Di sebuah hotel di Kuala Lumpur, seorang ketua pemuda Umno dihalau dan diheret keluar ala gangster dari forum anjuran kumpulan penyokong parti (Geng Mahathir) ketika beliau cuba membangkitkan persoalan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Presiden parti itu, lapor malaysiakutercinta.blogspot.com.
Belum sempat menghabiskan pertanyaannya,ketua pemuda itu Hasnizan Adham disorak kuat sehingga gagal bersuara lagi di tengah-tengah laungan "keluar, keluar".
Kira-kira 1,000 penyokong parti itu menyertainya - termasuk 300 di luar dewan dan lobi hotel. Suasana tidak menentu dan hingar-bingar selama beberapa minit sehingga peserta-peserta yang berang dengan soalan itu, termasuk menjerit-jerit dan memaki hamun, berjaya ditenangkan.
Pihak penganjur yang kesal dengan kejadian itu berkata jika keadaan semakin buruk, mereka tidak akan menganjurkan lagi program seumpama itu pada masa depan.
Cabaran Presiden PAS di Stadium Melawati, Selangor perlu disahut dan lihatlah apa kebaikannya lahir dari penyertaan tersebut demi kebaikan semua pihak khususnya rakyat dan negara Malaysia amnya.
Suasana tegang mula kedengaran sewaktu Dr Mohd. Khir Toyo memberikan jawapannya, mengulas isu-isu di Selangor.
Nama Anwar juga muncul sewaktu Dr Mohd Fuad Sarkashi menceritakan pengalaman Dr Mahathir cuba menganalisis ketewasan Umno pada pilihanraya umum ke-10.
Menurut ahli parlimen Batu Pahat itu, bekas presiden Umno memanggil mesyuarat tertutup yang dihadiri sekumpulan kecil pemimpin atasan dari setiap negeri, termasuk beliau sendiri dan membentangkan pandangannya.
Katanya, Dr Mahathir mengakui secara jujur bahawa bekas timbalannya itu menjadi faktor utama kemerosotan teruk undi Umno, selain parti itu kehilangan pengaruh dari kalangan pengundi muda, kakitangan kerajaan dan ulama.
Ini menunjukkan bahawa Umno dan ahlinya gagal membuat pertimbangan sewajarnya untuk menangani kegagalan parti itu memikat hati pengundi supaya parti berkenaan boleh kekal berkuasa dengan selesa.
Peristiwa di hotel terbabit menggambarkan betapa Umno dan ahlinya semacam hilang punca untuk menyelesaikan masalah dalam parti, sehingga tidak semena-mena menghalau ahlinya yang cuba bersuara dan mengemukakan pendapat.
Sepatutnya Umno mendengar apa sahaja luahan rasa ahlinya untuk membuat penilaian dan berusaha mengatur langkah selepas itu.
Namun dengan menghalang ahli bercakap bahkan menghalau keluar dari majlis kerana pendapat yang membabitkan cadangan kemasukan semula Dato' Seri Anwar dalam Umno, ia suatau tindakan tidak demokratik dan tidak bijak.
Jika Umno mahu melihat parti itu terus relevan, dengarlah suara hati ahlinya jangan cuba membuat halangan tertentu sehingga penilaian secara menyeluruh tidak dapat dibuat bagi mencari jalan penyelesaian kemelut kegagalan mendapat simpati rakyat dalam pilihan raya umum ke 12, 8 Mac lalu.
Bertindak secara emosional menghalau ketua pemuda Umno itu, menujukkan bahawa Umno tidak kenal amalan demokrasi dan tidak pandai menganjurkan forum yang berkesan.
Jadi terlalu banyak kelemahan Umno sejak akhir-akhir ini sehingga boleh dirumuskan bahawa Umno sudah hilang pertimbangan dalam banyak perkara.
Sikap biadap ahlinya menghalau peserta yang juga ahli Umno, menunjukkan bahawa benarlah dakwaan mengatakan bahawa Umno sudah bengkrap idea untuk menerajui politik orang Melayu.
Apa pun cadangan agenda baru dibuat kali ini akan diibaratkan sebagai tikus membaiki labu sahaja. Kepimpinan Umno dari atas sehingga ke akar umbi lemah dan tidak berwibawa kerana kepimpinan rakyat sudah tidak bersama dengan Umno lagi.
Yang ada dalam Umno ialah manusia-manusia yang berkepentingan diri sendiri dan keluarga mereka bukan manusia yang mengutamakan kepentingan rakyat lebih dari segala-galanya.
Nah, rakyat manakah mahu percaya lagi kepada Umno? Justeru pembentukan Pakatan Rakyat (PR) merupakan satu formula baru bagi menangani krisis ini. Umno perlu bersama pakatan itu jika mahu survival politiknya berterusan dipertahankan.
Umno perlu menyahut cabaran Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Stadium Melawati, Selangor baru-baru ini suaya menyertai pakatan tersebut demi kebaikan semua pihak dan rakyat Malaysia amnya.-SUHAIMI TAIB