Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, April 12, 2008

Terbit akhbar, radio dan tv PR segera

Sikap Menteri Penerangan yang baru , Datuk Ahmad Shabery Cheek saya sifatkan sebagai tidak demokratik kerana tidak menerima pandangan Menteri Besar Selangor , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Radio Selangor FM menyiarkan visi dan misi kerajaan negeri tersebut.

Radio milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu perlu bekerjasama dengan kerajaan negeri tersebut untuk menghormati kerajaan pilihan rakyat dan sitem demokrasi berparlimen yang menjadi amalan rakyat Malaysia.

Sebenarnya RTM tidak mahu bekerjasama dengan Kerajaan Selangor apabila tidak mahu menyiarkan visi dan misi kerajaan negeri tersebut dalam siaran radio berkenaan bukan kerajaan negeri tersebut..

Justeru yang mengeruhkan hubungan kerjasama antara kerajaan negeri di bawah pembangkang dan kerajaan pusat ialah Umno/BN yang menjalankan dasar pintu tertutup sejak awal lagi dalam soal hak kepentingan rakyat ini.

Perlu disedari bahawa RTM hidup dari hasil wang cukai yang diberikan oleh rakyat dari semua parti termasuk PAS, Parti Keadilan rakyat dan DAP serta parti-parti lain yang berdaftar di bawah pendaftar pertubuhan termasuk juga rakyat yang tidak berparti.

Sikap tertutup ini bukan baru diamalkan tetapi sejak 50 tahun Umno menerajui negara. Namun demikian kerajaan negeri mempunyai hak untuk mewujudkan media sendiri di bawah undang-undang untuk bebas menyampaikan apa yang telah dilaksanakannya untuk rakyat.

Kerajaan Negeri berhak menerbitkan televisyen, radio, akhbar, majalah, web dan blognya sendiri tanpa sebarang halangan undang-undang.

Ini kerana tidak ada sekatan undang-undang boleh menyekat kerajaan negeri berbuat demikian. Yang menyekat usaha tersebut ialah Umno/BN.

Dalam masalah penerbitkan akhbar umpamanya Kerajaan Negeri boleh menerbitkannya sendiri tanpa perlu mendapat permit dari Kementeri Dalam Negeri (KDN) selagi ia bersifat tidak untuk dijual. Begitu juga sandarannya kepada mana-mana siaran kerajaan negeri yanglain jika ia tidak bertujuan komersial.

Saya berpengalaman menerbitkan akhbar Warta Darul Iman ketika saya berkhidmat sebagai Pengarang di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu (UPKNT) ketika PAS memerintah negeri itu dalam tahun 1999 hingga 2004.

Saya telah bertanyakan pejabat KDN tentang permit akhbar, seorang pegawai pejabat berkenaan menjawab bahawa untuk terbitan kerajaan negeri ia tidak perlu kepada permit melainkan untuk dijual.

Justeru kerajaan negeri Selangor perlu memulakan usaha untuk menerbitkan akhbar sendiri secara mingguan atau bulanan ataupun harian bergantung kepada kemampuan kerajaan tersebut.

Begitu juga kerajan itu dan lain kerajaan Pakatan Rakyat (PR) boleh berbuat demikian untuk menubuhkan radio dan televisyen sendiri jika tahu kaedah untuk mendapatkan saluran media terbabit tanpa perlu kepada permit kerajaan pusat.

Hari ini (12 April) bernama melaporkan bahawa Ahmad Shabery sebagai berkata beliau akan mengarahkan Radio Selangor FM yang dikendalikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) supaya segera keluar dari Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam berikutan kata dua dari Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita akan dapatkan tempat lain yang sesuai untuk menempatkan Radio Selangor FM. Yang pasti kita akan terus menghampiri hati rakyat negeri Selangor menerusi siaran Radio Selangor FM," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan bahawa Abdul Khalid telah meminta stesen radio berkenaan agar tidak lagi beroperasi di bangunan tersebut sekiranya tidak mahu menyiarkan visi dan program kerajaan negeri itu yang kini diperintah pembangkang.

Abdul Khalid dilaporkan berkata beliau mahu menggunakan siaran radio tersebut untuk berhubung dengan rakyat, tetapi permohonan beliau itu belum mendapat maklum balas dari RTM.

"Saya rasa terkilan di atas kata dua yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor yang bersifat mengugut dan mengancam. Ini mencerminkan satu hubungan yang tidak baik antara kerajaan negeri dan persekutuan.

"Saya sudah berbincang dengan pegawai saya dan saya akan mengeluarkan arahan supaya Radio Selangor FM keluar daripada bangunan itu," kata Ahmad Shabery.

Arus minta Pak Lah berundur terlalu kuat

Arus bawah Umno mendesak Presidennya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti itu amat kuat.

Sebagimana laporan Datuk Ruhanie Ahmad, pemilih Blog Kuda Kepang, majoriti Bahagian Umno Pulau Pinang dan Kedah mendesak Pak Lah melepaskan jawatan dalam Umno dan Negara jika mahu melihat keyakinan rakyat pulih semula terhadap Umno.

Ini tidak termasuk Johor dan lain-lain negeri.

Mereka juga mendesak supaya Timbalannya Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak Mengambil alih kepimpinan parti itu dan Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai Timbalannya.

Sembilan bahagian Umno Pulau Pinang, tempat kelahiran atau negeri Pak Lah sendiri mendesak berbuat demikian kecuali tiga bahagian menyokong Pak Lah manakala satu bahagian lagi berkecuali.

Bahagian yang menyokong Pak Lah ialah Kepala Batas (bahagian Pak Lah sendiri), Bukit Mertajam dan Nibong Tebal manakala bahagian Tanjung berkecuali.

Ikuti tulisan blog kuda kepang di bawah ini;


UMNO Kedah Dan Pulau Pinang
Desak Abdullah Undurkan Diri

Majoriti bahagian UMNO di Kedah dan Pulau Pinang mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengundurkan diri daripada persada kekuasaan negara dan UMNO.

Hasrat ini disampaikan oleh mereka kepada delegasi kepimpinan UMNO Malaysia yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dalam pertemuan tertutup di Kedah dan Pulau Pinang.

Dalam pertemuan di Sungai Petani, 7 bahagian UMNO mendesak Abdullah meletakkan jawatan, 2 bahagian menyokong Abdullah terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri, 2 bahagian lagi berkecuali.

Di Pulau Pinang, 9 bahagian mendesak Abdullah mengundurkan diri, 1 bahagian – Tanjung - berkecuali dan 3 bahagian lagi – Kepala Batas (Bahagian Abdullah), Bukit Mertajam dan Nibong Tebal - menyokong Abdullah terus memimpin negara.

Sementara itu, seorang AJK UMNO Bahagian di Kedah yang menggunakan nama samaran AAH telah mengirimkan komen kepada blog ini pada jam 7.44 petang semalam mengenai pertemuan di Kedah seperti berikut:

Saya berada dalam dewan (perjumpaan di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah) dari mula hingga tamat. Apa yang dapat saya simpulkan ialah: UMNO Kedah tidak lagi mempunyaai keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah dan Mahdzir Khalid. Mereka inilah angkara kekalahan Kedah (dalam PRU12). Mereka (para pemimpin UMNO Kedah) rata-rata berpendapat Abdullah dan mantan Menteri Besar Kedah adalah “pengkhianat” paling besar di Malaysia.

Calon Tanpa Restu

Sementara itu, Utusan Malaysia 11 April 2008, telah memetik Najib sebagai berkata seperti berikut:

SUNGAI PETANI 10 April – UMNO mengenal pasti masalah pemilihan calon yang tidak mendapat restu ketua-ketua UMNO bahagian adalah antara punca calon Barisan Nasional (BN) dikhianati pada pilihan raya umum lalu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, maklum balas yang diterima Jawatankuasa Pengurusan parti dengan pemimpin bahagian menunjukkan ramai di antara mereka melahirkan rasa kecewa kerana tidak dibawa berunding semasa pemilihan calon dibuat.

“Antara perkara pokok yang disuarakan ialah supaya pada masa akan datang, dalam pemilihan calon-calon bertanding, maka proses rundingan dengan bahagian dilakukan dengan cara lebih menyeluruh lagi.

“Kita menerima pandangan ini dan saya akan sampaikan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti nanti,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan parti bersama lebih 150 pemimpin Badan Perhubungan UMNO Kedah di sini hari ini.

Hadir pada majlis tertutup hampir tiga jam itu ialah kedua-dua Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mohd. Ali Rustam. Turut serta Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz; Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib; Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad; Bendahari parti, Datuk Mohd. Azim Zabidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Luahan Perasaan

Najib menjelaskan, pertemuan Jawatankuasa Pengurusan parti dengan UMNO Kedah tersebut diadakan bagi membolehkan pemimpin bahagian meluahkan segala perasaan dan teguran untuk tujuan memulihkan semula parti..

“Pada masa yang sama, pandangan serta teguran yang dibangkitkan oleh mereka itu boleh dikumpulkan sebagai kesimpulan dan seterusnya diangkat untuk pertimbangan parti,’’ katanya.

Tegas Najib, beliau selaku Timbalan Presiden parti juga memberi jaminan akan memberikan pertimbangan ke atas segala cadangan tersebut untuk dilaksanakan sebaik mungkin.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, UMNO tidak akan mengambil tindakan sembarangan terhadap ahli-ahli parti hanya kerana mereka dituduh melakukan salah laku pada pilihan raya lalu.

Bagaimanapun, tegasnya, tindakan tersebut akan diambil setelah perkara tersebut benar-benar terbukti dan telah dirujuk kepada pengurusan parti terlebih dahulu.

“Kalau dalam soal salah laku semasa pilihan raya, mereka beri pandangan bahawa jangan sewenang- wenang ambil tindakan tanpa asas yang kukuh. Pertimbangan yang kita nak buat nanti, mestilah berdasarkan kepentingan parti pada keseluruhan,’’ jelasnya.

Buru Pensabotaj?

Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan masalah mensabotaj parti yang dilakukan oleh ahli UMNO pada pilihan raya umum lalu kepada Lembaga Disiplin parti untuk diambil tindakan.

Menurut Abdullah, perbuatan sabotaj tersebut menyebabkan sebanyak 14 kerusi Parlimen dan 22 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebelum ini merupakan kawasan putih dan dijamin menang, turut terlepas ke tangan parti pembangkang.

Laporan analisis UMNO menunjukkan kemungkinan wujud perbuatan mensabotaj dalam kalangan penyokong dan ahli BN sendiri antaranya di negeri Kedah, Perak dan Selangor yang berjaya ditawan oleh pembangkang.

Komen: Apa yang tidak ditegaskan oleh Najib dalam berita di atas adalah: siapakah yang bertanggungjawab memutuskan calon-calon BN bagi PRU12.

Bagaimanapun, adalah rahsia umum bahawa individu itu adalah Khairy Jamaluddin. Menjelang PRU12, dia telah menjelajah ke sekurang-kurangnya 39 bahagian di seluruh negara untuk memperkenalkan calon pilihannya.

Pada waktu yang sama, fikir-fikirkanlah kenyataan mantan Menteri Penerangan dalam Utusan Malaysia 12 Mac 2008, dengan tajuk Cubaan Golongan Muda Ambil Alih Kepimpinan Gagal, seperti berikut:

Konspirasi Khairy?

KUALA LUMPUR 11 Mac 2008: Bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin mendedahkan ada golongan muda telah membuat percubaan untuk mengambil alih kepimpinan negara secara terurus dan terancang melalui Pilihan Raya Umum Ke-12.

Bagaimanapun, menurut beliau, cubaan untuk membuat perubahan secara drastik tersebut gagal berikutan tsunami politik yang berlaku pada pilihan raya umum itu.

Zainuddin yang diminta menjelaskan dakwaannya itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Sebaliknya beliau meminta wartawan jangan membuat provokasi terhadapnya.

“Saya tidak akan jelaskan dengan lebih lanjut, biarlah pembaca (orang ramai) menilai sendiri kenyataan saya ini,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0312&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Dalam buku saya yang sedang dalam penerbitan berjodol Angkara Dolah Badawi, saya ulas kenyataan Zam di atas seperti berikut:

Siapakah golongan muda yang dimaksudkan dalam kenyataan ini? Adakah berita ini kait-mengait dengan kandungan buku The Toyol Code tulisan saya yang mendedahkan wujudnya konspirasi yang dipercayai dikepalai oleh Khairy, untuk menyediakan blueprint calon-calon PRU12? Dan, bilakah Abdullah akan menafikan kandungan berita di atas? – Ruhanie Ahmad

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising