. Pemimpin-pemimpin cawangan pun ada, apakah mereka boleh bertindak? Kalau mereka boleh bertindak apakah mereka berani bertindak?" soalnya yang disambut hadirin dengan teriakan 'berani'.

Jelasnya lagi, demokrasi di dalam Umno tidak lagi wujud menyebabkan ahli-ahli Umno dan pemimpinnya tidak dibenarkan menggunakan kuasa demokrasi yang ada pada mereka. Malah katanya, demokrasi di dalam parti itu kini tidak lagi berkesan dan telah disalahgunakan.

"Untuk menjayakan asas kita, untuk mengubah kepimpinan, saya harap kita beranilah sikit. Berani berkeras diri sendiri, kerana saya nak suruh benda yang semua tak berani nak buat.

"Saya nak cadang supaya mereka yang tidak puas hati dengan kepimpinan Dato Abdullah Badawi, sama ada mereka ahli biasa, pemimpin cawangan atau pemimpin di peringkat bahagian saya cadang mereka letak jawatan dan keluar daripada parti," tegas beliau yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Menurutnya, beliau percaya tindakan itu akan diikuti oleh ahli-ahli Umno yang lain. Kerana menurutnya, mana-mana sahaja beliau pergi mereka meluahkan rasa benci kepada kepimpinan yang ada sekarang.

"Kerana dia tidak mahu dengar mesej yang diberi kepadanya, inilah cara untuk menjatuhkan dia. Dan kalau ada wakil rakyat kita yang tidak sertai kita, kita ketepikan dia sama sekali.

"Selagi dia tidak nyatakan tidak kepada Abdullah, dia tidak kita anggap sebagai wakil kita walaupun dia menjadi wakil BN," jelasnya penuh yakin.

"Dengan kita mengisytiharkan kita keluar daripada Umno sehingga Abdullah meletakkan jawatan, kita akan kembali menyokong Umno dan menyertai pilihan raya setelah dia meletakkan jawatan, saya yakin ia akan berkesan, tambah beliau lagi.

Bagaimanapun, menurut beliau tindakan keluar parti itu bukan dengan meneruskan tindakan menyertai pakatan pembangkang.



Mubarak pujuk Dr M kembali ke Umno

Kesedaran yang menyeluruh tentang krisis dalaman Umno ini sepatutnya disedari oleh setiap rakyat yang mendewa-dewakan Umno selama ini.

Kejahatan Umno ialah menghalang krisis ini dari sampai ke ceruk kampung seluruh negara dengan tidak mengizinkan media bebas seperti televisyen dan radio bukan milikan kerajaan diberi permit untuk beroperasi.

Ini bukan kemajuan bahkan ia mendorong rakyat terus berada di bawah tempurung politik yang sempit terutama rakyat di kampung.

Ikuti kenyataan Persatuan Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional (Mubarak).



Tindakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno kelmarin menunjukkan bahawa krisis dalaman Umno sudah sampai ke tahap yang amat serius, kata Persatuan Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional (Mubarak).

Presidennya Tan Sri Abu Zahar Ujang menyeru Dr Mahathir dan perdana menteri yang juga presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi duduk berbincang masalah yang melanda parti itu kini.

Bagi memulihkan keadaan, Abu Zahar menegaskan perlunya kepimpinan Umno diperbetulkan dari peringkat atas hinggalah ke peringkat akar umbi.

"Terutama perubahan dari segi sikap, budaya dan perangai seluruh kepimpinan Umno," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Untuk itu, beliau menggesa agar Dr Mahathir dapat memikirkan semula keputusannya itu dan kembali semula bersama Umno.

Abu Zahar berkata, Umno memerlukan Dr Mahathir kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang matang dan banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

"Segala silap dan kelemahan harus kita muhasabah dan bersama-sama mencari jalan untuk memperbetulkannya.

Pikul tanggungjawab

"Kita juga perlu mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi memenuhi tanggungjawab kepada parti dan negara," tambahnya.

Abu Zahar berkata, Dr Mahathir dan Abdullah harus mengambil kira kesan daripada tindakan mereka terhadap generasi akan datang.

Menurutnya, selaku tonggak Barisan Nasional (BN), kepimpinan Umno mesti nampak unggul, mantap dan bijaksana.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan orang Melayu supaya mengambil iktibar daripada peribahasa yang berbunyi "menang sorak kampung tergadai."

"Oleh itu, orang Melayu mesti kembali bersatu padu dan membina balik kekuatan, ketepikan kepentingan peribadi dan kelompok untuk kebaikan bersama," katanya.

Mengenai prestasi buruk BN dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu yang menjadi punca ketegangan dalam Umno kini, Abu Zahar berkata, kemerosotan itu tidak harus dipersalahkan ke atas Umno semata-mata.

Sebaliknya, tambah beliau, tanggungjawab tersebut harus dipikul bersama oleh semua parti komponen BN.

Syarikat kaya-raya dapat gas subsidi

Rakyat dibebankan dengan harga minyak dan gas yang mahal tetapi senang-senang sahaja ada syarikat mengaut keuntungan berlipat kali ganda dari subsidi gas kerajaan . Kerajaan sendiri mendedahkan krisis ini. Apa sudah jadi dengan sistem ekonomi Malaysia hari ini?

Syarikat-syarikat pengeluar tenaga independen (IPP) mendapat keuntungan berlipat kali ganda akibat sistem subsidi bahan api yang tidak masuk akal.

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi hari ini mengakui "tidak munasabah" IPP mendapat bekalan gas dengan harga RM6.40 bagi setiap mmBtu (juta unit Termal British) sedangkan harga pasaran RM41 mmBtu.

Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Petronas sendiri menjual gas kepada IPP di bawah harga kos pengeluarannya, sebanyak RM15 hingga RM16 mmBtu.

Tambahnya, keadaan ini menyebabkan "IPP mampu mengaut keuntungan yang tinggi."

"Penjualan gas kepada IPP adalah tidak munasabah sedangkan kos pengeluaran gas ialah RM15 hingga RM16 mmBtu dan harga pasaran pula mencecah RM41 mmBtu.

"Harga gas yang rendah ini membolehkan IPP mengaut keuntungan yang tinggi dan kementerian bersetuju untuk memastikan IPP tidak mengaut keuntungan yang berlebihan," katanya ketika menggulung perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Shahziman berkata, sekarang masa terbaik memastikan subsidi yang diberikan kerajaan benar-benar diterima oleh kumpulan sasar yakni rakyat berpendapatan rendah.

"Pembetulan ini akan dilakukan dengan mengambil kira tiga perkara iaitu harga gas, menyeimbangkan keuntungan IPP dan memastikan rakyat tidak terjejas daripada kenaikan tarif elektrik," katanya.

Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) kemudian bangun bertanya bila pembetulan itu akan dijalankan memandangkan IPP kini mengaut keuntungan yang besar.

Belia mengambil contoh sebuah syarikat IPP di Terengganu yang mengaut untung RM1.5 juta sehari, RM40 juta sebulan dan RM500 juta setahun.

Shaziman menjawab, kementeriannya akan memastikan ia diperbetulkan secepat mungkin.

"Beri saya peluang untuk memberi penerangan kepada kabinet agar dapat membuat keputusan yang baik untuk negara ini," katanya.

Back Ground of Political Crisis Between Ezam-Anwar

Insight

By JOCELINE TAN

Little storms are brewing within Parti Keadilan Rakyat as Datuk Seri Anwar Ibrahim begins to take on a frontline role in preparation for the general election.

ON the wall behind the desk of Datuk Seri Anwar Ibrahim's office is the famous photograph of him on a jet ski, crouched low over the speed machine as he sliced through the waters.

He looked young, dangerous and powerful.

And he was all of that back then when he was poised on the threshold of power.

The former deputy prime minister will cross another sort of threshold soon – he turns 60 in August. But far from slowing down, he seems about to start on another high-speed trip along the political road.

Parti Keadilan Rakyat (PKR), of which he is advisor, is due to hold elections in May and party members want him to take over from his wife as president.

This despite the fact that the Societies Act bars him from holding any party posts till April next year. And in spite of the fact that his notorious back problem seems to be recurring, so much so that the painkiller he has been taking sometimes causes his fingers to swell.

Party insiders think Anwar will have to eventually pull out because few see the Registrar of Societies bending the rules for him.

But as former party Youth chief Ezam Mohd Nor told people recently, it is crucial that Anwar is seen as making a serious bid for the top post.

And as part of the opposition, they also feel they don't have to kowtow to rules they think are unfair to them.

Besides, there has always been this niggling thought among those in the party that he still had an eye on returning to Umno.


His willingness to be the party president shows his commitment to the party because, as they like to say in PKR, Anwar is bigger than the party.

Whether he makes it or not is another matter.

Ezam, strategic to the core, is said to have pushed hard for this in the months before falling out of favour and quitting his party posts recently.

In that sense, the party congress in May will be a declaration of sorts that Anwar is in PKR to stay and the team that is elected will lead the party into the general election.

But that does not mean all is rosy in the party which has not been in good organisational shape since the Abim (Malaysian Muslim Youth League) faction left en bloc.

Pragmatists in the party saw them as woolly-headed idealists but the Abim group had spearheaded the party's formation with their superb network, organising skills and moral direction.

Their idea of a “new politics” in 1999 struck a chord in those grown weary of the politics of the Mahathir years.

Anwar has asked the Abim group to return but wild horses would not drag them back.

“Anwar is still our brother but politics is not our vocation,” said an Abim figure and founding member of party.

According to information chief Tian Chua, many of the issues that had floated about in the last party polls had been settled.

“There was concern about whether the party would be more pluralistic or Islamic, whether Syed Husin Ali would fit in (as the No 2). I think these issues have been settled,” he said.

Still, the merger with Parti Rakyat Malaysia (PRM) has not brought about any fantastic benefits.

Deputy president Dr Syed Husin Ali (formerly PRM president) provides a certain moral compass for the party but some complain he is too rigid, uninspiring and has not wielded much clout.

To compound matters, he had to keep a reduced schedule last year because of family commitments.

Until two weeks ago, it had seemed like there was going to be a head-on clash for the No. 2 post between incumbent Dr Syed Husin and current vice-president Azmin Ali.

Azmin has since pulled out – most think that Anwar finally put his foot down.

He was either trying to flex his muscles or to test his popularity on the ground but the number of nominations he managed to get suggests he is the man to watch, especially now that Ezam is out of the way.

He just might be the dark horse. Azmin seems to be one of the controversial issues in the party.

He is said to be too powerful, too close to Anwar, too controlling and too ambitious.

In short, they say he is “too much!” Azmin has been blamed for Ezam's slide from the party hierarchy and had he taken on Dr Syed Husin for the No 2 post, he would have been painted as an even bigger villain.

“We are not asking Anwar to get rid of him, just to control him,” said a party figure.

Some have even complained to Anwar about him.

Anwar told one complainant: “People criticise Azmin, they even ask me to sack him. But when I assign him to do something, he always gets it done. He delivers.”

It has even been said that Ezam's chief frustration was not with Azmin but with Anwar's reluctance to check Azmin's action and behaviour.

The point is Azmin has been quite indispensable to Anwar from the days when he was Anwar's principle private secretary when the latter was still in government.

They used to call him Anwar's "gatekeeper” because of the way he controlled access to Anwar.

“He has great personal loyalty to Anwar but he is also efficient, meticulous and a good organiser,” said his old friend and former PKR information chief Khalid Jaafar.

The party's major weakness the last few years has been the lack of leadership.

It is amazing how Dr Wan Azizah has remained so well-liked despite doing so poorly as party president.

Of late, she is spending such long hours praying at night that she sometimes nods off at meetings in the day.

Anwar understands politics and, unlike his wife, he is accepted as an equal among PAS and DAP leaders and can talk business with them.

He is internationally known, he is an orator and a showman and he knows how to use the media, as evident during his recent interview on Al-Jazeera.

At opposition ceramah, he has been whetting the crowd's curiosity with outlandish and sensational theories of the Altantuya Shaaribu, the murdered Mongolian woman case.

Things are going to be quite different in PKR now that he is at the forefront.

But, said former secretary-general Anuar Tahir: “The general wants to organise his army but there may not be enough lieutenants to go on the ground.”

Some supporters also want Anwar to stop harping so much on the years when he was in power.

“He should stop these constant references to his DPM days. People want to look ahead. They are not interested in what he used to do but what he is going to do,” said a close associate.

The outcome of the May congress will have bearing on the party's prospects in the general election.

But it is the general election that will determine whether the party survives or fades away.

Few expect the party to do well but hope, as they say, beats eternal in the breast of men.

At this stage, party members are not even sure whether Anwar will be able to contest.

Regardless of whether he contests or is kept out, a great deal rests on his shoulders. (THE STAR)



[politics]

Mahathir hantar surat rasmi keluar parti

Umno telah menerima surat keluar parti secara rasmi dari Tun Dr. Mahathir Mohamad. Maka rasmilah Dr. Mahathir menjadi 'political giant killer' kepada Umno walaupun atas nama mendesak Presidennya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan dalam parti dan kepimpinan negara.

Bernama melaporkan Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi Umno berharap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dapat kembali kepada Umno suatu hari nanti.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mesyuarat itu telah mengambil maklum bahawa Dr Mahathir telah mengutus surat secara rasmi untuk keluar parti.

"Saya bersedia menemui Tun pada bila-bila masa tetapi kini kita tahu pendirian dan kedudukan beliau. Jadi kita biarkan begitu buat sementara waktu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tiga jam yang dipengerusikan presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Rabu malam.

Isnin lepas, Dr Mahathir mengumumkan keputusannya untuk keluar parti kerana beliau hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang didakwanya gagal membela nasib orang Melayu di negara ini, dalam satu majlis politik di Alor Star, Kedah.

Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata mesyuarat khas itu turut membincangkan rangka pelan pemulihan politik Umno yang akan dijadikan landasan untuk bergerak dengan bersungguh-sungguh bagi memperkasakan parti serta mengembalikan kepercayaan anggota parti dan rakyat.

Selain itu, Najib berkata MT juga memutuskan untuk terus memberi sokongan kepada Abdullah untuk terus memimpin dan mengembalikan keyakinan anggota parti. Berhubung dakwaan terdapat anggota lain yang mengikut jejak Dr Mahathir keluar parti, Najib berkata setakat ini Umno belum menerima surat lain.

Ketika ditanya apakah MT ada membincangkan soal peralihan kuasa antara beliau dengan Abdullah, Najib menjawab,"tak ada dibincangkan, itu antara saya dengan Perdana Menteri."

Mengulas mengenai pendirian MT terhadap anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang dikatakan tidak menghormati Presiden parti, beliau berkata MT juga tidak membincangkan mengenai perkara itu dan menyerahkan kepada Pergerakan Pemuda.

"Perkara itu tidak dibincangkan hari ini. Kita akan dibimbing oleh Exco Pemuda," katanya.

Beliau berkata MT masih yakin dan percaya anggota parti amat setia kepada Umno dan akan terus kekal dalam Umno dan sekiranya ada masalah, perkara itu akan diselesaikan di dalam parti.


Ezam to rejoin Umno

Why Ezam macking popular After his action for anti-corruption game? We don't assapted who will be popular again after rejoined Umno because today this party on highest political crisis.

The Star reported that Former PKR Youth leader Ezam Mohd Nor will be rejoining Umno after receiving the green light from the top Umno leadership.

He will also cease to head the anti-corruption NGO, Gerak, from June 1 in preparation for his return to Umno. Mohd Nazree Yunus has been named to take over as chairman of Gerak.

Sources said he has met both the Umno president as well as deputy president for discussions in connection with his move.

His return to Umno is expected to be announced soon and will be seen as a blow to PKR.

Ezam, 40, was a rising star in Umno when he chose to follow Datuk Seri Anwar Irahim out of Umno after the latter’s sacking in 1998.

He was then Anwar’s political secretary and had also gone to jail under the ISA and OSA.

He resigned from PKR last year after an internal power struggle with PKR vice-president Azmin Ali. At the time of his resignation, he criticised Anwar for his “dictatorial politics” and accused Azmin of being “a schemer who dominates Anwar.”

Ezam has since concentrated on Gerak which is aimed at promoting a corruption-free culture, free media and independent judiciary.

There is some speculation about his future role in Umno including the possibility of appointing him a Senator. But the source said that he was content to be an ordinary member for a start.

Sources said the timing for his rejoining Umno could not be better given the Government’s initiative to strengthen judicial independence and the anti-corruption legislation.

(THE STAR)



[politics]

Mukhzani pula keluar Umno

Selepas Mahathir dan Sanusi Junid kini anak Mahathir (Mukhzani) pula meninggalkan Umno kerana menyifatkan parti itu sebagai bukan Umno sebenar.

Drama meninggalkan Umno nampaknya menjadi-jadi di kalanagn ahli-ahli Umno seluruh negara hari ini. Ia satu pengajaran berguna orang seperti Abdullah Ahmad Badawi untuk bertindak menunaikan hasrat ahli parti itu di peringkat akar umbi.

Anak kedua bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Mokhzani, hari ini mengumumkan keputusannya meninggalkan Umno, mengikut jejak langkah bapanya yang berbuat demikian dua hari lalu.

mokhzani mahathirMokhzani berkata beliau telah menghantar surat mengenai perkara itu ke pejabat Umno bahagian Merbok menerusi faksimili semalam.

"Saya membuat keputusuan untuk keluar Umno kerana bersetuju dengan pendapat ayah saya bahawa Umno yang ada sekarang bukan lagi Umno sebenar," katanya dalam laporan Bernama.

Mokhzani, 47, bekas ketua Pemuda bahagian Merbok, kini lebih aktif dalam sektor korporat.

Semalam adik beliau, Datuk Mukhriz yang juga ahli parlimen Jerlun, membuat keputusan untuk terus berada dalam Umno sungguhpun beliau bersependapat dengan bapanya mendesak perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan dengan segera "bagi menyelamatkan Umno".

Dua hari lalu, Dr Mahathir mengumumkan beliau meninggalkan Umno kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah, dan menyatakan akan kembali menyertai parti itu selepas Abdulllah meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin negara.

Di Sungai Petani, timbalan ketua Umno bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Mokhzani itu tetapi menjelaskan bahawa ia tidak memberi sebarang kesan terhadap kepimpinan Umno bahagian kerana beliau hanyalah seorang ahli biasa Umno dari cawangan Sungai Layar Hujung.

"Beliau tidak lagi aktif selepas tempoh jawatannya sebagai ketua Pemuda bahagian berakhir pada penggal lepas," katanya kepada agensi berita itu.

Tajul Urus berkata seorang lagi anggota Umno dari Bahagian Merbok yang uga Ketua Umno Cawangan Jalan Badlishah Mejar (B) Anuar Abdul Hamid, turut eninggalkan parti itu.

Katanya Anuar telah menghantar sepucuk surat untuk keluar dari Umno hari ini.

Tajul Urus berkata Anuar adalah Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian yang dilantik.

"Umno Bahagian tidak mempunyai sebarang masalah dengan tindakan kedua-dua mereka keluar dari parti kerana setakat ini tiada sesiapapun yang mengikuti langkah mereka," katanya.

Jerlun tetap teguh di belakang Mukhriz

Umno Jerlun tetap teguh di belakang Mukhriz Mahathir dalam menangani krisis perpecahan Umno. Ini bererti mereka menyokong penuh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) meletak jawatannya segara dalam parti dan kerajaan.

Kini krisis Umno semakin hangat dan membahang. Perpecahan Umno kali ini semakin parah sekiranya Pak Lah terus berdegil tidak mahu mengundurkan diri dari menerajui parti tu dan negara.

Malaysiakini melaporkan bahawa Umno bahagian Jerlun akan menganjurkan satu majlis khas untuk menyatakan sokongan padu mereka terhadap kepimpinan ahli parlimen kawasan tersebut, Datuk Mukhriz Mahathir.

Setiausaha bahagian Halim Hassan berkata, selain Mukhriz, Jerlun juga menyokong penuh kepimpinan ketua bahagian Datuk Abdul Rahman Ariffin.

Majlis tersebut yang akan membabitkan kesemua 155 cawangan akan diadakan Jumaat ini di Wisma Jerlun jam 3 petang.

Semalam, Mukhriz yang juga exco Pemuda Umno mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletakkan semua jawatan - presiden Umno, perdana menteri dan pengerusi Barisan Nasional (BN).

Mukhriz bagaimanapun berkata beliau tidak akan mengikut jejak langkah bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan ibunya Tun Siti Hasmah Mohd Ali keluar daripada Umno.

Anak kedua bekas perdana menteri itu Datuk Mokhzani hari ini mengumumkan keputusannya meninggalkan Umno, mengikut jejak langkah bapanya yang berbuat demikian kelmarin.

Selain Mokhzani, 47, yang merupakan bekas ketua Pemuda bahagian Merbok, ketua Umno cawangan Jalan Badlishah di bahagian tersebut mejar (B) Anuar Abdul Hamid turut meninggalkan parti itu.

Sementara itu, ketika ditanya jika ada ahli Umno bahagian Jerlun yang mungkin menurut jejak langkah Dr Mahathir, Halim berkata, setakat ini belum ada sebarang ura-ura ke arah itu.

"Mereka masih setia bersama Umno," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Umno semakin kelam kabut

Kini Umno kelam kabut dengan reaksi Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sudah keluar dari parti itu dua hari lalu, mengundang diadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi parti itu malam semalam.

Apakah Presiden parti itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sudah ada satu keputusan tepat untuk dikemukakan dalam mesyuarat tersebut?

Atau apakah beliau akur dengan kehendak ahli dan orang seperti Dr. Mahathir untuk mengundurkan diri secara terhormat dari menerajui kepimpinan parti itu dan negara?

Setakat ini belum ada sebarang maklumat terbaru reaksi Pak Lah berikutan tindakan Dr. Mahathir itu melainkan kenyataan sebelum ini bahawa Presiden Umno itu tetap teguh dengan perjuangan parti. Beliau tidak akan bertindak seperti Dr. Mahathir.

Bagaimanapun beliau tidak menjawab secara jelas pertanyaan wartawan sama ada beliau akan meletakkan jawatannya dalam parti dan kerajaan, sekadar berkata, "cukuplah, cukuplah, cukuplah..."

Ini bererti beliau tidak akan meletakkan jawatannya dalam masa terdekat dalam parti dan kerajaan.

Semalam dilaporkan bahawa Majlis Tertinggi Umno akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini, dua hari selepas mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno.

Ekoran tindakan Dr Mahathir itu, beberapa pertemuan tergempar diadakan, termasuk perjumpaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan ahli parlimen Umno semalam.

Dr Mahathir yang menerajui Umno dan kerajaan selama 22 tahun, mengumumkan keluar dari Umno Isnin lalu kerana tidak yakin lagi dengan kepimpinan Abdullah.

Mantan perdana menteri berkata beliau akan kembali menyertai Umno selepas Abdullah meletakkan jawatan.

Tindakan Dr Mahathir itu turut mencetus kebimbangan ramai ahli dan pemimpin Umno akan menurut jejak langkahnya meninggalkan Umno.

Sehingga ini Star Online melaporkan bahawa 300 ahli Umno di Merbok (Kedah), 420 (PJ Selatan) telah keluar parti manakala 2,000 lagi ahli Umno di Pokok Sena (Kedah) dijangka berbuat demikian.

Turut keluar parti ialah bekas menteri besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid, bekas ahli parlimen Kota Star, Dr Abdul Hadi Derani dan anak lelaki mantan perdana menteri itu, Datuk Mokhzani.

[politics]

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising