Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, April 27, 2008

Semua Projek Mega Di Terengganu Akan Dinilai

KEMAMAN, 27 April (Bernama) -- Kerajaan Terengganu akan menilai semua projek mega yang dikemukakan sebelum dilaksanakan di negeri ini, bagi memastikan ia memberi keuntungan kepada rakyat.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata langkah itu perlu selepas mendapati projek pendalaman dan penambakan muara Sungai Terengganu serta menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Kuala Terengganu, yang melibatkan peruntukan berbilion ringgit, dilihat kurang membawa manfaat kepada rakyat.

"Kami tidak menolak projek mega dilaksanakan di negeri ini tetapi ia mestilah membawa manfaat kepada rakyat Terengganu secara keseluruhannya.

"Saya akan menilai projek-projek berkenaan termasuk daripada segi keuntungan ekonomi kepada rakyat sebelum membenarkan ia dilaksanakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) kampus Wilayah Timur di sini hari Ahad.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Mokhtar Nong dan Pengarah Intan kampus Wilayah Timur, Dr Mohamad Hamzah.

Ahmad berkata projek pendalaman dan penambakan muara sungai Terengganu yang menelan belanja lebih setengah bilion ringgit untuk laluan kapal-kapal mewah berlabuh dilihat tidak mencapai matlamat pembinaannya.

"Sehingga kini, kami dapati laluan itu tidak sibuk malah untuk melihat sebuah kapal sehari pun susah. Jika laluan ini sibuk tak apa," katanya.

Beliau berkata projek menaiktaraf LTSM pula, ketika diluluskan hanya melibatkan kos RM250 juta dengan pemanjangan landasan kira-kira satu kilometer ke luar pantai.

"Bagaimanapun, taklimat Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) baru-baru ini menyatakan kosnya telah meningkat sekali ganda apabila ia mencecah lebih RM500 juta," katanya.

Ditanya sama ada kedua-dua projek itu akan dinilai semula, beliau berkata: "Tidak ada apa-apa tindakan akan diambil dan kedua-dua projek itu berjalan seperti biasa kerana kerajaan negeri tidak terlibat dalam pengurusan projek ini".

-- BERNAMA

Pesta Berahi di Pulau Perhentian

Satu 'event' yang saban tahun tidak pernah lenyap ialah pesta berahi di sesuatu destinasi pelancongan. Ia bukan dibuat di negara asing tetapi kini tidak lagi asing di negara Malaysia.

Terbaru pesta berkenaan dibuat di Pulau Perhentian, Besut Terengganu. Tidak kurang 200 orang pengujung berpesta arak dan perbuatan tidak senonoh di pulau itu tanpa sebarang halangan dari pihak berkuasa (kerajaan).

Ikuti laporan dari Metro Ahad.

Click Here!

Ahmad Said dalam dilemma

Belum pun bermula Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu dan wakil rakyat yagng menang dalam pilihan raya umum lalu belum pun mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Menteri Besarnya, Dato' Ahmad Said berdepan dengan masalah kewangan.

Beliau terpaksa memohon Kerajaan Pusat menyerahkan balik Royalti Petroleum dan Gas yang pernah diterima sembilan tahun lalu kepada negeri Terengganu.

Perbelanjaan mengurus negeri memerlukan wang yang cukup dan dengan pendapatan tidak sampai RM200 juta setahun, negeri Terengganu memerlukan wang tambahan bagi membiayai semua keperluan pentadbirannya.

Apalagi untuk membangunkan rakyat negeri itu, sudah tentu kewangan yang diperlukan melebihi pendapatan hasil negeri itu termasuk dari pengeluaran hasil pembalakan dan air, 'Capitation Grand' dan 'Road Grand'.

Ramai yang bercakap bagaimana menteri besar Terengganu berada dalam keadaan tertekan dengan maslah kekurangan wang untuk tujuan tersebut.

Jika kerajaan pusat tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri itu walaupun kedua-duanya kerajaan Barisan Nasional (BN), kemungkinan besar Ahmad tidak boleh bertahan lama.

Ini pun jika kerajaan pusat masih dikuasai BN. Ada mencadangkan jika beliau tidak berupaya mengepalai dalm pnetadbiran negeri sebagai menteri besar, Ahmad boleh memberi nasihat kepada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) supaya dewan dibubarkan untuk pilhan raya semula di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

Jika Pakatan Rakyat (PR) mengusai kerajaan pusat, (di jangka sedikit masa lagi) Ahmad perlu bertindak bijak bekerjasama dengan kerajaan PR walaupun terpaksa berdean dengan serangan rakan-rakannya dalam Umno atau sebagai jalan mudah beliau dan penyokong-penyokong sama dari kalangan Exco Kerajaan Negeri atau ahli Umno lain meletak jawatan dan berada dalam PR sam ada masuk PAs atau Parti keadilan Rakyat (PKR).

Ketika itu Ahmad tidak perlu bertegas dengan prinsip bagaikan berpaut di dahan yang rapuh dengan tetap bersama Umno walau apa insiden politik sekalipun berlaku di negeri tersebut kerana perjuangan parti tiu tidak relevan lagi untuk masyarakat Malaysia.

Ahmad perlu berkompromi ketika itu demi kebaikan rakyat dan kerajaan negeri itu. Sekaligus, kerajaan Terengganu perlu juga bertukar kepada Kerajaan PR walaupun Umno negeri itu tidak merestui Ahmad bekerjasama dengan kerajaan pusat yang dikuasai PR.

Kemungkinan Ahmad dipecat dari parti atau dia terpaksa keluar parti untuk berada dalam kem PR yang sudah menjadi kerajaan pada masa itu walaupun ramai dari penyokongnya di kampung tidak merestui tindakan tersebut.

Ini semua senario politik yang kemungkinan akan berlaku jika politik negara mengalami perubahan berterusan sehingga ke peringkat pusat.

Umno sekarang pun sudah bimbang dengan perakuan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ada ahli parlimen BN Sabah dan Sarawak akan menyeberang ke kem PR.

Kebimbangan itu dirasai sendiri bakal calon Presiden Umno untuk pemilihan Disemberi ini, Tengku Razaliegh Hamzah.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sendiripun tertekan dengan suasana ini sehingga membuat kenyataan akan bertindak sesuatu bagi menyekat insiden itu berlaku.

Sementara itu Ahmad perlu bersabar seketika menghadapi dugaan menjadi menteri besar di negeri tersebut ketika beliau tidak berkeupayaan menguasai perhubungan Umno negeri apabila bekas menteri besar lalu Dato' Seri Idris Jusoh masih Ketua Perhubungan parti itu.

Beliau dalam dilemma tersempit di tengah gejolak politik antara menjaga kepentingan rakyat dan kepentingan partinya yang mahukan pembangunan khususnya yang datang dari pusat di urus oleh Idris Jusoh secara tidak langsung.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah membuat pengakuan bahawa rakyat menerima pembangunan dengan baik dari saluran Dana Khas sebelum ini. Justeru setakat ini nampaknya Abdulah tidak berhasrat untuk mengembalikan semula Dana Khas itu supaya kerajaan negeri menguruskannya sendiri bukan Jabatan Pembanguan Persekutuan (JPP).

Ahmad sudah tentu terasa perit dengan sikap Abdullah terhadap negeri Terengganu, mungkin inilah agaknya dendam kesumat yang sudah dipraktikkan beliau ketika berdepan dengan krisis kepimpinan kerajaan negeri tersebut.

Ahmad sendiri mengakui beliau pun tidak lama memegang jawatan menteri besar. Walau apa pun terjadi Ahmad terpaksa menghadapi tekanan kewangan sebagaimana Kerajaan PAS menghadapinya sebelum ini.


Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising