Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, April 5, 2008

BN S'gor bentuk exco bayangan

4 APRIL - Malaysiakini.com melaporkan wakil-wakil rakyat BN Selangor mengumumkan pembentukan 'barisan exco bayangan' khusus untuk memastikan exco kerajaan negeri campuran PKR, DAP dan PAS - menjalankan tugas dengan baik.

Barisan exco bayangan ini terdiri daripada 16 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dilantik menganggotai Jawatankuasa Pembangkang Selangor
yang diketuai Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo selaku ketua pembangkang.

"Kami telah setuju untuk menjaga semua exco yang ada hari ini supaya menjalankan tugas dengan baik.

"Selain Ketua Pembangkang, kami turut melantik timbalan ketua pembangkang, setiausaha dan bendahari," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan wakil-wakil rakyat BN negeri itu di Shah Alam hari ini.

"Exco bayangan ini juga mempunyai timbalan masing-masing dan dikehendaki mengemukakan soalan mengikut tugas dan portfolio mereka pada setiap persidangan Dewan Undangan Negeri," kata Dr Mohamad Khir yang juga Adun Sungai Panjang.

Menurut Bernama, timbalan ketua pembangkang ialah Datuk Marsom Paing (Adun Dengkil)

Tiada diskriminasi di Wilayah

Malaysiakini.com melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan memberi jaminan tiada amalan diskriminasi di kawasan-kawasan parlimen yang dimenangi parti pembangkang.

zulhasnan rafique ft minister pc 260308 03"Kita akan tentukan pembangunan di kawasan-kawasan berkenaan dilaksanakan dengan sama rata," kata Datuk Zulhasnan Rafique selepas pertemuan dengan semua ahli-ahli parlimen di Wilayah Persekutuan, termasuk Putrajaya dan Labuan.

"Kita tidak akan melakukan diskriminasi terhadap kawasan-kawasan itu dan memberi perhatian pada masalah yang dikemukakan oleh ahli-ahli parlimen di kawasan masing-masing."

Pertemuan selama dua jam itu diadakan di bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bermula 10 pagi tadi.

Bagaimanapun tiga ahli parlimen pembangkang tidak hadir - ketua penerangan PKR Tian Chua (Batu), menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak) dan Dr Tan Seng Giaw (Kepong).

Di Kuala Lumpur, DAP, PKR dan PAS menguasai 10 daripada 11 kerusi parlimen, sementara BN berjaya mengekalkan Setiawangsa - dimenangi Zulhasnan.

Putrajaya dan Labuan masih di tangan BN.

Bercakap kepada wartawan selepas pertemuan tersebut, ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong (duduk tengah) mendakwa, banyak isu yang berkaitan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibangkitkan tetapi "tiada respons" dari menteri.

"Orang ramai membuat aduan mengenai isu-isu seperti penjaja asing di Jalan Petaling di ibu negara dan isu-isu lain termasuk penebangan pokok di tepi jalan.

zulhasnan pakatan dbkl 040408 lo ghazali tan kok wai"Kami juga membawa isu dakwaan yang paling popular dalam DBKL iaitu mengenai rasuah dalam pihak berkuasa tempatan itu," katanya.

Wee berkata, mereka juga membangkitkan isu pembangunan yang dijalankan di Kuala Lumpur kerana didakwanya tidak mengambil kira pandangan orang ramai.

Katanya, berikutan itu, Zulhasnan memberitahu mereka bahawa DBKL akan membuat pendengaran awam untuk mendapatkan pandangan orang ramai.

"Saya dan ahli-ahli parlimen lain juga bertanyakan mengenai penswastaan khidmat mengangkut sampah dan pembersihan ibu kota yang diberikan kepada Alam Flora.

"Kita hendak tahu proses penswataan tersebut, cara kontrak diberikan dan berapa lama lagi tempoh kontrak Alam Flora," katanya lagi.

Wee juga memberitahu, ahli-ahli parlimen pembangkang mencadangkan pemilihan langsung Datuk Bandar Kuala Lumpur dan bukannya pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong seperti sekarang.

Bagaimanapun, menurutnya, Zulhasnan kurang bersetuju terhadap cadangan tersebut.

zulhasnan pakatan dbkl 040408 pakatan mpsManakala ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai membangkitkan isu pelantikan ahli majlis penasihat DBKL kerana menurutnya kebanyakannya adalah penyokong BN.

"DBKL kata ahli majlis penasihat terdiri daripada golongan profesional tetapi kami mendapati ada juga yang bukan profesional," katanya.

Selain perkara tersebut, ahli-ahli parlimen pembangkang juga membangkitkan isu mengapa DBKL tidak melayan penjaja di kawasan pembangkang.

Tan berkata, mereka mencadangkan DBKL supaya mengeluarkan lesen kepada penjaja yang berniaga secara haram melainkan di kawasan-kawasan yang mendapat bantahan di kalangan penduduk setempat.

"Saya juga menegur DBKL kerana mengambil tindakan yang keras terhadap penjaja selepas pilihanraya umum lalu kerana ia seolah-olah sebagai mahu membalas dendam," katanya.

Dalam pertemuan itu, Tan juga mencadangkan supaya Kementerian Wilayah Persekutuan dimansuhkan kerana merugikan wang rakyat dan pertindihan tugas.

"Kementerian ada pejabat di Putrajaya dan DBKL, Kita mahu ia diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM)," tambahnya.

Katanya, kementerian tersebut pernah dimansuhkan pada tahun 1990 tetapi dihidupkan semula pada 2004.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali pula mendakwa, ada kemudahan awam di Kuala Lumpur yang digunakan oleh BN/Umno tetapi diselenggarakan oleh DBKL.

zulhasnan pakatan dbkl 040408 zulhasnan saravananBeliau berkata, pihaknya akan menyenaraikan kemudahan awam yang digunakan oleh BN/Umno supaya menteri melihatnya sendiri.

"Saya juga telah membangkitkan mengenai kebanjiran penjaja asing di kawasan-kawasan tertentu sehingga menjejaskan peluang penduduk tempatan.

"Saya juga menimbulkan mengenai kenaikan bayaran saman ke atas motosikal dari RM10 kepada RM100 kerana ia membebankan golongan berkenaan.

"Zulhasnan dalam jawapannya berkata, DBKL akan mengkaji perkara tersebut," kata Dr Lolo lagi.

Zulhasnan juga berkata, kementeriannya akan mengadakan persidangan meja bulat untuk semua ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan selama tiga hari mulai 17 April depan bagi membincangkan secara mendalam masalah-masalah yang berlaku sekarang.


Saya Mahu Kembalikan Sokongan Generasi Muda, Kata Mukhriz

KUALA LUMPUR, 4 APRIL - Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno sebagai menyahut seruan ketua pergerakan itu Datuk Hishamuddin Tun Husein.

Bernama melaporkan Anggota Parlimen Jerlun itu sebagai berkata tujuan beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno adalah untuk mengembalikan sokongan generasi muda kepada pergerakan itu.

Beliau berkata pada masa sama beliau mahu beberapa perkara termasuk sindrom takut bercakap dan tidak memberi tumpuan kepada perkara yang penting yang dibentangkan di dalam mesyuarat exco diatasi.

"Apa yang dibuat Pemuda selama ini dilihat tidak menepati aspirasi golongan muda dan masalah ini kita kena beri perhatian.

Sebelum ini sifat takut bercakap dalam mesyuarat exco, perkara penting dianggap remeh dan perkara remeh diberi perhatian penting juga masalah kita.

"Kita patut bermuhasabah mengenai perkara ini.

Ini kita dapat lihat bukti semasa pilihan raya umum bahawa undi golongan muda berkurangan untuk Barisan Nasional dan juga Umno," katanya kepada Bernama apabila ditanya mengenai punca beliau menawarkan diri bagi merebut jawatan itu.

Mukhriz yang juga Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan pergerakan itu berkata sindrom takut bercakap itu ada hubungkait dengan kenyataannya pada Perhimpunan Agung Umno pada 2006 di mana beliau dibidas oleh barisan Pemuda sendiri disebabkan perkara itu.

Anak bekas Perdana Menteri dan presiden Umno itu dipetik berkata bahawa ucapan dasar presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mengandungi idea baru dan ia menimbulkan kemarahan barisan kepimpinan Pemuda Umno kerana ia dianggap memperlekehkan Abdullah.

Setakat ini, Mukhriz dan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, menyatakan kesediaan untuk bertanding manakala Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Azimi Daim menyatakan minat tetapi mahu menunggu respons pucuk pimpinan sebelum membuat sebarang keputusan.

Ketua Umno Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin yang sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bertanding, hari ini berkata beliau belum mahu membuat sebarang keputusan mengenainya.

Ditanya mengenai ramai yang bakal menawarkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda Mukhriz berkata ia tidak menjadi masalah kerana ia menunjukkan amalan demokrasi yang subur dalam parti.

"Pernah ada pertandingan enam hingga tujuh penjuru dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda. Ia memberi pilihan kepada anggota pemuda membuat pilihan," katanya.

Mukhriz juga tidak setuju dengan andaian bahawa pertandingan menyebabkan perpecahan dalam pergerakan itu.

Katanya, apa yang menyebabkan perpecahan ialah amalan berkempen yang tidak berhemah.

Umno Paya Besar minta semua MT Letak Jawatan

Umno Paya Besar Mahu Semua Anggota MT Letak Jawatan

KUANTAN, 4 APRIL- Umno menerima satu lagi tamparan hebat apabila Ketua Bahagian Umno Paya Besar Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman meminta semua anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno meletak jawatan berikutan prestasi buruk Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

"Saya bercakap atas kapasiti sebagai Ketua Umno bahagian, bukannya sebagai Setiausaha Umno Negeri Pahang, Umno bahagian Paya Besar mahu semua ahli Majlis Tertinggi meletakkan jawatan," katanya malam ini.


Bernama melaporkan beliau berkata langkah itu sejajar dengan Fasal 9.11 Perlembagaan Umno bahawa jika semua ahli MT meletakkan jawatan, maka Perhimpunan Agung Khas bagi menubuhkan semula MT perlu diadakan dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari.

Beliau berkata semua ahli MT perlu berbuat demikian bagi membolehkan perhimpunan Agung Khas itu diadakan.

Ahmad Tajuddin sebelum ini merupakan anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Lepar. Beliau bagaimanapun tidak dipilih semula untuk bertanding di kawasan tersebut pada pilihan raya umum lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, calon BN Mohd Shohaimi Jusoh menewaskan calon PKR Khazizi Ahmad dengan majoriti 4,163 undi.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising