Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, May 15, 2008

Riuhkan Parlimen macam pasar - Usikan Azmin buat Khairy melenting






KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - "Parlimen riuh seperti pasar kerana ada
pengerusi pasar dari Rembau," celah Azmin Ali (KeADILan-Gombak) ketika
bangun mengemukakan soalannya yang keenam kepada dewan.


Bagaimanapun, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) terus bangun dan dengan
lantang meminta Gombak menarik balik apa yang dimaksudkannya.
"Kenapa kaitkan saya dengan pengerusi pasar," tegas Khairy.


Keriuhan dewan ketika sesi soal jawab tadi memaksa Timbalan Yang
di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee mengetuk meja tiga kali bagi
menenangkan beberapa ahli parlimen yang bangun mencelah.

Suasana riuh itu timbul apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato'
Amirsham A Aziz yang dilihat membaca jawapan bagi soalan tambahan yang
dikemukakan oleh Khairy.

Ekoran itu, beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mencelah dan
mempertikaikan jawapan oleh menteri terbabit yang dilihat seolah-olah
soalan yang dikemukakan oleh Rembau dan jawapan menteri itu dirancang
dan berpakat.

"Oo...baca jawapan, dah ada teks jawapan...soalan tambahan", kedengaran
celahan beberapa wakil dari Pakatan Rakyat apabila melihat menteri
berkenaan membacakan jawapan.

Bagaimanapun, menteri berkenaan tidak mengendahkan celahan dari wakil
Pakatan Rakyat dan terus membacakan jawapan itu menyebabkan suasana
bertambah riuh.

Selepas itu, Dato Seri Abdul Ghafur Salleh bangun dan meminta semua ahli
parlimen bertenang.

"Ini bukan pasar, ini dalam dewan yang mulia.. malu laa..kita sedang
bersiaran langsung ni,"celah Abdul Ghafur.


Terdahulu, Khairy dalam soalan tambahan turut membidas Ketua Menteri
Pulau Pinang Lim Guang Eng yang dikatakan mahu menghapuskan DEB di
negeri itu.


"Ini kerana bagi beliau DEB adalah korupsi dan kronisme, saya nak tanya
YB menteri adakah adil YB Bagan membuat rumusan itu seolah-olah rakyat
yang mendapat faedah daripada DEB yang miskin dan berjuta pelajar dan
golongan profesional termasuk YB menteri sendiri menjadi produk DEB
sehingga menjadi ketua pengawai Eksekutif, seolah-olah kita ini kroni dan
kaki rasuah," kata Khairy.

Soalan asalnya, Khairy meminta perdana menteri menyatakan adakah kerajaan
bercadang untuk mengubah polisi yang telah digubal berlandaskan semangat
DEB terutamanya yang menolong kaum bumiputera sejajar dengan desakan
pembangkang untuk menolak dasar ini.

Click Here!

Hina Raja - Pemuda Pakatan Rakyat mahu Abdullah Badawi didakwa


KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Sekiranya pihak polis ingin membuat siasatan ke atas ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh, maka hal yang sama juga perlu dijalankan ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kenyataan tersebut disuarakan oleh Pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP hari ini di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

"Pada kebiasaannya, setiap kali Umno menghadapi krisis dalaman mereka akan cuba untuk mengalih perhatian umum dengan menjadikan isu Karpal Singh untuk menutup kelemahan mereka," ujar Setiausaha Kebangsaan Pemuda DAP, Anthony Lok pada sidang Media di sini ketika membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung kes yang membabitkan istana dan perlembagaan ini.

Tegasnya, pihak polis perlu adil dan telus dengan mengambil kes yang berlaku kepada kes kenyataan media yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri berhubung perlantikan Menteri Besar Terengganu sebelum ini sehingga menuduh Yang DiPertuan Agong sebagai tidak mematuhi perlembagaan.


"Abdullah telah membuat kenyataan akhbar yang disiarkan di akhbar-akhbar utama bertarikh 24 Mac 2008 sebagaimana yang disertakan (The Sun) yang mendakwa kononnya YDPA telah membuat suatu tindakan yang tidak mematuhi perlembagaan," kata Ketua Pemuda KeADILan, Samsul Iskandar Mat Akin pula.

Pada masa yang sama, ujarnya pemimpin, ahli dan penyokong Umno Terengganu juga telah membawa sepanduk bertulis 'Kami Ndak Idris, Natang' sewaktu demonstrasi menolak pelantikan Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

"Ini boleh difahami sebagai menggelarkan Tuanku sebagai binatang, dan ini adalah suatu tindakan yang biadap dan menghasut," ujarnya lagi.

Tambahnya, kedua-dua tindakan ini memberi maksud Abdullah dan Umno tidak menghormati kedudukan Raja-raja Melayu dan berani mempersoalkan tindakan Yang DiPertuan Agong.

"Kami sangat tidak berpuas hati kerana ini menunjukkan Abdullah cuba menderhaka kepada institusi istana," katanya lagi.

Oleh itu, pihak pemuda Pakatan Rakyat ujarnya memohon siasatan diadakan dengan segera ke atas Perdana Menteri.

"Beliau juga perlu bertanggungjawab sebagai Presiden Umno ke atas tindakan Umno ke atas tindakan penyokong beliau," katanya.

Dalam pada itu, Samsul turut memaklumkan bahwa pihaknya sedang mendapatkan kenyataan Peguam Negara sebelum ini dalam isu yang sama yang menyokong kenyataan Abdullah itu.

"Kita sedang cuba mendapatkan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dalam isu in yang menyokong kenyataan Abdullah bahawa ianya tidak mengikut perlembagaan," ujarnya lagi.

Ketika ditanya mengenai tindakan susulan yang akan dibuat Pakatan Rakyat dalam isu yang membabitkan institusi raja dan perlembagaan ini, Samsul berkata sekarang timbul suatu trend mengumpul laporan polis tanpa suatu tindakan yang jelas diambil pihak berkuasa.

Malah Anthony yang juga merupakan Ahli Parlimen Rasah menambah, Pakatan Rakyat akan meneruskan tindakan yang sama di peringkat negeri bagi memaklumkan kepada rakyat mengenai salah laku Perdana Menteri sendiri berhubung isu ini dengan tidak hanya menyalahkan pihak yang lain.

Click Here!

Ke mana RM3 bilion royalti T'ganu?

Pemuda PAS menyatakan kebimbangan wujud penyelewengan akibat "kehilangan" royalti petroleum Terengganu sebanyak RM3 bilion sejak BN mengambil alih negeri itu pada 2004.

"Satu isu yang amat besar di sini ialah penyelewengan wang sebanyak RM3 bilion yang tidak diketahui ke mana dibelanjakan," kata Salahuddin Ayub.

Beliau mengulas kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat semalam bahawa Petronas telah membayar RM7.3 bilion kepada negeri itu sejak empat tahun lalu.

Datuk Amirsham A Aziz memberitahu, dalam tempoh tiga tahun sehingga 2007, Petronas telah membayar sejumlah itu kepada Terengganu, RM1.2 bilion kepada Sabah dan RM4.8 bilion (Sarawak) dan RM13.4 (kerajaan Persekutuan).

Dalam satu kenyataannya hari ini, Salahuddin berkata kenyataan menteri itu bertentangan dengan dakwaan bahawa Terengganu menerima hanya RM4.3 juta.

"Dengan pendedahan oleh menteri besar Terengganu ini (Datuk Ahmad Said), bermakna sebanyak RM3 bilion telah tiris daripada dana rakyat Terengganu," katanya.

"Itupun, wang sebanyak RM4.3 bilion yang diterima oleh Terengganu adalah melalui dana khas kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih dikenali sebagai wang ehsan."

Beliau juga menimbulkan keraguan kepada pentadbiran negeri Terengganu sebelum ia diambil alih oleh Ahmad.

"Lebih membimbangkan lagi jika wang ini diselewengkan oleh menteri besar sebelum ini, Datuk Idris Jusoh. Kerana itu beliau berkeras mahu terus menjadi menteri besar bagi mengelakkan penyelewengan ini didedahkan," kata Salahuddin.

"Pemuda PAS percaya jumlah yang disebut oleh Datuk Ahmad Said sebanyak RM4.3 bilion yang dimasukan dalam bajet Terengganu itu termasuk yang digunakan untuk membina projek membazir di Pulau Wan Man dan Piala Monsun."

Pemuda PAS juga mempertikaikan jika jumlah itu digunakan oleh kerajaan persekutuan, memandangkan hasil minyak itu untuk rakyat Terengganu.

"Pemuda PAS tidak menerima jika wang RM3 bilion ini dibelanja oleh kerajaan pusat untuk pembangunan Terengganu kerana ia adalah milik Terengganu, bukannya milik (kerajaan) pusat," katanya, sambil menambah lebih RM4 bilion wang royalti "diselewengkan" sewaktu negeri itu ditadbir PAS.

Click Here!

Ong nafi tubuh skuad pengintip

Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting hari ini menafikan tuduhan bahawa beliau telah menubuhkan sebuah skuad pengintip untuk menjalankan risikan pergerakan pemimpin-pemimpin parti itu.

ong ka ting interview 140408 04"Ia adalah tuduhan yang tidak berasas sama sekali yang telah diperbesar-besarkan.

"Ia idak betul sama-sekali," katanya dalam satu kenyataan selepas menemui panel yang ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan tersebut.

"Saya tiada kaitan denganya. Tuduhan itu tidak berasas sama sekali," katanya.

Ong bertemu panel tiga anggota itu yang diketuai oleh Datuk Sak Cheng Lum selama kira-kira tiga jam di Parlimen hari ini.

Dua lagi anggotanya ialah Datuk Michael Chen dan Roger Tan.

Chen memberitahu pemberita di ibu pejabat MCA di Jalan Ampang bahawa presiden parti itu telah menjelaskan pelbagai tuduhan yang dibuat oleh penasihat MCA Petaling Jaya Utara, Wong Leong kepada panel tersebut, Selasa lalu.

Wong mendakwa, Ong telah menubuhkan skuad pengintip itu untuk mendedahkan kehidupan peribadi pemimpin tertentu yang dianggap boleh mengancam kedudukannya dalam parti.

Beliau juga telah menamakan ketua Pemuda MCA yang juga menteri kesihatan Datuk Liow Tiong Lai; timbalan menteri belia dan sukan Wee Jeck Seng dan bekas pemimpin Gerakan Belia Bersatu, Tee Ann Chuan sebagai anggota skuad pengintip tersebut.

mca alleged snoop squad and the targets 130508Wong juga mendakwa, Tee dibayar oleh Ong sebanyak RM10,000 sebulan untuk tujuan menjalankan intipan tersebut.

Liow dan Wee juga telah menafikan tuduhan tersebut.

Bermotif politik

Hari ini, Ong menegaskan bahawa tuduhan Wong itu bermotifkan politik dan merupakan satu kempen untuk mencemarkan nama baik beliau menjelang pemilihan parti Ogos ini.

"Tidak benar sama sekali yang saya membayar Tee. Tuduhan itu tidak berasas sama sekali," ulangnya.

Ong juga berkata, beliau bertindak atas mandat yang diberikan oleh parti untuk memilih calon-calon bagi pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Seteru politiknya mendakwa, beliau telah memilih calon yang salah dan menyebabkan parti itu kalah teruk dalam pilihanraya umum tersebut.

Ong berkata, tuduhan yang dibuat terhadapnya berunsur fitnah dan beliau berhak mengambil tindakan undang-undang.

Perbuatan kotor

Sementara itu, Liow bertemu panel tersebut selama kira-kira 30 minit dan selepas mesyuarat tamat, beliau juga mengeluarkan kenyataan menafikan sebarang pembabitan dalam skuad pengintip tersebut.

"Ini tuduhan yang amat serius dan saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang pembabitan (dalam skuad pengintip)," katanya.

Beliau juga berkata, tuduhan itu merupakan satu perbuatan "untuk memburuk-burukkan nama baik dan satu perbuatan kotor untuk mencapai agenda peribadi".
Click Here!

Tak perlu peraturan halang wakil rakyat lompat parti - Nik Aziz


KOTA BHARU, 14 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat tidak perlu kepada undang-undang khas menghalang mana-mana wakil rakyat melompat parti.


Ini kerana kata beliau ia adalah hak individu terbabit.


"Walaupun undang-undang dibuat untuk mengekang kemaraan anggota Parlimen atau anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) supaya tidak melompat parti, namun tindakan melompat parti boleh berlaku juga," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim, di sini hari ini.


Menurutnya kerajaan Kelantan pada awal 1990-an pernah meminda undang-undang bagi menghalang Adun melompat parti, bagaimanapun ada juga Adun iaitu dari Parti Semangat 46 melompat parti.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim mencadangkan undang-undang menyekat wakil rakyat melompat parti digubal bagi menjaga kepentingan awam.

Isu itu ditimbulkan selepas Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen sekarang.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga menyifatkan cadangan menggubal undang-undang menghalang wakil rakyat melompat parti dibuat atas kepentingan Umno dan bukannya atas dasar demokrasi.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, beliau mengalu-alukan kalau ada wakil rakyat Umno atau BN yang beragama Islam menyertai PAS.

"Ia bersesuaian dengan dasar PAS yang memperjuangkan Islam, jadi sekiranya kita menyertai PAS bererti kita telah kembali kepada jalan sebenar iaitu untuk memperjuangkan Islam.

"Bagaimanapun kalau mereka enggan menyertai PAS, mereka boleh masuk parti lain dalam Pakatan Rakyat termasuk KeADILan. Itu hanya hak masing-masing, terpulang kepada individu terbabit," ujarnya.

Ditanya hasrat anggota Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali menyertai parti yang serasi dengan perjuangannya kata beliau, dialu-alukan bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas itu kalau ingin menyertai PAS.

Bagaimanapun katanya beliau tidak berminat membuat pelawaan, cuma lebih suka pendekatan dakwah walaupun Ibrahim pernah bertanding menggunakan lambang bulan pilihan raya umum lalu.

"Saya tak suka mempelawa, tetapi suka memberi dakwah dan penerangan kepada orang lain. Pelawa ni saya tak suka sangat," ujarnya.

Ibrahim minggu lepas menemui Menteri Besar Kelantan di pejabatnya di Kota Darulnaim. Selepas itu beliau membuat kenyataan kemungkinan menyertai mana-mana parti tidak lama lagi.


Click Here!

Najib openly takes on Altantuya issue

KUALA LUMPUR, May 14 — Datuk Seri Najib Razak today went to Parliament and confronted the one issue that the Opposition continues to throw at him – the 2006 murder of Mongolian model Altantuya Shaariibuu. Concluding his one hour speech, the deputy prime minister and defence minister said that he had never met the model and nothing to do with the murder case.

"As a responsible citizen, I will say it again that I have never known or even met with this woman before, and I pray that the court will continue to seek justice and uphold the law without any interference," he said.

Despite the allegations against him, Najib felt it was best if he held his tongue as the case was still being heard in court.

The Opposition has attempted to link Najib’s name to the Altantuya case because one of the three men charged for the crime is Abdul Razak Baginda, a political analyst and close friend of the DPM. Abdul Razak is charged with abetting two police officers to murder the model in Oct 20, 2006. The murder trial has been trudging along since June last year and the Opposition has slammed the government for its handling of the case.

When debating the Royal Address, a clutch of politicians from Pakatan Rakyat made pointed remarks about the Altantuya case and implied that the DPM was involved. There was an air of expectation in the House today that the Opposition MPs would heckle Najib and demand that he clear the air over the Altantuya case.

But apart from an attempt by DAP’s Karpal Singh to engage Najib, there was little fireworks. "I know that some of the Dewan Rakyat members are concerned about the court case of the murder of the Mongolian woman, and I also know that there are some members who deliberately tried to link my name to the case," he said.

His comments in Parliament will not stop PKR, DAP and PAS politicians from linking his name to the model, and continuing to bait him. Even the conclusion of the court case will not put a stop to the rumour mill and sniping remarks by Datuk Seri Anwar Ibrahim and his colleagues.

But Najib would have scored some points with the Umno ground for going to Parliament, facing his accusers and holding his own. For now, that is his most important constituency.

Earlier, the defence minister also dismissed allegations by the Opposition that several individuals had been paid hefty commissions by the government for brokering defence deals. PKR Datin Wan Azizah Wan Ismail had claimed in Parliament that a company associated with Abdul Razak had received several hundred million ringgit in commissions when the government acquired two Scorpene submarines from France.

The Scorpene submarine deal was valued at €1.084 billion and it included the cost of the vessels (€969.15 million) and coordination and support services worth €114.96 million.

"The claims that RM350 million was paid to Perimekar Sdn Bhd as a commission is not true. No commission was paid. The RM350 million was the value of the work done by Perimekar Sdn Bhd as the project services provider," he said, replying to a question from Datuk Ibrahim Ali (Ind-Pasir Mas).

Touching on the purchase of the Sukhoi jets, he said that negotiations were conducted directly through the Rosoboronexport company, which is directly owned by the Russian government.

He said that IMT Defence (M) Sdn Bhd, which is the sole representative for Rosoboronexport in Malaysia, was appointed by the Russian company.

"The government is not involved in business dealings between the two companies. Hence I must stress that the government did not pay any commission to IMT Defence (M) Sdn Bhd as claimed," he said.


Click Here!

Umno umpama retak menunggu belah

"Terlalu heboh lebih heboh dari sure heboh, "kata seorang teman ketika makan tenghari di sebuah restoran di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Umno kini mahukan imejnya dipulihkan semula. Bernama melaporkan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai berkata, Umno yang berusia 62 tahun, perlu sentiasa kuat dan bersatu-padu, serta tidak boleh dilihat sebagai berbalah sesama sendiri.

Beliau berkata parti itu hendaklah memastikan mereka yang menyokong parti itu terus menyokong manakala mereka yang lari daripada parti itu kembali menyokongnya.

Jelasnya, Umno bermasalah dengan ahlinya dan menghadapi zaman gelap lebih gelap ketika ia diharamkan tahun 1988.

Umno seperti cacing kepanasan apabila ahli-ahli diakar umbinya bersuara meminta Presiden berundur kononnya untuk kepentingan parti serta rakyat Malaysia. Parti itu sudah tidak boleh duduk diam apabila serangan demi serangan dari ahli sendiri melatari kebanyakan peristiwa berlaku.


Presiden Umno sendiri merasakan parti itu kini menghadapi krisis kepercayaan ahli dan rakyat selepas Malaysia dilanda thunami politik pasca pilihan raya umum ke 12 akibat Umno tidak mahu mendengar suara hati dan perasaan rakyat sebelum itu.

Rakyat kini mencari kerajaan dan kepimpinan negara yang berwibawa.

Kepimpinan negara ialah tempat rujuk dan rule model sesebuah negara. Manusia yang pincang akhlak, suka mencipta skendal dan tidak mahu melihat kesilapan sendiri, sepatutnya sudah lama hilang di persada politik.

Rakyat tidak boleh memilih manusia-manusia seperti ini sekiranya mereka mahu melihat negara mereka berada di landasan yang betul.

Jika tidak, mereka tidak perlu bercakap tentang rasuah, jenayah, tekanan inflasi dan seumpamanya kerana pemimpin negara hai ini penyumbang besar kewujudan semua perkara itu.

Penjenayah tidak takut melakukan jenayah kerana dipercayai pemimpin negara sendiri menunjukkan contoh, tidak takut melakukan jenayah politik dengan mengada konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin tertentu dan dunia pula memrhatikannya bukan sahaja rakyat Malaysia.

Seperti perumpamaan yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu ucapannya bahawa orang yang terjun ke dalam sungai tidak usah bercakap pasal pakaian basah.

"Biar basah gilah (pergilah)," katanya.

Begitulah perbandingannya jika kita mahu negara kita bergerak maju di landasan betul biarlah parti dan kepimpinan yang berwibawa dipilih menjadi peneraju.

Sekarang, siapakah di kalangan rakyat yang rasional mendakwa Umno/BN masih mempunyai kredibiliti untuk menerajui negara dengan segala tindak tanduk politik tidak profesional dibuatnya selama ini?

Sementara itu Perdana Menteri berkata segala agenda BN dan kerajaan yang diterajui oleh Umno perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin seperti yang dijanjikan kepada rakyat.

Persoalannya apakah agenda untuk rakyat yang mahu dilaksanakan parti itu? Tidak lain, tidak bukan agenda pembangunan yang saban tahun dan berpuluh tahun dicanangkan yang berkesudahan banyaknya wang rakyat kebocoran untuk projek yang membazir dan merugikan mereka sendiri seperti Monsoon cup, Pulau Wan Man dan seumpamanya.

Sebenarnya rakyat tidak perlu berfikir panjang menyahkan spesis BN ini terus bermaharajalela sebagai penguasa di negara ini.

-SUHAIMI TAIB

Click Here!

Presiden PAS saran Terengganu, Sabah, Sarawak diberi 20 peratus royalti minyak




KUALA LUMPUR, 13 Mei - (Harakahdaily.net): Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) menggesa kerajaan menambahkan royalti Petronas sebanyak 20 peratus kepada ketiga-tiga negeri iaitu Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Walaupun ketiga-tiga negeri terbabit mempunyai sumber asli itu, katanya ketiga-tiga negeri inilah juga mempunyai kadar kemiskinan paling tinggi berbanding negeri lain.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pejabat Pembangkang, selepas tidak diberi peluang untuk mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab bagi soalan pertama yang dikemukan oleh Ketua Pembangkang Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (KeADILan-Permatang Pauh).

"Tadi saya memang bersedia untuk memberi soalan tambahan, malangnya Speaker tidak memberi peluang, bukan saya sahaja tetapi hampir semua barisan Pakatan Rakyat," katanya.

Katanya, royalti itu juga boleh diberi mengikut pertimbangan yang sewajarnya berdasarkan tahap kemajuan negeri berkenaan.

Menurut Abdul Hadi, dalam perjanjian dengan Petronas, mana-mana negeri yang perairannya memiliki petroleum akan diberi royalti sebanyak lima peratus.


"Tetapi mengapa tidak di Terengganu, kerajaan pusat telah merampas royalti pada tahun 2000, ini bercanggah dengan perjanjian yang dibuat," katanya.

Beliau kesal kerana Terengganu tidak dapat menikmati lima peratus royalti sedangkan royalti itu masih diberi kepada Sabah dan Sarawak.

"Walaupun masalah ini dibawa ke mahkamah dan sehingga ke hari ini tidak selesai, dalam masa yang sama kita hendak tahu melalui saluran mana kerajaan mengalirkan royalti itu," katanya.

Terdahulu, Wan Azizah dalam soalannya meminta kerajaan menyatakan jumlah pengeluaran minyak dan gas pada tahun 2007 mengikut pecahan negeri, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak serta hasilnya mengikut pasaran dunia.

Wan Azizah juga meminta kerajaan menjelaskan berapakah jumlah royalti yang diperolehi negeri-negeri tersebut sejak tahun 2004 berdasarkan kadar pengeluaran dan berapa lama lagi rezab minyak dan gas dapat bertahan di kawasan-kawasan tersebut.
Click Here!

Suhakam kecam proses pilihanraya

Dalam laporannya bagi tahun 2007, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mendedahkan kelemahan-kelemahan dan menggesa undang-undang yang relevan dipinda bagi memastikan
piihanraya yang adil dan bebas.

election voter 2008 vote ballot boxMenurut laporan setebal 312 halaman, Suhakam memandang berat kerana hak-hak asas tertentu berhubung pilihanraya yang adil dan bebas - seperti kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan dan kebebasan
berhimpun - sama ada dihalang atau tidak dipedulikan sewaktu kempen pilihanraya.

Dalam laporan yang diedarkan kepada ahl-ahli parlimen Isnin lalu, Suhakam mendapati wujudnya padang permainan yang tidak sama rata, terutama di segi akses kepada media, kebenaran mengadakan
perhimpunan politi, persempadanan semula kawasan pilihanraya dan penyelesaian di mahkamah.

Mengulas lanjut mengenainya, suruhanjaya itu berkata, calon-calon sepatutnya tidak dibenarkan menggunakan 'cara yang tidak demokratik' untuk menang pilihanraya melalui pembelian undi, menyedia insentif bukan dalam bentuk kewangan dan menggunakan kemudahan dan dana rakyat.

bersih organizer police statement submit 151107 loopMenurutnya lagi, pihak berkuasa mesti menangani tuduhan seperti wujudhnya 'pengundi hantu' serta sistem pilihanraya yang tidak cekap dan tidak adil.

Keyakinan rakyat dalam proses pilihanraya yang adil, tegas suruhanjaya itu, adalah lebih penting daripada mendapat mandat yang besar. Walaupun pilihanraya di Malaysia diadakan dengan bebas, tetapi prosesnya tidak boleh dianggap sebagai benar-benar adil.

Komen tersebut mengesahkan aduan-aduan selama ini yang dibuat oleh parti-parti pembangkang dan badan-badan reformasi pilihanraya, yang menuntut ditubuhkan kerajaan sementara sewaktu pilihanraya bagi menghalang parti pmemerintah menyalahgunakan kemudahan kerajaan.

Walaupun ramai pengundi memilih sebahagian besar calon-calon pembangkang di peringkat parlimen dan negeri dalam pilihanraya ke-12 pada 8 Mac lalu, namun dakwaan berlaku penyelewengan dalam proses pilihanraya tetap berlaku.

suhakamLebih menarik lagi, laporan tersebut tidak memuatkan respons kerajaan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh Suhakam dalam laporannya yang lalu.

Suruhanjaya itu menyuarakan kekecewaannya terhadap respons tidak bersungguh-sungguh kerajaan terhadap cadangan-cadangan yang dikemukakannya selama ini.

Suhakam telah membuat banyak cadangan untuk memperbaiki usaha melindungi hak asasi manusia. Suruhanjaya itu berharap kerajaan akan memberi perhatian kepada syor-syor yang dibuatnya melalui
pelbagai laporan yang dikemukakan selama ini.

Menurut laporan itu lagi, sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia sepatutnya memainkan peranan utama dalam mempertahankan hak asasi manusia.

Suhakam hanya berkhidmat sebagai badan penasihat kepada kerajaan berhubung perkara yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Kerajaan telah menolak permintaan Suhakam supaya ia diberi kuasa penguatkuasaan.

Usaha berulangkali supaya laporan Suhakam dibahaskan di parlimen tidak berjaya, menyebabkan ahli-ahli parlimen pembangkang mempersoalkan komitmen kerajaan dalam mempertahankan hak asasi
manusia.

Antara yang dibangkitkan dalam laporan Suhakam kali ini:

Kebebasan beragama
Suhakam berkata kebebasan beragama dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan ia menolak sepenuhnya sebarang usaha untuk menterjemahkan sebarang undang-undang yang berkaitan dengan agama dalam apa cara sekalipun yang mengakibat berlaku ketidakadilan.

Ia juga menggesa para hakim supaya bertindak berani, adil dan jelas dalam menghakimi kes-kes antara-agama yang kompleks, manakala pihak polis dan pihak berkuasa tempatan pula digesa supaya lebih sensitif dalam menguatkuasa undang-undang.

Suhakam mengalu-alukan keputusan Mahkamah Persekutuan Disember lalu bahawa mahkamah (sivil) mempunyai bidangkuasa untuk mendengar kes pertikaian perkahwinan, walaupun jika seorang daripada pasangan terbabit telah memeluk Islam.

Tahanan ISA
Suhakam mengulangi desakannya supaya kerajaan membebaskan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau mendakwa mereka di mahkamah.

Kebebasan berhimpun
bersih rally 271207 01Merujuk kepada reaksi terhadap beberapa perhimpunan besar yang diadakan tahun lalu, Suhakam berkata kerajaan perlu mengkaji semula Akta Polis dan undang-undang pencegahan yang lain yang secara tidak wajar, telah menghalang kebebasan berhimpun dan bersuara.

Suruhanjaya itu juga berkata, polis mesti mengelak bertindak secara melampau yang melanggar kebebasan asas.

Pentadbiran keadilan
Suhakam memandang berat semakan penghakiman telah ditolak dalam beberapa contoh, termasuk permohonan habeas corpus, yang menurut suruhanjaya itu akan menjejaskan hak mendapatkan keadilan dan hak mendapatkan perbicaraan yang adil.

Ia juga menyentuh soal kelewatan perbicaraan mahkamah dan penghakiman bertulis, sambil menegaskan bahawa lebih 1,000 banduan tidak dapat mengemukakan rayuan kerana para hakim dan majistret tidak menyiapkan laporan bertulis lebih awal.

Operasi Rela
Suhakam mencadangkan supaya anggota penguatkuasa yang mempunyai latihan profesional mengenai undang-undang - dari polis hingga ke jabatan imigresen - turut bersama anggota Rela ketika mereka

menjalankan operasi pada masa depan. Ini ekoran dakwaan bahawa anggota Rela telah menyalahgunakan kuasa mereka.

penan benalih baram blockade 270807Hak penduduk asal
Kerajaan digesa supaya meminda Kanun Tanah Sarawak untuk memasukkan cara unik masyarakat Penan dalam soal pengawasan dan pemilikan tanah, bagi menyelesaikan pertikaian berhubung kedudukan tanah adat penduduk asal.

Pekerja asing
Kerajaan dan kedutaan asing mesti mengkaji secara terperinci proses merekrut dan menjalankan pemantauan dan peraturan yang mencukupi serta menghukum agensi pekerjaan yang melanggar hak asasi

manusia. Suhakam mendapati kebanyakan aduan dari pekerja asing adalah berkaitan dengan tindakan eksploitasi agensi tempatan dan negara luar.

Orang kurang upaya
Suhakam berkata ia berharap penggubalan Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya akan meletakkan Malaysia setapak lagi ke arah pengiktirafan Konvensyen PBB mengenai hak Orang Kurang Upaya.

Perlindungan kanak-kanak
Banyak lagi yang mesti dilakukan untuk melindungi kanak-kanak ekoran semakin bertambahnya kes-kes salahlaku dan keganasan terhadap golongan tersebut.



Click Here!

Karpal: Dewan diraja terburu-buru

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata Dewan Diraja Selangor tidak sepatutnya terlalu terburu-buru membuat kenyataan terhadap beliau.

"Saya tidak buat sebarang tuduhan khusus terhadap Sultan Selangor," katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen semalam.

karpal singhKarpal berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar bahawa Dewan Diraja Selangor menyelar beliau kerana menuduh Sultan Sharafuddin Idris Shah mencampuri urusan badan eksekutif di negeri itu, demikian menurut Bernama.

Dalam kenyatannya kelmarin, Dewan Diraja itu berkata sebagai Sultan, baginda bertindak dalam lingkungan perlembagan apabila baginda melahirkan pendapat dan pandangan tentang sesuatu perkara yang mempunyai kaitan dengan rakyat baginda.

Dewan Diraja itu berkata kenyataan Karpal seperti yang dilaporkan sebuah akhbar pada 6 Mei, sungguh mengelirukan.

Karpal sebaliknya berkata memandangkan beliau tidak membuat sebarang tuduhan khusus terhadap Sultan Selangor, maka dewan itu sepatutnya menggunakan bahasa yang lebih lembut dalam kenyataannya.

'Bermotif politik'

hishammuddin hussein 01Sementara itu, Bernama juga melaporkan bahawa Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan pendirian PKR mempertahankan kenyataan Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak adalah pendirian yang bermotifkan politik.

Katanya, pembangkang tidak perlu mengambil masa yang begitu lama untuk menyokong kenyataan itu jika ia benar-benar berasaskan kepada pendapat yang tulen dan tidak mempunyai kepentingan tertentu.

"Ia sudah terlewat. Mengapa ambil masa yang begitu lama nak menyokong. Saya percaya apabila ia dilakukan selepas beberapa hari diulang oleh Karpal, ia dibuat bersandarkan kepada pertimbangan politik," katanya mengulas tindakan pemimpin PKR mempertahankan kenyataan Karpal yang mempersoalkan kuasa Sultan Perak dalam pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury.

anwar ibrahim 060207Semalam, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan yang parti itu menerima penjelasan Karpal atas alasan kenyataan itu tidak bermaksud menyinggung Raja-Raja Melayu.

Hishammuddin berkata, persepakatan pembangkang dalam hal itu boleh dipersoalkan kerana Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga menteri besar Kelantan memberikan kenyataan bahawa beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Karpal itu.

"Nik Aziz kata beliau tidak bersetuju, jadi macam mana sekarang boleh kata bersepakat pula," katanya.

Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, sokongan terhadap institusi raja berperlembagaan adalah sokongan yang merentasi semua kaum, justeru kenyataan Karpal itu perlu dikaji untuk menjelaskan matlamat sebenar ia dikeluarkan.

Janji siasatan adil

lim lip engSementara itu di Shah Alam, ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis akan menyiasat dua laporan berkaitan dengan ahoi Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng (foto) dengan adil.

Katanya, polis menerima satu laporan daripada seorang pegawainya pada 8 Mei lalu yang mengatakan bahawa Lim telah merusuh dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Menurut Bernama, pada keesokannya, Lim pula membuat laporan bahawa polis telah merosakkan kereta dan mencederakan beliau.

Sehingga kini percakapan Lim belum dapat dirakamkan dan polis akan mengaturkan seorang pegawai untuk melakukannya di Parlimen.

"Ialah, dia seorang ahli Parlimen, dia sibuk, jadi dia telah minta kami merakamkan percakapannya di Bangunan Parlimen," katanya.

Khalid berkata polis masih menunggu laporan perubatan dari pihak hospital mengenai kecederaan Lim.

Dalam kejadian 8 Mei itu, Lim dan kira-kira 150 orang penduduk Bandar Mahkota Cheras membantah pemasangan tembok penghalang di laluan percuma penduduk taman berkenaan ke Lebuh raya Cheras-Kajang. Polis telah menembak gas pemedih mata dan semburan air untuk menyuraikan mereka.


Click Here!

Kerajaan Putuskan ISA Kekal Tanpa Pindaan

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Kerajaan sekali lagi menjelaskan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 perlu dikekalkan bukan untuk tujuan kepentingan politik sebaliknya bagi tindakan pencegahan dalam membendung dan menangani kegiatan yang boleh mengancam dan memudaratkan keselamatan negara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata sehubungan itu kerajaan memutuskan untuk mengekalkan ISA tanpa melakukan sebarang rombakan, pindaan atau pembaharuan terhadap akta itu walaupun mendapat desakan daripada sesetengah pihak termasuk pembangkang.

"Malaysia sebuah negara yang majmuk iaitu terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya dan undang-undang ini perlu dikekalkan bagi membendung sebarang ancaman sebelum ianya berlaku. Justeru, buat masa ini pihak kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan ISA," katanya.

Syed Hamid berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul terima kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Dalam Negeri, pada persidangan Dewan Rakyat, hari Rabu.

Rekod menunjukkan ISA digunakan untuk membendung ancaman daripada kegiatan keganasan militan, pemalsuan dokumen perjalanan Malaysia, kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin, kegiatan perisikan ejen asing yang beroperasi di Malaysia dan pelampau perkauman. Syed Hamid berkata penahanan di bawah ISA bukan untuk menghukum sebaliknya bertujuan memulihkan tahanan daripada fahaman yang didukungnya hingga mampu memudaratkan rakyat dan negara.

"Sekiranya seseorang tahanan itu didapati pulih dan tidak lagi mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara, tahanan itu akan dibebaskan sama ada melalui pembebasan bersyarat (pengantungan perintah tahanan) atau perintah tahanan dibiarkan tamat," katanya.

Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata ISA bukan undang-undang yang zalim dan menindas mana-mana pihak kerana hak-hak asasi tahanan tidak dinafikan meskipun penahanan tidak melalui proses perbicaraan di Mahkamah.

Katanya, mereka ini masih diberikan hak-hak asasi seperti diberitahu alasan penangkapan mereka, mempunyai hak untuk berjumpa dan mendapat khidmat nasihat peguam, berhak berjumpa keluarga sama ada semasa dalam tempoh siasatan di bawah Seksyen 73 (1) atau di bawah Perintah Tahanan Seksyen 8(1) serta berhak mendapatkan kemudahan rawatan.

Selain itu, tahanan juga berhak memfailkan permohonan Writ of Habeas Corpus (bagi pembebasan,) berhak menerima satu salinan Perintah Tahanan serta diberikan pernyataan bertulis mengenai alasan-alasan perintah itu dibuat serta berhak membuat rayuan kepada Lembaga Penasihat, katanya. Menurutnya ISA tanpa disedari juga telah banyak membantu negara dalam mematahkan kegiatan yang mengancam keselamatan negara hingga membolehkan negara kekal aman dan rakyat menikmati pertumbuhan ekonomi dan pembangunan pesat.

Sementara itu, berhubung lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang ditahan di bawah ISA pada 13 Disember lepas, Menteri Dalam Negeri itu berkata buat masa ini kerajaan belum berhasrat untuk membebaskan kelima-lima pemimpin pertubuhan terbabit dari pusat tahanan perlindungan di Taiping, Perak.

Tegasnya, kerajaan tidak pernah menghalang atau menyekat mana-mana pihak untuk memperjuangkan hak kaum tertentu sekiranya ia dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang negara.

"Tidak benar tuduhan yang kerajaan mendiskriminasikan mana-mana kaum di negara ini. Perlu ditegaskan, tidak berlaku sebarang peminggiran terhadap mana-mana kaum termasuk kaum India.

"Istilah 'marginalization' sengaja digembar-gemburkan dengan motif politik dan pemimpin parti pembangkang meraih sokongan dengan cara memburuk-burukkan kerajaan. "Tuduhan terhadap kerajaan ini adalah palsu, beremosi dan berunsur perkauman," katanya.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan penahanan lima pemimpin Hindraf mengikut ISA mematuhi undang-undang.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya Datuk Alauddin Mohd Sheriff memutuskan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam kapasitinya ketika itu sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri berhak mengeluarkan perintah tahanan selama dua tahun dan mematuhi keperluan prosedur di bawah akta itu.

Pemimpin Hindraf berkenaan ialah peguam M. Manoharan, 46, yang juga anggota Parlimen Kota Alam Shah, P. Uthayakumar, 46, V. Ganabatirau, 40, R. Kenghadharan, 40, dan bekas pegawai bank K. Vasantha Kumar, 36.

Kelima-lima mereka ditahan kerana terbabit dalam penganjuran demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur pada 25 November, dan kerana mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadap kerajaan.

Mereka mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan selepas gagal mendapatkan perintah daripada Mahkamah Tinggi bagi pembebasan mereka setelah mendakwa penahanan mereka tidak mematuhi undang-undang.

Pemimpin Hidraf Kekal Di Bawah Tahanan ISA

PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) akan kekal ditahan di pusat tahanan Kamunting di Taiping, Perak.

Ini berikutan Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan penahanan mereka mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mematuhi undang-undang.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya Datuk Alauddin Mohd Sheriff memutuskan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam kapasitinya ketika itu sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri berhak mengeluarkan perintah tahanan selama dua tahun dan mematuhi keperluan prosedur di bawah akta itu.

Pemimpin Hindraf berkenaan ialah peguam M. Manoharan, 46, yang juga anggota Parlimen Kota Alam Shah, P. Uthayakumar, 46, V. Ganabatirau, 40, R. Kenghadharan, 40, dan bekas pegawai bank K. Vasantha Kumar, 36.

Kelima-lima mereka ditahan pada 13 Dis lepas kerana terbabit dalam penganjuran demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur pada 25 Nov, dan kerana mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadap kerajaan.

Mereka mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan selepas gagal mendapatkan perintah daripada Mahkamah Tinggi bagi pembebasan mereka setelah mendakwa penahanan mereka tidak mematuhi undang-undang.

Dalam keputusan sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan habeas corpus lima lelaki itu, Alauddin berkata ia (Mahkamah Tinggi) telah membuat penelitian terperinci terhadap afidavit para responden, termasuk afidavit perdana menteri apabila ia memutuskan penahanan mereka adalah sah dan mengikut undang-undang.

Kelima-lima mereka menamakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Komandan pusat tahanan itu sebagai responden.

"Pesuruhjaya Kehakiman, seperti terkandung dalam penghakimannya, telah meneliti afidavit para responden, perenggan demi perengganh," kata Alauddin.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri, dalam afidavit balasannya, mendakwa pemimpin Hindraf berkenaan cuba mendapatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap perjuangan mereka dengan mendapatkan sokongan daripada pertubuhan pengganas, Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

Alauddin, semasa menyampaikan penghakiman lisan itu berkata, Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Ab Aziz juga memutuskan bahawa tindakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri mengeluarkan perintah tahanan terhadap kelima-lima mereka bukan dibuat secara automatik atau tanpa asas, tetapi berasaskan penyiasatan yang dijalankan.

"Tidak wujud penyalaharahan daripada segi undang-undang oleh pesuruhjaya kehakiman," kata Alauddin yang bersidang bersama-sama dua Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Hashim Yusoff.

Di luar mahkamah, peguam Karpal Singh yang mewakili lima pemimpin Hindraf itu melahirkan rasa kecewa bahawa mahkamah tertinggi di negara ini tidak memberi perhatian kepada isu undang-undang yang beliau bangkitkan dalam prosiding.

Katanya beliau akan memfailkan permohonan bagi semakan terhadap keputusan hari ini.

Karpal berharap untuk memfailkan permohonan semakan itu menjelang Isnin, dan juga akan menulis surat kepada mahkamah memohon agar mereka diberikan alasan penghakiman bertulis.

"Kami akan berjumpa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar untuk meminta beliau menimbangkan membatalkan perintah penahanan itu dan membebaskan mereka (lima pemimpin Hindraf)," katanya.

Karpal juga berkata beliau akan memfailkan permohonan habeas corpus yang kedua bagi pembebasan kelima-lima pemimpin itu atas alasan pengerusi Lembaga Penasihat ISA tidak mematuhi prosedur.

Katanya beliau juga bercadang mengusahakan rayuan antarabangsa bagi mendapatkan representasi yang efektif, terutamanya oleh Amnesty International dan badan hak asasi manusia yang lain.

-- BERNAMA


Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising