Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, April 3, 2008

PM tolak idea Lim guna wang minyak

Malaysiakini.com melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menolak cadangan ketua menteri Lim Guan Eng supaya wang Petronas digunakan untuk membina jambatan kedua Pulau Pinang.

"Beliau berkata tidak boleh kerana ada beberapa subsidi dan komitmen lain yang mereka sedang rancang," kata Lim selepas pertemuan rasmi sulungnya dengan Abdullah selepas menjadi ketua menteri ekoran kemenangan barisan pembangkang pada 8 Mac lalu.

lim guan eng and abdullah ahmad badawi meeting 030408 03"Sudah tentu saya rasa sebaliknya, iaitu ia (projek itu) masih perlukan (dana Petronas), walaupun tidak (dibiayai) sepenuhnya, tetapi sebahagiannya, kerana kos jambatan tersebut - menurut beliau - telah meningkat agak banyak," tambahnya.

Beliau berkata, perdana menteri berjanji untuk mengurangkan kosnya supaya tidak membebankan penggunanya nanti.

Lim sebelum ini pernah mencadangkan wang syarikat minyak negara itu digunakan untuk membina jambatan kedua yang menghubungkan bahagian pulau dengan tanah besar, dan tidak perlu meminjam dari luar negara.

Lim, seorang akauntan, berkata Petronas hanya perlu menyalurkan kira-kira 4.1 peratus, atau RM3.5 bilion, daripada perolehan tahunan minyaknya sebanyak RM85 bilion untuk membina jambatan tersebut.

Projek mega diteruskan

Menurutnya lagi, Abdullah hari ini sekali lagi memberikan jaminan bahawa semua projek mega di negeri itu yang telah diumumkan akan diteruskan, terutama pembinaan jambatan kedua yang dijadual siap pada Januari 2011.

Lim berkata, kerajaan negerinya akan bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk memastikan pelaksanaan projek-projek tersebut berjalan lancar.

"Beliau (Abdullah) juga berkata, beliau tidak berniat untuk berdiskriminasi (terhadap kerajaan negeri). Kita harap kementerian-kementerian yang telah membuat pengumuman tertentu, juga turut melaksanakannya (tanpa diskriminasi)," katanya, sambil berharap hubungan baik antara kerajaan negeri dan pusat.

lim guan eng and abdullah ahmad badawi meeting 030408 01Menurut Lim, dalam pertemuan tersebut, beliau turut mengemukakan dua pucuk surat kepada perdana menteri, menggesa supaya kerajaan pusat meneruskan projek-projek pembangunan infrastruktur dan mengotakan janji peruntukan kepada Pulau Pinang.

Lim ditemani setiausaha politiknya Ng Wei Aik, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, dan setiausaha kerajaan negeri Datuk Jamaludin Hasan (foto dalam kereta, kiri).

Lim mengadakan sidang akhbar di luar pintu utama bangunan kompleks kerajaan di Putrajaya selepas mesyuarat itu berakhir kira-kira jam 10.45 pagi.

Bincang mengenai DEB

Ditanya mengenai suasana pertemuan selama kira-kira 30 minit itu, Lim berkata: "Saya tak mahu cakap mesra tapi dalam keadaan baik".

Menurutnya mereka memberi pandangan masing-masing mengenai isu-isu yang mungkin menimbulkan salah faham kerana laporan media yang tidak tepat.

Lim tidak mendedahkan mengenai isu-isu tersebut, tetapi dipercayai ia berkaitan dengan ucapan sulungnya yang mahu mentadbir Pulau Pinang tanpa Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Ekoran itu, ahli Umno Pulau Pinang telah mengadakan perhimpunan membantah kenyataan Lim dan mendesak beliau menariknya semula.

Lim mengaku, beliau bertukar-tukar pendapat dengan Abdullah mengenai perkara tersebut.

Katanya, mereka juga menyentuh tentang sistem tender terbuka dan beliau menjelaskan kepada perdana menteri bahawa kerajaan negeri hanya mematuhi garis panduan Perbendaharaan.

"Saya tidak tahu sama ada beliau menerima (pandangan saya) tetapi saya telah menjelaskannya kepada beliau," kata Lim.

KOMENTAR PENDEK -Suhaimi Taib
Pak Lah mungkin pakai atau tidak cadangan Lim Guan Eng. Tengoklah selepas ini.

Hishammuddin kosongkan ketua Pemuda

Malaysiakini.com melaporkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai ketua Pemuda Umno dalam pemilihan agung parti itu Disember ini.

hishammuddin hussein pc 030408 04"Saya membuat keputusan awal supaya mereka yang berminat boleh bergerak ke depan (untk jawatan ini)," katanya, mengumumkan perkara itu dalam satu sidang akhbar di Putrajaya tengah hari ini.

"Bagaimanapun saya tetap menjadi ketua Pemuda sehingga 14 Disember ini (menjelang pemilihan ketua baru).

"Dalam tempoh itu saya akan terus memimpin, memantau dan membimbing pergerakan itu.

"Saya melepaskan jawatan ini bukan kerana tekanan tetapi bergerak untuk melakukan reformasi dalam parti."

Tambahnya, pengumuman awal untuk tidak bertanding lagi dibuat bagi memudahkan persiapan kempen mereka yang berminat.

khir toyo and khairy jamaluddinKeputusan melepaskan jawatan itu - yang dipegangnya sejak lapan tahun lepas - akan membuka ruang persaingan sengit kepada muka-muka baru yang berminat, antaranya ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan naib ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin.

Hishammuddin mengotakan janjinya selepas dipilih semula pada 2004 bahawa beliau berminat memegang jawatan tersebut untuk sepenggal sahaja.

Pemilihan Umno, yang sepatutnya diadakan tahun lepas, bermula antara 16-20 Disember.

Ia bermula dengan mesyuarat perwakilan Umno peringkat cawangan antara 17 Julai hingga 24 Ogos, dan mesyuarat peringkat bahagian pada dari 9 Oktober hingga 9 November.

Hishammuddin bagaimanapun enggan menjelaskan jawatan baru yang akan ditandinginya.

"Saya tidak boleh menyatakan jawatan (lebih tinggi) yang akan saya tandingi dalam pemilihan ini. Dalam tradisi Umno, tidak semestinya ketua Pemuda akan bertanding naib presiden," katanya, yang juga Menteri Pelajaran, di kementeriannya.

Kekosongan jawatan itu juga mungkin memberi peluang kepada calon-calon lain, antaranya exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir.

Kelmarin beliau enggan mengulas sama ada akan bertanding jawatan teratas pergerakan itu, sebaliknya berkata beliau menunggu keputusan Hishammuddin dahulu sebelum membuat keputusan.

zahid hamidi 02Beliau menjadi ketua Pemuda Umno tanpa bertanding sejak 2000 selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada Datuk Ahmad Zahid Hamidi dua tahun sebelumnya.

Pada 1998, pergerakan itu mengalami perpecahan teruk susulan pemecatan timbalan perdana menteri, dan juga timbalan presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun Khairy belum menyatakan sebarang keputusan, Dr Mohd Khir telah mengumumkan kesediaannya bertanding jawatan itu awal minggu ini.

Bekas menteri besar Selangor itu, yang melepaskan jawatan sebagai ketua badan perhubungan Umno negeri, dijangka bertembung dengan "musuh tradisinya" Khairy - walau menantu Perdana Menteri ini diuar-uarkan mula mengambil langkah berundur susulan ketewasan besar BN pada pilihanraya umum 8 Mac.

Dihubungi Malaysiakini selepas pengumuman Hishammuddin, Dr Mohd Khir berkata beliau sedang mengumpul maklum balas daripada Pemuda di bahagian-bahagian.

Keputusan muktamad untuk bertanding ketua Pemuda, katanya, akan diumumkan tidak lama lagi.


KOMENTAR PENDEK -Suhaimi Taib

Ketandusan kepimpinan dalam Umno akan menghancur dan melemahkan parti itu.

Siasat Dr M, sekat bongkar rasuah

Tun Dr Mahathir Mohamad wajar disiasat berhubung dakwaan pembabitannya menghalang Badan Pencegah Rasuah (BPR) membongkar kemungkinan penyelewengan pegawai kanannya di Jabatan Perdana Menteri (JPM).


Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) Malaysia berkata ia mengalu-alukan siasatan itu dibuka terhadap bekas perdana menteri itu seperti disarankan oleh bekas pegawai khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Datuk Param Cumaraswamy (foto) hari ini.

Param dilaporkan menggesa Dr Mahathir disiasat bersabit campur tangannya dalam siasatan BPR terhadap seorang pegawai tinggi di JPM seperti didakwa oleh Datuk Shafee Yahya ketika memberi keterangan di mahkamah dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun 2000.

Dalam keterangannya, Shafee berkata Dr Mahathir marah kepadanya apabila beliau memaklumkan telah menemui sejumlah besar wang tunai di pejabat ketua pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU).

Pengerusi GERAK, Mohamad Ezam Mohd Nor berkata "menjadi mantan perdana menteri tidak memberinya satu kekebalan daripada (disiasat) penyelewengan sewaktu memegang jawatan itu."

"Dr Mahathir juga harus dipersalahkan atas krisis yang muncul kini dalam badan kehakiman, polis dan BPR," katanya, "dan jika kita sebagai satu bangsa mahu maju lagi, kita mesti membetulkan kecacatan dalam sistem bernegara dengan membongkar akar umbi permasalahan dan membanterasnya depan-depan."

Menurut Param, sebahagian keterangan yang beliau maksudkan seperti berikut:

Peguam bela: Adakah Datuk menggeledah pejabat ketua pengarah EPU di JPM?
Saksi (Shafee): Ada

Peguam
: Ada sesiapa yang meminta anda menutup kes itu?
Saksi: Ya, perdana menteri (Dr Mahathir).

Peguam: Ceritakan keadaan yang menyebabkan perdana menteri meminta anda menutup siasatan itu.
Saksi: Ya, saya dimarah, "beraninya anda menyerbu pejabat pegawai kanan saya?" Saya terperanjat dan menjawab "ia dibuat berdasarkan satu aduan pihak yang terlibat."

Saya menjalankan tugas seperti diperuntukkan undang-undang. Beliau (Dr Mahathir) menuduh saya cuba memerangkap bekas ketua pengarah EPU.

Saya menjawab, tidak benar sama sekali kerana salah di sisi undang-undang memerangkap seseorang. Sebagai seorang Islam, berdosa besar mengenakan orang lain.

Beliau bertanya saya "apakah Anwar menyuruh anda menggelidah pejabat itu?" Saya jawab "tidak".

Peguam: Apakah nada perdana menteri apabila beliau bertanyakan sama ada Anwar menyuruh anda menggelidah? Apakah nadanya marah atau nada perbualan biasa?
Saksi: Nadanya seperti menuduh (saya).

Peguam: Selepas anda dimarahi perdana menteri, apakah anda memberitahu kejadian itu kepada sesiapa?
Saksi: Saya maklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara.

Peguam: Apakah reaksi anda apabila dimarahi perdana menteri dan menyuruh anda menutup kes itu terhadap ketua pengarah EPU?
Saksi: Saya sangat kecewa dan apabila tiba di rumah, saya berita isteri bahawa saya mahu meletakkan jawatan.

Tetapi kerana saya ada tempoh dua atau tiga bulan lagi - isteri saya memujuk agar tidak meletakkan jawatan.

KOMENTAR PENDEK -Suhaimi Taib

Dr. Mahathir Mohamad perlu bertanggungjawab terhadap segala tindakan beliau semasa menjadi Perdana Menteri. Jangan lupa segala tindakannya sebelum ini.

Dihalau Keluar...Mahathir dan Gengnya Semakin Fobia Dengan Anwar

MalaysiaToday melaporkan seorang ketua pemuda Umno dihalau keluar dari forum anjuran kumpulan penyokong parti (Geng Mahathir) ketika beliau cuba membangkitkan persoalan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Belum sempat menghabiskan pertanyaannya, Hasnizan Adham disorak kuat sehingga gagal bersuara lagi di tengah-tengah laungan "keluar, keluar". Pemimpin peringkat cawangan itu terus dibawa ke luar kawasan hotel tersebut, tempat berlangsung forum yang melibatkan tokoh-tokoh popular Umno - ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir.

Forum bertajuk 'Umno Pasca Pilihanraya ke-12: Satu Penilaian', anjuran MyKmu.net disusuli ucapan dan sesi soal-jawab dengan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Turut serta sebagai pembicara, ketua penerangan Umno Johor, Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi.Kira-kira 1,000 penyokong parti itu menyertainya - termasuk 300 di luar dewan dan lobi hotel.Suasana tidak menentu dan hingar-bingar selama beberapa minit sehingga peserta-peserta yang berang dengan soalan itu, termasuk menjerit-jerit dan memaki hamun, berjaya ditenangkan.

READ MORE HERE

Siaran terus menerus dan blogger menjadi panel

Agendoldaily - Buat pertama kali dalam sejarah negara....RTM akan buat siaran langsung sidang parlimen.Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabrey Cheek memberitahu hari ini siaran langsung itu akan dibuat mulai 30 April ini selama setengah jam setiap hari ada sidang parlimen dari jam 10 hingga 10.30 pagi.

Ahmad Shabrey juga memberitahu RTM akan jemput blogger jadi penal dalam sesetengah talkshow mengenai isu-isu semasa.Majlis angkat sumpah jawatan para ahli parlimen akan diadakan pada 28 April manakala esoknya Yang Dipertuan Agong akan merasmikan persidangan.- 3/4/2008

Delegasi Bekas Ahli Parlimen Akan Desak Abdullah Letak Jawatan?

PRU12 sudah berlalu. Taufan dan gelora yang mengiringi keputusannya kelihatan mula reda. Tetapi, arus bawahnya masih terus menggelegak. Keadaan ini dipercayai tidak akan tenang selagi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi belum mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri secara berhemah, segera, aman dan sukarela.

Lantaran itulah sentiasa terdapat usaha ke arah perletakan jawatan Abdullah. Hari ini, 2 April 2008, sekumpulan bekas Ahli Parlimen Malaysia, termasuklah sebilangan besar mantan menteri sejak era Tun Razak Hussein, berhimpun di Memorial Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur, untuk mencapai keputusan mengirimkan satu delegasi menemui Abdullah dalam tempoh terdekat ini.

Delegasi tersebut akan membawa mandat daripada kumpulan berkenaan yang meminta dan mendesak Abdullah mengosongkan jawatan Perdana Menteri dengan seberapa segera demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

Semalam, kira-kira 3,000 rakyat jelata, majoritinya ahli UMNO dari seluruh negara telah berpusu-pusu datang ke Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, untuk mengikuti Forum UMNO Pasca PRU12.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan ucaptama di majlis berkenaan. Panelis forum pula terdiri daripada mantan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan Ahli Parlimen Baru Pahat, Datuk Dr. Fuad Zarkashi.

Tun Mahathir dan seluruh anggota panel berpendapat, sekarang adalah masanya untuk mereformasikan UMNO secara ikhlas dan jujur. Usaha ini perlu dijalankan secara bijaksana dan bukannya atas dorongan emosi.

Sementara itu, saya memohon jutaan maaf kepada para pengunjung blog ini kerana kebelakangan ini saya tidak mampu melayani setiap komen anda secara peribadi. Ini bukan kerana saya penat, lelah atau putus asa terhadap perkembangan mutakhir. Sebaliknya, kerana saya sedang menumpukan sepenuh tenaga dan minda untuk menjalankan kajian ringkas terhadap PRU12 bagi menyiapkan satu buku mengenainya.

Secara umumnya, buku ini akan menjejakki Abdullah sejak hari pertama beliau jadi Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003, hinggalah ke hari beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri sesudah PRU12 baru-baru ini.

Anda yang sudi menyumbangkan idea kepada buku ini saya dahului dengan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih. Insya Allah, buku ini akan berada dalam pasaran selewat-lewatnya pada minggu ketiga bulan ini. – Ruhanie Ahmad

Perak penentu masa depan Pakatan Rakyat

Warga Prihatin
Thu | Apr 03, 08 | 4:01:10 pm MYT

Seluruh pemerhati politik semestinya teruja dengan kemunculan Pakatan Rakyat (Pakatan) sebagai gabungan parti-parti alternatif kepada Barisan Nasional (BN).

Pakatan Rakyat ini ditubuhkan setelah parti-parti pembangkang menerajui lima buah negeri di Semenanjung Malaysia. Kelima-lima negeri itu mempunyai ciri-ciri yang tersendiri, iaitu daripada sebuah negeri Melayu seperti Kelantan sehinggalah sebuah negeri yang dikuasi oleh kaum Cina seperti Pulau Pinang.

Dari segi kacamata pembangunan pula, parti-parti pembangkang menguasai negeri yang mempunyai antara teramai golongan miskin tegar sehinggalah sebuah negeri yang paling maju seperti Selangor.

Kemunculan Pakatan ini sudah pasti tidak boleh disamakan dengan beberapa gabungan parti pembangkang yang pernah wujud sebelum ini seperti Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Gagasan Rakyat dan Barisan Alternatif (BA).

Kesemua gabungan tersebut diwujudkan sebelum kemenangan dicapai khususnya sebagai satu usaha bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum.

Manakala penubuhan Pakatan pula adalah dilakukan selepas parti-parti pembangkang menerajui beberapa buah negeri dan menguasi lebih satu pertiga kerusi Parlimen.

Oleh sebab itu, kelainan situasi ini sudah tentu memberi perbezaan yang besar kepada Pakatan berbanding gabungan parti-parti pembangkang diwujudkan sebelum ini.

Paling tidakpun Pakatan tidak boleh disebut gabungan parti-parti pembangkang, kerana parti-parti yang menganggotainya telah menjadi kerajaan sama ada secara tunggal atau secara bersama di lima buah negeri.

Tokoh-tokoh yang ada dalam parti tersebut bukan lagi sekadar menjadi Ketua Pembangkang tetapi juga telah menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri. Malah parti-parti yang menganggotai Pakatan ini dikhabarkan sedang menuntut satu kerusi Speaker di Dewan Rakyat.

Maka kewujudan Pakatan kali ini sudah pasti memberi saingan yang sebenar kepada BN, di atas pentas yang agak sama rata. Sekiranya Pakatan berjaya mentadbir lima buah negeri itu dengan sebaiknya, tidak mustahil BN akan tumbang dalam PRU yang akan datang.

Antara kelima-lima negeri yang diterajui oleh Pakatan, negeri Peraklah merupakan negeri yang paling signifikan. Dengan pengertian mudah, sekiranya Pakatan berjaya mentadbir Perak dengan sebaik mungkin, maka tiada lagi alasan untuk tidak memberikan kepercayaan kepada Pakatan untuk memerintah negara pada masa akan datang.

Pakar ekonomi Dr Jomo pernah menyebut semasa era reformasi bermula 1998, antara faktor yang menyebabkan BN sentiasa menang ialah tiada satu gabungan alternatif yang diyakini rakyat untuk memerintah negara.

Sememangnya rakyat khususnya golongan pertengahan menyedari kebobrokan dan kepincangan BN dalam mentadbir negara, tetapi apakah pilihan yang ada pada mereka untuk menggantikan BN ini.

Rakyat tidak mungkin boleh memperjudikan masa depan mereka untuk memberikan amanah kepada parti-parti pembangkang ketika itu. Kebimbangan berlakunya kemusnahan negara oleh parti-parti yang tiada pengalaman memerintah berbanding kepincangan pentadbiran BN, maka rakyat memilih jalan selamat untuk mengekalkan BN.

Selama mana wujudnya krisis keyakinan terhadap parti-parti selain BN untuk memerintah negara, maka selagi itulah BN akan terus berkuasa. Sebenarnya rakyat khususnya golongan pertengahan bukannya tidak sedar dengan seribu satu kepincangan dan skandal yang dilakukan oleh BN, namun apakah lagi pilihan yang mereka ada untuk diberikan kepercayaan menerajui negara.

Kemunculan Pakatan sudah pasti ditunggu-tunggu oleh rakyat. Yang paling ditunggu-tunggu ialah natijah pentadbiran Pakatan di Perak. Selalunya kemenangan tipis seumpama di Perak ini akan mencetuskan ketidakstabilan politik. Dalam sejarah negara, situasi politik seperti di Perak ini selalunya tidak kekal lama hatta yang menerajuinya BN sendiri.

Menyedari hakikat tersebut, sekiranya Pakatan berjaya menunjukkan penguasaan politik yang baik seterusnya melaksanakan agenda pembangunan untuk rakyat di Perak, maka diyakini Pakatan akan berupaya menumbangkan BN pada PRU akan datang.

Pakatan di Perak mempunyai cabaran yang terbesar pada kali ini, dan secara fokusnya Ir. Nizar Jamaluddin sedang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia. - telaahpolitik.blogspot.com


KOMENTAR PENDEK -Suhaimi Taib

Perjuangan rakyat seharusnya dijaga dan dipertahankan dengan sebaik mungkin.

Kemenangan Pakatan Rakyat akan kekal, BN akan ranap

KUALA LUMPUR, 3 April - Harakahdaily.net melaporkan perubahan arus politik Malaysia hari ini yang memberi kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat di lima buah negeri dilihat bersifat kekal kerana ia bukan lagi bersifat perkauman, tegas Pengarah Pusat Reformasi Sistem Pilihan Raya (CERI), Dr Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif.

Beliau berkata secara peribadi, perubahan sebagai satu perubahan yang kekal atau paling tidak sebagai separuh kekal.

Image"Bagaimanapun, ia (perubahan itu) lebih mirip bersifat kekal kerana kita telah melihat bahawa politik Malaysia telah bergerak bersifat bukan perkauman," tegas beliau dalam majlis Wacana Pasca Pilihan Raya Umum ke- 12 bersama Jabatan Pengarang Harakah , di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Jelas beliau, idealogi yang diamalkan BA dan DAP yang dulunya bersifat perkauman kini cuba ditonjolkan pendokong gerakan Pakatan Rakyat itu ke arah satu konsep baru yang mengambilalih dari konsep perkauman kepada keadilan sosial.

"Sama ada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, telah mengarahkan para pendokong ke arah satu konsep baru yang lebih bersifai keadilan sosial, berbanding konsep perkauman," jelas beliau.

Kata beliau, yang penting buat masa ini adalah model permuafakatan yang perlu ditonjolkan Pakatan Rakyat kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

"Kalau BN yang berteraskan perkauman itu, bagi saya sudah ranap. Ia tak boleh dipulihkan semula. Jika boleh 'revive' pun, dalam keadaan berbeza dan bukannya berteraskan perkauman. BN yang berteraskan Umno, MIC dan MCA ini umpama tripod yang memiliki tiga tiang. Jika MIC runtuh, MCA runtuh, maka tinggal satu tiang iaitu Umno. Bagaimanapun, dengan satu tiang itu sudah cukup untuk meruntuhkan tripod tersebut," jelas beliau lagi.

Majlis wacana yang berlangsung kira-kira tiga jam itu turut dihadiri penulis bebas, Haji Subky Abdul Latiff.

KOMENTAR PENDEK -Suhaimi Taib

Apa benda yang BN selama ini boleh berikan untuk selesai masalah rakyat Malaysia? Pembangunan? Untuk siapa pembangunan? Untuk kesenangan atau kekayaan rakyat atau kroni Umno?

PR akan terbit akhbar sendiri

KUALA LUMPUR, 3 April - Harakahdaily.net melaporkan Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai oleh PAS, DAP dan KeADILan akan memohon menerbitkan akhbar mereka sendiri.

Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua berkata pihaknya masih dalam peringkat perbincangan dengan wakil-wakil parti lain untuk membuka lebih ruang kepada penerbitan supaya rakyat mendapat maklumat dengan lebih seimbang.

"Ia merupakan inisiatif pihak Pakatan Rakyat memandangkan sekatan yang dibuat pihak kerajaan Umno-BN menerusi liputan media yang tidak adil dan menyalahi fakta yang sebenarnya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Ketika ditanya mengenai bila ia akan dilancarkan, Tian menyatakan bahawa meskipun ianya masih dibincangkan tetapi Pakatan Rakyat mensasarkan penerbitannya akan dilaksanakan secepat mungkin.

"Masih banyak perkara yang perlu diperhalusi lagi, tetapi kita mahu secepat mungkin," ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu itu juga merancang untuk memohon permit bagi mewujudkan media mereka sendiri.

"Selain itu, kita juga akan turut membincangkan mengenai permohonan bagi saluran televisyen dan radio bagi membolehkan kita menyalurkan maklumat dan aktiviti yang dijalankan secara telus dan terus kepada rakyat, selain merujuk kepada media arus perdana," katanya lagi.

Berdasarkan laporan Oriental Daily 1 April lalu, Pakatan Rakyat juga sedang merancang untuk memperuntukkan dana tertentu untuk menerbitkan akhbar mereka sendiri.

Katanya, terdapat kemungkinan sesebuah Kerajaan negeri untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana syarikat media untuk mengeluarkan akhbar Pakatan Rakyat sekiranya ia tidak bercanggah dengan undang-undang.

Menurut undang-undang yang ada, individu dan mana-mana organisasi tidak perlu kepada permit pengeluaran mahupun lesen penerbitan sekiranya mereka mencetak akhbar atau majalah untuk kerajaan negeri.

Katanya, tujuan utama pengiktirafan akhbar alternatif itu adalah untuk memecahkan monopoli media arus perdana yang didakwa berat sebelah dalam membuat laporan kepada umum.

KOMENTAR PENDEK -Suhaimi Taib

Buat sahaja surat khabar di bawah mana-mana kerajaan negeri, tidak perlu permit KDN kalau percuma. Nak buat daily pun tak apa, saya ada pengalaman dalam masalah ini.

PR dapat sambutan hingga ke Malaysia Timur

KUCHING, 3 April - Malaysia mula ke arah kejutan politik dan perubahan besar senarionya apabila Pakatan Rakyat (PR) mula menarik minat parti-parti kecil di seluruh negara.

Bernama melaporkan dua buah parti dari Sarawak termasuk Malaysia Democratic Party (MDP) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), dilaporkan sedang menimbang untuk menyertainya, ekoran pengumuman pembentukan Pakatan Rakyat itu yang dibuat Selasa lepas.

Sementara Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) belum bercadang menyertai Pakatan Rakyat yang mengandungi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, kata Setiausaha Agung SNAP Edmund Stanley Jugol.

"Mungkin perkara ini akan dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa pusat SNAP pertengahan bulan ini," katanya kepada Bernama hari Khamis.

Stanley berkata bahawa secara peribadi, beliau berpendapat SNAP perlu menyertai sesuatu kumpulan politik bagi menjamin masa depannya.


KOMENTAR PENDEK -Suhaimi Taib

Satu kejutan dan mudah-mudahan senario politik negara berubah di masa terdekat.


Anwar dijangka kepalai Pakatan Rakyat?

KUALA LUMPUR, 3 April - Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam satu laporan KLpost.com dijangka akan menerajui Pakatan Rakyat yang dibentuk hasil gabungan KeADILan, PAS dan DAP dalam masa yang terdekat.

Laporan itu menyebut sumber sebagai berkaya, Anwar akan dilantik menjadi Pengerusi Pakatan Rakyat selepas dibenarkan memegang jawatan politik bermula 15 April ini.

Pemilihan Anwar berdasarkan ketokohan beliau selain daripada kedudukan beliau kini yang tidak memegang jawatan rasmi dalam mana-mana parti politik, kata sumber.

Kata laporan itu, ini bermakna Anwar tidak akan memimpin KeADILan yang diterajui Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebaliknya terus memimpin gabungan parti-parti yang membentuk Pakatan Rakyat.

Dr Wan Azizah akan terus menerajui KeADILan, begitu juga Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, kata sumber.

Pemilihan Anwar juga diharap dalam meredakan kebimbangan utama ahli-ahli parti yang menyertai gabungan tersebut mengenai siapakah yang akan dipilih menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat.

Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan persetujuan ketiga-tiga parti itu membentuk Pakatan Rakyat, berkata ia bagi menggambarkan kerjasama ketiga-tiga parti itu terutama di lima negeri yang kini dikuasai mereka.

Dalan kenyataannya, Pakatan Rakyat berikrar untuk melindungi hak-hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, sepertimana yang terkandung dalam Perlembagaan.

Berikutan itu, kata mereka, kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Dasar-dasar kerajaan-kerajaan negeri berkenaan akan dijalankan mengikut dasar-dasar yang dipersetujui Pakatan Rakyat," kata Anwar.

Menurutnya lagi, bagi mengukuhkan lagi kefahaman bersama mengenai dasar-dasar berkenaan, satu konvensyen wakil rakyat Pakatan Rakyat akan diadakan pada 27 April depan.

Bagi mengukuhkan struktur Pakatan Rakyat, sebuah Majlis Kepimpinan ditubuhkan, yang dianggotai pemimpin tiga parti berkenaan.

Di samping itu, kata kenyataan itu lagi, Urusetia Bersama, yang dianggotai tiga pemimpin dari setiap parti terbabit, turut ditubuhkan dengan tugas untuk membina asas dan rangka kerja Pakatan Rakyat untuk disahkan oleh Majlis Kepimpinan.

Sementara itu, Bernama pula melaporkan, PAS yakin mampu menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat yang melibatkan parti itu, DAP dan Parti Keadilan Rakyat, walaupun mereka mempunyai ideologi yang berbeza, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato' Ahmad Yaacob.

"Memang ideologi PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat tidak sama, tetapi kita yakin masih ada ruang yang mampu mewujudkan persefahaman bagi memastikan Pakatan Rakyat ini dapat dilaksanakan," katanya.

Ahmad berkata tidak timbul halangan untuk PAS mewujudkan kerajaan Islam walaupun Pakatan Rakyat itu turut dianggotai oleh parti bukan Islam.

"Tiada halangan untuk PAS wujudkan kerajaan Islam kerana Islam tidak akan mengabaikan mana-mana pihak, apa yang penting ialah kita saling memahami dan sekaligus menjadikan Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional," katanya.

KOMENTAR PENDEK -Suhaimi Taib

Gerakan reformasi berterusan dan akan berkesan jika PR berjaya ditubuh dan memainkan peranannya menerajui negara.


Umno sedang ganggu pentadbiran 5 negeri

KUALA LUMPUR, 3 April - Harakahdaily.net melaporkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik mendakwa Umno kini bukan sahaja sedang mengalami perpecahan malah memecahbelahkan masyarakat serta menganggu pentadbiran lima negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata demikian bagi mengulas masalah Jawatankuasa Keselamatan Kampung(JKKK) yang diminta meletakkan jawatan oleh Umno di Kedah.

"Setiap hari ada kenyataan bekas Perdana Menteri menyatakan itu dan ini, kemudian ada bekas Menteri pula kata, bekas Perdana Menteri lebih bahaya, menyebabkan Umno kalah,dijawab pula oleh pimpinan tertinggi Umno, menunjukkan mereka tidak sepakat," katanya kepada Buletin Online.

Menurut beliau, pada masa yang sama juga Umno mengatur langkah memecahbelahkan masyarakat, menganggu kerajaan dinegeri-negeri yang dikuasai oleh PR.

Kata beliau gerakan memecahbelahkan masyarakat di kampung-kampung, dipercayai diketuai oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar yang baru, yang juga Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhamad Mohd Taib.

Beliau berkata melalui Kementerian dan Jabatan Pembangunan Luar Bandar, Umno mengatur fitnah secara organisasi menyusahkan pentadbiran di peringkat kampung bagi negeri-negeri di bawah PR.

"Umno akan mengujudkan permasalahan supaya kerajaan negeri dibawah PR dilihat tidak berupaya untuk mentadbir dengan baik," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya Negeri Terengganu.

Beliau yang juga bekas anggota Exco kerajaan Negeri Terengganu berkata, Umno pernah melaksanakan dasar 'jahat' pecah dan perintah di negeri Terengganu sewaktu PAS memerintah dari tahun 1999 hingga 2004.

"Kelmarin ada laporan ketua-ketua kampung di Selangor dikatakan berikrar menyokong UMNO.

"Sebelum itu, ketua kampung(Penghulu) di Perak dikatakan akan meletakkan jawatan tanpa sebab,dan hari ini di Kedah, semua JKKK dan ahli Majlis Daerah, Perbandaran dan Majlis Bandaraya diarah sama," kata Abu Bakar.

Beliau berkata semua peristiwa yang berlaku bukan berlaku secara kebetulan, bahkan ianya adalah satu perancangan.

Beliau berkata pelantikan JKKK atau apa-apa Jawatankuasa diperingkat kampung adalah dibawah bidangkuasa kerajaan negeri.

Justeru, kata beliau, tindakan Umno Kedah adalah sama sebagaimana tindakan Umno Terengganu dahulu.


KOMENTAR PENDEK -Suhaimi Taib

Perangai jahat Umno tidak pernah berubah dan tidak pernah serik-serik buat kerja bodoh itu.

Najib lemah macam Pak Lah

Kini tersebar berita mengenai wujud sebuah kumpulan yang sedang bergerak cegas di semua peringkat, mempelopori reformasi dalam Umno, menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti itu Disember ini.

Malaysiakini difahamkan, gerakan ini ditunjangi barisan pemimpin Umno di peringkat akar umbi yang begitu kecewa dengan prestasi parti itu dalam pilihanraya umum 8 Mac.

BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen, apabila hanya mampu meraih 140 daripada 222 kerusi parlimen.

Barisan pembangkang memenangi 82 kerusi parlimen - PKR (31), DAP (28) dan PAS (23).

BN juga kehilangan tiga negeri yang dikuasai Umno - Kedah, Perak dan Selangor. DAP-PKR merampas Pulau Pinang daripada Gerakan dan PAS kekal menguasai Kelantan.

Malaysiakini juga difahamkan bahawa barisan pemimpin peneraju kumpulan tersebut kecewa kerana Umno sudah hilang kekuatannya dan terpaksa bergantung kepada parti komponen BN di Sabah dan Sarawak untuk menang dalam pilihanraya umum kali ini.

Daripada 54 kerusi yang dimenangi BN di Sabah dan Sarawak, 42 kerusi dimenangi oleh parti-parti komponen lain daripada Umno.

'Najib lemah'

Umno sendiri kehilangan 31 apabila menang 78 kerusi parlimen, berbanding 109 kerusi pada 2004. Prestasi parti-parti komponen BN di Semenanjung juga buruk apabila MCA hanya menang 15 kerusi parlimen, Gerakan (2) dan MIC (3).

umno 2007 najib and umno 061107Kumpulan ini juga difahamkan tidak senang dengan sikap timbalan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa terlalu mementingkan kedudukannya dalam parti.

Menurut mereka, Najib tidak memainkan peranannya untuk menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara berkesan.

"Najib dilihat lebih mementingkan kedudukannya dalam parti, dan sering mengelak daripada mengulas apa-apa keputusan dan tindakan Pak Lah yang dilihat tidak baik untuk parti dan kerajaan," kata sumber-sumber yang rapat dengan gerakan tersebut.

"Kalau Pak Lah didakwa lemah dalam pentadbirannya, Najib lagi lemah kerana beliau tidak berani membuat teguran.

"Sebaliknya beliau dilihat lebih mahu menjaga supaya tidak kelihatan seperti melawan Pak Lah. Akibatnya, Umno kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu," kata sumber-sumber itu lagi.

Di samping itu, tegas mereka, Abdullah tidak seharusnya 'berbangga' dengan pencapaian BN, khususnya Umno.

Punca alih sokongan

"Saya tidak faham mengapa Pak Lah kata BN masih kuat dan hanya kurang lapan kerusi (parlimen) untuk mendapatkan majoriti dua pertiga.

"Kalah sudah gagal mendapatkan majoriti dua pertiga, itu kalah teruk, kerana BN gagal menguasai Dewan Rakyat," kata sumber-sumber itu lagi.

Menurutnya, walaupun ramai pihak yang menyalahkan Abdullah, tetapi Najib juga tidak boleh "dilepaskan" daripada tanggungjawab tersebut.

"Sejak dilantik menjadi timbalan perdana menteri, Najib tidak kritikal langsung terhadap pentadbiran Abdullah, walaupun rakyat membantah seperti kenaikan harga minyak, kadar tol dan kos hidup yang semakin tinggi.

"Malah, sebelum pilihanraya umum lalu, tersebar berita bahawa kerajaan akan menaikkan harga minyak, kadar tol dan barangan lain selepas pilihanraya umum.

"Saya rasa ini merupakan punca utama rakyat memberi sokongan besar kepada pembangkang, kerana para pemimpin Umno sendiri, termasuk Najib tidak dapat berbuat apa-apa," katanya.

Sebaliknya, tambah sumber-sumber itu, pemimpin Umno termasuk Najib mesti menasihatkan Abdullah tentang implikasi tindakan seumpama itu, tetapi sebaliknya turut "mendendangkan" irama sama, bahawa "barangan di Malaysia, termasuk harga petrol" masih terendah di dunia.

KOMENTAR PENDEK -Suhaimi Taib

Umno bukan lagi parti kepercayaan rakyat kerana dia gagal selesai masalah mereka.

Mufti Perlis gesa TV3 adil melapor

Malaysiakini.com melaporkan Mufti Perlis yang semakin meningkat namanya, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengutus surat kepada stesen TV3 dan menggesa ia melaporkan secara adil sesuatu perkembangan politik.

Dalam suratnya bertarikh 27 Mac kepada stesen itu, mufti muda itu menegaskan semua media, termasuk akhbar dan internet, harus membuat liputan yang adil di tengah-tengah senario baru politik selepas pilihanraya umum 8 Mac.

"Jauhi unsur-unsur prasangka dan provokatif.

dr asri letter to tv3 030408"Janganlah kita mengulas secara negatif setiap berita pihak yang kita tidak bersetuju dengannya," surat beliau dipetik, salinannya dimuatkan di blognya Minda Mufti (www.drmaza.com).

"Kebencian, (rasa) tidak puas hati dan permusuhan ke atas seseorang, atau sesuatu golongan tidaklah membolehkan kita membuat laporan yang tidak adil terhadap mereka," tambahnya lagi dengan mengutip surah al-Maidah ayat 8.

Ayat al-Quran itu, antaranya, memberikan peringatan kepada umat Islam agar "hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu tidak melakukan keadilan."

Menurut blog Dr Mohd Asri, surat bertajuk "Keperluan Berita Yang Sahih Lagi Bersih Dari Sebarang Provokasi" dialamatkan kepada penerbit Buletin Utama TV3, program berita sejam yang berpengaruh besar di stesen tersebut.

Mufti itu, yang menulis kolum mingguan di akhbar Utusan Malaysia, juga berpesan: "Jika tidak, para penyiar akan menjadi sumber fasik yang membawa berita bohong, atau melaga-lagakan antara manusia.
"Sifat amanah dan telus dalam penyiaran berita adalah dituntut oleh agama dan menjadikan penyiarnya itu lebih berwibawa, dihormati dan mendapat kepercayaan umum."

Surat itu dipercayai sebagai mengulas trend laporan media cetak dan elektronik selepas lima negeri jatuh di tangan pembangkang, sementara BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Senario politik yang julung-julung kali wujud dalam sejarah negara ini - digelar "tsunami politik" - menimbulkan kejutan besar kepada semua pihak, termasuk ahli politik kerajaan dan pembangkang.

mohd asri zainul abidin interview 231106 assuredSebelum itu, dalam tulisan lain di blognya, Dr Mohd Asri mengulas semua lima negeri tersebut kecuali Pulau Pinang.

Tentang Kedah, beliau berkata: "Pegangan ‘siasah untuk maslahah ummah’ amat penting agar tidak timbul sama sekali unsur politik membalas dendam.

"Kita berdoa agar prinsip-prinsip Islam yang damai, harmoni lagi adil dapat dikecapi oleh rakyat Kedah menerusi kerajaan mereka yang baru."

Mengulas kerajaan campuran PKR-DAP-PAS, doktor falsafah dalam bidang pengajian hadis itu berkata:

"Nampaknya tawaran-tawaran kerajaan baru Selangor mampu menzahirkan prinsip pemerintah mengutamakan rakyat seperti yang menjadi teras siasah dalam Islam.

"Kita amat berharap ketelusan dan kejujuran akan menjadikan mereka lebih unggul dibandingkan kerajaan sebelum ini."

Tegurannya kepada TV3 dan ulasan terbukanya tentang negeri-negeri yang dikuasai pembangkang tidak pernah berlaku dalam sejarah institusi mufti di negara ini.

Blognya itu turut memuatkan klip video khutbah yang disampaikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga mursyidul am PAS.

KOMENTAR PENDEK -Suhaimi Taib

Sikap ini harus dipuji kerana Din itu nasihat menasihati.

Cuepacs ugut pulau acara k'jaan

PUTRAJAYA, 2 APRIL- Malaysiakini.com melaporkan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan memboikot sambutan Hari Pekerja dan perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam bulan depan jika kerajaan gagal memberi kata putus terhadap lima tuntutan kesatuan itu, selewat-lewatnya pada 29 Mei.

Sambutan Hari Pekerja anjuran Kementerian Sumber Manusia akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 3 Mei, manakala Hari Pekerja Sektor Awam disambut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 29 Mei.

Bagaimanapun presidennya Omar Osman berkata Cuepacs akan menganjurkan sambutan Hari Pekerja berasingan di Johor Bahru pada 1 Mei yang dijangka dihadiri 1,000 wakil kesatuan dari seluruh negara.

Lima tuntutan Cuepacs: bayaran honorarium RM2,000 tanpa mengira pangkat, kenaikan imbuhan tetap perumahan RM180 hingga RM230, penambahbaikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), memberikan semula elaun kritikal bagi Kumpulan Sokongan Dua yang ditarik balik pada Februari lalu dan melanjutkan umur persaraan wajib dari 56 tahun kepada 60 tahun.

Cuepacs akan mempertimbangkan semula boikot jika kerajaan mahu berunding mengenai tuntutan tersebut menjelang akhir Mei, kata Omar kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Cuepacs di Sungkai, Perak hari ini.

Beliau menafikan tindakan pemulauan itu sebagai satu ugutan kepada kerajaan, sebaliknya menegaskan bahawa keputusan yang berat tetapi drastik itu "terpaksa diambil" demi kebaikan semua pekerja sektor awam khasnya bagi Kumpulan Sokongan Satu dan Dua.

Agensi berita Bernama memetik Omar sebagai berkata, Cuepacs mahu kelima-lima tuntutan tersebut dilaksanakan berdasarkan keputusan yang tepat sebagaimana perbincangan yang telah diadakan antara kesatuan itu dan pihak kerajaan sejak Ogos lalu.

Hantar surat rasmi

Beliau, kecewa dengan kelewatan kerajaan membuat keputusan, menegaskan bahawa kerajaan telah gagal dari segi sistem penyampaiannya kerana masih tidak memutuskan tuntutan ini walaupun permohonan Cuepacs itu melebihi tempoh enam bulan.

Menurutnya, mesyuarat Majlis Cuepacs turut memutuskan untuk menghantar sepucuk surat rasmi kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi menyatakan kekesalan kesatuan itu terhadap tindakan beliau yang dilaporkan "segan" membincangkan permohonan kesatuan itu untuk mendapatkan honorarium RM2,000 dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ketika menjawab soalan penonton dalam program 'Bicarawara: Bersama Ketua Setiausaha Negara" di RTM1 Februari lalu, Mohd Sidek berkata, beliau belum berbincang dengan perdana menteri mengenai pembayaran honorarium itu kerana segan untuk meminta kerajaan membuat bayaran itu selepas kenaikan gaji yang besar kepada kakitangan awam.

Omar juga berkata, mesyuarat majlis itu turut memutuskan supaya Cuepacs mengadakan sesi penjelasan di setiap jabatan di seluruh negara mengenai tuntutan ini mulai minggu depan.

Sementara itu, beliau juga menasihat semua kakitangan sektor awam di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor - yang kini ditadbir pakatan pembangkang - agar tidak bimbang dan memaklumkan terus kepada Cuepacs jika ada diskriminasi ataupun unsur ketidakadilan di negeri-negeri tersebut.

Beliau berharap semua anggota sektor awam di negeri tersebut menjalankan tugas seperti biasa dan menerima arahan yang tidak bercanggah dengan perkhidmatan awam.

Katanya Cuepacs akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin kesatuan di semua negeri berkenaan yang dijangka diadakan pada Jun ini.

KOMENTAR –Suhaimi Taib

Yang penting hak kakitangan awam diterima dengan sewajarnya.

Khalwat: Bukan Islam juga dihukum?

Apr 2, 08 11:19pm (Malaysiakini.com) Dua badan Islam mencadangkan seorang bukan Islam yang terlibat dalam kes khalwat dengan pasangan Islamnya boleh dikenakan hukuman - langkah terbaru dan mengejutkan yang pasti mengundang kontroversi.


Cadangan daripada Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dan Jabatan Undang-undang Syariah Malaysia itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, lapor laman web The Star Online hari ini.

Hakim mahkamah rayuan syariah Datuk Mohd Asri Abdullah berkata orang bukan Islam mungkin boleh dihukum di mahkamah sivil agar "lebih adil".

"Orang Islam akan dihukum di mahkamah syariah... tetapi kami tidak ada kuasa menghukum bukan Islam," beliau dipetik sebagai berkata di seminar semakan undang-undang syariah anjuran dua badan itu.

Cadangan tersebut terkandung dalam draf resolusi seminar dua hari yang berakhir Rabu.

Dua badan itu juga mencadangkan hukuman lebih berat kepada orang Islam yang melakukan kesalahan berkhalwat, pelacuran, minum arak dan berjudi.

KOMENTAR PENDEK –Suhaimi Taib

Keadilan terletak di tangan Islam. Orang bukan Islam boleh diberi pilih untuk sama ada dibicarakan dibawah undang-undang Islam atau sivil.Bagaimanapun apakah undang-undang Islam sudah dilaksanakan sepenuhnya di negara ini?

Undur: MT mesti jujur beritahu PM

2 APRIL-(Malaysiakini.com) Ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno mesti berani berterus terang kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sama ada beliau perlu berundur sebagai presiden parti itu, kata ketua bahagian Raub, Datuk Shahiruddin Ab Moin.

Bekas exco kerajaan Pahang itu berkata, mereka tidak harus berpura-pura tetapi hendaklah bersikap jujur dan berani memberikan pandangan kepada presiden Umno.

"MT harus beri pandangan secara terbuka kepada Datuk Seri Abdullah, kalau beliau perlu undur, MT harus beri pandangan.

"Kalau tidak perlu undur, MT harus berikan sokongan padu dan bekerja untuk memulihkan parti," katanya kepada pemberita di Raub hari ini.

Shahiruddin mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong, bawah parlimen Raub, dalam pilihanraya umum lalu dengan majoriti 3,391 undi.

Beliau mendapat 6,804 undi untuk menewaskan calon PKR, Kamaluddin Abdul Rahman (3,413 undi) dan calon bebas, Tengku Abdul Hamid yang mendapat 387 undi.

Mansuh kuota

Shahiruddin bagaimanapun tidak dilantik semula menganggotai barisan exco kerajaan kali ini.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata isu pemansuhan sistem kuota bagi melayakkan seseorang ahli Umno bertanding jawatan tinggi parti, tidak harus dibincang secara terbuka.

Sebaliknya, tambah Shahiruddin, ia perlu diselesaikan di peringkat MT.

Perbahasan secara terbuka berhubung isu itu, tambahnya, boleh menyebabkan ahli parti di peringkat akar umbi menjadi keliru.

"Pemimpin Umno tidak perlu bertelagah sesama sendiri dan memberikan kenyataan terbuka melalui akhbar kerana ini hanya akan menyebabkan ahli Umno di peringkat bawahan bertambah keliru.

"Mereka (MT) sudah lari daripada fokus utama dan masalah sebenar iaitu bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap Umno," katanya.

KOMENTAR PENDEK –Suhaimi Taib

Gelombang haru biru melanda Umno. Inilah masanya satu tindakan drastik perlu diambil PR untuk jadikan Umno parti kecil Melayu yang tidak berkuasa lagi.

Usaha bendung ahli Umno bersuara

2 APRIL - Malaysiakini.com melaporkan Kini seakan-akan wujud usaha untuk meredakan keghairahan perbincangan di semua peringkat ahli Umno mengenai perubahan yang perlu dilakukan terhadap parti tunggak BN - yang kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu.

Sebelum ini, pemimpin Umno di semua peringkat berdebat secara terbuka melalui media - sama ada menyokong atau membantah kuota pencalonan serta gesaan diadakan perhimpunan khas.

Bagaimanapun, keghairahan tersebut seperti mahu dibendung oleh pihak-pihak tertentu dalam Umno bagi menghadapi pemilihan pucuk pimpinan parti yang ditetapkan pada 16 hingga 20 Disember depan.

Kini, pihak media arus perdana khususnya hanya membesarkan berita-berita yang memetik kenyataan mereka yang menyokong dikekalkan sistem kuota untuk pemilihan jawatan tertinggi dalam Umno.

Mengikut sistem kuota, calon presiden mesti mendapat 30 peratus atau 58 pencalonan dari bahagian, timbalan presiden (20% atau 38 pencalonan), naib presiden (10% atau 19 pencalonan) dan majlis tertinggi (5% atau 10 pencalonan).

Kelmarin, contohnya, berita utama muka depan sebuah akhbar arus perdana bertajuk 'Kekalkan kuota pencalonan' yang memetik ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Taib mempersoalkan niat bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta sistem kuota tersebut dimansuhkan.

Manakala naib presiden Umno, Tan Sri Muhyiddn Yassin yang sebelum ini bersetuju kuota itu dimansuhkan, bertukar nada apabila mengatakan cadangan penghapusan kuota itu tidak mungkin dapat dilaksanakan tahun ini.

'Ketepi keraguan'

Katanya, ini kerana usul bagi perkara itu perlu dibuat pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) di peringkat cawangan dan bahagian, dan ia perlu dibuat sebelum Mei ini.

Mesyuarat agung Umno peringkat cawangan dijadualkan pada 17 Julai hingga 24 Ogos, manakala persidangan perwakilan bahagian dari 9 Oktober hingga 9 November depan.

Semalam, Muhyiddin menggesa ahli Umno supaya mengetepikan segala keraguan dan menyokong kepimpinan parti dalam usaha mengukuhkan parti tersebut.

Katanya, mereka tidak seharusnya terlalu terbawa-bawa dengan isu-isu hangat seperti cadangan memansuhkan sistem kuota untuk bertanding jawatan parti sehingga melupakan isu-isu yang lebih penting dan kritikal.

Jika kelmarin timbalan pengerusi Umno Sabah, Datuk Shafie Apdal menyokong sistem kuota dimansuhkan tetapi semalam pengerusi Umno negeri itu, Datuk Seri Musa Aman (foto) pula berkata, perkara itu perlu diserahkan kepada mesyuarat MT.

Katanya, perkara tersebut perlu dibincang dengan teliti dalam mesyuarat MT sebelum sesuatu keputusan dibuat mengenainya.

Pemuda Umno Pulau Pinang juga dilaporkan hari ini menolak cadangan untuk memansuhkan sistem kuota.

Keinginan ahli

Ketuanya, Mohamed Salim Abdul Bari berkata, jika dimansuhkan, ia boleh mewujudkan keadaan kelam-kabut dalam pemilihan parti sehingga boleh mengheret ahli ke kancah perpecahan.

Oleh itu, katanya, sistem kuota perlu diteruskan bagi memastikan setiap pemimpin yang bertanding mendapat sokongan ramai daripada akar umbi, bukan atas sokongan kumpulan tertentu sahaja.

Malah, katanya, kewujudan sistem tersebut sejak 1988 adalah hasil manifestasi keinginan seluruh ahli parti untuk melihat Umno terus kukuh dan bersatu padu bagi mengelak sebarang perpecahan.

Bekas menteri penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir pula mencadangkan agar kuota itu diselaraskan kepada lima peratus sahaja.

Katanya, pengenalan sistem itu pada masa lalu dilakukan untuk mengelakkan calon tidak serius daripada bertanding.

Namun, katanya, dalam situasi hari ini, kemampuan untuk memenuhi kuota 30 peratus bagi membolehkan pertandingan jawatan presiden parti umpamanya, begitu mustahil kerana banyak ahli Umno yang inginkan perubahan tetapi takut untuk bertindak.

Jalan tengah

Kata beliau, cadangan menurunkan peratusan kuota itu sebagai jalan tengah yang wajar dipertimbangkan semua pihak.

Mengenai cadangan agar satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi membincangkan isu kuota, beliau berkata, hal itu sebaik-baiknya diputuskan oleh MT sahaja.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac, BN buat pertama kali dalam sejarah gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, apabila hanya mampu meraih 140 daripada 222 kerusi parlimen.

Barisan pembangkang memenangi 82 kerusi parlimen - PKR (31), DAP (28) dan PAS (23).

BN juga kehilangan tiga negeri yang dikuasai Umno sebelum ini - Kedah, Perak dan Selangor. Barisan pembangkang juga merampas Pulau Pinang daripada Gerakan dan PAS kekal menguasai Kelantan.

KOMENTAR PENDEK –Suhaimi Taib

Umno kini seperti tikus membaiki labu.

DAP: Kenapa larang kami ke sekolah?

Apr 2, 08 2:30pm Malaysiakini.com melaporkan DAP menuntut penjelasan daripada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sama ada benar pengarah pelajaran negeri telah diarahkan agar tidak membenarkan ahli politik pembangkang melawat atau menghadiri majlis di sekolah.

Pengerusi biro undang-undang DAP Selangor, Lim Lip Eng berkata, jika Hishammuddin enggan menjawabnya, tetapi masih mahu meneruskan langkah ‘tersembunyi’ itu, parti itu akan meminta ibu bapa supaya memaklumkan kepadanya jika mereka mengetahui ada ahli politik BN melawat sekolah anak-anak mereka.

Beliau yang juga ahli parlimen Segambut berkata, ahli-ahli politik BN itu termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak atau pemimpin utama parti-parti komponen BN yang lain.

"Dan saya akan mendapatkan bantuan ahli-ahli DAP, rakan dari parti-parti pembangkang lain, badan bukan kerajaan (NGO), malah pasukan polis, untuk menghalang mereka masuk ke kawasan sekolah," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selepas pilihanraya umum lalu, katanya, beliau sendiri pernah dilarang oleh seorang guru besar untuk melawat sebuah sekolah, dipercayai setelah menerima arahan berbuat demikian.

"Memandangkan para ibubapa menolak BN di enam negeri (termasuk Wilayah Persekutuan), saya yakin mereka juga pastinya tidak mahu mereka (pemimpin BN) ke sekolah bagi mempengaruhi anak-anak mereka," kata Lim.

'Wilayah BN'

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, pakatan pembangkang berjaya menawan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. PAS pula berjaya mengekalkan Kelantan. Pembangkang turut menang 10 daripada 11 kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan.

"Adalah jelas bahawa wujud broker kuasa yang sedang aktif cuba untuk menjadikan semua sekolah sebagai 'wilayah Barisan Nasional'.

"Ini terbukti daripada kenyataan ketua pengaran pendidikan, Alimuddin Mohd Dom apabila beliau enggan mengulas apabila ditanya sama ada pengarah pendidikan (negeri) telah diarah melarang lawatan ahli politik pembangkang ke sekolah.

"Jika pengarah pendidikan benar-benar telah diarahkan supaya tidak membenarkan lawatan ahli politik parti pembangkang, maka ia satu tindakan kurang sopan yang tidak menghormati pilihan rakyat (dalam pilihanraya)," katanya lagi.

Ahad lalu, Alimuddin dilaporkan berkata hanya pegawai Kementerian Pelajaran dibenar merasmikan majlis yang diadakan di sekolah bagi mengelak ia dipolitikkan.

Berikutan itu, katanya, pihak kementerian akan menghantar surat pekeliling ke sekolah untuk memaklumkan kepada mereka mengenai perkara tersebut.

'Tindakan memalukan'

Menurut Alimuddin, mereka yang dibenar merasmikan majlis atau acara di sekolah termasuklah menteri pelajaran, timbalan menteri pelajaran, ketua pengarah pelajran, dan pengarah pelajaran negeri atau wakil-wakil mereka.

Guru besar sekolah pula, katanya, mesti mendapatkan kebenaran pengarah pelajaran negeri terlebih dahulu jika mereka mahu menjemput orang luar untuk berbuat demikian.

"Saya sangka, sebagai seorang yang arif dalam bidang pendidikan, ketua pengarah dapat menyelesaikan masalah itu, dengan membetulkan yang salah," tambah Lim.

Sehubungan itu, Lim mengecam tindakan manipulasi seumpama itu di sekolah-sekolah untuk kepentingan politik oleh BN.

"Jika mana-mana pihak berkuasa sekolah membenarkan tindakan tidak demokratik dan berat sebelah dilaksanakan, maka mereka sepatutnya merasa malu menjadi guru kepada anak-anak kita," katanya.


KOMENTAR –Suhaimi Taib

Sebelum ini Umno guna dewan sekolah untuk adakan mesyuarat agung, tidak pula disifatkan sebagai satu kesalahan.Justeru mintalah kebenaran terlebih dahulu. Jika tidak diberikan juga tengoklah apa yang perlu disiarkan dalam media.

Muslimat tuntut ruang isi kemenangan

2 APRIL - Malaysiakini.com melaporkan Dewan Muslimat PAS berharap Pakatan Rakyat, gabungan tiga parti pembangkang, memberi ruang penyertaan pergerakan Pemuda dan Wanita yang menyeluruh di negeri yang dimenanginya.


"Semua entiti dalam parti termasuklah sayap Pemuda dan Wanita (Muslimat) dilibatkan secara menyeluruh dalam usaha mengisi kemenangan di negeri-negeri, termasuk Wilayah Persekutuan, yang diperintah oleh Pakatan Rakyat," kata setiausaha Muslimat, Aiman Athirah Al Jundi.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac, barisan pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan di empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - manakala PAS mempertahankan Kelantan dengan tambahan kerusi.

Di Wilayah Persekutuan, pembangkang menguasai 10 daripada 11 kerusi parlimen.

Aiman Athirah menambah, penubuhan pakatan itu menunjukkan keseriusan PAS, PKR dan DAP memperbaiki kepincangan dan salah urus kerajaan-kerajaan negeri sewaktu ditadbir BN.

"Pakatan Rakyat akan dapat membantu usaha kita untuk memberi 'isyarat' yang sangat serius bahawa rakyat yang menumbangkan BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Dan yang memerintah di negeri-negeri 5+1 hari ini adalah kuasa rakyat. Seterusnya yang menjadi sasaran kita juga adalah perkhidmatan cemerlang kepada seluruh rakyat."

Beliau menegaskan, hanya pemimpin berjiwa rakyat yang akan sentiasa mengutamakan rakyat.

"Rakyat mesti sahut baik Pakatan Rakyat ini untuk kebaikan mereka," katanya.

Pakatan Rakyat diumumkan semalam selepas perjumpaan yang dihadiri ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail, pemimpin utama DAP Lim Kit Siang dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penubuhan pakatan tersebut menyaksikan kerjasama kembali antara PAS dan DAP selepas gabungan lama dua parti itu dalam Barisan Alternatif (BA) gagal bertahan pada 2001.

Selain dua parti itu, BA yang ditubuhkan pada 1999 disertai oleh Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia yang kemudiannya bergabung menjadi PKR.

DAP bertindak keluar dari barisan tersebut dua tahun kemudian sebagai membantah agenda negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

KOMENTAR –Suhaimi Taib

Pakatan Rakyat (PR) boleh mewujudkan gelombang baru rakyat (Gelombang Rakyat) untuk melihat masa depan politik negara lebih cemerlang. Saya sokong pakatan ini dan diharapkan satu strategi baru dirancang untuk pastikan Malaysia berjaya diperintah di masa terdekat.

Hampir 2,000 ahli PBT, JKKK berundur

2 April - Malaysiakini.com melaporkan Semua 1,938 ahli pihak berkuasa tempatan (PBT) dan anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di Kedah yang mewakili Umno meletakkan jawatan.


Peletakan jawatan itu, yang berkuatkuasa semalam, diarahkan parti itu selepas tewas di tangan pakatan pembangkang pada pilihanraya umum 8 Mac.

Ketua badan perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keputusan itu dicapai pada mesyuaratnya di pejabat Umno di sini malam tadi, lapor Bernama hari ini.

Kedah kini dikuasai pakatan PAS-PKR selepas pembangkang, termasuk DAP, menguasai 22 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PAS menguasai 16 kerusi, PKR lima dan DAP satu setelah seorang calon bebas menyertai pakatan pembangkang.

Selain di negeri itu, 876 ketua kampung di seluruh Perak dilaporkan bersedia melepaskan jawatan masing-masing atas alasan mereka tidak sehaluan dengan kerajaan campuran pimpinan DAP, PAS dan PKR.

Seramai 13,140 ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) akan menurut langkah yang sama pada 1 Mei ini.

KOMENTAR PENDEK –Suhaimi Taib

Tindakan Kerajaan Kedah memberi masa kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berfikir sama ada mahu terus bersama kerajaan atau letak jawatan adalah satu tindakan bijak. Mungkin Kerajaan Kedah boleh gunapakai cadangan MB Perak, adakan mesyuarat pemilihan peringkat penduduk kampung pilih JKKK baru.

ISA: Syed Hamid rosakkan imej PM?

Keputusan menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar tidak membebaskan lima pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) merosakkan imej Perdana Menteri, kata DAP.

Tokoh utama parti itu Lim Kit Siang berkata, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji untuk melakukan perubahan tetapi Syed Hamid enggan melihat isu itu daripada perspektif berbeza mesej pengundi dalam pilihanraya umum 8 Mac.

"Kenyataan Hamid terhadap desakan Samy Vellu untuk membebaskan lima aktivis Hindraf boleh digunakan terhadap dirinya sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

Syed Hamid berkata presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berhak menyuarakan apa yang diperjuangkan oleh partinya.

"Tugas saya ialah menentukan apa juga isu yang dibuat, bukan satu keputusan berasaskan keputusan saya, tetapi berasaskan proses-proses yang diiktiraf undang-undang dalam menentukan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjamin," katanya.

Ahad lalu, Samy Vellu menggesa semua pemimpin gerakan itu dibebaskan - dua daripadanya dibebaskan lebih awal atas alasan R. Kenghadaran mengalami sakit teruk dan M. Manoharan menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam pilihanraya 8 Mac.

Semalam, bekas menteri kerja raya itu juga berkata dua lagi ketua Hindraf wajar dibebaskan - V. Ganabatirau dan K. Vasantha Kumar - kerana "pembabitan mereka tidak begitu mendalam" dalam demonstrasi besar di Kuala Lumpur 25 Nov lepas.

P. Uthayakumar, seorang peguam dan aktivis sosial masyarakat India, pemimpin Hindraf yang kini meringkuk di kem tahanan Kamunting di Taiping.

KOMENTAR PENDEK –Suhaimi Taib

ISA, satu undang-undang melanggar hak asasi manusia iaitu seseorang itu berhak mendapat pembelaan undang-undang termasuk berhak dibicarakan di mahkamah jika dituduh melakukan kesalahan undang-undang. Alasan menjaga keselamatan negara hanya satu isu untuk membolehkan tindakan tersebut dibuat. Yang penting Barisan Naional (BN) selamat dari ancaman rakyat dengan memperalatkan ISA. Tolong ajar BN cukup-cukup!

Najib Turun Ke Bawah Pulih Keyakinan Akar Umbi


KUALA LUMPUR, APRIL - Bernama melaporkan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai anggota jawatankuasa pengurusan parti turun ke akar umbi, terutama di negeri-negeri yang tidak lagi dikuasai Barisan Nasional (BN), untuk memulihkan keyakinan anggota terhadap Umno.

Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno hari ini yang merupakan inisiatif pertama parti bagi mengembalikan semula keyakinan anggota parti dan rakyat, khususnya orang Melayu, ekoran prestasi merosot BN pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Beliau berkata sebagai permulaan, Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri akan turun ke Kedah dan Pulau Pinang pada 10 April, Perak dan Selangor pada 14 April sebelum ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakala lawatan ke negeri-negeri lain akan ditentukan kemudian.

"Timbalan Presiden (Najib) akan memberi penjelasan dan kami akan membantu beliau terutama dari segi memulihkan semangat (anggota parti) dan apakah inisiatif yang parti akan lakukan untuk yakinkan kepada mereka masih ada harapan untuk kukuh barisan," katanya kepada pemberita selepas menutup seminar Dewan Perniagaan Melayu Malaysia mengenai bantuan kewangan kerajaan kepada syarikat-syarikat Malaysia di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade di Jalan Duta di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata Najib juga akan menjelaskan mengenai mekanisme penyampaian bagi membolehkan wakil rakyat BN menjalankan tugas mereka dengan efektif.

Beliau berkata mekanisme ini akan membolehkan wakil rakyat BN menyampaikan bantuan daripada kerajaan persekutuan kepada rakyat melalui saluran yang akan ditentukan kemudian.

"Kita akan wujud mekanisme baik dari segi pentadbiran kerajaan dan sistem penyampaian politik. Maknanya, kita sudah sedia atur semua inisiatif sampai ke bawah," katanya.

Muhyiddin berkata pada masa yang sama Najib akan mengadakan pertemuan dengan Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di negeri terbabit untuk mereka menyuarakan pandangan secara terbuka mengenai kepimpinan parti, kelemahan dan perkara-perkara lain.

Mengulas mengenai mesyuarat agung khas (EGM), Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Peraturan dan Perlembagaan Umno berkata parti tidak menghalang mana-mana bahagian untuk mengadakan mesyuarat khas itu selagi ia mengikut peraturan dan perlembagaan parti.

Beliau berkata soal mengadakan EGM seperti yang disuarakan Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini hanya boleh dilakukan sekiranya mendapat sokongan lebih 50 peratus bahagian Umno atau atas keputusan Majlis Tertinggi Umno.

Jika mendapat sokongan, ia perlu dilakukan sebelum mesyuarat cawangan Umno yang akan bermula 17 Julai, diikuti mesyuarat bahagian bermula pada 9 Okt dan Perhimpunan Agung Umno bermula 16 Dis. "Kita tidak akan sekat. Itu hak mereka (bahagian Umno)," katanya.

Mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad pada sebuah forum di Petaling Jaya semalam yang sesiapa sahaja boleh bertanding jawatan presiden termasuk Muhyiddin, beliau berkata itu adalah pandangan peribadi bekas Perdana Menteri itu.

Beliau juga menafikan dakwaan Dr Mahathir bahawa pemimpin Umno sekarang hanya tahu mengangguk dan tidak berani menyuarakan pandangan dengan berkata ia merupakan persepsi negatif kepada setiap kepimpinan negara.

"Kadang-kadang kita kata ya, kadang-kadang kita kata tidak," kata beliau sambil menambah bahawa isu yang menyentuh kepentingan negara, mereka akan bangkit dalam mesyuarat kabinet tetapi tidak akan bercakap mengenainya secara terbuka.

"Kita cakap dengan fikiran terbuka, dan ia juga berlaku semasa era Dr Mahathir. Tetapi tanggapan atau persepsi sebagai "orang yang mengyakan adalah tidak betul. PM (Abdullah) mudah menerima dan mengalu-ngalukan pandangan yang berlainan," katanya.

Mengulas mengenai mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang tersebar semalam kononnya beliau akan bergandingan dengan Tengku Razaleigh, Muhyiddin berkata ia tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab. Beliau menganggap perkara itu sebagai jenaka "April Fool".

"Ia bukan daripada saya," katanya, sambil menambah bahawa tiada guna beliau berebut jawatan sekiranya parti hancur dan tidak lagi relevan kepada rakyat.

KOMENTAR -Suhaimi Taib

Saya percaya lawatan itu tidak akan memulihkan semula semangat ahli Umno kerana parti itu berada dalam keadaan lemah selagi kepimpinan tertinggi sedia ada tidak bertukar dalam masa terdekat.


MoU Pelancongan Di Lima Negeri Akan Dibatalkan -Azalina


KUALA LUMPUR, 2 APRIL - Bernama melaporkan Kementerian Pelancongan akan menamatkan semua Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani dengan kontraktor dan pengusaha pelancongan berkaitan pelaksanaan aktiviti pelancongan di lima negeri yang dikuasai pembangkang.

Menteri berkenaan Datuk Seri Azalina Othman Said berkata tindakan itu diambil kerana kementerian tersebut bimbang strategi dan pelaksanaan pelancongan negara tidak dapat diterima oleh kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di sini hari ini, katanya kementerian itu akan menubuhkan jawatankuasa baru dalam Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) bagi memantau aktiviti pelancongan di negeri-negeri tersebut.

Azalina berkata:"Apa yang akan berlaku di lima buah negeri tersebut, mereka akan ditadbir oleh individu-individu yang dilantik di bawah Kementerian Pelancongan."

MTPN ditubuhkan pada tahun 2002 yang dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri dengan peruntukan RM1 juta setahun bagi melaksanakan dasar pelancongan yang ditetapkan kementerian itu.

Azalina juga menyarankan supaya pengusaha pelancongan terutama dalam bidang perhotelan supaya menggunakan produk tempatan sebagai cenderamata dan mengutamakan hidangan makanan dan buah-buahan tempatan sebagai sajian kepada pelancong.

"Saya percaya produk tempatan seperti tikar dan bakul mengkuang, tepak sirih, kain songket serta batik harus dijadikan cenderamata dan diperkenalkan dengan lebih meluas kepada pelancong", tambahnya.

KOMENTAR PENDEK -Suhaimi Taib

Bila masanya Kerajaan Pusat di bawah Barisan Nasional (BN) ikhlas untuk berkompromi dan bekerjasama dengan kerajaan pembangkang termasuk dalam urusan pelancongan selama ini? (Masihkah Kau Ingat) Kerajaan BN Pusat, mendera Kelantan dan Terengganu dengan melambat-lambatkan pembayaran Capitation Grand dan Road Grand sehingga Disember setiap tahun. Ini sikap biadap BN yang rakyat tidak suka. Ajarlah BN biar dia sedar bahawa kekuasaan parti itu tidak akan bertahan lama, percayalah!

Kenapa perlu saya letak jawatan? -Pak Lah



PUTRAJAYA, 2 April - Bernama melaporkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Rabu menafikan spekulasi yang beliau akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Abdullah mengulangi pendiriannya yang beliau tidak akan lari daripada tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri.

"Saya masih di sini. Saya masih di sini. Saya masih di sini. Mereka semua membuat spekulasi. Saya larilah. Saya letak jawatan. Kenapa perlu saya letak jawatan.

"Kerajaan saya mendapat majoriti besar (walaupun) bukan dua pertiga tetapi amat kukuh... itulah sokongan yang diterima. Takkan saya nak lari, tinggal saya punya tanggungjawab," katanya

Beliau berkata demikian kepada BERNAMA selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said di pejabatnya di sini.

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi itu.

Spekulasi itu timbul ekoran gesaan oleh beberapa pemimpin termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang Abdullah patut memikul tanggungjawab bagi prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 8 Mac lepas dan meletakkan jawatan.

BN hilang majoriti dua pertiga dalam Parlimen selepas memenangi hanya 140 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen manakala pembangkang memenangi 82 kerusi.

BN juga tewas di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor selain gagal merampas kembali Kelantan daripada PAS.

Abdullah yang jarang menghadiri majlis rasmi akhir-akhir ini turut menyemarakkan spekulasi itu.

KOMENTAR -Suhaimi Taib

Pak Lah dipercayai mempunyai kredibiliti tidak baik sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno. Beliau dikatakan tidak berkeupayaan secara profesional memimpin negara. Pak Lah disifatkan sebagai insan yang lemah ketika mengemukakan pendapat dan tiada idea bernas serta berwibawa dikemukakan untuk membolehkannya mempertahankan jawatan sebagai Perdana Menteri. Justeru berundurlah sebelum diundurkan.


Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising