Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, April 20, 2008

Ahmad minta royalti minyak Terengganu dikembalikan

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said menyinggung soal perlunya dikembalikan royalti petroleum dan gas sebanyak lima peratus kepada negeri itu selepas dirompak Umno di zaman PAS memerintah negeri tersebut (1999-2004).

Difahamkan, Kerajaan negeri bawah menteri besar Dato' Seri Idris Jusoh, selepas merampas kembali Terengganu dalam pilihanraya umum 2004, menarik balik tindakan saman yang difailkan oleh pentadbiran PAS.

Jika benar maklumat ini, sepatutnya sudah tidak ada 'politiking' antara kerajaan Terengganu dengan kerajaan Pusat kerana kedua-duanya adalah kerajaan BN. Jika Sabah dan Sarawak mendapat royalti kenapa Terengganu tidak?

Bagaimanapun PAS sejak royalti itu dirampas tidak pernah berhenti-henti untuk memperjuangkan hak rakyat itu dikembalikan ke kantong Kewangan Negeri Terengganu.

Pesuruhjaya PAS negeri itu, Dato' Haji Mustafa Ali dalam banyak ucapannya dan kenyataan akhbar berulang kali menyebut perlunya wang royalti petroleum dikembalikan kepada Kerajaan Terengganu.

Tindakan menuntut di mahkamah dibuat oleh Kerajaan PAS dahulupun adalah satu usaha untuk tujuan tersebut. Tetapi permainan politik kotor dan jahat Umno menghalang ia diselesaikan dengan segara kes itu semasa PAS masih lagi memerintah negeri itu dahulu.

Ini bertujuan menghalang kerajaan PAS dari menggunakan wang tersebut bagi pembangunan dan kebajikan rakyat negeri Terengganu sekaligus menghalang kerajaan itu terus memerintah negeri Terengganu.

Dalam satu Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur, tidak lama dahulu suara dari perwakilan Terengganu mencadangkan rompakan royalti itu. Ia dipersetujui oleh Umno.

Pada awalnya Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (sekarang bergelar Tun) mengakui secara lisan kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa royalti petroleum dan gas akan terus diberikan kepada kerajaan negeri itu namun ia berlaku sebaliknya.

Ini kerana Umno Terengganu menyifatkan bahaya wang royalti minyak diserahkan kepada PAS sebab ia didakwa boleh memperkasakan kerajaan PAS untuk melaksanakan projek pembangunan dan kebajikan untuk rakyat negeri itu. Akibatnya BN beranggapan parti itu tidak lagi berupaya memerintah semula negeri tersebut.

Bagaimanapun Kerajaan PAS berkesempatan mendapat royalti berkenaan di awal tahun pemerintahannya, ia itu sebanyak tidak kurang dari RM400 juta. Selepas itu Kerajaan Pusat gagal menyerahkan wang berkenaan kepada negeri Terengganu.

Kemudian Kerajaan Terengganu mengambil tindakan mahkamah untuk mengembalikan semula wang tersebut.

Sementara itu Al-Marhum Datuk Fadzil Mohd Noor, sebagai Ketua Pembangkang dalam Ucapan Perbahasan Belanjawan di Parlimen yang bertajuk Belanjawan Tanpa Arah Yang belum Siap, pada 30 Oktober 2000 menyebut bahawa Menteri Kewangan ketika itu (Tun Dr. Mahathir) cuba berbohong dalam parlimen apabila menyamakan royalti minyak kepunyaan Terengganu dengan wang ehsan yang entah dari mana datangnya.

Katanya, Rakyat telah melihat sendiri isi perjanjian antara Petronas dengan KerajaanTerengganu.

"Kita juga telah membaca sendiri siri ucapan pemimpin negara
dalam Parlimen pada masa lalu yang dicatit dalam hansard Parlimen, yang
mengakui bahawa bayaran tunai kepada kerajaan Terengganu oleh Petronas
adalah bayaran royalti.

"Tetapi Perdana Menteri cuba mengenepikan isu ini
dengan menyamakan kedua-dua terminologi ini, malah mengambil sikap tidak
menghiraukan perbedaan kedua-duanya," jelas beliau.

Menurut Datuk Fadzil, inilah sikap angkuh dan sombong yang menganggap rakyat jahil dalam memahami isu ini.

"Ada pula Menteri yang menganggap perjanjian-perjanjian tersebut
sebagai MoU saja. Ini lagi karut," ujarnya

Beliau berkata, pengumuman kerajaan untuk tidak membayar wang royalti minyak sebanyak 5 peratus secara tunai yang telah jelas termeterai dalam satu perjanjian di antara kerajaan Negeri Terengganu dan Petronas pada 22 Mac 1975 adalah amat merosakkan imej kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab sekaligus mencemarkan nama baik imej syarikat gergasi negara iaitu Petronas.

Pelanggaran ini serentak membawa erti bahawa nasib yang sama mungkin sahaja boleh berlaku kepada mana-mana pihak yang membuat perjanjian dengan pihak kerajaan atau syarikat syarikat besar kepunyaan kerajaan, yang boleh sahaja dimansuhkan dengan pengarahan dari pihak kerajaan.

Sudah ada laporan dalam media antarabangsa bahawa syarikat asing takut untuk mencuba nasib di negara ini melihat kepada kerenah pemimpin yang tidak beramanah ini.

Katanya, sifat berpegang kepada janji ini adalah sifat penting yang dianjurkan oleh Islam.

Orang yang memungkiri janji telah melakukan dosa besar. Antara
tanda-tanda besar golongan munafik ialah berdusta dan mungkir janji.

"Saya tidak terkejut jika pemimpin BN tidak mengambil kira pandangan Islam dalam hal ini kerana mereka terlalu marah apabila kalah besar di Terengganu.

"Insaflah BN. Kerajaan perlu sedar dan insaf bahawa perkara seumpama ini
secara langsung memberi kesan ke atas prestasi ekonomi dan usaha untuk
membaik-pulih imej negara di mata dunia perniagaan antarabangsa," katanya.

Sekaligus satu dosa yang agak besar juga telah dibuat oleh Umno terhadap rakyat dan kerajaan PAS dengan peristiwa rompakan royalti petroleum itu. Ia dilihat satu serangan jahat Umno terhadap PAS yang tidak akan terpadam selama-lamanya dalam lipatan sejarah.

Ia bukan satu tindakan politik biasa tetapi suatu tindakan politik jahat Umno terhadap PAS yang tidak boleh dilupakan buat selama-lamanya.

Sementara itu Bernama melaporkan Datuk Ahmad meminta Kerajaan Persekutuan supaya menyerahkan kembali pengurusan wang royalti minyak atau yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata sudah tiba masanya wang royalti minyak sebanyak lima peratus, yang ditarik balik semasa PAS memerintah Terengganu pada tahun 2000 dan kemudiannya digantikan dengan DKKP, diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri bagi membolehkan lebih banyak projek pembangunan dijalankan untuk rakyat di negeri ini.

"Kita berharap bahawa kalau boleh Kerajaan Pusat kembalikan royalti itu, kita cakap terus teranglah...tidak boleh selindung lagi. Kita mengharapkan duit (royalti) dapat kepada kita," katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Terengganu semalam.

Selepas PAS mengambil alih pemerintahan di Terengganu apabila memenangi pilihan raya umum 1999, Kementerian Kewangan pada 5 Sept 2000 mengumumkan menggantikan bayaran royalti sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu dengan program wang ehsan yang disalurkan terus kepada rakyat menerusi projek pembangunan, dan tidak lagi disalurkan melalui kerajaan negeri.

Mengulas lanjut Ahmad berkata, sejak DKKP diperkenalkan semua projek yang menggunakan dana itu disalurkan terus kepada kementerian yang melaksanakannya tanpa merujuk kepada kerajaan negeri menyebabkan banyak projek yang dilaksanakan gagal memberi impak kerana tidak mengambil kira keperluan rakyat.

"Ada projek yang kita rancang... kita akui. Tetapi ada projek yang kita tidak rancang. Tiba-tiba sahaja kita dengar ada projek yang kita dapat.

Buat jalan dalam hutan dengan kos hingga RM50 juta hingga RM60 juta. Kita hanya mengetahui tentang projek itu apabila ia mempunyai masalah seperti tanah ditarik balik dan sebagainya.

"Ini yang menjadi masalah... sebab terlalu banyak pihak yang menguruskan wang royalti kerana ia adalah wang ehsan. Mereka menggunakan wang kita, jadi apabila kementerian yang buat ia adalah berasaskan kepentingan kementerian semata-mata tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak rakyat Terengganu.

"Ini menimbulkan masalah kepada kerajaan negeri. Saya cakap terus terang ada sesetengah projek yang saya sendiri secara peribadi tidak berpuas hati kerana dengan kos yang tinggi, tidak memberi keutamaan kepada rakyat sebaliknya orang lain tentukan bukan kita, sedangkan kita tuan rumah," katanya.

Ahmad berkata jika Kerajaan Pusat menyerahkan kembali hak pengurusan DKKP, ia akan memudahkan kerajaan Terengganu membuat perancangan tentang projek pembangunan yang hendak dilaksanakan berbanding keadaan sekarang yang memerlukan permohonan dikemukakan terlebih dahulu.

Katanya kerajaan negeri mempunyai keutamaan sendiri dalam menentukan projek yang harus dilaksanakan terlebih dahulu dan jika wang itu ada pada kerajaan negeri, bajet dan perancangan akan menjadi lebih mudah.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising