JANGAN PANGGIL AKU MELAYU
JANGAN PANGGIL AKU MELAYU
Aku jawa dan aku tidak malu berbangsa Jawa. Tapi jawa aku bukan jawa khir toyo. Jawa yang kerjanya tiada lain kecuali mencari kekayaan dan membiarkan si miskin terus papa. Aku malu kalau aku melayu. Aku malu kerana jawa yang aku banggakan menghias rupa menjadi lebih licin dan lebih putih walaupun hanya menjadi seorang menteri besar. Tapi nak apa yang harus aku lakukan kerana bukan semua jawa seperti aku dan bukan semua melayu adalah melayu.
Aku tergerak untuk menyelamatkan maruah Melayu walaupun aku sendiri bukan Melayu. Aku sayang Melayu kerana aku lahir ditanah melayu yang sekarang ini sudah nazak menanti penggadaian oleh pemimpin berbangsa Melayu. Kalian kata pemimpin kalian tidur, tetapi kalian lebih tidur dari tidurnya.
Sultan? Ini semua bukan sultan aku. ini semua sultan kalian. Mahu tahu siapa sultan aku? Sedikit tentang sejarah mereka....."Fatimah adalah kemanakan Sultan Muhammad Saleh (1014 - 1040 M) raja Pasai yang kedua (menantu Sultan Malik Ibrahim Makdum). Suami Fa-timah, Abu Hasan, adalah saudagar besar yang tinggal di Jawa Timur."
Cukup sampai disitu dan sekarang persoalannya siapa Sultan kalian? AKu masih mengikut nasihat orang tua. Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Makanya, kalau kalian tanya dimana sultanku, maka aku ingin beritahu bahawa sultan kalian adalah sultan aku juga.
Sekarang sultan yang kita sama sama tunduk dan puji itu telah dipermainkan kedaulatannya oleh parti dokongan bangsa Melayu, UMNO dan UMNO sekarang sedang mengulangi sejarah memperkecilkan kuasa Sultan seperti yang dilakukan oleh Mahathir dulu. Siapa Mahathir? Beliau adalah pemimpin tersohor yang memberikan kebanggaan kepada kalian sehingga kalian lupa bahawa beliau yang telah menjatuhkan kuasa Sultan dan Raja. Semua melayu ketika itu melonjak kegirangan dan sekarang SUltan sudah hilang kuasa apabila akta dan perlembagaan di gubal.
Kalian masih ingat akan satu ketika perhimpunan mega dilangsungkan di Kuala LUmpur untuk mint bantuan Agong kalian bagi merubah sistem SPR? Ya... perhimpunan BERSIH. Kepada siapakah kalian pergi dan kepada siapakah kalian merafak sembah? Bukankah Raja kalian yang merangkap Sultan Terengganu? BUkan kah kini beliau di dalam keadaan serba salah dan bimbang kerana kalian tidak membantu baginda?
Kenapa dibiarkan Baginda sendiri? Kenapa dibiarkan berseorangan sedangkan kalian sebelum ini memohon bantuan dari baginda untuk membantu kalian. Sekurang kurangnya surat kalian diterima oleh wakil baginda. Kan lebih baik ditolak sahaja apa yang kalian utuskan kerana kalian tidak membantu sedikitpun baginda tika beliau di dalam kesusahan.
Kini masa nya untuk kita bangun. UMNO sudah melampau batas susila bangsa kita. Kalian masih tidur rupanya.....Kalian tahu apa akan aku lakukan sekiranya aku dikenali ramai dan mempunyai kuasa seperti pemimpin kalian?
Akan kukumpul berjuta rakyat seluruh Malaysia untuk tegakkan kuasa Kesultanan disetiap pekan dan kota
Akan ku panggil semua NGO NGO yang tidak sepakat dengan UMNO dan BN
Akan ku panggil semua pelajar universiti yang ada di Malaysia
Akan ku panggil semua kakitangan kerajaan berbangsa melayu
Akan ku panggil semua persatuan Islam di negara kita
Akan ku panggil semua bangsa India dan China untuk bantu bersama.
AKan ku kumpulkan mereka seperti kalian berkumpul pada bulan Nov lalu.
Dimana Anwar Ibrahim? Dimana Raja Petra? DImana Haji Hadi? Dimana Mat Sabu? Dimana BERSIH? Dimana NGO NGO kalian? Dimana GERAK dan sebagainya? Di mana ABIM? Dimana ketua ketua kamu?
Bangsa India dan Cina? Ya ..... bangsa cina dan india akan membantu kita kembali kan kuasa di Raja. Tentunya kalian runsing dan ragu ragu, tapi mari kujelaskan bahawa Cina dan India akan bersatu selagi kita menentang UMNO dan BN. Bukti sudah jelas, segalanya sudah nyata. Peratus undian mereka lah yang membantu Barisan Rakyat menang tempoh hari.
Bila semua sudah bangun, maka Raja akan kembali teguh semula. Baginda baginda akan Percaya bahawa Rakyat bersama mereka dan ketika itu kalian lihat betapa berkuasanya Sultan dan Raja kalian bersama menghapuskan terus UMNO dari negara ini.
Tapi sayang......kalian masih tidur. Masih dengan sikap malas kerana semua nya beharap agar tuhan merubah segala dan bukan kalian bangun sendiri untuk berdikari. Masing masing masih pentingkan diri masing masing. Maka .... kalau masih tidak berubah, biarkan sahaja Sultan dan Raja kalian di ratah hidup hidup oleh pengkhianat bangsa. Sudah jelas lagi terbukti tapi kalian masih mematikan diri. Akhirnya aku akan menyesal duduk di bumi bertuah ini kerana kalian tidak sanggup berjuang kepentingan kalian. Kalau bangsa Cina dan India ingin bantu kalian, kenapa kalian masih terus berdengkuran? Kalau Sultan Melaka mash hidup, mungkin baginda akan kecewa dengan kalian?
Tapi percaya lah....kalau lah aku Melayu. Aku takkan biarkan Sultan dan Rajaku dipermainkan oleh bangsa sendiri sehingga baginda baginda Sultan tidak mampu bangun lagi. Lantas selepas ini kalian jangan harap apa apa dari Sultan kamu. Jangan berkumpul dan jangan utus sebarang surat kerana kalian sendiri mahu Sultan terkubur gara gara berakyat kan kalian kalian semua.
Kalau Kesultanan Melayu hancur, kalian jangan panggil aku melayu kerana ia buat aku malu.
KENAPA KITA BIARKAN SULTAN BERSENDIRI?

APABILA MELAYU SENDIRI KURANG AJAR
Radenjowo
Entah apa yang dijanjikan kepada 22 orang penyokongnya? Kita tidak tahu tetapi perpaduan jelas kelihatan di wajah luaran individu 23 ADUN Terengganu.
Pada awalnya, Idris dikatakan berserah kepada Qada dan Qadar penentuan samada dirinya di lantik sebagai MB atau sebaliknya. Lunakan suara, indah pekerti di tonjolkan di dalam berita Utusan Malaysia sehingga semua berita turut memberikan pujian kepada bekas MB Terengganu itu. Tapi kita tidak tahu sikap dia sebenar selagi sikap itu tidak didedahkan kepada semua orang.
Namun disebalik topeng kemuliaan itu sebenarnya tersembunyi kerakusan dan kegilaan kuasa. Rupa rupanya semua rendah diri dan tunduk ke buminya hanyalah lakunan yang mampu bertahan tidak sampai sebulan. Kini warna sebenar IDRIS JUSOH terserlah dengan pemboikotan majlis angkat sumpah Menteri besar baru, Mohd Said si adun Kijal.
Keburukan dirinya bertambah tambah dengan usaha untuk menghalang rakan yang dulunya berjuang bersama dengan lapuran BPR. Tidak cukup dengan itu, Pihak kerajaan pusat turut memberikan kerjasama kerana masa depan Idris Jusuh adalah masa depan Abdullah Badawi. Jatuh Idris Jusoh akan jatuhkan Badawi kerana semua kerja kerja gila Idris 4 tahun yang lalu ada kaitannya dengan Patrick dan Abdullah sendiri. Maka tidak hairan lah kenapa ABdullah bertegas mahukan IDris menjadi Menteri besar berbanding Mohd Said sedangkan kedua duanya adalah ADUN BN dan dari UMNO sendiri.
Kini bersedia lapuran salah gunakuasa dan korupsi Mohd Said. Rupa rupanya semuanya sudah tersedia untuk dibawa ketengah, cuma kepastian hanya menanti kesanggupan Mohd Said menerima lamaran Istana Sultan untuk perlantikan itu. Mungkin kah semua yang bersekongkol dengan Idris turut mempunyai rekod buruk seperti Mohd Said? Kalau kau tak sokong aku, aku lapurkan salah guna kuasa atau korupsi kalian. Maka semua pemimpin UMNO yang sudah mempunyai sopak dan panau sepanjang pemerintahannya akan segera bimbang untuk berpaling tadah.
Yang paling jelas adalah Rasol Wahid (Adun Ajil) yang kelihatan begitu bersungguh sungguh untuk menjadi orang utama di dalam wayang ini. Mungkin benar beliau berjuang untuk Idris atau YB ini sememangnya mempunyai sopak yang paling besar antara pemilik sopak yang lain. Yang menariknya sehingga sekarang, Idris tidak memberi sebarang komen kerana beliau masih mahu dilihat sebagai pemimpin yang baik dan mulia. Jawatan MB itu bukan kehendaknya tetapi sokongan ramai. Itu lah akan dijadikan alasan sekiranya SUltan terpaksa melantik beliau menjadi MB sekali lagi.
Bila PAS berkata, IDRIS kejam kerana robohkan masjid, ramai yang kata itu semua fitnah kerana IDRIS sendiri tidak pernah mengaku berbuat demikian. Kalau beliau juga turut membelanjakan wang membabi buta kepada pembangunan yang bukan bukan, orang akan kata itu semua tohmahan. Tetapi ianya semua adalah kepintaran IDRIS di dalam menyembunyikan kuku yang penuh beracun sedangkan yang ditonjolkan dimata kita adalah bulu tebal yang menyelimuti.
Apa akan berlaku kalau IDRIS terus berkuasa? Sudah pasti janjinya kepada semua EXCO terpaksa di lunaskan. Janji bagaimana? Mungkin membenarkan sekelian EXCO untuk terus hidup mewah di samping terlepas dari sebarang tuduhan. Kalau ditanya bagaimana ia memewahkan EXCO EXCOnya? Sudah pasti dengan peruntukan peruntukan rakyat. Bagaimana pula dengan Baginda Sultan? Sultan akan jatuh martabatnya kerana tunduk dengan kehendak ahli EXCO dan bakal menteri BESAR. Dimana akan diletakan kedaultan baginda nanti dan dimanakah perlu diletakkan airmuka baginda pabila berdepan dengan rakyat. Kenapa Pak Lah tidak berkata apa apa? Semua ini berpunca dari Dollah Badawi. Beliau tidak cuba untuk nasihatkan Ideris untuk berundur kerana IDRIS adalah segala harapan yang dia ada. Kenapa IDRIS tidak dibawa ke pentadbiran pusat? Kerana IDRIS masih diperlukan di TERengganu untuk terus tutup pekung yang mereka lakukan disamping untuk melangsaikan peruntukan peruntukan yang akan dicurahkan.
Kini yang tinggal adalah rakyat untuk menilainya. Apa bezanya Mohd Said dan Idris Jusoh? Kenapa Dollah bersungguh sungguh mahu menggunakan Idris Jusoh? Kenapa Baginda Sultan dibiarkan sendiri sedangkan ini lah masanya untuk Melayu bersama Kesultanannya bersatu untuk jatuhkan pengkhianat bangsa.
Melayu membiarkan kedaulatan SUltannya dipermainkan. Kalau perkara ini dibiarkan, sudah pasti pada masa akan datang bangsa lain turut membuat perkara yang sama. Jadi jangan salahkan Cina atau India kerana kurang ajar apabila Melayu sendiri sudah kurang ajar kepada Sultannya.
Bangunlah wahai Melayu. Kenapa biarkan Sultan bersendiri?










