Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, April 24, 2008

Waspada Operasi Lalang ke 2

Berwaspada dengan sikap bermuka-muka Umno/Barisan Nasional (BN) dan tindakan untuk memburuk-burukkan Pakatan rakyat sejak kebelakangan ini.

Isu babi di Sepang Selangor, janji memulihkan institusi kehakiman, menjadikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebagai suruhanjaya bebas adalah rentetan 'recounter' BN terhadap kemaraan rakyat dan PR selepas pilihan raya umum ke 12 yang lalu.

Rakyat dan PR, jangan mudah tertipu dengan hipokrasi Umno/BN. Soalnya kenapa baru sekarang Umno bercakap dan mahu bertindak mengikut kehendak rakyat? Kenapa suara rakyat baru mahu didengar sekarang? Kenapa tidak 10 atau 20 tahun lalu?

Jika benar-benar Umno jujur, sudah barang tentu hasrat membuat perubahan untuk kebaikan rakyat tidak bermula dari sekarang?

Sejak selepas merdeka lagi, perbedaan jurang ekonomi antara kaum sudah berlaku dan gagal ditangani Umno sehingga sekarang.

Justeru Umno bimbang parti itu kecundang, ahli-ahli parlimen parti berkenaan angkat kaki menyeberang ke kem PR.

Pemimpin Umno cukup bimbang sekarang. Walaupun Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek 'recounter' kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa sepatutnya Anwar perlu bimbang ahli parlimen PR menyeberang ke kem BN, bukan sebaliknya, mereka bimbang kenyataan Anwar terserlah kebenarannya nanti.

Anwar mendakwa beliau sedang dikawal ketat BN. Segala gerak geri beliau dan ke mana beliau pergi sudah pasti ada spy-spy dipasang untuk menyekat gerakan Anwar merubah struktur politik Malaysia hari ini.

Justeru kawalan keselamatan semua pemimpin PR perlu disusun, bimbang kemungkinan satu operasi membendung kemaraaan pembangkang berjalan dengan jayanya seperti Operasi Lalang 27 Oktober 1987.

Operasi Lalang atau Weeding Operation; atau Ops Lalang dilancarkan oleh polis Malaysia / Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik 1987.

Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhbar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

Sikap kendur Umno menghadapi arus kebangkitan rakyat bukanlah bererti mustahil peristiwa seumpama itu tidak boleh dicipta semula oleh Umno yang tidak pernah kenal perikemanusiaan itu.

Semua kepimpinan PR perlu bertindak bijak dan berhemah sehingga kejayaan demi kejayaan di perolehi sekaligus hasrat mempastikan BN berada di kerusi pembangkang menjadi realiti sedikit masa lagi.

Tag: ,
, .

Mahathir lagi: Bilakah semua ini akan reda? Pesanan Terakhir Rustam A Sani

Saya benar-benar kagum akan Mahathir, khususnya terhadap kemampuan dan kedegilannya untuk menyatakan pandangannya.

Dia akan terus bertakata-kata, meskipun sudah tidak ada lagi orang yang mau mendengar pandangannya itu – kecuali mungkin beberapa orang yang mau memperalatkannya sebagai sumber “pendapat” bagi maksud tertentu – untuk menyerang Abdullah Badawi, misalnya.

Dan bagi tahap umurnya, tenaga Mahathir memang luar biasa. Suaranya masih lantang, sebutannya masih jelas – meskipun daya ingatannya ternyata sudah kabur (banyak yang tidak diingatnya atau sudah tersalah ingat), daya analisisnya sudah longgar, rasa hormatnya terhadap lojika, etika, maupun kebenaran jelas sudah berkecai.

Namun, bagi saya, apa yang lebih menakjubkan ialah masih banyak antara kita yang masih sanggup mendengar racauannya itu. Oleh itu, bila Mahathir akan diwawancara untuk rancangan “Hard Talk” baru-baru ini saya menjadi kebanjiran dengan pesanan SMS maupun posting blog tentangnya.

Memanglah Mahathir merupakan seorang yang degil, yang tidak puas-puas meracau di mana sahaja. Dia akan berceramah di majlis ceramah anjuran PROWARIS atau bahagian-bahagian Umno yang tertentu, berdebat dalam forum anjuran laman blog MyKMU, ditemuramah oleh Malaysiakini.com, malah menulis kata pengantar untuk buku Dr. Collin Abraham.

Tidak ada sesuatu yang baru dalam apa yang diperkatakannya, namun orang tetap akan mendengar malah melaporkannya kembali di tempat lain, di muka akhbar maupun di laman blog. Tidak ada yang mendalam atau profound dalam analisisnya, namun masih banyak yang menganggap kata-katanya sebagai semacam mutiara ilmu.

Dan inilah yang menakjubkan saya. Apakah yang menarik tentang Mahathir ini: mutiara ilmu yang keluar dari mulutnya atau sekadar personanya? Dan apakah yang menarik tentang persona itu – auranya atau sekadar latarbelakang dirinya yang pernah menjadi ahli politik yang memberontak terhadap establishment Umno tetapi kemudiannya bertukar menjadi establishment itu sendiri yang amat menindas?

Baru-baru ini Mahathir tampaknya telah berhasil pula menjaja misteri dirinya itu ke luar negara. Dia sanggup ditemuramah di ruangan “Hard Talk” BBC yang terkenal kerana soalan-soalan mendalam lagi kasar terhadap sesiapa sahaja – khususnya para pemimpin negara dunia ketiga.

Mahathir memang tahu tentang reputasi rancangan Hard Talk itu, namun naluri dan semangatnya untuk terus berkata-kata itu ternyata tidak akan dapat diredakan. Otot di sekeliling mulutnya yang overdeveloped itu tampaknya tidak akan dapat dilemahkan.

Satu sifat dan sahsiah Mahathir yang asasi sehubungan dengan nalurinya yang mau terus berkata-kata ini ialah sifatnya yang combative – yakni dia akan menyerang bila dia mendapati dirinya terdesak oleh serangan orang lain khusus pihak yang mempersoalkan kredibiliti hujah dan kata-katanya.

Dan apabila Mahathir mulai menyerang, dia akan melakukannya secara dogged (hantam keromo, membujur lalu melintang patah). Bila Mahathir menyerang, maka jelaslah terserlah sifatnya yang samasekali tidak menghormati dan mengendahkan kebenaran, fakta, logika atau malah urutan dan tertib hujah yang siuman.

Saya telah melihat perkara ini berlaku beberapa kali sewaktu Mahathir diwawancara oleh media antarabangsa (Mahathir dalam nada prasangkanya sendiri akan mengatakannya “media barat”).

Beberapa tahun lalu, sewaktu Mahathir ditemuramah oleh Zain Verge dari CNN, bila dia didesak dengan soalan-soalan yang hangat dan pedas, dia akan segera menjadi combative – menuduh sipenemuramah itu sebagai mewakili prasangka “orang putih” yang senantiasa memandang rendah terhadap orang kulit berwarna seperti dirinya.

Hakikat yang tidak diendahkan Mahathir ialah hakikat Zain Verge merupakan seorang wanita keturunan Pakistan yang dibesarkan di Afrika – hanya kulitnya sedikit cerah berbanding Mahathir.

Kali ini sewaktu menghadapi asakan soalan-soalan panas dari Stephen Sackur, hos rancangan Hard Talk ini, huraian Mahathir tentang prasangka orang Barat terhadap orang pribumi kita tampaknya diasaskan pada ikhtisar pandangan beberapa tokoh pegawai penjajah British satu dua abad lalu seperti Swettenham, Winstedt.

Pandangan berprasangka seperti itu sebenarnya sudah tidak kedengaran lagi hari ini, dan malah hujah seperti yang dikemukakan oleh Mahathir itu juga sejak lama sudah tidak digunakan lagi oleh para pembahas dan sarjana anak negeri. Namun demikianlah adanya vintage Mahathir: dia tidak teragak-agak menggunakan hujah dan mauduk dari dua abad lalu untuk memenangi perdebatan hari ini.

Mahathir agak beruntung bila berhadapan dengan para wartawan seperti Zain Verge dan Sackur itu. Mereka ini sebenarnya tidak begitu tahu tentang realiti politik di Malaysia, oleh itu tidak dapat terus bertanya (probing) bila Mahathir memberikan reaksi yang sebenarnya tidaklah seratus peratus tepat.

Huraiannya, misalnya, tentang penyingkiran para hakim, tentang pita V. K. Lingam, tentang keadilan yang diterima Anwar dari sistem kehakiman Malaysia sudah pasti akan mengundang asakan yang malah lebih kuat lagi dari seorang wartawan yang lebih tahu tentang Malaysia berbanding Zain maupun Sackur.

Namun Mahathir, bagi saya, tetap merupakan seorang watak awam yang bijak lagi licik. Dia pandai menggunakan segala macam helah dan permainan citra untuk mempertahankan dirinya dan mengelirukan para pendengarnya. Sebab itulah setiap gerak geri maupun kata-katanya akan menarik perhatian, meskipun tidak terdapat barang seurat ketulusan maupun kebijaksanaan dalam penampilan citra dan cendekianya itu.

Bilakah permainan penampilan dirinya yang penuh helah ini akan reda – demi menjaga kewarasan dan kesehatan minda (mental hygiene) masyarakat kita sendiri?

Tag: ,
, .

Karpal tidak perlu dilayan

Meneliti kecenderungan Pakatan Rakyat (PR), polisi dan perancangannya secara umum, satu sikap kritis anggotanya terhadap yang lain boleh mencetuskan polemik perbincangan umum dan mungkin berlaku retak membawa belah.

Menyentuh isu gagasan negara Islam yang dipolemikkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh agar PAS menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam, bukan suatu yang memeranjatkan kerana pendirian Karpal sudah diketahui sebelum ini.

Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, janggal bagi parti itu untuk meneruskan agendanya tersebut dan pada masa yang bekerjasama dengan dua parti lain dalam Pakatan, PKR dan DAP.

"Walaupun PAS memberi tumpuan kepada agenda Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sebuah negara kebajikan dan memulihkan demokrasi dan urus tadbir yang baik, tetapi ia tetap dengan agendanya untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

"Kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen PAS bagi Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad, pastinya tidak membantu menjayakan perjuangan Pakatan rakyat," kata Karpal lagi.

Kenapa perlunya dunia melihat Islam sebagai alternatif penyelesaian segala masalah termasuk membentuk negara adil dan berkebajikan?

Ini kerana tidak pernah manusia yang berakal waras mempertegaskan bahawa semua ideologi atau ideolgi terpilih berkesan untuk menyelesaikan segala kemelut permasalah hidup mereka selama ini.

Manusia yang jujur dan tidak berselindung kenyataannya di sebalik kepentingan tertentu akur kehancuran dan kebangkrapan ideologi manusia.

Kapitalisme hanya menompokkan kekayaan di sekeliling orang yang sudah kaya. Komunisme merampas hak orang berada dan kaya untuk memiliki kekayaan dan harta benda sekaligus menafikan manusia perlu kepada hubungannya dengan Tuhan kerana fahaman ini anti Tuhan. Liberalisme mewujudkan ramai golongan hipokrit di kalangan manusia.

Begitu juga dengan fahaman agama-agama yang tidak perlu disebut satu persatu telah gagal membentuk dan melahirkan manusia yang bertamaddun roh dan jasad selama ini.

Tanpa Islam dilaksanakan, kehancuran dan kehaiwanan manusia bertakhta di seluruh dunia. Bumi menghadapi ancaman kemusnahan akibat manusia enggan mengakui dari segi praktisnya bahawa semua ideologi ciptaan manusia gagal menyelesaikan masalah mereka selama ini.

Tidak ada seorang manusiapun boleh mencabar kebenaran ini. Jika sebaliknya penulis ingin mencabar siapa sahaja supaya membuktikan Islam gagal menyelesaikan masalah manusia.

Turut dicabar, ciptakan suatu tiori dan praktisnya lebih baik dari kandungan al-Quran yang menjadi dasar keseluruhan ajaran Islam itu sendiri.

Sehingga bila-bila masa pun tidak ada manusia yang bergelar pakar atau cendekiawan yang sanggup menyahut cabaran ini.

Justeru, tidak usah cuba bermain sentimen dalam masalah ini kerana meniupkan sentimen bebal dengan menghentam gagasan negara Islam boleh menghodoh dan meruntuhkan maruah ilmu diri sendiri.

Tag: ,
, .

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising