Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, March 29, 2008

Repot polis keatas kehilangan gambar agong pada billboard

Berita Oleh boloqaroq

"a
Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abd. Rani telah membuat laporan polis diatas kehilangan gambar Yang Dipertuan Agong dan permaisuri di Simpang Che lijah, Dungun kira² pukul 11.30 pagi tadi.

Beliau diiringi oleh Pemuda PAS Dungun mendesak pihak polis menyiasat secara terperinci kehilangan gambar tersebut kerana beliau percaya ianya ada kaitan dengan pergolakan yang terjadi yang melibatkan pengikut Idris Jusoh dengan pihak istana baru² ini

Rasa tidak puas hati yang dilahirkan oleh segelintir pengikut Idris Jusoh sehingga wujudnya sehelai kain rentang yang berbunyi ' Kami Mahu Ideris, Natang'. Ini adalah perbuatan biadap yang perlu ditangani dengan cukup tegas oleh pihak polis kerana menghina MPPR maupun YDP Agong. Hari ini rakyat Terengganu yang sangat menyayangi YDP Agong telah beramai² berkumpul seawal pagi di lapangan terbang Sultan Mahmud bagi menyambut ketibaan Duli YDP Agong yang tiba kira² pukul 10 pagi tadi.

Kira-kira 10,000 rakyat Terengganu menyambut Tuanku sambil berdiri di sepanjang jalanraya menuju ke lapangan terbang.

Itu adalah isyarat jelas dari rakyat yang menolak sesiapa saja yang cuba menderhaka kepada baginda sultan.

Rakyat tanpa mengira keturunan, kecik besar dan tidak membezakan fahaman politik telah menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada baginda Tuanku.-Tranungkite Online

Datuk Ayub perlu dipecat?

Posted on Saturday, March 29 @ 20:05:25 MYT by greenboc
Analisis Isu Oleh Reformismelayu

aSebelum hari penamaan calon saya telah menulis satu artikel agar Pas Terengganu berhati hati apabila Datuk Ismail Omar membuat satu lawatan mengejut ke Terengganu, mungkin bagi orang lain itu adalah perkara biasa bila seorang Timbalan Ketua Polis Negara membuat lawatan ke sesebuah negeri, bagi saya saya lebih risaukan andai Datuk Ismail Omar datang berbanding Musa Hassan. Ismail Omar yang saya sifatkan sebagai kejam dan licik ini menjadi “Mastermind “ untuk kerja kerja jahat Umno.

Pelbagai tulisan telah saya ceritakan berkenaan Ismail Omar. Andai Ismail Omar masih lagi menjawat jawatan sebagai ketua Polis Selangor pada pilihan raya yang lepas jangan harap kita mampu menang di Selangor, lihatlah bagaimana keputusan di Ijok ketika Ismail Omar masih menjadi ketua Polis Selangor, nasiblah dia dibawa ke bukit aman setelah Datuk Ramli Yusuf digugurkan oleh team Musa Hassan.

Atas sebab itu kita jangan cepat bergembira kerana andai Datuk Ismail Omar menjadi ketua Polis Negara 1 tahun lagi, 5 Negeri Barisan rakyatpun mampu ditawan kembali regim Umno ini, kerana ia dilakukan oleh manusia bernama Ismail Omar.
Kita minta Pas Terengganu mendesak agar Datuk Ayub dipecat ataupun ditukar dari jawatannya sekarang ini sebagai ketua Polis Terengganu, kerana dia akan terus menerus menjadi barua kerajaan Pusat Umno dan pencetus ketidakstabilan dan ketidakamanan di Terengganu. Beberapa peristiwa penangkapan dan penggunaan peluru hidup untuk menembak orang yang hadir dalam sesi ceramah oleh Polis berlaku dibawah arahan Datuk Ayub. Malah dia masih setia dengan Idris Jusoh ketika tempoh peralihan kerajaan Terenggani, malah Polis membiarkan penyokong Idris Jusoh bermaharajalela diatas jalan raya berdemontrasi malah dengan menggunakan sepanduk menghina institusi Diraja, jadi adalah wajar agar Datuk Ayub juga didesak berundur!!

Dari awal tahun 2004 lagi setelah Umno menang di Terengganu polis dipergunakan Idris Jusoh, ataranya Polis dan Fru dikerah menghalau penduduk dari kampong bujal dan merobohkan rumah penduduk dan Masjid yang 70% siap. Manakala dalam satu majlis agama disebuah Masjid batu 6 , jemaah disembur gas pemedih mata kedalam Masjid dimana Tuan Guru Haji Hadi antara yang menjadi mangsa serangan . Polis yang bertanggung jawab iaitu ketua unit Khas cawangan Khas Terengganu tidak lama selepas itu terbunuh dalam satu kemalangan jalanraya bersama ahli keluarganya apabila berlanggar dengan sebuah lori, dan mayatnya dibawa pulang ke Gopeng Perak untuk dikebumikan dan ketika itu ketua Polis Negara turun dengan Helikopter untuk menghadiri majlis pengekebumian mayat bekas Ketua Cawangan Khas Umno Terengganu tersebut. Dalam Talqin itu yang kebetulannya adalah jemaah kita telah secara terang menegur kepada semua orang yang hadir jangan berlaku zalim kepada Islam.maka bersedialah dengan pembalasan tuhan.Namun itu belum cukup bagi juak juak Polis di Bukit Aman ini berasa Insaf walaupun ketika itu Ketua Polis Negara Bakri Omar agak sedikit kendur menyerang aktiviti PAS sehinggalah datangnya Datuk Ayub ke terengganu untuk menjalankan kerja kerja Khas Umno.

Saya meminta jangan kita jemaah PAS leka dengan kemenangan ini , kerana Polis , badan kehakiman, BPR ,SPR dan Jabatan Peguam Negara masih dibawah kekuasaan Umno. Tumpuan kita agar alat kerajaan ini dapat di “reformasi” secepat mungkin. Gunakan kuasa rakyat agar perubahan dapat membersihkan kekotoran dalam regim Paklah.

Ingat.. perjalanan perjuangan kita masih jauh, lakukan reformasi total..!! jangan cepat berasa gembira kerana sistem negara masih Korup!! guna taktikal strategik melumpuhkan alat regim Umno.

Artikel saya berkenaan Ismail Omar sebelum penamaan Calon:

http://www.marhaen.org/v1/mar_a_reformismuda89.html

Badan saja Umno tapi nyawa DKIM


"a
Sebenarnya nyawa Umno sekarang bergantung pada gas oksigen yang dibekalkan dari Sabah dan Sarawak.

Tidak salah jika ditakdirkan 30 saluran nyawa dari Sabah dan Sarawak dicabut, maka berkubur lah BN. Jika BN berkubur sudah tentu Umno pun turut hangus juga.
Dengan 24 kerusi dari Sabah dan 30 kerusi dari Sarawak, ia mewakili kerusi-kerusi kaum Dayak, Dusun, Kadazan, Iban, Murut dan Malanau serta lain-lain suku di sana. Sekiranya 30 atau lebih kerusi itu beralih kepada BA, maka terciptalah hari ini dalam sejarah. Bukan 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan tetapi 50 tahun riwayat BN berakhir.

Saya merasa yakin seandainya BN tewas maka tewaslah Umno. Jika BN hancur maka akan hancurlah Umno. Selama ini pun kekuatan Umno itu bukan terletak pada dirinya sendiri tetapi ia bergantung pada parti-parti lain untuk ia terus bernafas. Malah yang peliknya kuncu-kuncu Umno juga yang kenyang dan mewah manakala ahli-ahli dari parti-parti lain kekal seperti yang sedia ada juga.

Saya rasa masa semakin dekat untuk BN dan Umno menghitung hari. Kini ia diibaratkan seperti dalam rawatan 'icu'. Dr. yang merawat sudah tidak mampu nak berbuat apa-apa. Hanya bergantung pada saluran(wire) oksigen dari Sabah dan Sarawak sahaja.

Jika 'wire' itu dicabut oleh seseorang yang memang telah diketahui pakar dalam 'mengalih' wire tadi, maka matilah BN dan wafatlah Umno._Tranungkite Online


su-kj
29 Mac 2008

Ribuan sambut Agong di T'ganu

Ribuan penduduk berada di lapangan terbang Kuala Terengganu bagi menyambut berangkatan pulang Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Terengganu pagi ini.


Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang juga Sultan Terengganu, disambut oleh menteri besar baru Datuk Ahmad Said.

Lapangan terbang itu, yang sedang dalam projek penaikan taraf, menjadi sesak dan gema laungan "Daulat Tuanku" kedengaran sahut-menyahut apabila baginda mula kelihatan kira-kira 10.30 pagi.

Laungan itu mula kedengaran sebaik sahaja pesawat baginda, yang ditemani Pemangku Raja Terengganu, sampai pada 10 pagi.

Mereka yang berada di luar terminal membawa bersama sepanduk dan riben kuning - sebahagian besar berbaris di sepanjang jalan menuju ke lapangan terbang itu, sejauh lebih satu kilometer.

Dianggarkan 10,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya beberapa kilometer ke arah lokasi perhimpunan.

Turut kelihatan di majlis itu, setiausaha perhubungan Umno Datuk Rosol Wahid yang menjadi jurucakap utama kumpulan 22 wakil rakyat BN yang menyokong bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris, yang pulang ke kediaman asalnya di Besut semalam, bagaimanapun tidak kelihatan bersama wakil-wakil BN yang hadir.

Penduduk Terengganu berkumpul seawal jam 6.30 pagi bagi menyertai sambutan itu yang dianjurkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) negeri itu, antaranya Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat).

Menjelang 8.30 pagi ini, pengerusi Mampat Mohamad Fauzi Abu Samah memberitahu Malaysiakini, kira-kira 5,000 orang rakyat Terengganu sudah hadir dan berkumpul di depan lapangan terbang antarabangsa Sultan Mahmud di Telaga Batin.

Tuanku Mizan tiba jam 10 pagi untuk menyertai acara sukan berkuda Malaysian Endurance Circuit 2008 di Terengganu International Endurance Park di Lembah Bidong, Setiu.

Tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.

Perhimpunan pagi ini dianjurkan sebagai menyatakan sokongan kepada baginda susulan krisis perebutan menteri besar antara kumpulan Idris, yang didukung Perdana Menteri, dengan Ahmad yang dilantik oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR).

Krisis tidak menentu selama hampir tiga minggu itu tamat kelmarin apabila Majlis Tertinggi (MT) Umno memperakui lantikan Ahmad.

Sementara 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang pada awal setia bersama Idris mengalihkan sokongan kepada pilihan MPPR itu semalam.

Mampat bersama beberapa NGO, termasuklah persatuan bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Sulaiman - tempat baginda mendapat pendidikan, memulakan kempen mereka sejak beberapa hari lalu.

Ribuan pelekat kereta "Daulat Tuanku" dan riben kuning, warna simbol diraja, diedarkan kepada orang ramai.

Kain-kain rentang "Daulat Tuanku" juga dipasang di pinggir-pinggir jalan utama.

Kelmarin, acara sembahyang hajat dan mengumpul tandatangan di sebuah masjid, disertai ribuan penduduk negeri itu.-Malaysiakini.com

10 exco Perak angkat sumpah

Setelah berjaya merampas Perak tiga minggu lalu, pakatan tiga parti pembangkang hari ini mula membentuk kerajaan apabila selesai membariskan 10 anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Istiadat angkat sumpah jawatan diadakan jam 11 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar di depan Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Ketiga-tiga parti pembangkang memperoleh 31 daripada 59 kerusi - dengan pecahan DAP (18), PKR (tujuh) dan PAS (enam).

Walaupun awalnya berdepan dengan kemelut pelantikan menteri besar Mohamad Nizar Jamaluddin dan kemudian pengagihan jumlah exco, mereka dipercayai dapat menyelesaikannya dengan agihan enam wakil DAP, tiga PKR dan satu PAS.

Mohamad Nizar, wakil rakyat PAS di Pasir Panjang, mengangkat sumpah pada 17 Mac.

Senarai penuh barisan exco yang mengangkat sumpah pagi ini:

Wakil DAP
pengerusi Perak Ngeh Koo Ham (wakil rakyat Setiawan),
setiausaha negeri Nga Kor Ming (Pantai Remis),
ahli jawatankuasa negeri Su Keong Siong (Pasir Pinji),
bendahari negeri Chen Fook Chye (Keranji),
ahli jawatankuasa eksekutif pusat A. Sivanesan (Sungkai), dan
penolong setiausaha pengurusan nasional Seah Leong Peng (Pasir Bedamar).

Wakil PKR
timbalan pengerusi Perak Tai Sing Ng (Kuala Sepetang),
bendahari negeri Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), dan
ketua penerangan bahagian Bukit Gantang Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering).

Wakil PAS
ahli jawatankuasa negeri Mohd Zainudin Mohd Yusof (Lubok Merbau).

Bagaimanapun portfolio 10 exco ini belum diumumkan.

Turut hadir di majlis itu, Raja di Hilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, setiausaha kerajaan negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria dan beberapa wakil rakyat BN.

Lima negeri yang kini dikuasai parti-parti telah selamat mengangkat sumpah menteri besar dan barisan exco negeri masing-masing walaupun pada awalnya menghadapi masalah dalaman di Selangor dan Perak.

Sementara di negeri yang dikuasai BN, hanya Terengganu yang belum menyenaraikan barisan exco selepas 21 hari berakhir pilihanraya umum awal bulan ini.

Menteri besar baru negeri itu, Datuk Ahmad Said, dijadual mengangkat sumpah esok selepas krisis pelantikan jawatan itu berlarutan selama hampir tiga minggu.

Barisan exco negeri akan diumumkan lebih kurang seminggu lagi.-Malaysiakini.com

Kit Siang: Kabinet reformasi apa?

DAP meluahkan sekali lagi kekecewaannya pada barisan kabinet "reformasi" Perdana Menteri tetapi gagal melakukan sebarang perubahan bermakna - berbeza sama sekali dengan kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah sering menyatakan kesediaannya untuk mendengar suara rakyat selepas keputusan paling buruk BN dalam sejarah pada pilihanraya umum 8 Mac.

Beliau juga mengakui lambat menjalankan reformasi seperti janji-janjinya dalam pilihanraya umum 2004 sehingga pengundi menolak BN kali ini.

Tokoh utama DAP Lim Kit Siang mengkritik keengganan menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar membebaskan lima pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) termasuk M Manoharan yang menang di kerusi negeri Kota Alam Shah baru-baru ini - daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Semalam Syed Hamid berkata M Manoharan tidak boleh berada "di dua tempat dalam satu waktu" apabila ditanya sama ada wakil rakyat DAP itu boleh menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Selangor.

Mengulas desakan pelbagai pihak supaya Manoharan dan empat lagi rakannya dibebaskan, Syed Hamid berkata: "Kita tidak bertindak berdasarkan saranan parti politik tetapi kepada soal keselamatan dan ketenteraman awam."

Lim menyifatkan kenyataan Syed Hamid "tidak boleh sama sekali diterima."

Ahli parlimen Ipoh Barat itu menambah, penangkapan lima orang itu pada Disember lepas didorong oleh desakan para pemimpin BN, khususnya Umno dan MIC, dan tidak ada kena-mengena dengan isu keselamatan negara.

"Selepas saya sendiri dua kali ditahan selama 35 bulan bawah ISA, saya yakin penahanan ISA sering digunakan sebagai alat politik bagi menindas suara penentangan yang tiada sebarang kaitan dengan keselamat negara," kata Lim.

Rabu lepas, kabinet mencetuskan kekecewaan pertama, tambah Lim, apabila menolak cadangan menteri baru di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd zaid Ibrahim, yang mahu kerajaan BN memohon maaf kepada bekas ketua hakim negara Tun Mohd Salleh Abbas dan lima lagi hakim kanan yang dianggap mangsa-mangsa krisis kehakiman pada 1988.

Tambahnya, keengganan Syed Hamid membebaskan semua tahanan ISA itu menjadi "bukti kukuh" kedua yang menunjukkan kerajaan pimpinan Abdullah tidak bersedia mendengar hasrat orang ramai yang mendesak perubahan bermakna.-Malaysiakini.com

Dr M: Isu lantik MB perlu diperjelaskan

Isu campurtangan Raja-raja Melayu dalam perlantikan menteri besar perlu diperjelaskan supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


"Raja-raja Melayu tidak mengambil tindakan sewenang-wenangnya, mesti ada sebab-sebab yang tertentu untuk baginda berbuat demikian.

"Ini kerana tindakan sedemikian rupa telah menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai apakah ia bertentangan dengan perlembagaan negara.

"Penjelasan ini perlu supaya orang ramai tidak terus curiga terhadap tindakan Raja-raja Melayu dalam isu pelantikan menteri besar," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai tulisannya dalam sebuah tempatan semalam.

Sebelum itu, beliau menghadiri majlis anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sebuah hotel di ibu negara.

Pemilihan Umno

Bekas perdana menteri itu berkata, Raja-raja Melayu adalah orang yang yang sangat baik dan tidak menimbulkan masalah kepada pentadbiran negara.

"Kita telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun dan telah mempunyai empat orang perdana menteri, sepatutnya tidak berbangkit lagi," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga ditanya mengenai adakah jawatan-jawatan utama seperti presiden dan timbalan presiden Umno perlu ditandingkan dalam perhimpunan Umno, Disember depan.

Menurutnya, jika ahli mahu perubahan, jawatan tersebut perlu dipertandingkan untuk memilih pucuk pimpinan baru.

"Saya fikir ahli-ahli (Umno) mahu perubahan dalam pucuk pimpinan parti tetapi terpulang kepada merekalah," katanya lagi.

Tokoh veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini telah mengatakan kesediaan untuk bertanding jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti dari 16 hingga 20 Disember depan.-Malaysiakini.com

Pentadbiran Kerajaan Campuran Perak Berasaskan Lima Prinsip Utama

KUALA KANGSAR, 29 Mac (Bernama) -- Kerajaan campuran Perak yang diterajui DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS berikrar mahu mengurus dan memerintah negeri ini berdasarkan lima prinsip yang mementingkan kebajikan dan kebaikan rakyat berbilang kaum dan agama.

Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin berkata lima prinsip itu ialah keadilan, amanah, ketelusan, wibawa dan kebajikan. "Kita hendak laksana dengan prinsip keadilan di mana apa juga suasana dan perkara yang menyebabkan ketidakadilan kita akan hapuskan, kemudian kita ingin bertindak atas prinsip amanah," katanya kepada pemberita selepas upacara istiadat angkat sumpah 10 anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Beliau berkata selain itu di bawah prinsip ketelusan, kerajaan negeri akan memastikan pelaksanaan apa juga tidak berada di luar garis panduan supaya rakyat tidak melihat kerajaan ini sebagai 'pandai bercakap' sahaja sebaliknya dipamerkan menerusi tindakan dan pentadbiran.

"Kita juga akan pastikan kerajaan ini juga satu kerajaan yang wibawa yang ada ketelusan...kita juga akan pastikan tanggungjawab kita untuk memberikan unsur-unsur kebajikan, sebarang bentuk kebajikan dan kebaikan serta keuntungan kepada rakyat kita akan buat dalam semua aspek pelaksanaan dasar-dasar. Mana-mana perkara yang menyusahkan dan merugikan rakyat kita akan kaji semula," katanya.

Mengenai portfolio 10 anggota exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah hari Sabtu, Mohommad Nizar berkata kerajaan negeri akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi dalam masa terdekat selepas kesemua mereka bermesyuarat pada Isnin ini.

Beliau berkata pengagihan portfolio kerajaan campuran itu akan dilakukan mengikut profesionalisme, pengalaman, latar belakang serta pendedahan masing-masing yang mana akan dibincangkan bersama.

Pengagihan 10 anggota barisan Exco kerajaan negeri daripada ketiga-tiga parti itu adalah seperti yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti itu sebelum ini.

Anggota Exco itu terdiri enam daripada DAP, tiga daripada PKR dan seorang daripada PAS yang telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini pagi ini.

Mereka ialah Ngeh Koo Ham (Sitiawan), Nga Kor Ming (Pantai Remis), Su Keong Siong (Pasir Pinji), Chen Fook Chye (Keranji), Seah Leong Peng (Pasir Bedamar), A. Sivanesan (Sungkai), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Tai Sing Ng (Kuala Sepetang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Mohd Zainudin Mohd Yusof (Lubuk Merbau).

Ketika ditanya apakah tugas pertama barisan exco kerajaan negeri yang baru dilantik, Mohammad Nizar berkata ia adalah untuk meningkatkan tahap keyakinan rakyat terhadap kerajaan campuran yang dibentuk bagi menepis pelbagai tanggapan negatif termasuk perasaan kecewa dan bimbang terhadap kemampuan mereka.

Beliau berkata barisan exco berkenaan perlu diberi peluang untuk berkhidmat menerusi kerjasama daripada seluruh institusi di Perak termasuk para penjawat awam.

Kerajaan campuran yang diterajui tiga parti itu dibentuk selepas memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada pilihan raya umum 8 Mac lepas manakala BN hanya menang 28 kerusi.

-- BERNAMA

Kesemua ADUN BN Terengganu Akan Hadir Istiadat Angkat Sumpah Ahmad

Kesemua ADUN BN Terengganu Akan Hadir Istiadat Angkat Sumpah Ahmad

KUALA TERENGGANU, 29 Mac (Bernama) -- Kesemua 23 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu akan menghadiri istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Pemangku Sultan Terengganu Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah di sini hari Ahad.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri yang juga ADUN Ajil Datuk Rosol Wahid berkata ia termasuklah bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh, yang juga Adun Jertih.

"InsyaAllah, semua Adun BN termasuk Idris akan hadir pada majlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar pagi esok," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ke Terengganu di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini hari ini.

Istiadat mengangkat sumpah yang dijadualkan pada pukul 9 pagi esok itu hanya untuk jawatan Menteri Besar. Satu lagi istiadat mengangkat sumpah akan diadakan untuk para anggota Exco Kerajaan Negeri setelah Menteri Besar Datuk Ahmad Said membuat pelantikan mereka dalam tempoh terdekat.

Dalam kenyataannya semalam, Ahmad berkata beliau akan membuat pelantikan angota Exco Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran beliau dalam tempoh tujuh hingga 10 hari selepas beliau mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar.

Ahmad, yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman, memulakan tugas sebagai Menteri Besar secara rasmi Selasa lepas setelah menerima watikah perisytiharan perlantikan daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu, di sini pada 23 Mac.

-- BERNAMA

Ahmad Said Angkat Sumpah Sebagai Menteri Besar Terengganu Ahad

KUALA TERENGGANU, 29 Mac (Bernama) -- Isu pelantikan Menteri Besar Terengganu, yang berlarutan sejak 19 hari lepas, dijangka berakhir apabila anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal Datuk Ahmad Said mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Pemangku Sultan Terengganu Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah di sini hari Ahad.

Pengelola Istana Terengganu Mohd Yasim Awang berkata istiadat angkat sumpah itu akan hanya membabitkan jawatan Menteri Besar dan ia dijadual berlangsung di istana itu pada pukul 9 pagi.

Beliau berkata Yang Di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dan dua anggota MPPR iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, akan hadir pada upacara itu. "Kesemua Adun (termasuk PAS) dan ketua-ketua jabatan turut dijemput menghadiri majlis angkat sumpah tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pelantikan Menteri Besar Terengganu menimbulkan kontroversi apabila Ahmad, 51, menerima watikah perisytiharan pelantikan daripada MPPR dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di sini, pada 23 Mac lepas.

Dua hari selepas menerima watikah pelantikan itu daripada MPPR, Ahmad telah memulakan tugas sebagai Menteri Besar di Wisma Darul Iman di sini, iaitu pusat pentadbiran Kerajaan Terengganu.

Menteri Besar baru itu bagaimanapun tidak masuk ke pejabat Menteri Besar di tingkat 16 bangunan 18 tingkat itu, sebaliknya hanya masuk pejabatnya yang lama di tingkat 6 iaitu semasa beliau menjadi pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri pada penggal yang lepas. Pada sidang akhbar hari berkenaan, Ahmad meminta semua pihak bersabar dan tidak melakukan tindakan yang boleh menimbulkan masalah, berhubung pelantikan beliau sebagai Menteri Besar oleh MPPR.

Pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar yang baru sebelum ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada kalangan pemimpin Umno termasuk di peringkat pusat.

Di Terengganu, 22 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu telah berikrar memberi sokongan padu kepada bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh, yang juga pengerusi badan perhubungan Umno negeri dan pengerusi BN negeri.

Sebahagian daripada mereka telah menyatakan kesediaan meletak jawatan sebagai Adun jika Idris tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam reaksinya telah memberi amaran kepada Ahmad bahawa beliau akan berhadapan dengan tindakan disiplin parti, termasuk kemungkinan disingkir daripada Umno, jika beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar yang baru.

Tindakan sedemikian boleh diambil kerana perbuatan beliau itu disifatkan sebagai ingkar dengan keputusan parti.

Spekulasi mengenai kedudukan Idris timbul apabila majlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar dan pelantikan barisan Exco kerajaan negeri yang dijadualkan di Istana Maziah pada 10 Mac lepas, ditangguhkan pada saat-saat akhir.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, Terengganu kekal di tangan BN apabila menang 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Lapan lagi kerusi DUN dimenangi PAS.

Dua hari lepas, Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah membuat keputusan menyokong pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu oleh MPPR.

Keputusan MT itu mengenepikan Idris, yang juga Adun Jertih, untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua, walaupun beliau sebelum ini telah mendapat watikah pelantikan ke jawatan itu daripada Perdana Menteri.

-- BERNAMA

Dr M: Suruh tribunal mohon maaf

Mar 28, 08 5:41pm “Suruh tribunal mohon maaf.”


Itulah reaksi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap desakan supaya beliau memohon maaf atas "kesilapan-kesilapan" sewaktu berlakunya krisis kehakiman pada 1988.

Dalam tulisannya yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Inggeris - The Sun, Dr Mahathir berkata bukan beliau yang memecat Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abbas dan Hakim-hakim Mahkamah Agung, Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh dan Tan Sri George Seah.

Oleh itu, katanya, beliau tidak sepatutnya memohon maaf.

Jika ada pihak yang perlu memohon maaf, katanya, mereka adalah anggota tribunal yang dipengerusikan oleh Tun Hamid Omar yang memecat Salleh.

Dr Mahathir juga berkata, beliau bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat sebarang 'kesalahan' selama 22 tahun beliau menjadi perdana menteri.

Kecuali ada penganiayaan, katanya, tiada sebarang kesalahan yang dilakukannya sepanjang tempoh tersebut.

Mengenai gesaan pengerusi DAP, Karpal Singh supaya beliau memohon maaf terhadap krisis kehakiman pada 1988, Dr Mahathir berkata, tuduhan-tuduhan terhadapnya, termasuk pemecatan hakim-hakim, bukanlah dilakukannya olehnya dan kerana itu, beliau tidak patut memohon maaf.

"Suruh (anggota) tribunal memohon maaf," katanya dalam tulisan tersebut.

Dr Mahathir juga membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang menggesa kerajaan memohon maaf atas pemecatan lima orang hakim terbabit.

Beliau berkata, peguam (Zaid) berkenaan telah "lupa" bahawa beliau turut menyokong tindakan ketika itu.

“Orang yang meminta kerajaan memohon maaf terhadap apa yang berlaku kepada Tun Salleh Abbas mungkin telah lupa bahawa ketika menjadi presiden Persatuan Peguam Islam, beliau menyokong sepenuhnya tindakan yang diambil ketika itu.

“Beliau menyelar Majlis Peguam kerana mengecam Tun Hamid Omar berhubung pemecatan hakim-hakim terbabit. Sekarang beliau mahu menjadi 'lebih betul daripada betul, saya bertanya-tanya mengapa," tambahnya.

Pada 1988, sebuah tribunal khas ditubuhkan untuk mendengar tuduhan-tuduhan salahlaku terhadap Salleh dan kerana mempertikaikan pindaan perlembagaan yang telah menghakis kuasa badan kehakiman.

Hakim Mahkamah Agung - George Seah dan Wan Sulaiman - yang memutuskan bahawa penubuhan tribunal itu tidak mengikut perlembagaan - juga turut dipecat selepas didapati bersalah atas tuduhan salahlaku oleh tribunal yang lain.

Perkhidmatan tiga orang hakim - Datuk Azmi Kamaruddin, Datuk Eusoffe Abdoolcader dan Datuk Wan Hamzah Mohamed Salleh - turut digantung.

Siasat salahlaku di Terengganu

Dalam tulisan yang sama, Dr Mahathir juga menyarankan supaya diadakan siasatan - sebaik-baiknya oleh agensi asing yang berwibawa - mengenai dakwaan berlaku salahlaku dan penyelewengan kuasa, sehingga menyebabkan pihak istana menolak calon menteri besar pilihan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, terdapat khabar-khabar angin yang mendakwa pelbagai projek yang dijalankan di negeri itu, bernilai berbilion-bilion ringgit, adalah tidak perlu dan membazir dan kontraknya diperolehi oleh orang luar Terengganu yang didakwa didokong oleh anggota keluarga pemimpin tertinggi negara.

Juga didakwa bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Badawi telah "mempengaruhi" bekas menteri besar, Datuk Idris Jusoh yang didakwa bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di negara itu dan dia juga didakwa turut mendapat keuntungan kewangan, kata Dr Mahathir.

“Semua ini adalah khabar angin. Adalah agak mustahil untuk membuktikan apa-apa kerana mereka yang melakukannya, pandai untuk melindungi diri masing-masing," katanya lagi.

Di samping itu, kata beliau, rakyat 'tidak yakin' dengan siasatan yang dijalankan oleh agensi dan jabatan kerajaan kerana mereka mendakwa berlaku campurtangan kerajaan.

“Untuk membersihkan namanya, kerajaan perlu mendapatkan perkhidmatan agensi asing yang berwibawa untuk menjalankan siasatan. Tentulah, mereka mesti diberi akses sepenuhnya terhadap dokumen dan lain-lain," kata Dr Mahathir.-Malaysiakini.com

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising