Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, April 14, 2008

Isu Ternakan Babi di Sepang: Umno cuba bermain api

Umno cuba menjadi juara di Selangor dengan menggunakan isu ternakan babi secara moden di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat, di saat parti itu kecundang dalam pilihan raya umum ke 12 yang lalu sekaligus negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR).

Umno tahu ia tidak perlu dipolitikkan tetapi ia mahu memperolehi 'political interest' (keuntungan politik)murahan dan mengajak semula sokongan orang Melayu terhadap parti itu di saat sokongannya terhakis.

Projek Ternakan Babi Moden menalan belanja RM100 juta sumbangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu diluluskan di zaman Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor sebelum pilihan raya umum tersebut lagi.

Apa lagi berita terbaru menunjukkan bahawa Umno sendiri mendalangi perlaksanaan projek terbabit apabila dilaporkan bahawa “Syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno “di belakangnya," kata seorang pemimpin MCA.

Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada sumber-sumber dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Mendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisi MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.

Akhbar The Sun 14 April yang mengutip laporan The Oriental Daily kelmarin menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.

Karim antara pemimpin Umno yang lantang menyuarakan isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas. Sementara ketua kampung itu turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.

Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut “seperti tapak tangannya sendiri” kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.”

Dengan laporan ini cukup jelas Umno cuba bermain api dengan isu babi. Parti itu boleh disifatkan sebagai melontar batu sembunyi tangan apabila cuba sembunyi punca sebenar siapa yang meluluskan projek berkenaan.

Zaman sekarang Umno sukar untuk sembunyikan fakta sebenarnya kerana ia boleh didedahkan di media terbuka termasuk internet.

Banyak maklumat tersembunyi yang tidak mahu akhbar atau media Umno dedahkan ia diperolehi dengan mudah melalui medium tersebut.

Bagaimanapun Utusan melaporkan, Selangor akan meneliti secara terperinci sama ada untuk meneruskan lokasi projek ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta itu di Sepang atau di kawasan lain di negeri ini.

Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu berkata, penelitian tersebut dibuat setelah kerajaan negeri menerima cadangan daripada pihak-pihak tertentu yang mahu projek berkenaan dialihkan ke kawasan lain.

Katanya, keputusan untuk melaksanakan projek berkenaan masih belum diputuskan lagi kerana kerajaan negeri, ketika ini sedang mengkaji keperluan-keperluan tertentu yang membolehkan lokasi projek berkenaan diubah.

Bagaimanapun status projek itu setakat ini, katanya, masih mengikut perancangan dan lokasi asal iaitu di Ladang Tumbuk, Mukim Batu, Kuala Langat.

Malah, beliau turut difahamkan projek berkenaan membabitkan peruntukan di bawah dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan bukannya daripada kerajaan negeri.

"Saya akan fikir dan teliti segala cadangan daripada semua pihak mengenai projek ini. Tetapi kawasan sedia ada (Ladang Tumbuk) sememangnya telah menjadi ladang ternakan babi sejak dahulu lagi dan kita masih kekalkan keputusan projek ini.

"Bagaimanapun, dalam masa yang sama kita juga akan meneliti secara terperinci sebarang cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pertemuan dengan wakil-wakil rakyat Parlimen Klang bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Mislan Tugiu di sini hari ini.

Sebelum ini Kerajaan Selangor membuat satu penjelasan bahawa Kerajaan Negeri Selangor berharap pihak yang begitu prihatin tentang kelulusan Projek Ternakan Babi Moden di Selangor memeriksa fakta mereka terlebih dahulu.

Projek di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Barisan Nasional dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin YB Datuk Seri Dr. Khir Toyo pada 30 Januari 2008.

Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2 April 2008, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang baru merasakan wajar meneruskan projek tersebut dengan memantapkan lagi proses pelaksanaan memandangkan kawasan tersebut sememangnya sudah menjadi tapak ladang babi utama di negeri Selangor dan ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor.

Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak. Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut.

Pada masa yang sama, menerusi projek ini, tiada ladang-ladang khinzir baru akan diluluskan di negeri Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini dikehendaki memindahkan operasi mereka ke Projek Modern Pig Farming.

Ini sejajar dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar sebarang usaha penternakan babi dilakukan di satu tempat untuk memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa.

Kerajaan Negeri juga berhasrat memperkenalkan dasar ‘one stop’ yang sama bagi penternakan yang lain bagi menjadikan industri penternakan lebih efisyen dan dapat diteruskan di sebalik kemajuan pesat Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor yang baru di bawah Pakatan Rakyat antara Keadilan, PAS dan DAP berhasrat menyelesaikan masalah perniagaan, sosial dan budaya masyarakat pelbagai kaum dengan meluluskan projek ini dan melaksanakan dengan adil dan saksama dengan mengambilkira keharmonian hidup berbilang kaum di Selangor.

Isu Kampung Baru

Sebanyak 16,637 hak milik telah diberikan kepada penduduk Kampung Baru di Negeri Selangor. Langkah ini dilaksanakan bersama beberapa insentif bagi menggalakkan mereka memperoleh hak milik. Tanah-tanah yang belum mendapat hak milik merupakan tanah yang berada di dalam rizab pantai yang mana sememangnya dasar kerajaan negeri untuk tidak memberi hak milik pada mana-mana pihak.

Pada masa yang sama, timbul masalah kilang tanpa lesen yang beroperasi di kawasan kampung baru. Kerajaan Negeri hanya akan memberikan hak milik untuk kegunaan kediaman dan bukannya industri atau perniagaan, dan berusaha mencari penyelesaian untuk kilang-kilang tanpa lesen di sana.

Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan penduduk Kampung Baru untuk meningkatkan infrastruktur dan menjaga kebajikan mereka sepertimana penduduk Selangor yang lain.

Pertindihan Pemberimilikan

Isu pertindihan pemberimilikan ini kebanyakannya berpunca dari masalah rekod tanah. Kebanyakannya berlaku di kawasan bandar atau separa bandar seperti Daerah Petaling dan Gombak.

Sebanyak 21 hakmilik di negeri Selangor berada dalam siasatan polis dan mahkamah pada waktu ini, dengan keluasan yang dianggarkan sekitar 7 ekar.

Kenyataan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo tidak membantu menyelesaikan masalah, kerana pegawai kerajaan rasa khuatir dan takut.

Menteri Besar akan bertemu dengan Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan Pegawai-Pegawai Daerah untuk memastikan mereka meneruskan kerja mereka disamping membantu Kerajaan Negeri mengemaskinikan rekod tanah dan menyelesaikan masalah serius ini.

Jika wujud sebarang bukti salahlaku, Kerajaan Negeri akan membuat laporan polis bagi membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

Rizab Hutan

Sejumlah 241,568 hektar di negeri Selangor diklasifikasikan sebagai rizab hutan. Jumlah keluasan negeri Selangor ialah 796,084 hektar. Rekod Pejabat Tanah dan Galian mendapati sejumlah 4,325.5 hektar yang telah dibatalkan statusnya antara 2000-2007.

Pihak kerajaan negeri sudahpun mengarahkan Pejabat-Pejabat Tanah Daerah untuk mendapatkan senarai pihak yang memperoleh rizab tersebut dan siasatan mendalam akan dijalankan bagi memastikan tindakan tidak bertanggungjawab ini akan dapat diatasi segera.

Bumbung sekolah runtuh: Kementerian Pelajaran perlu bertanggungjawab

KUALA TERENGGANU, 14 APRIL - Kementerian Pelajaran Malaysia cukup tidak prihatin dengan masalah keselamatan bangunan sekolah apabila bumbung Sekolah Menangah Wakaf Tapai tiba-tiba runtuh pada malam Jumaat lepas.

Mengapa kementerian itu membiarkan bangunan berkenaan diduduki walaupun tidak mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) sebagaimana laporan Bernama?.

Agensi berita itu melaporkan bahawa Sekolah Menengah Wakaf Tapai yang struktur bumbung dewannya runtuh dalam kejadian pada malam Jumaat lepas masih tidak mempunyai Sijil Layak Menduduki (CF) walaupun sekolah itu telah beroperasi sejak awal 2005.

Ketua Penolong Setiausaha (Teknikal) Bahagian Pembangunan Kementerian Pelajaran, Samini Omar berkata, sekolah itu yang dibina dalam Rancangan Malaysia kelapan terpaksa digunakan kerana keperluan mendesak ketika itu.

"Dalam RMK-8, kita memerlukan sekolah terdesak, jadi sekolah ini masih dalam proses mendapatkan CF... dengan keadaan ketika keperluan sekolah terdesak ketika itu maka kita hanya memperoleh sijil kelayakan menduduki sementara.

"Bagaimanapun kita telah meminta supaya kontraktor serta juruperunding supaya merujuk perkara ini kepada majlis dan periksa sekali lagi bangunan untuk mendapatkan CF dengan mengemukakan pelan binaan," katanya.

Katanya, kontraktor yang terlibat juga bersetuju untuk memperbaiki beberapa keretakan kecil lain yang terdapat di beberapa lagi bahagian bangunan sekolah itu dalam masa seminggu selain memeriksa keselamatan struktur bumbungnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan dan menyiasat kejadian bumbung dewan runtuh di Sekolah Menengah Wakaf Tapai di sini, Ahad.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 malam Jumaat lepas, Dewan Besar sekolah Menengah yang berharga lebih RM2 juta itu runtuh walaupun digunakan tidak sampai empat tahun.

Hasil siasatan itu, beliau turut mengeluarkan notis arahan serta merta kepada pengurusan sekolah melarang penggunaan bengkel sekolah itu yang didapati turut mempunyai struktur binaan bumbung yang sama dengan bumbung dewan yang runtuh itu.

Sementara mengulas punca kejadian bumbung runtuh itu, Samini berkata, pihaknya mendapati sistem kekuda yang digunakan pada bumbung dewan itu tidak sesuai digunakan dengan keluasan bumbung dewan sekolah itu.

Sistem kekuda yang digunakan hanya sesuai untuk keluasan bumbung 12 meter sedangkan dewan itu mempunyai keluasan 18 meter," katanya.

Katanya, keadaan itu menyebabkan sistem bumbung tersebut tidak dapat menampung keberatan atap sehinggalah menyebabkan berlakunya kejadian berkenaan.

Paling mengejutkan, siasatan turut mendapati tapak dewan sekolah itu merupakan tanah tambun kawasan paya yang mempunyai aliran air menyebabkan berlaku pergerakan tanah ke arah sebuah anak sungai di kawasan berhampiran.

Selain menyebabkan kejadian runtuhan itu, ia dikenalpasti juga menjadi punca keretakan kepada beberapa struktur dewan itu selain sikap kontraktor yang tidak mengambil kira tentang faktor alam termasuk tiupan angin sebelum membinanya.

Bagaimanapun Samini memberi jaminan kesemua empat bangunan utama sekolah berkenaan selamat digunakan kerana ia dibina di atas cerucuk dan segala kerosakan serta keretakan kecil akan diperbaiki dengan segera.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri telah meminta pihak berkenaan supaya menjalankan pemeriksaan di semua dewan sekolah yang membuat reka bentuk yang sama.

Yang dipertikaikan apa-apa jenis bangunan sekalipun, soal keselamatan perlulah diberi perhatian berat supaya ia tidak membabitkan kecedaran atau kematian akibat menggunakan bangunan yang tidak selamat.

Apalagi ia merupakan bangunan sekolah yang membabitkan beratus-ratus orang pelajar menggunakan banguan sedemikian.

Satu kajian dan siasatan yang membabitkan rasuah dan penyelewengan perlu dibuat dan mereka yang terbabit perlu didakwa di mahkamah jika ada kes.

Jika tidak ada kes sekalipun ia boleh disifatkan sebagai suatau kecuaian yang amat dahsyat dilakukan oleh mereka terbabit dan Kementerian Pelajaran perlu bertanggungjawab dalam masalah ini.

Ditakdirkan ia berlaku tanpa membabitkan nyawa manusia kerana kejadian berlaku di waktu malam. Pun ia bukan suatu hujah yang kukuh untuk tidak memberi perhatian serius terhadap soal keselamatan dan nyawa manusia serta keutuhan bangunan yang dibina dan digunakan oleh orang awam seperti sekolah berkenaan.

Sikap sambil lewa pihak terbabit dan kurang penelitian dalam masalah ini difahamkan menjadi punca runtuhnya bumbung berkenaan.

Sesiapaun merasa kecewa dengan pembinaan itu kerana ia dipercayai membabitkan bahan-bahan binaan yang tidak boleh menampung keutuhan binaan dan struktur binaan dipercayai tidak mengikut spesfikasi yang dikehendaki undang-undang.

Keadaan sering berlaku apabila soal keuntungan di pihak kontraktor lebih diutamakan dari soal keselamatan bangunan. Perkara ini dipercayai berlaku terhadap pembinaan bangunan sekolah berkenaan.

Sepatutnya kontraktor binaan bangunan itu perlu disiasat dan diambil tindakan jika mereka membuat kerja tidak mengikut spesifikasi yang diluluskan. Dan menduduki bangunan atas alasan apa sekalipun tanpa mempunyai CF adalah suatu kesalahan besar di sisi undang-undang apa lagi jika berlaku kemalangan membabitkan nyawa manusia.

Ansuran hayat di bawah sistem takaful yang dikatakan semua pelajar sekolah membelinya dipercayai tidak akan membiayai dari segi undang-undang jika kemalangan nyawa membabitkan bangunan yang tidak ada kelulusan CF.

Sepatutnya oprerasi sekolah berkenaan dihentikan buat sementara waktu untuk meneliti sejauh mana semua struktur binaan sekolah berkenaan kukuh dan selamat agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti itu.

Kontraktor yang membuat kerja-kerja binaan tersebut, dipercayai hilang kewibawaan dan taraf profesionalismenya sekaligus tidak patut lagi dibenarkan membuat kerja-kerja pembinaan sedemikian rupa. Ramai lagi kontraktor lain yang bertanggungjawab membuat kerja binaan lebih baik dari pihak terbabit, perlu diberikan hak mendapatkan tender projek seumpama itu.

Bagaimanapun pihak kerajaan perlulah terlebih dahulu meneliti latar belakang kerja (track record) kontraktor terbabit agar dapat dipastikan kerja tidak profesional seperti di sekolah menengah berkenaan tidak berulang lagi.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising