Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, May 10, 2008

Kira-Kira 1,000 Rakyat Myanmar Berhimpun Bantah Pungutan Suara

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Kira-kira 1,000 rakyat Myanmar berkumpul di hadapan kedutaan negara itu untuk menyerahkan memorandum membantah pungutan suara bagi perlembagaan baru negara itu.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Ahmad Amir Mohd Hashim berkata kumpulan itu berkumpul di hadapan Kedutaan Myanmar sejak pukul 9.30 pagi ini.

"Mereka berhimpun secara aman pagi tadi dan tiada sebarang tangkapan dibuat," katanya kepada pemberita di hadapan Kedutaan Myanmar di sini Sabtu.

Empat pertubuhan aktivis iaitu Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD-LA), Liga Arakan untuk Demokrasi (ALD), Kongres Nasional Zomi (ZNC) dan Parti Demokratik Masyarakat Baru (DPNS) melancarkan kempen "NO" (TIDAK) terhadap pungutan suara itu.

Memorandum itu diserahkan oleh jurucakap kumpulan itu Kaung Mrat kepada wakil kedutaan, Michelle Ayea, yang terdahulu turut menerima memorandum daripada wakil Barisan Bersama Rakyat Etnik Burma yang mewakili tujuh kumpulan etnik negara itu.

Lima buah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ditempatkan di sekitar kedutaan bagi memantau keadaan di situ.

Ahmad Amir berkata polis berjaya mengawal keadaan dan kumpulan terbabit bersurai kira-kira pukul 12 tengah hari.


-- BERNAMA


Click Here!

Ibrahim Ali Persoal Sikap Membisu Pemimpin Melayu PKR Dalam Isu Ketuanan

PASIR MAS, 10 Mei (Bernama) -- Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali hari ini mempersoalkan sikap membisu sesetengah wakli rakyat Melayu dalam Parti Keadilan Rayat berhubung isu ketuanan Melayu dan mengenai tindakan Pengerusi DAP mempertikaikan kuasa Sultan Perak.

"Mungkin mereka takut untuk sentuh isu itu kerana sudah berpakat (bahawa) dalam Pakatan (Rakyat), (apa saja) benda buruk pun (melibatkan mereka), kena pertahankan walaupun tidak setuju, kalau tak mahu berpecah belah.

"Apapun, mereka perlu juga beritahu apa pendirian mereka dalam soal ini kerana rakyat nak tahu. Kalau tak jawab nanti rakyat buat macam-macam tafsiran," katanya pada sidang akhbar di sini.

Ibrahim, seorang anggota Bebas, mengingatkan wakil rakyat pembangkang yang cenderung menyentuh isu ketuanan Melayu dan mempertikaikan institusi beraja agar tidak keterlaluan dan melampaui batas.

"Saya lihat sekarang ini ramai yang sudah melampau dalam menyentuh ketuanan Melayu, sentuh kuasa raja-raja," katanya.

Mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ibrahim yang pernah dua kali ditahan mengikut undang-undang itu, berkata ia tidak wajar dimansuh sebaliknya perlu ditambah baik.

Katanya akta itu perlu diteruskan kerana ia boleh mencegah keadaan gawat daripada berlaku.

"ISA digubal oleh Dewan Rakyat bagi tujuan menyekat mana-mana individu yang ada niat untuk huru-harakan negara. Kita nak cegah huru-hara daripada berlaku, akta itu perlu ada tetapi ia perlu diubahsuai mengikut perkembangan semasa," katanya.

Ibrahim berkata pembangkang tidak sepatutnya terlalu 'besar kepala' dan menganggap kemenangan besar pada pilihan raya umum 8 Mac lepas adalah kerana rakyat mahukan dan akan menyokong setiap apa yang dilakukan mereka.

"Kemenangan yang rakyat beri baru ini bukan kerana rakyat mahukan pembangkang. Pembangkang banyak menang kerana Barisan Nasional banyak sangat isu," katanya.

-- BERNAMA


Polis Ambil Keterangan Karpal Ikut Akta Hasutan

PULAU PINANG, 10 Mei (Bernama) -- Polis hari ini mengambil keterangan daripada Pengerusi DAP Karpal Singh dalam satu siasatan mengikut Akta Hasutan.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Salleh Mat Rasid berkata pihak polis telah mengambil keterangan Karpal yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor di pejabat pemimpin DAP itu di Jalan Green Hall di sini.

"Kita akan hantar kertas siasatan itu (kepada Timbalan Pendakwa Raya) dalam tempoh dua atau tiga hari ini kerana kita akan cuba selesaikan siasatan seberapa segera seperti yang Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi inginkan," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Ditanya sama ada Karpal akan ditahan atau didakwa, beliau berkata polis akan teliti semua laporan yang diterima dan tindakan akan diambil selepas keputusan dibuat oleh pihak Timbalan Pendakwa Raya.

"Pihak pendakwa raya akan merujuk kertas siasatan itu kepada Peguam Negara, dan jika keterangan cukup, kita akan dakwa, dan (juga) sebaliknya," katanya.

Salleh berkata polis menyiasat kes itu kerana kenyataan yang dikeluarkan Karpal itu dibuat di Pulau Pinang.

"Kita siasat kes ini di sini kerana beliau keluarkan kenyataan akhbarnya di negeri ini kepada media melalui faksimili dari pejabatnya sementara bagi kes yang beliau bercakap di Parlimen, itu akan disiasat oleh polis Kuala Lumpur," katanya.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948.

Karpal memberi keterangan selama dua jam kepada dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Timur Laut berhubung dua laporan polis yang dibuat, iaitu satu di Pasir Mas, Kelantan dan satu di Ipoh, Perak.

Laporan polis yang dibuat di Pasir Mas pada 25 April lepas adalah berhubung kenyataannya bahawa ucapan Tengku Mahkota Kelantan telah menghina kaum bukan Melayu manakala laporan yang dibuat di Ipoh pada 5 Mei lepas pula adalah mengenai kenyataannya bahawa Sultan Perak tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury.

-- BERNAMA



Click Here!

BMC: Ahli parlimen Segambut dibelasah

Polis menggunakan meriam air serta menembak gas pemedih mata untuk menyuraikan kira-kira 500 penduduk di Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam tadi.


cheras mahkota conflict 080508 water canon 02Dalam kejadian itu, ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dan pengerusi jawatankuasa buka jalan BMC didakwa dipukul oleh anggota polis berpakaian biasa.

Ianya berlaku sejurus selepas Lim tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 10 malam untuk memberi sokongan kepada penduduk yang berkumpul di persimpangan Bandar Tun Hussien Onn dengan Lebuhraya Kajang-Cheras

Syarikat konsesi Grand Saga Sdn Bhd sedang membina benteng penghadang - untuk kali ketiga - bagi menyekat jalan pintas di situ digunakan penduduk bagi mengelak bayaran tol.

cheras mahkota conflict 080508 tear gas 03Ekoran itu, penduduk kini terpaksa memandu sejauh enam kilometer lagi dan membayar tol 90 sen kepada Grand Saga.

Ketika Lim tiba di situ, polis sedang memantau penduduk yang berhimpun mengelilingi pekerja Grand Saga yang sedang bekerja memasang tembok konkrit.

Lim kemudian berjalan ke arah pekerja Grand Saga dan anggota polis di situ untuk bertanya siapa yang menyelia kerja-kerja membina tembok tersebut.

cheras mahkota conflict 080508 lim li yiing distroy machine 02Selepas gagal mendapat sebarang jawapan, Lim mencabut wayar dari mesin yang digunakan oleh pekerja untuk mengimpal batang besi pada tembok konkrit itu (kiri).

'Saya disembur, dipukul'

Tanpa mesin kimpan itu, pekerja Grand Saga beredar, menyebabkan penduduk berasak-asak melepas kawalan polis dan bertindak memusnahkan tembok yang separuh siap itu dengan tangan.

Penduduk yang gembira melihat apa yang berlaku, terus mengangkat dan melambung Lim beberapa kali tetapi suasana kembali tegang apabila polis pencegah rusuhan mengarahkan orang ramai supaya beredar.

Lim cuba menghalang sebuah trak meriam air dengan berdiri di depannya. Menurut Lim (foto kiri), beberapa anggota polis mengheretnya dan berlaku kekecohan.

cheras mahkota conflict 080508 lim lip eng arrested"Mereka mengheret saya ke tepi dan menyembur pemedih mata ke muka saya. Saya tidak dapat melihat. Mereka tumbuk dan tendang saya," katanya kepada pemberita kira-kira dua jam selepas kejadian tersebut berlaku.

Ahl exco kerajaan negeri, Ean Yong Hian Wah yang berada di tempat kejadian, memberitahu pemberita bahawa polis berhenti memukul Lim selepas diberitahu bahawa Lim adalah seorang ahli parlimen.

Dipukul depan pemberita

Lim, seorang peguam, memang dikenali penduduk di situ kerana beliau pernah menjadi penasihat undang-undang kepada jawatankuasa buka jalan BMC.

Sementara itu, pengerusi jawatankuasa tersebut, Tan - apabila melihat Lim dipukul - terus bergegas untuk membantunya.

Ekoran itu, Tan juga didakwa turut dibelasah dan kemudiannya ditangkap. Para saksi mendakwa, beliau dipukul di perut oleh seorang anggota polis berpakaian biasa di hadapan para pemberita dan jurugambar.

Tan kemudiannya dibawa dari situ dengan kereta polis manakala seorang penduduk membawa Lim dan Ean ke sebuah klinik berhampiran. Tan dibebaskan dengan ikatjamin pada jam 3 pagi.

Ketika itu, polis telah menembak meriam air, tetapi apabila tindakan itu masih gagal menyuraikan orang ramai, mereka melepaskan tiga kali tembakan gas pemedih mata. Orang ramai akhirnya bersurai.

Ketika ditemui pemberita malam tadi, timbalan ketua polis Kjang, Supt Toha Abdullah mendakwa beliau tidak tahu mengenai tindakan polis memukul Lim.

Katanya, pihak polis terpaksa bertindak menyuraikan orang ramai kerana mereka "menggangu tugas keselamatan pihak polis”.

Sebelum ini, dua penduduk BMC telah ditahan. Ketika dihubungi tengah malam tadi, ketua polis Kajang, Shakaruddin Che Mood berkata pihak polis belum memutuskan tuduhan terhadap mereka yang ditahan itu.

Lim masuk hospital

Sementara itu, ahli parlimen Segambut itu dimasukkan ke Hospital Selayang pada jam 3 petang tadi ekoran kejadian semalam.

Menurut ahli dewan undangan negeri (Adun) Kampung Tunku, Lau Weng San, Lim mengadu rasa pening dan sukar membuka matanya.

"Keluarganya menghantarnya ke hospital untuk dipantau keadaannya. Kita tidak tahu apa yang tidak kena dengannya," kata Lau.

Sementara itu, Tan memberitahu Malaysiakini bahawa Lim sepatutnya pergi bersama penduduk menyerahkan memorandum kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Tetapi beliau tidak dapat datang. Beliau kata seluruh badannya sakit-sakit," kata Tan.

Saksi video


Click Here!

PRM: Lawan Karpal dengan hujah

Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat bahawa isu kenyataan pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai Sultan Perak dan teks ucapan Yang di-Pertuan Agong perlu ditangani secara bijaksana.

Presidennya, Hassan Abdul Karim berkata, ia boleh dilakukan dengan tampil berhujah secara rasional, berdasarkan undang-undang dan fakta sejarah, bukannya menekan dan menutup mulut Karpal dengan membuat laporan polis supaya tindakan diambil terhadapnya di bawah Akta Hasutan.

"Malaysia sudah lebih 50 tahun merdeka sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Cepat atau lambat, Malaysia akan berdepan dengan isu-isu perundangan seperti yang dibangkitkan oleh Karpal," katanya dalam satu kenyataan.

parliament bbc and malay society karpal singh sultan azlan"Apa faedah yang Malaysia dapat sekiranya Karpal didakwa di bawah Akta Hasutan dan kemudiannya, jika didapati bersalah, dicampak ke penjara, sedangkan isu yang beliau bangkitkan tidak dijawab dan diberi penyelesaian?" soalnya.

Katanya, PRM berpendapat bahawa apa yang dibuat oleh Karpal dan cara ia dilakukan, tidak semestinya betul dan apa yang beliau cakap tidak semestinya benar.

"(Bagaimanapun), kita jangan takut membicarakan isu-isu yang Karpal luahkan dan kerana itu mahu segera mulut Karpal ditutup dengan ancaman Akta Hasutan.

"PRM percaya, sudah sampai masanya kita memikirkan dengan serius tentang keperluan menubuhkan Mahkamah Perlembagaan di Malaysia," tambahnya.

Katanya, isu yang Karpal bangkitkan tentang apa yang berlaku antara Istana Perak dan menteri besarnya, berhubung pertukaran dan perlantikan semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) adalah isu perundangan membabitkan bidangkuasa kerajaan negeri dan Sultan.

Rujuk pada perlembagaan

"Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia perlu dirujuk. Tidak cukup itu, amalan konvensyen perundangan yang digunapakai selama ini, juga perlu diteliti," kata Hassan.

Menurutnya, Karpal perlu diperingatkan bahawa negeri ini bukan negara demokrasi ala Amerika atau Perancis yang tidak beraja.

"Di Malaysia masih ada raja. Ada sembilan Raja-Raja Melayu di 13 negeri dalam Persekutuan Malaysia. Raja-Raja itu juga ada kuasa-kuasa yang tersurat dan juga tersirat dalam Perlembagaan negeri masing-masing dan juga Perlembagaan Persekutuan.

"Kerajaan Persekutuan adalah atas nama Kerajaan Yang di-Pertuan Agong, manakala kerajaan negeri Perak adalah atas nama Kerajaan Sultan Perak.

"Dalam hal ini, maka kritikan Karpal terhadap tindakan Sultan Perak tidak semestinya tepat. Karpal mungkin silap dari segi perundangan tetapi adakah dia menghina Sultan?" soalnya.

PRM, tegas Hassan, percaya bahawa pihak-pihak tertentu tidak wajar dengan cepat menuduh seseorang itu menghina Sultan.

"Jika tanpa niat jahat tetapi demi kepentingan umum, seseorang itu perlu mempersoalkan sesuatu tindakan Sultan dari segi perundangan, maka ia tidak patut dianggap menghasut atau menghina.

"Kita perlu ingat, dalam semangat demokrasi, kita rakyat Malaysia mahu maju ke depan membebaskan diri kita dari belenggu sistem feudalisme. PRM menghormati sistem kenegeraan Malaysia waktu ini yang bersifat dualisme iaitu Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Laporan polis

"Raja Berperlembagaan berbeza dengan sistem raja mutlak. Justeru itu, PRM membantah tindakan Umno dan pihak-pihak tertentu yang cuba menggunakan Akta Hasutan atau ISA untuk menakut-nakutkan rakyat supaya jangan menyentuh bidangkuasa istana," katanya.

Hassan berkata, PRM berpendapat, pihak-pihak seperti Umno yang mahu mempertahankan status quo yang ada sekarang, supaya jangan menghabiskan masa membuat laporan polis terhadap Karpal.

Sebaliknya, tegas beliau, mereka boleh menjawab hujah Karpal dengan mengingatkan pengerusi DAP itu bahawa Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai Malaya, dulunya dipanggil Tanah Melayu.

"Selepas 1957, ia digelar Persekutuan Tanah Melayu. Fakta sejarah menunjukkan sembilan negeri di Semenanjung yang masih ada Sultan dan Raja, tidak pernah terjajah secara terus di bawah Inggeris atau Jepun atau Belanda ataupun Portugis.

"Sebab itulah Sultan dan Raja-Raja Melayu masih ada kuasa hingga sekarang dan diiktiraf serta diperakui oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Oleh itu, katanya, Karpal tidak boleh mencabut kuasa yang ada pada Sultan dan Raja kalau rakyat Melayu masih mahukan Sultan dan Raja mereka terus berkuasa seperti yang ada sekarang.

"Hujah Karpal Singh sebenarnya boleh dikalahkan di Mahkamah Perlembagaan (jika ada) atau dalam pentas pendebatan perundangan pada bila-bila masa.

"Tidak perlu Akta Hasutan atau ISA digunakan untuk menutup mulut pengerusi DAP itu yang kelihatannya agak celupar dan biadap pada sesetengah orang. Hadapilah isu yang Karpal timbulkan dengan berani," tegas Hassan.


Click Here!

Abdullah Harap Peguam Negara Bertindak Segera Kes Karpal Singh Hina Sultan

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berharap supaya Peguam Negara dapat membuat keputusan dan bertindak segera berhubung isu Pengerusi DAP Karpal Singh yang mempertikaikan bidang kuasa Sultan Perak dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri berhubung isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury.

Perdana Menteri berkata sekiranya Peguam Negara berpandangan bahawa kes itu boleh dibawa ke mahkamah maka ia perlu dibuat secepat mungkin.

"Harapan saya ialah beliau bertindak dengan cepat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini hari Jumaat.

Abdullah, yang juga Presiden Umno, berkata langkah segera itu perlu kerana isu itu sedang diikuti dengan penuh minat oleh ramai rakyat Malaysia.

"Kerana isu ini banyak orang minati...(mereka nak mengetahui) apakah hukuman berkaitan perkara ini," katanya.

Ketika ditanya tentang kemungkinan Akta Keselamatan Dalam Negeri digunakan terhadap Karpal, Abdullah berkata: "Kalau guna ISA lama dah masuk dalam. Kita tak guna pun."

Semalam, Perdana Menteri mengarahkan Umno membuat laporan polis terhadap Karpal ekoran kenyataannya itu yang dikatakan mempunyai kecenderungan menghasut dan menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Polis setakat ini telah menerima sembilan laporan terhadap Karpal, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, berhubung kenyataannya itu.

Antara laporan itu dibuat oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor semalam dan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Tajudin Ahmad hari ini.

Minggu lepas, Sultan Perak menitahkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya melantik semula Jamry memandangkan beliau ditukarkan tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Sultan Perak selaku ketua agama Islam negeri.

Karpal telah mempertikaikan kuasa Sultan Perak untuk menitahkan arahan itu.

-- BERNAMA

Click Here!

Cara Karpal Singh Tegur Sultan Tidak Betul Dan Dianggap Derhaka, Kata Nik Aziz

KUALA KRAI, 9 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) Datuk Jamry Sury secara terbuka adalah tidak betul dan boleh dianggap derhaka.

Nik Aziz berkata tindakan menegur secara terbuka kepada umum dianggap tidak bermoral dan tidak patut dilakukan terhadap seseorang sultan.

"Daripada segi undang-undangnya saya tidak tahu, daripada segi moral, moralnya (perbuatan Karpal itu) tidak betul," katanya.

Mursyidul Am PAS itu berkata pemimpin parti politik, terutamanya Pengerusi DAP itu, mestilah menghormati institusi raja dan menganggap Sultan seperti ibu bapa ketika di rumah.

Katanya perbuatan tidak menghormati orang tua boleh dianggap derhaka dan ini bertentangan dengan semangat Malaysia dan budaya Melayu yang sentiasa menghormati orang lain.

"Dalam negeri raja ketuanya dan di rumah ibu bapa, dan raja seperti ibu bapalah di rumah. Apa-apa masalahnya, kalau dia ada masalah berundinglah dengan baik," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas merasmikan Projek Mini Hidro Lata Rek, 40 kilometer dari sini.

Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas isu Pengerusi DAP Karpal Singh yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak oleh kerajaan negeri baru-baru ini.

-- BERNAMA


Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising