Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, April 16, 2008

PAS anjur "Perhimpunan Pekerja 2008" sempena 1 Mei

KUALA LUMPUR, 16 April (Hrkh) - Menteri-menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat dijangka akan menyampaikan visi dan perancangan rakyat kepada pekerja pada Perhimpunan Pekerja 2008 dan Wacana Kebangsaan ke-3 PAS Pusat.

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Pekerja dan Peneroka Bandar PAS Pusat, Anuar Tahir berkata, keliam-lima ketua kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk menjayakan program sambutan pesta rakyat sempena Hari Pekerja yang jatuh pada 1 Mei akan datang.

"Mereka akan mendedahkan polisi dan perancangan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat melalui gerak kerja sistematik oleh kerajaan-kerajaan baru setelah mendapat sokongan dan mandat rakyat pada pilihan raya umum lalu," katanya.

tegasnya, angin perubahan yang ditunjukkan rakyat berlaku akibat kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak mesra pekerja selepas tidak mengendahkan tuntutan-tuntutan yang dikemukakan.

"Pada keseluruhannya, para pekerja di negara ini tidak mendapat perhatian kerajaan apabila tuntutan mereka untuk mendapat gaji minima dan COLA dinafikan mentah-mentah dengan sombong oleh kerajaan yang memaksa Kongres Kesatuan Pekerja Kebangsaan (MTUC) berpiket," ujarnya kepada pemberita dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Bahkan ujarnya, peneroka bandar atau penghuni kawasan perkampungan setinggan dianggap sebagai sampah oleh kerajaan.

"Rakyat sepatutnya disantuni, diperbaiki nasib mereka dalam keadaan negara sedang meningkat dari sudut kemajuannya," katanya.

Justeru, kata Anuar lagi, PAS dengan kerjasama parti-parti Pakatan Rakyat akan menganjurkan Perhimpunan Pekerja 2008 dan Wacana Kebangsaan ke-3 PAS Pusat di Stadium Tertutup Melawati Shah Alam.

Ia akan dimulai dengan pidato yang akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Selangor, Ronnie Liu dan Ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakrishnan pada 3 Mei jam 9 malam.

"Kemuncaknya adalah Wacana Kebangsaan yang akan menampilkan Menteri-menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Kedah pada keesokan harinya, 4 Mei iaitu sepanjang hari," ujarnya lagi.

Menurutnya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah bersetuju untuk menjadi penaung bersama program tersebut selain Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Antara yang turut dijemput adalah kesemua Ahli Parlimen PAS, KeADILan, DAP termasuk BN, juga pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang meliputi kesemua sayap pemuda, wanita, muslimat dan ulama'.

Seluruh kesatuan pekerja, badan-badan bukan kerajaan, pemimpin-pemimpin pelajar dan aktivis pekerja juga diundang untuk memeriahkan sambutan hari pekerja ini.

"Malah kita juga menjemput Presiden MTUC, Syed Syahir Mohamad," katanya lagi.

Dengan tema 'Memperkasakan Kaum Pekerja' pihak penganjur mensasarkan kehadiran seramai 15,000 orang dengan harapan pihak Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) juga akan turut serta.

Jelasnya, penyertaan kerajaan-kerajaan pakatan rakyat dalam perayaan ini adalah untuk memperlihatkan sikap mereka yang mesra kepada rakyat.

"Bahkan dalam program ini, kita menyediakan ruang yang terbuka kepada pekerja-pekerja untuk bebas menyampaikan pandangan untuk berinteraksi secara terus dengan pihak pemerintah.

"Konsep perbincangan kita adalah bersifat dua hala," ujarnya.

Sungguhpun begitu, pada 2 April lalu, Cuepacs mengumumkan akan memulaukan sambutan Hari Pekerja yang dianjurkan Kementerian Sumber Manusia pada 3 Mei dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 29 Mei ini jika kerajaan gagal memenuhi lima permintaannya.

Permintaan itu antara lain, tuntutan sagu hati RM2,000 untuk kira-kira 1.2 juta kakitangan kerajaan.

Dalam perkembangan terbaru, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan turut menyertai Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memulaukan sambutan Hari Pekerja. - mns

Gagasan Rakyat Agenda PR

Hari ini penulis cukup terharu dengan dua sambutan besar perhimpunan rakyat di Perak dan Selangor (Black 14). Dikira hampir 90,000 rakyat berhimpun di kedua-dua tempat tersebut termasuk di Stadium Perak (70,000) dan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung baru, Kuala Lumpur (20,000), kedua-duanya pada 14 April lalu.

Sambutan begitu besar ini menunjukkan era kebangkitan rakyat sudah pun bermula, imbauan kehendak rakyat pasca kemerdekaan negara mungkin terpalit juga dalam kebangkitan ini apabila soal membela nasib rakyat terpinggir menjadi agenda penting.

Menyaksikan siaran langsung perhimpunan di Perak di sebuah laman web dari Kelantan, menunjukkan bahawa komitmen kepimpinan rakyat negeri itu yang diterajui oleh menteri besarnya Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, untuk menjadikan sebuah kerajaan yang denyut nadinya sentiasa di hati rakyat.

Ketegasan kenyataan menteri besar Perak memaparkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak bukan kerajaan mana-mana parti sama ada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi ia adalah kerajan rakyat.

Sudah pasti segala-galanya untuk rakyat. Ir. Mohammad Nizar menyentuh isu bagaimana perlantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) pun akan dipulangkan kepada rakyat, tidak lagi dilantik oleh kerajaaan negeri secara khusus.

Rakyat bebas bermesyuarat mengadakan pemilihan untuk mendapatkan pengerusi dan ahli jawatankuasa baru JKKK untuk mempastikan kepimpinan rakyat berfungsi menentukan masa depan mereka sendiri di bawah PR.

Mereka bebas memilih siapa sahaja yang layak menduduki jawatankuasa kerajaan di peringkat akar umbi itu sama ada orang politik atau orang yang tidak berparti termasuk ahli akademik.

Di Kelab Sultan sulaiman pula, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memandang sinis soal ketuanan Melayu yang diperjuangkan Umno apabila ia tidak direalisasikan dalam erti kata sebenar walupun 50 tahun Umno menerajui negara.

Orangh Melayu masih terpinggir mana kala yang melantak harta negara ialah golongan elite atau pemimpin Melayu tertentu.

"Saya orang Melayu dan saya akan pastikan Melayu lebih terbela nasibnya di bawah pakatan rakyat," katanya.

Bagaimanapun bukan nasib Melayu sahaja akan dibela tetapi nasib semua golongan terpinggir akan mendapat bahagian pembelaannya dalam kerajaan Rakyat di lima negeri termasuk Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Justeru persoalan ras kaum dan kepentingannya secara khusus, tidak lagi menjadi suatu persoalan penting dalam dasar kerajaan PR tetapi pembelaan nasib golongan tertindas di akar umbi menjadi asas usaha kerajaan dalam melaksanakan pembangunan di negeri-negeri masing tanpa mengira kaum.

Fokus inilah yang disukai rakyat kerana selama ini mereka cukup terpinggir dalam arus pembangunan yang dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Anwar mengimbau semula peristiwa perhimpunan Melayu menubuhkan Umno di kelab tersebut. Penubuhan Umno adalah keputusan dibuat ketika itu tetapi berkumpulnya pemimpin-pemimpin Melayu termasuk Dr. Burhanudin Al-Helm, Ahmad Bustamam dan lain-lain suatu nostalgia sejarah yang sukar dipadamkan dan penulis amat tersentuh dalam isu ini.

Perjuangan ketika itupun kata Anwar bukan untuk hanya semata-mata membebaskan bumi ini dari cengkaman pemerintahan Inggeris tetapi untuk membentuk ketuanan rakyat yang dominannya orang Melayu-Islam.

Bagi penulis institusi Raja perlu juga diberi hak untuk menentukan keutuhan perlembagaan negara sekaligus institusi itu terus dihormati semua lapisan rakyat berbagai kaum di negara ini.

Persoalan ini perlu sentiasa dibangkit dalam apa-apa agenda PR yang menyentuh persoalan penting itu selepas ini agar faktor sejarah pembentukan politik negara sentiasa ada kesinambungan sehingga Malaysia berjaya bernaung di bawah gagasan pemerintahan rakyat bukan dicengkam kepentingan beberapa kerat pemimpin Melayu tertentu dalam Umno.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising