Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, April 9, 2008

Perlantikan exco: Geng Idris kecundang di Terengganu?

KUALA TERENGGANU, (MPOO) 9 April -Penentang secara terang-terangan perlantikan Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar sahih tersingkir dari menganggotai Exco Kerajaan Negeri Terengganu apabila Majlis Angkat Sumpah jawatan berkenaan berlangsung di Istana Maziah Kual Terengganu hari ini.
Mereka termasuk Datuk Rosol Wahid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil dan ADUN Bukit Besi, Datuk Din Adam.
Rosol sebagai Setiausaha Perhubungan Umno, sebelum ini membuat kenyataan menentang perlantikan Ahmad sebagai menteri besar Terenggan yang baru menggantikan Dato' Seri Idris Jusoh.
Bahkan Rosol membuat kenyataan memecat Ahmad dari menjadi ahli Umno walaupun yang berhak berbuat demikian Jawatankuasa Disiplin Umno.
Datuk Din Adam dikatakan turut memainkan peranan menentang kepimpinan Ahmad sebagai menteri besar sedangkan ia diperkenan oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang diketuai oleh Yang Di-Pertuanya, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.
Kedua-duanya tidak dilantik sebagai exco kerajaan negeri dipercayai kerana usaha-usaha yang dibuat untuk menolak kepimpinan Ahmad dalam kerajaan negeri Terengganu.
Majlis perlantikan itu disempurnakan oleh Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Muka lama dalam Exco Kerajaan Terengganu yang dilantik semula ialah Adun Teluk Pasu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, Datuk Mohamed Awang Tera (Chukai) dan Toh Chin Yaw (Bandar).
Tujuh muka baru yang dilantik sebagai Exco kerajaan negeri itu ialah Adun Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman; Yahaya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan); Ashaari Idris (Langkap); Datuk Zaabar Mohd Adib (Rantau Abang); Khazan Che Mat (Batu Rakit); Rozi Mamat (Telemong); dan Dr Abdul Rahman Mokhtar (Kuala Besut).
Jika inilah exco yang berjaya dibentuk oleh Ahmad, pergolakan dalaman Umno tidak akan berkesudahan dalam waktu yang terdekat.
Ini kerana menurut satu sumber yang boleh dipercayai Idris kini diberi peranan yang agak besar dalam penguasaan kewangan ke atas negeri Terengganu.
Dipercayai beliau dalam proses dilantik sebagai pengerusi sebuah bank yang bertaraf international yang baru bertukar nama dan bank berkenaan sebelum ini memainkan peranan yang besar menyalurkan Dana Khas dari kerajaan pusat kepada negeri Terengganu.
Justeru, Ahmad mestilah berkompromi dengan kumpulan Idris agar kerajaan Terengganu di bawah kepimpinannya terus dibiayai kewangan oleh kerajaan pusat di saat kerajan itu kehilangan Rm1 billion setahun akibat Umno sendiri merompaknya dari hasil royalti petroleum dan gas di zaman PAS menjadi kerajaan dahulu.
Jika benar Idris dilantik sebagai pengerusi bank berkenaan, ia boleh disifatkan sebagai usaha Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) mententeramkan perasaan Idris akibat kehilangan kuasa sebagai menteri besar Terengganu setelah pihak istana tidak berkenan beliau terus memegang jawatan itu.
Ia juga sebagai membalas jasanya kerana berjaya mempertahankan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Terengganu dengan majoriti dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di saat Pak Lah sendiri gagal mempertahankannya di peringkat parlimen dan Pulau Pinang, negeri Presiden Umno itu sendiri.
Jika ia menjadi kenyataan pembangunan kroni Pak Lah dan Idris termasuk Monsoon Cup, Masjid Kristal, Masjid Hadhari dan Tamaddun Ilmu di Besut akan terus dilaksanakan sama ada secara terpaksa atau rela hati.
Ahmad terpaksa membelakangkan kehendak rakyat seluruh negara bahawa projek yang menelan belanja besar dan bukan untuk kepentingan rakyat sepenuhnya akan diketepikan kerana ia suatu yang telah dirancang sebelum ini oleh bekas menteri besar Terengganu itu.
Pak Lah sendiri berkata, beliau akan meneruskan pembangunan yang dirancang dan dijanjikan kepada rakyat. Suatu ucapan yang boleh diterima tetapi mungkin ia berubah sekelip mata, suatu yang tidak mustahil kerana perdana menteri itu pernah mengubah kenyataan dan pendirianya dalam banyak kes sebelum ini.
Ini termasuk kes tarikh pembubaran parlimen, perlantikan menteri besar Perlis dan Terengganu.
Ahmad sendiri pernah bercakap serupa dengan Pak Lah mengenai soal perlaksanaan projek mewah di Terengganu ketika diwawancara oleh wartawan beberapa akhbar 'mainstream' sebelum ini.
Satu ketika beliau menjelaskan bahawa projek berkenaan termasuk Monsoon Cup dan Masjid Kristal di Pulau Wan Kuala Terengganu akan diteruskan sementara satu kenyataan kemudiannya menunjukan bahawa beliau akan mengkaji semula projek mewah di negeri itu sejauhmana ia memberi manfaat kepada rakyat negeri berkenaan.
Ahmad diyakini akan berada dalam keadaan sukar apabila sumber kewangan negeri Terengganu benar-benar dikuasai oleh musuh politiknya dalam Umno iaitu Idris Jusoh.
Melainkan Idris ikhlas sedia membantu kewangan negeri itu tanpa sebarang syarat. Walaupun permusuhan Idris dan Ahmad tidak serupa dengan pertentangan ideologi politik antara Umno dan PAS namun dalam kes jawatan mentari besar mungkin lebih teruk dari itu.
Ia berkaitan dengan maruah seseorang dan kredibilitinya di kalangan rakyat umum negeri tersebut.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising