Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, March 24, 2008

Siapa binatang? Idris atau Sultan?

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Perdana Menteri (PM) yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti menjelaskan siapakah yang dimaksudkan binatang dalam sepanduk tunjuk perasaan penyokong-penyokong Ketua Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.

Sepanduk itu tertulis "Kami nak Idris, natang".

"PM, TPM (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak), Idris dan 23 Adun yang dilaporkan dikurung oleh Idris untuk memastikan mereka menyokong cita-citanya menjadi Menteri Besar (MB) kini dilihat sebagai pihak yang bertanggungjawab merestui sepanduk di dalam demonstrasi penyokong-penyokong Idris Jusoh itu.

"Siapa dituduh binatang? Sultan (Terengganu)?" tanya beliau.

Sambil menyifatkan perbuatan itu lebih buruk dari kebiadaban dan sifat kurang ajar, Mahfuz mengingatkan Perdana Menteri dan penyokong-penyokongnya bahawa merekalah yang dituduh sebagai pihak yang bertanggungjawab dengan sepanduk itu.

"Tunjuk perasaan itu menyokong Idris. Idris adalah kehendak PM (untuk menjadi MB). TPM pula hanya ikut sahaja kehendak PM sebab beliau kini didakwa terlalu takut kepada PM.

"Sebab itulah saya diberitahu sudah bertebaran SMS di sana sini yang menuduh PM, TPM, Idris serta 23 Adun tersebut yang 'buat' sepanduk itu," kata beliau.

Polis tidak cari?

Mahfuz menuntut pihak polis bertindak segera ke atas sesiapa sahaja yang terlibat dengan sepanduk itu yang turut ditayangkan dalam laporan berita sebuah stesen TV tempatan semalam.

"Tahun lalu, ketika polis menuduh pembangkang mengadakan perhimpunan haram di Batu Burok, sibuk sangat mereka mencari siapa membakar jalur gemilang untuk menutup perbuatan mereka menembak rakyat yang tidak bersenjata dengan peluru hidup.

"Kenapa tidak cari siapa yang buat dan pamer sepanduk-sepanduk yang dilihat menghina Sultan itu? Amboi, bukan main lembut dan mesra Ketua Polis Terengganu memberi nasihat," kata beliau.

Bernama melaporkan, Ketua Polis Terengganu Datuk Ayub Yaakob menasihati pihak-pihak yang terlibat dalam kemelut berhubung pelantikan Menteri Besar Terengganu agar tidak menghadiri atau terlibat dalam mana-mana perhimpunan haram.

Ayob terkenal berikutan tindakan polis menggunakan peluru hidup menembak rakyat yang dituduh menghadiri perhimpunan haram di Batu Buruk tahun lalu.

Kedegilan

Sambil menyifatkan apa yang berlaku itu adalah akibat kedegilan Abdullah untuk melantik Idris sebagai MB sehingga mengetepikan perubahan dan keamanan di Terengganu, Mahfuz meminta rakyat Terengganu membuat lebih banyak laporan polis ke atas Abdullah, Najib serta 23 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang terlibat.

Malaysiakini melaporkan, petang tadi, Angkatan Muda KeADILan (AMK) membuat laporan terhadap PM, TPM serta 23 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang didakwanya bersikap biadap dan menderhaka kepada Sultan Terengganu.

Laporan tersebut dibuat oleh Timbalan Ketua AMK pusat, Fariz Musa, di ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu jam 4.30 petang tadi.

"Lebih banyak laporan polis ke atas mereka perlu dibuat kerana apa yang berlaku itu mencabar kedaulatan undang-undang dan keluluhuran perlembagaan.

"Rakyat tidak boleh biarkan perbuatan itu, nanti Umno dan BN akan pijak lagi kedaulatan undang-undang dan keluluhuran perlembagaan. Selepas (dibuat laporan polis) itu, rakyat boleh tengok sendiri apa polis buat," katanya.

Kurang ajar

Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al- Habshee berkata, tindakan Umno Terengganu yang menentang secara terang-terangan pilihan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) itu secara tidak langsung mencerminkan sikap biadap mereka yang tidak menghormati kedaulatan kesultanan Melayu.

"Kalau kita ada masalah kita kena duduk berbincang, sultan adalah kedaulatan orang Melayu, saya khuatir rakyat hilang kepercayaan.

"Bukan dengan cara macam ini (bantah), kurang ajar dengan Sultan," katanya.

"Kita marah apabila DAP memulaukan keputusan Istana Perak, malah, kita memaki-hamun DAP kerana menderhaka kepada Sultan tetapi di Terengganu keadaan terbalik pula, Umno Terengganu sanggup menentang Sultan yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong secara terbuka," katanya lagi.

Akhbar tersebut juga melaporkan, rakyat Terengganu mahu semua pihak menerima dan menghormati keputusan MPPR yang melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Tinjauan akhbar itu di sekitar Kuala Terengganu mendapati, rakyat berpendapat, keputusan yang dibuat oleh MPPR perlu diterima bagi mengelak dituduh menderhaka kepada istana.

"Kita sebagai rakyat Terengganu perlu menerima keputusan yang dibuat oleh MPPR kerana jika tidak ikut, kita seperti menderhaka kepada sultan," akhbar itu memetik seorang peniaga buah, Zainal Abidin, sebagai berkata. (Gambar penunjuk perasaan membawa sepanduk yang tertulis "Kami nak Idris, natang" boleh dilihat di sini)

Muar group wants Pak Lah to step down

Eighty Umno branch leaders in the Muar division have urged its leaders to hold an EGM for the division to call for party president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to step down.

The group, which also included those in the division committee, Wanita and Youth wings, gathered at the house of Datuk Kadar Shah Tun Sulaiman to seek his views before making their decision.

The leaders, disappointed when division chairman Datuk Mohd Ismail Mohd Shah lost the Maharani state seat in the recent general election, felt it was time for Umno to be revamped.

Spokesman for the group, Zakariah Mahadi, said the party leadership should take responsibility for the polls results and step down.

Zakariah, a former Sungai Balang assemblyman, said many Umno members in the division were also sad over the loss of Perak, Kedah, Penang and Selangor to the Opposition.

“We have also decided to give our support to Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah in his bid to revive Umno’s dignity,” he said after the gathering yesterday. Star

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progesif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Nota: Saya harap ramai-ramai kita downloadkan dokumen di atas dan kirimkan kepada seluruh pihak yang terbukti sedang menderhaka kepada Raja-Raja Melayu pada ketika ini. DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU! – Ruhanie Ahmad

Undang-undang sekat lompat parti: BN umpama menjilat ludah?

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Hasrat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim untuk menggubal undang-undang bagi mengelakkan mana-mana pihak melompat parti adalah seumpama menjilat kembali ludah.

Demikian kata Pengerusi Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia PAS, Hanipa Maidin ketika dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.

"Apa yang berlaku sekarang ini memperlihatkan kejujuran dan niat sebenar pihak Umno-BN yang mahu menjadikan undang-undang sebagai benteng pertahanan diri mereka setelah mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya lalu," ujarnya.

Tegasnya, apa yang cuba dilakukan adalah untuk kepentingan politik parti tersebut.

"Dari satu sudut, ia adalah usaha yang baik memandangkan individu tersebut telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan rakyat kepada mereka.

"Yang menghairankan sekarang ini ialah sebelum ini BN mencabar isu yang sama apabila PAS mengemukakan cadangan untuk melaksanakannya, tetapi sekarang ini dia pula yang beria-ia mahukannya," katanya.

Hanipa tidak menolak kemungkinan bahawa motif utama Umno-BN adalah disebabkan kerisauan mereka terhadap kedudukan politik parti tersebut pada penggal kepimpinan kabinet kerajaan akan datang.

Menurutnya, pada pilihan raya umum 1990 lalu, PAS Kelantan telah menggubal Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menghalang mana-mana individu agar tidak melompat parti setelah memenangi kerusi yang dipertandingkan.

Ia adalah ekoran daripada tindakan dua orang calon Semangat 46 yang menukar parti selepas memenangi kerusi Limbongan dan Sungai Pinang.

Namun, undang-undang tersebut telah dicabar oleh pihak BN dengan bersandarkan kepada hujah ia bercanggah dengan perkara 10 Perlembagaan persekutuan mengenai hak berpersatuan.

Ini menyebabkan undang-undang yang digubal kerajaan Kelantan itu terbatal dengan sendirinya dan tidak sah.

Sementara itu, pensyarah Kuliyyah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Sham Rahayu Abdul Aziz berpendapat adalah lebih bermanfaat bagi para pemimpin politik atau menteri-menteri memikirkan untuk memulihkan imej parti, daripada memikirkan bagaimana untuk menyekat para ahli yang secara sukarela ingin meninggalkan parti politik mereka atas apa alasan jua, asalkan mereka tidak dibeli oleh parti politik yang lain.

"Mungkin undang-undang menyekat jual beli kerusi dewan perwakilan, parlimen atau Dewan Undangan Negeri boleh dibincangkan lagi, tetapi bukan undang-undang menyekat lompat parti," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Persoalan utama yang ingin diketengahkan sekarang ialah, adakah BN ingin menyekat hak wakil-wakil rakyat, parlimen atau DUN dari menikmati hak kebebasan memilih parti politik setelah sekian lama BN mengecap kenikmatan "lompat parti" ini.

"Walau apapun, undang-undang bukanlah jalan terbaik yang boleh menyekat pertukaran parti," demikian katanya. - mns

Nik Aziz tegur Idris Jusoh kerana biar Adun BN bertindak negatif

KOTA BHARU, 24 Mac (Hrkh) - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh sepatutnya menasihat penyokongnya tidak bertindak negatif sekiranya beliau benar-benar reda tidak dilantik sebagai Menteri Besar.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang berlaku sekarang seolah-olah pemimpin itu masih mahukan jawatan tersebut.

"Sekiranya beliau tidak berhasrat untuk memegang jawatan itu dan menerima ketentuan qada' dan qadar Allah, sudah pasti Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu itu menasihati Adun BN lain menerima pelantikan Menteri Besar yang baru.

"Ini kerana nasihat seorang pemimpin akan diterima baik penyokong atau pengikutnya. Beliau boleh sebut saya nak berundur diri," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Datuk Bandar Yin-gor Narathiwat, di JKR 10, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan 22 Adun BN memulau pelantikan Adun Kijal, Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru menggantikan Idris.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sejak dari dahulu lagi beliau sering menjelaskan pemimpin Umno tidak ikhlas membela nasib orang Melayu memandangkan kepentingan peribadi lebih diutamakan.

"Simbolik menghunus keris setiap kali Ketua Pemuda Umno berucap kononnya mahu menjaga ketuanan atau kesultanan Melayu sebenarnya tidak dipraktik lagi pemimpin Umno.

"Perkara hunus keris dah lama lusuh. Umno hanya tahu menghunus keris, orang dah keluarkan pistol... tak jadi apa, kalau kita keluarkan senjata, orang lain keluarkan penumbuk.

"Keadaan ini akan lebih merumitkan lagi sehingga masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan sampai bila-bila," ujarnya. - mj/ mr

TERENGGANU MB CRISIS: Ahmad Said's secret audience with Sultan to solve crisis

Monday, 24 March 2008

By : Anis Ibrahim

KUALA LUMPUR, Sat: In a meeting cloaked in secrecy, embattled Terengganu Mentri Besar-designate Datuk Ahmad Said had an audience with the Sultan of Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin, this morning at Istana Terengganu in Jalan Kia Peng here. Ahmad’s arrival and departure from the Istana Terengganu here where the meeting was held went unseen by the Press.

It is learnt that he left the palace at 12.35pm via an alternative exit to escape reporters who had been waiting to speak to him. All attempts to contact Ahmad were unsuccessful but it is understood that the purpose of the meeting is related to the current impasse over the appointment of the new MB following the general election.

Ahmad, it is learnt, was instructed by the Federal Government not to make Press statements due to "security reasons."

When the media arrived at Istana Terengganu at 11.15am, they were informed that Ahmad was already inside waiting for Tuanku Mizan, who is also the yang di-Pertuan Agong.

Tuanku Mizan’s limousine arrived at 11.35 am, accompanied by escort cars and police outriders. Apart from a heavily-tinted blue Proton Perdana which exited the palace at 1.22pm, no other cars were seen entering or leaving the premises.

Finally at 1.37pm, the King’s limousine emerged from the palace gates, signalling that the meeting was over. Palace security personnel informed the Press that Ahmad had indeed been inside all the while but left through another exit.

Ahmad went into the bind after he accepted the appointment by Tuanku Mizan to replace Idris as Mentri Besar, despite warnings from State Umno leaders that acceptance was tantamount to a sacking. Even Prime Minister and Umno president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, who endorsed Idris, gave a similar warning.

However, Ahmad is adamant that his appointment had the support of some of the 22 assemblymen although he won't identify them. He is expected to sworn-in as MB on Wednesday.

However, Pas has opposed the Government's interpretation of the events, citing full support of the move by the Terengganu palace to appoint Ahmad as MB.

"The palace's decision is in accordance with the real wishes of the people of Terengganu," Pas president Datuk Abdul Hadi Awang said today.

Later in the afternoon, Ahmad returned home to Teluk Kalong in Kemaman where he was given a vociferous welcome by jubilant supporters who also escorted him in a convoy to his house 10km away.

Declaring that he will begin his work as MB tomorrow, he said he never dreamed that he would lead Terengganu. ”It is Allah’s will,” the Kemaman Umno division chief said.

In KUALA TERENGGANU, police warned all parties affected by the controversial appointment not to attend or hold any illegal gathering.

Terengganu police chief Datuk Ayub Yaakob said that no permit had been issued for any quarters to hold a gathering.

While confirming that the situation across the state remained under control, he urged the respective leaders and supporters to remain calm and avoid any disruptive acts to prevent unwanted incidents.

“The police will not allow any gathering without a permit. We will not hesitate to take stern action on those who go against police order,” he told Bernama here.
- NST

MB Terengganu akan angkat sumpah bersama Exco

KUALA TERENGGANU 24 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said yang menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru semalam, akan mengangkat sumpah jawatan bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dipilihnya dalam upacara yang akan ditentukan kelak.

Pengelola Istana Terengganu, Mohd. Yasim Awang ketika dihubungi berkata, setakat ini tarikh majlis angkat sumpah berkenaan belum diketahui.

"Angkat sumpah Menteri Besar Terengganu akan dilakukan bersama-sama dengan pelantikan ahli Exco kerajaan negeri.

"Setakat ini tarikh (angkat sumpah) tidak tahu lagi bila tetapi seperti tarikh pelantikan (semalam), akan dimaklumkan sehari sebelum itu,'' ujarnya. – Utusan.

Ahmad mula bertugas esok

Fathi Aris Omar

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, akan memulakan khidmatnya esok sebagai menteri besar baru Terengganu, katanya dalam ucapan di kediamannya di Telok Kalong, Kemaman hari ini.

Beliau sebelum itu menerima sambutan meriah lebih 2,000 penyokongnya yang berkenderaan sejauh kira-kira 10 kilometer bermula dari sempadan Kuantan-Kemaman sehingga ke rumahnya lebih kurang 5.30 petang tadi.

Dalam ucapan kira-kira 20 minit, Ahmad mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan rakyat kerana sedia bersamanya.

"Tidak ada orang yang boleh mempertikaikan saya sebagai menteri besar.

"Saya tidak pernah bermimpi hendak menjadi pemimpin Terengganu. Ini semua kehendak Allah," katanya, yang juga ketua bahagian Kemaman, di depan penyokongnya.

"Saya akan bekerja (sebagai menteri besar) sebaik mungkin."

Menurut sumber-sumber yang hadir di majlis itu, Ahmad juga berkata beliau akan ke pejabat menteri besar esok di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Ahmad diiringi oleh kawalan ketat polis, termasuk pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan unit udara, sumber-sumber itu memberitahu Malaysiakini.

Bercakap kepada media, beliau berkata tidak berniat menderhaka kepada Umno dan meminta pucuk pimpinan parti itu supaya tidak terburu-buru membuat keputusan.

"Pelantikan menteri besar bukan atas kehendak saya," katanya.

Sebelum ini Umno memberi amaran akan mengambil tindakan disiplin terhadap Ahmad dan beliau harus "menanggung akibat" jika menerima pelantikan jawatan tersebut.

Selain bacaan doa selamat, para penyokong Ahmad juga berselawat. Beberapa ratus penyokong masih lagi berada di luar kediaman Ahmad, kata sumber.

Tengah hari tadi, Ahmad menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan, yang juga Sultan Terengganu, di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Difahamkan, Tuanku Mizan memberikan sokongan kepada pelantikan Ahmad - yang telah menerima watikah pelantikan daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja pagi semalam.

Malaysiakini juga difahamkan, lebih 10 Adun BN yang awalnya menyokong Idris kini mengalihkan sokongan kepada Ahmad.

Bagaimanapun setakat ini tiada pengesahan rasmi tentang perkara itu.

Krisis pelantikan menteri besar Terengganu berlarutan sejak majlis angkat sumpah Datuk Seri Idris Jusoh di Istana Maziah, Kuala Terengganu pada 10 Mac ditangguhkan.

Nama Ahmad bersama dua lagi bekas exco negeri disebut-sebut sebagai pengganti Idris.

Bagaimanapun desas-desus itu tergantung 14 hari sehingga pejabat Sultan Terengganu mengumumkan nama Ahmad pada petang Sabtu lalu - seterusnya mengundang pemulauan 23 Adun BN yang diketuai oleh setiausaha badan perhubungan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid.

Kumpulan wakil rakyat BN itu, seperti juga Perdana Menteri dan juga pengerusi BN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menegaskan Idris sebagai pengerusi BN dan juga ketua badan perhubungan Umno negeri satu-satunya calon untuk jawatan tersebut.

Himpunan 10 ribu di Batu Burok sokong Istana masa terdekat

Angkatan Muda keadilan (AMK) PKR membuat laporan terhadap perdana menteri, timbalan perdana menteri serta 23 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang didakwanya “bersikap biadap dan menderhaka” kepada Sultan Terengganu.

Laporan tersebut dibuat oleh timbalan ketua AMK pusat, Fariz Musa, di ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu jam 4.30 petang tadi.

Dalam laporannya itu, Fariz mendakwa, isu pelantikan menteri besar itu melanggar prinsip perlembagaan yang seharus menghormati keputusan sultan dan institusi beraja.

“Tindakan perdana menteri, timbalan perdana menteri dan 23 Adun tersebut sebagai menderhaka dan tindakan tegas perlu diambil,” katanya dalam laporan itu lagi.

“Saya dengan ini menyatakan keputusan Duli Yang Mahu Mulia dan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) adalah keputusan yang tidak boleh diengkari dan dipertikaikan,” katanya dalam laporan tersebut.

Dalam laporan itu juga, Fariz berkata, pihak eksekutif tidak boleh keterlaluan dengan memperlekehkan dan secara terbuka menentang institusi raja berperlembagaan kerana ia boleh menyebabkan suasana buruk dan menjejaskan keharmonian negara dan negeri.

Lagi laporan polis

Sementara itu, AMK Terengganu akan membuat satu lagi laporan polis esok terhadap 23 Adun berkenaan, termasuk Datuk Seri Idris Jusoh atas dakwaan menderhaka kepada istana.

Laporan tersebut akan dibuat oleh Ketua AMK negeri, Rosdi Baba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

"AMK mahu polis menyiasat kesemua Adun terbabit apa motif mereka bermati-matian mempertahankan Idris walaupun tidak direstui oleh istana.

"Tindakan Adun-Adun berkenaan tidak mencerminkan prinsip menjunjung raja berperlembagaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Rosdi berkata, tindakan Adun BN itu lebih biadap daripada pemimpin DAP dalam isu membantah pelantikan menteri besar Perak baru-baru ini.

Katanya, beliau tidak faham mengapa Adun berkenaan berkonfrontasi kerana kedua-duanya merupakan dari parti sama iaitu Umno.

Rancang perhimpunan

Sementara itu, Rosdi berkata, satu perhimpunan membabitkan 10,000 rakyat Terengganu dirancang diadakan bagi menyatakan sokongan kepada istana.

Katanya, perhimpunan tersebut akan diadakan di Batu Buruk, Kuala Terengganu dalam masa terdekat ini serta perarakan ke Istana Tetamu.

"Kita menentang sikap penderhaka kerana ia bukan sahaja tidak beradab tetapi juga tidak menghormati institusi Raja.

"Kami melihat ada kain rentang yang ditampal di istana mengandungi perkataan yang tidak sesuai untuk ditujukan kepada istana.

"Sama ada mendapat permit polis, atau tidak perhimpunan tersebut akan tetap diadakan," katanya lagi.

Langkah sopan

Dalam perkembangan berkaitan, PKR negeri menggesa ketegangan antara istana dengan BN ditangani "dengan penuh berhemah dan berhati-hati, terutamanya dalam menjaga hubungan intim dengan pihak istana kerana ia amat sensitif bagi orang Melayu."

Dalam kenyataannya, setiausaha badan perhubungan parti itu Razali Alias berkata jika BN atau Umno tidak bersetuju dengan lantikan MPPR, langkah yang lebih sopan disyorkan dan bukannya melalui "kenyataan-kenyataan yang berbetuk penghinaan atau tekanan terhadap pihak istana."

Sementara itu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) dilaporkan menyiasat aduan tiga wakil rakyat yang mendakwa cuba dibeli agar berpihak kepada Ahmad.

Akhbar Sin Chew Daily melaporkan, Mohd Zawawi Ismail (wakil Kuala Berang), Nawi Mohamad (Hulu Besut) dan Ramlan Ali (Jabi) melaporkan percubaan berpindah kem politik kepada badan itu.

Malaysiakini bagaimanapun setakat ini belum dapat mengesahkannya..

Ramai Pemuda Umno mahu sertai PKR

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Shamsul Iskandar Md Akin hari ini mengesahkan ramai pemimpin Pemuda Umno menghubunginya bagi menyatakan keinginan untuk menyertai pergerakan itu.

"Saya mengesahkan ramai ketua Pemuda Umno bahagian terutama di negeri yang parti itu menghadapi masalah berminat untuk menyertai AMK.

"Ketua Pemuda Umno bahagian dari Selangor, Terengganu dan Perlis menyatakan mereka mahu berjumpa dengan AMK kerana mereka tidak puas hati dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi)," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Hadir sama, naib ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, ketua penerangan AMK Lau Tek Hai dan ketua AMK Selangor, Halimmey Abu Bakar.

Shamsul Iskandar berkata, pihaknya sedia menerima kemasukan pemimpin terbabit dengan syarat mereka sedia menerima agenda perjuangan PKR.

Katanya, ini menunjukkan keyakinan rakyat terhadap PKR sangat tinggi terutama dengan wawasan yang dibawa oleh ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shamsul Iskandar menafikan AMK cuba membeli ahli parlimen BN atau Umno supaya menyertai PKR.

"Isu PKR membeli ahli parlimen BN, Umno telah dimulakan oleh setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor setelah melihat kemenangan besar pembangkang khususnya PKR dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu," katanya lagi.

Dalam isu tersebut, AMK memberi tempoh 14 hari kepada bekas menteri pelancongan itu untuk mengemukakan bukti konkrit mengenai tuduhan tersebut.

Shamsul Iskandar berkata, Tengku Adnan cuba memalitkan imej buruk terhadap parti alternatif dengan mendakwa ia sanggup menggunakan taktik kotor, termasuk mengamalkan rasuah politik.

"Sekiranya beliau enggan atau gagal mengemukakan bukti atau tidak membuat permohonan maaf secara terbuka, AMK akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya terhadap fitnah beliau itu," katanya lagi.

Shamsul Iskandar berkata, pendedahan Anwar bahawa ramai ahli parlimen BN atau Umno menghubungi beliau, terbukti apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Zaid Ibrahim membuat cadangan untuk memperkenalkan undang-undang bagi menghalang wakil rakyat melompat parti.

AMK, katanya, menolak pindaan yang sebegini dan sebaliknya mencadangkan agar reformasi menyeluruh diadakan terhadap sistem pilihnaraya di negara ini.

"Mereka perlu menghormati hak individu (wakil rakyat)," katanya sambil menambah tiada wakil rakyat PKR yang ingin melompat kepada parti lain.

Sementara itu, Khairul Anuar berkata, PKR bertindak mengurung wakil rakyat parti itu selepas kemenangan besar kerana faktor keselamatan.

Katanya, wakil rakyat PKR berada dalam ketakutan dan menghubungi pemimpin parti bagi mendapatkan nasihat.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab laporan bahawa wakil rakyat PKR telah dikurung bagi mengelak mereka melompat menyertai BN.

Lau pula mendakwa, ada pihak tertentu yang cuba menjadi orang tengah bagi orang ramai menjadi ahli PKR.

Ini, katanya ekoran daripada kesukaran orang ramai mendapatkan borang bagi menjadi ahli parti itu berikutan kemenangan besar PKR dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

"Orang ramai yang mahu menjadi ahli PKR boleh memuat turun borang dari internet dengan bayaran RM2 untuk ahli biasa dan RM200 ahli seumur hidup.

"Kita bimbang ada pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjejaskan nama baik parti (PKR)," katanya

Isu MB Terengganu, Umno tidak hormati prinsip Rukun Negara

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Kekalutan yang berlaku dalam isu pemilihan Menteri Besar Terengganu mendedahkan sikap sebenar Umno yang langsung tidak menghormati institusi raja, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily pagi tadi kesal dengan sikap yang ditunjukkan Umno terutamanya apabila Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor membuat kenyataan terbuka untuk memecat keahlian Adun Kijal, Dato' Ahmad Said.

Ia ditambah lagi dengan kegilaan Umno Terengganu yang dikepalai bekas Menteri Besarnya, Dato' Seri Idris Jusoh dan Rosol Wahid yang bertindak memprotes secara terang watikah yang diperkenan oleh Pemangku Sultan Terengganu melalui Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), ujarnya.

Sambil menyifatkan ia satu penghinaan kepada institusi beraja, beliau juga menyatakan tindakan Umno ini sebenarnya menunjukkan perpecahan yang dialami parti itu selepas kekalahan besar dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Beliau turut kesal dengan kenyataan terbuka Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail terhadap isu lantikan Menteri Besar Terengganu.

Katanya, Gani tidak sepatutnya membuat kenyataan terbuka sebaliknya beliau perlu bertemu secara tertutup dengan Sultan bagi menyampaikan pandangan.

Dengan membuat kenyataan secara terbuka ini ia satu yang memalukan selain mendedahkan tindakan campur tangan politik membabitkan Peguam Negara, katanya.

Sementara itu mengulas isu yang sama, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin pula berkata, kemelut yang berlaku di Terengganu menunjukkan betapa Umno tidak menghormati keputusan Raja.

Sebelum ini Umno menggunakan media untuk menghentam Veteran DAP, Lim Kit Siang berhubung isu pelantikan Menteri Besar Perak meskipun Kit Siang telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Tetapi kini kata Shamsul, Umno pula menunjukan sikap biadapnya terhadap Raja dengan bertindak secara terang menentang keputusan MPPR.

Meskipun dalam perlembagaan parti majoriti yang dipilih rakyat berhak menentukan siapa wakil mereka, namun selepas pilihan raya, raja berhak menentukan siapa Menteri Besar dan ia termaktub dalam sistem Demokrasi Raja Berpelembagaan, ujarnya.

"Umno sebenarnya tidak menghormati Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.Saya melihat bahawa apabila pihak istana telah memilih seseorang calon itu, mereka telah menimbangkan soal pandangan rakyat dan semua aspek, ini perlu dihormati," katanya.

"Jika mereka tidak puas hati, adakan sahaja pilihan raya semula supaya rakyat boleh memilih semula siapa yang mereka mahu," ujarnya.

Menantu PM punca pergolakan antara Umno dan Istana Terengganu?

antikhairy.blogspot.com
Mon | Mar 24, 08 | 9:58:34 am MYT

Pergolakan di Terengganu mengenai perlantikkan Menteri Besar adalah berpunca dari menantu Perdana Menteri.

Beliau tetap mahukan Idris Jusoh walaupun pihak istana terang-terangan tidak mahukan boneka kepada Patrick Lim itu.

Mengapa menantu PM mahukan Idris Jusoh terus berkuasa?

Hanya Idris Jusoh yang akan mempertahankan Patrick Lim untuk terus bermaharajalela di Terengganu. Patrick Lim adalah sumber kewangan terbesar untuk Abdullah dan Menantu.

Jika projek-projek Patrick Lim terus berjalan di Terengganu, menantu Abdullah akan terus mempunyai dana untuk menguasai negara.

Dengan kuasa yang ada pada bapa mertuanya, Ahmad Said telah dipecat kerana menerima watikah perlantikkan Menteri Besar daripada pihak istana. Adun Kijal itu disingkirkan daripada Umno hanya kerana beliau setia dan patuh kepada Sultan Terengganu.

Umno yang selama ini jaguh kepada perjuangan mempertahankan kedaulatan Raja dan orang-orang Melayu kini telah bertukar menjadi penderhaka kepada Raja dan orang-orang Melayu.

Semua ini kerana adanya menantu PM yang menang di Rembau dengan cara penipuan.

Raja disanggah hanya kerana ingin mempertahankan Abdullah, Menantu dan Patrick Lim! Bangkitlah wahai orang-orang Umno. Kami di Rembau tidak akan mengalah dalam perjuangan untuk Menyingkirkan Abdullah dan menantunya dari Umno.

Kami telah membuktikan dengan memboikot menantu PM di Rembau. Jika tidak ada penipuan, beliau sudah pasti akan kalah dalam pilihanraya umum yang lalu.

Jawatan Ketua Pemuda Umno Norza ganti?

Kuat mengatakan bahawa menantu Abdullah terpaksa melepaskan cita-cita untuk menjadi Ketua Pemuda buat masa ini. Ini adalah untuk mengelakkan dari Umno terus dikritik dan dihina.

Perlepasan cita-cita hanya seketika. Lepas itu boleh dibolot kembali bila Umno dapat sapu semula negeri-negeri yang terlepas dari BN.

Ini mungkin dilakukan untuk menyelamatkan nasib bapak mertuanya yang hari ini terus di desak untuk meletak jawatan.

Tapi...siapa Ketua Pemuda Umno kalau bukan menantu Abdullah nanti. Biasa la proksi menantu Abdullah adalah Norza Zakaria.

Beliau akan di junjung untuk mengambil alih Ketua Pemuda Umno. Ini akan memastikan peluang menantu terus wujud dan Norza Zakaria pasti akan terhutang 'body'.

Mampukah Norza untuk ganti Ketua Pemuda Umno. Beliau yang asal dari rusuk menantu Abdullah terma yang pernah kami baca dan adalah Norza ini akan diterima kerana dia adalah penjilat Khairy No 1.

Inilah senario yang jelas terdengar dalam formulasi untuk mengadakan perubahan palsu dalam Umno. Kami dimaklumkan bahawa Pemuda Umno akan dijadikan jentera untuk mengambil balik negeri-negeri yang sudah terlepas.

Pemuda Umno akan menjadi jentera untuk terus menipu dengan perubahan kononnya menantu Abdullah tidak akan memegang jawatan lain selain untuk menumpukan peranan sebagai ahli parlimen.

Apa pun, menantu Abdullah akan terus berada di situ dan Abdullah akan terus terikat dengan idea usang menantu itu. Perubahan dalam Umno seperti yang di gembar gembur adalah dengan pemupusan menantu dan bapak mertua ini.

Tanpa itu Umno akan terus berkubur. Semangat anti khairy akan terus memburu dia dan rakan-rakan dia. Nyah ko menantu Abdullah dari bumi bertuah Malaysia. - mr

PM mahu Idris untuk jaga rahsia? - Husam

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempersoalkan apa pentingnya Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar (MB) Terengganu sehingga badai politik dengan istana perlu dicipta?

"Idris saja boleh memimpin Terengganu atau Abdullah ada menaruh rahsia tertentu yang Idris saja boleh menjaganya?

"Adakah di sana rahsia tentang perbelanjaan Monsoon Cup atau Masjid Kristal yang menambat ikatan antara Abdullah dan Idris?

"Tidakkah cukup monsoon hujung tahun membadai Terengganu sehingga badai baru pula hendak dicari?" soal beliau dalam blognya, cetusan-hati.blogspot.com

Sultan tahu?

Mengulas punca penolak istana itu, Husam berkata, mungkin ada yang diketahui Sultan atau Majlis Pemangku Raja yang tidak diketahui oleh kita semua.

"Sultan, atau dalam kes Terengganu, Majlis Pemangku Raja, berhak menolak mana-mana calon yang dicadangkan kerana Sultan bukan robot".

Terpulang kepada Umno mencadangkan nama baru yang boleh diterima oleh kedua belah pihak, katanya lagi.

"Jika itu pun tak dapat diuruskan, ke mana negara kita akan dibawa?"

Beliau juga mempersoalkan, adakah Idris begitu sempurna sehingga Sultan atau Majlis Pemangku Raja tidak mempunyai sebab dan kebijaksanaan mereka sendiri menolak Idris.

PM tambah musuh

Kepada Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu, apa yang berlaku di Terengganu itu memperlihatkan Abdullah menambah satu lagi musuh - istana.

Ketika segelintir ahli Umno Pulau Pinang bertempik melaungkan pembelaan Melayu di pulau di mana Melayu telah dipinggirkan selama lima puluh tahun dan Umno adalah sebahagian dari mekanisma itu, di Perlis dan Terengganu, Umno pimpinan Abdullah menunjukkan belangnya tidak mengindahkan sesiapa, hatta Raja-Raja Melayu, katanya.

"Apa yang hendak diperjuangkan Abdullah?"

Sebelum pilihanraya, kata beliau, pengundi Cina yang pertama merasa kecewa dengan kepimpinan beliau. Kekecewaan itu tidak dirawat sehingga Barisan Nasional (BN) menerima padahnya. Kekecewaan pengundi Cina diikuti pengundi India, seperti yang telah kita saksikan.

Menjelang pilihanraya baru-baru ini, katanya lagi, Abdullah melancarkan serangan terbuka untuk menawan Kelantan yang merupakan tapak Melayu-Islam.

"Perasaan umum pengundi Melayu itu pun Abdullah sanggup lukai".

Pengundi Melayu seluruh negara tidak kurang ramai yang bersimpati dengan Kelantan, sekalipun mereka mungkin penyokong Umno, kata Husam.

"Tema umum ialah, biarkan Kelantan kekal bersama PAS. Biarlah ada keragaman".

Akibat kelemahan kepimpinan Abdullah yang kian ketara, katanya, rakyat tertekan.

"Abdullah tidak tertekan, walaupun hilang lima negeri. Beliau gembira?"

PM bantah keputusan Istana, Umno pecat Ahmad

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Setelah Peguam Negara 'campur tangan' berhubung perlantikan Menteri Besar Terengganu yang tertangguh dua minggu, kini keadaan 'diburukkan' lagi dengan kenyataan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dilihat membantah keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja Trengganu melantik Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kijal, Dato' Ahmad Said ke jawatan tersebut.

Selain itu, Umno yang kini seolah-olah 'menunjukkan taringnya' kepada pihak Istana melakukan tindakan yang mengejutkan banyak pihak apabila melucutkan keahlian Ahmad dalam Umno kerana mengingkari arahan Umno Malaysia supaya tidak menerima watikah pelantikannya itu.

Dilaporkan Ahmad, menerima watikah pengisytiharan pelantikannya daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang juga adinda Sultan Terengganu, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud Shah.

Abdullah dipetik sebagai berkata bahawa pelantikan Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu dilihat sebagai tidak mengikut perlembagaan.

"Semua Adun yang bilangannya agak besar itu tetap menyokong Dato' Seri Idris Jusoh. Itu satu perkara yang tidak ada perubahan dari segi sokongan.

"Dengan itu, maka sebarang lantikan yang dibuat terhadap orang lain itu, tidak kena dengan Perlembagaan," katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan 22 Adun BN negeri yang membantah pelantikan Ahmad hari ini.

Sementera itu menurut Malaysiakini, Setiausaha Agung Umno yang baru Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata Ahmad tidak berhak menerima watikah itu kerana Abdullah yang juga Presiden Umno, telah mengeluarkan surat cara pelantikan kepada Idris Jusoh untuk jawatan tersebut.

Manakala Setiausaha Umno Terengganu, Dato' Rosol Wahid berkata perlucutan keahlian Ahmad dalam Umno kerana menerima watikah pelantikan tersebut pagi semalam dan surat rasmi pemecatan Ahmad akan dikeluarkan oleh pihak Umno Malaysia katanya kepada Malaysiakini.

Terengganu mengalami krisis pelantikan menteri besar sejak tamatnya pilihanraya umum 8 Mac walaupun BN menguasai 24 daripada 32 kerusi DUN.

Idris, yang 'merampas' negeri itu daripada pentadbiran PAS pada 2004, tidak mendapat 'restu' istana apabila majlis angkat sumpah pada 10 Mac lalu dibatalkan tanpa sebab malah situasi tersebut telah menyebabkan hubungan antara BN dengan istana menjadi tegang.

Berapa lama Adun Terengganu boleh dikurung?

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempersoalkan berapa lamakah Adun-Adun Umno di Terengganu "boleh dikurung".

"Sekalipun UMNO mengurung kesemua wakil rakyat mereka, berapa lama boleh dikurung?" tanya beliau.

Pelbagai sumber mendakwa 23 Adun Umno yang dikatakan menuntut perlantikan semula Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar (MB) telah dikurung kononnya "untuk memastikan sokongan mereka bagi membolehkan Idris dilantik semula".

Husam mengingatkan, walaupun hari ini Adun Kijal, Datuk Ahmad Said yang diperkenankan sebagai MB oleh Sultan Terengganu "sebatang kara", tetapi "esok lusa, belum tau. Mungkin ada yang berminat".

"Sebagai MB, Ahmad rasa saya, boleh masuk ke Pejabat MB dan boleh menyemak segala fail atau meminta segala maklumat dari pegawai dan jabatan" kata beliau dalam blognya, cetusan-hati.blogspot.com.

Husam berharap Ahmad mendapatkan laporan penilaian kos sebenar pembinaan Masjid Kristal.

"Ikut cakap umum, kosnya tak sampai RM 50 juta tapi belanjanya dikatakan lebih RM 360 juta. Mana satu betul, harap MB Terengganu boleh carikan jawapan.

"Kami juga seronok ingin tau berapa sebenarnya yang dibelanjakan untuk program kebanggaan (Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi), Monsoon Cup. Betulkah lebih dari RM 250 juta setahun?"

Untuk tujuan tersebut, kata Exco Kerajaan Kelantan itu, ada baiknya MB Terengganu bukan Idris Jusoh. "Terengganu bukan Idris Jusoh dan Idris Jusoh bukan Terengganu," katanya.

Mengulas apa yang berlaku di Terengganu itu, Husam menyifatkan pergolakan itu berpunca dari sikap pihak yang beraja di hati.

"...ada pihak yang beraja di hati sanggup hilang negeri kerana mempertahankan calon tunggal MB mereka. Jalan tengah tak cuba dicari. <

"Calon kami atau 'perang'. Ultimatum".

Isu MB: Pemuda Terengganu sokong Presiden PAS

Mon | Mar 24, 08 | 1:13:53 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 24 Mac (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu menyokong penuh kenyataan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung perlantikan menteri besar yang baru selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 8 Mac lalu.

Ketuanya, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berkata, pihaknya berdiri teguh dengan kenyataan Presiden PAS itu yang menyatakan sokongan penuh dan menerima keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu berhubung perlantikan menteri besar.

Ustaz Abdul Hadi dalam satu kenyataan media berkata beliau percaya keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja itu mengambil kira dan menitikberatkan hasrat dan kehendak sebenar rakyat negeri Terengganu keseluruhannya.

"Kami, Pemuda Terengganu menyatakan sokongan padu kepada Presiden dan bersama dengan istana berhubung pelantikan menteri besar yang baru," ujar Azman ketika dihubungi Harakahdaily, pagi ini.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat supaya menilai kembali kepimpinan Umno yang telah memerintah negeri ini pada penggal lalu yang banyak melakukan pembaziran, penyelewengan, salah laku dan seumpamanya yang kesannya dirasai oleh rakyat sendiri.

Tambahnya, ini juga menyebabkan wujudnya kecelaruan di kalangan pemimpin Umno negeri dan rasa tidak mempercayai antara satu sama lain walaupun mendapat majoriti dua pertiga dalam PRU baru-baru ini.

Beliau yang juga Naib Pemuda PAS Pusat menambah, rakyat kini melihat pemimpin Umno negeri semakin tidak bermaruah dalam menangani isu pelantikan menteri besar yang begitu lama untuk diselesaikan.

"Apapun, kami tetap bersama dengan Presiden PAS dan menghormati apa juga keputusan istana berhubung perkara itu dan berharap rakyat jelata sewajarnya berdiri teguh di belakang istana agar keharmonian negeri tetap terpelihara," ujarnya. - harakahdaily.net

Presiden PAS seru rakyat Terengganu hormati keputusan Istana

Mon | Mar 24, 08 | 1:28:32 am MYT

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh)- PAS menyatakan sokongan penuh dan menerima keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu berhubung perlantikan Menteri Besar Terengganu yang baru selepas dua minggu Barisan Nasional (BN) Terengganu memenangi Pilihan Raya Umum yang lalu.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata beliau percaya keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja itu mengambil kira dan menitik-beratkan hasrat dan kehendak sebenar rakyat negeri Terengganu keseluruhannya.

Semalam pihak Istana Trengganu telah bersetuju melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Dato' Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar sekaligus menamatkan era kepimpinan Dato' Seri Idris Jusoh satu penggal.

Namun Terengganu berterusan tanpa menteri besar apabila Ahmad yang dipilih oleh pihak istana tidak mengangkat sumpah jawatan tersebut semalam.

Sebaliknya, beliau hanya menerima watikah pengisytiharan pelantikan sebagai menteri besar Terengganu yang baru dan watikah tersebut diserahkan kepada beliau oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), dan juga adinda Sultan Terengganu, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud Shah.

"PAS yakin yang keputusan pihak Istana Terengganu itu bersandarkan ketidak-puasan hati Istana dan rakyat terhadap kepimpinan Menteri Besar yang lalu.

"Keputusan itu sudah pasti difahami dan diterima rakyat oleh kerana merekalah yang sebenarnya menanggung kesan langsung hasil dari ketidakcekapan dan kerakusan pimpinan negeri yang lalu," kata Ustaz Hadi dalam satu kenyataan medianya.

Beliau menyeru seluruh rakyat negeri Terengganu agar menghormati keputusan pihak Istana itu dan menyatakan pentingnya kerjasama yang dijalin antara antara rakyat dengan Istana.

"Sesungguhnya kerjasama antara rakyat dan Istana sangat penting, insya-Allah demi menjamin kestabilan dan kemakmuran negeri Terengganu Darul Iman," katanya.

Tetap sokong Idris -- 23 ADUN buat pengakuan dalam pertemuan dengan PM

KUALA LUMPUR 23 Mac - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini, 23 daripada 24 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu telah membuat pengakuan untuk menyokong Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar.

Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata empat ketua bahagian yang hadir dalam kumpulan tersebut iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Setiu dan Besut juga telah memberi pengakuan untuk menyokong Idris sebagai Menteri Besar.

“Ini bererti mereka berpegang pada prinsip mengikut kepada tafsiran Perlembagaan yang mereka mempunyai suara teramai dalam Dewan Undangan Negeri dan mereka akan hanya menerima Datuk Idris Jusoh sebagai Menteri Besar,” katanya kepada Bernama.

Najib berkata kedudukan Datuk Ahmad Said sebagai ahli UMNO akan ditentukan secara rasmi oleh Majis Tertinggi (MT) parti pada mesyuaratnya Khamis ini.

“Ini adalah untuk menentukan sama ada Datuk Ahmad Said telah melanggar disiplin parti,” katanya.

Najib berkata, kesemua 23 ADUN itu telah memberi pengakuan kepada Presiden parti dan juga kepada beliau sebagai Timbalan Presiden parti.

Pertemuan itu berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana.

Turut hadir dalam pertemuan yang bermula pukul 6 petang dan berakhir 7. 30 malam itu ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu, Mohd. Ali berkata, keputusan Perdana Menteri memilih Idris sebagai Menteri Besar adalah muktamad dan meminta istana mematuhi pendirian tersebut.

Sementara itu, Idris pula berkata, beliau gembira dengan pertemuan berkenaan dan menganggap ia “sesuatu yang positif dan baik.’’

Pertemuan itu diadakan berikutan perkembangan terbaru hari ini yang menyaksikan Ahmad Said menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di sini.

Ahmad, 51, menerima watikah pelantikan itu daripada Yang Dipertua majlis itu, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dengan disaksikan dua lagi anggota MPPR iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Bagaimanapun majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar itu masih belum ditetapkan lagi.- UTUSAN

10 Exco Selangor angkat sumpah

10 anggota exco kerajaan negeri Selangor mengangkat sumpah di Istana Bukit Kayangan pagi tadi.

Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, buat masa ini, timbalan menteri besar belum dilantik lagi.

Sementara itu, Teresa Kok memberitahu pemberita, beliau telah dilantik sebagai exco kanan yang dipertanggungjawabkan dengan portfolio pelaburan, perindustrian dan perdagangan.

Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang, Teng Chang Khim tidak hadir di majlis angkat sumpah hari ini.

Ketika ditanya mengenainya, Teresa berkata, Teng dilaporkan oleh akhbar bahasa Cina semalam, bahawa beliau tidak menerima jemputan menghadiri upacara tersebut.

Malaysiakini difahamkan, Teng bakal dilantik sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ditanya sama ada penyokong Teng tidak akan puashati, Teresa berkata ia bergantung kepada reaksi Teng.

Turut menghadiri upacara tersebut ialah bekas menteri besar Selangor, Datuk Sri Dr Mohd Khir Toyo; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, komposisi ahli exco yang dilantik hari ini adalah empat dari PKR, tiga dari DAP dan tiga dari PAS. Mereka ialah:

Xavier Jayakumar Arulanandam (PKR - Seri Andalas)

Yaakob Sapari (PKR - Kota Anggerik)

Rodziah Ismail (PKR - Batu Tiga)

Elizabeth Wong (PKR - Bukit Lanjan)

Teresa Kok (DAP - Kinrara)

Ronnie Liu Tan Khiew (DAP - Pandamaran)

Ean Yong Hien Wah (DAP - Seri Kembangan)

Datuk Dr Hassan Ali (PAS - Gombak Setia)

Dr Halimah Ali (PAS - Selat Kelang)

Iskandar Abdul Samad (PAS - Chempaka)

Umno boleh berubah?

Komentar Semasa

SUHAIMI TAIB

Umno boleh berubah? Satu topik yang sedap untuk dilontarkan di khalayak media bukan kerana parti itu bermasalah tetapi memang telah membawa masalah kepada orang Melayu itu sendiri.

Latar belakang sejarah penubuhannya (sebelum diharamkan dan kemudiannya dihalalkan melalui undang-undang) menunjukkan ia sebuah parti ditubuhkan atas desakan Inggeris untuk memberi kemerdekaan kepada Malaya melalui anak didiknya supaya kesinambungan dasar dan penjajahannya kekal walaupun mereka kembali ke tanah air mereka.

Pejuang total Malaya tanpa bersekongkol dengan apa-apa kepentingan Inggeris, sepeti Dr. Burhanuddin al-Helmy dilayan sebagai pemberontak dan perosak bangsa oleh Inggeris dan anak didik mereka.

Umno dengan acuan Inggeris walau apapun kondisinya tidak mungkin berjaya relevan sepanjang masa apabila semua idea penyelesaian umat Melayu gagal diketengahkan menjadi wawasan bangsa tidak lekang dek panas, tidak basah dek hujan.

Kemana perginya penerapan nilai-nilai Islam, bersih, cekap dan amanah, ia hanya slogan bagaikan gendang kosong terhenti apabila tidak dipukul lagi, pergi bersama gugurnya pemimpin politik dari persada kuasa pemerintahan.

Ia tidak memberi apa-apa makna untuk merubah nasib bangsa Melayu yang kian terpinggir dari arus kemajuan dan pembangunan yang dirancang melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Bangsa Melayu boleh dibilang dengan jari yang berjaya dibentuk sosio ekonominya melalui DEB. Begitu juga dengan bangsa lain.

DEB menjadi asas untuk orang berkepentingan di kalangan bangsa Melayu mendapat laba sehingga kekayaan negara berputar di kalangan segelintir manusia sedangkan khalayak bangsa menjadi penonton setia dengan kelicikan Umno memperbodohkan mereka melalui media Umno dengan pelbagai propagandanya sehingga seketika umat Melayu terlena diulik mimpi.

Menjelang pilihan raya umum ke 12 lalu pemimpin Umno seperti Datuk Seri Najib Tun Razak cuba mengulik mimpi indah umat Melayu dan bangsa Malaysia dengan wacana mengangkasakan kemajuan Malaysia sempena angkasawan Malaysia dihantar melawat ke angkasa lepas dengan peruntukkan wang rakyat beratus-ratus juta ringgit.

Pemimpin Umno sendiri diulik mimpi indah itu dengan bercakap sesuatu yang tidak berpijak di bumi nyata melihat permasalahan rakyat bagaikan rumput kekeringan di tanah gersang di negara Malaysia sendiri.

Orang Melayu melihat pemimpin mereka menari-nari dengan slogan kosong yang sedap di dengar tetapi isinya tidak ada.

Yang ada ialah pemimpin Umno terus terusan lupa daratan, asal usul mereka dari bumi mengkhayalkan dengan wawasan awang-awangan dengan visi mengangkasakan itu dan ini sedangkan apa yang dicapai sebelum ini tidak pernah tercapai dalam erti kata sebenarnya.

DEB gagal menjadikan bangsa Malaysia satu bangsa cemerlang dipersada dunia sehingga Malaysia tidak berupaya menjana modal insan dan muncul sebagai penjana ekonomi serantau yang digeruni kawan dan lawan sedangkan hasil buminya termasuk minyak melimpah ruah.

Apakah Umno merasakan pemikiran rakyat masih dianggap berada di tahap zaman 70-an dan 80-an yang kurang berkeupayaan untuk membentuk kuasa sendiri tanpa dorongan dari Umno sehingga mereka boleh mengajar sesiapa sahaja dalam pilihan raya supaya celikmata dan melihat permasalahan yanga ada di hadapan mata bukan menerawang di angkasa yang tidak berpijak di bumi nyata.

Rakyat kebanyakan di negara ini sudah faham apa erti kuasa memilih dalam pilihan raya. Mereka sudah mula belajar bahawa pilihan raya ialah untuk masa mereka membuat pembetulan dan perubahan sekiranya parti pemerintah lemah dan tidak berkeupayaan untuk mewacana bangsa ke mercu kecemerlangan sebenar.

Mereka percaya Umno dan Barisan Nasional (BN) telah gagal berbuat demikian selepas diberi peluang 50 tahun memerintah negara, suatu masa yang agak lama. BN tidak sepatutnya dibiarkan berbuat demikian kerana banyak masa dan wang rakyat dihabiskan kepada sesuatu perancangan yang tidak banyak mendatangkan faedah kepada rakyat.

Sekarang rakyat perlu bebas mentalaah politik dan gerakan kehidupan rakyat, apakah mereka terbela dan selamat dengan perancangan politik parti yang memerintah ataukah mereka hanya menjadi kuda tunggangan golongan berkepentingan dalam politik.

Rakyat boleh menilai semua itu dan merubahnya dalam pilihan raya. Justeru kegagalan BN biar menjadi pengajaran kepada parti-parti lain supaya kisah silam Umno/BN tidak berulang dan rakyat jangan jadi mangsa kebengkrapan BN memerintah negara.

MB T'ganu: Calon lain atau pilihanraya semula

Mar 23, 08 10:41pm kemaskini 1:45am Datuk Ahmad Said, yang mendapat perkenan istana untuk jawatan menteri besar baru Terengganu, mempunyai masa selama 90 hari untuk menjalankan tugasnya sebelum memanggil persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), kata pakar perlembagaan.

Jika DUN bersidang, beliau berdepan usul undi tidak percaya daripada majoriti wakil BN seperti diumumkan semalam.

Bagaimanapun tempoh 90 hari itu membolehkan wakil rakyat Kijal, dan juga ketua bahagian Umno, itu menguatkan kedudukannya.

Beliau, yang bakal dilucutkan secara rasmi keanggotaan Umno, boleh juga memanggil pilihanraya negeri untuk mengesahkan mandat baru, kata pensyarah undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) profesor Dr Shad Saleem Faruqi dalam beberapa laporan media.

Sementara Dr Aziz Bari, profesor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), pilihanraya negeri masih boleh dibuat oleh istana walaupun negeri itu kini tiada kerajaan.

“Kuasa ini boleh digunakan dalam keadaan-keadaan luar biasa dan tidak terelakkan bagi menghalang suasana tidak menenetu di negeri itu," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Saya fikir keadaan sukar di Terengganu sekarang termasuk dalam satu daripada keadaan-keadaan luar biasa yang melayakkan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) membubarkan Dewan Undangan Negeri."

Jika pilihan ini tidak diambil, kedua-dua ahli akademik itu bersetuju MPPR harus melantik seseorang yang mendapat sokongan majotiti wakil-wakil rakyat.

Dr Shad Saleem menyatakan, walaupun Sultan mempunyai budi bicara untuk melantik seseorang wakil rakyat tetapi keputusannya melantik Ahmad, yang tidak mendapat dukungan sesiapa, boleh dipertikaikan.

“Sultan mempunyai kuasa menggunakan budi bicaranya tetapi kuasa ini tidak mutlak. Sultan tidak tertakluk untuk mendapat nasihat daripada bahagian-bahagian Umno negeri itu atau kerajaan Persekutuan, tetapi Baginda harus mendengar nasihat Dewan Undangan Negeri,” beliau dipetik sebagai berkata kepada Star Online hari ini.

Dr Aziz bagaimanapun berhujah, pelantikan Ahmad masih lagi sah dan menganggap majlis mengangkat sumpah sekadar upacara rasmi sahaja.

“Majlis angkat sumpah dan acara-acara berkaitan, pada pandangan saya, hanya untuk menunjukkan keputusan istana,” katanya.

“Semua tindakan termasuk bantahan dan niat memulaukan majlis itu nanti (ada laporan menyebut diadakan Rabu ini) dan pemecatan Ahmad daripada Umno tidak akan membawa kesan terhadap keputusan istana.

“Dari segi perundangan keputusan istana masih mengikat. Tetapi istana tentunya boleh juga menarik balik pelantikan tersebut," tambahnya.


Terkini: Setiausaha perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid menafikan kenyataan timbalan pengerusi badan itu Datuk Tengku Putera Tengku Awang yang menyatakan semua lapan bahagian menolak pelantikan semula Datuk Seri Idris Jusoh.

Dalam sidang media lewat malam ini di Kuala Lumpur, lapor Bernama, Rosol mendedahkan ketua-ketua bahagian Kuala Terengganu, Setiu dan Kuala Nerus menyokong Idris, yang juga ketua bahagian Besut.

Kenyataan itu bermakna empat lagi bahagian, termasuk Kemaman yang diketuai bakal menteri besar Datuk Ahmad Said, menolak Idris.

Ketua-ketua bahagian Dungun, Marang dan Hulu Terengganu bermasalah dengan Idris apabila ketiga-tiga mereka tidak dilantik semula mempertahankan kerusi parlimen masing-masing dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Selain mengulangi kenyataan sokongan 23 wakil rakyat BN kepada Idris, Rosol turut menyatakan kesediaan mereka melepaskan jawatan itu untuk membolehkan pilihanraya negeri diadakan - jika Ahmad tetap dilantik menteri besar.

Sementara itu, Peguam Negara menasihatkan kepada Pemangku Raja Terengganu dan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) agar melantik seseorang yang mendapat dukungan majoriti wakil rakyat seperti termaktub peruntukan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.

Dalam satu kenyataannya malam ini yang disiarkan agensi berita itu, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata: "Dalam perkara ini, YB Dato' Seri Idris bin Jusoh mendapat sokongan daripada sekurang-kurangnya 22 ahli Dewan Undangan Negeri."

Abdul Gani juga dilaporkan berkata beliau memohon menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menjelaskan fakta-fakta dalam isu tersebut.

"Walaupun perkara ini adalah di bawah bidang kuasa MPPR dan keputusan dibuat oleh majlis tersebut, saya berpendapat bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sewajarnya dimaklumkan agar Baginda sedia maklum dan lebih jelas akan fakta dan undang-undang mengenai perkara ini," katanya.

Idris patut dilantik MB T'ganu?

Sesiapa saja yang mendapat kepercayaan kebanyakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) hendaklah dilantik sebagai menteri besar Terengganu seperti peruntukan Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam hal ini, katanya, Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu juga terikat dengan peruntukan tersebut di bawah undang-undang tersebut.

Abdul Gani berkata proses pelantikan menteri besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh undang-undang sebagaimana termaktub dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dan mengikut prinsip-prinsip demokrasi berparlimen, seseorang yang mendapat sokongan majoriti Adun hendaklah dilantik sebagai menteri besar.

"Dalam perkara ini, YB Dato' Seri Idris bin Jusoh mendapat sokongan daripada sekurang-kurangnya 22 ahli Dewan Undangan Negeri," kata Abdul Gani dalam satu kenyataan malam tadi.

Abdul Gani berkata dalam hubungan ini, sekurang-kurangnya 22 daripada 32 orang Adun yang dipilih dalam pilihanraya umum 8 Mac lepas, telah pada 22 Mac menandatangani satu surat yang ditujukan kepada Pemangku Raja Negeri Terengganu Darul Iman dan Majlis Penasihat Pemangku Raja, menzahirkan sokongan mereka kepada pencalonan dan pelantikan Idris sebagai menteri besar Terengganu.

Kenyataan empat perkara Peguam Negara itu berikutan pelantikan Adun kawasan Kijal Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja Negeri Terengganu Darul Iman pada semalam (23 Mac), demikian menurut laporan Bernama

Abdul Gani berkata surat itu telah dirujukkan kepada beliau dan beliau percaya bahawa Idris telahpun mendapat nasihat perundangan mengenainya.

"Apa-apa tindakan yang diambil hendaklah mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan," katanya.

Abdul Gani juga berkata menurut Perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi kewajipan beliau sebagai Peguam Negara untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai apa-apa perkara undang-undang.

"Atas sifat yang sedemikian, saya akan memohon mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menjelaskan mengenai fakta-fakta yang telah dikemukakan kepada saya dan berkenaan dengan undang-undang yang berhubungan dengan perkara tersebut.

"Walaupun perkara ini adalah di bawah bidangkuasa Majlis Penasihat Pemangku Raja dan keputusan dibuat oleh majlis tersebut, saya berpendapat bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sewajarnya dimaklumkan agar Baginda sedia maklum dan lebih jelas akan fakta dan undang-undang mengenai perkara ini," katanya.

Kronologi krisis MB Terengganu

Bermula dengan penangguhan majlis angkat sumpah dua hari selepas pilihanraya umum 8 Mac, krisis pelantikan menteri besar Terengganu terus berlarutan hingga saat ini.

Rentetan peristiwa krisis menteri besar Terengganu

10 Mac - majlis angkat sumpah menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh di Istana Maziah, Kuala Terengganu ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

11 Mac - Idris, wakil Jertih dan juga pengerusi BN negeri, kelihatan sugul dan tegang apabila media bertanya persoalan beliau tidak mendapat perkenan istana sebagai menteri besar bagi penggal kedua.

12 Mac - nama Datuk Ahmad Said, wakil rakyat Ajil, antara tiga nama yang disebut-sebut menggantikan Idris.

Setiausaha perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid, wakil Ajil, dan Datuk Mohamad Awang Tera, wakil Chukai, turut dinamakan.

Mohamad menafikannya kepada Malaysiakini dan menyebut beliau dan wakil-wakil BN akan berdiri di belakang Idris.

14 Mac - Idris mengesahkan tidak hadir dalam pertemuan semua 24 wakil BN dengan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang dijadual diadakan di sebuah hotel di Putrajaya.

15 Mac - pertemuan wakil-wakil BN dengan MPPR dibatalkan dua jam sebelum dijadual berlangsung 11 pagi.

Seramai 20 wakil BN bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pelantikan menteri besar Terengganu, selain menyatakan sokongan mereka kepada Idris.

Istana Terengganu dilaporkan menafikan pembabitannya dengan isu pelantikan jawatan itu.

18 Mac - Idris menyeru penduduk Terengganu bertenang sewaktu negeri itu ketiadaan menteri besar dan berkata beliau masih belum mendapat apa-apa maklumat mengenai upacara mengangkat sumpah jawatan tersebut dari pihak istana.

19 Mac - Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam pemilihan calon menteri besar.

Menurut perlembagaan, kata beliau, Baginda dilarang menjalankan fungsi sebagai Sultan Terengganu kecuali fungsi sebagai ketua agama Islam.

Tan Sri Abdul Gani Patail menambah, dengan itu Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon baginda sendiri bagi jawatan tersebut dan menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan sepenuhnya pada MPPR.

20 Mac - Polis menahan empat lelaki berusia 23 hingga 27 tahun kerana dipercayai membawa 20 helai kain rentang kira-kira 1.45 pagi mengenai pelantikan menteri besar di Jalan Sultan Mahmud, sebatang jalan utama di Kuala Terengganu.

21 Mac - Empat lelaki tersebut, yang disiasat antaranya menurut Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, dibebaskan.

Polis memberi amaran kepada penyebar SMS, yang dilaporkan semakin meluas sejak beberapa hari lepas, tentang isu pelantikan menteri besar.

22 Mac - Pejabat Sultan Terengganu melantik Ahmad sebagai menteri besar dan majlis angkat sumpah diumumkan pagi esoknya.

Seramai 22 wakil BN, yang diketuai Rosol, mengumumkan untuk memulaukan majlis tersebut.

Buletin Utama TV3 melaporkan, seorang ahli politik Terengganu (yang tidak dinamakan) kini sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa projek di Kijal.

Setiausaha agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Ahmad agar tidak menerima pelantikan tersebut atau sedia menerima tindakan disiplin.

23 Mac - Majlis angkat sumpah ditangguhkan dan Ahmad hanya menerima watikah pelantikan daripada MPPR.

Rosol, bagi pihak kumpulan wakil rakyat BN yang memboikot majlis tersebut, menyerahkan memorandum sokongan untuk Idris dipilih sebagai menteri besar kepada MPPR.

Rosol juga menyatakan Umno negeri telah melucutkan keahlian Ahmad.

Idris bertolak ke Kuala Lumpur untuk bertemu Perdana Menteri selepas sidang akhbar di kediaman rasminya.

Perdana Menteri menyifatkan pelantikan Ahmad tidak mengikut Perlembagaan kerana Ahmad tidak mendapat sokongan majoriti wakil BN.

Malam ini di Kuala Lumpur, semua 23 wakil BN terus mengulangi ugutan untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri jika Ahmad dilantik MB.

Rosol, di sidang media itu, menafikan kenyataan timbalan ketua badan perhubungan Umno negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang bahawa semua ketua bahagian menolak Idris.

Hanya bahagian-bahagian Hulu Terengganu (diketuai Tengku Putera), Marang, Dungun dan Kemaman (diketuai Ahmad) menolak Idris (ketua bahagian Besut); manakala Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu menyokongnya.

PM: Pelantikan Ahmad langgar perlembagaan

Perlantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu dilihat sebagai tidak mengikut perlembagaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Semua Adun yang bilangannya agak besar itu tetap menyokong Datuk Seri Idris Jusoh. Itu satu perkara yang tidak ada perubahan dari segi sokongan.

"Dengan itu, maka sebarang lantikan yang dibuat terhadap orang lain itu, tidak kena dengan Perlembagaan," kata Abdullah ketika diminta mengulas mengenai tindakan 22 Adun BN negeri yang membantah pelantikan Ahmad hari ini.

Sebelum itu, menurut Bernama, Abdullah menyaksikan edisi ke-10 perlumbaan Grand Prix Malaysia di litar Sepang. Beliau turut menyampaikan piala kejuaraan kepada pelumba Scuderia Ferrari Marlboro, Kimi Raikkonen.

Ahmad, 51, menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai menteri besar baru Terengganu pagi tadi daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud Shah dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di Kuala Terengganu.

Majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar itu bagaimanapun masih belum ditetapkan lagi.

Seramai 22 lagi wakil BN, tidak termasuk Idris, menolak pelantikan tersebut dan memulaukan majlis angkat sumpah dengan alasan Idris mendapat sokongan majoriti dan paling layak.

Jurucakap kumpulan ini, yang juga setiausaha badan perhubungan Umno, Datuk Rosol Wahid berkata Ahmad boleh dikenakan tindakan pelucutan keanggotaan Umno jika menerima pelantikan tersebut.

Semalam, menjelang pengumuman pejabat Sultan Terengganu berhubung pelantikan Ahmad dan majlis angkat sumpah, Rosol berkata sebahagian wakil rakyat BN berhasrat mengundurkan diri bagi membolehkan pilihanraya kecil sebagai bantahan.

Mereka juga merancang mengusulkan undi tidak percaya kepada Ahmad di sidang Dewan Undangan Negeri.

Terengganu mengalami krisis pelantikan menteri besar sejak tamatnya pilihanraya umum 8 Mac. Dalam pilihanraya itu, BN menguasai 24 daripada 32 kerusi DUN - hilang empat kerusi berbanding 2004.

Idris, yang memulakan gerakan merampas negeri itu daripada pentadbiran PAS, tidak mendapat perkenan istana apabila majlis angkat sumpahnya 10 Mac lalu dibatalkan tanpa sebab.

Ketegangan antara BN dengan istana menimbulkan kebingungan dan ketidakpastian di negeri itu dan juga Kuala Lumpur.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising