Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, May 20, 2008

Umno sudah bankrap politik

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Umno tidak layak memimpin rakyat dan negara dengan prinsip dan tindak tanduk ahli dan pemimpinnya dewasa ini.

Umno sudah menjadi parti yang tidak kosisten, tidak stabil, porak puranda dan lempiasnya telah dan akan berjangkit dalam pentadbiran negara sama ada secara langsung atau tidak.

Kenyataan Presiden PAS sepenuhnya;


Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Tue | May 20, 08 | 6:18:14 am MYT

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno merupakan satu tindakan yang radikal sekaligus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti.

PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam.

PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya.

PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak yang bersedia melakukan "islah" atau perubahan sama ada ianya Pakatan Rakyat yang sedia ada atau pihak Umno sendiri yang bersedia melakukan perubahan dengan syarat-syarat berikut:

1. Pihak berkenaan hendaklah mengekalkan kepimpinan Melayu Islam yang baik.

2. Berlaku adil kepada semua rakyat pelbagai kaum dan agama sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk.

3. Perpaduan Melayu mestilah dipelihara berasaskan Islam manakala perpaduan rakyat pelbagai kaum,dan agama dibentuk berasaskan keadilan dan hak yang adil buat semua.

4. Proses perubahan hendaklah berlaku secara berakhlak, luhur dan berlandaskan etika yang baik.

PAS sangat berpengalaman dalam arus politik negara dalam apa sahaja situasi dan keadaan sejak Merdeka sehinggalah ke hari ini.

PAS pernah memimpin kerajaan negeri, menyertai kerajaan campuran diperingkat pusat, bekerjasama dengan pakatan pembangkang dan malah pernah bersendirian sebagai pembangkang.

PAS akan mengkaji pengalaman ini dari masa ke semasa, bersama Pakatan Rakyat dan jika perlu menegur Pakatan Rakyat disamping memberi perhatian dan mengkaji perubahan yang sedang berlaku dalam Umno pasca pilihan raya, demi menyusun langkah dan strategi yang sebaik-baiknya demi masa depan negara.

Presiden PAS

Opposition: Mahathir a gutter politician

Dr Mahathir Mohamad, who has announced his
MCPX
shocking exit
from Umno, “has been and still remains a gutter politician”, according to DAP national chairperson Karpal Singh.

karpal mahathir pak lahHe described the ex-Umno president and former premier’s action as calculated to “destabilise the government” under Abdullah Ahmad Badawi.

“He has clearly shown that he is incapable of becoming a statesman. He has been, and still remains, a gutter politician,” Karpal said in a statement today.

“He should remain a member until he clears his name for the alleged offences committed when he was Umno president and prime minister.”

Karpal was referring to a recommendation by the royal commission of inquiry into the VK Lingam tape scandal, stating that six people - including Mahathir - should be further investigated.

Mahathir, who had led Umno for 22 years, announced this morning that he would resigned as a life-time member in protest of Abdullah’s leadership. He urged other members to emulate him, but not to join other political parties, and to return to Umno when there is a change in leadership.

Karpal said, however, that Mahathir should not panic and desert his party now.

“One who panics exhibits signs of weakness which does not speak well of a former Umno president and prime minister for more than 21 years,” he said.

Karpal recalled that Mahathir had, after the May 13,1969 race-riots, openly criticised then Umno head and premier Tunku Abdul Rahman.

tunku abdul rahman 01“Tunku never forgave him for his cloak-and-dagger tastics in causing Tunku’s downfall in the form of his being obliged to quit as prime minister.”

Karpal further pointed out that Mahathir was naive to have publicly admitted that judges had come to lobby him for promotions during his tenure as prime minister.

“It is unbelievable and naive for him to be ignorant (that) lobbying by judges was wrong,” he said.

The Bukit Gelugor MP also noted that the image of the judiciary is at its lowest ebb following the recommendations of the royal commission of inquiry.

“It cannot go any lower. We are practically at rock bottom as far as the credibility and independence of the judiciary in the country is concerned.”

‘Gigantic political earthquake’

DAP secretary-general and Penang Chief Minister Lim Guan Eng said Mahathir's resignation will be a "gigantic political earthquake besetting Umno after the political tsunami of March 8".

lim guan eng and dapHe said that the internal rivalry between Mahathir and Abdullah was part of the intense power struggle of disparate vested interests within Umno.

He added that the real issue for Umno is not so much how this power struggle will play out.

"The real challenge will be between undertaking reforms to institutionalise democracy, uphold rule of law and combat corruption - or persist in the tried and failed policies of mediocrity, crony capitalism and violation of basic human rights,” he said in a separate statement.

He added that the choice was between Umno moving Malaysia forward or the nation going backwards.

hadi awang and pas

PAS would welcome him

PAS president Abd Hadi Awang meanwhile said that Mahathir's decision was a radical one that only proved that Umno was in a dire situation.

"We feel that his decision only showed that Umno has become unqualified in leading the nation and being the saviours of the Malays," he said in a statement.

He added that PAS and its allies in Pakatan Rakyat had the experience to lead the country for the benefit of all races.

And in Kota Baru, PAS spiritual advisor and Kelantan menteri besar Nik Abdul Aziz Nik Mat said he was happy by the decision as it would give PAS greater impetus to widen its political influence.

Speaking to reporters at his residence in Kota Baharu, Nik Abdul Aziz said he held Mahathir in high esteem for standing up to the West over the issue of Palestine and Israel for the problems in the Middle East.

He added that PAS would welcome him if he were to join the party as his knowledge and experience could help bring it to even greater heights.

Syed Ali: Tindakan Dr M keruhkan keadaan

Kapal Umno sudah pecah, tunggu masa untuk karam buat kali kedua. Begitulah reaksi yang boleh dinyatakan mengenai pergolakan terbaru Umno hari ini berikutan Dr. Mahathir keluar parti itu serta merta di Alor Setar Kedah.

Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, tindakan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno, tidak sepatutnya berlaku, kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan dalam parti itu.

syed ali al habshee"Tindakan Tun ini akan menimbulkan banyak masalah, terutama ahli Umno di peringkat akar umbi akan menjadi lemah. Apabila lemah, parti akan menjadi lemah dan kuasa Melayu tidak ada. Sekarang adalah masa untuk menguatkan parti.

"Saya merayu kepada Tun...ini bukan caranya," berkata ketika dihubungi Malaysiakini untuk mengulas pengumuman Dr Mahathir keluar dari Umno pagi tadi.

Dr Mahathir mengambil keputusan tersebut kerana tidak yakin lagi dengan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri dan presiden Umno.

Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap di majlis bertajuk "Nasib kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di Alor Star.

Syed Ali berpendapat, Tun bertindak keluar dari Umno kerana parti itu tidak membenarkan mesyuarat luar biasa (EGM) diadakan dan tiada satu gerakan dibuat untuk membuat perubahan dalam Umno.

Sehubungan itu, ketua Umno Cheras itu mendesak Majlis Tertinggi Umno, terutama Abdullah selaku presiden, supaya memujuk Dr Mahathir supaya menarik balik keputusannya keluar dari Umno.

Duduk bermusyawarah

Syed Ali juga mendesak agar pimpinan tertinggi duduk bermusyawarah, berbincang dengan Dr Mahathir tentang masalah yang berlaku dalam Umno.

"Kita sayang kepada Tun, kerana Tun adalah pemimpin yang banyak berjasa kepada Umno," katanya.

Ketua Umno Cheras ini juga merayu kepada ahli Umno yang sayangkan parti agar mengenepikan rasa tidak puas hati mereka.

Sebaliknya, kata beliau, mereka hendaklah berusaha untuk menguatkan parti dan bukan melakukan perkara yang akan melemahkan parti.

Syed Ali berkata, beliau banyak menerima panggilan telefon dan SMS dari ahli Umno di peringkat umbi akar umbi berhubung keputusan Dr Mahathir itu.

"Saya sedang menenangkan ahli-ahli sebab saya sayangkan parti. Saya tak mahu khianati parti," jelasnya lagi.

[politics]

Mukhriz perlu masa untuk berfikir...

Ada pro dan kontranya tindakan Dr. Mahathir keluar Umno semalam. Tindakan beraninya itu menimbulkan pelbagai telahan di kalangan ahli Umno di seluruh negara dan ia suatu ledakan gunung berapi yang lebih mengharu birukan lagi Umno dewasa ini.

Apa reaksi anak Mahathir, Mukhriz?

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata buat masa ini beliau tidak mahu memberi sebarang ulasan mengenai tindakan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan keluar Umno pagi tadi.

Katanya, beliau memerlukan masa untuk berfikir mengenainya.

"Sekarang ini saya sedang berfikir," kata Mukhriz yang juga exco Pemuda Umno dalam lamanweb Agendadaily.

mukhriz mahathirMenurutnya, beliau juga dihujani oleh panggilan telefon dan SMS dari rakan-rakannya seluruh negara sejak Dr Mahathir umum tindakan itu di Alor Star.

Mantan perdana menteri itu mengumumkan keputusannya keluar Umno pada satu majlis di Alor Star atas alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

Sementera itu, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib memberitahu Malaysiakini beliau terperanjat dengan keputusan Dr Mahathir keluar dari Umno.

Bagaimanapun, katanya, setiap ahli mempunyai hak untuk menyertai atau meninggalkan parti.

Mengenai kemungkinan ada ahli dan pemimpin yang akan mengikut jejak langkah Dr Mahathir, Muhd Taib berkata, ahli Umno lazimnya memberi sokongan kepada parti.

Katanya, berdasar pengalaman lalu, kalaupun ada pemimpin Umno yang keluar parti, ahli-ahli tetap bersama parti.

Ditanya mengenai kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shahrir Samad mengenai kemungkinan kerajaan terpaksa mengadakan pilihanraya baru, jika ada ahli parlimen Umno mengikut jejak langkah Dr Mahathir, beliau berkata:

"Saya tak fikir macam tu...ahli Parlimen Umno harus menjaga keutuhan parti. Kita telah tubuh kerajaan dan kita harus berusaha sebaik mungkin untuk mentadbir negara."

Di Kangar, badan perhubungan Umno Perlis meminta Dr Mahathir supaya menimbang semula keputusannya.

Menurut laporan Bernama, ketua penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh berkata, jika ada kelemahan dan kesilapan ia adalah masalah kepimpinan dan bukannya "salah atau dosa" Umno kerana menurutnya, Dr Mahathir telah membina parti itu menjadi sebuah parti yang berkesan dalam memimpin kerajaan dan negara.

'Tidak selesai masalah'

"Rakyat dan akar umbi telah memberikan mesej yang jelas kepada kepimpinan parti dan kerajaan dan gerakan untuk membetulkan parti telah bermula dan makin berkembang.

"Tun (Dr Mahathir) tidak sepatutnya lari daripada perjuangan yang tidak kurang besarnya iaitu untuk memulih dan memperkuatkan semula Umno dengan memimpin segala arus bukan meninggalkan terus sungai perjuangan Umno yang panjang dan berliku ini," kata Hashim, yang juga Timbalan Ketua Umno Kangar.

Jika isunya adalah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, biarlah proses dalam parti berjalan dan menentukan, katanya.

Sementara itu, Bernama turut memetik menteri pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai berkata, tindakan Dr Mahathir itu tidak akan menyelesaikan kemelut yang melanda parti itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, sebaliknya ia hanya akan memberikan kelebihan kepada pihak pembangkang.

Sepatutnya, kata Azalina, sekarang adalah masa untuk semua pihak termasuk pemimpin serta bekas pemimpin parti bekerjasama bagi memulihkan Umno untuk kembali kuat dan kukuh.

"Masalah ini adalah masalah keluarga dan perlu diselesaikan dalam cara dan semangat kekeluargaan. Tindakan melulu keluar parti hanya akan merosakkan dan memberi kekuatan pada pihak lain," katanya.

Aziz terkejut

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin, pula enggan engulas tindakan Dr Mahathir tetapi mengakui terkejut dengan berita itu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar juga enggan engulas kerana masih belum membaca berita mengenai pengunduran Tun Mahathir tu.

"Saya tidak boleh cakap lagi, saya kena baca dulu," katanya.

Di Kota Kinabalu, setiausaha perhubungan Umno Sabah, Datuk Yahya Hussin erkata beliau menghormati keputusan Dr Mahathir kerana itu adalah hak beliau.

Yahya, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pertanian dan industri Makanan, mengakui keputusan itu sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada Umno dan perpaduan Melayu.

"Bagaimanapun ia tidak akan sampai menggugat perpaduan Melayu dan elemahkan Umno. Orang Melayu kini pun ramai yang menyertai PAS dan Parti eadilan Rakyat (PKR) tetapi saya yakin Umno akan tetap kukuh," katanya.

Di Johor Bahru, Ketua Pemuda Bahagian Tebrau, Nordin Omar berkata tindakan r Mahathir itu hanya akan merumitkan lagi masalah yang ada dalam parti dan idak akan mengembalikan kepercayaan orang Melayu malah akan menyebabkan berlakunya krisis kepimpinan.

"Keluarnya Tun Mahathir akan lebih merumitkan keadaan. Saya sendiri telah enerima beberapa pesanan ringkas bertanyakan sama ada akan berhenti juga," kata Nordin sambil membayangkan kekhuatirannya bahawa ramai anggota parti itu akan mengikut jejak bekas presiden Umno itu.

Ketua Umno Bahagian Tebrau Datuk Maulizan Bujang pula sedih dengan keputusan Dr Mahathir itu dan meminta beliau menimbangkannya semula.

Ku Li berjanji tidak keluar Umno

KUALA LUMPUR, 19 Mei - Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaliegh Hamzah memberi jaminan beliau tidak akan keluar Umno sepetti Dr. Mahathir kerana antara lain beliau mempunyai peluang bertanding menentang Presiden parti itu dalam Perhimpunan Agung Umno Disember ini.

Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata beliau tidak akan mengikuti tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno walaupun beliau beranggapan keputusan itu mungkin baik untuk menyedarkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

tengku razaleigh 02Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata beliau tidak berhasrat meninggalkan Umno dan akan bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti itu Disember akan datang.

"Kalau saya keluar daripada parti, saya hendak lawan dengan siapa," katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas majlis ramah mesra anjuran Pertubuhan Perpaduan Melayu Kedah, di Alor Star hari ini.

Tengku Razaleigh berkata beliau bersimpati terhadap Dr Mahathir kerana terpaksa meninggalkan parti dalam keadaan yang dianggapnya sebagai menyedihkan, demikian menurut laporan Bernama.

"Dr Mahathir tidak sepatutnya mengambil tindakan ini (keluar) tapi apakan daya kerana beliau merasakan tiada tindakan yang lebih baik selain untuk keluar parti," katanya.

Tengku Razaleigh berkata beliau percaya Dr Mahathir mengambil tindakan keluar dari Umno kerana terlalu marahkan Abdullah setelah beliau berulang kali meminta perdana menteri meletak jawatan tetapi tidak diendahkan.

Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada Umno berkuatkuasa serta merta semasa menyampaikan ceramah "Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan Raya Ke-12" di Alor Star pagi tadi.

Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno pernah bertanding merebut jawatan Presiden Umno pada 1987 menentang Dr Mahathir tetapi tewas dengan 43 undi. Beliau menubuhkan dan mengetuai parti Semangat 46 pada 1989 dan menyertai semula Umno apabila partinya dibubarkan pada 1996.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan ada ahli Umno lain akan mengikut jejak Dr Mahathir, Tengku Razaleigh berkata tidak mustahil perkara itu akan berlaku.

"Jika ini berlaku pasti ia memberi kesan mendalam kepada parti jika ramai yang mengikuti jejak Dr Mahathir," katanya.

Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu mengakui terkejut dengan keputusan Dr Mahathir kerana beliau tidak langsung menjangka bekas perdana menteri itu akan mengambil tindakan tersebut.

Beliau menyifatkan Dr Mahathir sebagai ketua yang mempunyai banyak pengalaman dan percaya beliau telah berfikir secara mendalam dan mengambil kira semua faktor sebelum membuat keputusan keluar parti.

Beliau mengulangi pendiriannya supaya Umno perlu mengadakan mesyuarat perwakilan khas untuk mengembalikan kuasa kepada ahli-ahli parti.

'Duri dalam Daging' sudah keluar- Musa

KUALA LUMPUR, 20 Mei - Tan Sri Musa Hitam menyifatkan Dr. Mahathir sebagai duri dalam daging ketika menterjemahkan tindakan bekas Perdana Menteri itu keluar Umno semalam.

Selama ini ahli Umno khususnya musuh-musuh Mahathir mengharapkan tindakan sedemikian berlaku lebih awal bukan sekarang, di saat Umno menghadapi krisis keyakinan rakyat yang dahsyat.

Mengulas pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno, bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam berkata 'duri dalam daging sudahpun terkeluar' dan pucuk pimpinan Umno pula harus menerima realiti bahawa umno tidak sekuat dahulu dan konsep 'Mahathirisme' sudah berlalu.

"Duri dalam daging sudah pun terkeluar dan dari sekarang pucuk pimpinan harus menumpukan usaha mereka kepada: Pertamanya, menerima realiti bahawa Umno sekarang bukan lagi sekuat atau diterima sepenuhnya oleh rakyat, terutamanya Melayu.

"Dan kedua, menerima realiti bahawa konsep "Mahathirisme" sudah berlalu dan Umno harus balik kepada konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang pada awal tahun 1980-an telah diterima dengan begitu positif oleh rakyat jelata tetapi dalam jangka masa begitu pendek kita semua dalam Umno telah kesesatan jalan."

musa hitamMusa mengulas keputusan Dr Mahathir keluar dari Umno yang diumumkan mantan perdana menteri itu di Alor Star tengah hari ini atas alasan hilang kepercayaan kepada Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Musa, yang kini pengerusi Sime Darby Berhad, berada di luar negara atas urusan syarikat perladangan negara tersebut, mengeluarkan kenyataan itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.

Musa seterusnya berkata: "Sambarlah peluang keemasan ini!. Bertafakurlah dan berhati-hati dengan tenang...serta baliklah ke pangkal jalan!.

"Setelah tiba di pangkal jalan, ingatlah bahawa yang lebih sangat penting ialah bahawa Umno sentiasa tidak khayal atau lupa memperkotakan kata-katanya sepanjang masa," kata beliau.

Semasa era Dr Mahathir menjadi presiden Umno dan perdana menteri, Musa pernah menjadi timbalannya di dalam parti dan kerajaan dari 1981 hingga 1986.

Beliau meletakkan jawatan dalam kerajaan pada 1986 kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar Dr Mahathir.

Mengulas lanjut mengenainya, Musa berkata beliau sedih dengan tindakan Dr Mahathir meninggalkan Umno ketika parti itu sedang menghadapi keadaan yang sangat mencabar.

Bagaimanapun, katanya, ahli-ahli Umno harus menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan tenang dan beliau percaya kejadian tersebut tentu ada hikmahnya.

"Saya sedih dan dukacita mendengar berita Dr Mahathir keluar daripada Umno. Lebih-lebih lagi dalam waktu Umno menghadapi keadaan yang sangat mencabar sekarang.

"Walau bagaimanapun, ahli Umno harus menerimanya dengan hati terbuka dan tenang. Tentu ada hikmahnya di sini," katanya.

[politics]

Pak Lah yakin ahli terus sokong Umno

Presiden Umno terus bermain dengan kata-kata akan terus berjuang dalam Umno walaupun ada ahlinya keluar parti buat masa ini.

Beliau berkata demikian sebagai bertindak balas terhadap reaksi Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir keluar Umno hari ini.

Dilaporkan bahawa Pak Lah terperanjat dengan keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk keluar dari Umno.

abdullah ahmad badawi pak lah 110907"Saya terkejut dengar Tun letak jawatan, tak mahu jadi ahli Umno lagi dah. Tapi saya ingat, dia dah fikir habis. Dan Tun (Dr Mahathir) ini, bila dia kata dia nak buat sesuatu perkara, dia tak kisah dah apa orang nak kata pada dia. Dia buatlah apa dia nak.

"Tapi yang pentingnya dalam hal ini, kalau itu keputusan dia, ahli-ahli Umno perlulah bertenang dan memahami bahawa ahli Umno mestilah taat setia kepada parti," kata Abdullah.

mahathir mohamad 03 Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.

Katanya, beliau bertindak keluar parti - yang diterajuinya selama 22 tahun sehingga 2003 - kerana tidak yakin dengan kepimpinan Abdullah.

Bagaimanapun, Abdullah yakin ahli-ahli parlimen Umno tidak akan mengikut jejak mantan perdana menteri itu meninggalkan Umno.

"Semua ini bergantung sama ada kita sayang atau tidak kepada parti, dan saya percaya ahli Umno sayangkan parti. Dan kita mahu bersama-sama berada dalam parti untuk meneruskan perjuangan kita," kata perdana menteri.

‘Mahu Umno kuat'

Menjawab soalan pemberita, perdana menteri berkata, adalah tidak lojik untuk mereka meninggalkan Umno dalam keadaan sekarang.

"Saya percaya ahli Umno tidak akan meninggalkan parti kerana mereka mengambil berat, mereka sayang (pada) Umno. Mereka mahu menjadi ahli Umno, (kerana) mereka mahu Umno menjadi kuat.

"Tidak lojik mereka akan meninggalkan Umno. Meninggalkan Umno (bererti) meninggalkan BN. Itu maksudnya. Mereka tidak mahu Umno terancam dengan cara itu," katanya dalam sebuah sidang media di Kuala Lumpur.

Abdullah juga ditanya sama ada ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi akan meninggalkan Umno, beliau tidak menolak kemungkinan itu.

"Kita ramai, tiga juta lebih. Entahlah, mungkin ada, mungkin tak ada. Tapi yang pentingnya, kita perlu berfikir, adakah kita benar ingin meninggalkan Umno dan kita benar memperjuangkan Umno. Kalau tak ada itu, maknanya tak ada lagi perjuangan Umno dalam diri kita," katanya.

Menjawab soalan pemberita sama ada tindakan Dr Mahathir itu akan menjejaskan parti atau tidak, Abdullah tidak menafikannya tetapi mendakwa majoriti ahli Umno mahu terus berada dalam parti.

Bangkit dalam MT

"Saya tak kata tak menjejaskan langsung, mungkin ada. Tapi yang pentingnya, saya percaya majoriti ahli Umno mahu berada dalam Umno, mahu meneruskan perjuangan Umno.

"Dulu pun begitu juga. Bila ada pemimpin besar dan berpengaruh tidak ada dalam parti (meninggalkan parti), majoriti ahli Umno tetap berada dalam Umno. Sebab itu Umno sampai hari ni (terus) wujud," katanya.

Abdullah tidak menjawab ketika ditanya sama ada beliau akan menemui Dr Mahathir.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan ditimbulkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang akan datang.

"Bila mesyuarat MT tentulah perkara ini akan timbul," tambahnya.

Ditanya soalan berikutnya dari pemberita, beliau terus menafikan akan meletak jawatan perdana menteri.

"Kenapa mesti (buat demikian)? Saya ada kerja untuk dibuat," katanya.

Sharir meramalkan pilihan raya umum untuk selamatkan Umno tahun ini

KUALA LUMPUR, 19 Mei- Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Shahrir Samad meramalkan mungkin berlaku satu lagi pilihanraya umum dalam masa terdekat selepas Dr. Mahathir bertindak keluar Umno hari ini.

Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi boleh mengadakan pilihan raya umum segera untuk menangani masalah ramai ahli Umno keluar parti kerana mencontohi tindakan Dr. Mahathir itu untuk memaksa Pak Lah letak jawatan segera.

Malaysikini.com melaporkan bahawa ekoran pengumuman mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno, seorang menteri kabinet Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, negara mungkin akan berdepan dengan satu lagi pilihanraya umum.

shahrir samad 01, yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna berkata, keputusan Dr Mahathir amat mengejutkan dan mungkin mendorong ramai lagi turut meletakkan jawatan dan sekaligus memaksa Abdullah mengadakan pilihanraya umum baru.

Keputusan Dr Mahathir itu, tambahnya, boleh mengakibatkan situasi di mana ramai ahli Parlimen Umno mungkin turut meletakkan jawatan.

Jika itu berlaku, kata Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bahru, kerajaan tidak mempunyai pilihan, kecuali menubuhkan sebuah kerajaan baru atau mengadakan pilihanraya umum baru.

Beliau memberitahu AFP bahawa perkembangan tersebut pastinya tidak membantu keadaan dalam Umno sekarang, lebih-lebih lagi ketika pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar mengatakan beliau boleh menarik ahli parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti.

Perkembangan tersebut, katanya, boleh mengurangkan jumlah ahli parlimen Umno yang menjadi parti memerintah sekarang.

Dr M akan hantar surat

Sementara itu, anak Dr Mahathir - Mokhzani - memberitahu AFP bahawa bapanya telah keluar dari Umno sebagai membantah kepimpinan berterusan Abdullah sebagai perdana menteri dan presiden Umno.

"Beliau juga akan menulis surat kepada setiausaha agung Umno untuk memaklumkan mengenai keputusannya itu," katanya, sambil menambah, Dr Mahathir mengumumkan keputusannya ketika berucap di satu majlis di Kedah pagi tadi.

Dr Mahathir memegang kuasa selama 22 tahun sehingga tahun 2003 di mana beliau bersara dan menyerahkan kuasa kepada Abdullah.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini beliau mengecam hebat pentadbiran Abdullah dan sejak Umno kalah teruk dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, beliau aktif berkempen mendesak Abdullah meletakkan jawatan.

Dr. Mahathir keluar Umno

KUALA LUMPUR, 19 Mei - Dr Mahathir keluar Umno serta merta hari ini untuk memaksa Presidennya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Apakah dengan cara demikian berkesan untuk memaksa Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Presiden parti itu dan Perdana Menteri Malaysia?

Kita tengok perkembangannya bagaimana tindakan itu betul-betul berkesan atau mengharu birukan lagi Umno.

Ikuti laporan Malaysiakini berhubung dengan perkembangan ini seterusnya;

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.

Katanya, beliau bertindak keluar parti - yang diterajuinya selama 22 tahun sehingga 2003 - kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebelum itu, semasa majlis dailog dengan kira-kira 1,000 orang yang menghadirinya, beliau mencadangkan Ketua-ketua Umno cawangan dan bahagian keluar parti beramai-ramai sehinggalah perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan.

Katanya, ini kerana jika mereka tunggu sehingga pemilihan Umno Disember ini, Abdullah akan menang tanpa bertanding jawatan itu.

Beliau terus membuat pengumuman keluar parti apabila salah seorang hadirin mencabarnya membuat pengumuman itu.

"Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan hadirin yang kebanyakannya ahli Umno Kedah di majlis bertajuk "Nasib kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di Alor Star hari ini.

Dalam reaksinya, seorang lagi pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid, yang merupakan penyokong setia Dr Mahathir dan bekas menteri besar Kedah, turut mengumumkan keluar parti.

Dr Mahathir juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi ahli Umno selepas Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga presiden Umno, meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

"Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai eluar dari Umno)," katanya.

Dr Mahathir turut menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.

Bagaimanapun, beliau meminta mereka supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.

"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presidenparti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.

'Untuk kepentingan keluarga'

Bercakap kepada pemberita selepas majlis anjuran Dewan Perhimpunan Melayu kedah itu, Dr Mahathir dengan wajah kecewa berkata beliau terpaksa mengambil tindakan keluar Umno yang dianggotai sejak 1946 kerana berpendapat parti itu tidak lagi dapat berperanan sebagai sebuah parti politik sebenar untuk membela nasib Melayu, sepertimana hasrat sejarah penubuhannya.

Sambil menyatakan rasa tidak puas hatinya, Dr Mahathir mendakwa Umno kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai presiden Umno dan mengutamakan kepentingan keluarganya (Abdullah) sehingga membelakangkan negara.

"Saya boleh senaraikan perkara-perkara yang dia (Abdullah) lakukan sehingga merugikan negara kita.

"Umno yang wujud hari ini tidak lagi berpegang kepada hasrat parti yang ditubuhkan 62 tahun lalu. Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk keluar dari Umno," katanya.

Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 dari tahun 1981 hingga 2003.

'Halang jumpa saya'


Bernama pula melaporkan Dr Mahathir turut mengajak ahli Umno yang sependapat dengannya berhubung dengan kepimpinan untuk mengikuti jejaknya dengan bertindak keluar dari parti itu tetapi bukan untuk menyertai parti lain.

"Saya yakin cara ini berkesan. Saya tidak akan menyuruh orang membuat sesuatu yang saya sendiri tidak berani melakukannya," tambahnya.

Bekas Perdana Menteri turut melahirkan rasa kecewa kerana ahli Umno masih disekat oleh kepimpinan parti daripada berjumpa dengannya.

"Sampai nak adakan perjumpaan, ahli-ahli Umno dan ketua bahagian tidak dibenar berjumpa saya. Ini apa," katanya.

Beliau berkata, tindakan kepimpinan Umno itu hanya menyebabkan timbul lebih banyak rasa tidak puas hati dan akhirnya melambangkan Umno sebagai tidak demokratik.

Ikut jejak


Ketika diajukan soalan oleh pemberita mengenai tindakannya itu akan membuat orang lain mengikuti jejaknya, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak peduli kerana saya pun disekat daripada berjumpa dengan ahli-ahli Umno."

Beliau juga yakin bahawa tindakannya meninggalkan Umno tidak akan memberi kesan kepada politik orang Melayu.

"Saya pernah dibuang dari Umno, (dan) politik Melayu tidak hilang. Kalau orang Melayu hendak betulkan, bukan kerana (tindakan) saya keluar. Kalau mereka berani hendak pelihara parti dan perjuangan parti mereka harus berani bertindak," katanya.

Dr Mahathir juga sekali lagi menegaskan bahawa Abdullah perlu melepaskan jawatan sebagai perdana menteri bagi memastikan survival Umno dan jika perlu ahli Umno boleh membuat undi tidak percaya dalam usaha memaksa Abdullah meletak jawatan.

Ditanya adakah tindakan terbarunya itu (keluar Umno) bertujuan untuk memberi tekanan kepada Abdullah, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak tahu mengenai tekanan kerana orang ini tidak faham apa-apa".

Siasatan peguam negara


Ditanya adakah tindakannya keluar dari Umno mempunyai kaitan dengan arahan terbaru Kabinet supaya Peguam Negara memulakan siasatan serta merta berhubung segala tuduhan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video peguam Datuk V.K Lingam, Dr Mahathir menafikannya.

"Ini soal mahkamah... dia boleh tuduh dan kalau saya salah masuk jail. Kalau tak salah janganlah tangkap saya juga," katanya sambil ketawa.

Individu yang dinamakan dalam laporan itu terdiri daripada Lingam; bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan; dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin serta Dr Mahathir.

Di akhir majlis itu, Dr Mahathir turut melahirkan kekecewaannya terhadap pemimpin Umno sekarang kerana bukan sahaja tidak mempertahankannya, sebaliknya turut mengkritiknya.

"Kalau dulu orang kata kononnya saya berkhidmat kepada negara, cium tangan naik asap tapi bila saya kritik Datuk Seri Abdullah pasai tak buat jambatan orang maki saya. Tiada siapa dalam Umno mempertahankan saya," katanya kesal.

Di majlis itu, Dr Mahathir dalam ucapannya selama sejam turut menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh hadirin antaranya berhubung pengganti Abdullah dan langkah memulihkan kuasa politik Umno.

Dr Mahathir juga mengulangi gesaannya supaya sistem kuota kelayakan untuk bertanding jawatan penting pada perhimpunan agung Umno Disember ini dimansuhkan melalui persidangan mesyuarat khas parti.

PM paling lama

Ini menjadi beliau perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat serta pemimpin yang paling lama berkuasa di Asia.

mahathir and umno 190508Dr Mahathir dilahirkan di Alor Star pada 20 Disember 1925. Beliau aktif dalam politik sejak 1954 melalui pembabitan dalam kempen anti-Malaysian Union.

Dr Mahathir menyertai Umno apabila parti itu ditubuhkan pada tahun berikutnya (1946). Dalam pilihanraya ketiga pada 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar Selatan.

Bagaimanapun beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut pada 1969 dan kalah dengan majoriti 989 kepada calon PAS, Haji Yusoff Rawa.

Ekoran peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat dari jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno pada 12 Julai tahun berkenaan selepas beliau mengedarkan secara terbuka suratnya kepada perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman.

Dalam surat tersebut, Dr Mahathir mengkritik cara Tunku mengendalikan pentadbiran negara yang didakwa lebih menguntungkan rakyat keturunan Cina. Dr Mahathir kemudiannya dipecat dari parti pada 26 September 1969.

Ketika itulah Dr Mahathir menulis bukunya yang bertajuk "The Malay Dilemma" di mana beliau cuba menjelaskan punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei di Kuala Lumpur dan sebab-sebab mengapa orang Melayu ketinggalan di belakang dalam bidang ekonomi dalam negara mereka sendiri.

Dasar Ekonomi Baru

Bukut tersebut diterbitkan pada 1970 dan terus diharamkan oleh kerajaan Tunku. Bagaimanapun, beberapa cadangan dalam buku tersebut telah digunakan oleh Tun Abdul Razak Hussein yang menggantikan Tunku sebagai perdana menteri, dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang pada asanya untuk mengambil langkah ekonomi yang afirmatif bagi menangani jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu.

Pengharaman buku itu kemudiannya ditarik balik selepas Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 1981.

Beliau menyertai semula Umno pada 7 Mac 1972, dan dilantik sebagai Senator pada 1973. Dr Mahathir melepaskan jawatan senator pada 1974 untuk bertanding dalam pilihanraya umum dan menang tanpa bertanding di parlimen Kubang Pasu, dan seterusnya dilantik sebagai menteri pendidikan.

Pada 1975, beliau terpilih sebagai salah seorang naib presiden Umno. Tun Hussein Onn kemudiannya melantik Dr Mahathir sebagai timbalan perdana menteri pada 15 September 1978, dan dalam rombakan kabinet, turut melantik Dr Mahathir sebagai menteri perdagangan dan industri.

Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 16 Julai 1981 selepas Tun Hussein Onn melepaskan jawatan perdana menteri atas sebab-sebab kesihatan. Dr Mahathir menjadi perdana menteri yang pertama yang bukan dari keluarga bangsawan atau diraja.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising