Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dilaporkan sebagai berkata kabinet membantah pelaksanaan dakwat kekal di jari pengundi.
“Saya dimaklumkan bahawa saya harus bertanggungjawab (sendiri) jika bersetuju melaksanakannya.
"Tidak mudah menjadi pengerusi SPR. Saya kena memikul kecaman selama setahun," katanya kepada wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur semalam.
Kenyataannya itu menjelaskan sedikit tanda tanya terhadap misteri keputusan SPR membatalkan saat-saat akhir penggunaan dakwat kekal menjelang hari mengundi pilihanraya umum 8 Mac lepas.
Bagaimanapun Perdana Menteri itu dikatakan menafikan kenyataan tersebut dengan menjelaskan suatu kenyataan yang kabur sebagaimana disiarkan visual kenyataannya di sebuah Televisyen (TV) milik Umno semalam.
Tidak jelas apa yang hendak ditegaskan oleh Pak Lah berhubung dengan persoalan ini. Dikatakan Pak Lah menjelaskan bahawa, ia hanya cadangan kabinet, tidak semestinya SPR menerima cadangan tersebut.
Terpulang kepada SPR untuk menerima cadangan kabinet itu atau sebaliknya. Jelas, ada permainan tarik tali antara Pak Lah yang mengepalai kabinet dengan Tan Sri Abdul Rashid yang mengetuai SPR.
Jika Pak Lah merasa bimbang dengan soal ketelusan dalam sistem demokrasi yang agak terbuka, saya syorkan segeralah Pak Lah dan Abdul Rashid meletakkan jawatan masing-masing, jadi orang biasa lebih baik dari tidak tahu mengurus rakyat dan negara dengan baik.
Pak Lah takut BN jatuh teruk dalam pilihan raya kerana dia mengetahui selama inipun BN tidak boleh lari dari menipu dalam mengendalikan pilihanraya termasuk persempadanan pilihan raya, pengundi hantu terutamanya pengundi pos yang tidak relevan lagi di laksanakan kerana ia mengandungi unsur-unsur penipuan sebagaimana dijelaskan sendiri oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam laporan kertas putihnya berhubung dengan pengendalian pilihan raya umum yang lalu.
Sikap dolak dalih Pak Lah dalam isu dakwat kekal ini, menunjukkan BN takut bersikap terbuka berdepan dengan realiti, parti itu sudah lama tergugat tanpa menguasai SPR dan jentera kerajaan lain termasuk Kementerian Penerangan Malaysia dan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).
BN hidup kekal apabila semua jentera kerajaan digunakan untuk kempen pilihanraya sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Jika diteliti ia boleh didakwa sebagai penyalahgunaan kuasa jika ada bukti nyata tentang penyelewengan itu. Ia boleh melibatkan kesalahan undang-undang.
Pak Lah tidak lagi berani bertegas dengan soal dakwat kekal ini kerana kerajaannya dipercayai sudah mula goyah dengan pelbagai cetusan suara wakil-wakil parlimen seolah-olah bercakap bagi pihak pembangkang, bukan lagi sebagai anggota kerajaan.
Melepaskan diri sebagai penghalang keputusan menggunakan dakwat kekal dirasakan lebih baik kepada Pak Lah untuk menyatakan ia tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.
Pak Lah berkata, semua pihak telah menerima keputusannya. Jadi tidak perlulah dibangkitkan soal itu.
Ini semua jawapan untuk melepaskan diri dari tuduhan dan dakwaan menghalang perlaksanaan tersebut. Inilah sikap Umno apabila tersepit.
Kelemahan Pak Lah sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sudah ketara dan saya mencadangkan beliau hendaklah segera mengatur pengundurannya dari menerajui kerajaan dan Umno sebelum Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Kerajaan Pusat sedikit masa lagi.
Datuk Syed Ali Al Habshee berkata sungguhpun menjadi amalan dalam dunia media setiap akhbar bersaing untuk menyiarkan "scoop", namun perbuatan menyiarkan laporan berkenaan seolah-olah memperlekeh kabinet sebagai pihak yang sepatutnya mengumumkan perkara itu.
Lima tokoh tersebut - dua bekas ketua hakim negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin, peguam kanan Datuk VK Lingam, bekas menteri pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga setiausaha agung Umno serta tokoh perniagaan Tan Sri Vincent Tan.
Suruhanjaya diraja itu dianggotai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor sebagai pengerusi, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Peguam Cara Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan ahli sejarah profesor emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.
"Jemaah menteri mengambil kira cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh suruhanjaya untuk memperbaik proses pelantikan hakim supaya menjadi lebih telus dan menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan dan juga untuk meningkatkan kepercyaan orang ramai terhadap badan kehakiman," katanya.
Sementara itu Majlis Peguam mengalu-alukan keputusan kabinet untuk mengumumkan kepada awam laporan siasatan diraja yang menyiasat klip video Lingam itu.




