Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, May 7, 2008

Dakwat: Laporan polis berasas khabar angin

Keputusan kontroversi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membatalkan penggunakan dakwat beberapa hari sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat berasaskan khabar angin, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Pendedahan yang mengejut itu terkandung dalam jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kepada soalan ahli parlimen DAP dari Batu Gajah, Fong Po Kuan.

abdul rashid ec chairman and indelible ink for election 010607Pada 4 Mac lalu, SPR memutuskan pada saat-saat akhir pembatalan penggunaan dakwat tersebut - yang selama ini dituntut oleh badan-badan yang memperjuangkan reformasi pilihanraya bagi mengelak penyelewengan - atas alasan ketenteraman awam dan isu-isu keselamatan.

SPR menggunakan alasan itu berdasarkan laporan polis yang mendakwa, ada pihak-pihak tertentu telah membeli dakwat tersebut dari luar negeri, dengan niat untuk mencetuskan kekeliruan dan syak wasangsa mengenai status pengundi.

Bagaimanapun, menurut jawapan kepada ahli parlimen Batu Gajah itu, Syed Hamid berkata, siasatan polis tidak menemui sebarang bukti di sebalik dakwaan tersebut selepas tiga kertas siasatan dibuka.

"Setelah laporan tersebut diteliti, dan pihak polis telah menemubual pengadu serta saksi-saksi, didapati tiada sebarang bukti menunjukkan dakwat tersebut dibawa dari negara Thailand. Ini kerana tidak ada seorang saksipun yang pernah melihat dakwat tersebut.

"Daripada keterangan saksi, tiada sebarang individu, sindiket atau pihak-pihak tertentu yang dikenalpasti terlibat dalam kegiatan ini. Keterangan pengadu dan saksi adalah merupakan khabar angin dan tiada sebarang individu yang dicam atau dikenali secara positif," kata Syed Hamid lagi.

Berikutan itu, tegas Syed Hamid, tiga kertas siasatan yang dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada 14 dan 21 Mac, kemudiannya di klasifikasikan sebagai 'tiada tindakan lanjut'.

Syed Hamid juga berkata, pengadu membuat aduan polis kerana mereka bimbang dakwat tersebut boleh dibeli dengan mudah di Thailand dan akan disalahgunakan sewaktu pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Click Here!

Kes Raja Petra dibangkitkan di Parlimen

Pengendali lamanweb Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, yang didakwa atas tuduhan menghasut dan ditahan di penjara Sungai Buloh kerana enggan membayar ikatjamin, menjadi tumpuan perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

raja petra court case 060508 lim kit siangLim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), ketika membahaskan titah diraja, mengkritik timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwanya "telah menyalahguna undang-undang" menyebabkan Raja Petra dituduh menghasut.

Raja Petra menyiarkan dalam lamanwebnya artikel bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell', yang didakwa mengaitkan Najib dan Rosmah dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Lim berkata, tindakan cepat oleh pihak polis dan seterusnya pendakwaan (terhadap Raja Petra) seperti langkah yang diatur dan satu penyalahgunaan undang-undang dan jentera kerajaan untuk menghukum Raja Petra.

Menurutnya, Najib dan Rosmah berhak membersihkan nama mereka melalui undang-undang.

Oleh itu, Lim mempersoalkan mengapa mereka menggunakan kemudahan kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap Raja Petra Kamaruddin, yang menurut Lim, satu penyalahgunaan kuasa.

Menurut pemimpin DAP itu lagi, terdapat banyak saluran bagi timbalan perdana menteri dan keluarganya untuk mengambil tindakan terhadap Raja Petra - melalui tindakan sivil dan litigasi - bukannya melalui dakwaan menghasut.

Reaksi penyokong BN

Lim juga mendakwa jentera kerajaan, dalam bentuk Pejabat Peguam Negara, telah digunakan untuk tujuan tersebut.

Ini, tegasnya merupakan satu penyalahgunaan kuasa dan sebab itulah, tambahnya, tindakan terhadap Raja Petra itu mesti dikritik sekeras-kerasnya.

Bagaimanapun, penyokong Barisan Nasional mengkritik pemimpin veteran DAP itu kerana membuat andaian bahawa Najib dan Rosmah adalah di sebalik tindakan polis terhadap Raja Petra.

Dr Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) menggesa Lim supaya lebih ‘bertanggungjawab' dan tidak bercakap mengenai perkara yang kini dalam bidangkuasa mahkamah.

raja petra court case 060508 stumpedKatanya, tindakan terhadap Raja Petra adalah wajar kerana beliau mengapi-apikan rakyat terhadap seorang pemimpin kanan kerajaan.

Dr Puad kemudiannya bertanya kepada Lim sama ada beliau percaya dengan apa yang ditulis oleh Raja Petra itu.

Tindakan sivil

Lim, bagaimanapun berkata, beliau tidak mahu membahaskan menyentuh kandungan tulisan Raja Petra itu.

Selain menggesa Najib mengambil tindakan sivil untuk membersihkan namanya dan nama isterinya, Lim juga menggesa supaya suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menentukan sama ada dan setakat mana, pemimpin kerajaan terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya.

Kata Lim, antara persoalannya ialah sama ada Peguam Negara, Abdul Gani Patail telah bertindak melebihi kuasanya sebagai seorang pegawai mahkamah.

"(Kerajaan) perlu menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat pembunuhan berprofail tinggi itu bagi membersihkan nama baik negara," katanya.

Lim sebelum itu membidas Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang menyoalnya mengenai penggunaan berulangkai perkataan ‘hell' (neraka) oleh Raja Petra.

Soalan Khairy

Khairy bertanya kepada Lim sama ada beliau bersetuju bahawa satu-satunya yang menentukan sama ada seseorang itu ke syurga dan neraka adalah Tuhan dan bukannya manusia.

Lim, dengan nada tinggi menjawab bahawa beliau bukan bercakap tentang agama.

Sebaliknya, kata beliau, ia merupakan satu ekspresi bahawa sesiapa yang membunuh Altantuya mesti dihukum seberat-beratnya, dan bukannya mengenai soal ke syurga atau neraka.

Lim menambah, jika (Khairy) tidak dapat memahaminya, maka tiada maknanya beliau (ahli parlimen Rembau) itu menjadi lulusan Oxford dan memalukan universiti tersebut.

Jawapan Lim itu mencetuskan suasana kecoh dalam apabila ahli parlimen dari kedua belah pihak melaung antara satu sama lain.

Isu Balqis

Dalam satu lagi isu berkaitan, Lim mempersoalkan mengapa polis memanggil editor akhbar TheSun - Terence Fernandez dan R Nadeswaran - untuk membantu siasatan terhadap laporan mereka mengenai kontroveri membabitkan Badan Amal dan Kebajikan Isteri Selangor (Balkis).

Fernandez dan Nadeswaran telah menulis satu siri laporan mengenai pembubaran Balqis - sejurus selepas Pakatan Rakyat menang di Selangor dalam pilihanraya umum 8 Mac - dan mengenai pemindahan RM9.9 juta dana persatuan tersebut.

Beliau bertanya sama ada mereka disiasat oleh polis dan menambah perlunya digalakkan kewartawan berbentuk siasatan dan bukannya kewartawan yang mengampu sahaja.

Katanya, orang yang patut disiasat bukannya Nadeswaran dan Terence tetapi menurutnya ialah bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan isterinya.


Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising