Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, April 8, 2008

Pak Lah dah nak mengalah?

"Saya tidak pegang jawatan lama daripada yang sepatutnya," kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi.

"Saya akan bersara satu hari nanti tetapi saya tidak akan berhenti dalam keadaan politik sekarang. Saya akan bersara satu hari nanti, ini sudah pasti. Saya tidak akan memegang jawatan lebih lama daripada yang sepatutnya.

"Tetapi ada beberapa perkara yang saya mahu lakukan sekarang. Saya tidak boleh berhenti pada ketika parti dalam keadaan begini. Saya tidak boleh berhenti pada ketika kami sedang menyiapkan pelaksanaan projek pembangunan. Kami telah pun berjanji kepada rakyat. Kami akan melakukannya.

"Saya tidak akan memegang jawatan bertahun-tahun lamanya. Sudah tentu tidak," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan para pemimpin Barisan Nasional Sabah di Kota Kinabalu sebagaimana dilaporkan Bernama.

Kenyataan ini dari segi politiknya merasakan bahawa beliau tidak yakin dapat berkhidmat dengan lebih baik sebagai Perdana Menteri dalam jangka masa yang agak lama memandangkan prestasi menurun Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang lalu.

BN menang cemerlang menguasai dua pertiga kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke 11 2004 sejurus beliau mengambil alih teraju BN dan negara selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya dalam kabinet dan Umno/BN.

Rakyat menyangka orang yang dianggap 'mister clean' ketika itu boleh mengurus negara dengan berjaya tetapi harapan itu tinggal harapan selepas kemenangan itu sehingga BN diajar kalah beberapa negeri dan tidak berjaya mendapat dua pertiga kerusi parlimen dalam pilihan raya umum ke 12, 8 Mac lalu.

Siapa Abdullah Ahmad badawi (Pak Lah) sebenarnya diketahui umum apabila pentadbiran negara di bawah kuasanya, kebanyakannya dipengaruhi oleh menantu sendiri Khairy Jamaluddin, Timbalan Ketua PergerakanPemuda Umno.

Tun Dr. Mahathir dalam kebanyakan ceramah di banyak tempat sinis dengan penguasaan Khairy itu.

Dr. Mahathir sering berucap mendakwa Pak Lah didalangi oleh manusia di tingkat empat Putrajaya yang mengandungi pejabat Khairy.

Yang menjadi kemarahan rakyat ialah pelaksanaan pembangunan tidak seimbang dan bersifat kroni, mendorong rakyat menolak BN di bawah Pak Lah dalam pilihna raya lalu.

Pak Lah berkata oa sabotaj dari ahli Umno/BN sendiri termasuk kaum Cina dan India. JIak benar pun siapa yang mahu menyokong BN dalam keadaan parti itu lemah mentadbir negara.

Kemampuannya terus memimpin negara diragui, apabila pembangunan yang laksanakan sudah lari dari dasar untuk kepentingan rakyat berbilang kaum.

Cakap-cakap mahu pembangunan itu terus dilaksanakan sudah muak di dengar rakyat. Rakyat memahami bahawa sesiapapun memerintah negara hatta komunis sekalipun sudah menjadi tanggungjawabnya melaksanakan pembangunan untuk rakyatnya.

Lihat sendiri negara China walaupun ditadbir oleh parti komunis, pembangunan infrastrktur berjalan seperti biasa. Tidak ada halangan yang boleh menyekatnya untuk berbuat demikian kerana kerajaan negara itu berkuasa dan mempunyai wang untuk berbuat demikian.

Begitu juga di Malaysia. Pembangunan di negeri pembangkang akan berjalan seperti biasa bahkan lebih baik dari kerajaan di bawah pentadbiran Umno/BN. Selagi kerajaan tersebut ada wang, mereka akan merancang dan melaksanakan pembangunan lebih baik dari Umno.

Melainkan wang mereka dirompak oleh Umno seperti yang berlaku di zaman pemerintah PAS di Terengganu dahulu (1999-2004). Ia sedikit membantutkan pelaksanaan pembangunan insfrastruktur dengan peruntukan kewangan terhad akibat rampasan royalti petroleum dan gas yang didalangi oleh Umno Terengganu.

Kempen pembangunan adalah modal lama Umno dan orang yang seperti Pak Lah yang masih berada di kerusi Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Yang amat mendukacita rakyat ialah untuk apa pembangunan yang dibuat. Adakah untuk kepentingan rakyat atau untuk hanya sekadar bermegah-megah sedangkan rakyat tidak berubah kehidupan mereka.

Dipercayai jika Umno masih memegang tapuk pemerintahan negara apa lagi Pak Lah masih menjadi Perdana Menteri, pembangunan dilaksanakan akan terus bersifat 'stereotype' sejak 50 tahun Umno menerajui negara.

Rakyat sekarang bukan lagi bebal pengetahuan dengan corak pembangunan yang dibuat kerajaan BN terutama masalah perumahan sebagai contoh. Dengan sistem pemerintahan yang ada ramai pembeli rumah menghadapi masalah apabila banyak projek perumahan tidak siap mengikut jadual terutama yang dikendalikan oleh pihak swasta.

Satu sistem pembangunan perumahan negara bersifat mesra pengguna perlu diwujudkan dan diperkasakan bagi menyelesaikan permasalahan perumahan terbengkalai akibat kecuaian pihak pemaju.

Dipercayai sudah ada peraturan pembeli membayar selepas rumah disiapkan tetapi sejauhmanakah ia berjaya dilaksanakan masih dalam keraguan.

Masih kedengaran sungutan dari pihak pembeli di Selangor umpamanya. Mereka sudah habis bayar harga rumah yang dibeli kepada pihak bank tetapi rumah mreka masih belum siap.

Ini belaku ketika BN memerintah negara tidak kira zaman Pak Lah atau zaman siapa menjadi perdana menteri. Ia tidak berkesudahan dan perkara ini dipercayai diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat (PR) sekarang.


Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising