Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, May 8, 2008

Contohi perjuangan Nabi Yusuf - Warkah Nik Aziz kepada Raja Petra





KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengutuskan warkah kepada Raja Petra Kamarudin yang dipenjara dan didakwa di bawah Akta Hasutan kelmarin.


Dalam surat yang dihantar ke kediaman pengendali laman web Malaysia Today hari ini, Tuan Guru kagum dengan keberanian Raja Petra mempertahankan kebenaran walaupun terpaksa menerima pelbagai risiko.


Beliau turut mengajak Raja Petra mencontohi perjuangan Nabi Yusuf yang tetap istiqamah walaupun dipenjarakan.


Raja Petra dibebaskan hari ini selepas isteri beliau Marina Lee Abdullah membayar wang jaminan sebanyak RM5000.


Kes beliau yang disabitkan melalui tulisannya di portal Malaysia Today yang menyentuh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu akan disebut 6 Oktober depan.


Berikut disiarkan teks penuh surat Tuan Guru Nik Aziz:-


8hb Mei 2008/ 2 Jamadil Awwal 1429


YM. Raja Petra Raja Kamarudin




Warkah Simpati dan Pengiktirafan


Saya menerima berita mengenai nasib tuan yang dituduh dibawah Akta Hasutan 1948 dan kini ditahan reman dalam penjara Sg. Buloh sehingga kes disebut di mahkamah pada 6 Oktober 2008 dengan penuh kesedihan.


Bagaimanapun, jauh di hati saya, saya masih terasa kagum kerana di sana masih ada seorang sehebat tuan yang cekal mempertahankan apa yang difikirkan benar.



Prinsip ini cukup selaras dengan dasar anutan Agama Islam kita yang sentiasa bertunjangkan amar makruf nahi mungkar.


Ia kebetulan disebut juga oleh demokrasi dan turut diperuntukkan di dalam perlembagaan kita di bawah perkara kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat.


Soal bersalah atau sebaliknya; maka terlanjur tuan telah dituduh di bawah Akta Hasutan, maka ia terpulanglah kepada proses keadilan di mahkamah yang selanjutnya.


Sewaktu Nabi Allah Yusuf 'alaihissalam dikurung oleh pihak berkuasa di zamannya kerana fitnah, Yusuf berkata, "wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh."


Lantaran istiqomah Nabi Yusuf itu, Allah maqbulkan doa baginda lalu "menghindar Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Petikan dari Surah Yusuf Ayat 33 dan 34).



Selaras dengan perkembangan ini, izinkan saya turut bersama mendoakan tuan agar sentiasa dipelihara kesihatan dan keselamatan oleh Allah SWT.


Semoga yang benar itu akan terserlah jua walaupun harganya adalah pengorbanan. Selagi tuan benar dan kita semua benar di sisi Allah SWT, tuan dan kita pada amnya tidak perlu merasa khuatir.


Mari kita terus tabah, bersama dengan perjuangan demi menegakkan yang hak dan menolak kebatilan.



Salam perjuangan. Wassalam.



NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT


Menteri Besar Kelantan


Merangkap Mursyidul Am PAS

Raja Petra bayar diikatjamin, dibebas esok

Pengendali lamanweb Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin membayar diikatjamin sebanyak RM5,000 di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya jam 2.45 petang tadi.


Ikatjamin tersebut dibayar oleh peguam Raja Petra, J Chandra kepada Hakim Nurmala Salim di dalam kamarnya.

raja petra 080508 marina lee and lawyer j chandra 01Chandra memberitahu, Raja Petra akan dibawa ke mahkamah yang sama pagi esok untuk dibebaskan dengan ikatjamin.

Ditanya sama ada Raja Petra akan dibebaskan hari ini, beliau berkata, Hakim Nurmala mahu Raja Petra dibebaskan mengikut prosedur OTP (Arahan bawa ke mahkamah) yang mengambil masa 24 jam untuk dibebaskan.

"Jadi kita bersetuju dan akur dengan keputusan hakim itu," kata Chandra.

Malaysiakini difahamkan, sebanyak RM44 000 telah terkumpul hasil daripada kempen "satu ringgit seorang" untuk membayar wang jaminan untuk membebaskan Raja Petra.

Raja Petra, yang didakwa atas tuduhan menghasut, enggan membayar ikatjamin RM5,000 kerana tidak mampu menjelaskannya.

Kes tersebut akan didengar pada 6 hingga 10 Oktober.

Semalam beliau enggan berjumpa sesiapapun, termasuk isterinya dan dikatakan mengadakan mogok lapar.

Nota pada suami

Menurut Marina, dia telah berjumpa dengannya di penjara sungai Buloh selama sepuluh minit pagi tadi.

raja petra in jail prisonRaja Petra menurutnya, kelihatan sihat tetapi ada mengadu sakit belakang.

"Raja Petra sudah berhenti mogok lapar dan apabila dia ditanya sama ada sudah minum atau tidak, beliau menjawab ya, sudah minum.

"Dan nota yang saya telah diberikan - untuk memujuk beliau agar tidak mogok lapar, dan agar diikat jamin - jelas banyak membantu usaha untuk membebaskannya" jelas Marina lagi.

Marina menulis dalam notanya juga, "I want you home", untuk memujuk beliau bersetuju diikatjamin dan menurut Marina, ia benar-benar membantu.

Kelmarin,Raja Petra dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya berhubung satu artikel yang ditulis dalam lamanwebnya itu.

Artikel tersebut didakwa mengaitkan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Raja Petra didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel yang didakwa berunsur hasutan itu pada 25 April dalam Malaysia Today.

Beliau juga merupakan blogger pertama di Malaysia yang didakwa atas tuduhan menghasut.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising