Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, April 23, 2008

Mengenang Ahmad di Pulau Redang

Saya mahu mengimbau kembali tugasan saya di Pulau Redang ketika lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sejurus kemenangan Barisan Nasional (BN) menguasai Terengganu dalam pilihan raya umum ke 10 tahun 2004.

Pada 3 Mei tahun tersebut Abdullah Melawat Pulau Redang untuk merasmikan Landasan Lapangan Terbang, pulau tersohor itu. Tan Sri Vincent Tan turut hadir kerana beliau dikatakan memiliki saham besar dalam industeri pelancongan di pulau tersebut dengan membina sebuah resort di situ.

Sebagai wartawan dan juru gambar video ketika itu, saya telah dipanggil oleh seorang rakan pegawai kerajaan bertanyakan atas kapasiti apa saya datang ke majlis perasmian tersebut.

Saya sebenarnya menjalankan tugas sebagai juru gambar video sebuah syarikat fotografi di bandar Kuala Terengganu, untuk mempastikan gambar video berkenaan disampaikan kepada Abdullah dan Tan Sri Vicent untuk maklumat dan simpanan mereka.

Pegawai kerajaan berkenaan akur dengan penjelasan saya tersebut. Ketika pertemuan saya itu, saya perhatikan terdapat ramai ahli-ahli exco yang berbual-bual di sebuah resort di pulau itu termasuk Dato' Ahmad Said ( ketika itu belum bergelar Dato').

Beliau menyinggung saya dengan dakwaan bahawa kerana wang saya menjalankan kerja berkenaan.

Memang diakui ada kalanya kita terpaksa bekerja untuk mencari wang dengan kerja-kerja yang tidak menyalahi undang-undang dan ada kalanya kita perlu bertugas sukarela bagi kebaikan umum.

Saya mahu menceritakan di sini bahawa Ahmad ketika itu, seperti exco kerajaan lain tidaklah menjangkakan bahawa berlakunya pergolakan politik hebat di negeri Terengganu seperti sekarang dan ditakdirkan beliau menjadi menteri besar. Siapa sangka ketika itu berlaku pergolakan politik seperti ini di negeri tersebut?

Beliau berbual lebih kedepan secara ramah mesra dan kritis terhadap tugasan saya ketika itu maklumlah saya tidaklah mempunyai pekerjaan tetap sehingga sekarang pun. Saya lebih bebas berkerja seperti sekarang kerana tidak terikat dengan mana-mana pihak, tidak seperti saya bekerja dengan kerajaan Terengganu dahulu sebagai Penerbit Siaran Darul Iman dan Pengarang Warta Darul Iman, merupakan dua institusi media kerajaan itu di bawah Kerajaan PAS.

Kini insitusi itu telah bertukar menjadi Unit Komunikasi (UKOM) yang dipercayai berfungsi untuk menjalankan kerja-kerja biasa sebagai sebuah media kerajaan dan juga BN.

Bagaimanapun agak menghairankan UKOM dikatakan tidak begitu menyiarkan maklumat tentang kerajaan baru di bawah Ahmad terutamanya kes tuntutan royalti minyak Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Pusat.

Hari ini saya cuba selidiki portal kerajaan Terengganu dan isu berkenaan tidak menjadi topik terbaru di 'line up' portal tersebut.

Apakah petugas di UKOM yang kebanyakannya saya kenal mereka, bukan petugas Ahmad tetapi petugas bekas menteri besar yang lalu Dato' Seri Idris Jusoh?

Memmang benar kebanyakan mereka dilantik di zaman bekas menteri besar tersebut. Apakah unit itu masih dikawal oleh Idris, tidak dipastikan lagi kebenarannya.

Bagaimanapun perkembangan yang berlaku semacam ada sesuatu tidak kena terhadap unit berkenaan apabila tidak segera bertindak balas terhadap isu yang dilontarkan Ahmad berkenaan dengan royalti minyak baru-baru ini.

Apakah berlaku perubahan petugas di unit tersebut di masa yang terdekat saya kurang selidik. Kita tunggu dan lihat perkembangan selanjut.

Bagaimanapun ia bukanlah suatu isu yang besar untuk disentuh tetapi tindakan tidak menyiarkan tuntutan Ahmad itu semacam ada sesuatu yang tidak kena di bahagian media kerajaan negeri di saat semua media menyiarkannya.

Terbaru media melaporkan bahawa Ahmad akan menemui perdana menteri untuk membincangkan tuntutan royalti minyak berkenaan. Ia suatu tindakan yang baik dan adalah diharapkan royalti berkenaan dapat dikembalikan semula kepada rakyat dan kerajaan negeri Terengganu.

Tag: ,
, .






Di Sebalik Tabir





[sebalik_tabir.jpg]



Tag: ,
,

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising