Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, May 6, 2008

Penulis mengaku tidak bersalah

Seorang ahli perniagaan yang juga penulis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan menerbitkan kata-kata berunsur hasutan melalui komen terhadap satu artikel
dalam lamanweb Malaysia Today.

Kata-kata berunsur hasutan bertajuk 'IT IS EASY TO IMPRESS THE MALAYS' adalah komen terhadap artikel diterbitkan pengendali dan editor lamanweb Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin bertajuk '03/06:Malaysia's Organised Crime Syndicate:all roads lead to Putrajaya'.

Syed Akbar Ali, 48, yang kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah, didakwa melakukan kesalahan itu di Zeenath Begum Jewellers Sdn Bhd, No 2007, Jalan Masjid India, di sini, pada jam 2.59 petang 5 Jun 2007.

Menurut laporan Bernama, bapa kepada dua orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan bagi kesalahan pertama, beliau boleh didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, bagi kesalahan seterusnya, Syed Akbar, yang diwakili peguam Ashok Kandiah, Haris Ibrahim dan Malik Imtiaz Sarwar, boleh dipenjara tidak lebih daripada lima tahun.

Sementara itu, timbalan pendakwaraya Ishak Yusof menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 terhadap tertuduh. Pendakwaan turut diwakili timbalan pendakwaraya, Hanafiah Zakaria.

Dalam permohonan untuk mengurangkan jumlah jaminan itu, Ashok berkata anak guamnya yang menjalankan perniagaan dengan isterinya di Jalan Masjid India di Kuala Lumpur, didakwa melakukan kesalahan itu pada 5 Jun 2007 dan penyiasatan dijalankan pada Ogos.

Beliau berkata sepanjang penyiasatan itu, anak guamnnya yang juga bekas pegawai bank memberikan kerjasama penuh kepada polis.

"Pendakwaan juga tidak mengganggap yang beliau berisiko melarikan diri, jadi kami meminta mahkamah menimbangkan jumlah jaminan nominal. Mungkin tidak wajar bagi peguam bela mencadangkan jaminan tetapi mungkin amaunnya tidak lebih RM1,000," katanya.

Hakim S.M Komathy Suppiah kemudian menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin. Isteri tertuduh membayar jaminan itu.


Click Here!

Isteri tak sangka Raja Petra enggan ikatjamin

Isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah terperanjat dengan keengganan suaminya untuk membayar ikatjamin ke atasnya selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan menghasut berhubung artikel yang ditulis dalam blognya.

Artikel tersebut didakwa mengaitkan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dalam pembunuhan seorang wanita muda Mongolia.

Raja Petra didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel berunsur hasutan pada 25 April dalam Malaysia Today.

Kes tersebut akan didengar pada 6 hingga 10 Oktober depan dan Raja Petra dibenarkan ikatmain RM5,000.

raja petra court case 060508 marina lee abdullahBeliau bagaimanapun enggan membayar ikatjamin dan ditahan di Penjara Sungai Buloh, sehingga tarikh kesnya bermula.

"Ini adalah satu kenyataan yang mahu dibuatnya. Beliau merasakan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan kita tidak ada wang (untuk membayarnya)," kata Marina (foto).

"Jika kita lancarkan kempen sumbangan RM1 seorang dan bila dapat mengumpul jumlah yang mencukupi, kita akan membayar ikatjaminnya secepat mungkin," katanya, merujuk kepada kempen mengumpul dana tersebut dalam Malaysia Today untuk membayar ikatjamin Raja Petra.

"Pada masa ini, saya agak terperanjat dengan apa yang dilakukannya (enggan diikatjamin), jadi biarlah saya menemuinya dahulu esok. Dan kita akan putuskan selepas itu," katanya.

Apabila ditanya sama ada mereka sekeluarga bersedia untuk berdepan dengan tuduhan yang dikenakan terhadap Raja Petra, Marina berkata, beliau akan membincangkan perkara itu dengan anak-anaknya selepas ini.

"Saya tidak fikir ada sesiapa yang bersedia (untuk menghadapi keadaan seperti ini). Saya baru sahaja menelefon anak-anak saya untuk memberitahu mereka mengenai perkara ini. Kita akan balik dan mengadakan perhimpunan keluarga untuk membincangkan perkara tersebut," katanya.

Marina juga berkata, beliau kesal dengan layanan pihak polis termasuk suaminya sebelum beliau didakwa di mahkamah hari ini.

raja petra court case 060508 petra lockup"Saya tidak marah tetapi saya sangat kesal dengan apa yang dilakukan secara tergesa-gesa. Mereka menghantar kami ke mahkamah (Jalan Duta) dan kemudiannya menyuruh kami ke mahkamah lain (Petaling Jaya).

"Mereka menghantar kami ke stesen polis ini dan kata datang datang esok dan kemudian mereka datang ke rumah untuk mengambil komputer. Dan inipun berlaku hari ini apabila mereka mahu mendakwanya (di mahkamah).

"Kami pergi ke sana pada jam 8.30 pagi dan menunggu hingga jam 11 pagi dan mereka berkata, bukan di sana dan meminta kami datang ke (Mahkamah) Sesyen PJ. Ianya seperti sarkas. Ia tidak nampak seperti mereka serius. Ia tuduhan yang direka. Seolah-olah semuanya dilakukan secara tergesa-gesa," katanya.

Click Here!

Enggan diikatjamin: Raja Petra ditahan di Sg Buloh

Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin hari ini dihadap di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan menghasut berhubung artikel yang ditulis dalam blognya.


Artikel tersebut didakwa mengaitkan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dalam pembunuhan seorang wanita muda Mongolia.

Raja Petra minta dibicarakan. Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel berunsur hasutan pada 25 April dalam Malaysia Today.

Kes tersebut akan didengar pada 6 hingga 10 Oktober depan dan Raja Petra dibenarkan ikatmain RM5,000.

Beliau bagaimanapun enggan membayar ikatjamin dan ditahan di Penjara Sungai Buloh.

raja petra court case 060508 petra arrestedKertas tuduhan itu memuatkan sembilan perenggan dalam artikelnya yang didakwa berunsur hasutan.

Pendakwaan dibuat oleh timbalan pendakwaraya Nordin Hassan manakala Raja Petra diwakili oleh sepasukan enam peguambela yang diketuai oleh Karpal Singh.

Malam tadi, beliau diminta menyerah diri di kompleks mahkamah Jalan Duta pada jam 9.30 pagi ini untuk menghadapi tuduhan menghasut.

Ketika beliau sedang menunggu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur apabila menerima panggilan telefon dari pihak polis pada kira-kira jam 10.20 pagi supaya hadir di mahkamah Petaling Jaya.

Bercakap kepada pemberita di komplek mahkamah Jalan Duta pagi tadi, Raja Petra mendakwa, beliau menjadi mangsa pendakwaan politik.

Katanya, beliau tahu mengenai gesaan yang dibuat oleh seorang pemimpin Umno dari Petaling Jaya (Utara) kira-kira tiga minggu lalu yang mahu "mereka mencari jalan untuk menangkap saya".

Berita mengenai kes Raja Petra itu cepat tersebar malam tadi dan pagi ini orang ramai berkumpul di kompleks mahkamah sebagai tanda sokongan terhadapnya.

Turut hadir ialah pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Ronnie Liu serta ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Jumaat lalu, Raja Petra dipanggil memberi kenyataan kepada polis berhubung artikel dalam blognya, Malaysia Today dua minggu lalu berkaitan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pada 25 April, Raja Petra menyiarkan satu artkel bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell' dalam blognya, Malaysia Today. Artikel itu mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes berprofail tinggi itu.

Najib kemudiannya menafikan perkara itu melalui setiausaha akhbarnya, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad. Rosmah juga telah menafikan dakwaan terhadapnya itu.

Perbicaraan kes pembunuhan Altantunya sedang berjalan di Shah Alam.


Click Here!

TERKINI!!!

Raja Petra didakwa kerana terbit artikel menghasut











PETALING JAYA: Penulis laman blog, Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menerbitkan artikel berbaur hasutan.


Beliau dituduh di hadapan hakim Nurmala Salim berhubung artikelnya bertajuk Let's send the Altantuya murderers to hell (Mari hantar pembunuh Altantuya ke neraka) dalam laman blognya, 25 April lalu.


Beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan.





Click Here!

Raja Petra didakwa hari ini

Raja Petra Kamaruddin, pengendali blog Malaysia Today, akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di Jalan Duta hari ini atas tuduhan menghasut.

"Saya telah diarahkan supaya menyerah diri di Mahkamah Majistret Jalan Duta pada jam 9.30 pagi esok...untuk diakwa atas tuduhan menghasut," katanya malam ini.

raja petra police questioning 020508Jumaat lalu, Raja Petra dipanggil memberi kenyataan kepada polis berhubung artikel dalam blognya, Malaysia Today dua minggu lalu berkaitan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pada 25 April, Raja Petra menyiarkan satu artkel bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell' dalam blognya, Malaysia Today. Artikel itu mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes berprofail tinggi itu.

Najib kemudiannya menafikan perkara itu melalui setiausaha akhbarnya, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad. Rosmah juga telah menafikan dakwaan terhadapnya itu.

Perbicaraan kes pembunuhan Altantunya sedang berjalan di Shah Alam.

Enggan beri kenyataan

Teman rapat Najib, penganalisa politik Abdul Razak Baginda dan dua anggota polis telah didakwa membunuh wanita Mongolia itu.

Raja Petra enggan memberi kenyataannya kepada pihak polis kerana menurutnya, tidak mahu terbabit dengan "permainan politik mereka".

Blogger berusia 58 tahun itu tidak sunyi dengan kontroversi. November lalu, beliau disoal siasat selama lapan jam selepas bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib membuat laporan polis terhadapnya.

Muhd Taib, yang juga ketua penerangan Umno dan menteri pembangunan wilayah dan luar bandar, mendakwa Raja Petra telah menyiarkan artikel yang menghina Yang di-Pertuan Agong dan Islam.


Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising