Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, May 18, 2008

Pasport: Waytha kata Syed Hamid bohong

KUALA LUMPUR, 18 Mei - Pengerusi Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf), P Waythamoorthy hari ini mendakwa, kerajaan Malaysia berbohong mengenai status pasportnya.

waythamoorthy and malaysia passportKatanya, adalah 'tidak masuk akal dan satu pembohongan' apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar mendakwa bahawa pasportnya tidak dibatalkan.

Malah, Waythamoorthy begitu kecewa apabila Syed Hamid mengenepikan isu dengan menyatakan mungkin berlaku salahfaham mengenai status pasport "yang mungkin telah tamat tempoh".

"Macam mana dia boleh berbohong begitu? Apakah pegawainya tidak memaklum kepadanya tentang apa yang berlaku kepada rakyat Malaysia di luar negara," soal Waythamoorthy.

Beliau berkata, pasportnya hanya tamat tempoh pada 2010.

"Masalah bermula bila saya pulang ke London dari Zurich pada 21 April dan dimaklumkan oleh pegawai imigresen Britain di lapangan terbang Gatwich bahawa kerajaan Malaysia telah membatalkan passport saya," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Adakah Syed Hamid menyatakan bahawa plihak berkuasa imigresen Britain yang berbohong?" katanya ketika dihubungi melalui telefon.

Jumaat lalu, Waythamoorthy mendedahkan dalam satu kenyataan bahawa pasportnya telah dibatalkan. Pada hari yang sama Syed Hamid menafikannya.

Syed Hamid berkata "salahfaham" itu berlaku mungkin kerana pasport Waythamoorthy telah tamat tempoh dan boleh diperbaharui di pejabat Pesuruhjaya Malaysla di London.

Paksa pulang

Menjawab kenyataan menteri tersebut, Waythamoorthy berkata Syed Hamid cuba mengelirukan rakyat berhubung perkara itu.

Beliau juga menyuarakan rasa terperanjatnya kerana menteri tersebut mengeluarkan kenyataan berdasarkan kepada kemungkinan tanpa mengesah faktanya.

Waythamoorthy berkata, beliau dibenarkan masuk dan tinggal di United Kingdom selama enam bulan pada 2 April 2008 selepas kepulangannya dari India.

Menurutnya, tidak ada mana-mana negara yang akan membenarkan orang asing masuk ke wilayah mereka sekiranya tempoh tamat passport mereka kurang daripada enam bulan.

Waythamoorthy yang tinggal di UK selepas kerajaan menahan lima pemimpin utama Hindraf di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), berkata kerajaan mahu memaksanya pulang ke Malaysia untuk ditahan di bawah ISA.
Click Here!

Kenyataan Mukhriz berniat jahat


KUALA LUMPUR, 18 Mei (Hrkh) - Kenyataan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang mendakwa kononnya Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai mempunyai kaitan dengan anasir anti-Islam di Amerika adalah dangkal dan dibuat secara mala fide (berniat jahat), kata Setiausaha Agung KeADILan, Dato' Salehuddin Hashim.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dimel-e kepada Harakah, Salehuddin berkata pemilihan Paul Wolfowitz sebagai pengulas di dalam artikel edisi Khas Majalah Time mengenai Anwar Ibrahim adalah keputusan bebas yang dibuat editorial majalah terbabit.

Menurutnya, Mukhriz secara asasnya gagal untuk memahami isi kandungan ulasan Wolfowitz yang menyatakan: When he was finally released from prison in 2004, U.S. policy on Iraq was unpopular in Malaysia, and Anwar was harshly critical. It would have been easy for him to disown our friendship, but he is not that kind of person. He kept the channels of dialogue open, even while making clear our disagreements.

Wolfowitz jelas Salehuddin, sebenarnya mengakui ketegasan Anwar mengenai perang di Iraq dan Anwar dengan tegas dan jelas menyatakan ketidaksetujuan beliau mengenai perkara tersebut.

"Keputusan Dato' Seri Anwar untuk tidak memutuskan jambatan silaturrahim menggambarkan sifat negarawan beliau, yang jelas membuktikan bahawa dengan memutuskan silaturrahim tidak akan membantu sebarang usaha menghentikan perang mahupun menyumbang sebarang harapan untuk keamanan di masa hadapan," ujarnya.

Merujuk kepada liputan Jerusalem Post yang menggambarkan Anwar sebagai bakal PM Malaysia, Salehuddin mencabar Mukhriz untuk membuktikan hanya akhbar negara Yahudi itu sahaja memainkan spekulasi itu.

"Hakikatnya adalah media di seluruh dunia tidak berada di bawah kawalan, seperti mana berlaku di Malaysia. Secara objektifnya seluruh dunia kini memerhatikan kebenaran terserlah dengan perkembangan politik, kebangkitan rakyat, dan kejatuhan BN dewasa ini secara khusus menjadi petanda bahawa potensi Dato' Seri Anwar untuk menjadi bakal Perdana Menteri Malaysia adalah benar," ujarnya.


Click Here!

Mungkin Siasatan Ke Atas Mahathir Dibatalkan!

SAYA memahami kenyataan Mohd Najib Razak menerusi berita tv sekejap tadi, beliau menjelaskan siasatan ke atas enam orang individu yang dibabitkan dengan video VK Lingam tidak menjurus kepada pendakwaan. Benarkan begitu?

Kalau begitu ini bermakna siasatan itu tidak memberi apa-apa faedah pun dan tidak lebih daripada gimik saja!

Kata Najib siasatan itu berhubung dengan salah laku penyiaran media yang menyiarkan laporan Suruhanjaya Di raja mengenai video Lingam itu mendahului Kabinet dan tidak mengarahkan kepada pendakwaan keenam orang individu berkenaan. Nampaknya kenyataan Najib menyembunyikan motif lain di sebalik penjelasan itu.

Apa yang dapat difahami bahawa siasatan ke atas enam individu itu termasuk Mahathir Mohamad tidak sampai kepada pendakwaan. Apa guna siasatan dijalankan kalau tidak untuk didakwa? Membuang masa dan menyusahkan polis saja.

Ada semacam percanggahan dan berlaku miss communication di sini antara Najib dengan Abdullah Badawi. Abdullah semalam bersetuju mereka disiasat di bawa beberapa akta seperti Kanun Keseksaa, Rasuah, OSA, Hasutan dan sebagainya.

Apakah kenyataan Najib itu kerana sudah dapat mengesan 'ugutan' Mahathir semalam yang memberi ingatan kalau nak siasat dan dakwa jangan pula diakhirnya tidak ada apa-apa pendakwaan?

Kata-kata Mahathir itu mempunyai motif yang cukup dalam dan mungkin dimengerti dan difahami oleh Najib. Mungkin Najib dapat menghidu apa yang akan didedahkan Mahathir jika bekas PM itu di bawa ke Mahkamah? Khabarnya Mahathir akan mendedahkan atau mengambil peluang pendakwaannya di Mahkamah nanti satu dokumen penting negara yang selama ini menjadi rahsia.

Atau Najib telah dihubungi Mahadir hari ini agar arahan menyiasat dan hendak dakwa beliau (Mahathir) itu dihentikan.

Kalau beliau diheret ke mahkamah sudah pasti rahsia yang bakal memalukan banyak pihak termasuk Raja-Raja Melayu itu akan terbongkar. Apakah semasa pertemuan Mahathir dengan Najib dua tiga hari lepas Mahathir sudah memberi amaran kepada Najib mengenai hal itu?

Saya difahamkan Mahathir ada menyimpan sepucuk surat yang ditandatangai oleh seorang Raja Melayu yang ada kaitan dengan perlantikan Hakim. Apakah surat itu yang bakal dijadikan senjata oleh Mahathir untuk mempertahankan dirinya?

Menarik. Sama-sama kita tunggu apakah rancangan untuk menyiasat enam individu itu akan dijalankan ataupun ia terhenti setakat malam ini saja. Kalau ia berhenti di sini maka sekali algi kerajaan Abdullah dan Najib terus kecut perut dengan ugutan Mahathir yang geliga dan licit itu?-Mohd Sayuti Omar.
Click Here!

Wan Azizah dakwa rasuah...rupanya Anwar luluskan

Tuduhan wujudnya unsur rasuah dalam pemberian kontrak kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada PSC Naval Dockyard oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr, Wan Azizah Wan Ismail mengundang padah apabila Dewan Rakyat diberitahu Menteri Kewangan yang meluluskan penswastaan projek berkenaan kepada syarikat itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Setahu saya Menteri Kewangan pada masa itu ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat. Saya tidak mahu menyalahkannya, tetapi mungkin ada sesuatu yang luar dari jangkaannya. Maknanya janganlah salah semua orang. Kita juga sedikit sebanyak ada kelemahan juga,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong hari Rabu bagi pihak Kementerian Pertahanan berhubung dengan dakwaan wujudnya amalan rasuah dalam kontrak perolehan 27 buah kapal peronda TLDM oleh Dr. Wan Azizah.

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Najib, kontrak perolehan 27 buah kapal itu diberikan kepada PSC Naval Dockyard pada 11 Disember 1995 untuk tempoh 15 tahun.

Menurut perjanjian, syarikat berkenaan diberi kontrak penyelenggaraan kapal dan perkakasan TLDM di samping mereka bentuk dan membina 27 buah kapal ronda generasi baru.

Di bawah kontrak awal, kerajaan membuat tempahan enam buah kapal pronda dengan nilai kontrak sebanyak RM5.35 bilion tetapi kontrak dengan PSC dibatalkan pada tahun 2006 apabila gagal memenuhi syarat kontrak dan hanya dua buah kapal sahaja yang hampir disiapkan pada tahun 2006.


Kesannya bagi memastikan enam buah kapal tersebut dapat diteruskan pembinaannya, kerajaan telah melantik Lembaga tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengambil alih syarikat PSC dan nilai kontrak terpaksa dinaikkan kepada RM6.75 bilion ekoran peningkatan kos.

Pada tahap ini, Dr. Wan Azizah bangun bertanya apakah kriteria untuk memilih syarikat yang hendak diberikan kontrak itu pada awalnya.

Bingkas bangun sebelum Najib menjawab Ahli Palrimen Pontian, Ahmad Maslan yang menyatakan soalan Dr. Wan Azizah tidak ada kaitan.

“Tadi yang Amat Berhormat menyatakan bahawa penswastaan PSC Naval Dockyard diluluskan pada 11 Disember 1995. Kita tahu bahawa tidak ada satu penswastaan pun di Malaysia ini tanpa kelulusan daripada Perbendaharaan dan Kementerian Kewangan, Saya ingin tanya soalan pendek sahaja, siapakah Menteri Kewangan pada ketika itu,” tanyanya.

Ekoran soalan itu beberapa Ahli Parlimen BN kedengaran berkata “jawab…jawab”.

Maka, Najib menjawab “Setahu saya Menteri Kewangan pada ketika itu ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat”.

Dalam penggulunggannya juga Najib menjelaskan semua tuduhan yang dikaitkan dengan amalam rasuah dalam pembelian kapal selam oleh TLDM dan jet pejuang Sukhoi oleh TUDM.

Najib juga pada kesempatan itu turut menyentuh mengenai cubaan mengaitkan dirinya dengan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu.

“Alhamdulillah saya masih dapat bertahan dengan segala tohmahan dan fitnah yang cuba dilemparkan, dengan niat untuk mencemarkan nama saya.

“Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab dan demi menegakkan keadilan dan kebenaran, maka saya ingin sekali lagi menegaskan bahawa saya tidak pernah mengenali apatah lagi berjumpa dengan wanita yang dimaksudkan dalam kes ini,” tegasnya.


Click Here!

Para pemimpin BN sudah tekan ' panic button'....


Pengarah Strategi PKR,Saifuddin Nasution nampaknya tidak terusik dengan cakap-cakap yang tidak yakin dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mereka sudah ada dalam tangan jumlah Ahli Parlimen BN yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Sewaktu ditemui di bilik rehat Ahli Parlimen petang Rabu ,beliau yang juga Ahli Parlimen PKR kawasan Machang,Kelantan relaks saja kata, “ samada perkara ini real atau persepsi…jawapannya real… do we have the numbers …jawapanya yes… so isunya apa…isunya timing .”

Beliau juga dengan penuh yakin berkata semua komponen untuk menjayakan hasrat mereka sudah diambil kira.

Ditanya apakah ‘lompat ‘ itu menerusi penyertaan sesebuah parti lain sebelum menyertai pembangkang atau ‘ lompat’ terus masuk PKR,Saifuddin berkata itu soal kaedah.

“Samada tanggal jaket ke ( lompat terus) atau seperti Ahli Parlimen Kalabakan sebut ( Ghafur Salleh semasa berucap dalam perbahasan di Dewan Rakyat) tubuh parti baru…itu semua kaedah.

“Kita driven by objektif…apa jua jalan yang membawa kearah itu kaedah itu biarlah fleksibel.Strategi politik mesti fleksibel bukan rigid.

Ditanya apakah yang dimaksudkan dengan istilah real itu,Saifuddin merujuk kepada reaksi-reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sejak piliihanraya 8 Mac lalu.

Sekalipun kalangan pimpinan BN menggangap PKR mimpi disiang hari nak tubuhkan kerajaan tetapi semuanya tidak boleh menafikan hakikat bahawa Perdana Menteri turun sendiri ke kedua-dua buah negeri iaitu Sabah dan Sarawak dan timbul beberapa perkembangan darinya.

“Misalnya ini kali pertama ( Dewan Rakyat) dapat Speaker dari Sabah.Bagi saya pemimpin tertinggi BN itu sudah push the panic button .Lagi pun isu lompat parti ini mengundang komen kesemua watak utama BN.


“Perdana Menteri kata as of now I am the Prime Minister…bagaimana dengan Datuk Seri Najib..beliau kata kita mesti take it seriously .Apa komen Tengku Razaleigh…katanya Anwar betul-betul serius.Apa komen Tun Dr Mahathir…hal ini boleh terjadi…maka lengkap sudah…tak payah nak cakaplah pasal komen pemimpin di peringkat Pemuda ke …Wanita ke.

"Kenapa saya menilai komen empat pemimpin utama ini…kerana mereka kaya dengan pengalaman politik…sekilas ikan diair mereka dah tahu jantan betina.

Ditanya pula bagaimana dengan komen Ahli Parlimen Bebas kawasan Pasir Mas Kelantan Datuk Ibrahim Ali yang tidak yakin langsung PKR boleh dapat 30 Ahli Parlimen BN untuk tubuh kerana,Saifuddin berkata,” dia lainlah… different treatment …tak payah runding…pelawa sudah…

Click Here!

Kerajaan Pusat Wajar Bantu Kelantan, Kata Takiyuddin

KOTA BAHARU, 18 Mei (Bernama) -- Kelantan wajar diberi bantuan daripada aspek pelancongan dan pembangunan kerana Kelantan mampu menjadi penyumbang besar kepada industri pelancongan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata Kelantan merupakan sebuah negeri yang unik dan menawarkan pelbagai produk pelancongan menarik.

"Justeru bantuan daripada kerajaan pusat dalam aspek pelancongan dan pembangunan Kelantan sangat dialukan kerana kalau Kelantan tidak maju, Malaysia turut akan menerima tempiasnya," katanya pada sidang akhbar di sini hari Ahad.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin sebelum ini supaya kerajaan pusat memberi bantuan sewajarnya kepada setiap negeri termasuk negeri yang bukan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Takiyuddin berkata sejak tahun 1990 Kelantan hanya menerima bantuan geran perkapita daripada kerajaan pusat yang merupakan peruntukan wajib di bawah Perlembagaan negara.

"Selain bantuan geran perkapita, Kelantan tidak pernah menerima peruntukan yang sama sebagaimana diperolehi negeri-negeri lain. Bantuan lain seperti lori sampah, program kitar semula, bantuan landskap dan seumpamanya tidak pernah diberi," katanya.

Selain itu katanya, bantuan untuk pembinaan rumah awam kos rendah (RAKR) untuk rakyat negeri ini juga tidak pernah diperolehi.

"Di Kelantan kita memerlukan 2,600 buah unit rumah setahun untuk membantu rakyat miskin," katanya.

Click Here!

Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2008 Terima Penyertaan 18 Negara

KOTA BAHARU, 18 Mei (Bernama) -- Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2008 yang akan diadakan pada 23 hingga 27 Mei ini di Pantai Geting, Tumpat, sehingga kini telah menerima penyertaan daripada 18 negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan berkata selain Malaysia, antara negara luar yang telah mengesahkan penyertaan adalah Australia, Kemboja, Jerman, Korea Selatan, Taiwan dan Vietnam.

"Penyertaan mereka ini bakal menjadi medium untuk kita memperkenal dan membawa seni keunikan wau ke mata dunia. Pada pesta kali ini juga lebih banyak wau yang akan dipertandingkan antaranya wau bulan tradisi, wau puyuh tradisi, wau kucing, wau darat, wau sobek, wau kikik, wau tradisi naik dan Rokaku Korporat," katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di sini hari Ahad.

Takiyuddin berkata Rokaku yang diambil daripada bahasa Jepun membawa maksud wau yang direka bentuk dan ditampal logo syarikat-syarikat tertentu yang akan menyertai pertandingan itu.

Selain itu, beliau berkata seramai 300 peserta tempatan akan mewakili negeri-negeri bagi mempamerkan keunikan pelbagai jenis wau yang terdapat di negara ini.

"Penganjuran pesta ini dapat memberi banyak kebaikan kerana melaluinya para peminat wau dapat berkumpul, bertukar-tukar idea dan seterusnya mengembangkan lagi seni permainan wau ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata kerajaan negeri yakin sasaran untuk menerima kedatangan enam juta pelancong ke negeri ini akan tercapai.

Katanya sehingga kini, Kelantan menerima kunjungan dua juta pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan 2008 (TMK 08).


Click Here!

Perak Sedia Contohi Dasar Yang Dipraktikkan Kelantan - MB Perak

KOTA BAHARU, 18 Mei (Bernama) -- Kerajaan Negeri Perak sedia mengkaji dasar yang dipraktikkan oleh kerajaan negeri Kelantan terutamanya mengenai pembangunan modal insan untuk diguna pakai di Perak, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Apa-apa perkara yang baik yang boleh diterima oleh rakyat negeri Perak yang telah dilaksanakan di negeri Kelantan, akan cuba kita laksanakan (mungkin) dalam bentuk dan olahan yang lain," katanya.

Perak sememangnya telah mempunyai pembangunan fizikal yang amat baik namun pembangunan tersebut tidak mengambil kira pembangunan modal insan, katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim di sini, hari Ahad

Katanya melalui kunjungan beliau ke Kelantan, Perak dapat mengambil kira beberapa aspek yang boleh dicontohi terutama daripada segi pembangunan modal insan.

Sementara itu, Nik Aziz berkata kesediaan Perak untuk menjadikan Kelantan sebagai negeri contoh dalam pembangunan modal insan menunjukkan dasar yang dilaksanakan oleh PAS mendapat pengiktirafan.



Be a Malay gentleman and go, Dr M tells Pak Lah


Q: What would you do if you were allowed to become PM again for 100 days?

Dr M: The first thing I will do is get rid of Pak Lah. When I chose him over Najib, they told me he is Mr Nice and Mr Clean and all that. Only now we know what kind of a person he really is. So, the first thing I will do is fire him. Once I have done that, the rest is easy. No need to elaborate.

JOHOR BARU, May 17 ─ Tun Dr Mahathir Mohamad continued his attacks on Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telling him to be a Malay gentleman by stepping down from his post following the March 8 political tsunami.

The former Prime Minister said he was ready to offer 100 tips on how Umno and the people could get Abdullah to quit.

"But I will not tell you all today but only one or two.

“If you were to see him, just tell him point blank: ‘Turun la awak, awak yang hancurkan parti’ (You better step down, you are the one who ruined the party).

"Or just tell him ‘Ini bukan parti awak, ini milik orang Melayu dan bukan keluarga awak’ (This is not your party, this party belongs to the Malays and not your family)," Dr Mahathir said at a post-election Umno forum organised by the Badan-badan Bertindak Gabungan Ahli-Ahli Umno Akar Umbi Johor in Johor Baru today, attended by about 500 people.

The other speakers included former NSTP group editor Datuk Abdul Kadir Jasin, former Johor Speaker Datuk Zainalabidin Mohd Zin, ex-Backbenchers Club president Datuk Rohanie Ahmad and Umno Youth exco member Datuk Mukhriz Mahathir.

Dr Mahathir said Umno founder Datuk Onn Jaafar stepped down when party members opposed his move to open up membership to the other races.

"Nobody cursed him but he was a Malay gentleman so he stepped down and was replaced by Tunku Abdul Rahman.

"When the ruling party lost its two-thirds majority in the 1969 election, some party members criticised Tunku Abdul Rahman and said that his leadership was no longer relevant.

"As a Malay gentleman he heard what they were saying, stepped down and handed over the party leadership to Tun Abdul Razak. When he stepped down, Umno was not ruined but only grew stronger.

"Since then, the Barisan Nasional has always secured a two-thirds majority in general elections. This is because the party has been fighting for the interest of the Malays.

“Leaders come and leaders go, but the party remains.

"However, Pak Lah does not seem to get the message after the results of the 12th election. This makes us wonder whether he is fighting for the interest of the party or certain people, or whether he is just strengthening his own administration," he said.

Dr Mahathir said “if there is a determination to revive Umno (not Pak Lah), then party members should be brave enough and admit that poor leadership by Pak Lah had ruined Umno and it is time to expel him.”

He could not understand why Deputy PM Datuk Seri Najib Razak was defending Abdullah by saying that the people should not dismiss the Prime Minister.

"That's why I want to offer 100 tips to dismiss him (Pak Lah)," he added.

Dr Mahathir also said there was no need to fear that the government would use the Sedition Act to charge those who were not loyal to the government, adding that one should be loyal to the religion, the race and the country.

Her answered several questions during the Q&A session, one of which was:

Q: What would you do if you were allowed to become PM again for 100 days?

Dr M: The first thing I will do is get rid of Pak Lah. When I chose him over Najib, they told me he is Mr Nice and Mr Clean and all that. Only now we know what kind of a person he really is. So, the first thing I will do is fire him. Once I have done that, the rest is easy. No need to elaborate.

Click Here!

Dakwa cuba disogok: KeADILan Sabah buat laporan polis

KOTA KINABALU, 18 Mei - Ketua Angkatan Muda KeAdilan Sabah (AMK), Abdul Razak Jamil membuat laporan polis terhadap kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan yang mendakwa kononnya cuba disogok 'duta kecil' pembangkang negeri itu.

Laporan polis dibuat 16 Mei lalu pada jam 3.00 petang di Balai Polis Karamunsing.

Abdul Razak diiringi Ketua Pemuda PAS negeri, Anuar Ali, Setiausaha Pemuda PAS negeri, Lahirul Latigu, Ketua Bahagian KeADILan Kota Belud, Jalumin Samin, bekas Timbalan Ketua Bahagian KeADILan Kimanis, Suliawan Alladad, Mantan Setiausaha AMK, Ramlan Naim dan Pengerusi Persatuan Orang Sungai, Ahmad Abdul.

Menurut Abdul Razak, AMK Sabah mahu polis menyiasat kebenaran dakwaan Abdul Rahman di bawah Kanun Keseksaan Akta 574 dan Akta Pilihanraya kerana yakin ianya satu fitnah kepada parti pembangkang Sabah.

Beliau yang juga seorang peguam berpendapat Abdul Rahman telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah kerana gagal melaporkan cubaan merasuah itu kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

"Saya mencabar Abdul Rahman untuk mendedahkan siapa 'duta kecil' yang menawarkan jutaan ringgit untuknya menyertai Pakatan Rakyat.

"Tindakan Abdul Rahman sebenarnya menunjukkan BN gelabah dengan penerimaan positif masyarakat terhadap Pakatan Rakyat lantas cuba memberikan gambaran negatif Pakatan Rakyat di mata rakyat," katanya.

Abdul Rahman baru-baru ini mendakwa parti pembangkang yang terdesak untuk menjatuhkan kerajaan BN sanggup menawarkan ganjaran besar 'yang boleh memberi kesenangan hidup kepada dua tiga generasi' jika beliau melompat parti.

Pemimpin Pemuda Umno itu juga mendakwa telah dikunjungi 'duta kecil' pembangkang minggu lalu serta minggu sebelumnya, yang cuba memujuknya menyertai Pakatan Rakyat dan dijanjikan sejumlah wang serta kedudukan dalam kerajaan.

Sebelum ini, pembangkang yang menang 82 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lalu, mendakwa 30 Ahli Parlimen BN, kebanyakannya dari Sabah akan menyertai mereka bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. -Harakahdaily.net
Click Here!

Serangan Dangkal Juak Terdesak!

Bila para juak melalak, kian nyata Umno kian gelisah. Maka bermula lagi serangan, fitnah dan tuduhan tanpa ada ruang buat kita bertahan!

Ya kita dan rakyat umumnya sudah mangli dengan muslihat kotor mereka. Penjenayah dan perasuah dilindungi, kalangan lain pula yang dituding..

Demikianlah halnya manakala terteka kisah penghijrahan ahli parlimen BN ke Pakatan Rakyat. Kalangan yang hidup bergelumang dengan rasuah, melimpah kekayaan dalam masa singkat pura-pura berhujah mengenai moral dan etika!

ANWAR IBRAHIM

Khalid jamin usaha tumpu selesaikan masalah pengangguran




KUALA KUBU BAHARU, 18 Mei (Hrkh) - Kerajaan negeri Selangor berhasrat meningkatkan program yang mempunyai potensi dalam pasaran pekerjaan sebagai penyelesaian kepada masalah pengangguran di kalangan belia di Selangor.



ImageMenteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri cuba mengelak untuk menyediakan program yang tidak menjanjikan peluang pekerjaan bagi para belia.


"Sebaliknya program yang ditawarkan, Insya-Allah sekurang-kurangnya mampu meningkatkan kemahiran para belia, daya saing dan motivasi diri agar berada pada tahap yang tinggi dan mempunyai potensi mendapat pekerjaan yang sesuai," kata beliau semasa berucap dalam majlis perasmian penutupan program Pembangunan Belia Negeri Selongor (Kursus jati diri/motivasi siri: 1/2008) di Kem Bina Semangat Yayasan Selangor, Ampang Pecah, baru-baru ini.


Sehubungan itu katanya, para peserta program diminta mempertingkat kualiti diri dalam bidang latihan dan kemahiran, terutamanya mereka yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi awam atau swasta.


ImageOleh itu, katanya Yayasan Selangor perlu perhebatkan usaha membangunkan program kemahiran yang sedang dan bakal dilaksanakan di Institut Kemahiran Yayasan Selangor dan Kolej Inpens.


Katanya, peluang juga diberikan kepada mereka yang berhasrat melanjutkan pengajian ke Universiti Selangor (Unisel).


Malah katanya, bagi melaksanakan hasrat murni tersebut kerajaan Selangor sedia membantu Yayasan Selangor, Inpens dan Unisel khasnya dari segi penajaan kewangan bagi pembiayaan kemasukan belia mengikuti program latihan dan kemahiran.


"Saya harap program ini dapat diteruskan dan mendapat mandat serta kepercayaan masyarakat. Dan program-program yang ditawarkan di Inpens dan Unisel boleh dirangka sehingga layak mengurniakan diploma atau ijazah kepada para lulusan dan graduan," katanya.


ImageSementara itu, dalam sidang medianya selepas itu, Khalid menjelaskan program belia pertama ini sebagai langkah membangunkan belia dalam usaha jaya diri dan tingkatkan kemharian mereka, di mana ia dibuat sebagai kes 'study'.


"Kita bermula di Dun Ijok dulu, di mana kita telah adakan survey sejak sebulan lalu untuk mencari belia yang tidak bekerja agar mereka berdaftar di pejabat DUN. Hasilnya, kita berjaya mengumpul hampir 300 orang belia di Ijok sahaja dan berjaya membawa 147 belia untuk menyertai kursus di sini. Selepas ini, mereka akan disalurkan ke mana-mana kerjaya yang dipilih mereka. Antara lain, dimasukkan ke Kolej Antarabangsa Inpens," tegas beliau.


Sehubungan itu, katanya belia di negeri ini akan mempunyai rancangan dan haluan, sekaligus hidup sebagai manusia yang akan memberi bakti kepada masyarakat.


ImageDalam pada itu, Khalid turut menyatakan bahawa program ini akan dipanjangkan ke semua daerah dan berharap dapat menjelajah ke semua daerah di Selangor dalam tempoh setahun.


Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan negeri akan memastikan idea-idea atau mekanisme tertentu bagi memastikan tiada belia yang ditinggalkan di Selangor dalam keadaan tidak berkerja.


"Program ini juga tidak terhad kepada satu kaum semata-mata, tetapi terbuka kepada semua kaum dan ianya percuma. Kita harap program seperti ini dihebahkan bagi memudahkan para belia berdaftar kepada kita (kerajaan negeri).

Kalau dulu, kita rasa belia boleh cari sendiri saluran mana yang dia ingin ikuti. Sebenarnya susah bagi mereka. Jadi sekarang kita yang cari mereka. Kita mahu kurangkan benda-benda yang menyekat belia ini untuk mendapatkan peluang pekerjaan," jelas beliau.

Click Here!


Artis Islam Hadhari (Anak Pontianak)



"lihat lah dunia....gua artis Malaysia"

Artis Malaysia dah memang berani. Acting dah kalahkan Bollywood, Mollywood dan Tigerwood. Macamana tak berani ? Sebab tak der siapa yang berani pada diorang .... Menteri menteri dan Finas sendiri pun kecut teloq nak tegur .... Prosidur entah kemana, undang undang dah bersepah. Mungkin diorang terfikir, benda syiiiiiokkk, buat per tegur .....

Dulu ada jugak artis yang sombong cam ni. Bila dah accident teruk, baru nak berubah. Masa tu la baru sedar, cantik itu bonus yang Tuhan bagi. Kalau Tuhan nak tarik balik bonus tu ............ Sepetik jari aje. Pada yang tengok tu, jangan nyumpah, doakan mangkuk ni biar berubah. Takut kena pulak batang idung. Anak makin lama makin membesar. Naluri nak jadi artis membuak buak. Nak ikut style mat salleh. Kalau tak cam tu, orang kata tak moden. Kalau pakai baju kurung .... bukan lah 'Melayu Boleh' sebab peminat tak toleh....Bila peminat terpusing kepala .... baru lah "Melayu boleh".

email oleh - "alrid"

NGO kesal Speaker Dewan Rakyat tolak usul mengenai Palestin



Harakahdaily

KUALA LUMPUR- Kebangsaan Memperingati Nakbah 60 Tahun Palestin menyatakan bantahan dan kekesalan mereka terhadap sikap Speaker Dewan Rakyat yang menolak usul mengenai perkara tersebut di Parlimen semalam.

Bagi mereka usul yang dikemukakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merupakan perkara yang harus disegerakan demi kepentingan keadilan sejagat.

Dalam surat bantahan dihantar ke Parlimen dan salinannya diemailkan kepada Harakah, jawatankuasa turut mengesa Dewan Rakyat menerima kembali usul yang ditolak.

Berikut disiarkan surat bantahan kepada Speaker:


JAWANTANKUASA KEBANGSAAN MEMPERINGATI
NAKBAH 60 TAHUN PALESTIN


Sekretariat : Citizen International, 10, Jalan Masjid Negeri, 11600 Penang, Malaysia .Tel 04-8284648 Fax 04 -8284648 email :
cizs@streamyx.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya


16 hb Mei 2008


KEPADA


YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin Haji Amin


Yang DiPertua


Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia


50680 Kuala Lumpur


YB Tan Sri,



BANTAHAN DAN KESAL TERHADAP PENOLAKAN USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT UNTUK MEMPERINGATI NAKBAH 60 TAHUN PALESTIN



Kami mengambil perhatian berat terhadap penolakan usul seperti tersebut di atas yang telah di bawa oleh Ahli Parlimen Marang, YB Dato�Seri Abdul Hadi Awang pada 15 hb Mei 2008 di sidang Parlimen.


Kami dengan ini membantah dan menyatakan kekesalan yang sangat mendalam terhadap keputusan yang telah diambil oleh pihak YB apabila menolak usul tersebut dengan alasan ia tidak perlu disegerakan.

Apakah penderitaan yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin sekarang ini dimana keadaan khususnya di Gaza sangat parah akibat tindakan zalim Israel iaitu tenaga elektrik diputus, bekalan air bersih disekat, khidmat asas dihentikan, kemudahan asas dimusnahkan, rawatan kesihatan semuanya tersekat, rumah dimusnahkan, rakyat dikepung sehingga tidak boleh masuk atau keluar dari Gaza � boleh dianggap tidak perlu disegerakan!

Kami sangat kesal dengan sikap tidak berperi kemanusiaan yang ditunjukkan oleh pihak YB sehingga membuat keputusan menolak usul ini dengan alasan yang samasekali tidak boleh diterima.

Kami dengan ini menyatakan pendirian dan sikap kami yang tegas bahawa pihak YB perlu menjadikan Parlimen sebagai wadah wakil-wakil rakyat Malaysia berpeluang juga berperanan untuk menyuarakan perasaaan dan pendirian mengenai isu kemanusian dan keadilan di peringkat antarabangsa.


Kami telah menghantar petisyen khas kepada semua 15 anggota Majlis Keselamatan PBB melalui pejabat PBB di Kuala Lumpur pada jam 11 pagi, 16 hb Mei 2008 bersama dengan 100,000 tandatangan rakyat Malaysia, 30 NGO dan 82 Ahli Parlimen sebagai pernyataan kami menuntut agar hak rakyat Palestin perlu segera dikembalikan serta kezaliman Zionis Yahudi dihentikan.

Kami terus mendesak supaya YB menimbangkan agar usul tersebut diterima dalam sidang Parlimen ini sebagai menunjukan keperihatinan Parlimen Malaysia terhadap nasib rakyat Palestin.

Kami mengharapkan maklumbalas dari pihak YB. Keperihatianan YB kami dahului ribuan terima kaseh.



Sekian, Wassalam


Mohd Azmi Abdul Hamid


Penyelaras Jawatankuasa Malaysia Memperingati NAKBAH 60



Disepakati bersama oleh :


1. Citizens International


2. Teras Pengupayaan Melayu (Teras)


3. Al-Quds Malaysia


4. Third World Network (TWN)


5. Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)


6. Global Peace Mission Malaysia (GPM)


7. Centre for Peace Initiative


8. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (Jim)



9. Persatuan Ulama' Malaysia (Pum)


10. Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (Shura)


11. Asian Federation of Muslim Youth (AFMY)


12. Asean Muslim Youth Secretariat (AMSEC)


13. Malaysian Trade Union Congress (MTUC)


14. Consumers Association of Penang (Cap)


15. Friends of the Earth Malaysia (FOE)


16. Islamic Outreach Abim (Ioa)


17. Institute fo Community Mobilization and Development (IMPAK)



18. Institue for Syariah Research & Development


19. Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis)


20. Ikatan Siswazah Muslim Malaysia (Isma)


21. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)


22. Prihatin Malaysia


23. Ummah Aid


24. Jaringan NGO Islam Perak (Jama�iy)



25. Jaringan Ngo Kedah (Wehdah)


26. Forum Umat Islam Pulau Pinang (Forum)


27. Womens institue for Research and Developement (WIRDA)


28. Angkatan Pemuda/I Islam


29. Rural Citizens


30. Majlis Bertindak Wanita Islam Malaysia


31. Persatuan Ulama Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP)


32. Persatuan Ulama Johor


33. Persatuan Ulama Kedah



34. Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat USM


35. Political Science Students Society IIUM


36. Muhammadiyyah International


37. Centre for Youth Research & Development


38. Anti Corruption Movement (GERAK) -

Badut politik yang menagih wang ehsan



Oleh: Mohamed Hanipa Maidin


Pengumuman Menteri Besar Terengganu berkaitan isu royalti minyak Terengganu adalah jenaka politik terbaru dimainkan oleh Umno negeri.

Secara tiba-tiba Umno Trengganu melalui Menteri Besarnya menyatakan:

"... Masanya sudah tiba untuk bayaran royalti minyak sebanyak 5 peratus yang ditarik baik apabila PAS menawan negeri tersebut dan dikembalikan semula sebagai wang pembiyaan ehsan untuk diuruskan oleh kerajaan negeri bagi melaksanakan banyak lagi projek pembangunan. Kami ingin berterus-terang. Kami harapkan wang royalti diberikan kepada kami." (The Star, 21 April 2008)


Secara tiba-tiba wang ehsan bertukar jadi royalti semula! Bukankah dulu Umno Trengganu sendiri merestui tindakan Dr Mahathir menghentikan pemberian royalti petroleum kepada Kerajaan Terengganu selepas negeri itu diambil alih oleh PAS?

Di manakah suara Ahmad Said ketika itu? Apabila mantan MB Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar sendiri merestui tindakan Dr
Mahathir merampas wang royalti Terengganu, meskipun beliau sendiri yang menandatangani perjanjian royalti dengan Petronas, tiada suara daripada Umno Terengganu yang menempelak atau mengkritik tindakan Wan Mokhtar itu.

Bagi Umno Terengganu ketika itu, pertukaran royalti ke wang ehsan adalah satu 'loteri' yang membawa kegembiraan. Umno Terengganu dapat menghidu projek yang banyak daripada pertukaran tersebut! Motto Umno Terengganu pada masa itu adalah "persetankan hak rakyat, kantung kami lebih utama!"


Rakyat tentu tidak lupa pengkhianatan Umno yang bacul dan berpolitik sempit apabila enggan bersuara jauh sekali menentang tindakan Kerajaan Pusat (yang juga dikuasai Umno) yang secara tiba-tiba merampas harta rakyat Terengganu. Jika tidak kerana pengkhianatan dan sentimen politik sempit, sudah tentu pemimpin Umno Terengganu, tanpa melihat siapa atau parti mana yang memerintah Terengganu, bangun berdiri menentang rampasan harta
royalti petroleum berbilion ringgit yang menjadi hak milik rakyat Terengganu.

Sebagai rekod, hak rakyat Terengganu kepada royalti adalah dijamin oleh undang-undang kerana terdapat satu perjanjian yang jelas dan sah ditandatangani oleh Petronas dan Kerajaan Terengganu seawal tahun 1975.

Disebabkan terdapat perjanjian yang sah dan mengikat kedua-dua pihak (Petronas dan Kerajaan Trengganu), Ketua Pegawai Eksekutif Petronas sendiri iaitu seorang tokoh korporat yang amat profesional dan tahu serta faham apa itu perjanjian yang sah, telah menyatakan (semasa isu rampasan royalti berlaku) bahawa Petronas tetap akan membayar wang royalti Petroleum kepada Terengganu kerana seperti mana katanya:

"Selagi mana minyak dikeluarkan, royalti akan dibayar kepada negeri (Terengganu) dan jumlah royalti yang tertunggak
adalah sebanyak RM810 juta iaitu 5 peratus daripada nilai minyak dan gas yang dikeluarkan."

Umno Terengganu sepatutnya merasa malu kerana hak royalti rakyat Terengganu dipertahankan oleh seorang tokoh korporat yang amat profesional yang telah berjaya meletakkan Petronas sebagai satu-satunya syarikat di Malaysia yang berjaya dan telah disenaraikan dalam 500 syarikat berjaya di dunia dalam "Fortune 500 company".

Sehingga Mac 2000 (apabila wang royalti dirampas), Terengganu telah menerima sejumlah 7.13 billion ringgit wang royalti yang dibayar sejak tahun 1978.

Ahmad Said kini mengeluh bahawa wang royalti disalurkan secara terus kepada Kementerian yang melaksanakan projek tanpa sebarang rundingan dengan kerajaan negeri. Ini katanya, mengakibatkan banyak projek yang dilaksanakan tidak memberi kesan atau impak besar kepada rakyat kerana kehendak rakyat tidak diambil kira.

Buat pengetahuan Ahmad Said, inilah wajah Umno yang sebenar. Sejak bila pula Umno mengambil tahu tentang keperluan rakyat? Kalau Umno ambil tahu penderitaan dan kehendak rakyat sudah tentu lima negeri tidak jatuh kepada Pakatan Rakyat.

Jika Ahmad Said dan Umno Terengganu sendiri tidak dapat mempertahankan hak rakyat Terengganu untuk terus menerima royalti meskipun diperintah oleh PAS pada 1999-2004, Ahmad Said dan Umno Terengganu telah hilang kelayakan untuk berrcakap soal royalti dan hak rakyat Terengganu.

Untuk Ahmad Said dan Umno Terengganu, jawablah soalan-soalan berikut.

Tidakkah Ahmad Said dan pemimpin Umno sendiri selama ini bersetuju dengan pertukaran nama wang royalti kepada wang ehsan sekaligus mengenepikan perjanjian yang sah?

Tidakkah Ahmad Said dan Umno Trengganu hanya berdiam diri semasa Rais Yatim menyatakan tidak ada perjanjian royalti, yang ada hanyalah MoU (Memorandum of Understanding)?

Di manakah Umno Terengganu dan Ahmad Said apabila Kerajaan PAS Terengganu terkapai-kapai keseorangan mempertahankan royalti - hak rakyat Trengganu - di dalam dan di luar Mahkamah?

Di manakah maruah dan harga diri Ahmad Said dan Umno Terengganu apabila melihat rakyat di luar Terengganu yang sanggup disembur air dan diperlakukan secara kasar oleh polis demi menyokong dan mempertahankan royalti minyak yang menjadi milik rakyat Terengganu?

Di mana maruah Ahmad Said dan Umno Terengganu apabila Kerajaan Pusat yang juga diterajui Umno tidak langsung mengganggu jauh sekali merampas royalti minyak di Sabah dan Sarawak yang juga mempunyai perjanjian royalti yang sama dengan Petronas seperti mana perjanjian royalti Kerajaan Terengganu dan Petronas?

Di manakah suara Ahmad Said dan Umno Terengganu apabila pada 5hb. September 2000, Kementerian Kewangan mengumumkan wang royalti akan disalurkan secara terus kepada rakyat melalui projek pembangunan dan tidak lagi akan diberikan kepada Kerajaan Negeri Terengganu?

Di mana Ahmad Said dan Umno Terengganu apabila Dr Mahathir mengambil tindakan secara unilateral tanpa merujuk kepada Petronas dan Peguam Negara menarik balik royalti dengan alasan pemberian royalti yang menjadi hak milik rakyat Terengganu adalah satu kesilapan?

Tidakkah Ahamd Said dan Umno Terengganu sendiri terlibat secara langsung atau secara tidak langsung menggunakan wang royalti (yang dianggap sebagai wang ehsan) untuk mengumpan rakyat Terengganu bagi mendapatkan sokongan dan meraih undi rakyat Terengganu yang miskin dan terdesak?

Selagi Umno Trengganu dan Ahmad Said tidak dapat menjawab soalan-soalan yang saya kemukakan di atas, kata-kata Ahmad Said dan Umno Terengganu terhadap isu royalti tiada sebarang nilai.

Bagi kami kamu hanya layak digelar 'badut politik' (political clown).


Click Here!

Alahai Shabery... Blog di RTM

Oleh: Amin Iskandar

Sebaik sahaja dilantik sebagai menteri penerangan Ahmad Shabery Cheek mengumumkan beliau akan berinteraksi dengan penulis-penulis blog.

Dalam temuramah akhbar The Star (20 Mac) menteri tersebut menyatakan kesediannya untuk bertemu dengan penulis-penulis blog bagi membincangkan mengenai apa yang terbaik yang boleh dilakukan untuk negara.

Kalau dahulu, ketika kementerian diterajui Zainuddin Maidin mengambil sikap bermusuh dengan penulis blog, Shabery membuat perubahan dengan mengambil sikap bertoleransi dengan penulis blog.

bloggers conference 051007 rockyKenyataan bekas ketua penerangan Parti Melayu Semangat 46 itu mendapat reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk penulis-penulis blog terkemuka. Tidak kurang juga yang “pesimis” dengan langkah ahli parlimen Kemaman.

Penulis blog terkemuka Ahirudin Attan yang popular dengan blognya Rocky’s Bru mencadangkan Shabery memulakan sebuah blog seperti yang dilakukan oleh menteri penerangan Indonesia, Mohammad Nuh.

Keterbukaan menteri penerangan negara jiran itu dalam berinteraksi dengan penulis-penulis blog berada di tahap “kemuncak” apabila beliau mengumumkan tanggal 27 Oktober sebagai “Hari Penulis Blog Kebangsaan”.

Ada juga penulis blog yang sinis dengan langkah yang cuba dilakukan oleh Shabery. Penulis blog www.chanlilian.net mengingatkan pembaca blognya tentang kenyataan daripada Shabery ketika timbul isu rakyat China yang dipaksa bogel dan ketuk ketampi oleh polis satu ketika dahulu.

Antara langkah radikal yang diambil Shabery sebaik sahaja menjadi menteri, mewujudkan rancangan “Blog” di RTM 1. Setakat ini, A.Kadir Jasin yang menggendalikan blog “The Scribe A Kadir Jasin” dan Raja Petra Kamarudin yang menggendalikan “Malaysia Today” telah diundang untuk berbicara.

Kadir dalam tulisannya yang mengulas mengenai rancangan TV itu menyebut, masih banyak yang perlu dilakukan oleh RTM untuk memperbaiki rancangan tersebut. Antaranya, masa yang diberikan kepada ahli panel untuk bercakap seharusnya lebih lama berbanding masa yang diberikan.

Kadir turut memuji langkah Shabery yang dianggapnya sebagai satu tindakan yang berani.

Blog menjadi begitu popular dan mula diterima oleh pemimpin- pemimpin kerajaan selepas "tsunami" politik yang melanda negara pada pilihanraya umum 8 Mac.

Keputusan pilihanraya itu menjadi sejarah besar negara apabila menyaksikan BN hilang majoriti dua pertiga di parlimen.

Selain itu, BN kehilangan empat negeri seperti Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan 10 kerusi parlimen di Kuala Lumpur. Kelantan yang diperintah oleh PAS juga gagal dirampas.

chua soi lek resigns sex tape scandal 020108 answersKeputusan pilihanraya yang mengejutkan ini mendorong ramai menteri dan pemimpin tertinggi BN memulakan blog mereka. Ali Rustam, Muhammad Mohd Taib, Mohamad Khir Toyo dan Chua Soi Lek telah mempunyai blog masing-masing selepas berlakunya “tsunami” yang hampir-hampir menyungkurkan BN.

Mungkin ada ramai lagi pemimpin BN mempunyai blog atau yang sedang membuat blog tetapi belum saya jumpai.

"Sindrom blog" yang melanda pemimpin-pemimpin BN ini, pada pendapat saya, kerana mereka sedang berada dalam tahap penafian selepas pilihanraya umum ke-12.

Mereka ini tidak dapat menerima hakikat tentang prestasi buruk BN dan menjadikan blog atau internet sebagai punca utama kekalahan. Pada pandangan mereka, punca utama kekalahan itu kerana mereka tidak memberi perhatian kepada blog atau internet.

Mereka cuba lari daripada masalah sebenar yang menyebabkan kekalahan BN. Mereka terlupa bahawa BN telah menjadi parti politik kepada golongan elit dan bukannya rakyat marhaen seperti dahulu.

Contohnya, jika kita melihat Umno. Kalau dahulu Umno dipenuhi golongan bawahan seperti guru, tetapi kini tidak lagi. Umno sekarang sarang peniaga-peniaga Melayu yang bergantung kepada kontrak kerajaan.

Kalau dahulu orang Melayu masuk Umno untuk jadi pejuang, kini telah berubah. Orang Melayu sekarang masuk Umno dengan harapan kelas ekonomi mereka dapat dipertingkatkan.

Pemimpin-pemimpin BN juga terlupa bahawa rasuah dan penyelewengan telah menyebabkan mereka menjadi tidak popular. Tambahan lagi sikap sombong dan angkuh telah mendorong rakyat bangkit menghukum mereka.

bersih rally 271207 01Rakyat tidak mungkin melupakan bagaimana menantu perdana menteri dan PM sendiri menggeluarkan kenyataan angkuh sebelum perhimpunan Bersih pada 10 November 2007.

Mengapa blog menjadi begitu popular di Malaysia? Popularnya blog di sini jauh lebih tinggi berbanding di negara jiran kita seperti Thailand, Filipina dan Indonesia.

Rakan-rakan saya dari negara tersebut terpesona dengan perkembangan media baru di Malaysia seperti laman web dan blog.

Jawapannya mudah - kerana di Malaysia, kerajaan mengawal ketat seluruh media arus perdana. Pelbagai akta yang tidak demokratik seperti Akta Penerbitan dan Mesin Cetak digunakan untuk memastikan segala maklumat, pandangan dan tafsiran dapat dikawal oleh kerajaan.

Kawalan ini menyebabkan media arus perdana berada di tahap “tepu” dan sukar berkembang lagi. Laporan-laporan yang berat sebelah dan memihak kepada kerajaan mendorong rakyat yang semakin bijak mencari media-media alternatif seperti laman web dan blog di internet.

Buktinya boleh dilihat apabila berlakun peristiwa-peristiwa politik besar di Malaysia seperti perhimpunan Bersih dan Hindraf, laman web seperti Malaysiakini dan Malaysia Today mengalami “kesesakan yang teruk” oleh kerana terlalu ramai pembaca cuba mencapainya hampir serentaj sehingga ia sukar diakses.

Shabery harus bertanya mengapa pembaca memilih untuk mencari maklumat di laman web dan laman blog untuk mengetahui tentang isu-isu semasa berbanding dengan media arus perdana?

abdullah ahmad badawi and tainted ministersRTM yang dimiliki oleh negara seharusnya menjadi media yang pro-rakyat dan berhenti menjadi “mesin propaganda BN” untuk terus relevan di Malaysia. Laporan dalam RTM seharusnya tidak lagi berat sebelah dan terbuka kepada semua pihak termasuklah Pakatan Rakyat.

Jika Shabery mahu RTM naik setaraf BBC, beliau harus bersedia menjadikan RTM sebuah media yang bebas dan independen. Beliau harus bersedia memastikan RTM menyiarkan kritikan-kritikan kepada perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri kabinet termasuk diri beliau sendiri.

Kerana inilah yang dilakukan oleh BBC. Walaupun didanai oleh kerajaan British, BBC tetap menyiarkan kritikan-kritikan kepada perdana menteri Britain dan parti pemerintahnya.

Jika perkara ini tidak dilakukan oleh Shabery, RTM akan tetap menjadi tidak popular. Jika alasan utama mengawal RTM ialah untuk memastikan pengundi-pengundi Melayu di luar bandar terus bersama BN, hentikanlah.

Pengundi-pengundi Melayu di luar bandar kini sudah bijak. Kalaupun mereka tidak dapat mengakses maklumat alternatif, mereka mempunyai anak-anak yang belajar atau bekerja di Kuala Lumpur.

Anak-anak inilah yang menyampaikan kepada mereka apa yang sebenarnya berlaku di Malaysia. Rancangan “Blog” di RTM bukanlah bermakna RTM sudah bebas dan independen.

Reformasi pertama yang harus dilakukan oleh Shabery ialah "membebaskan RTM daripada politik kepartian". Jika ia berjaya dilakukan, RTM tidak mustahil akan berubah dan menjadi media rakyat.

Jika tidak, reformasi yang cuba dilakukan oleh Shabery bolehlah dianggap perubahan kosmetik semata-mata. Alahai Shabery...Click Here!

Perlukah lagi Suhakam?

Oleh: Amin Iskandar

Pada 29 April yang lalu, timbalan perdana menteri, Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan semula 16 pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Kesemua pesuruhjaya tersebut dilantik semula untuk menerajui Suhakam sehingga April 2010.

Ketika mengumumkan pelantikan tersebut, Najib mengatakan bahawa pelantikan tersebut dibuat mengikut peruntukan subseksyen 5 (1) Akta Suhakam 1999.

Mereka ialah Abu Talib Othman; Simon Sipaun; Dr Chiam Heng Keng; Dr Mohammad Hirman Ritom; Asiah Abu Samah; Dr Raj Abdul Karim; Dr Abdul Monir Yaacob; N. Siva Subramaniam; Choo Siew Kioh; Tunku Nazihah Tunku Mohamed Rus; Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim; Zaitoon Othman; Dr Denison Jayasooria; Dr Michael Oon Kheng Yeoh; Khalid Ibrahim dan Muhammad Shafee Abdullah.

Cuma dua pesuruhjaya yang tidak disambung kontrak, Karam Chand Vohrah dan Muhammad Uthman El-Muhammady.

"Tiada pelantikan baru buat masa ini. Namun kerajaan berhak untuk mengkaji semula keperluan Suhakam dari semasa ke semasa dan melantik pesuruhjaya tambahan jika difikirkan perlu," kata Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan. (Bernama 29 April 2008).

Ketika NGO dan aktivis hak asasi manusia mengharapkan akan berlaku perubahan ke atas pesuruhjaya Suhakam, pengumuman Najib tersebut pasti akan mengecewakan pelbagai pihak.

Dalam laporan Malaysiakini bertajuk "Times up, but will Suhakam chief go?", terdapat beberapa pegawai Suhakam yang mengharapkan berlakunya perubahan dalam suruhanjaya tersebut. Mereka mengharapkan agar lapan orang pesuruhjaya yang telah memegang jawatan selama tiga penggal (enam tahun) digugurkan. Ini termasuklah Abu Talib Othman.

Pada tahun 2002, apabila Abu Talib dilantik menjadi pengerusi, 32 NGO telah memboikot untuk berurusan dengan Suhakam selama 100 hari.

Pemboikotan tersebut berlaku kerana Abu Talib mempertahankan tindakan kerajaan dalam Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan lebih 100 aktivis politik dan NGO, ditahan tanpa bicara di bawah ISA. Selain itu, Abu Talib juga terlibat secara langsung dalam kes pemecatan Ketua Hakim Negara, Salleh Abas pada 1988.

Menurut Dr Kua Kia Soong dari Suara Rakyat Malaysia (Suaram), hanya individu yang mempunyai kredibiliti dan pengalaman yang luas dalam memperjuangkan hak asasi manusia yang layak mengetuai Suhakam.

Apabila ditanya pandangannya jika Abu Talib dilantik semula, jawabnya: "Tidak sama sekali, ketika saya memfailkan habeas corpus terhadap penahanan semasa Operasi Lalang, Abu Talib adalah orang yang mengatakan bahawa "pengurungan bersendiri" (solitary confinement) adalah seperti tinggal di bilik hotel".

Abu Talib yang menyokong ISA, dilantik semula sebagai pengerusi Suhakam. Tindakan ini menunjukkan dengan jelas bahawa timbalan perdana menteri itu anti hak asasi manusia dan tidak mahu memilih mereka yang mempunyai latarbelakang hak asasi manusia sebagai anggota pesuruhjaya.

Keputusan pilihanraya 8 Mac lalu yang menyaksikan Pakatan Rakyat menguasai enam buah negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) dirasakan akan menjadi faktor bagi kerajaan untuk melakukan reformasi dalam Suhakam.

Akan tetapi apabila Najib mengumumkan pelantikan semula 16 pesuruhjaya Suhakam tersebut, maka harapan itu hancur lebur.

Selain melantik semula pesuruhjaya yang terlibat dalam kecurangan hak asasi manusia, Najib turut melantik semula orang yang jelas terlibat dalam politik kepartian.

Dr Denison Jayasooria yang dilantik semula adalah pengarah eksekutif Yayasan Strategik Sosial. Seperti yang diketahui umum, ia adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh MIC. Apabila Suhakam mempunyai seorang pesuruhjaya yang terlibat dalam politik kepartian, maka hilanglah kredibiliti Suhakam sebagai sebuah badan yang bebas.

Tidak hirau tuntutan NGO

Beberapa hari sebelum pelantikan semula 16 pesuruhjaya Suhakam itu, beberapa NGO membuat tuntutan berkenaan dengan perlantikan pesuruhjaya Suhakam.

Presiden Hakam, Malik Imtiaz mencadangkan kerajaan melantik pesuruhjaya Suhakam yang bekerja secara sepenuh masa agar mereka akan lebih fokus dan dapat menjalankan kerja secara efektif.

Dalam sistem sekarang, pesuruhjaya Suhakam hanya bekerja secara sambilan. Menurut Malik lagi, pesuruhjaya yang bekerja secara sambilan tidak memberikan persepsi yang baik kerana mereka akan dilihat tidak mempunyai komitmen yang serius.

Koordinator Suaram, John Liu pula membangkitkan tentang kesukaran untuk membuat temujanji dengan Suhakam. Menurut beliau, dalam beberapa kes, Suaram terpaksa menunggu begitu lama untuk mendapatkan temujanji dengan Suhakam kerana ia bergantung kepada "bila" pesuruhjaya ada dipejabat.

Suaram juga turut mengkritik Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 dalam urusan pelantikkan Pesuruhjaya. s

"Dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999, tidak termaktub pengalaman dan pengetahuan mengenai hak asasi manusia sebagai satu kriteria untuk dilantik sebagai pesuruhjaya. Akta ini perlu dipinda agar Suhakam tidak menjadi tempat untuk orang kerajaan yang pencen, bekerja" kata John Liu lagi.

Mengikut subseksyen 5 (3) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999, kriteria untuk dilantik sebagai pesuruhjaya adalah seperti berikut,

"Anggota-anggota Suruhanjaya hendaklah dilantik dari kalangan tokoh terkenal termasuk mereka yang datang daripada berbagai latar belakang agama dan kaum".

Pembaziran wang rakyat

Menurut Siva Subramaniam, setiap pesuruhjaya Suhakam diberi elaun RM7,000 sebulan, tuntutan minyak dan sebuah Proton Perdana sepanjang perkhidmatan mereka.

Ertinya, kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM 1,344,000 setahun hanya untuk membayar elaun 16 orang pesuruhjaya Suhakam. Ini belum lagi dicampur dengan kos untuk membeli Proton Perdana, tuntutan minyak dan perbelanjaan untuk kos pernerbangan dan hotel jika ada program antarabangsa.

Jika bekerja sepenuh masa, jumlah anggota pesuruhjaya boleh dikurangkan. Selain membantu menjimatkan kos, ia juga akan menjamin keberkesanan kerja.

Indonesia yang mempunyai penduduk lebih dari 250 juta orang hanya memerlukan 11 orang pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (Komnas HAM). Sementara Filipina yang mempunyai penduduk seramai lebih dari 91 juta, memerlukan lima orang sahaja Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (CHRP).

Sekarang Suhakam mempunyai 16 orang pesuruhjaya - satu jumlah anggota yang besar berbanding dengan negara-negara jiran kita - namun masih banyak kes pencabulan hak asasi manusia berlaku di Malaysia. ISA masih lagi digunakan secara berleluasa untuk menahan musuh-musuh politik.

Hak rakyat untuk berhimpun secara aman juga dinafikan oleh kerajaan. Dalam banyak perhimpunan aman yang berlangsung di Kuala Lumpur, kebanyakannya berakhir dengan keganasan polis. Suhakam tidak banyak membantu untuk membuat "bising" walaupun pencabulan hak asasi manusia berlaku secara terang-terangan. Perlukah lagi Suhakam?

Click Here!

Najib pembawa zaman gelap

Oleh: Hishamuddin Rais


Dr Mahathir Mohamad telah memerangkap Tengku Razaleigh Hamzah membuka tirai – dengan mesyuarat agung tergempar - untuk mengetepikan Abdullah Ahmad Badawi.

Untuk entah ke berapa kali Razaleigh telah dijadikan batu loncatan oleh Dr Mahathir. Razaleigh mewakili politik lama, politik era Tunku Abdul Rahman – politik the British clubby gentleman – yang menuntut setiap kata dikotakan.

Era dan zaman itu telah lama selesai. Kita sekarang dalam era peralihan dari zaman gelap ke zaman cerah. Bahayanya, Dr Mahathir inginkan kita rakyat Malaysia kembali ke zaman gelap, ke zaman ketakutan dan ke zaman autokrasi.

Justeru, Dr Mahathir sedang merancang untuk menobatkan Mohd Najib Razak.

Sayugia, perlu kita berwaspada dan mengetahui kenapa bekas perdana menteri itu memilih Najib? Kita wajib memahami sebab-musababnya agar kita semua akan bersedia menghadapi zaman gelap yang mahu dibawa oleh timbalan perdana menteri ini.

Kenapa Mahathir kini bermati-matian, dengan licik lagi penuh tipu muslihat sedang merancang untuk menaikkan Najib?

Malah minggu lalu media arus perdana juga 'terjerat' dengan tipu helah Dr Mahathir apabila melaporkan Najib bukan lagi satu pilihan.

Kenyataan Dr Mahathir ini bertujuan menaikkan syahwat Razaleigh dan Muhyiddin Yassin agar mereka terus berkomplot menentang perdana menteri.

Sebenarnya perkembangan ini suatu tipu helah jenis Si Kitul.

(Siapa Kitul? Sila rujuk Sejarah Melayu, kitab naratif kesejarahan lisan orang-orang Melayu Melaka. Kita merujuk Sejarah Melayu untuk melihat yang lampau, memahami yang kini dan pedoman masa hadapan)

Untuk memahami siapa Najib, kita melihat dan memahami kembali bagaimana Dr Mahathir memilih menteri-menteri kabinet dan para running dog (baca dengan maksud sastera) yang mengelilinginya.

Mahathir dengan selesa akan memilih orang-orang yang dikelilingi masalah besar. Lebih besar masalah itu lebih baik untuk Mahathir.

Contohnya Abdul Rahim Thamby Chik - dengan isu cinta berahi anak gadis bawah umur - menjadi orang kepercayaan Dr Mahathir. Arwah Megat Junid Ayub - dikaitkan dengan kematian wanita pemilik kedai video - menjadi pembantu dan menteri setia Dr Mahathir. Shahidan Kassim, terlibat dengan kemasukan beras ke Perlis, dijadikan menteri besar Dr Mahathir yang setia.

Dr Rais Yatim, seketul mayat politik, telah diberikan nafas oleh Dr Mahathir sehingga sanggup meminum air basuh kaki Dr Mahathir yang pada suatu ketika dahulu dikutuknya.

Rafidah Aziz si tukang lipat terlibat dalam agihan AP (permit kenderaan import), manakala tukang lipat spesies jantannya pula Nazri Aziz yang tersangkut dengan 600 permit teksi.

Mereka ini menteri setia dalam kabinet Mahathir. Mereka ini akan terus menderam dan melolong jika ada sesiapa yang cuba menghampiri Dr Mahathir.

Lihat pula badan kehakiman dan badan kepolisan yang dirasuk rasuah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aktiviti rasuah ini dibiarkan oleh Dr Mahathir kerana si perasuah ini akan terus bersetia kepada Dr Mahathir.

Apa sangkut-paut semua ini dengan Najib?

Najib bersarang di lubuk semua rasuah. Najib ibu kepada semua masalah. Najib terkait dengan keterangan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Dakwaan ini bukan lagi tohmahan - di mahkamah, seorang saksi dari Mongolia telah menerangkan bahawa Najib Razak pernah berjumpa dengan Altantuya.

Najib lebih daripada seketul mayat politik berbanding Rais Yatim. Najib lebih banyak menyondol daripada Rahim. Najib berjuta-juta kali menerima rasuah daripada Rafidah dan Nazri.

Manusia seperti Najib ini adalah "model" (bukan model wanita) yang terbaik dalam bacaan politik Dr Mahathir. Manusia Najib ini boleh menjadi running dog (sekali lagi, baca dengan maksud sastera) yang paling setia kepada Dr Mahathir.

Dalam congak politik orang tua itu, Najib akan meneruskan dinastinya - sesudah Najib akan dimasukkan Hishamuddin Hussein, si penjulang keris yang lidahnya belum sanggup menjelir panjang. Akhirnya, Mukhriz Mahathir akan muncul.

Pada ketika ini si Mukhriz sedang belajar menyerang dengan salakan-salakan kecil menghala ke arah Abdullah Ahmad Badawi. Mukhriz inilah klon asli yang dicita-citakan oleh Dr Mahathir.

Jadi siapa sebenarnya Najib?

Najib Razak pembawa zaman gelap dalam budaya politik Malaysia. Najib akan memadamkan semua lampu-lampu pencerahan yang baru ingin menyala di Malaysia.

Dari segi pembudayaan, Najib pasti akan ingin lebih Islam daripada PAS, lebih lebai daripada Lebai Kulup.

Dengan latar belakang keilmuannya yang cetek, Najib demi membuktikan keislamannya akan melakukan apa sahaja yang 'dianggapnya' Islam.

Najib Razak yang tidak memahami inti dan falsafah Islam akan hanya berjaya melihat pinggiran dan kulitan Islam.

Ini bermakna Islam garapan Najib akan lebih kolot dan lebih menyusahkan hidup kita semua. Kulitan Islam ala Najib ini bukan lagi fenomena "jantan di barisan lain dan betina di barisan lain" - ia akan terjadi lebih daripada itu.

Keislaman Najib ini bukan hanya membuang patung-patung penyu seperti di Terengganu (dulu) tetapi akan lebih Islamik daripada itu.

Buktinya: Tiga tahun dahulu, ketika Hari Raya dan Deepavali berjalan serentak, seorang insan yang mengakui dirinya sebagai 'ilmuwan Islam' telah mengeluarkan 'fatwa' bahawa orang Melayu-Islam tidak boleh berkongsi Deepavali dengan penganut Hindu.

Kenyataan yang kononnya fatwa ini telah disambut dan disokong oleh Najib. Hanya tiga hari kemudian fatwa karut ini telah disangkal oleh Abdullah Ahmad Badawi. Beginilah contoh Islam kapal selam.

Seorang insan yang terkait dalam keterangan kes mahkamah akan melakukan apa sahaja untuk membuktikan bahawa dirinya lebih suci daripada Kaabah dan lebih putih dari sabun Breeze.

Sila ingat kembali kenyataan-kenyataan Najib beberapa bulan dahulu. Hujan tidak, guruh pun tidak, tiba-tiba Najib menjadi Lebai Najib telah mula mengeluarkan ayat-ayat Furqan untuk membuktikan dirinya lebih Islam daripada kapal selam.

Rasuah? Rasuah itu adalah nama timang-timangan dan nama manja beliau.

Kalau polis menahan kita dan meminta baksheesh sepuluh dua puluh ringgit maka ini dianggap rasuah. Tetapi jika Najib membeli senjata, membeli kapal selam dan membeli jet pejuang - ini bukan rasuah, mengikut kitab Najib.

Duit berjuta-juta ini bukan duit rasuah tetapi mengikut fatwa Najib, jumlah ini wang komisen.

Inilah dia sosok yang sedang dirancang dan sedang diuli oleh Dr Mahathir untuk dijadikan perdana menteri.

Kenapa Dr Mahathir pilih Najib?

Dr Mahathir sendiri kepala perompak yang mewakili Daim Zainuddin dan sederetan lagi saudagar-saudagar besar. Ada ramai lagi lanun dan penjarah yang berpayung bawah Dr Mahathir. Mereka dengan bantuan kuasa Dr Mahathir telah merompak dan menjarah harta negara selama 22 tahun.

Seperti filem seram Rosemary Baby, semua orang yang diharap-harapkan memberikan bantuan rupa-rupanya sebahagian daripada jaringan lanun.

Polis, kehakiman, media, badan pencegah rasuah, imam-imam – semuanya bersekongkol.

Perompak dan lanun-lanun ini tahu jika era pencerahan yang dibawa oleh Abdullah Ahmad Badawi ini dapat diteruskan, mereka semua akan didakwa di mahkamah. Polis dan para hakim, politikus rasuah, dan sesiapa yang menyalahgunakan kuasa akan juga dihadapkan ke mahkamah.

Salah tanggapan jika kita percaya Dr Mahathir mahu Abdullah berundur kerana warisannya sedang dilupuskan. Menaikkan Najib tiada sangkut-paut dengan legacy. Salah bacaan politik jika menganggap bahawa Dr Mahathir lebih sayangkan United Malays National Organisation.

Dr Mahathir terlibat mengharamkan United Malays National Organisation yang asal. Sejuta kali silap jika menganggap bahawa Dr Mahathir berbuat semua ini untuk orang Melayu.

Dr Mahathir mahukan Najib kerana Najib akan menjadi seketul mayat politik dan tidak akan membuat sebarang dakwa-dakwi terhadap Dr Mahathir dan lanun-lanun yang lain.

Dua puluh dua tahun zaman ganas dan zaman gelap Dr Mahathir akan diteruskan oleh Najib.

Kepada sesiapa yang memiliki ilusi tentang Najib sebagai pilihan tepat Dr Mahathir, sila tanya diri sendiri: Sudah sampaikah masanya Malaysia menerima perdana menteri baru yang terkait dalam keterangan kes Mongolia? Apakah seseorang terkait boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Click Here!

SPR: Kabinet batalkan dakwat kekal

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mendedahkan bahawa kabinet memutuskan pada hari pembubaran parlimen untuk menolak pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi dalam pilihanraya umum 8 Mac.

rashid uiam election seminar 170508"Saya belum menyatakan sebelum ini bahawa yang sebenarnya terjadi ialah kabinet telah menolak cadangan kami (untuk memperkenalkan dakwat kekal) pada 13 Februari, hari parlimen dibubarkan," kata pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di seminar mengenai pilihanraya umum 2008 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini (foto kanan).

SPR, katanya, sudah bersedia memperkenalkan langkah tersebut demi menolak keraguan orang ramai tentang pengundian berganda.

"Kami merima tekanan dari banyak pihak (untuk melaksanakan dakwat).

"Saya tidak menyatakan ia hanya datangnya daripada parti pembangkang tetapi juga badan bukan kerajaan (NGO) yang mendesak kami berbuat sesuatu demi menghilangkan kebimbangan akan berlaku penipuan dalam pilihanraya.

"Kami memang percaya bahawa untuk meyakinkan orang ramai (bahawa kami memang suruhanjaya bebas), kami harus berbuat sesuatu dan setidak-tidaknya kami bersetuju menggunakan dakwat kekal.

"Kami sangat serius (untuk melaksanakannya). Kami menggariskan peraturannya dan menyerahkan kepada kabinet," katanya.

Tahun lalu SPR bersetuju melaksanakan langkah tersebut dalam pilihanraya umum ke-12 tetapi kemudian membatalkannya empat hari menjelang pengundian pada 8 Mac dengan alasan keselamatan.

Kira-kira RM2.9 juta dibelanjakan untuk membeli 48,000 botol dakwat tidak mudah padam dari India tetapi pelaksanaannya dibatalkan kerana bimbang wujud unsur sabotaj seperti telah dikesan oleh polis.

Siasatan tentang sabotaj itu tidak didedahkan dan sehingga kini tiada individu yang didakwa di mahkamah berhubung pembelian dakwat itu secara haram seperti didakwa oleh polis.

Selasa lalu, menteri keselamatan dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu Dewan Rakyat bahawa SPR membatalkan cadangan dakwat kekal berdasarkan "bukti khabar angin".

Abdul Rashid juga mendedahkan bahawa kabinet telah terpengaruh dengan maklumat polis bahawa wujud parti-parti politik yang membeli sendiri dakwat-dakwat kekal dari luar negara.

"Saya dimaklumkan bahawa PAS di pantai timur membeli dakwat dari Thailand. Kemudian Umno mendapat tahu (mengenainya) dan Umno juga membeli dakwat tersebut.

"(Maklumat) ini diberikan kepada saya secara hitam putih oleh polis dan laporan yang sama diberikan kepada kabinet dan mereka (menteri) percaya ia memang benar-benar wujud," katanya.

Menurut Abdul Rashid lagi, selepas dimaklumkan tentang keputusan kabinet itu, beliau diarahkan agar memikul sepenuhnya tanggungjawab susulan kontroversi akibat pembatalan dakwat kekal.

"Dan saya dipanggil dan dimaklumkan tentang perkara itu dan saya diminta memikul sepenuhnya tanggungjawab kerana bersetuju memperkenalkan dakwat kekal itu (pada awalnya).

"Saya pikul tanggungjawab itu sepenuhnya."

abdul rashid ec chairman house red paint splashed 060308 repaintBeliau berkata, sebagai pengerusi SPR selama bertahun-tahun, beliau memikul "tanggungjawab" bagi keputusan-keputusan kontroversi yang telah diambil suruhanjaya tersebut.

Abdul Rashid, yang akan bersara Disember ini, telah terlibat dalam pengendalian pilihanraya di Malaysia selama tiga puluh tahun.

"Tidak mudah menjadi pengerusi SPR dan saya memang memikul tanggungjawab itu tetapi ia merosakkan saya dan rumah saya.

"Mereka mencampak cat merah pada rumah saya dan pintu pagar (foto kiri)," katanya.

Pada 6 Mac, dua hari selepas membuat keputusan kontroversi itu, beberapa individu yang tidak dikenali membaling cat merah di luar rumahnya di Bukit Pantai, Kuala Lumpur - kejadian yang disifatkannya "bermotifkan politik." Berita asal

Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising