Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, March 30, 2008

Rumah Timbalan Ketua Muslimat Pengkalan Chepa terbakar

PENGKALAN CHEPA, 30 Mac (hrkh) - Rumah Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pengkalan Chepa, Wan Noraini Ibrahim, 52 antara tiga rumah yang musnah dalam satu kebakaran awal pagi semalam.

Sebuah lagi rumah milik anak saudara Menteri Besar, Wan Zabidah Raja Daud, 31.Image

Beliau yang sedang mengandung lima bulan bersama anak kembarnya dan ahli keluarga lain terselamat dalam kebakaran bermula kira-kira jam 4.30 pagi.

Seorang lagi mangsa Nik Hafizah Nik Cob, 23 turut kehilangan tempat tinggal dan harta benda dalam kebakaran yang dianggap seumpama mimpi.

Kesemua 15 mangsa terpinga-pinga kerana ia berlaku ketika mereka sedang nyenyak tidur.

Wan Noraini ketika ditemui berkata, suaminya Amirudin Zakaria, 56 pada mulanya membantu rumah jirannya Nik Zabidah yang sedang dijilat api tanpa menduga rumahnya sendiri juga mengalami nasib serupa.

"Lebih kurang 10 minit kemudian suami pulang mengejutkan saya dan lima anak supaya bangun kerana rumah kami sudah mula dijilat api.

"Suami kata bangun ambil sahaja barang-barang yang penting. Ketika itu saya terpaku, terdiam dan rasa macam mimpi, maklumlah baru jam 4.30 pagi, tetapi sudah terasa bahang kepanasan api," ujarnya.

Nik Zabidah pula sempat mendukung bagi menyelamatkan seorang anaknya Nik Nurul Iffiah Mohd Fadhilalul dalam kejadian itu.

Katanya, seorang lagi anaknya, Nik Nurul Hidayah, dua tahun sempat diselamatkan adik iparnya, Siti Mariana, 13.

Sementara itu sebanyak tiga jentera Bomba dan Penyelamat dari Kota Bharu dan Kota Darulnaim memadamkan kebakaran.

Kerugian yang dialami akibat kejadian malang itu dianggarkan sebanyak RM200,000.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut melawat mangsa. Selain itu Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Hajah Siti Zailah Mohd Yusof dan anggota jawatankuasanya menziarahi mangsa.

Turut membantu mangsa, anak Menteri Besar, Nik Adli Nik Abdul Aziz yang tinggal tidak jauh dari tempat kejadian. - Harakahdaily.net

Cawangan MIC Dibubarkan, Bekas Ahlinya Serta Kelab Penyokong PAS

Posted on Sunday, March 30 @ 21:08:21 MYT by greenboc

Artikel Oleh GB

aPAS terus diterima oleh masyarakat bebilang kaum di negara ini terutama daripada masyarakat India apabila akbar TheStar melaporkan cawangan MIC Kampung Jebong MIC di kawasan Simpang Taiping telah dengan rasmi dibubarkan apabila 110 ahlinya keluar dari parti berkenaan untuk menjadi ahli "Kelab Penyokong PAS" (PAS Supporters Club).

Bekas Pengerusi Cawangan MIC berkenaan M. Muninathan, dengan ahli jawatankuasanya, telah menyerahkan borang permohonan kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang Roslan Shaharom malam tadi. (Gambar hiasan)

Roslan berkata kebajikan bekas ahli-ahli MIC berkenaan dan masyarakat India akan dberikan pehatian.

"Kami akan mengambil berat terhadap kebajikan kaum India kerana sebarang masalah yang menyentuh kaum India juga akan memberikan kesan masyarakat kaum lain," tambah beliau.

Di dalam PRU yang lalu, Roslan bin Shaharum dari PAS buat kali pertamanya berjaya di Bukit Gantang, Perak dengan menewaskan Bendahari Umno Malaysia (calon BN) iaitu Abdul Azim bin Mohd Zabidi dan calon Bebas Mohganan A/l P.Manikam dengan majoriti 1,566 undi. Calon PAS, Roslan memperolehi 20,015 undi manakala Calon BN memperolehi 18,449 undi dan calon Bebas hilang deposit memperoleh 872 undi.

Roslan berkata beliau amat terhutang budi dengan komuniti India di Taiping kerana diapati 95% daripada pengundi India di dalam Parlimen Bukit Gantang telah mengundi beliau.

Beliau juga menegaskan bahawa masyarakat di sini mempunyai sebab untuk merasa gembira kerana dua daripaa 3 kerusi dewan undangan negeri di dalam parlimen Bukit Gantang dimenangi oleh Barisan Rakyat, dan kedua-dua ADUNnya -- Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Tai Sing Ng (Kuala Sepetang) -- telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri (exco) di dalam kerajaan baru Perak dibawah Menteri Besarnya Mohd Nizar Jamaluddin.

Lompat Parti Suatu Amal Kebajikan...

Posted on Sunday, March 30 @ 19:15:56 MYT by greenboc
Analisis Isu Oleh ibnuhasyim

"a
SESEORANG yang mengguna nama ‘Bantai’ pada Rabu 12 Mac 08 memberi komen pada tulisan saya dalam TKO (Tranungkite On Line), ‘Teori Anwar Jadi PM Beberapa bulan lagi..’ berkata, “Kalau MP-MP barisan (BN) itu lompat ke Barisan Rakyat (PKR, PAS & DAP) bukan salah pun, untuk kebaikan rakyat juga, kerana semua manifesto akan dapat dilaksanakan. 1. Minyak akan diturunkan harga.
2. Pendidikan percuma hingga ke universiti.....”

Terima kasih ‘Bantai’ atas komen anda!
Tajuk tulisan tersebut adalah tertinggi antara 5 tajuk ‘Top 5 bulan ini’ seperti yang tertera di laman depan TKO, yang dicatat kira-kira 2.41 pagi awal 30-03-08:

1. Teori Anwar Jadi PM Beberapa Bulan Lagi.. - 25580 bacaan
2. Idris Jusoh, Rosol Wahid dan Din Adam Ditarik Gelaran Datuk - 25107 bacaan
3. Nizar Pukau Para Hadirin Di Forum - 21817 bacaan
4. PAS umumkan 4 perkara penting - 20885 bacaan
5. Sebab sebenar kenapa DYMM tak suka kat Deris - 20632 bacaan.

Terima kasih juga pada TKO kerana khidmatnya pada pelayar-pelayar web.

Untuk melayakkan Kerajaan BN ditukar kepada kerajaan BR, kira-kira 30 kerusi perlu berpindah dari BN ke BR. Dengan itu ‘Harapan Baru Untuk Malaysia, 5 Janji Saya’ dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari PKR mewakili BR akan dapat ditunaikan, jika dapat memerintah negara ini.

Antara janji-janji itu ialah:

Pertama: Mendirikan Malaysia sebagai Negara Madani yang menjamin keadilan untuk semua rakyat. Menjunjung prinsip perlembagaan. Mengukuh institusi kehakiman. Mengangkat darjat kemuliaan insan, kebebasan dan haknya.

Kedua: Melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia agar ekonomi Malaysaia kembali setaraf dengan Singapura, Korea Selatan dan Taiwan. Ini adalah penting bagi menjamin keadilan sosial untuk semua, agar tiada lagi bumiputera atau kaum yang terpinggir mundur.

Ketiga: Penyusunan semula pasukan polis untuk jadikan badan Pencegahan Jenayah yang berkesan bersama agensi penguatkuasaan lain dan pastikan bebas dari pengaruh politik dan rasuah.

Keempat: Mengurangkan beban hidup rakyat dengan menurunkan harga minyak, tol serta pelbagai tarif lain disamping membekalkan barang keperluan yang mencukupi dan memperjuangkan gaji minimun sebanyak RM1,500.

Kelima: Mencipta Harapan Baru untuk masa depan Malaysia dengan menjamin pendidikan percuma, memastikan mutu pembelanjaran di sekolah, kolej dan universiti di Malaysia adalah yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

Oleh itu wahai YB-YB BN! Kali ini melompat parti adalah suatu kerja amal untuk menolong rakyat miskin dan membela keadilan seperti yang dikehendaki oleh agama Islam atau agama-agama lain di dunia. Mungkin inilah satu-satunya peluang terakhir anda untuk berbakti dan merubah cara hidup rakyat secara nasional!!

Ya, tunggu apa lagi!?

Samy Vellu Akan Ikut Jejak Langkah Hindraf

Posted on Sunday, March 30 @ 19:22:24 MYT by greenboc
Video Klip Oleh GB

Terkejut dengan kekalahan besar MIC di dalam pilihanraya yang baru lalu, Samy Vellu (yang juga kalah) kini mengambil langkah pro-aktif untuk memulihkan sokongan kaum India kepada MIC sebagai satu langkah penjenamaan semula MIC. Dengan nada suaranya yang lebih tegas (persis menyindir UMNO), beliau berkata beliau akan lakukan apa yang Hindraf telah lakukan.

Sila klik di bawah untuk melihat video kenyataan Samy.

http://www.youtube.com/watch?v=9bL1AMPi5Ws

Patrick Badawi dan kontrak 8 tahun, Tuanku mahu semula kuasa urusan agama


Posted on Sunday, March 30 @ 20:07:54 MYT by greenboc
Maklumat
a
Pembolotan projek-projek di Terengganu oleh kroni-kroni Perdana Menteri bukanlah satu rahsia lagi. Projek Monsoon Cup di Pulau Duyung dan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man sememangnya diketahui dikawal selia oleh Patrick Lim. Beliau begitu bebas bermaharajalela di Terengganu kerana mendapat ‘endorsement’ dari Pak Lah, Khairy dan Idris Jusoh.

Dengan dana yang cukup besar, RM 270 juta untuk pembangunan di Pulau Wan (malah ada sumber mendakwa belanja berkali ganda lebih besar) dan RM 300 juta setahun untuk Monsoon Cup, mereka membahagi-bahagikan duit rakyat itu sesuka hati mereka. Seperti Ali Baba dan 40 penyamun lagaknya.
Namun, rakyat yang dihidangkan dengan segala janji manis dan cerita panglipurlara, kini tidak lagi termakan dengan sandiwara mereka. Satu persatu penyelewengan terbongkar. Bangkai besar yang cuba dikambus mereka, akhirnya bau busuknya terhidu juga.


Dato’ Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Pengerusi Institut Kajian Polisi Negeri (IKPNT) menyatakan bahawa pihak PAS Terengganu mempunyai maklumat tentang beberapa tatacara kewangan yang agak pelik berlaku didalam pengurusan pembangunan Pulau Duyong dan Pulau Wan Man.


“Antaranya adalah penglibatan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu(PERMINT) sebagai badan penyaluran Wang Ehsan kepada projek-projek di Pulau Duyong dan Pulau Wan.


“Wang Royalti atau Wang Ehsan tidak masuk kedalam akaun negeri, tetapi disalurkan terus melalui akaun PERMINT kepada projek-projek tersebut,” kata Dato’ Abu Bakar Chik seperti yang dipetik dalam Tranungkite.


Menurut maklumat yang saya terima dari “tok faqir” yang rapat dengan sumber istana, benarlah bahawa Patrick Lim yang membolot projek-projek Taman Tamadun Islam (termasuk Masjid Kristal) di Pulau Wan Man dan Monsoon Cup di Pulau Duyung, telah menyerahkan pengurusan kedua-dua pulau itu kepada PERMINT.


Persoalannya, bagaimanakan sebenarnya duit yang begitu besar itu diurus dan dibelanjakan? Adakah yang masuk ke dalam poket lebih banyak dari kos perbelanjaan sebenar?


Adapun Patrick Badawi (meminjam gelaran oleh Tun Mahathir) akan terus memonopoli penganjuran Monsoon Cup untuk selama 8 tahun lagi! Ini merupakan perjanjian kontrak yang telah dimeterai Patrick Badawi dengan Idris Jusoh. Oleh itu, Monsoon Cup ini tidak boleh dihentikan kerana terikat dengan kontrak yang dirangka sebegitu rupa, yang sudah tentu telah mengambil kira kepentingan diri masing-masing dalam agenda perompakan duit rakyat.


Bayangkan, RM 300 juta setahun untuk penganjuran Monsoon Cup oleh Patrick Badawi selama 8 tahun! Banyaknya duit yang ‘dibahamnya’. Malang sungguh nasib rakyat Terengganu, dirompak harta mereka, digula-gulakan dengan slogan tinggi melangit… namun yang pasti Terengganu terus kekal menjadi negeri kedua miskin di Malaysia selepas Sabah, dan bermakna paling miskin di Semenanjung Malaysia walaupun kaya dengan hasil petroleum!


Namun berita yang agak menggembirakan diberitahu “tok faqir” ialah Tuanku Sultan sekarang ini ‘mendesak’ agar segala urusan yang berkaitan dengan agama Islam di Terengganu, hendaklah dikembalikan sepenuhnya di bawah baginda. Sejak ia diambil alih kuasanya di zaman Tun Mahathir dulu, rakyat dapat melihat bagaimana hal-ehwal agama khususnya di Terengganu semakin huru hara. Tangan-tangan politik Umno/BN bertindak sewenang-wenangnya dalam urusan berkaitan agama.


Sebagai contoh, JKKK berkuasa menentukan imam, bilal untuk surau dan masjid. JKKK ‘berkuasa’ memecat mereka, menghalang kuliah-kuliah agama, ceramah dan sebagainya. Mereka rela masjid dimakmur kerbau lembu daripada dimeriahkan dengan majlis-majlis ilmu.


AJK masjid diatur rapi agar puak-puak umno yang dilantik. Walaupun datang masjid hari jumaat sahaja, ia dilantik juga sebagai AJK. Kadang-kadang jadi imam pun, bacaan, makrai, tajwidnya diragui. Malah terbayang-bayang pada belakang tuan imam tu lambang dacing pada t-shirt yang dipakai di sebalik jubah yang dipakainya tu.


Nyata sekali, politik hasad dengki, busuk hati, nafsu mazmumah, dendam kesumat merajai keputusan-keputusan dalam perkara kemaslahatan agama. Akhirnya, berlaku pelbagai kepincangan dalam struktur pembangunan agama dan masyarakat.


Kami berharap dan berdoa, Tuanku Sultan akan terus bertegas dalam soal ini. Sebagaimana kami berdiri dibelakang Tuanku dalam krisis perlantikan MB Terengganu, begitu jugalah dalam soal ini. Jika urusan agama terus berada di tangan manusia yang bertuhankan nafsu dan bersifat munafik, nescaya rakyat dan negeri akan terus dilorongkan ke jurang kebinasaan.


Kami tidak sanggup lagi melihat muka-muka penderhaka itu menjadi penentu dalam soal-soal keagamaan di negeri kami. Hati busuk dan perut kotor mereka itu tidak akan menghasilkan kebaikan dalam segala tindakan yang dibuat. Walau zahir mungkin nampak cantik, tapi di sebaliknya penuh dengan yang buruk dan hodoh. Tengoklah masjid Kristal tu!


Wahai rakyat Terengganu, perjuangan kita masih belum selesai!


Daulat Tuanku!

Umno EGM Important For Damage Control, Says Razaleigh

(Bernama) KOTA BAHARU, March 30 -- Gua Musang Member of Parliament Tengku Razaleigh Hamzah reiterated his call for Umno to hold an extraordinary general meeting (EGM) to discusss the results of the March 8 general election saying it was important for damage control.


He said the EGM would be the best platform to face the results squarely and take the appropriate measures to ensure Umno regained its footing.

"But for this to happen, the divisions must first agree for the EGM to be held and move a resolution to discuss the election results, which saw the Barisan Nasional (BN) lose five states and its two thirds-majority in Parliament.

"And formulate the steps that must be taken by the party because without the support of MPs from Sabah and Sarawak, Umno will no longer have any power in Parliament," he told reporters on arrival from Kuala Lumpur at the Sultan Ismail Petra Airport here last night.

He said Malays from the peninsula now had lost power in Parliament after Umno and the BN were humiliated in the election.

"It is time the leadership comes down from its ivory tower and listen to what the members have to say about this serious debacle. We leaders having failed, now must listen to the views of the members, who give us our strength.

He said by doing this, Umno would be able to rectify the situation, as it did after a similiar debacle in 1969.

"But 1969 was not as bad as this time and more so after we introduced the New Economic Policy (NEP) to uplift the bumiputeras.

Tengku Razaleigh said the meetings he held with Umno division leaders post-election in the capital over the last few days was to explain to them the gravity of the situation and thus the need for the EGM. However, some of the division leaders feared they would lose their posts if they spoke up, he said, adding that this would be detrimental to the party as fear would be what would ultimately lead to Umno's extinction.

Tugas Penghulu Akan Diperkasa - MB Kedah

ALOR STAR, 30 Mac (Bernama) -- Menteri Besar, Azizan Abdul Razak berkata hari ini Kerajaan Kedah akan memperkasakan tugas penghulu supaya mereka selaku pegawai kerajaan negeri yang hampir dengan rakyat dapat memainkan peranan lebih berkesan membawa pembangunan.

Azizan berkata kerajaan Kedah akan menyusun kembali tugas penghulu yang kini banyak dilakukan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

"JKKK nampak lebih berkuasa dari penghulu, jadi sekarang kita akan memberi kuasa itu kembali kepada penghulu," katanya yang menyokong kenyataan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid supaya JKKK meletakkan jawatan dengan segera.

"Lebih cepat mereka (JKKK) letak jawatan, lebih cepat kerajaan lantik JKKK baru," kata Azizan kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penghulu dari seluruh negeri di Seri Mentaloon, kediaman rasmi Menteri Besar di sini.

Azizan juga berkata, Kerajaan gabungan Pas dan Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Kedah akan meneruskan pelaksanaan Projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang menelan kos sebanyak RM83 bilion mengikut jadual.

Katanya, kos itu termasuk menambak kawasan pantai meliputi kawasan seluas 360 hektar iaitu empat kilometer panjang dan satu kilometer lebar.

"Perbincangan dengan lima syarikat yang terlibat dengan projek itu, Merapoh Resources Sdn. Bhd., Hijaz Refinery Sdn. Bhd., Trans-Peninsula Petroleum Sdn. Bhd, Pristine Oil (M) Sdn. Bhd. dan SKS Development Sdn. Bhd telah bersetuju untuk meneruskan projek itu mengikut perancangan awal," katanya.

Katanya projek ZIPY melibatkan tiga kuala di daerah Yan iaitu Kuala Sungai Limau, Kuala Sungai Daun dan Kuala Sungai Dedap.

Projek ini juga akan membabitkan pembinaan saluran paip minyak sepanjang 300 kilometer dari Yan ke Bachok, Kelantan.

-- BERNAMA

PM dikhabarkan pengaruhi Idris buat salah - Dr M


Saturday, 29 March 2008

(Harakah) -Rakyat Terengganu mengesyaki kesemua kontrak untuk melaksanakan projek-projek di negeri itu diberikan kepada orang tertentu yang mendapat sokongan anggota keluarga Perdana Menteri manakala Perdana Menteri pula dituduh mempengaruhi bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh supaya "melakukan kesalahan", kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri mengaitkan rasa tidak puas hati tersebut dengan keengganan Sultan Mizan Zainal Abidin menerima perlantikan semula Idris sebagai Menteri Besar seperti yang cuba dipaksakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melalui pelbagai tindakan orang-orangnya yang disifatkan oleh Ketua Umno Bahagian Cheras sebagai "kurang ajar".

Rabu lalu, Utusan Malaysia melaporkan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata: " Kita tunggu arahan daripada presiden (Abdullah). Apa saja yang presiden minta... apa yang dibuat sekarang pun adalah atas arahan presiden".

Mengulas lanjut mengenai keengganan Sultan Terengganu itu, Dr Mahathir berkata: "Mesti ada sebab mengapa Sultan enggan menerima calon yang dinamakan oleh parti. Tetapi baginda memilih untuk tidak menyatakan sebab-sebabnya dan mendedahkan diri kepada perdebatan umum.

"Baginda hanya menyatakan rasa tidak senang dengan keengganan baginda melakukan apa yang biasanya dilakukan oleh Sultan-Sultan".

Rakyat yang prihatin, katanya, mesti bertanya apakah kesalahan yang dibuat calon Menteri Besar tertentu sehingga mencetuskan kemurkaan Sultan.

Mengenai tindakan memberikan projek-projek kepada orang tertentu sahaja itu, bekas Perdana Menteri berkata, khabar angin juga menyatakan bahawa Idris bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku itu dan "sudah tentu, mereka fikir beliau mendapat faedah kewangan".

Malaysian Insider menyatakan, orang tertentu yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir itu ialah Datuk Patrick Lim.

Dr Mahathir sebelum ini pernah menyatakan Terengganu diperintah oleh menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin dan Patrick yang dinamakannya sebagai Patrick Badawi.

Khabar-khabar angin seterusnya menyatakan, kata bekas Perdana Menteri, Abdullah mungkin mempengaruhi Idris supaya "melakukan kesalahan".

Dr Mahathir membayangkan kesemua itu berlaku sejak Barisan Nasional (BN) memerintah kembali Terengganu.

Apabila BN memerintah kembali Terengganu, Wang Ehsan dibelanjakan secara berlebih-lebihan, kata Dr Mahathir.

"Ia bukanlah jumlah yang kecil. Sejak beberapa tahun ini, Wang Ehsan berjumlah beberapa bilion," katanya dalam kenyataan yang disiarkan oleh The Sun.

Sejak BN memerintah kembali Terengganu, katanya lagi, pelbagai jenis projek telah dilaksanakan di Terengganu termasuk Monsoon Cup, rumah-rumah mewah untuk dijual kepada orang asing, Masjid Kristal dan taman temanya, universiti dan lain-lain.

"Sebahagian projek tersebut sangat baik tetapi banyak yang tidak perlu dan membazir," kata Dr Mahathir.

Rakyat Terengganu pula, katanya, merungut kerana projek-projek yang berharga berbilion-bilion ringgit itu telah dikurniakan kontrak perlaksanaannya kepada orang-orang dari luar Terengganu.

"Kontraktor-kontraktor Terengganu tidak mendapat apa-apa," katanya.

Walaupun mengakui kesemua itu adalah khabar-khabar angin, tetapi dengan gaya menyindir Dr Mahathir berkata khabar-khabar angin angin itu tidak baik kepada kerajaan yang mahu menghapuskan rasuah dan bersifat telus.

"Bagaimanapun rakyat tidak mudah menerima penyiasatan agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan. Malah Suruhanjaya Diraja pun tidak begitu dihormati. Rakyat percaya, memanglah tidak benar, bahawa kerajaan masuk campur dalam kerja-kerja Badan Pencegah Rasuah (BPR), polis dan Peguam Negara," katanya, sekali lagi dengan gaya menyindir.

Apabila seorang Timbalan Menteri dituduh menerima wang untuk membebaskan orang yang ditahan, katanya, Peguam Negara berkata tidak ada kes.

"Ia tidaklah mudah. Jika ada kes yang melibatkan seseorang (atasan), apa yang perlu dibuat oleh agensi penguatkuasa hanyalah bertanya sama ada beliau terlibat. Jika beliau berkata tidak, tidak ada keslah," katanya.

Menjangkakan penentang-penentangnya akan menuduh beliau melakukan perkara yang lebih buruk lagi, Dr Mahathir berkata beliau sedia disiasat walaupun oleh agensi luar negara.

Peristiwa penting pada 13 April!


RAWANG, 30 Mac: Negara akan menerima kejutan sekali lagi pada 13 Mac ini, kata Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Yahya Sahri.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili MB Selangor di majlis kesyukuran selepas PKR, PAS dan DAP membentuk kerajaan baru Selangor di Lembah Hijau dekat Bandar Tasik Puteri petang Ahad.

“Apakah kejutan itu, tuan-tuan tunggulah. Paling lewat pun Jun ini,” kata beliau mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin yang lebih 500 orang itu.

Yahya yang merupakan Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor berkata, selepas pembubaran Parlimen 13 Februari lalu beliau dalam taklimatnya berkata, ketika itu sudah 15 kerusi jatuh ke tangan pembangkang di Selangor.

Sejak itu, kerusi untuk pembangkang bertambah hari ke hari, sehinggalah terbukti kerajaan Selangor jatuh pada jam 7.30 malam 8 Mac walaupun diumumkan SPR pada jam 5.30 pagi 9 Mac.

Turut berucap di majlis kesyukuran anjuran PAS dan PKR Lembah Hijau itu adalah anggota Parlimen Lembah Pantai yang baru, Nurul Izzah Anwar serta datuknya, Datuk Wan Ismail.

Ketibaan mereka telah disambut dengan pasukan bermotor BTP. Orang ramai pula berebut-rebut untuk bergambar dengan Nurul dan suaminya, Shahril.

Adalah difahamkan, PKR menjangkakan, kerajaan Pusat akan berubah tangan dan kerajaan BN yang ada akan jatuh.

Kenapa tarikh 13 April dipilih tidak diketahui namun berita angin bertiup kencang kerajaan BN pimpinan Abdullah akan kecundang selepas itu ekoran masalah dalaman yang semakin menjadi-jadi dalam kerajaan pimpinan beliau itu.

Abdullah dianggap telah hilang kawalan.

Dua calon MB yang dipilih beliau tidak boleh mengangkat sumpah sebagai MB iaitu Datuk Seri Shahidan Kasim di Perlis dan Datuk Seri Idris Jusoh di Terengganu.

Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengesahkan akan bertanding merebut jawatan Presiden Umno melawan Abdullah.

Usaha beberapa pihak yang menyokong kepimpinan Abdullah untuk menangguhkan pemilihan kepimpinan parti ke tahun depan juga gagal dan ditolak oleh Majlis Tertinggi Umno.

Tiga timbalan menteri yang dilantik beliau juga menolak jawatan itu. Yang terakhir adalah Datuk Ghafur Salleh dari Sabah kerana tidak berpuashati dengan layanan Umno Pusat terhadap Sabah.

Siasahdaily.blogspot.com

Senarai Exco Kerajaan Terengganu Dijangka Siap Minggu Depan

KUALA TERENGGANU, 30 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata senarai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu dijangka dapat dimuktamadkan minggu depan.

Katanya pada masa ini perbincangan sedang dijalankan, termasuk mendapatkan pandangan serta nasihat daripada bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh berhubung pemilihan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi mengisi jawatan berkenaan.

"Saya jangka selesai minggu depan. Saya masih berbincang, banyak proses yang perlu dilaksanakan," katanya pada sidang akhbar bersama Idris selepas majlis serah terima tugas Menteri Besar di tingkat 18 Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Ditanya sama ada barisan anggota Exco baru itu akan melibatkan banyak muka baru, Ahmad berkata perkara itu belum diputuskan lagi.

"Itu saya tidak boleh komen lagi kerana kita masih berbincang. Saya juga akan berjumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan pihak-pihak lain sebelum senarai barisan exco dimuktamadkan," katanya.

Ditanya mengenai desas-desus jawatan Timbalan Menteri Besar akan diwujudkan di bawah pentadbiran beliau, Ahmad berkata perkara itu di luar pengetahuannya.

Mengenai sama ada beliau sudah mengadakan perjumpaan dengan kesemua 22 Adun yang sebelum ini menyokong pelantikan Idris sebagai Menteri Besar, beliau sekadar berkata: "Biasalah, kami semua kawan...insya-Allah.."

Dalam pada itu, Ahmad berkata sebagai Menteri Besar baru, beliau akan meneruskan program yang telah dilaksanakan oleh Idris bagi memajukan rakyat Terengganu.

"Keutamaan saya ialah mengatasi masalah kemiskinan dan meningkatkan pendapatan rakyat. Insya-Allah kita akan cari pendekatan terbaik dalam soal ini supaya ia dapat diatasi," katanya.

ADUN Kijal itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pemangku Sultan Terengganu Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin di Balairong Seri, Istana Maziah di sini hari ini, tiga hari selepas Majlis Tertinggi (MT) Umno membuat keputusan menyokong pelantikannya sebagai Menteri Besar oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu.

Majlis angkat sumpah hari ini sekaligus menamatkan krisis pelantikan Menteri Besar negeri ini yang sudah berlarutan sejak 10 Mac lepas.

-- BERNAMA

Lee Kah Choon Lepaskan Semua Jawatan Parti

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Timbalan Setiausaha Agung Gerakan Datuk Lee Kah Choon hari ini mengumumkan bahawa beliau telah meletakkan semua jawatan parti berkuatkuasa serta merta.

Lee, bekas setiausaha parlimen Kementerian Kesihatan berkata ini adalah keputusan peribadi kerana beliau merasa bertanggungjawab terhadap prestasi merosot parti itu dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

"Ya, saya melepaskan semua jawatan dalam parti berkuatkuasa hari ini. Bagaimanapun, saya akan kekal menjadi ahli parti," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Lee berkata selain meletak jawatan timbalan setiausaha agung parti, beliau juga melepaskan enam lagi jawatan, termasuk sebagai anggota jawatankuasa pusat(CC), badan pembuat keputusan parti; dan jawatankuasa kerja pusat (CWC); timbalan setiausaha Gerakan Pulau Pinang; jawatankausa kerja negeri; pengerusi Bahagian Jelutong; dan pengerusi cawangan Jalan Jelutong.

Lee, seorang daripada tiga calon Barisan Nasional bagi jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang semasa pilihan raya umum baru-baru ini bertanding bagi kerusi negeri Machang Bubok tetapi tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat Tan Hock Leong.

-- BERNAMA

MB Perak akan hidupkan kembali SAR

IPOH - Menteri Besar Perak, Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berasa terharu apabila salah seorang tokoh akademik memberikan pendapatnya bahawa kerajaan Perak yang ada sekarang harus menghidupkan semula institusi Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang telah 'dibunuh' di zaman pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu.

ImagePandangan tersebut telah dibangkitkan dalam sesi dialog di Majlis Perjumpaan Menteri Besar Perak dengan Ketua-Ketua dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di Dewan Banquet, Bangunan SUK Perak pada petang semalam.

Dalam sesi tersebut, Mohammad Nizar begitu bersemangat menjawab dengan menyatakan bahawa pimpinannya tidak akan lupa di atas peristiwa yang amat pahit terjadi ke atas SAR sehinggakan anak-anak yang sedang tekun berlajar tiba-tiba telah terbantut pelajaran mereka.

"Tetapi, setelah kita berkerajaan sendiri sekarang saya akan pastikan bahawa dari bilangan 45 buah SAR di negeri ini dulu, tapi cuma tiga buah sahaja yang dapat bertahan berdiri sendiri yang lainnya terpaksa diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Perak mengikut selibus Umno-BN, maka saya akan pastikan ianya akan dihidupkan semula cara berperingkat-peringkat,"katanya ketika mengulas pandangan tokoh akademik berkenaan.

Menurutnya, sememangnya disedari bahawa SAR memainkan peranan penting dalam institusi perbelajaran anak-anak Melayu sebagai cara menyuntik ilmu kepada zuriat yang akan membesar dan menjadi contoh serta baka pimpinan kehidupan rakyat di kala mereka dewasa nanti.

Justeru beliau berkata, "agenda kami memang sedang melangkah ke depan, tetapi berilah masa sedikit kerana kini baru berusia sembilan hari sahaja dan tolonglah melihat kepada sedikit masa untuk bernafas sekurang-kurangnya kepada secepatnya seratus hari. Lihatlah perkembangannya."

"Sekarang ini pelbagai perkara hendak difokus, termasuk senario kehilangan kelengkapan isi Dewan Orang Ramai yang sedang berlaku sekarang. Dari itu saya menyeru dan menasihatkan kepada mereka yang mengambil kerusi, meja dan sebagainya dari dewan tolonglah hantar serta pulangkan semula di tempat asalnya kerana itu adalah hak semua rakyat, hak orang ramai,"ujarnya.

Sementara itu, dalam majlis petang semalam spekulasi bahawa Ketua-ketua Kampung dan JKKK memboikot majlis tersebut adalah palsu di mana hanya dua-tiga orang sahaja yang tidak hadir. - mks.

Selepas 6 tahun berkuasa rakyat Pulau Pinang tolak Abdullah

KETEREH, 30 Mac (Hrkh) - Tun Dr Mahathir Mohamad mampu mempertahankan negerinya Kedah daripada terlepas ke tangan pembangkang sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Sebaliknya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kira-kira enam tahun menjadi ketua negara, rakyat di negerinya sendiri iaitu Pulau Pinang menolak Barisan Nasional (BN).

Situasi itu sudah cukup untuk menggambarkan pemimpin mana yang lebih berwibawa.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, Perdana Menteri sekarang seolah-olah tidak lagi mempunyai negeri sendiri selepas BN kecundang di Pulau Pinang pada pilihan raya 8 Mac lalu.

"Perdana Menteri sekarang seolah-olah sudah tidak mempunyai negeri sendiri. Ini suatu yang cukup memalukan dan desakan Dr Mahathir supaya Abdullah bertanggungjawab di atas kekalahan itu tepat sekali.

"Lebih baik beliau meletak jawatan sebelum berlaku tsunami kedua," katanya pada satu ceramah di Peringat dekat sini, baru-baru ini.

Sebelum ini mantan perdana menteri meminta Abdullah bertanggungjawab di atas kekalahan teruk BN pada pilihan raya kali ini sehingga kehilangan kuasa majoriti di parlimen dan terlepas empat negeri serta gagal di Kelantan.

Nasharuddin yang juga anggota parlimen Bachok berkata, nasib Perdana Menteri sekarang seperti sudah jatuh ditimpa tangga pula apabila dua timbalan menteri yang dilantik menolak tawaran dan seorang meletak jawatan.

Pemimpin Umno terbabit iaitu Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, Datuk Anifah Aman dan Datuk Abdul Ghafur Salleh.

"Saya merasakan lanskap politik Malaysia akan berubah dalam masa terdekat ini.

"Dan kemungkinan besar tidak dapat ditolak negeri-negeri dikuasai Barisan Alternatif (BA) akan dianaktirikan seperti berlaku di Kelantan sejak 18 tahun lalu," ujarnya.

Menurutnya percaturan politik Abdullah semakin tidak menjadi apabila melantik menteri kabinet yang terdiri daripada mereka yang bermasalah termasuk terbabit dengan kes membawa wang tanpa isytihar di luar negara.

Beliau juga menyifatkan pihak yang mempersendakan gambar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang berdoa ketika kempen pilihan raya baru-baru ini sebagai tidak yakin terhadap kuasa Allah.

"Mereka juga dikatakan memperlekeh sembahyang hajat dan akhirnya BN gagal mempertahankan empat negeri serta terus kecewa dalam misi menawan Kelantan," tambahnya.

Yang Dipertua PAS Ketereh, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh berkata, kerajaan BN di Selangor yang pernah merobohkan masjid dan surau ditimpa bencana apabila ditolak majoriti rakyat pada pilihan raya umum lalu.

"Ini tidak lain, dengan izin Allah kerana di Selangor berlaku peristiwa merobohkan rumah-rumah Allah oleh kerajaan BN," katanya. - Harakahdaily.net

Sultan Kelantan rakam tahniah kepada Menteri Besar

KOTA BHARU, 30 Mac (Hrkh) - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra merakam ucapan tahniah kepada Menteri Besar dan ahli-ahli Exco serta wakil rakyat yang dipilih pada pilihan raya umum Ke-12, 8 Mac lalu.

Oleh itu titah baginda kerajaan negeri yang baru dibentuk diharap dapat melaksanakan pembangunan bagi membolehkan rakyat hidup aman dan sejahtera.

ImageBaginda bertitah, ahli Exco perlu memainkan peranan berdasarkan portfolio masing-masing secara bijaksana mengikut saluran yang ditetapkan.

"Jadilah pemimpin yang bertakwa dan ingatlah kita akan mati dan orang di sekeliling kita tahu apa yang dilakukan.

"Elakkan pembaziran di samping mengambil langkah yang lebih berkesan dan mantap bagi menjana sumber pendapatan negeri.

"Pastikan perbelanjaan kerajaan diurus tadbir dengan baik dan cekap di samping mencari sumber baru bagi peningkatan punca hasil negeri dengan menjadikan sumber mineral seperti minyak dan emas sebagai sumber baru," titahnya pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda ke-58 di Istana Balai Besar di sini, hari ini.

Sebelum itu baginda memeriksa perbarisan dan menerima tabik hormat daripada pasukan keselamatan di Padang Merdeka.

Sultan Kelantan juga menyeru semua pihak supaya memelihara sumber hasil negeri dengan merancang pembangunannya sebaik mungkin dan mematuhi undang-undang serta peraturan berkaitan.

Terdahulu baginda menyempurnakan Majlis Pengurniaan Kehormatan Negeri bagi Darjah Kebesaran kepada seramai 79 penerima.Image

Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali Panglima Tentera Laut, Markas Tentera Laut mendahului senarai penerima anugerah Darjah Kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (S.P.K.K).

Dikuti Leftenan Jeneral Datuk Mohd Salleh Haji Ismail, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Kementerian Pertahanan dan Laksamana Madya Datuk Mohd Amdan Kurish Panglima Armada TLDM, Markas Armada, Pengkalan TLDM, Lumut.

Penerima anugerah bagi Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.) iaitu Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Shkori Mohamed.

Diikuti pula Datuk Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan.

Tan Sri Dr Zulkurnain Awang Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Datuk Hamidon Ali, Duta Besar Malaysia Ke Pertubuhan Banagsa-Bangsa Bersatu Di New York.

Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.P.M.K.), mendahului senarai penerima ialah Datuk Tan Huat @ Tan Liang Chong Pengerusi Eksekutif SBJ Binajaya Development Sdn Berhad.

ImageMendahului senarai penerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K) ialah Md Tahir Mohammed Pengarah Eksekutif Kanan Perladangan Felda Plantations Sdn. Bhd, Kuala Lumpur diikuti Razali Daud Pengarah Urusan Sentosa Jaya Development Sdn Bhd.

Sementara Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkara (D.P.K.K.), mendahului senarai penerima anugerah ialah Brigedier Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim, Pemangku Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Markas ATM.

Diikuti Brigedier Jeneral Datuk Che Yahaya Idris, Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Markas Tentera Udara, Brigedier Jeneral Abdul Hadi Hussin, Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, dan Brigedier Jeneral Khamsan Ngari, Asisten Ketua Staf/Tentera, Markas Tentera Darat.

Penerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) seramai 20 orang dengan didahului Abdul Hadi Awang Kecil, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kuala Lumpur mendahului senarai penerimaan.

Penerima anugerah Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (P.K.K.) seramai enam orang dengan diketuai Kolonel Hasanudin Mustafa, Pengarah Kor Perkhidmatan DiRaja, Markas Angkatan Tentera Darat.

Seramai 38 orang menerima anugerah Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (P.S.K.) dengan mendahului senarai penerima oleh Prof Madya Dr Ab Aziz Al-Safi Ismail pakar diabetes, USM, Kubang Kerian.

Semalam Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, jumlah penerima anugerah tahun ini lebih ramai berbanding tahun sebelumnya.

Image "Tahun ini seramai 691, paling ramai berbanding tahun lepas iaitu seramai 604 orang," katanya.

Penerima anugerah hari ini membabitkan seramai 79 penerima dan pada 14 April depan pula melibatkan 286 penerima serta 17 April seramai 326 penerima lagi.

Penerima anugerah bagi Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (B.S.K.) seramai 65 orang.

Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (A.S.K.) 92 orang.

Bintang Seri Mahkota Kelantan (S.M.K.) (41 orang), Bintang Seri Kelantan (S.K.) (63 orang), Ahli Kelantan (A.K.) (89 orang), Pingat Bakti (P.B.) (58 orang).

Pingat Setia Mahkota Kelantan - 79 orang, Pingat Ta'at - 73 orang, Pingat Perangai Baik - 40 orang, Surat Kepujian - 5 orang dan Jaksa Pendamai 7 orang. - Harakahdaily.net

Ku Li ulangi pentingnya Umno anjur perhimpunan agung khas

Harakahdaily
Sun | Mar 30, 08 | 4:42:13 pm MYT

KOTA BAHARU, 30 Mac - Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi menegaskan peri pentingnya Umno mengadakan Perhimpunan Agung Khas untuk membincang keputusan pilihan raya umum lalu dan merumuskan langkah-langkah yang wajar diambil oleh parti, lapor Bernama.

Katanya, perkara yang penting sekarang ialah memperbaiki kedudukan parti melalui Perhimpunan Agung Khas itu.

"Sebelum itu Bahagian-bahagian (Umno), kalau bersetuju, perlu diadakan mesyuarat Perwakilan Bahagian khas dan untuk membawa satu usul membincang keputusan pilihan raya umum lalu mengenai mengapa kita kalah begitu teruk sehingga hilang lima negeri dan hilang kuasa dua pertiga di Parlimen.

"Dan merumuskan apakah langkah-langkah yang wajar diambil oleh parti kita kerana Umno tanpa sokongan daripada ahli-ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak tiada kuasa langsung di Parlimen," kata beliau kepada pemberita setibanya dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, malam tadi.

Katanya, orang Melayu di semenanjung kini sudah hilang kuasa di Parlimen setelah Umno dan Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

"Dengarlah, kita dengarlah suara daripada bawah ajak semua orang datang kita timbang perkara ini dengan serius.

"Jangan tak mahu berjumpa langsung dengan orang bawah. Kita orang atas sudah gagal kita dengar suara orang bawah pulak," katanya.

Beliau berkata dengan langkah itu, Umno pasti dapat memperbaiki kedudukannya seperti langkah yang pernah diambil oleh Umno pada 1969.

"Kita dulu selepas tahun 1969 kita kalah juga tapi tidak seteruk ini. Kita telah melahirkan Dasar Ekonomi Baru yang mempunyai inspirasi kepimpinan kita kepada rakyat untuk membela rakyat," kata Tengku Razaleigh.

Katanya, Umno sekarang terpaksa bergantung kepada sokongan ahli-ahli Parlimen BN daripada Sabah dan Sarawak dalam menentukan kuasa negara.

Tengku Razaleigh berkata pertemuannya dengan pemimpin Ketua-Ketua Bahagian Umno di Kuala Lumpur baru-baru ini adalah untuk menerangkan perlunya cadangan agar diadakan Perhimpunan Agung Khas.

Beliau berkata suara di Parlimen yang tidak sampai separuh bagi kuasa Umno di Semenanjung, harus disedari oleh pemimpin Umno di semua peringkat.

Dalam menjelaskan lagi pertemuannya dengan ketua-ketua Bahagian Umno beliau berkata masih terdapat perasaan takut terhadap kedudukan mereka.

Namun kebimbangan yang dinyatakan secara jelas dan terang oleh kepimpinan Umno bahagian adalah kebimbangan dan perasaaan takut kepada masa depan parti dan orang Melayu.

Katanya, pemimpin-pemimpin bahagian juga berpendapat perlunya perubahan dilakukan dalam parti bagi menentukan halatujunya supaya Umno terus menjadi inspirasi kepada rakyat.

Tengku Razaleigh menegaskan sekali lagi perkara yang penting ialah Umno perlu perbaiki kedudukannya agar orang Melayu mempunyai masa depan yang lebih baik.

Umno Cheras sokong saranan Mahathir mansuh sistem kuota

Harakahdaily
Sun | Mar 30, 08 | 4:46:05 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Mac - Umno Bahagian Cheras menyokong saranan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya sistem kuota pencalonan bagi melayakkan seseorang bertanding untuk merebut jawatan tertinggi parti dimansuhkan bermula pemilihan parti Disembar ini.

Ketuanya Dato' Syed Ali Al-Habshee berkata saranan bekas Perdana Menteri itu senada dengan kehendak anggota Umno di peringkat akar umbi bahagian itu yang telah mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno dipertandingkan serta sistem kuota itu dimansuhkan.

Beliau berkata cadangan itu adalah salah satu daripada 12 resolusi yang dilulus oleh Umno Bahagian itu pada Mesyuarat Khas Empat Peringkat Selasa lepas.

"Kalau jawatan-jawatan ini tidak dipertandingkan, kita tidak tahu kekuatan Presiden dan Timbalan Presiden di dalam parti. Jika ada pertandingan, kita boleh menilai kekuatan Presiden dan Timbalan Presiden di peringkat akar umbi," katanya kepada kepada Bernama di sini.

Ketika mengemukakan cadangan itu semalam, Mahathir berkata sistem kuota ketika ini kelihatan terbuka kepada penyalahgunaan oleh mereka yang mempunyai kuasa dan manghalang anggota parti daripada menamakan calon pilihan mereka.

Mahathir berkata pihak yang mempunyai kuasa itu pula cenderung untuk bertindak menyekat sebarang langkah yang menentang mereka.

Sistem kuota ini diperkenalkan selepas Dr Mahathir sendiri dicabar oleh Tengku Razalegih Hamzah pada 1987 dan mengekalkan jawatan presiden itu dengan kelebihan hanya 43 undi.

Sejak itu, amalan tidak mencabar jawatan tertinggi parti menjadi tradisi.

Syed Ali yakin pertandingan untuk dua jawatan tertinggi itu tidak akan memecahbelahkan parti, malah akan mengukuhkan perpaduan dalaman dan meningkatkan maruah mereka yang menang.

"Biar rakyat tahu Umno amalkan demokrasi sihat, biar orang bertanding," katanya.

Syed Ali berkata Umno harus kembali kepada prinsip asal iaitu mereka yang ingin bertanding boleh berbuat demikian jika mendapat dua pencalonan.

Jaminan Tiada Usul Undi Tak Percaya Semasa Sidang DUN

KUALA TERENGGANU, 30 Mac (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil Datuk Rosol Wahid hari ini memberi jaminan barisan Adun BN tidak akan akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar baru Datuk Ahmad Said pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), yang perlu diadakan dalam tempoh tiga bulan ini.

Beliau berkata krisis pelantikan Menteri Besar yang berlaku sebelum ini sudah cukup meresah dan mengelirukan rakyat dan Umno Terengganu merasakan bahawa tidak perlu lagi timbul perkara-perkara yang dikhuatiri boleh menjejaskan imej parti pada pandangan mata rakyat.

"Kita boleh beri jaminan tidak akan ada apa-apa masalah selepas ini, sebab yang mendukung kita sekarang ialah rakyat. Jadi kita nampak, tidak perlu lagi timbul isu-isu yang meresahkan rakyat. Hari ini telah masuk tiga hingga empat minggu rakyat resah dengan kemelut ini. "Bagi mereka yang faham, tidak ada masalah, tetapi bagi yang kurang faham, mereka merasakan ini seolah-olah perbalahan berebut jawatan dalam Umno.

"Jadi saya yakin (persidangan) Dewan DUN nanti akan berjalan dengan lancar dan baik kerana matlamat kita adalah rakyat sebagaimana yang dinyatakan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Datuk Seri Idris Jusoh (bekas Menteri Besar), mana yang baik untuk rakyat, itulah yang terbaik untuk kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis serah terima tugas jawatan Besar Terengganu daripada Idris kepada Menteri Besar baru Datuk Ahmad Said di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Rosol, yang juga setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu turut melahirkan keyakinan bahawa kesemua 22 Adun yang sebelum ini menyokong kepimpinan Idris, akan berdiri teguh di belakang kepimpinan Ahmad sebagai Menteri Besar baru.

Mereka akan mengenepikan sebarang perselisihan serta perbezaan pendapat yang terjadi sebelum ini demi kebaikan rakyat, katanya. Beliau percaya dengan bantuan barisan Exco yang akan dilantik nanti, Ahmad mampu membentuk satu jentera pentadbiran yang kuat untuk meneruskan agenda pembangunan di negeri ini bagi memacu ekonomi negeri ini.

"Fokus utama kita sekarang adalah untuk menguat dan memperkasakan parti. Kita akan terangkan kepada rakyat apa yang berlaku sebelum ini sebagai persiapan untuk pemilihan cawangan, bahagian serta pemilihan peringkat pusat pada akhir tahun ini.

"Apa yang berlaku ini akan dijadikan sebagai sesuatu yang akan mematangkan kita dan saya dapat lihat apabila majlis angkat sumpah selesai tadi, wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua bahagian Umno yang hadir nampak gembira.

"Perselisihan dan kekhilafan yang berlaku dalam Umno sepertimana yang saya katakan semalam hanyalah ibarat `carik-carik bulu ayam'...peristiwa yang berlaku ini akan rapatkan lagi hubungan kami dalam Umno serta Barisan Nasional (BN)," katanya.

Ditanya, sama ada akan berlaku perubahan dalam pucuk pimpinan Perhubungan Umno negeri ekoran Idris tidak lagi dilantik sebagai Menteri Besar, Rosol berkata: "Kita tunggu isyarat daripada Presiden Parti".

-- BERNAMA

Khairy Kahwini Cucu Lee Kuan Yew?

Ramai pengunjung blog ini agak kurang puas membaca posting saya mengenai Azalina Othman Said yang saya tulis secara lambang-lambang dan kenen-kenen sahaja.

Sebenarnya, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada petang 27 Mac 2007, salah satu kisah yang disorot adalah mengenai perlantikan Menteri Besar Terengganu.

Azalina dikatakan turut bersuara mengenai perkara ini. Blog ini difahamkan, antara perkataan Azalina yang melekat di benak beberapa ahli MT adalah kisah sesetengah raja kononnya hanya tau “naik kuda turun kuda” sahaja. Kalau nak tau kisah selanjutnya, tanyalah pada Azalina sendiri.

Bagaimanapun, berikut ini adalah satu komen kiriman Azam yang baru saya terima sebentar tadi. Kisah ini mengenai Khairy Jamaluddin, sahabat baik Azalina. Komen sepenuhnya adalah seperti berikut:

Lama sudah saya tak muncul di ruang maya. Saya kecewa dengan tindakan Abdullah Badawi yang tak sensitif kepada tuntutan rakyat supaya dia letak jawatan Perdana Menteri Malaysia. Sebab itu saya malas nak bersuara lagi pasal Abdullah.

Ini satu berita pasal menantu Abdullah. Saya nak sahabat-sahabat lain tolong pastikan kebenarannya. Saya dapat info Khairy Jamaluddin dah mengahwini cucu Lee Kuan Yew di Singapura. Adakah ini betul atau fitnah? Kalau betul, bila? Kalau fitnah, mengapa tersebar kisah ini?

Saya suarakan ura-ura di sini kerna kalau betul Khairy kahwin dengan cucu LKY, ini mengesahkan hubungan intim dia dengan Singapura selama ini. Saya rasa ini bahaya bagi kita.

Saya juga diberitahu seorang rakan di Kuala Lumpur, Khairy akan menikahi akres genit yang selama ini digosipkan ada hubungan intim dengan Ahli Parlimen Rembau ini. Kata kawan saya, seorang pereka fesyen di KLCC dengan bangganya memberitahu banyak pihak yang dia sedang menyiapkan beberapa pasang baju perkahwinan aktres itu yang berharga berpuluh ribu. Sekali lagi, ini betul atau fitnah? Kalau betul, bila? Kalau fitnah, mengapa tersebar khabar ini?

Saya minta pengunjung kuda-kepang bantu saya dapatkan kepastian kedua-dua ura-ura di atas. Khairy orang penting negara. Apa terjadi pada dirinya tentu perlu diketahui semua rakyat Malaysia. - AZAM, 10:39 PM

Saya seperti Azam. Saya tak pasti sama ada kisah Khairy ini benar atau sebaliknya. – Ruhanie Ahmad



Azalina, Kuda Dan Air Mata Buaya

Dalam sehari dua ini, sesiapa sahaja antara kita yang ketemu dengan Menteri Pelancongan, Azalina Othman Said, harap minta dia ceritakan semula kisah penglipur laranya berjodol “naik kuda turun kuda.” Tanya juga kepadanya, sama ada dia menyaksikan babak-babak seorang tua mencucurkan air mata buaya kerana kononnya si tua itu sedang dilanda duka nestapa.

Saya pasti Azalina akan terkejut monyet. Dia pasti akan jadi begitu kerana baru petang semalam dia bercerita mengenai kisah “naik kuda turun kuda” tersebut dengan penuh semangat yang meletus daripada roh dan jiwanya.

Azalina pasti akan terkejut monyet kerana baru semalam juga dia menyaksikan babak-babak air mata buaya bercucuran!

Jika Azalina tak mau bercerita mengenai kedua-dua kisah ini, beritahu dia bahawa ramai rakyat Malaysia yang sebenarnya sudah tau mengenainya.

Kalau Azalina tanya, dari mana kita tau mengenai kedua-dua kisah di atas, kita beritahu dia: “kami tau apa yang anda ceritakan kepada sekumpulan manusia pada petang 27 Mac 2008.”

Sendainya Azalina terus mendesak kita mengenai hal berkenaan, beritahu dia bahawa kita tahu apa yang dia ceritakan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang semalam. Dan, tanya dia lagi, betul atau tidak dia ada bercerita mengenai kisah “naik kuda turun kuda”?

Akhir sekali kita bacakan kepada Azalina sekerat daripada posting blogger Ketua Perusuh seperti berikut:

Bagi kes MB Terengganu, yang mana Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) bukanlah cuma Sultan bagi Negeri Terengganu Darul Iman, namun Bagindalah juga YDP Agong Malaysia. Oleh yang demikian, bagi tindakan menghina atau menderhaka, bolehlah dikenakan mana-mana satu daripada berikut:

1. Hukuman Mati Mandatori
2. Buang Negeri (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah Pemerintah Negeri Terengganu)
3. Buang Negara (atas dasar Sultan Mizan Zainal Abidin adalah YDP Agong Malaysia)

Jika Azalina buat-buat tak faham mengapakah dia mesti mengetahui akan wujudnya hukuman-hukuman di atas, tanya dia semula, benar atau tidak semalam dia bercerita tentang kisah “naik kuda turun kuda” dalam konteks apa yang telah terjadi di Terengganu baru-baru ini? Kalau dia insaf akan hakikat ini, waspadalah!

Buat orang tua yang mencucurkan air mata buaya petang semalam, kita harap dia juga baca keratan posting Ketua Perusuh seperti diatas. Dan, tanya juga kepada orang tua terrbabit, adakah hukuman-hukuman di atas yang akhirnya merobah pendirian banyak pihak sehingga YAB Ahmad Said diterima sebagai Menteri Besar Terengganu?
DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU!!! – Ruhanie Ahmad

19 comments Links to this post

Seorang Lelaki ditahan kes ‘Kami Nak Deris, Natang” - Mat Kerak bohong !

Sunday, 30 March 2008
The image “http://buletinonline.net/images/berita2/natang2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Kuala Terengganu, 29 Mac – Polis telah menahan seorang lelaki yang terbabit dalam kes menaikkan kain rentang “kami nak Deris, natang”, tengah malam kelmarin. Lelaki yang berusia 20-an, bekerja di sebuah sekolah memandu di Besut, berasal dari Kuala Besut disyakki terbabit dalam hasutan menghina Institusi Raja Berpelembagaan sewaktu mengadakan Himpunan Haram menyokong bekas Menteri Besar di rumah kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu, Seri Iman 23 Mac lalu.

Sumber Media Perdana melaporkan lelaki tersebut ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, mengesahkan lelaki tersebut adalah salah seorang daripada empat lelaki yang memegang kain rentang yang menimbulkan kontroversi itu.

Manakala tiga lagi lelaki yang terbabit memegang kain rentang tersebut sedang diburu.

Mohd Fauzi berkata, lelaki yang ditahan kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Penahanan lelaki berkenaan dan tiga lagi yang sedang diburu polis membuktikan bahawa Ketua Pemuda UMNO Mohd Sabri Alwi bercakap bohong kepada media.

Pada 27hb Mac lalu, Mohd Sabri@Mat Kerak berkata :

"Saya juga memberi jaminan penyokong Umno tidak memasang kain rentang yang tertera tulisan penghinaan terhadap Istana dan institusi Raja, sebaliknya apa yang saya dimaklumkan empat penyokong Pas ditahan dan polis merampas beberapa kain rentang dalam kereta yang dinaiki lelaki berkenaan," jelasnya.-Buletinonline


Bacaan berkaitan:
Nafi ditahan kes kain rentang
Kain Rentang Hina Raja - Pemuda UMNO Terengganu mesti bertanggungjawab

Pulau Pinang Mahu Kerjasama Dengan Negeri Lain

PULAU PINANG, 29 Mac (Bernama) -- Kerajaan negeri Pulau Pinang yang kini dikuasai DAP bersedia menjalin kerjasama dengan semua kerajaan negeri dalam usaha melaksanakan amanah rakyat untuk membangunkan negara.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri bukan sahaja berhasrat bekerjasama dengan negeri yang diperintah parti pembangkang sebaliknya mahu turut menjalinkan hubungan baik dengan negeri yang di kuasai Barisan Nasional.

"Kita mahu bekerjasama dengan semua pihak, bukan negeri Kelantan sahaja tetapi dengan Perak, Selangor, Kedah, Pahang, Johor dan termasuk kerajaan pusat," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan muhibah 160 orang warga Kelantan hari ini.

Beliau berkata selain kerjasama dalam negara, Pulau Pinang juga akan menjalinkan hubungan di peringkat luar negara dalam usaha menarik lebih banyak pelabur melabur di negeri ini.

"Kita nak kerjasama dan kita sedia ambil sikap terbuka untuk kebaikan rakyat. Macam saya katakan sebelum ini, semua projek kerajaan pusat kita akan terus sokong jika ia membawa faedah kepada rakyat," katanya.

-- BERNAMA

PAS bantah keras filem anti Islam Belanda - Presiden

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap sebuah filem Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk 'Fitna' yang jelas memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al Quran serta Nabi Muhammad s.a.w.

Filem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang ganas, ujarnya dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui Setiausaha Akhbarnya, Roslan Shahir Mohd Shahir semalam.

Presiden PAS merasakan filem yang tidak bertanggungjawab ini akan mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam dunia dan dengan itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan lagi.

Presiden PAS turut menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.

Tambahnya, PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu ada had dan batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak menghormati sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir separuh penduduk dunia.

Filem tersebut boleh diakses di sini.


Ahmad Angkat Sumpah Sebagai Menteri Besar Terengganu

KUALA TERENGGANU, 30 Mac (Bernama) -- Tiga hari selepas mendapat sokongan Majlis Tertinggi Umno terhadap pelantikannya sebagai Menteri Besar oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu, Datuk Ahmad Said hari Ahad mengangkat sumpah bagi jawatan itu.

Istiadat yang diadakan di hadapan Pemangku Sultan Terengganu Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin berlangsung di Balairong Seri, Istana Maziah di sini.

Selesai melafazkan sumpah jawatan dan ikrar taat setia sebagai Menteri Besar, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal yang berusia 51 tahun itu kemudian menandatangani surat pelantikannya.

Ahmad, yang berpakaian baju Melayu serba hitam, kelihatan tenang sepanjang berlangsungnya majlis itu.

Istiadat itu turut disaksikan oleh Yang Di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dan dua anggota MPPR iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, yang juga Adun Jertih serta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Adun Rhu Rendang serta semua Adun Terengganu menghadiri istiadat hari ini.

Mufti Terengganu Datuk Ismail Yahya memimpin bacaan doa bagi memohon keberkatan pada majlis itu. Sebelum beredar meninggalkan majlis, Ahmad bersalaman dengan Idris dan memeluk bekas Menteri Besar itu dalam keadaan penuh emosi. Beliau turut bersalaman dengan Adun yang menghadiri majlis itu.

Istiadat hari ini mengakhiri isu berhubung pelantikan Menteri Besar Terengganu yang tertangguh sejak 10 Mac, iaitu tarikh asal bagi pelantikan itu selepas Barisan Nasional (BN) berjaya mendapat kembali mandat dua pertiga daripada rakyat pada pilihan raya umum 8 Mac.

Satu lagi majlis angkat sumpah akan diadakan selepas ini untuk anggota Exco kerajaan negeri selepas Ahmad selesai menyediakan senarai pelantikan dalam masa kira-kira 10 hari lagi.

BN menang 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu manakala lapan lagi kerusi dimenangi oleh PAS.

Keputusan MT Umno memperakui dan menyokong pelantikan Ahmad telah mengenepikan Idris untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua, walaupun beliau sebelum ini telah mendapat watikah pelantikan ke jawatan itu daripada Perdana Menteri.

Kontroversi pelantikan Menteri Besar Terengganu tercetus apabila Ahmad, menerima watikah perisytiharan pelantikan daripada MPPR pada satu upacara tertutup di Istana Tetamu di sini, pada 23 Mac.

Watikah pelantikan itu disampaikan oleh Yang Dipertua MPPR, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dengan disaksikan dua lagi anggota MPPR iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Dua hari selepas menerima watikah pelantikan itu, Ahmad telah memulakan tugas sebagai Menteri Besar di Wisma Darul Iman di sini, iaitu pusat pentadbiran Kerajaan Terengganu.

Menteri Besar baru itu bagaimanapun tidak masuk ke pejabat Menteri Besar di tingkat 16 bangunan 18 tingkat itu, sebaliknya hanya masuk pejabatnya yang lama di tingkat enam iaitu semasa beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri pada penggal lepas.

Selain 22 Adun yang membantah pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar yang baru, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam reaksinya sebelum ini turut memberi amaran kepada Ahmad bahawa beliau akan berhadapan dengan tindakan disiplin parti, termasuk kemungkinan disingkir daripada Umno jika beliau mengangkat sumpah jawatannya itu.

Kesemua Adun BN itu bagaimanapun akur dengan keputusan MT Umno dan menerima Ahmad sebagai Menteri Besar yang baru.

Ahmad, yang merupakan bekas Ketua Pemuda Umno Terengganu dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), mula menyandang kerusi DUN Kijal pada pilihan raya umum 1990.

Beliau bagaimanapun gagal mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum 1999 setelah tewas di tangan calon PAS, Mehamed Sulong dengan majoriti 264 undi.

Pada pilihan raya umum 2004, Ahmad merampas semula kerusi DUN Kijal apabila menewaskan Mehamed dengan majoriti 3,496 undi.

Pada pilihan raya umum 8 Mac yang lepas, beliau berjaya mengekalkan kerusi berkenaan selepas mengalahkan calon PAS, Hazri Jusoh dengan majoriti 3,157 undi.

Ahmad, yang sebelum ini pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah di Kemaman dan Setiu, dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri pada Mac 2004 dan menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

-- BERNAMA

PAS Selangor anjur himpunan rakyat 31 Mac ini

Oleh Tarmizi Mohd Jam
Sabtu, 29 Mac 2008

HIMPUNAN RAKYAT sempena kemenangan PAS Selangor menerjah ke Stadium Melawati, Shah Alam pada 31 Mac ini (Isnin) bermula jam 8.00 malam.

Program julung kali dianjurkan PAS negeri itu, akan dimulakan dengan solat Isyak dan solat Hajat dan kemudiannya diikuti bacaan Al-Quran dan dendangan nasyid.

Kemuncak acara, pidato khas Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang. Turut berceramah pada malam itu ialah Menteri Besar Selangor yang baru, Tan Sri Khalid Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, dan dua Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Hassan Ali dan Teressa Kok dari DAP.

Seluruh warga Selangor dan rakyat Lembah Klang dipelawa hadir ke program perdana peringkat negeri Selangor ini. Banner program ini turut disiarkan oleh Harakah pada muka depan Fikrah.

Tough week ahead for Abdullah from tomorrow

Sunday, 30 March 2008

(The Malaysian Insider) KUALA LUMPUR, March 30 – It will be a tough week ahead for Abdullah Ahmad Badawi. This is the week he tries to pacify Sabah Barisan Nasional politicians and braces for more attacks from his rivals, Tun Dr Mahathir Mohamad and Tengku Razaleigh Hamzah.

BN Sabah component parties have been agitating for more representation in Cabinet since the line-up of ministers and deputy ministers was announced. They are upset that despite the stellar performance of their candidates in delivering the state to BN, Sabah was not allocated more representation in the Cabinet.

Datuk Shafie Apdal, the Culture and Heritage Minister, said that the call for more representation from the state was “pertinent” and that it was from the grassroots. Abdullah has met a stream of Sabah MPs this week and they have given him a laundry list of complaints, from the lack of financial support (read: projects) to the way the state is being managed by Chief Minister Datuk Seri Musa Aman. They also believe that Sabah has not been given due recognition by Abdullah.

The PM will have to make a trip to Sabah to hear all the BN component parties out and soothe their hurt feelings. He may also need to sort out a couple of the agitators.

Closer to home, he will have to contend with another blast from Dr Mahathir.

The former prime minister, who is making a comeback of sorts, will be speaking to an Umno gathering on Tuesday. It is likely that he will continue to press all the pressure points of the administration – the standoff with the palace over the appointment of the Terengganu Mentri Besar, the need for Abdullah to take responsibility for Election 2008 and the push to change the constitution and make the party president answerable to a presidential council.

Tengku Razaleigh Hamzah, who has indicated a willingness to challenge Abdullah for the Number 1 position in the party, will be meeting more Umno division leaders to convince them to push for a special assembly on May 11. This special assembly has become even more important now that the party’s supreme council has decided to hold election in December.

If Ku Li manages to get enough divisions to push for a special assembly, it could provide a platform for some constitutional changes, including removing a clause which states that anyone wanting to contest the party president’s position must have the support of 60 divisions.

Anwar Ibrahim in audience

Sunday, 30 March 2008

The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, March 30 – In less than a month, Anwar Ibrahim’s ban from politics will be over. But the face of new Malaysia will be in no hurry to push aside a comrade from Parti Keadilan Rakyat, contest a by-election and take that place in Parliament as the opposition leader.

He does not need to take that path.

In the eyes of the 52% of West Malaysians who voted for the opposition, he is the man who has ushered in a more promising future for the country. The architect who is forcing DAP and PAS to junk their narrow philosophies. The next Prime Minister.

In the eyes of many of those who voted for Barisan Nasional, there is ambivalence mixed with fear and grudging respect for a man who was on the cusp of the premiership when he was sacked in 1998

Anwar Ibrahim already has the stature of a leader and carries the hopes of many, even without a position in Parliament. In the weeks since March 8, he has given more interviews to local and international media organisations than all members of the Cabinet put together. They all want to know his vision for Malaysia. And he has not disappointed, adding layers of information to the spine of a Malaysian Economic Agenda with every interview.

As a sign of times, he has also been visited by corporate figures such as Berjaya’s Tan Sri Vincent Tan and former editors who were part of the Mahathir media machine which tore Anwar to shreds during his court trials for corruption and sodomy.

They are hedging their bets, believing like many that it is only a question of when and not whether Anwar will return to power. They know that the Anwar of Umno owned a vindictive and ruthless streak. They are hoping that the new Anwar may be slower to exact revenge.

He did show a more forgiving side in a recent interview with The Sun. “I have no malice. You know, sometimes I laugh at these people. This is the quality of people and they think they are great.

I have no personal agenda. They have. Some of them are scared. Dead scared! They came to see me saying, we are sorry, but were forced to do this and do that. In a way it is good - not that it is fair for them to put me in prison and treat me that way… but it is a good experience. And if people make mistakes and are remorseful, we should give them a chance. I always believe that.’’

But his second coming as a politician will not amount to anything if the opposition alliance doesn’t ride on the momentum and make lasting changes to the political environment. As Abdullah Ahmad Badawi found out, Malaysians will be willing to live on words and sunshine for only so long. Once the honeymoon period is over, they will demand performance and accountability.

That could explain why Anwar has been spending much time the past week speaking to leaders of DAP and PAS about a formal alliance, trying to forge a common platform which would be acceptable to all Malaysians.

The alliance is drawing up some points which will cover constitutional guarantees, the Malaysian Economic Agenda, issues of tolerance and the dominance of one race.

Not surprising then, that the PKR-DAP-PAS are sounding like reformers, leaving the politicians of Barisan Nasional, especially Umno, sounding like people caught in a time warp. There is little doubt that Anwar is in firm control of the alliance. Husam Musa may be charismatic but he ranks a distant second to Anwar in the ability to articulate the vision for the country.

This control was evident in the first few days of Lim Guan Eng’s term as the Chief Minister of Penang. He spoke about dismantling the New Economic Policy and set off a maelstrom. Anwar went to his rescue but also urged him to choose his words carefully. When Anwar accompanied Selangor Mentri Besar Khalid Ibrahim to the site where a temple was demolished in Kampung Jawa, his authority was clear.

I told Khalid you better deal with this immediately. In two weeks, get it done. Give them their land and pay compensation to rebuild their temple. Of course they will demand for this and that. That's normal, but we draw the line,” he said in the interview with The Sun.

It is with this sense of authority that he has started talking to Umno division heads. As someone who can make things happen, as the leader of an alliance that has shaken BN to the core. He is no longer appealing for a second hearing from the party warlords or trying to convince them that he spent 6 years in jail because of trumped-up charges. He has the aura of power, and Umno warlords have always been willing to listen to power.

Anwar is trying to dispel the fears they are bound to have over the Malaysian Economic Agenda, persuade them that the sacred NEP has not really benefitted them. This is an offensive move. There is some confusion about the policy outside urban centres. Many Malays think that NEP = Malay special rights. This is incorrect.

The special privileges are guaranteed under article 153 of the Constitution. The NEP was created by the ruling coalition after the race riots of 1969 to redress some of the imbalances in Malaysian society. What Anwar is trying to do is make clear to Umno warlords that he is not a traitor to the race, he is not doing away with Malay rights.

This pitch makes it more palatable for Umno MPs to crossover and blunts a future assault by Abdullah and others on Anwar selling out the race. Not that such an attack is on the horizon, not given the internal problems facing Abdullah and Dr Mahathir Mohamad’s reluctance to take on his nemesis.

Anwar is enjoying the view that he is emerging as a puppet master within Umno. With a full-blown fight to the party presidency ready to erupt, there will be moves to enlist his support or his counsel. Others may be tempted to change political stripes. Not a bad situation for someone who was dumped from the party and consigned to a historical footnote.

When Parliament sits in May, Anwar will watch the debate and miss the opportunity to skewer ministers and deputy ministers. But that will be a small price to pay for staying above the fray and making sure that his political experiment grows from strength to strength. After all in the eyes of many Malaysians, he is their leader.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising