| Badan Pencegah Rasuah (BPR) boleh menjalankan siasatan terhadap sesiapa sahaja, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad jika ada bukti terhadap tuduhan itu, lapor Malaysiakini.com.
Terserah pada BPR Jalankan inkuiri Param menggesa siasatan dijalankan terhadap Dr Mahathir berhubung campur tangannya dalam siasatan BPR pada 1998 seperti didedahkan oleh bekas ketua pengarah BPR Datuk Shafee Yahya dalam perbicaraan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. KOMENTAR PENDEK -Suhaimi Taib Siasat jangan tidak siasat. |
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)
Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.
Monday, April 7, 2008
BPR siasat Mahathir jika ada bukti
Tindakan Disiplin Akan Diambil Ke Atas Anggota Umno Yang Sabotaj BN Pada P/raya Umum Lepas
Perdana Menteri berkata berdasarkan analisis parti, beberapa kerusi itu merupakan kawasan putih atau selamat yang sepatutnya dimenangi dan sekali gus memberi kemenangan dua pertiga kepada BN.
Katanya BN juga mengalami kekalahan di negeri Kedah dan Perak di tangan gabungan parti pembangkang akibat sabotaj dalaman di 22 kawasan DUN yang dikenal pasti sebagai selamat.
"Jika tiada masalah ditimbulkan (oleh anggota Umno) di dalam negeri-negeri berkenaan, 14 kawasan Parlimen dan 22 kerusi DUN yang dikenal pasti selamat, kita sepatutnya menang lebih dua pertiga, tidak hilang Kedah dan Perak," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penerangan bersama Presiden Umno untuk jentera penerangan parti dari seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari Ahad.
Abdullah ketika ditanya mengapa ada anggota sanggup mensabotaj calon daripada parti sendiri sehingga mengakibatkan BN gagal memperolehi kemenangan dua pertiga, enggan mengulas lanjut.
Abdullah berkata beliau tidak perlu menyatakan sebab-sebab anggota terbabit bertindak demikian pada masa ini, sebaliknya akan memberi maklumat yang diperlukan kepada Jawatankuasa Disiplin Umno untuk diambil tindakan sewajarnya.
"Perbuatan mereka amat dikesali," kata beliau sambil menegaskan bahawa kemenangan BN pada pilihan raya umum lepas (dengan memperolehi 140 daripada 222 kerusi Parlimen) menunjukkan bahawa rakyat masih mahu beliau dan BN meneruskan usaha membangunkan negara.
Merujuk kepada prestasi BN pada keseluruhannya pada pilihan raya umum lepas Abdullah berkata beliau menganggapnya sebagai tanda rakyat mengingatkan kerajaan bahawa apa yang dilakukan setakat ini belum mencukupi.
"Oleh demikian, kita akan memperkukuhkan semula parti dan memperbaiki lagi pemerintahan," kata beliau sambil mengulangi: "Saya tidak akan lari dari tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan."
Abdullah yang sebelum ini menegaskan bahawa beliau akan terus menerajui kerajaan dan Umno, berkata perkara itu merupakan antara intipati penerangan beliau kepada jentera penerangan parti pada majlis penerangan tersebut dan beliau mahu mereka menyampaikan mesej ini ke peringkat akar umbi parti.
Abdullah berkata beliau juga menimbulkan pada majlis itu, yang berlangsung lebih dua jam, pelbagai tuduhan terhadap kepimpinan beliau.
"Ada pihak mendakwa kononnya tiada kebebasan (dalam parti dan kerajaan) dan semua orang takut untuk menyuarakan pendapat dan pandangan. Tapi ada pula kata saya ini lembik, kenapa pula mereka takut (pada orang lembik)?" kata beliau.
Perdana Menteri juga berkata tuduhan sesetengah pihak bahawa kononnya menantu lelaki beliau Khairy Jamaluddin merupakan orang yang "menentukan segala-galanya" dilakukan oleh mereka yang suka membuat tuduhan tanpa batasan dan bersikap "terus menghentam" sahaja.
Katanya, bagaimanapun beliau mendapati anggota-anggota Umno sudah mulai berani bersuara memberi pandangan terhadap pihak-pihak yang melemparkan tuduhan dan kritikan terhadap parti dan kepimpinan kerajaan.
Abdullah berkata rakyat sebenarnya tidak dapat menerima anggota Umno terus bersengketa sesama mereka dan mahu parti itu meneruskan usaha-usaha untuk menjayakan apa yang telah dijanjikan kepada mereka semasa pilihan raya secepat mungkin.
-- BERNAMA
Amanat Abdullah Menjadi Panduan Proses Perubahan Pulih Keyakinan Rakyat Kepada Umno
Timbalan Perdana Menteri berkata amanat itu juga adalah ucapan ikhlas Abdullah yang juga Perdana Menteri kepada akar umbi.
"Satu ucapan begitu ikhlas untuk luahkan perasaan beliau sebagai presiden parti, dan ia telah memberikan panduan kepada kami bagaimana nak susun proses perubahan bagi kembalikan keyakinan rakyat.
"Jadi berbekal dengan amanat presiden itu, kami akan menggerakkan jentera parti ke arah proses pemulihan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penerangan bersama Presiden Umno yang dihadiri oleh jentera penerangan parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Najib berkata jawatankuasa pengurusan parti yang diketuainya, akan turun mulai Selasa ini berjumpa dengan kepimpinan bahagian dan negeri untuk mendapat maklum balas serta memberikan penerangan mengenai amanat yang disampaikan oleh Abdullah hari ini.
Sebelum ini, Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jawatankuasa itu akan turun ke negeri-negeri yang tidak dikuasai BN termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, sebelum ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ke negeri-negeri lain.
Sementara itu, anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Khaled Nordin berkata penjelasan Presiden Umno mengenai punca pretasi merosot BN kali ini serta usaha untuk memulihkan parti disambut baik oleh lebih 1,000 pemimpin dari Bahagian Umno yang hadir.
"Ahli Umno sambut baik penjelasan dan punca-punca serta masalah yang dihadapi. Kami juga disuntik dengan semangat supaya BN lebih bersedia dalam menghadapi pilihan raya yang akan datang," kata Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi.
Dewan itu penuh sesak hingga banyak yang terpaksa berdiri kerana tidak mendapat tempat duduk manakala ramai yang tidak dapat masuk, terus menunggu di luar dewan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed pula berkata ucapan penerangan Perdana Menteri selama lebih sejam itu membolehkan anggota parti mengetahui tindakan yang perlu diambil untuk memulihkan parti.
"Kami juga dinasihatkan supaya bersatu semula dan bukannya untuk berbalah sesama sendiri mengenai keputusan pilihan raya yang lalu," kata Mustapa yang juga merupakan anggota Majlis Tertinggi Umno.
Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh pula berkata anggota Umno yang hadir hari ini menerima baik fakta sebenar yang dinyatakan oleh Abdullah dan kembali bersemangat untuk menguatkan Umno.
"Kami perlu mengorak langkah ke hadapan dan guna mandat yang diberikan rakyat untuk terus berkhidmat untuk rakyat, kami dah dapat mandat, tak perlu bersifat sebagai satu yang kalah.
"Kami kalah di beberapa negeri tetapi kami masih menang dan jadi pilihan rakyat di tempat yang lain," katanya.
Pengerusi Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali pula berharap semua anggota Umno akan merapatkan semula perpaduan dalam kalangan mereka dan menumpukan usaha untuk memperkukuhkan semula parti selepas penerangan diberikan presiden parti.
"Bagi Umno Perak, yang penting ialah ahli-ahli Umno sendiri perlu perkukuhkan parti bagi memastikan kemenangan yang akan datang," katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata majlis hari ini berakhir tanpa sebarang soalan dikemukakan oleh para hadirin hadirin kepada presiden parti kerana mereka cukup berpuashati dengan penerangan dan amanat yang disampaikan oleh Abdullah mengenai pelbagai isu yang membelenggu parti sejak pilihan raya 8 Mac lepas yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan penguasaan lima negeri.
"Biasanya selepas majlis ini akan ada ucapan (soalan) tetapi semua kata tadi bahawa penerangan dan ucapan yang dibuat presiden sangat menyentuh perkara-perkara pokok dan hampir semua mendengar ucapan Pak Lah dari mula sampai habis.
"Dan mereka kata tak perlu soalan. Jadi kepada saya ini bermakna bahawa penerangan yang diberi Presiden Umno amat mereka terima dan amat mereka rasa bahawa itu jawapan dan penerangan yang tepat," katanya.
Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar berkata sikap ini menunjukkan keikhlasan anggota dan pemimpin Umno yang hadir bahawa mereka menerima segala penerangan presiden parti dengan cara yang baik mengenai sebab di sebalik kekalahan yang berlaku dan langkah mengatasi segala kepincangan yang wujud.
Bagi Ketua Bahagian Umno Marang Datuk Abdul Rahman Bakar berkata penjelasan yang diberikan Abdullah memang tepat pada masanya bagi mengelakkan kekeliruan dengan tohmahan beberapa pemimpin ke atas pucuk pimpinan parti.
Abdul Rahman berkata penerangan dan penjelasan perlu dibuat secara terus-menerus hanya oleh presiden parti serta anggota Majlis Tertinggi dan pengerusi badan perhubungan Umno negeri.
"Saya percaya krisis, kemelut atau kecelaruan di kalangan anggota parti akan lenyap dan ia akan menjadi satu penawar serta hikmah bagi memperkukuhkan jentera dan parti secara keseluruhannya," katanya.
-- BERNAMA
Anwar mahu ke Sabah, Sarawak
PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bercadang ke Sabah dan Sarawak, tidak lama selepas lawatan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menguatkan lagi spekulasi awal bahawa wujud keresahan politik dalam kalangan ahli parlimen BN, lapor Malaysiakini.com.
"Insya Allah saya akan ke sana dalam masa terdekat," katanya hari ini, menjawab pertanyaan seorang pengunjung blognya kelmarin.
Pengunjung itu yang dikenali Datuk Halik Zaman mengharapkan "amanat yang segar" daripada bekas timbalan perdana menteri itu kepada barisan pemimpin PKR Sabah yang, menurutnya, "kurang arif dengan istilah 'hikmah muafakat' dalam PKR."
"Agar tidak ada lagi orang-orang Sabah berani menulis poster dengan tulisan PKRS (Parti Keadilan Rakyat Sabah)," tulis pengunjung itu 3 April.
"(Keadaan) ini mungkin kerana sebilangan pemimpin parti masih ada lagi kurang arif tentang istilah PKR," katanya lagi, "lalu mengadakan 'jurang perbezaan antara Sabah dan Semenanjung' maka timbullah PKRS."
Anwar menambah, melalui coretan ringkas di blognya, banyak liputan media menyatakan beliau ke Kota Kinabalu dan Kuching sesudah pilihanraya umum ke-12.
"Walhal saya belum pun ke sana. (ketawa) Siapa gerangan pelanduk dua serupa?" katanya.
Malaysia timur mula menjadi perhatian selepas pilihanraya umum 8 Mac susulan ura-ura sebahagian wakil rakyat BN akan melompat kepada parti-parti pembangkang.
BN Sabah dan Sarawak juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan pengagihan jawatan dalam kabinet.
Dua ahli parlimen Sabah meninggalkan jawatan timbalan menteri yang ditugaskan kepada mereka, sementara dua wakil rakyat BN Sarawak menimbulkan kegemparan apabila tersebar khabar angin mereka telah keluar parti sebagai membantah barisan kabinet 2008.
Anwar sendiri menyatakan beliau berhubung dengan wakil-wakil BN di Malaysia timur dalam rangka mengalih sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Abdullah baru-baru ini ke Kuching, antaranya, dipercayai untuk meredakan ura-ura usaha melompat parti.
BN Sarawak kemudiannya menyatakan kesetiaan bersama Perdana Menteri dan tidak akan berpindah sokongan kepada pembangkang.
Semuanya ini gara-gara tersebar berita bahawa pembangkang berusaha "membeli" 30 wakil BN untuk mencapai jumlah majoriti dua pertiga - dan sekali gus membentuk kerajaan persekutuan.
BN menang di 140 kerusi parlimen, manakala PKR (31), DAP (28) dan PAS (23).
KOMENTAR PENDEK -Suhaimi Taib
Saya bimbang dengan tindakan BN membeli wakil rakyat PKR atau DAP. Mungkin BN boleh berjaya membeli mereka. Jika demikian harapan untuk PR kuasai Malaysia berkecai. Awas jual beli politik...
'Live' Dari Parlimen
ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA
Beliau, yang juga presiden Umno, diminta mengulas desakan para aktivis dan pemimpin pembangkang supaya Dr Mahathir didakwa di mahkamah atas dakwaan menyalahgunakan kuasa sepanjang 22 tahun pentadbirannya.
"Ini adalah pendekatan yang kita ambil... dan pendekatan ini adalah untuk semua," kata perdana menteri lagi.
Shafee memberitahu mahkamah pada 2000 bahawa Dr Mahathir telah mengarahkannya supaya menutup siasatan terhadap seorang pegawai tinggi kerajaan di Jabatan Perdana Menteri.




