Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, April 10, 2008

Perkemas pentadbiran kerajaan PR agenda penting

KUALA TERENGGANU, 12 APRIL - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Tok Jiring Kuala Terengganu, semalam berkata prospek menguasai Malaysia amat baik. Umno kini bermain sandiwara dan bertelagah sesama sendiri.

Menunjukkan parti itu menghadapi saat genting kelemahan kuasa selepas kekalahan teruk dalam pilihan raya umum yang lalu walaupun masih menguasai parlimen tetapi dengan majoriti mudah.

Katanya, tidak timbul soal (ahli parlimen Barisan Nasional(BN) lompat parti tetapi terdapat ramai ahli parlimen BN mahu bersama PR bagi menjamin masa depan negara dan rakyat.

Mereka tidak merasa yakin lagi dengan kepimpinan BN yang ada pada hari ini. Anwar berkata PR menumpukan soal memperkemaskan pentadbiran negeri-negeri di bawah muafakat tersebut.

"Kita masih ada masa beberapa bulan (untuk melihat perkembangan soal menguasai Malaysia) dan agenda utama PR sekarang ialah tumpuan kita dalam soal mengemas pentadbiran negeri-negeri di bawah Pakatan rakyat," katanya dalam temubual ringkas sebelum pulang ke Kuala Lumpur selepas melawat Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu petang semalam.

Bila beliau perlu bertanding (selepas sekatan undang-undang sehingga 14 April ini) tidak menjadi persoalan utama tetapi kerja memperkemaskan jentera pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri PR merupa persoalan penting beliau sekarang.

Beliau berkata, Presiden PAS menasihatkan beliau supaya memberi tumpuan dalam soal ini ketika lawatan tersebut.

Anwar mengharapkan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi cepat sembuh supaya beliau terus berkhidmat untuk rakyat dan negara.

Umno jangan biadab!

Rakyat tidak boleh membiarkan tindakan Umno/Barisan Nasional (BN) mengganggu urusan pentadbiran Kerajaan Negeri atau dengan kata lain tidak menghormati prinsip-prinsip federalisme dan mandat rakyat yang telah diberikan dalam pilihan raya umum yang lalu.

Mencampuri urusan perlantikan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di negeri-negeri kerajaan Pakatan Rakyat (PR) termasuk Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor disifatkan sebagai satu pencabulan prinsip federalisme dan seharusnya ada suatu kajian dibuat untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah jika menasabah dan ada peruntukan undang-undang dalam hal yang berkenaan.

Rakyat tidak boleh menyifatkan perkara ini suatu kerja lumrah Umno/BN apabila parti itu tidak berkuasa di sesebuah negeri sudah tentu, parti berkenaan akan bertindak mengacau pentadbiran kerajaan negeri tersebut.

Tindakaan pengacau pentadbiran adalah jenis parti yang tidak ada harga diri dan tidak demokratik, memungkinkan rakyat di negara ini perlu bertindak sesuatu untuk sekali lagi memberi pengajaran secukupnya kepada Umno agar taktik kotor itu tidak lagi berulang dan digunakan untuk melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun kerajaan PR boleh belajar dari Kelantan yang kekal ditadbir di bawah PAS selama 15 tahun sejak 1990 walaupun kacau ganggu berlaku dalam isu perlantikan JKKK. PR seharusnya belajar bagaimanakah parti itu menangani masalah ini.

Ketika PAS memerintah Terengganu (1999-2004), parti itu melaksanakan Manifesto Pilihanraya umum ke 10 dengan melantik Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) bagi menggantikan JKKK.

PAS negeri tersebut bersikap terbuka meminta Pengeruji JKKK dan ahli jawatankuasanya bersedia mengangotai JSR namun demikian seperti yang berlaku sekarang semua ahli jawatankuasa JKKK melepaskan jawatan masing-masing jika dilantik dari menduduki JSR atas arahan pemimpin Umno.

Parti itu tetap menubuhkan JKKK sekaligus merealisasikan penubuhan kerajaan dalam kerajaan oleh Umno yang tidak pernah menghormati mandat rakyat selama ini.

Justeru tindakan sewajarnya perlu diambil dan digembelingkan oleh semua pihak yang terasa hak mereka tercabar dengan tindakan Umno ini supaya dunia politik mesti diwarnai tindakan waras pengamalnya bukan membelakangi sistem yang rakyat berkuasa menentukannya termasuk dalam soal mengurus tadbir masyarakat di peringkat akar umbi.

Umno perlu diajar bersikap beradab bukan biadap seperti yang berlaku sebelum ini dalam banyak kes termasuk menentukan pemilihan JKKK di peringkat akar umbi.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising