Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, April 13, 2008

Agenda PR perlu sampai PRU Ke 13

Agenda penting Pakatan Rakyat (PR) ialah memperkukuhkan kekuasaan lima kerajaan negeri yang diperintahnya dengan menyusun pentadbiran yang bebas dari rasuah dan adil kepada rakyat semua kaum termasuk berusaha mengatasi masalah kemiskinan mereka.

Kepimpinan semua parti di bawah PR sepatutnya lebih fokus kepada soal penting ini di samping merancang serta mengatur strategi memantapkan jentera sokongan termasuk mempunyai akhbar dan media elektronik sendiri.

PR tidak seharusnya bergantung kepada media yang dikuasai Umno untuk menerima laporan adil (tidak bias) supaya rakyat boleh menilai sejauh mana keupayaan pakatan mengatur langkah mentadbir negeri dengan baik dan telus.

Media PR perlu diwujudkan segera memandangkan ia sebagai lidah pakatan yang berkesan untuk menyampaikan apakah program pentadbiran kerajaan untuk rakyat di negeri-negeri di kuasai pembangkang.

Agenda ini juga penting supaya segala serangan media Umno cepat dijawab dan berita sebenar berjaya disampaikan kepada rakyat terus ke rumah mereka.

PR mempunyai tempoh maksima lima tahun untuk menyusun langkah berkhidmat sebaik mungkin kepada rakyat. Rakyat sentiasa membuat penilaian gerakkerja kerajaan. Mana-mana kerajaan PR perlu berhati-hati ketka bertindak dan membuat kenyataan supaya ia tidak diputarbelitkan media Umno bagi melemahkan kerajaan PR dari semasa ke semasa.

PR tidak boleh sekali-kali lupa aktiviti merancang untuk memenangi pilihan raya umum ke 13 lima tahun dari sekarang. Strategi perlu diatur untuk menguasai undi dengan jumlah yang lebih besar sekaligus sebagai persiapan memerintah Malaysia.

Gerakan ini perlu dibentuk secara bersama dan tersusun tersusun serta berterusan bukan lagi berkala. Ertinya ia tidak dibuat secara ed-hock di saat tibanya pilihanraya umum semata-mata.

Di samping mengharapkan ahli parlimen BN bersama pakatan rakyat membentuk Malaysia baru selepas BN hanya berjaya menguasai 140 kerusi parlimen sekaligus menafikan kemenangan dua pertiga parti itu dalam parlimen.

Perlu diingat BN hanya memerlukan lapan kerusi lagi untuk menukar status corak pemerintahnya dari kemenangan mudah kepada kemenangan dua pertiga semntara Pr memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi lagi bagi memerintah negara dengan majoriti mudah.

Baru-baru ini penulis pernah ditanya seorang guru dari Perak melalui sistem pesanan ringkas (SMS) tentang ahli parlimen Barisan Nasional (BN) akan melompat parti dan mampukah PR menguasai Malaysia.

Penulis menjawab ringkas, bahawa PR boleh berbuat demikian jika bijak merancang. BN walaupun nampak lemah tetapi parti itu mempunyai strategi tertentu untuk terus kekal sebagai pemerintah Malaysia mungkin sampai bila-bila dengan menggunakan 'jentera peperangannya' sendiri termasuk menggunapakai unit khas dalam bidang politik (inteligent askar dan polis) ketika mereka masih berkuasa sekarang ini.

PR tidak boleh memandang ringan semua perancangan ini kerana ia sebenarnya cukup berkesan untuk mengekalkan kuasa BN selama ini. Bagaimanapun suara unit ini tidak begitu digunapakai oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menghadapi pilihan raya umum ke 12 yang lalu.

Kenyataan Bersama Kepimpinan PR seperti berikut;

Para pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama menegaskan bahawa Pakatan amat komited untuk meneruskan agenda besar membangunkan negara dan memakmurkan rakyat tanpa ada sempadan kaum, agama serta budaya dan selaras dengan hak asasi sejagat manusia.

Dasar-dasar Pakatan adalah berpaksikan kepada perkara-perkara yang telah dipersetujui dan disepakati oleh semua pemimpin tiga parti iaitu, KeADILan, DAP dan PAS, kata kenyataan bersama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kelmarin.

Antaranya ialah membina negara ini atas landasan keadilan, membuka peluang untuk semua rakyat menikmati kemakmuran negara dengan memberi keutamaan kepada mereka yang miskin dan terpinggir, kata kenyataan itu.

Pakatan bukanlah medan bagi mana-mana pihak untuk memperjuang ideologi persendirian atau parti masing-masing, katanya.

Walaupun ada pihak yang memberi pandangan berbeza dari yang telah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin utama tiga parti dalam Pakatan, pandangan itu adalah pandangan peribadi yang tidak sama sekali mewakili mana-mana parti dalam Pakatan, kata kenyataan itu.

Oleh demikian, semua pemimpin dan ahli dalam Pakatan telah diarahkan menghentikan pandangan yang lain daripada muafakat bersama ini, katanya.

"Tidak ada parti yang menjadi tunjang Pakatan. Bahkan tunjang kekuatan Pakatan berpaksikan prinsip sama taraf dan berasaskan semangat pemuafakatan pimpinan Pakatan berteraskan mandat yang diberikan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

"Pakatan berazam melaksanakan dan membawa perubahan berlandaskan prinsip-prinsip demokrasi, keadilan sosio-ekonomi, peluang ekonomi yang saksama dan kebebasan beragma. Tugas besar ini kami tanggung bersama selaras dengan janji kami semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu," katanya.

Menurut kenyataan itu Pakatan telah melangkah ke hadapan dengan menyusun dan memantapkan lagi dasar untuk dilaksanakan oleh semua kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan dan juga untuk digunapakai oleh semua ahli Parlimen Pakatan apabila Parlimen bersidang nanti.

"Kami akan mengumumkan satu perisytiharan prinsip yang lebih menyeluruh kelak," kata kenyataan bersama itu.


Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising