Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, March 31, 2008

Ingatan kepada Bakal MB – Jangan Ajak Wakil Rakyat Bertumbuk Lagi

Ditulis oleh Wartawan Buletin Online
Sunday, 30 March 2008
Marang, 29 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kijal, Ahmad Said, diingatkan supaya jangan mengajak sesiapa dikalangan Ahli Dewan Undangan Negeri(DUN) Terengganu untuk bertumbuk atau bergaduh, selepas bergelar YAB Menteri Besar(MB) Terengganu nanti.

Perkara tersebut diberi ingatan oleh ADUN Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut didalam ceramah perdana yang diadakan di perkarangan Masjid Rusila, sempena kedatangan sulung Menteri Besar Kedah ke negeri Terengganu.

Beliau berkata demikian kerana beberapa kali sewaktu sidang DUN sedang berjalan pada penggal lalu, Ahmad Said mengajak beliau untuk bergaduh dan bertumbuk.

“Saya harap bakal MB tak ajak wakil rakyat ‘bergocoh’ lagi bila dah jadi MB nanti” katanya sebagai Pengerusi kepada majlis yang diadakan semalamThe image “http://buletinonline.net/images/berita5/ybwpelam.gif” cannot be displayed, because it contains errors..

Sementara itu, YAB Ustaz Azizan Razak , Menteri Besar Kedah memaklumkan kepada hadirin beberapa usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Kedah.

Beliau berkata kerajaan baru Kedah berjalan dengan lancar dan telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari Pegawai Tadbir Negeri Kedah(KCS)

Beliau berkata beberapa masalah yang telah ditimbulkan oleh pembangkang negeri Kedah, UMNO/BN,

antaranya menyebarkan berita palsu dan hasutan.

Beliau berkata masalah perjalanan kelas Tabika adalah antara khabar angin yang sengaja dimainkan oleh pembangkang menyebabkan beberapa tadika telah mengusung barang-barang keluar dari bangunan kelas pra-ekolah tersebut.

“Saya keluarkan kenyataan, jangan pindah, jangan pergi kemana-mana, duduklah disitu dan teruskan pengajian budak-budak” kata Ustaz Azizan.

Selain itu, beliau berkata pelaburan masuk kembali ke negeri Kedah terutamanya ke Kawasan Perindustrian Taman Teknologi Tinggi Kulim(Kulim Hi-Tech Tenchnology Park)

Beliau berkata pada awal kemenangan PAS, beberapa pengusaha di Kulim High-Tech yang terpengaruh dengan dakyah pembangkang bercadang untuk keluar dari premis masing-masing.

Beliau berkata mereka berbuat demikian kerana pihak pembangkang telah menyebarkan maklumat bahawa kerajaan baru Kedah akan mengubah polisi pelaburan di tapak industri tersebut.

Beliau berkata walaubagaimana pun, setelah diberi penerangan para pengusaha tersebut tidak meneruskan niat mereka.

Sementara itu Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengatakan sekiranya satu kaum tidak mahu mengambil tanggungjawab memperjuangkan Islam, Allah akan gantikan dengan kaum yang lain.

Beliau berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan Barisan Nasional kerana PAS telah mengalami pahit sewaktu dalam kerajaan campuran pada tahun 1974.

Beliau berkata kerjasama PAS dalam Barisan Alternatif dengan Parti Keadilan Rakyat(PKR) telah disokong oleh Parti Tindakan demokratik(DAP).

Beliau berkata walaupun PAS hanya mempunyai 6 kerusi di Perak, DAP telah memberikan sokongan dan persetujuan untuk melantik Menteri Besar dari kalangan wakil rakyat PAS.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Dato’ Wan Mutalib Embong, Dato’ Ustaz Harun Taib, kedua-duanya Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu selain Tuan Haji Yahaya Ali, Seriausaha Perhubungan PAS Terengganu.

Seramai lebih 20,000 orang hadir ke majlis ceramah semalam untuk mendengar ucapan sulung Ustaz Azizan Razak sebagai Menteri Besar Kedah.

Lihat Video Klip Mad Said ajak Wahid ‘gocoh’

Sekolah seni di Johor?

Posted on Monday, March 31 @ 23:14:36 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh jentik

"Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, Kementerian Pelajaran telah mengenal pasti lokasi untuk mendirikan dua buah sekolah seni di Johor dan Sarawak tidak lama lagi dilengkapi dengan kemudahan khas untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Beliau berkata, sejak sekolah tersebut dibuka, ramai yang memohon untuk menyertainya, namun pemilihan teliti dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar.

“Para pelajar berkenaan dipilih berdasarkan personaliti dan kalau mereka minat menyanyi atau menari, semasa temu duga mereka perlu menunjukkan bakat tersebut,” katanya.

Begitulah hebatnya kehidupan yang bakal dilayan oleh seluruh rakyat Johor selain dari limpahan hiburan, pusat2 snooker, pusat2 mak nyah, pub dan disko dsb.


Sedang kerajaan negeri cuba melenyapkan sekolah2 agama atau pendidikan awal agama kepada anak2 kita, sekali lagi ia telahpun bercadang untuk menapakkan di jiwa anak2 dengan pendidikan seni yang tiada intipati kerohanian itu.Tidakkah bangga pemimpin2 negeri melahirkan tokoh2 pelajar agama sebelum ini?malukah mereka dengan pemimpin negara jiran yang menjadi pelabur2 terhormat mereka?

Dimana dan siapakah yang akan membela peri pentingnya pendidikan agama yang menjadi kebanggaan rakyat Johor sejak sekian lama?
Apakah perlu didatangkan lagi satu musibah yang lebih dahsyat dari Allah s.w.t untuk menyedarkan kita semua?

Msrilah kita bersatu padu dan ingatlah dengan janji Allah,takutlah dengan balasan Allah yang sedia menanti kita bila2 masa walaupun semasa hayat masih ada.Ayuh bangunlah rakyat Johor.Bukalah mata hatimu.Apakah agenda yang sedang ditiupkan dihati sanubari anak-anak kita?
Semoga hidup kita dilindungi oleh anasir2 jahat dan golongan2 yang menyesatkan."

Bila PM terpaksa turun ke Sabah, bukti BN tergugat

Salahuddin Ayub
Mon | Mar 31, 08 | 5:20:44 pm MYT

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan perkembangan terkini politik Sabah yang semakin menggugat kedudukan BN sebaik sahaja krisis politik di Terengganu dapat 'diselesaikan'.

Lawatan Perdana Menteri yang sedang didesak untuk meletak jawatan, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Sabah untuk menemui ahli-ahli parlimen dipercayai untuk mengukuhkan kedudukan BN yang semakin tergugat kebelakangan ini.

DPP Pusat percaya isu-isu yang berbangkit di Sabah jika tidak ditangani dengan berkesan oleh Abdullah boleh menjadi punca kejatuhan BN kelak.

Pergolakan politik Sabah memang sentiasa menarik perhatian pengkaji politik semenjak 1960-an lagi.

Politik Sabah sudah biasa dengan lompat-melompat dan juga pertukaran parti pemerintah.

Cuma, selepas Umno berjaya membeli wakil-wakil rakyat PBS pada 1994, politik Sabah agak stabil kebelakangan ini.

Tetapi dengan perkembangan politik yang terbaru ini, dipercayai Sabah akan memulakan protes pertama terhadap BN dengan beberapa parti komponannya meninggalkan BN dan menyokong BA sekali gus akan menamatkan zaman BN di negara ini.

Selepas menang besar iaitu 23 daripada 24 kerusi parlimen di Sabah, politik Malaysia dikejutkan oleh tindakan Dato' Anifah Aman yang menarik diri daripada jawatan timbalan menteri walaupun telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Dato' Anifah Aman adalah adik kepada Ketua Menteri, Dato' Seri Musa Aman. Selepas itu, seorang timbalan menteri, Dato' Abdul Ghapur Salleh telah meletakkan jawatannya diikuti oleh desas-desus dua lagi menteri iaitu Dato' Bernard Dompok Gilok dan Dato' Shafie Afdal akan meletak jawatan.

Pemimpin BN di Sabah juga secara terbuka memaklumkan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan agihan kerusi Kabinet kepada pemimpin Sabah walaupun 'nyawa' BN di tangan mereka.

Menyedari masalah yang amat parah di Sabah ini, Presiden Umno itu mengambil keputusan untuk segera 'menyelesaikan' krisis politik Terengganu dengan mengiktiraf Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar walaupun sebelum ini mereka berkeras menolaknya.

Kini, tumpuan Abdullah ialah untuk menyelamatkan 'hayat politiknya' yang mula tergugat ekoran tuntutan dari negeri di bawah bayu itu. Abdullah terpaksa menemui seorang demi seorang ahli parlimen Sabah bagi mendapat jaminan untuk tidak bertukar parti demi mempertahankan survival politik BN dan Abdullah sendiri.

DPP Pusat percaya bahawa ahli-ahli parlimen Sabah berpegang dengan 'janji' mereka untuk tidak melompat parti, tetapi rakyat sedang menunggu untuk parti mereka meninggalkan pakatan BN, seterusnya menjatuhkan BN di Kuala Lumpur.

Institusi Raja Berperlembagaan penting - Presiden PAS


Monday, 31 March 2008

(Harakah) - Institusi Raja Berperlembagaan amat penting bagi keseimbangan politik serta dapat memelihara kestabilan sesebuah negara.

ImagePresiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata peranan istana dan institusi raja berpelembagaan adalah penting untuk keseimbangan politik bagi memelihara kestabilan sesebuah negara.

Katanya, peranan tersebut dapat menyelesaikan krisis dalaman parti kerajaan sesebuah negara serta dapat mengurangkan ketegangan apabila berlaku krisis antara pemerintah dengan rakyat seperti yang berlaku di negeri Thailand.

"Saya sangat tertarik dan menghargai peranan yang dimainkan istana dalam menangani krisis yang berlaku di Terengganu pada hari ini dan kita (PAS) tidak senang dengan berlarutan masa yang begitu panjang tidak ditubuhkan kerajaan negeri," ujarnya ketika ditemui selepas istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Terengganu di Istana Maziah, semalam.

Menurutnya, kerajaan negeri sebelum ini menghadapi masalah selepas memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) lalu hingga berlarutan selama dua minggu.

Dato' Seri Abdul Hadi turut menghargai peranan pihak istana Terengganu yang berjaya menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar dan penubuhan kerajaan negeri setelah dua minggu berlalu.

ImageAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Dato' Ahmad Said, 51, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Istiadat tersebut turut disaksikan oleh Yang Di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman, Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Wakil rakyat PAS yang hadir pada majlis berkenaan iaitu Adun Manir, Dato' Harun Taib; Haji Mohd Abdul Wahid Endut (Wakaf Mempelam); Dato' Tengku Hassan Tengku Omar (Ladang); Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Batu Burok); Ustaz Wan Hasan Mohd Ramli (Sura); Ustaz Mohd Noor Hamzah (Bukit Payung) dan Dr.Alias Razak (Bukit Tunggal).

Manakala, kesemua 22 Adun Barisan Nasional (BN) Terengganu yang sebelum ini akan memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar itu hadir termasuk mantannya Dato' Seri Idris Jusoh di Istana Maziah, semalam.

Kini, kemelut perebutan jawatan MB itu selesai buat seketika setelah Idris Jusoh bersama-sama 22 Adun Barisan Nasional (BN) negeri terpaksa akur dengan kehendak pihak Istana dan MPPR Terengganu.

Suruhanjaya Hakim - Pandangan peribadi Zaid belum tentu diterima Kabinet

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Hrkh) - Cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas untuk mengendalikan urusan pelantikan dan kenaikan pangkat hakim akan menjadikan badan kehakiman lebih telus dan berwibawa adalah bersifat peribadi.

Peguam terkenal, Pawancheek Marican berkata apa yang dikemukakan itu hanyalah datang daripada seorang menteri dan masih belum diputuskan oleh Kabinet kerajaan pusat.

"Ia hanyalah sekadar pandangan Zaid semata-mata, kita masih tidak mendapat kepastian sama ada ia akan dilaksanakan secara serius ataupun tidak," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Tegasnya, suruhanjaya yang bertujuan untuk memastikan proses pelantikan hakim dibuat dalam keadaan yang lebih telus dan menitik beratkan kelayakan yang perlu dimiliki oleh seseorang hakim.

"Hal ini telah bertahun-tahun diperjuangkan Majlis Peguam serta beberapa NGO seperti Suaram dan Hakam," katanya.

Bagaimanapun katanya, ia masih belum diputuskan oleh Kabinet kerajaan sama ada ia benar-benar akan dilaksanakan ataupun tidak.

"Namun, saya merasakan mungkin ia akan dilaksanakan memandangkan ia adalah salah satu daripada isu yang dibangkitkan oleh pembangkang dalam pilihan raya umum baru-baru ini," ujarnya lagi.

Sebagai peguam senior, Pawancheek berharap akan wujud pembaharuan dalam sistem kehakiman negara ini yang sering dipertikaikan oleh pelbagai pihak.

"Saya tidak pasti apa ketetapan yang akan diambil, tetapi saya harap ia akan diperbaharui," katanya lagi.

Jelasnya, banyak pihak yang menyuarakan isu ini termasuk rakyat umum, peguam dan hakim yang ke arah ketelusan sistem kehakiman negara ini.

"Lambat-laun sistem yang sedia ada akan ditukar kepada sistem baru," katanya optimis.

Pada masa yang sama, ujarnya Hakim Besar Malaya hari ini dalam satu forum mengulas isu yang sama dengan menyatakan bahawa ia adalah isu yang membabitkan pembuatan polisi.

"Beliau menyatakan bahawa ia adalah melibatkan perkara dasar dan kerajaan kena memutuskan perkara ini terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan," ujarnya.

Pada masa yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Malaysia, Amer Hamzah Arshad berkata, Majlis Peguam sentiasa melobi penubuhan suruhanjaya seumpama itu kerana pelantikan hakim adalah satu perkara yang penting untuk diputuskan oleh individu tertentu sahaja.

"Suruhanjaya ini menjadikan proses pelantikan hakim lebih telus dan membabitkan calon yang lebih layak serta kurang kontroversi," demikian menurut laporan utusan Malaysia.

Peguam terkemuka, Dato' Muhammad Shafee Abdullah yang turut menyokong penubuhan suruhanjaya itu mencadangkan supaya pemberian kuasa kepada suruhanjaya berkenaan dibuat secara berperingkat-peringkat.

Beliau berkata, ia adalah bagi mengelakkan berlakunya kejutan kepada sistem yang sedang diamalkan sekarang.

Kuliah Zohor di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut bermula esok

Harakahdaily
Mon | Mar 31, 08 | 10:05:32 am MYT

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Hrkh) - Kuliah Zohor di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut akan disambung semula April ini.

Pengerusi Sekretariat Musolla dan Tafaqquh Fiddin Pejabat Agung PAS, Ustaz Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman memberitahu, kuliah akan dimulakan dengan pengajian 'Tazkirah Al-Qurtubi' yang akan disampaikan oleh Ustaz Azharuddin Mamat iaitu pada 1 April (Selasa) ini.

Katanya, pengajian sebelum ini kelas pengajian ditangguhkan selama sebulan pada Mac lalu, untuk memberi penumpuan kepada gerak kerja pilihan raya umum ke 12 baru-baru ini.

Menurut beliau, pihaknya sedang menyusun jadual kuliah dengan tenaga pengajar yang baru beserta pemimpin-pemimpin utama PAS di masa akan datang.

Maklumat lanjut dan jadual kuliah boleh diperolehi secara online di laman web Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP).

"Muslimin muslimat yang dahagakan ilmu pengetahuan, dijemput hadir beramai-ramai," ujarnya.

Lebih 40,000 sambut Tuanku Mizan di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 30 Mac (Hrkh) - Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin terharu dengan sambutan hampir 40,000 rakyat yang menyambut baginda di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, pagi ini.

ImageRakyat mula berkumpul di pekarangan LTSM kira-kira jam 7.30 pagi yang datang dari seluruh negeri sama ada dengan kenderaan sendiri dan bas secara rombongan.

Berbagai sepanduk dibawa oleh mereka bagi menyatakan sokongan dan berdiri teguh di belakang Tuanku Mizan.

ImageKesabaran mereka menunggu reda apabila pesawat yang membawa Tuanku Mizan selaku Sultan Terengganu mendarat di LTSM kira-kira jam 10 pagi yang diiringi oleh Yang Di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dari Kuala Lumpur.

Pada kira-kira jam 9.30 pagi sebelum itu, anakanda baginda yang juga Pemangku Sultan Terengganu Tengku Muhammad Ismail tiba di lapangan terbang itu dengan pesawat khas lain yang diiringi oleh seorang ahli MPPR yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Dato' Abdul Kadir Sulaiman.

ImageSelepas bersalaman dengan golongan kenamaan yang diikuti dengan bacaan doa, kenderaan yang membawa Tuanku Mizan mulai keluar balai ketibaan jam 10.25 pagi.

Sepanjang perjalanan keluar dari LTSM, baginda membuka tingkap kenderaan sambil melambai tangan kepada rakyat dengan riak wajah Tuanku Mizan nampak terharu.

Dalam masa yang sama, rakyat turut bertakbir dan melaungkan Daulat Tuanku.

Orang ramai yang hadir mengambil masa lebih sejam dalam kesesakan untuk beredar dari LTSM.

Mampat serah Memorandum Rakyat, tanda sokong pada istana

TERENGGANU, 31 Mac (Hrkh) - Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) mengetuai 30 Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Terengganu telah dipekenankan mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Zainal Abidin bagi menyerahkan Memorandum Rakyat.

Pada hari tersebut ribuan rakyat Terengganu tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama menyambut keberangkatan pulang Tuanku Mizan bersama Putera dan Puterinya ke Terengganu.

ImagePengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah, 36, berkata baginda Tuanku Sultan Mizan pekenan menerima rombongan Mampat bagi menyampai Memorandum Rakyat tersebut.

Menurutnya, majlis tersebut dipindahkan dari bilik VVIP di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke lokasi Terengganu International Endurance Park di Lembah Bidong, Setiu semalam.

"Kami (Mampat) bergegas ke Terengganu International Endurance Park untuk menyampaikan Memorandum Rakyat setelah dipekenan oleh baginda Tuanku Sultan Mizan.

"Alhamdulillah, Mampat berjaya menyampaikan hasrat rakyat bagi menyatakan sokongan dan berdiri teguh di belakang Tuanku," ujarnya ketika ditemui Harakah selepas penyerahan memorandum tersebut kepada Setiausaha Sulit Sultan, di Lembah Bidong, Setiu.

Antara isi kandungan Memorandum Rakyat tersebut menyatakan pendirian teguh di belakang Tuanku dalam apa keadaan bagi mempertahankan kedaulatan dan ketinggian maruah Istana.

Selain itu, katanya memaklumkan terdapat sebidang kain rentang sepanjang 50 meter x satu meter dan empat kain rentang tiga meter setengah x satu meter yang mengandungi tandatangan rakyat.

Menurutnya, tandatangan itu tanda taat setia rakyat yang menyokong kebijaksanaan Tuanku dan Istana dalam menangani kesulitan politik negeri pasca Pilihan Raya Umum Ke-12.

Tinjauan Harakah pada hari keberangkatan pulang baginda Tuanku Sultan Mizan dan Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin itu sejumlah lebih 40,000 rakyat menyambutnya.

Gema 'Daulat Tuanku' serta diselangi dengan takbir memuji kebesaran Allah SWT turut dilaungkan di samping pemasangan kain sepanduk, bennar dan riben kuning.

Isu MB Terengganu: "Comedy of Error" yang memalukan

A Kadir Jasin
Mon | Mar 31, 08 | 9:38:52 am MYT

Ahmad Said yang pelantikannya sebagai Menteri Besar Terengganu dianggap "bercanggah dengan perlembagaan" oleh Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, hari ini mengangkat sumpah jawatan.

Dia berbuat demikian di hadapan Pemangku Sultan, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Maziah, Kuala Terengganu.

Beberapa hari lampau, Abdullah dengan lantang berkata tindakan melantik orang lain selain daripada Idris Jusoh sebagai Menteri Besar "adalah bercanggah dengan Perlembagaan" - unconstitutional.

Serentak itu Ahmad Said "dipecat" daripada Umno dan 22 ADUN Umno yang "menyokong" Abdullah dan "mahukan" Idris mengumumkan pemulauan majlis mengangkat sumpah Ahmad Said sambil mengancam akan meletakkan jawatan.

Sekonyong-konyong, sekitar Rabu lalu, Abdullah mengubah rentak dengan mengumumkan penerimaan pelantikan Ahmad Said. Seolah-olah tidak ada apa yang terjadi, dia mengumumkan isu itu selesai.

Hari ini, turut hadir di hadapan Putera Mahkota Terengganu yang berusia 10 tahun itu adalah 22 ADUN Umno yang sehingga tiga hari lalu enggan menyokong pelantikan Ahmad Said.

Inilah cerita kacau-bilau, kelam-kabut dan kucar-kacir apabila yang diberi mandat dan amanah gagal menggunakan akal, kebijaksanaan, pengetahuan dan budi bicara.

Dengan izin, "comedy of error" ini tidak sepatutnya berlaku kerana pelantikan Menteri Besar bukanlah perkara baru.

Walaupun pada amalannya Perdana Menteri boleh memberi nasihat dan pandangan, kuasa melantik Menteri Besar adalah di tangan Raja. Raja boleh melantik sesiapa sahaja yang pada pandangan Baginda mempunyai keyakinan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Akibat tindak-tanduk Perdana Menteri dan para penasihatnya itu, perkara berikut telah berlaku:-

1. Kerajaan Negeri Terengganu lewat ditubuhkan. Ia sepatutnya berlaku pada 10 Mac;

2. Hubungan antara Istana dengan kepemimpinan Umno dan Kerajaan Pusat tercemar;

3. ADUN Umno Terengganu dijadikan bahan percaturan yang merendahkan martabat mereka dan mencetuskan kemarahan rakyat Terengganu;

4. Tidak fasal-fasal mereka dituduh "kurang ajar," "biadab" dan "derhaka" kepada Raja;

5. Akhirnya mereka terpaksa menelan ludah sendiri kerana terlalu taasub kepada pemimpin walaupun dia ternyata silap; dan

6. Memberi modal percuma kepada pari-parti lawan bagi memesatkan lagi propaganda mengenai keangkuhan, kelemahan dan kecelaruan kepemimpinan Umno.

Bagi Abdullah, seperti kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pulau Pinang hari ini, dia bukan sahaja kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur malah dia juga "kehilangan" Perlis, Terengganu dan, mungkin juga, Johor di mana calon-calon Menteri Besar pilihannya ditolak oleh Raja-Raja.

Dr Mahathir yang berucap di mesyuarat agung tahunan Persatuan Melayu Tanjung (Permata) meneruskan rayuannya kepada ahli dan pemimpin Umno agar menukar kepemimpinan parti demi menyelamatkan Umno daripada ditolak secara mutlak oleh orang Melayu.

Sementara itu, berikut adalah ulasan saya dalam blog Dr Mohd Khir Toyo (drkhir.blogspot.com):

Sdr Dr Khir,

Selamat datang ke dunia blog. Tahniah. Mungkin ini permulaam merawat Umno yang sedang sakit teruk.

Terima kasih kerana akhirnya mendengar suara rakyat. Orang Melayu bukan jahil dan penakut lagi.

Tindak tanduk para pembesar Umno sejak akhir tahun 2003 telah menyedarkan orang Melayu bahawa Umno tidak boleh lagi diubati dari dalam.

Para pembesar Umno tidak lagi mendengar suara hati orang Melayu. Mereka mendengar suara bisikan nafsu mereka dan konco-konco mereka.

Kalau pembesar Umno, termasuk Sdr, mendengar jeritan batin orang Melayu dan ahli Umno, bala yang menimpa Umno pada 8 Mac, Insya-Allah, tidak berlaku.

Tetapi para pembesar Umno terlalu sibuk mendengar kata manis anak mentantu dan konco-konco mereka sehingga membuatkan rakyat benci.

Umno kalah teruk kerana orang Melayu sudah benci. Sudah jelak diperkotak-katikkan.

Terima kasih kerana kini mahu mendengar. Jadilah Ketua Pembangkang yang berwibawa di dalam DUN Selangor dan lakukan perubahan dalam Umno.

Mencium keris, meneriakkan slogan dan menyokong kepemimpinan yang lemah akan memburukkan penyakit Umno.

Jangan biarkan penyakit Umno menjadi penyakit terminal yang membawa maut.

Terima kasih. - kadirjasin.blogspot.com

Khir Toyo tanding Ketua Pemuda

Mar 31, 08 4:04pm

Selepas bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan hasratnya bertanding jawatan presiden, kini bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula mengesahkan kesediaannya untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Khir berkata, beliau sedia bertanding jawatan tersebut dalam pemilihan Umno yang dijadual 16-20 Disember ini.

Katanya, hasratnya itu berdasarkan sokongan akar umbi yang mahukan beliau bertanding jawatan berkenaan.

Mohd Khir berkata, jawatan itu ini tidak memerlukan had umur dan mereka yang mendapat pencalonan boleh bertanding.

"Had umur (40 tahun) hanya dikenakan bagi jawatan naib ketua Pemuda dan jawatan-jawatan di bawahnya," tambahnya.

Dr Mohd Khir berkata, beliau tidak akan bertanding mempertahan kan jawatan Majlis Tertinggi, jika beliau mengambil keputusan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno.

Jawatan itu kini disandang Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein,
tanpa bertanding sejak tahun 2000.

Tawaran Dr Mohd Khir dianggap sebagai perkembangan yang cukup menarik kerana ia mungkin menyaksikan pertembungan dengan menantu perdana menteri dan juga naib ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin.

Sebelum ini, selepas dipilih semula tanpa bertanding pada 2004, Hishammuddin telah dilaporkan berkata bahawa beliau akan memegang jawatan tersebut untuk satu penggal sahaja.

Sambutan menggalakkan

Selepas itu, beliau akan menyerahkan jawatan tersebut kepada Khairy.

Sekiranya Hishammuddin tidak mahu melepaskan jawatan tersebut, maka beliau akan berdepan dengan cabaran Dr Mohd Khir.

Sebelum pemilihan Umno 2004, nama Dr Mohd Khir disebut-sebut akan dicalonkan untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya Dr Mohd Khir bertanding kerusi MT dan menang dengan undi terbanyak.

Ketika itu, beliau merupakan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor.

Selepas kekalahan BN Selangor dalam pilihanraya umum 8 Mac, beliau telah melepaskan jawatan tersebut dan ia kini disandang oleh Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Menurut Dr Mohd Khir berkata, daripada tinjauan yang dibuat, hasratnya itu mendapat sambutan menggalakkan di kalangan ahli pergerakan tersebut.-Malaysiakini.com

Adun Buntong keluar-masuk DAP

Mar 31, 08 3:09pm Terkini: Kejutan pengunduran wakil rakyat Buntong, A Sivasubramaniam, daripada DAP berakhir petang ini apabila beliau menarik balik surat itu selepas enam jam.


Berita asal Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buntong, A Sivasubramaniam, hari ini keluar daripada DAP sebagai membantah pengagihan barisan exco negeri Perak yang membelakangkan wakil rakyat India.

Dalam suratnya kepada setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng, Sivasubramaniam mendakwa, pengerusi DAP Perak, Ngeh Khoo Ham gagal menunaikan janjinya untuk melantik dua wakil rakyat kaum India menganggotai barisan exco negeri itu.

"Ini merupakan satu tamparan hebat dan satu pembohongan kepada masyarakat India di Perak," katanya dalam surat tersebut.

Di majlis angkat sumpah Sabtu lepas, hanya seorang wakil DAP A. Sivanesan (Sungkai) dilantik sebagai exco.

Tindakan Sivasubramaniam memberi goncangan besar kepada negeri pakatan pembangkang itu yang memerintah dengan kelebihan tiga kerusi sahaja, 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Malaysiakini mendapat satu salinan surat tersebut.


Berikut teks lengkap:

(dialamatkan kepada setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng)

Peletakan semua jawatan dalam parti dan keluar dari parti
Sivasubramaniam a/l Athinarayanan


Adalah merujuk perkara di atas,

Sehubungan dengan pengumuman seperti di atas, saya dengan ini meletakkan semua jawatan yang saya menjawat selama ini dalam parti termasuk keluar dari parti.

Saya mengambil keputusan ini berdasarkan rasa tidak puas hati dan hilang kepercayaan terhadap pimpinan pengerusi DAP Perak.

"DAP tidak menghormati suara Makkal Sakti"

Agihan kerusi ahli exco kerajaan negeri kepada dua pemimpin India tidak dilaksanakan seperti dijanjikan oleh pengerusi Perak sebelum ini. Keputusan ini adalah satu tamparan besar dan juga penipuan kepada masyarakat kaum India di negeri Perak.

Kemenangan parti DAP pada pilihanraya yang lepas adalah melalui suara Makkal Sakti.

Kemenangan saya di kawasan Buntong pada pilihanraya ke-12 adalah satu mandat dan kepercayaan yang diberi oleh masyarakat kaum India (Makkal Sakti) di kawasan yang saya tandingi.

Satu ketika kubu kuat Barisan Nasional. Kemenangan saya adalah kemenangan rakyat kawasan Buntong, saya tidak boleh menerima keputusan yang dibuat oleh pemimpin DAP Perak.

"Divide and rule"

Justeru dengan pengumuman ini segala keputusan yang saya ambil dalam surat ini adalah muktamad.

Sekian.

(tanda tangan)
Sivasubramaniam

Salinan kepada: Ngeh Khoo Ham, pengerusi DAP Perak

Levi: Suaram jawab lagi MB S'gor

Mar 31, 08 6:39pm Kerajaan baru Selangor bawah menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menunjukkan ia benar-benar mendengar suara masyarakat, kata Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Sikap seumpama itu dialami rakyat zaman pentadbiran BN yang menjadi punca utama penolakan rakyat dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Pengarah eksekutifnya Yap Swee Seng berkata badan bukan kerajaan (NGO) itu kesal dengan kenyataan Abdul Khalid yang menganggap "kepentingan negara" dalam isu pekerja asing harus mengatasi hak-hak asasi mereka.

Kenyataan Suaram ini dalam isu bayaran levi RM10 merupakan reaksi kedua dalam perang mulutnya dengan kerajaan Selangor.

"Hak asasi tidak boleh dicerai-ceraikan, saling berkaitan dan sejagat," kata Yap. "Kami sukacita mengingatkan beliau (Abdul Khalid) bahawa perlindungan hak asasi menjadi tanggungjawab paling utama setiap kerajaan, dan 'kepentingan negara' tidak boleh dijadikan alasan untuk lari daripada tanggungjawab mempertahankan hak-hak asasi berdasarkan prinsip-prinsip sejagat."

Yap menambah, gaya berbahasa menteri besar itu "sangat patut dan mundur", tidak jauh bezanya dengan kenyataan kerajaan BN.

Suaram juga menggesa Selangor membatalkan hasratnya untuk mengenakan levi ke atas pekerja asing dan memanggil pertemuan dengan kumpulan NGO untuk membincangkan isu-isu itu dengan lebih menyeluruh.-Malaysiakini.com

Bebaskan Mano untuk angkat sumpah

31, 08 7:15pm DAP Selangor menggesa supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan dibebaskan dari tahanan ISA untuk menghadiri upacara mengangkat sumpah wakil rakyat Selangor.

Setiausahanya, Lau Weng San berkata, menurut notis rasmi dari urusetia Dewan Undangan Negeri (DUN), majlis angkat sumpah kesemua 56 Adun Selangor akan diadakan pada 8 April depan.

Dalam pilihanraya umum pada 8 Mac lalu, Manoharan yang bertanding atas tiket DAP menang dengan majoriti 7,184 undi.

Beliau mendapat 12,699 undi untuk menewaskan calon BN-Gerakan, Ching Su Chen yang memperolehi 5,515 undi.

Manohan dan empat lagi pemimpin Hindraf - P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar - ditahan pada 13 Disember lalu bawah ISA selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu serta membuat kenyataan yang berunsur hasutan terhadap kerajaan.

Pilihan rakyat

Dalam satu kenyataan hari ini, Lau menggesa kerajaan pusat supaya membebaskan Manoharan supaya beliau dapat menghadiri majlis angkat sumpah tersebut.

"Penahanan berterusan Manoharan di bawah ISA tidak lagi dapat diterima oleh rakyat kerana pengundi di Kota Alam Shah telah memberi mesej yang jelas kepada kerajaan pusat bahawa mereka mahu Manoharan mewakili mereka di Dewan Undangan Negeri, dengan majoriti 7,184 undi," katanya.

Oleh itu, katanya, kerajaan pusat mesti membebaskan Manoharan supaya beliau dapat menjalankan tanggungjawabnya secara berkesan sebagai wakil rakyat Kota Alam Shah.

Malah, katanya, kerajaan pusat juga sepatutnya turut membebaskan empat pemimpin Hindraf yang lain.

"Niat mereka sebagai pemimpin Hindraf hanyalah untuk bersuara bagi pihak masyarakat India yang terpinggir di Malaysia dan tidak sepatutnya dianggap sebagai mengancam keselamatan negara," tegas Lau lagi.-Malaysiakini.com

ISA: Samy Vellu 'talam dua muka'

Mar 31, 08 8:11pm

Desakan presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu semalam agar lima pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) dibebaskan daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai sikap "talam dua muka."

"Tuntutan Samy untuk membebaskan lima tahanan ISA itu tidak jujur dan berbau politik," kata pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh.

"Sekiranya Samy Vellu berprinsip dan jujur membuat tuntutan (itu), maka sepatutnya kenyataan mendesak mereka dibebaskan telah dilakukan dulu lagi sebelum pilihanraya umum ke-12 ataupun semasa 20 tahun beliau menjadi salah seorang menteri kabinet.

"Beliau juga sepatutnya mendesak kerajaan untuk membebaskan semua tahanan ISA tanpa mengira kaum."

Sambil mengalu-alukan kenyataan Samy Vellu, GMI menegaskan akta itu bertujuan politik BN untuk mengekalkan kelangsungan politik mereka.

Samy Vellu menggesa dua pemimpin Hindraf dibebaskan lebih awal atas alasan R. Kenghadaran mengalami sakit teruk dan M. Manoharan menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam pilihanraya 8 Mac.

Bekas ahli parlimen Sungai Siput itu juga mendakwa beliau bertemu isteri-isteri dua tahanan itu.

Bagaimanapun isteri Manoharan, kini wakil rakyat DAP di Kota Alam Shah, hari ini menafikan pernah mengadakan perbincangan dengan presiden MIC.

Menurut laman web The Star Online hari ini, S. Pushpaneela berkata "saya tidak pergi dan bertemu Samy Vellu."

"Kenapa sekarang, sedangkan beliau boleh mendesaknya dulu lagi," katanya, sambil menambah jika memerlukan bantuan, beliau (Pushpaneela) akan merujuk pengerusi DAP, yang juga peguam terkenal, Karpal Singh.

Semalam, bekas menteri kerja raya itu juga berkata dua lagi ketua Hindraf wajar dibebaskan - V. Ganabatirau dan K. Vasantha Kumar - kerana "pembabitan mereka tidak begitu mendalam" dalam demonstrasi besar di Kuala Lumpur 25 Nov lepas.

P. Uthayakumar, seorang peguam dan aktivis sosial masyarakat India, pemimpin Hindraf yang kini meringkuk di kem tahanan Kamunting di Taiping.

Bernama hari ini memetik kenyataan terbaru Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, bahawa kelima-limanya yang dihukum selama dua tahun tidak akan dibebaskan.-Malaysiakini.com

MT boleh saran mansuh sistem kuota

Mar 31, 08 3:34pm

Majlis Tertinggi (MT) Umno boleh mencadang untuk memansuhkan kuota pencalonan jawatan-jawatan tertinggi parti, kata ahlinya Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Sistem kuota tersebut dinyatakan dalam fasal 9.5 perlembagaan Umno yang menyebut calon bagi jawatan presiden memerlukan 30 peratus pencalonan, timbalan presiden (20%), naib presiden (10%) dan majlis tertinggi (5%).

Cadangan untuk meminda atau memansuhkan kuota pencalonan itu perlu dipersetujui oleh tidak kurang dari dua pertiga ahli dalam perhimpunan agung khas.

Selepas itu, ia perlu dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 28 hari dari tarikh keputusan meminda perlembagaan itu diluluskan.

Ditanya sikapnya tentang isu ini, Dr Mohd Khir beliau berkata sistem kuota mempunyai kelemahan dan kebaikannya.

"Jika ada pencabar yang berwibawa, bolehlah sistem itu dimansuhkan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Sehingga ini, empat ahli MT bersetuju supaya kuota pencalonan tersebut dimansuhkan, selaras dengan usaha melakukan pembaharuan dalam struktur parti itu.

Mereka ialah naib presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Shahrir Samad, Datuk Khaled Nordin dan timbalan pengerusi Sabah, Datuk Shafie Apdal.

Bagaimanapun, Bernama memetik Muhyiddin sebagai berkata, pemansuhan sistem kuota tidak mungkin dapat dimansuhkan dilaksanakan pada tahun ini.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa pindaan perlembagaan dan peraturan Umno berkata, perkara itu perlu dibuat dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) di peringkat cawangan dan bahagian, dan ianya perlu dibuat sebelum Mei ini.

"Setakat ini saya tidak nampak mana-mana bahagian mengadakan EGM untuk mendapatkan resolusi tersebut," kata Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Mesyuarat agung peringkat cawangan perlu diadakan antara 17 Julai dan 24 Ogos ini manakala persidangan perwakilan bahagian perlu diadakan antara 9 Oktober dan 9 November.

Perhimpunan Agung Umno tahun ini pula akan berlangsung dari 16 hingga 20 Disember.

Umno Sabah sokong mansuh kuota

31 Mac, 08

Umno Sabah menyokong pemansuhan sistem kuota jawatan tertinggi parti itu, kata timbalan pengerusi badan perhubungannya Datuk Shafie Apdal hari ini.

Katanya, pemansuhan itu membolehkan lebih ramai pemimpin kanan Umno menawarkan diri untuk bertanding.

umno jumlah cawangan bahagian ahli 180607Umno Sabah mempunyai 25 bahagian - kedua terbanyak selepas Johor (26 bahagian).

Sehubungan itu, Shafie menyokong cadangan beberapa tokoh utama parti itu termasuk naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

"Saya yakin perubahan sistem ini akan menggalakkan lebih ramai tokoh boleh diketengahkan bukan sahaja untuk jawatan Majlis Tertinggi (MT) tetapi juga naib presiden dan jawatan-jawatan utama lain.

"Jadi dalam isu ini saya berpendapat dengan Muhyiddin," katanya kepada wartawan di Putrajaya hari ini.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menggesa kuota dibuang untuk bertanding jawatan presiden, timbalan dan naib presiden, serta anggota MT.

Pemimpin-pemimpin lain termasuklah bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Mohd Khir Toyo.

Shafie yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berkata, jika pemansuhan berjaya, ia boleh memberi kekuatan kepada Umno.

Bagaimanapun, katanya, mesyuarat MT pada Khamis lalu tidak membincangkan mengenai pemansuhan sistem kuota tersebut.

Dalam sidang media itu, Shafie juga ditanya mengenai tuntutan kerusi menteri pusat sebagaimana yang disuarakan oleh beberapa pemimpin utama Sabah.

Beliau berkata, suara itu mewakili rakyat terbanyak di negeri itu yang mahukan pemimpin mereka diberikan jawatan lebih penting dan tinggi dalam kabinet.

"Kami (BN) menang cemerlang dalam pilihanraya umum 1999, 2004 dan 2008 dan kerana itu dirasakan wajar mendapat lebih banyak jawatan menteri," katanya lagi.

Selain Shafie, Sabah kini mempunyai dua lagi pemimpin peringkat menteri: Tan Sri Bernard Dompok (menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Maximus Ongkili (Sains, Teknologi dan Inovasi).

Ditanya mengenai lawatan Perdana Menteri yang juga presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Sabah, Shafie berkata ia bergantung kepada Abdullah sendiri.

Shafie juga menjelaskan antara masalah utama di Sabah ialah kemasukan pendatang haram yang menjadi pekerja dan terbabit dengan kegiatan jenayah.-Malaysiakini.com

Sekat Umno dengar Dr Mahathir, Khir?

Mar 31, 08 1:27pm

Penganjur forum untuk menilai ketewasan teruk Umno dan BN dalam pilihanraya umum 8 Mac mendakwa ketua penerangan Tan Sri Muhammad Muhd Taib melarang pemimpin dan wakil rakyat parti itu menyertainya.

Forum bertajuk 'Umno Pasca Pilihanraya ke-12: Satu Penilaian', anjuran sekumpulan penyokong Umno MyKmu.net, disertai oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo.

Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir dan ketua penerangan Johor Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi turut diundang sebagai pembicara di majlis itu yang dijadual di sebuah hotel di Petaling Jaya, esok.

Di laman webnya, MyKmu.net mendakwa Muhammad yang juga ketua baru badan perhubungan Umno Selangor memberi amaran kepada wakil rakyat negeri itu dalam satu pertemuan semalam.

Susulan larangan itu, lapor laman web semalam, "sehingga kini kami belum dapat pengesahan sama ada ahli panel forum Dr. Khir akan hadir atau tidak.

"Memandangkan Dr. Khir merupakan wakil rakyat BN dan ketua bahagian Umno, penganjur masih tertanya-tanya keadaan ini sungguhpun beliau sudah mengesahkan penyertaan sebelum ini."

Ia juga mendakwa, Muhammad turut menghubungi ketua-ketua bahagian di Selangor agar tidak menghadiri majlis yang bermula jam 9 pagi itu.

Bagaimanapun sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Khir menyatakan kesediaannya untuk menyertai forum tersebut.

Ditanya tentang sebaran mesej SMS kepada penyokong Umno agar menghindar program itu, beliau berkata Umno masih lagi dibelenggu cara lama mengawal pemikiran ahli-ahli.

Ketua pemuda bahagian Umno Petaling Jaya Utara berkata, beliau menerima mesej SMS yang melarang menyertai forum itu tetapi menafikan ia datangnya daripada Muhammad.

SMS itu juga tidak jelas sama ada datang daripada penyokong senator itu, tambah Azli Saad.

Menurut notis di laman web itu, pendaftaran telah ditutup tetapi mereka yang berminat mengikuti ucapan pemimpin-pemimpin itu boleh menonton televisyen litar tertutup di lobi hotel.-Malaysiakini.com

Mahathir juga punca BN tewas

Mar 31, 08 10:43pm

Tun Dr Mahathir Mohamad juga harus dipersalahkan atas kekalahan teruk BN, kata bekas menteri penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin.

Katanya, tiga penyebab utama yang dilakukan bekas perdana menteri itu sehingga BN hilang majoriti dua pertiga, lapor akhbar The Star hari ini.

Pertama, tambahnya, kenyataan Dr Mahathir yang menyebut beliau menyesal melantik Perdana Menteri sekarang dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkhidmat hanya untuk satu penggal.

Faktor ketiga, lapor akhbar itu lagi, serangan Dr Mahathir kepada menantu Abdullah dan naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang didakwanya berpengaruh besar dalam pentadbiran kerajaan.

Walaupun bekas ketuanya itu bukan satu-satunya faktor utama, malah banyak lagi faktor penyumbang ketewasan teruk BN tetapi peranan Dr Mahathir tidak disebut setakat ini, kata Zainuddin lagi.-Malaysiakini.com

Mahathir tuduh Anwar alat asing

Serangan lama kira-kira sedekad lalu berulang lagi antara dua tokoh negara ini - Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen asing yang kemudiannya akan memperalatkan orang Melayu.


"Kita tahu orang Barat dan Eropah percaya bahawa Anwar tak lama lagi akan jadi Perdana Menteri.

"Tak lama lagi bolehlah cucuk hidung nak heret ke mana-mana," kata bekas perdana menteri itu di sesi soal-jawab selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Melayu Tanjong hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan media luar negara yang meramalkan kemungkinan Anwar menjadi perdana menteri tidak lama lagi.

Susulan kemenangan besar-besaran pembangkang, termasuk PKR, prospek Anwar sebagai perdana menteri menjadi analisis popular di dalam dan luar negara.

Pilihanraya umum 8 Mac menyaksikan kemaraan deras pembangkang apabila pertama kali berkaya menawan lima negeri dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat.

Dr Mahathir berkata, orang Melayu akan menjadi alat orang asing jika memilih Anwar sebagai perdana menteri.

"Kalau orang Melayu nak diheret ke sana sini oleh orang asing, sila pilih orang itu (Anwar).

"Saya minta maaflah, dia buat bagi nama saya cukup buruk di seluruh dunia kononnya saya tangkap dia, buang dia masuk penjara," beliau dipetik Bernama sebagai berkata.

Laporan itu juga menyebut, Dr Mahathir mendakwa Anwar seorang yang pandai berkata-kata dan boleh menarik minat ramai orang daripada pelbagai golongan dan latar belakang.

"Kalau cakap berkenaan agama Islam, semua orang Islam anggap dia sebagai jaguh agama.

"Bila dia bercakap dengan orang kampung bagus juga, bila dia bercakap dengan orang buat kuil pun bagus juga."

Sewaktu Anwar dipecat daripada kabinet dan Umno pada 1998, isu ejen asing sering dimainkan oleh media tempatan.

Pengikutnya dan pembangkang juga pernah dituduh sedemikian.

Mahathir pernah menuduh Anwar sebagai "ejen asing" sewaktu mengulas dakwaan bekas ketua pemuda PKR (dulu, Parti Keadilan Nasional) Ezam Mohd Nor bahawa beberapa kotak dokumen rasmi kerajaan disimpan di luar negara.-Malaysiakini.com

Gadis pintar matematik jadi pelacur

Mar 30, 08 11:50pm

Gadis pintar matematik ini pernah menjadi tajuk utama berita media tempatan sedekad lalu tetapi kini Sufiah Yusof patah hati dan menjual tubuhnya demi menyara hidup.

Pada usia 12 tahun, Sufiah yang beribukan wanita kelahiran Johor menjadi isu di Malaysia apabila cuba mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford.

Menteri pendidikan waktu itu Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan memastikan kewarganegaraan Sufiah dahulu sebelum memberikan biasiswa kerajaan Malaysia.

Disember 1997, gadis pintar warga keluarga Britain ini berada di Oxford selama lima hari untuk temuduga memasuki Kolej St. Hilda's, Oxford.

Kali terakhir minat masyarakat Malaysia terhadap Sufiah muncul apabila gadis manis ini, waktu itu usianya 15 tahun, hilang dari Universiti Oxford, tempat dia menjadi pelajar matematik tahun tiga, pada 2000.

Sufiah hilang selepas selesai mengambil peperiksaan akhirnya pada 21 Jun di Kolej St Hilda.

Anak ketiga pasangan Farooq dan Halimaton - kedua-duanya memakai nama keluarga Yusof - dua minggu kemudian ditemui di sebuah kafe siber dan enggan kembali ke rumah ibu bapanya.

Akhbar News of the World hari ini mendedahkan nasib Sufiah, 23, yang melacurkan diri melalui internet selepas siri-siri kekecewaan hidup yang bertubi-tubi menimpanya, termasuk gagal dalam perkahwinan sewaktu berusia 20 tahun.

Laman web akhbar itu melaporkan, seorang wartawan penyiasatnya berjaya ke pangsapuri wanita manis ini di Salford, Manchester dengan berpura-pura melanggannya dengan bayaran 130 pound (RM829) sejam.

Rencana bertajuk 'Genius on the Game' memuatkan beberapa foto wanita muda itu tanpa berpakaian yang dirakam oleh wartawan tersebut.

Sufiah, yang berwajah ceria, tidak menunjukkan kesedihan mendengar berita bapanya yang dihukum penjara 18 bulan sehari sebelum pertemuan dengan wakil media tersebut.

Farooq, 50, didapati bersalah mencabul dua pelajar perempuan, kedua-duanya 15 tahun, sewaktu mengajar matematik di rumah mereka.

Sufiah menyalahkan bapanya, yang dulunya digambarkan di Malaysia sebagai guru pintar yang mendidik anak-anaknya pintar, yang menderanya secara emosi dan fizikal untuk melayakkannya ke Oxford - begitulah mesej e-mel yang dikirim kepada kakaknya sebagai menjawab kenapa beliau tidak mahu pulang ke rumah mereka.

Menurut News of the World, Farooq juga pernah terlibat dengan dua lagi jenayah - dipenjara pada 1992 selepas memainkan peranan dalam penyelewengan pajakan 1.5 juta pound dan sewaktu 19 tahun dihantar ke sekolah pemulihan selepas terlibat dalam konspirasi 100,000 pound.

Untuk membayar sewa bilik di pangsapuri "buruk dan menyedihkan" itu, Sufiah memperkenalkan dirinya sebagai Shilpa Lee - di sebuah laman web khidmat seks - yang bersedia melayan setiap hari antara 11 pagi hingga 8 malam.

Sufiah gagal menghabiskan pendidikannya di peringkat sarjana di Oxford selepas bertemu Jonathan Marshall.

Perkahwinan mereka, yang tidak dihadiri anggota keluarganya walau mereka diundang, pada 2004 berakhir 13 bulan kemudian.-Malaysiakini.com

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising