Di sudut lain Umno menyuarakan bagaimana orang melayu tidak kira kelompok dan parti perlu duduk semeja membincangkan survivel Melayu. Di saat manakah timbulnya survivel Melayu ini? Di saat Umno nazak, menghadapi kemelut tandusnya kepimpinan parti itu serta kurangnya sokongan orang Melayu terhadap parti itu.
Umno bimbang kononnya kuasa politik orang Melayu terhakis. Yang terhakis sebenarnya ialah kuasa politik Umno yang menjadi teras Barisan Nasional (BN). Umno bagaikan anjing tersepit. Awas, Umno adalah Umno akan kembali dengan perangai asalnya iaitu akan mengenepikan seterunya yang diajak berbincang ketika tersepit itu setelah kuasanya kembali pulih dan mendapat sokongan majoriti rakyat semula.
Perangai ini tidak akan berubah samalah tidak berubahnya perangai Umno selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang menjadi satu titik hitam dalam sejarah negara.
Selepas PAS dipujuk bersatu dan berpakat dengan Umno menubuhkan kerajaan di bawah BN, helah licik, tipu muslihat dan konspirasi dicanangkan untuk mengenepikan PAS.
Kini Umno datang merayu lagi dengan mengadakan siri pertemuan dengan pemimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya untuk memikirkan umat Melayu bagaimana kesudahannya selepas pilihan raya umum ke 12 yang lalu.
Yang sebenarnya pemimpin Umno mengajak secara tidak langsung menguatkan parti itu semula bukan mengajak sejujur hati untuk memikirkan soal survivel bangsa Melayu.
PAS dan PKR tidak perlu terperangkap dengan kemelut yang dihadapi Umno sekarang. Tidak perlu belas kasihan kepada Umno ketika Umno licik merancang untuk memulihkan semula kredibilitinya di mata rakyat dengan meperalatkan isu nasib orang Melayu di saat BN tidak berupaya menguasai dua pertiga kerusi parlimen, di saat pemimpin Melayu Umno bercakaran sesama sendiri, di saat kepimpinan tertinggi Umno menghadapi pelbagai skendal politik, seks dan korupsi yang parah dan tidak dapat dibendung lagi.
Bagi memikirkan nasib orang Melayu tidak perlu melantik Umno sebagai pengendalinya kerana keupayaannya berbuat demikian sudah lama gagal. PAS dan PKR perlu memikirkan sendiri soal membela nasib Melayu tanpa mengharapkan sangat Umno turut serta berfikir tentang masalah ini atau duduk semeja berbincang mengenainya.
PAS dan PKR perlu menjadi juara membela nasib rakyat berbilang kaum, tidak terhad hanya orang Melayu sahaja kerana negara ini bukan dihuni oleh orang Melayu sahaja. Berpuluh-puluh tahun bumi Malaysia menjadi negara kelahiran berbagai kaum termasuk India, Cina, Kadazan, Dayak dan lain-lain bangsa.
Bagaimanapun dominasinya dan teras negara ini ialah orang Melayu beragama Islam, ia tercatat dalam sejarah. India dan Cina berasal dari bangsa pendatang bukan peribumi negara ini.
Namun itu berlaku 50 tahun lalu. Kini orang Melayu tidak boleh mendabik dada bahawa Malaysia adalah negaranya sahaja bukan bangsa lain, begitu juga Cina, India dan lain-lain bangsa tidak boleh mendabik dada bahawa Malaysia hanya milik bangsanya sahaja.
Negara Malaysia bukan milik Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak, Dusun dan lain-lain tetapi milik rakyat Malaysia keseluruhannya tanpa mengira kaum.
Mereka perlu diiktiraf dalam apa jua bentuk pengiktirafan termasuk kerakyatan, politik, ekonomi, sosial, budaya dan keagamaan. Mereka bebas menganut agama apa yang mereka suka tetapi perlu menyedari bahawa Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan asas ini perlu dihormati oleh semua kaum.
Mereka tidak perlu bimbang dengan status Islam sebagai agama rasmi kerana Perlembagaan Persekutuan mengizinkan mana-mana agama dapat dianuti oleh mana-mana individu atau kaum tanpa sekatan undang-undang.
Bagaimanapun ketuanan Melayu sebagai peneraju kuasa politik dan pemerintahan negara seharusnya dihormati oleh semua kaum.
PAS dan PKR perlu mengambil alih kuasa ketuanan Melayu ini kerana Umno sudah tidak sesuai berbuat demikian apabila peluang 50 tahun memerintah negara, parti itu masih gagal menjaga kepentingan Melayu dan bangsa-bangsa lain di negara ini.
Untuk mempercepatkan proses pembentukan negara Malaysia baru di bawah perubahan dan reformasi rakyat baru, kuasa politik negara perlu bertukar tangan dalam masa terdekat agar Pakatan Rakyat (PR) berjaya menukar persepsi lama bahawa hanya Umno/BN sahaja berjaya memulihkan keadaan politik negara.
Persoalan membela nasib Melayu sebenarnya hanya cetusan idea Umno yang terkenal dengan parti perkauman Melayu. Ia menyinggung sensitiviti kaum lain secara tidak langsung.
Sementara PAS dan PKR dua parti gergasi Melayu yang tidak menjadi nosinalisme sebagai dasar perjuangan politiknya.
Ertinya PAS dan PKR lebih relevan diterima rakyat sebagai peneraju dan penasihat politik rakyat berbilang kaum selepas era kekalahan BN dalam pilihanraya umum ke 12 lalu.
Rakyat seharusnya menerima perubahan ini secara terbuka dan Umno seharusnya pula menghormati kehendak rakyat ini dengan hati terbuka.
Ini adalah antara persetujuan yang dicapai berikutan perbincangannya secara tidak rasmi dengan Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR Azmin Ali secara berasingan baru-baru ini.
"Kami bersetuju permuafakatan Melayu itu amat penting dalam menentukan arah bangun bangsa Melayu itu sendiri dan seharusnya melewati sempadan politik," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini Sabtu.
Norza berkata mereka juga bersetuju usaha itu perlu dilakukan walaupun sekecil mana langkah yang diambil, dan perlu mengambil iktibar peribahasa Melayu, berakit-rakit dahulu untuk bersenang kemudian.
"Kita bertatih sebelum berjalan dan kemudian berlari. Akhirnya, cita-cita permuafakatan Melayu itu pasti terlaksana," katanya.
Beliau berkata pertemuan berlangsung dalam suasana yang mesra dengan semangat persaudaraan yang tinggi walaupun mereka daripada parti yang berbeza.
Norza berkata menyedari mengenai cabaran dan rintangan yang akan dihadapi, mereka bersetuju satu pertemuan susulan akan diadakan melibatkan ketiga-tiga pemimpin untuk memperincikan lagi terma rujukan gagasan permuafakatan yang akan diwujudkan berasaskan persetujuan secara dasar yang dicapai dalam pertemuan yang telah diadakan.
"Dalam perbincangan yang diadakan secara informal itu, persetujuan turut dicapai bahawa permuafakatan Melayu itu perlu dibincang dan diusahakan pembentukannya dalam kerangka Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum," katanya.
Beliau berkata pertemuan itu jelas menunjukkan keinginan tinggi pemimpin ketiga-tiga parti itu untuk pembentukan bangsa Melayu sebagai bangsa yang utuh, mantap, bermaruah serta dihormati.
Click Here!
Kempen itu juga bertujuan untuk meyakinkan kerajaan bahawa keputusannya untuk menahan mereka adalah satu penyalahgunaan proses undang-undang.




