Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, April 17, 2008

BN iniaya Pemilik Kilang Kicap Perak

Thursday, 17 April 2008

(Bernama) - Kerajaan negeri Perak membatalkan kelulusan tanah bernilai tinggi seluas 2.29 ekar yang telah diberikan kepada sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) selepas mendapati terdapat unsur penganiayaan dan kejanggalan dalam kelulusan tanah berkenaan.

Menteri Besar, Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kelulusan yang dibuat oleh kerajaan negeri sebelum ini berunsur penganiayaan kerana tanah berkenaan telah didiami sejak 1953 oleh sebuah pengusaha kilang kicap yang telah lama membuat permohonan ke atas tanah berkenaan.

"Tanah seluas 2.29 ekar di Pasir Pinji (Ipoh) telah digunakan oleh sebuah kilang kicap sejak sebelum merdeka, malangnya sebuah parti politik telah membuat permohonan baru-baru ini dan mendapat kelulusan...ini satu penganiayaan kepada pengusaha kilang yang menduduki lama," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, Rabu.

Nizar berkata kerajaan negeri akan meminta pengusaha berkenaan mengemukakan permohonan semula melalui Pejabat Tanah dan Galian dan permohonan itu akan diproses bagi kelulusan.

"Sudah jelas pengusaha sudah lama menduduki (tanah) dan kerajaan negeri menyiasat kes itu selepas menerima aduan rasmi...didapati banyak kejanggalan yang perlu diperbetulkan dan ada unsur penganiayaan, jadi kita batalkan kelulusan yang diberikan (kepada parti politik)," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nizar berkata mesyuarat berkenaan juga turut meluluskan kadar cukai tanah RM1 setahun kepada lebih 100 buah sekolah yang tidak mendapat bantuan penuh kerajaan iaitu SRJK dan SMJK (C) dan SMJK (T), sekolah swasta dan sekolah agama.

Menteri Besar juga berkata kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) supaya memperuntukkan masa siaran (airtime) selama sejam setiap hari melalui stesen radio Perak FM kepada kerajaan negeri.

"Kita dengan rendah diri memohon diberikan masa sejam untuk kita utarakan hasrat dan perancangan kerajaan negeri kepada rakyat," katanya.

Nizar sementara itu berkata kerajaan negeri akan meminta kerajaan persekutuan supaya meneruskan semua projek mega yang telah dirancang di Perak kerana tindakan memberhentikannnya akan menimbulkan kebimbangan kepada para pelabur dan rakyat.

Beliau berkata kesediaan Perdana, Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerima kunjungannya di Putrajaya, Jumaat ini akan memberi peluang kepadanya menyatakan bahawa kerajaan negeri Perak akan meneruskan semua dasar persekutuan yang baik membabitkan bidang seperti kewangan, ekonomi serta sosial.

"Adalah penting kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan persekutuan mempunyai hubungan dua hala yang baik kerana ia membawa kebaikan kepada negeri dan negara," katanya.

Lim Guan Eng, antara panel forum 'Islam yang Adil' anjuran PUM Johor

Harakahdaily
Thu | Apr 17, 08 | 3:39:18 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 April (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama dengan tiga lagi Menteri Besar iaitu Mohammad Nizar Jamaluddin (Perak), Dato' Ahmad Said (Terengganu), Dato' Abdul Ghani Othman (Johor) akan dijemput menjadi ahli panel dalam program forum 'Islam yang Adil'.

Forum anjuran Jawatankuasa Persatuan Ulama Malaysia (Pum) cawangan Johor itu akan diadakan di Dataran Dewan Undangan Skudai Johor Bahru pada 11 Mei depan.

Selain menteri besar dan ketua menteri tersebut turut dijemput adalah Yang di-Pertua PUM, Dato' Abdul Halim Abdul Kadir dan Presiden Teras, Azmi Abdul Hamid.

Forum tersebut akan dipengerusi penasihat PUM Johor, Ustaz Haron Tahir.

Menurut Pengarah program PUM Johor, Awwaluddin Juffery dalam satu kenyataannya, program itu diadakan sempena Maulidur Rasul 1429 Hijrah.

Katanya, pada sebelah malam pula penganjur yang sama akan mengadakan program ceramah bertempat di Jalan Dewata/Jalan Dato' Mohd said Sulaiman, Larkin Jaya, Johor Baharu.

Antara penceramah yang diundang dalam program tersebut ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahril Samad bagi mewakili Barisan Nasional dan wakil Pakatan Rakyat pula diwakili Prof Dato' Dr Haji Mahfodz Mohamed.

Surat bantahan PAS kepada kerajaan Mesir

Presiden PAS
Thu | Apr 17, 08 | 2:17:32 pm MYT

His Excellency Hani Abdel Kader Ahmed Shash
Ambassador
Embassy of the Arab Republic of Egypt
No 28 Lingkungan U Thant Off Jalan U Thant 55000 Kuala Lumpur

Fax no: +603-4257 3515

Your Excellency,

RE:UNJUST PRISON TERMS FOR KHAIRAT AL-SHATER AND OTHER MUSLIM BROTHERHOOD DEFENDANTS

I am deeply concerned about the unjust prison term of seven years which has been given to Khairat Al-Shater, third-in-command at Muslim Brotherhood (MB), in the trial verdict announced on 15 April 2008 in Egypt. Several of his co-defendants have also been sentenced to prison terms of between three to ten years.

I am shocked at this blatant disregard of justice and human right values that has been demonstrated by your country with regards to MB political activists in the past year. Mr Al-Shater and the other detained MB leaders, known in the Egyptian society for their good standing and reputable position, were arrested over accusations which they completely denied and denounced. They were subjected to trumped-up charges of terrorism, money-laundering and financing a banned organization with little or no evidence to substantiate these claims. This is evident from the fact that a civilian court absolved them of all charges, declared them to be innocent and ordered their release. However, they were re-arrested to be tried in a military court for non—military related charges. Their financial assets were ordered to be frozen. Many injustices and breaches of international human rights standards were reported throughout this trial.

Now, after spending over a year in prison, these innocent civilians have been given prison sentences for no apparent reason other than the fact that they used their right to freedom of speech and freedom of association to denounce the unjust practices of the current Egyptian government.

Your country is a state party to the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR), and is obliged to provide freedom of expression and association to its civilians and uphold the rights of the detainees. Yet, in this case Egypt has sadly shown complete disregard for its international covenants.

I urge you to ensure that all MB detainees, who have been handed down prison terms, are immediately released and are allowed their right to peacefully express their political opinions and interests.

I look forward to an early reply.

Yours sincerely,

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
President
Islamic Party of Malaysia

MB Perak akan bertemu Perdana Menteri esok

IPOH, 17 April - Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin akan bertemu dan berbincang dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya esok, 18 April.

Pertemuan tersebut adalah untuk merapatkan hubungan di antara pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat Perak dengan Perdana Menteri daripada parti Umno-BN yang memerintah Malaysia.

Beliau menyatakan demikian dalam satu sidang akhbar petang semalam selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini.

"Walaupun program lawatan tersebut agak ganjil pada pandangan umum tetapi demi kepentingan rakyat dan negara maka ia dianggap penting dan perlu dilakukan," katanya.

"Dalam perjumpaan itu nanti saya akan menggunakan sepenuhnya masa yang diberikan oleh Perdana Menteri untuk menceritakan berkenaan dengan kerjasama dua hala supaya kita dapat menunjukkan keakraban di antara kerajaan Pakatan Rakyat Perak dengan Kerajaan Persekutuan dalam," katanya lagi. Image

Katanya, untuk itu beliau akan menggunakan ruang yang ada supaya kerjasama yang akan terjalin itu akan dapat memastikan kerajaan Perak hari ini dapat meneruskan perlaksanaan dasar-dasar positif yang telah direncanakan pada peringkat Persekutuan di mana kita akan bersetuju untuk diteruskan projek berkenaan.

"Sama ada dasar kewangannya, mahupun pembangunan ekonomi, pendidikan dan sosial, ia akan diterima untuk diteruskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat termasuk untuk menarik para pelabur-pelabur ke negeri ini.

"Ia termasuk projek mega NCER (North Economic Region), kita akan berikan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan apa saja program jika ia bertepatan dan menguntungkan kehidupan semua rakyat di sini," katanya. - Harakahdaily.net

Undurlah Pak Lah-Umno Selangor

Desakan terbaru meminta Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno mula lantang di Selangor selepas Johor, Pulau Pinang dan Kedah.

Walaupun Pak Lah berkata, beliau tetap mahu bertanding jawatan Presiden Umno Disember ini, desakan ahli Umno negeri itu agak lantang kerana selagi Pak Lah masih bertahan pada kedudukan parti dan kerajaan yang sedia ada, dipercayai selagi itu ada desakan berundur dibuat oleh ahli-ahli Umno.

Kain-kain rentang yang menggesa Abdullah menyerahkan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak digantung di luar kawasan sebuah hotel di Subang Jaya yang menjadi tempat perjumpaan jawatankuasa pengurusan Umno, dengan ketua-ketua bahagian di negeri berkenaan baru-baru ini.

Kain rentang tersebut yang dipasang oleh gabungan ahli Umno Selangor, dengan jelas menyuarakan sokongan mereka supaya Najib mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan.

Mereka juga menyatakan sokongan kepada naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk jawatan nombor dua kerajaan dan parti.

Salah satu kain rentang tersebut berbunyi "kami sayangkan Pak Lah tetapi kami lebih sayangkan Umno".

Manakala yang satu lagi berbunyi "segerakan peralihan kuasa! Datuk Seri Najib - presiden, Tan Sri Muhyiddin - timbalan presiden".

Persoalannya sekarang ialah konfidenkah rakyat dengan gantian ini sehingga boleh mengurus negara dengan baik atau hanya untuk cuba memulihkan kelemahan parti selepas Pakatan Rakyat (PR) berjaya menafikan dua pertiga penguasaan Barisan Nasional (BN) dalam parlimen?

Sebenarnya tradisi politik Umno perlu diubah bukan sahaja pemimpinnya. Kewibawaan pemimpin-pemimpinnya sudah tercemar dengan pelbagai skendal dan rakyat akan memandang jijik skendal mereka jika didedahkan kepada umum.

Jika Najib menggantikan Pak Lah dipercayai skendal yang mengelilinginya akan didedahkan semula secara terbuka oleh media membabitkan penyelewengan pemberian barangan keperluan Kementerian Pertahanan dan lain-lain.

Apakah Najib juga mempunyai skendal salah laku seks? Khabar angin sebelum ini mendakwa Najib ada terlibat dengan kes seumpama itu.

Apakah rakyat mahu menerima insan yang didakwa terbabit dengan skendal seks atau salah laku moral ini menjadi perdana menteri?

Sudah tentu selepas mereka membuat perubahan besar dalam pilihan raya umum lalu sehingga berjaya menawan enam wilayah termasuk negeri Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Wilayah Persekutuan, soal manusia bermoral menjadi pemimpin perlu diberi perhatian demi kesejahteraan rakyat seluruhnya.

Mereka perlu mengambil iktibar bagaimana rakyat Amerika Syarikat (AS) menangani isu sedemikian rupa. Mereka akan mendedahkan skendal seks dan rasuah calon-calon Dewan Senat dan Calon Presiden sekiranya mereka terbabit dengan skendal berkenaan sekaligus calon-calon terbabit sanggup menarik diri dari terus berkempen mempertahankan diri sebagai calon tersebut.

Apakah rakyat AS lebih baik dari rakyat Malaysia? Sudah tentu semua faktor ini akan diambil kira oleh rakyat dalam menentukan kepimpinan negara di masa depan untuk melihat jenayah seksual tidak dipelupuri oleh pemimpin sendiri dalam tindak tanduk mereka.

Penulis tidak mahu menuduh Najib ada terbabit dalam kes sedemikain rupa selagi tidak ada bukti yang sahih pembabitannya. Mungkin kesahihannya sama seperti skendal seks bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dahulu. Ia terbukti apabila beliau sendiri mengakui terbabit dengan kes salah laku seks dengan seorang perempuan dikatakan sebagai kawan lama beliau di sebuah hotel di Johor.

Ringkasnya, apa yang dinyatakan dalam kain pemidang Umno di Selangor itu dipercayai adalah kehendak ahli Umno negeri itu.

Ianya tidak membabitkan rakyat Malaysia keseluruhannya. Perubahan dalam Umno secara drastik ketika parti itu masih ditapuk kekuasaan negara mungkin boleh mengukuhkan kedudukan Umno dan BN atau mungkin berlaku sebaliknya.

Sifir politik bukan boleh dibaca seperti sifir matematik. Pergolakan dalaman Umno perlu juga rakyat memberi perhatian agar mereka tidak tersilap langkah memilih parti dan pemimpin sehingga BN dengan tradisi pecah dan perintahnya memusnahkan harapan baru untuk Malaysia.

Rakyat mahu melihat perubahan berlaku dalam struktur politik, sosial dan ekanomi negara di bawah suara baru PR bukan di bawah BN atau Umno.

Umno tidak akan berubah menjadi parti pembela nasib Melayu dalam masa terdekat kerana parti itu telah melukai hati orang Melayu sejak 50 tahun lalu.

Rakyat sudah kenal hipokritnya pemimpin Umno selama ini. Mereka mendekati rakyat dengan tujuan tertentu dan tidak ikhlas bukan sebenarnya mahu membela nasib rakyat.

Sebab itulah Melayu terus terpinggir di bawah BN selama parti itu memerintah negara. Begitu juga dengan bangsa-bangsa lain. -(SUHAIMI TAIB)

Presiden PAS ucap terima kasih kepada semua pihak yang prihatin

Harakahdaily
Thu | Apr 17, 08 | 10:12:34 am MYT

MARANG, 17 April - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan perhatian kepadanya sewaktu mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu baru-baru ini.

Beliau yang mula dirawat di HSNZ sejak 9 April lalu mengucapkan terima kasih khususnya kepada pihak hospital yang telah memberikan rawatan dan kepakaran sepenuhnya sehingga angin ahmar ringan yang dihidapi beransur pulih.

Ahli Parlimen Marang itu menambah, beliau akan mematuhi nasihat doktor supaya berehat secukupnya agar kembali pulih untuk menjalankan tugas seperti biasa.

"Saya mestilah mematuhi nasihat itu supaya berehat," ujarnya pada sidang media yang diadakan di kediamannya di Kampung Rusila, petang semalam.

Beliau yang keluar dari HSNZ sejak semalam turut mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan, istana, rakyat, media, badan bukan kerajaan (NGO) dalam dan luar negara yang memberikan perhatian terhadap kesihatannya.

Katanya, sewaktu berada di HSNZ selama seminggu itu, beliau mengikuti perkembangan politik yang berlaku dalam dan luar negara melalui media termasuk internet.

Tambahnya, disebabkan masalah kesihatan yang dialami itu belum pulih sepenuhnya, beliau terus mendapat rawatan dengan mengambil ubat dan membuat rujukan dengan pihak hospital.

Bagaimanapun, beliau yang juga Adun Ru Rendang berkata, tidak timbul soal mencari pengganti buat masa ini kerana aktiviti PAS terus berjalan seperti biasa sementara tugasnya dilaksanakan oleh pemimpin PAS yang lain termasuk timbalan presiden dan naib-naib presiden.

Geng Pak Lah jawab, hentam musuh politik


Dua akhbar harian melalui lidah pengarang masing-masing menggesa para pemimpin BN "membantu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memenuhi segala janji kepada rakyat".


Lidah pengarang di muka depan Berita Harian dan New Straits Times hari ini juga turut mengkritik ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan mantan menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Penerbitan editorial itu - jarang-jarang berlaku - dipercayai sebagai menjawab desakan demi desakan yang semakin popular meminta Abdullah melepaskan segera jawatan perdana menteri dan presiden Umno.

Sejak Umno Johor mengemukakan cadangan "pelan peralihan" kuasa Abdullah kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak minggu lalu, suara desakan malah bertambah lantang.

Mereka meminta pelan penggantian kepemimpinan itu disegerakan.

Menjawab goncangan akibat keresahan akar umbi Umno itu, kedua-dua lidah pengarang akhbar bawah Kumpulan NSTP itu menyatakan "tidak adil untuk menyalahkan beliau (Abdullah) semata-mata.

"Perdana menteri memang mempunyai kelemahan dan kita juga akui beberapa janji BN pada pilihan raya umum 2004, tidak beliau penuhi. Sehingga kini pun, beliau tidak pernah menafikan bertanggungjawab."
Selepas pertemuan dengan badan perhubungan Johor, Jumaat lepas, Abdullah mengakui secara terbuka bahawa beliau daripada punca-punca penyebab BN kalah teruk.

Akhbar Berita Harian, senada dengan New Straits Times, menulis: "Tetapi apakah barisan kepemimpinan Umno seluruhnya harus bebas daripada turut sama dipertanggungjawabkan?

"Bukankah mereka juga sebelumnya tidak melakukan apa-apa terhadap keterlanjuran beberapa pemimpin dalam Majlis Tertinggi Umno? Jawapannya ialah mereka bersama-sama bertanggungjawab tetapi memilih untuk Abdullah seorang dipersalahkan."

Kedua-dua harian itu melanjutkan hujah mereka: "pemimpin BN terutama dari Umno masih lagi saling menuding jari."

Ia juga menyatakan: "Dengan mandat yang diberi untuk kembali berkhidmat kepada rakyat - walaupun kurang lapan kerusi daripada majoriti dihajati - BN seharusnya sudah mengorak langkah untuk memenuhi segala janji pilihan raya dengan matlamat menarik semula sokongan mereka lima tahun lagi.

"Malangnya, apa yang berlaku sejak 8 Mac lalu ialah pemimpin BN, khususnya di kalangan Umno, bercakaran sesama sendiri.

"Saban hari kedengaran tuduh menuduh di kalangan pemimpin Umno dan masing-masing cuba menyalahkan orang lain sebagai punca kemerosotan teruk BN pada pilihan raya umum lalu."

Dua lidah pengarang itu, daripada syarikat media yang mewakili kepentingan perdana menteri, dipercayai disediakan oleh pihak yang sama dan edisi berbahasa Melayu diterjemahkan daripada bahasa asal.

Ia menimbulkan tanda tanya selepas akhbar berbahasa Inggeris itu semalam menyiarkan sekeping foto penuh makna tersirat - Najib kelihatan sedang tersenyum nakal dan menjeling tajam di belakang Abdullah dengan tajuk utama 'I'll defend my post - says Abdullah' (saya akan pertahankan jawatan - kata Abdullah).

Tajuk itu pula diikuti keterangan "Abdullah will face any challenge for the post of Umno president in party elections in December. It's not yet time for Abdullah to step aside in favour of his deputy Najib."

(Abdullah sedia menerima cabaran untuk jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti pada Disember. Belum tiba masanya Abdullah berundur untuk memberi laluan kepada Najib)

Berita Harian seterusnya menyatakan: "Ada yang mahu Abdullah seorang saja bertanggungjawab atas kekalahan (pilihanraya umum 8 Mac) itu sedangkan mereka terlepas daripada tanggungjawab itu.

"Mereka seolah-olah cuba menafikan hakikat bahawa kebencian sebahagian pengundi kepada BN dan Umno yang berputik sejak sekian lama, disuburkan oleh tindak-tanduk mereka sendiri sehingga menghasilkan buah busuk pada pilihan raya umum lalu."

Tindak-tanduk yang dimaksudkan itu termasuklah upacara menghunuskan keris oleh Hishammuddin di persidangan agung Pemuda yang "mengguris hati masyarakat bukan Melayu sehingga pengundi Cina tidak mengundi BN", merobohkan kuil di Selangor dan Dr Mohamad Khir menghadiahkan penyapu kepada kakitangan awam sehingga "menyebabkan ramai kakitangan awam dan pengundi Melayu mengundi pembangkang sehingga negeri itu kini bertukar kerajaan."

Seperti dakwaan Abdullah tentang kewujudan sabotaj yang meluas dalam Umno, akhbar-akhbar itu juga mengulangi hujah yang sama.

"Sabotaj di kalangan pemimpin Umno sendiri turut mengubah keputusan pilihan raya umum lalu. Berapa ramai ketua bahagian dan bekas wakil rakyat yang tidak terpilih semula sebagai calon, dilaporkan berkempen untuk mengalahkan calon parti sendiri.

"Malah ada ketua bahagian yang tidak mengagihkan peruntukan kempen pilihan raya kepada jentera parti kerana mahu menyimpannya untuk kempen pemilihan Umno, menyebabkan penyokong akar umbi marah sehingga berlaku sabotaj," lidah pengarang itu dipetik.

Akhbar dalam kumpulan Media Prima, gabungan media terbesar di Malaysia yang dikaitkan dengan kumpulan penyokong setia Abdullah, berkata lagi:

"Apapun rentetannya nanti, pengunduran Abdullah tidak mungkin dapat menyelesaikan semua masalah. Segala-galanya tidak akan menjadi serba harum dengan hanya seorang dijadikan korban.

"Sama ada disukai atau tidak, ahli Umno di segenap peringkat harus sama-sama memikul tanggung jawab di atas apa saja daripada kekurangan, kelemahan, keangkuhan mahupun keterlanjuran yang membuat pengundi menolak mereka.

"Rakyat sebenarnya mengharapkan perubahan dan tindakan, bukannya keasyikan Umno untuk terus berbalah sesama sendiri."-Malaysiakini.com

Selangor turut desak PM undur

Gelombang desakan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur segera daripada jawatan perdana menteri dan presiden Umno nampaknya berterusan ke Selangor.

Negeri itu termasuk antara empat negeri yang kini ditadbir barisan pembangkang - PKR, PAS dan DAP - selepas pilihanraya umum 8 Mac.

Dalam pilihanraya tersebut, barisan pembangkang memenangi 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala BN hanya mampu mempertahankan 20 kerusi DUN sahaja.

Pembangkang juga berjaya merampas 17 daripada 22 kerusi parlimen di Selangor.

Kain-kain rentang yang menggesa Abdullah menyerahkan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak digantung di luar kawasan sebuah hotel di Subang Jaya yang menjadi tempat perjumpaan jawatankuasa pengurusan Umno, dengan ketua-ketua bahagian di negeri berkenaan.

Kain rentang tersebut yang dipasang oleh gabungan ahli Umno Selangor, dengan jelas menyuarakan sokongan mereka supaya Najib mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan.

Mereka juga menyatakan sokongan kepada naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk jawatan nombor dua kerajaan dan parti.

Salah satu kain rentang tersebut berbunyi "kami sayangkan Pak Lah tetapi kami lebih sayangkan Umno".

Manakala yang satu lagi berbunyi "segerakan peralihan kuasa! Datuk Seri Najib - presiden, Tan Sri Muhyiddin - timbalan presiden".

Peralihan kuasa

Seperti di Kedah, Pulau Pinang dan Perak, pemimpin-pemimpin bahagian Umno Selangor - dalam pertemuan dengan Najib petang tadi - turut mendesak Abdullah supaya berundur.

Seorang pemimpin Umno Selangor yang menghadiri perjumpaan tersebut berkata sebahagian besar soalan yang dibangkitkan ialah mengenai perancangan Abdullah dan Najib mengenai peralihan kuasa.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Najib berkata perkara tersebut telah dibangkitkan dalam perjumpaan tersebut.

Bagaimanapun, Najib seperti biasa berkata "terserah kepada presiden parti untuk memutuskannya".

Ditanya sama Abdulah telah berbincang mengenai jangka masa peralihan kuasa, Najib menjawab:

"Tidak ada sebarang perancangan masa ditetapkan... bila sampai masa, kita akan beri panduan yang lebih jelas," katanya.

Ditanya mengenai pentingnya mempunyai ketetapan tempoh masa bagi melaksanakan pelan peralihan itu, Najib berkata:

"Diri saya tidak begitu... saya tidak akan mendesak, lebih baik jika ia ditentukan oleh presiden sendiri."

Mengenai perjumpaan hari ini, Najib berkata ia berjalan dalam suasana yang baik dan para hadirin komited terhadap perjuangan Umno.

Perkara lain yang dibincangkan menyentuh soal pemilihan calon, bagaimana Umno akan berurusan dengan parti-parti komponen BN dan langkah untuk menarik sokongan pengundi Cina dan India.

Menurut Najib, mereka mahu pemilihan calon dibuat berasaskan penilaian yang tepat dan terdiri daripada kalangan mereka yang boleh menang dan mendapat sokongan akar umbi.

Reaksi ahli

Sementara itu, Bernama melaporkan, ketika ditanya mengenai respons ahli Umno secara keseluruhan mengenai keputusan Abdullah untuk mempertahankan jawatan presiden Umno, Najib berkata mereka hanya akan membuat keputusan itu apabila tiba masanya.

"Ahli hanya akan memutuskannya bila tiba masanya, tetapi apa yang lebih penting ialah untuk kami kekal bersatu kerana parti perlu bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan survival Umno. Kita tidak boleh berpecah-belah," katanya.

Bagi memantapkan lagi BN, katanya, jawatankuasa pengurusan BN
akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan dan mekanisme itu akan digunakan bagi membincangkan pelbagai isu dalam parti.

"Kita akan amalkan pendekatan untuk berunding dengan lebih kerap dan rapat dengan parti komponen BN," katanya.

Bagi mendapatkan sokongan parti lain pula, Umno akan merumuskan strategi bagi mencapai maksud itu, katanya, tetapi enggan mengulas berhubung cara yang akan dilaksanakan.

Sementara itu, ketua pergerakan Wanita, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata Abdullah harus memutuskan sendiri bila beliau mahu berundur.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata pendirian pergerakan tersebut ialah menyokong ketua.-Malaysiakini.com

Akhbar 'suara rakyat' diharamkan

Kementerian Dalam Negeri mengharamkan akhbar popular Makkal Osai selepas memberikan liputan muka depan perhimpunan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.


Akhbar berbahasa Tamil tersebut turut memuatkan liputan siasatan polis terhadap presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua lagi pemimpin kanannya susulan perhimpunan itu.

Sebelum ini ia memuatkan artikel-artikel panjang tentang parti itu, termasuk bekas timbalan perdana menteri itu, dan gerakan pembangkang.

Akhbar harian berpengaruh itu menghadapi masalah memperbaharui permit sejak Oktober tahun lepas.

Ia bagaimanapun terus beroperasi dengan harapan permit penerbitan tahunannya akan diperbaharui selepas pilihanraya umum 8 Mac, seperti nasib sebuah harian berbahasa Cina, Oriental Daily.

Pengurus besar Makkal Osai S M Periasamy mengesahkan kementerian telah mengeluarkan surat hari ini yang menyebut permohonannya "tidak akan dipertimbangkan."

Surat itu tidak menyatakan sebarang sebab pengharaman tersebut.

Pemilik akhbar itu - yang dikaitkan dengan bekas pemimpin kanan MIC Datuk S Subramaniam - telah memohon permit baru sejak Julai, kira-kira tiga bulan sebelum tarikhnya tamat.

Sementara itu Oriental Daily masih tidak diperbaharui sejak permitnya tamat Disember lalu. Ia beroperasi sepanjang pilihanraya umum lalu dengan garis panduan khas dengan harapan lesen itu diperbaharui.
Difahamkan akhbar Cina itu tidak mempunyai halangan untuk mendapat sambungan permit walaupun setakat ini tiada surat rasmi dikeluarkan.

Akhbar Tamil itu memberikan liputan meluas pada Makkal Sakthi (kuasa rakyat) selepas demonstrasi besar 25 November yang digerakkan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf).

Sumber-sumber dalam syarikat media itu memberitahu, Kementerian Dalam Negeri juga tidak senang dengan penyiaran muka depan foto tokoh Hindraf dan peguam P Uthayakumar - kini ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di kem Kamunting, Taiping - di hospital daerah itu minggu lepas.

Harian terbaru itu, diterbitkan mulai 2005, menyertai dua lagi akhbar untuk etnik India, Tamil Nesan dan Malaysia Nanban.

"Kami akan memohon rayuan esok," kata Periasamy.

Makkal Osai
, yang berpejabat di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, menggajikan kira-kira 100 kakitangan.

Nasib mereka belum jelas akibat pengharaman ini.

Makkal Osai atau "suara rakyat" - diterbitkan sebagai tabloid mingguan sejak 1990 selepas Tamil Osai tidak lagi beroperasi - diedarkan sebanyak 52,000 naskhah sehari.-Malaysiakini.com

Cerita Terbaru Anwar

Selesai prog di Kg Baru, saya berlepas ke Abu Dhabi menemui pelabur dan pedagang Arab. Saya tiba sekitar jam 11 pagi dan terus mengadakan pertemuan hingga malam. Di antara lain kami membincangkan keperluan menyegerakan pelaburan Arab di Malaysia khususnya di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Saya juga sempat ditemuramah oleh TV Arab yang berpusat di Dubai untuk siaran khas mereka.

Saya berlepas pulang tanpa bermalam di sana dan tiba awal petang tadi. Dari KLIA saya terus ke pejabat sementara mendapat lapuran sesi siasatan dengan polis. Alahai, khabarnya bebas, tetapi jelas terus dibatasi dengan pelbagai helah dan sekatan.

ANWAR IBRAHIM

Adun Bangi wujudkan Kabinet Mini untuk laksana manifesto


BANGI, 16 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi Dr Shafie Abu Bakar memberi watikah kepada 21 Ketua AJK Bertindak Kabinet Mini Dun Bangi sebagai penghormatan kepada mereka yang bertungkus-lumus membantu kemenangan PAS dalam pilihan raya lalu.

Menurut Shafie, pelantikan itu seolah-olah menjadikan Bangi sebuah 'Kerajaan Kecil' yang meniru Kabinet Kerajaan Pusat dan negeri Selangor di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Katanya, jawatankuasa bertindak seolah-olah sebagai kementerian dan exco di dalam kerajaan persekutuan dan negeri.

"Tetapi AJK Bertindak Kabinet Mini tidaklah seluruhnya mengikuti kementerian dan exco di peringkat pusat dan negeri, sebaliknya jawatankuasa bertindak yang dilantik adalah bagi menunaikan manifesto Bangi iaitu menjadikan Bangi, sejahtera, aman, mementingkan ilmu, prihatin dan berkebajikan," katanya.

Sebanyak 21 portfolio dibentuk dalam Kabinet Mini Dun Bangi antaranya Pendidikan, Institusi Agama dan JKKK, Penerangan, Wanita dan Kesihatan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kebajikan, Dakwah dan Tazkirah, Media, Amar Makruf dan Nahi Mungkar, Hubungan Antara Kaum dan Kelab Penyokong, dan Infrastruktur.

Dr Shafie turut menyampaikan watikah kepada 21 ketua portfolio dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Serdang di Dewan Cempaka di Bangunan PKNS, Bangi baru-baru ini.

Katanya ketika ditemui, Mini Kebinet ini dari sgei jumlahnya lebih besar dari kabinet Kerajaan Persekutuan dan exco kerajaan negeri tetapi ianya mempunyai tujuan tersendiri.

Tambahnya, tujuan utama pembentukan Mini Kebinet ini untuk membantu Adun Bangi mencari pendekatan terbaik yang efektif bagi melaksanakan tugas-tugas terhadap masyarakatnya menurut kepakaran masing-masing. Image

"Tenaga terbaik ini kita tidak mahu abaikan begitu sahaja selepas kemenangan bahkan kita mahu mereka terus memberi sumbangan terbaik mereka kepada Bangi yang mana mereka sendiri berasa megah dan bersyukur terhadap kemenangan yang dicapai," katanya.

Tegasnya, setiap portfolio yang dilantik dikehendaki melantik AJK kecil bertindak masing-masing antara tiga hingga lima orang bagi melicinkan perjalanan dan tindakan AJK kabinet.

"Dalam AJK bertindak bersifat multiracial khususnya dari kalangan orang India dan Cina turut dilantik, kita tidak ada diskriminasi," katanya.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Serdang kali ke-24 yang bertemakan 'Hargai Kemenangan Kita' telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Ir. Khalid Samad. - Harakahdaily.com

Majoriti Melayu teras kekuatan Anwar


Mohd Rashidi Hassan
Wed | Apr 16, 08 | 4:46:52 pm MYT

Peristiwa pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri sekali gus Menteri Kewangan pada 2 September 1998 dan disusuli pemecatan sebagai Timbalan Presiden Umno pada 3 September, melakar sejarah baru dalam politik Malaysia.

Anwar bukan sahaja dipecat, malah dihadapkan dengan dakwaan 10 pertuduhan yang membabitkan penderhakaan terhadap negara, rasuah dan salah laku seks yang menyebabkan beliau terpaksa meringkuk enam tahun dalam penjara.

Tindakan keras Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad itu, mendorong penyatuan gabungan semua parti pembangkang yang terdiri daripada PAS, Parti Keadilan Nasional yang baru ditubuhkan, DAP dan PRM.

Presiden PAS ketika itu, Dato' Fadzil Mohd Noor merupakan pemimpin pembangkang yang pertama tampil ke hadapan mengkritik Dr Mahathir di atas kezalimannya menganiaya Anwar.

Diikuti dengan Lim Kit Siang dan Dr Syed Husin Ali, turut menziarahi Anwar di rumahnya bagi menyatakan sokongan pembangkang terhadap Anwar.

Gabungan erat empat parti pembangkang ketika itu, membentuk sebuah gagasan politik yang dinamakan Barisan Alternatif dengan mengemukakan manifestonya bertajuk 'Ke Arah Malaysia Yang Adil' bagi menghadapi Pilihan Raya Umum tahun 1999.

Bermula era reformasi

Sebelum daripada penggabungan pembangkang, era reformasi bermula sebaik pemecatan Anwar. Rakyat di seluruh negara bangkit menentang kezaliman Dr Mahathir terhadap orang yang dilatih selama 16 tahun untuk menjadi pengganti beliau.

Masjid Negara menjadi lokasi pertama perhimpunan 100 ribu umat, menyaksikan kebanjiran penyokong keadilan memenuhi setiap pelusuk kota dari Masjid Negara hingga ke Dataran Merdeka.

Pada malam itu juga kediaman Anwar di Bukit Damansara diserbu anggota UTK yang lengkap dengan senjata automatik, menangkap dan mengheret Anwar ke Bukit Aman.

Serentak dengan itu berpuluh-puluh pengikut Anwar ditahan di bawah ISA. Tindakan keras pihak berkuasa itu, tidak menghalang laungan reformasi untuk terus bergema, demonstrasi berterusan setiap minggu di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Laungan reformasi terus bergema di penghujung tahun 1998, walaupun Dato' Seri Anwar Ibrahim sedang terbelengu di sebalik pasung jeriji besi di Penjara Sungai Buloh.

Pasca PRU 1999 dan 2004

Keputusan PRU 1999 membuktikan majoriti orang-orang Melayu menolak Barisan Nasional. Sehingga ada statistik kajian melaporkan suatu ketika, 7 daripada 10 orang Melayu menyokong Anwar.

Secara puratanya, rekod PRU 1999 membuktikan 60 peratus Melayu menyokong Anwar dan gabungan pembangkang, manakala hanya 40 peratus Melayu kekal menyokong BN.

Walaupun wujud gabungan padu Barisan Alternatif, yang wujud di dalamnya keanggotaan dari kaum Cina, India dan lain-lain, namun ketika itu tidak ramai daripada kaum bukan Melayu yang menyokong Anwar.

Hanya ada segelintir pimpinan utama PRM dan Keadilan ketika itu yang 'all-out' membela nasib Anwar sehingga terpaksa meringkuk dalam lokap polis, dipukul dan ditendang sehingga mengalami kecederaan.

Hakikat yang ditunjukkan pada PRU 1999, peristiwa lebam mata Anwar dipukul Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor tidak menyelami lubuk hati kaum bukan Melayu.

Keadaan ini kekal sehingga PRU tahun 2004. Pindaan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang begitu 'bias' (berpihak) kepada BN pada tahun 2002 menjadikan kawasan-kawasan Parlimen dan Dun dirobek-robek dan dicampur adukkan dengan lokaliti pengundi bukan Melayu.

Ketika itu Umno/BN mengetahui bahawa Melayu tidak boleh diharapkan untuk menyokong mereka. Maka kaum bukan Melayu dipergunakan untuk terus menyokong BN.

Fakta PRU 2004 menunjukkan majoriti Melayu masih menolak Umno/BN dan menyokong PAS serta KeADILan dan lain-lain pembangkang. Ketika itu DAP tidak bersama dalam Barisan Alternatif.

Sehingga Pilihan Raya Kecil Dun Ijok pada April 2007, kaum bukan Melayu masih belum menunjukkan sokongan padu kepada pembangkang sehingga menyebabkan Tan Sri Khalid Ibrahim tewas dengan K Parthiban.

'Swing vote' atau tsunami pada PRU 2008 dari kalangan kaum bukan Melayu, sememangnya di luar jangkaan pemimpin Pakatan Rakyat, juga di luar jangkaan BN.

Melayu teras kekuatan Anwar

Semua peristiwa ini membuktikan hakikat bahawa, teras kekuatan sokongan Melayu yang majoriti beragama Islam ialah kepada Anwar dan pembangkang, terutamanya PAS.

Fakta yang harus diingat ialah, sejak kerjasama erat yang dihulurkan Almarhum Ustaz Fadzil, orang-orang PAS yang majoritinya Melayu memberikan kerjasama dan dokongan erat kepada pembangkang, khususnya Anwar dan KeADILan.

PAS mempunyai sejuta ahli dan hampir dua juta pengundi setia sejak beberapa kali PRU. Kekuatannya meluas di seluruh negara. PAS kawasan dan cawangan berada di mana-mana.

Sehingga banyak kali PRU, calon-calon pembangkang (yang bukan PAS), boleh bergantung sepenuhnya dengan jentera pilihan raya PAS kerana orang-orang PAS komited dalam soal kerja dan tugas menentang BN.

Komitmen ahli dan penyokong PAS dalam menjayakan gabungan pembangkang yang dinamakan Pakatan Rakyat begitu besar dan ianya terus terbukti dalam PRU ke-12 8 Mac lepas.

Justeru tuduhan bahawa Anwar akan mengetepikan Melayu, Melayu diambang perpecahan, masa depan Melayu terjejas dengan Pakatan Rakyat sememangnya tidak betul sama sekali.

Fakta yang harus difahami ialah sejak tahun 1999 sehingga 2008, kekuatan Umno/BN hanya didokong oleh minoriti Melayu, sekitar 40 peratus dan ditambah dengan sokongan majoriti bukan Melayu.

Masalah yang berlaku hari ini ialah sokongan minoriti Melayu dalam Umno, terhadap Umno semakin berpecah. Jika Umno berpecah, Melayu dalam Umno bergaduh, kuasa politik Melayu terhakis, bukan salah Anwar, bukan salah PAS, ianya adalah kesalahan pemimpin-pemimpin Umno!

Hakikatnya, teras kekuatan Anwar adalah dengan dokongan majoriti Melayu daripada PAS, tanpa dokongan PAS belum tentu Anwar akan terus berada dalam kedudukan sekarang.

Oleh sebab itu, dakwaan bahawa, jika Anwar berkuasa menjadi Perdana Menteri, kuasa Melayu akan terhakis adalah propaganda jahat Umno/BN semata-mata.

Majoriti Melayu yang berada dalam PAS, juga dalam KeADILan adalah pendokong sebenar kekuatan Anwar Ibrahim.

Maka, jika kuasa berpindah daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat, orang-orang Melayu tetap terjamin haknya dari sudut politik, pendidikan, ekonomi dan sosial, malah mungkin lebih baik lagi!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising