Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, March 22, 2008

Siri Kedua

Tengku Razaleigh Hamzah
Muncul Sesudah Gerhana?

Dua posting terbaru saya mengenai Tengku Razaleigh Hamzah dalam blog ini menerima sambutan hangat para pengunjung. Majoritinya positif. Kata mereka, memang tepat pada waktunya bagi anak raja berjiwa rakyat dari Kelantan ini diberikan sokongan padu untuk melaksanakan misi penting “merawat” UMNO demi agama, bangsa dan negara.

Seorang pengunjung yang bernama Zeme pula mengatakan bahawa andaian saya yang Tengku Razaleigh akan “muncul sesudah gerhana" Insya Allah menjadi realiti. Saya memohon maaf kerana kebelakangan ini saya tidak mampu menjawab seluruh komen anda, termasuk untuk lain-lain postings, secara satu persatu. Selanjutnya, ikutilah posting saya mengenai Tengku Razaleigh yang pernah tersiar dalam blog ini pada 12 Jun 2007, seperti berikut:

Posting saya bertajuk Tengku Razaleigh Hamzah Muncul Sesudah Gerhana? adalah suatu cetusan hati saya sendiri. Cetusan itu meledak secara spontan daripada jiwa saya yang terusik selepas menganalisa beberapa maklumat sensitif, spesifik, explosif, dan kontroversial yang saya terima sepanjang minggu lalu.

Sehingga hari ini saya masih lagi menilai, meneliti, menjalankan siasatan lanjutan serta menganalisa seluruh maklumat berkenaan. Proses ini saya lakukan untuk memperincikan apakah implikasinya kalau saya hamburkan seluruh maklumat itu ke intrnet secara total. Proses ini juga saya lakukan untuk membantu saya membuat keputusan sama ada saya akan berkongsi info berkenaan dengan seluruh masyarakat internet Malaysia atau pun biarkan sahaja maklumat-maklumat itu reput ditelan kerahsiaan.

Lantaran itulah saya berusaha mendapatkan maklum balas menerusi saluran internet untuk mengukur kesediaan anda menerima maklumat-maklumat seperti di atas. Sebab itulah saya mencari jalan mengukur kebijaksanaan anda menilai dan menterjemah mesej yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Antara intisari posting saya semalam adalah: Mengapakah sewaktu menghadapi kecelaruan, saya memetik caption Pak Ya mengenai Tengku Razaleigh? Adakah kerana saya tertawan dengan kata-kata Pak Ya bahawa Tengku Razaleigh “mempunyai pengaruh, dihormati rakyat dan seorang tokoh politik yang berpengalaman, berwibawa dan boleh menjadi bakal PM.”? Atau, adakah kerana Pak Ya mengatakan bahawa “kalau Tun Mahathir dan Ku Li berkerjasama, besar kemungkinan scenario politik UMNO dan negara akan berubah tidak lama lagi.”?

Mungkinkah saya memetik kata-kata Pak Ya mengenai Tengku Razaleigh kerana naluri saya didorong oleh satu persepsi bahawa Tengku Razaleigh memang tokoh terbaik untuk mengembalikan semula cahaya ria yang akan ditenggelamkan oleh gerhana yang mungkin tiba? Mungkinkah kini sampai giliran Tengku Razaleigh untuk mewarnakan semula landskap siasah Malaysia selepas gerhana muncul di tanahair tercinta ini tidak lama lagi?

Dan, antara sedutan reaksi kepada posting saya semalam, yang dikirimkan ke blog ini dan menerusi laman berita Malaysia Today, adalah seperti berikut:

Hamizi: Perlu diakui, tiada tokoh yang layak dalam BN untuk mengambil alih kepimpinan negara. Saya harap Tun Dr Mahathir Mohamad akan membantu Ku Li untuk menjadi PM.

Harry: Gerhana dalam apa bentuk pun tidak akan berlaku di negara ini, andaikata PAS atau parti pembangkang tidak membuat "kerja rumah" mengenai dasar politik mereka.

Zed: Change is good and badly needed in this country. I for one will support Tengku Razaleigh should he decide to contest for the top post.

MM2007: Gerhana itu adalah kejadian alam ikut design Tuhan atau sunnatullah. Jangan kita takut gerhana.

Nasigoreng: Ku Li satu-satunya 'PM material' tetapi takdir Allah mengatasi kehendak manusia. Ku Li sepatutnya jadi PM sekarang jika Mahathir berfikiran lebih waras dalam menentukan pengganti. Keberanian Ku Li mencabar Mahathir dalam tahun 1987 sudah cukup bukti bahwa selepas Mahathir, Ku Li mengambil alih pemerintahan negara ini. Ku Li seorang yang cerdas dan dinamis. Sangat meyakinkan bila berucap, orang tidak mengantuk. Beliau tidak pernah tertangkap tertidur dalam mesyuarat

Begitulah antara reaksi kepada cetusan hati saya semalam. Reaksi itu diberikan walaupun gerhana sebenarnya masih belum tiba. Bagaimanapun, kalau terjadi gerhana, mungkinkah pembesar-pembesar tertentu akan mempunyai kekuatan moral untuk berjuang memberikan semula sinar kepada rakyat dan negara tercinta ini? Kalau tidak, di manakah relevannya Tengku Razaleigh Hamzah dalam keadaan sebegini? – Ruhanie Ahmad, Selasa, 12 Jun 2007

Nota: Begitulah posting saya mengenai Tengku Razaleigh kira-kira Sembilan bulan yang lalu. Kini gerhana benar-benar sedang melanda kita. Jadi, adakah kita akan menyokong Tengku Razaleigh membawa sinar perjuangan menghapuskan gerhana siasah mutakhir ini? Fikir-fikirkanlah!

Info terkini: Saya difahamkan Tengku Razaleigh membuat kunjungan hormat ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad pada petang 21 Mac 2008. Sama-samalah kita berdoa semoga pertemuan tersebut menghasilkan sesuatu yang positif. Siri ketiga akan disiarkan esok. – Ruhanie Ahmad

Kerajaan PKR, PAS Dan DAP Tarik Pelaburan Secara Telus

IPOH, 21 Mac (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata lima kerajaan negeri yang diperintah PAS, DAP dan PKR memberi jaminan kepada pelabur asing dan tempatan semua projek pelaburan di negeri-negeri terbabit diberi kelulusan segera dan dikendalikan secara telus.


"Kita akan pastikan proses pelaburan di negeri-negeri ini (Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor) berjalan licin dan tidak ada kebocoran...," katanya pada sidang akhbar selepas berjumpa Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin di sini.

Beliau berkata kepimpinan tiga parti itu memberi jaminan kepada para pelabur asing dan tempatan akan mewujudkan iklim pelaburan tersebut dalam usaha mereka memberi tumpuan utama menggerakkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negeri.

Anwar berkata beliau akan melawat negara Arab minggu depan serta menemui beberapa syarikat besar China dan perkara berkenaan akan dimaklumkan kepada mereka bagi menarik mereka melabur di negeri-negeri terbabit.

Beliau berkata lima kerajaan negeri itu perlu memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi kerana jika perkara itu gagal dilaksanakan, kerajaan negeri terbabit tidak akan dapat mengagihkan kekayaan dengan adil dan saksama kepada rakyat seperti dijanjikan dalam pilihan raya.

Ditanya mengenai laporan bahawa pihaknya sedang melobi anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pakatan PKR, PAS dan DAP, beliau mendakwa ramai anggota parlimen BN telah menyatakan hasrat menyertainya tetapi pihaknya tidak mahu terburu-buru.

Beliau mengakui telah mengadakan perjumpaan dengan wakil BN di Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung.

"Memang benar ada rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung menemui saya dan prinsip kita siapa sahaja yang ingin bersama-sama bersandarkan agenda perjuangan dan agenda perubahan negara, tetapi beli orang bukan tradisi kita," katanya.

"Kalau ada yang berbicara soal (bayaran) kita batalkan perbincangan sama sekali...kita tidak terburu-buru kerana kita mempunyai waktu," katanya.

Ketika ditanya mengenai laporan yang Ahli Parlimen Serian Datuk Richard Riot telah menyertai PKR, Anwar berkata ia akan diumumkan selepas pihaknya mendapat surat rasmi.

Wakil rakyat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) itu bakal menjadi ahli parlimen pertama meninggalkan BN jika perkara itu berlaku namun Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan semalam menganggap ia sebagai khabar angin dan pihaknya belum menerima surat peletakan jawatan daripada Richard.

Pakatan PKR, PAS dan DAP kini menguasai 82 kerusi Parlimen manakala BN mempunyai 140 kerusi. Majoriti mudah yang diperlukan untuk menguasai parlimen ialah 112 kerusi.

-- BERNAMA

Selangor: Melayu 5, bukan Melayu 5

Barisan ahli majlis mesyuarat (exco) kerajaan Selangor kemungkinan besar menyaksikan komposisi yang sama antara Melayu dan bukan Melayu, berbeza daripada nisbah bawah pentadbiran BN.

PKR mendapat empat anggota, manakala DAP dan PAS masing-masing tiga orang.

Daripada jumlah tersebut, empat daripadanya wanita - dua wakil PKR, dan masing-masing seorang daripada PAS dan DAP.

Sumber-sumber memaklumkan, barisan exco tersebut seperti berikut:
PKR
Dr Xavier Jayakumar Arulanandam (Seri Andalas)
Yaakob Sapari (Kota Anggerik)
Rodziah Ismail (Batu Tiga)
Elizabeth Wong (Bukit Lanjan)

DAP
Teresa Kok (Kinrara)
Ronnie Liu Tan Khiew (Pandamaran)
Ean Yong Hien Wah (Seri Kembangan)

PAS
Dr Hassan Mohamed Ali (Gombak Setia)
Dr Halimah Ali (Selat Kelang)
Iskandar Abdul Samad (Chempaka)

Senarai ini, dipercayai telah diserahkan kepada istana, bagaimanapun belum muktamad.

Selangor bawah pentadbiran BN menyaksikan pengagihan enam jawatan kepada wakil rakyat Melayu, dan selebihnya bukan Melayu.

Komposisi barisan exco gaya BN ini menjadi tuntutan sekumpulan warga negeri itu 'Gabungan Melayu Selangor', yang dikepalai ketua Pemuda Umno negeri Abdul Shukor Idrus (wakil Kuang), kelmarin dalam memorandum mereka kepada istana.

Barisan exco kerajaan negeri Selangor akan mengangkat sumpah di Istana Alam Shah di Klang Isnin depan, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim semalam.

Beliau akan mengumumkan barisan exco berkenaan selepas majlis angkat sumpah.

Khalid enggan mengulas lanjut mengenai komposisi barisan exco negeri, tetapi berkata: "Kami (PKR, DAP and PAS) telah dapat menyelesaikannya."

Mengenai jawatan timbalan menteri besar, Khalid berkata beliau akan menjelaskan perkara itu selepas majlis angkat sumpah ahli exco Isnin depan.

Dalam pilihanraya umum lepas, PKR menang 15 kerusi, DAP 13 dan PAS lapan daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Khir nafi jual tanah pada PKNS

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menafikan dakwaan bahawa beliau telah mengaut keuntungan jutaan ringgit dalam satu urusan jualan tanah dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Dr Mohd Khir menyifatkan tuduhan tersebut sebagai "tidak masuk akal" dan berkata beliau telah mengarahkan peguamnya supaya membuat laporan polis secepat mungkin.

Beliau akan menimbang mengambil tindakan undang-udang sebaik sahaja mereka yang bertanggungjawab membuat tuduhan tersebut dikenal pasti.

“Ia tidak masuk akal. Saya tidak akan berdiam diri dan membiarkan tuduhan seumpama itu mencemarkan reputasi saya," katanya kepada Malaysiakini.

Dr Mohd Khir menjadi sasaran SMS yang mendakwa kerajaan baru PKR-DAP-PAS telah menemui dokumen-dokumen yang membuktikan tuduhan tersebut.

Bekas menteri besar itu dikatakan telah membeli sebidang tanah di Kajang pada harga RM2 per kaki persegi dan menjualnya balik kepada PKNS pada harga RM22 per kaki persegi.

Ekoran itu, beliau didakwa telah mengaut keuntungan sebanyak RM59 juta hasil jualan tanah tersebut.

SMS itu bagaimanapun tidak menyebut secara khusus lokasi tanah terbabit.

Selain Dr Mohd Khir, dakwaan tersebut turut mengaitkan bekas anggota exco kerajaan negeri Selangor. Semuanya didakwa menerima RM1 juta daripada urusan jualan tanah tersebut.

Kerajaan baru siasat

Seorang pegawai kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ketika dihubungi berkata, kerajaan negeri akan menyiasat dakwaan tersebut.

“Kita juga turut menerima SMS tersebut. Pada masa ini, tumpuan kita adalah untuk memuktamadkan pemilihan barisan exco. Apabila selesai, kita akan siasatan perkara tersebut," kata Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia.

PKNS, ketika dihubungi, turut menafikan ia terbabit dalam urusan penjualan tanah yang didakwa itu.

Seorang pegawai kanan PKNS cawangan Bangi, yang mempunyai bidang kuasa bagi daerah Kajang berkata, tidak ada sesiapa pun yang membeli tanah seumpama itu.

"Kita boleh mengesahkan bahawa tiada sebarang tanah yang dibeli oleh PKNS untuk tujuan pembangunan di Kajang," kata pegawai itu yang enggan dikenali.

Di samping isu tanah tersebut, Dr Mohd Khir juga menjadi asaran dakwaan bahawa beliau telah memusnahkan dokumen-dokumen kerajaan pada malam hari pengundian selepas mengetahui BN tewas kepada pembangkang.

Beliau bagaimanapun telah menafikan berbuat demikian dan mendakwa kerajaan pimpinannya sentiasa telus dan bersih serta "tiada apa yang hendak disembunyikan". Berita asal

Hindraf calon Manoharan TMB S'gor

Hindraf yang sedang ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebulat suara mencalonkan wakil rakyat Kota Alam Shah, M Manoharan sebagai timbalan menteri besar Selangor.

Manoharan salah seorang daripada lima pemimpin Hindraf yang sedang ditahan di Kem Tahanan Kamunting di Taiping.

Kenyataan mereka itu disampaikan melalui sepucuk surat bertulis tangan bertarikh 19 Mac yang difakskan oleh firma guaman M Manoharan & Co kepada Malaysiakini hari ini.

Selain Manoharan, P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar ditahan pada 13 Disember selepas terbabit menganjurkan perhimpunan pada 25 November lalu serta membuat kenyataan yang berunsur hasutan terhadap kerajaan.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac, Manoharan yang bertanding atas tiket DAP menang dengan majoriti 7,184 undi.

Beliau mendapat 12,699 undi untuk menewaskan calon BN-Gerakan, Ching Su Chen yang memperolehi 5,515 undi.

Beri pengiktirafan

Surat dua halaman itu menyebut, mereka mencalonkan Manoharan sebagai timbalan menteri besar untuk mewakili masyarakat India di Selangor.

Selangor termasuk empat negeri yang jatuh ke tangan barisan pembangkang.

Menurut mereka, Selangor termasuk sebuah negeri yang mempunyai peratusan penduduk India paling ramai di Malaysia.

"Hindraf telah memberi sumbangan besar dalam pilihanraya umum lalu dalam memastikan kejayaan untuk DAP, PKR dan PAS.

"Manoharan, sebagai seorang pemimpin Hindraf dan pemimpin kanan DAP, seharusnya diberi pengiktrafan selayaknya dengan dilantik ke jawatan timbalan menteri besar Selangor," kata mereka.

Mereka juga menegaskan bahawa pelantikan tersebut akan dapat mengurangkan penderitaannya kerana berada dalam tahanan secara haram.

Sebelum ini DAP mencadangkan Teresa Kok, wakil Kinrara, untuk jawatan tersebut, manakala Menteri Besar baru Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim belum memutuskan kedudukan itu.

Istana Selangor pula mencadangkan jawatan yang kosong itu diisi oleh seorang wakil Melayu.

Lim: Betulkah PM dengar 'suara rakyat'

Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti membebaskan segera lima pemimpin Hindraf yang ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika beliau benar-benar telah mendengar "suara rakyat" dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata, dua hari selepas pilihanraya lalu, Abdullah dipetik dalam sebuah rencana di akhbar Asian Wall Street Journal pada 11 Mac lalu sebagai berkata beliau "telah mendengar suara rakyat dan akan menumpukan kepada usaha menangani perpecahan yang jelas berlaku sepanjang tempoh kempen pilihanraya umum lalu."

Lim berkata, Abdullah juga berkata akan mengambil inisiatif baru dan konkrit, dan bukan sekadar retorik semata-mata, untuk menyatupadukan rakyat dan memastikan tiada yang ketinggalan kemakmuran negara sama ada Melayu, Cina dan India.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Perdana Menteri bahawa satu punca terpenting berlakunya tsunami politik awa bulan ini dan kekalahan teruk BN ialah merosotnya undi kaum India sebanyak 35 peratus daripada 82 peratus.

"Kemerosotan sokongan pengundi India telah hampir-hampir melenyapkan MIC di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri - semuanya akibat daripada peminggiran selama ini kaum India di Malaysia dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan, sosial, budaya dan agama - yang telah melahirkan Hindraf dan fenomena Makkal Sakti (kuasa rakyat)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Lim bertanya, mengapa sejak 13 hari lalu, Abdullah tidak membebaskan lima pemimpin Hindraf tersebut, jika beliau benar-benar telah mendengar "suara rakyat".

Mereka yang meringkuk di Kem Tahanan Kamunting di Taiping: M Manoharan, P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar - semuanya ditahan pada 13 Disember selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu serta membuat kenyataan yang berunsur hasutan terhadap kerajaan.

Dalam pilihanraya umum, Manoharan yang bertanding atas tiket DAP di kerusi DUN Kota Alam Shah di Selangor dan menang dengan majoriti 7,184 undi.

Beliau mendapat 12,699 undi untuk menewaskan calon BN-Gerakan, Ching Su Chen yang memperolehi 5,515 undi.

Sehubungan itu, Lim berkata, beliau akan menulis surat kepada Abdullah sebelum mesyuarat kabinet Rabu depan supaya membebaskan segera tanpa syarat pemimpin-pemimpin Hindraf.

Katanya, pembebasan ini satu ujian terhadap Abdullah sama ada beliau benar-benar mahu mendengar hasrat rakyat selepas tsunami.

Wanita bantah Ku Li, pertikai Azalina

Wanita Umno tidak bersetuju dengan langkah Tengku Razaleigh Hamzah memanggil mesyuarat luar biasa dan juga cuba mencabar presiden Umno.

Ketua pergerakan itu Datuk Seri Rafidah Aziz berkata masanya tidak sesuai untuk dua langkah itu memandangkan Umno dan BN kini kehilangan lima negeri selepas pilihanraya umum awal bulan ini.

Beliau menambah, walaupun beliau menghormati bekas naib presiden Umno itu tetapi sekarang "bukan masa satu, dua atau tiga orang menonjolkan diri."

"Kita dalam satu pasukan, tidak boleh menangguk di air yang keruh" katanya dalam sidang media selepas mengadakan mesyuarat exco pergerakan itu di ibu negara hari ini.

"Kita (Wanita) tidak minta mesyuarat luar biasa. Kita menyokong penuh pucuk pimpinan parti yang ada sekarang."

Rafidah, yang baru digugurkan daripada barisan kabinet, berkata demikian sebagai mengulas hasrat Ku Li yang mahu mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pemilihan Umno yang dijadual pertengahan tahun ini.

Kelmarin, Ku Li menyuarakan secara terbuka hasratnya untuk menentang Abdullah untuk jawatan presiden jika pencalonannya cukup untuk melayakkannya bersaing merebut jawatan tertinggi Umno itu.

"Terpulang kepada bahagian-bahagian Umno, kalau mereka mencalonkan saya dan cukup 30 peratus maka saya sedia untuk bertanding jawatan presiden," katanya dalam satu sidang akhbar di Kota Bharu.

Menurut Ku Li, beliau bersedia memikul tanggungjawab untuk memulihkan Umno yang kalah teruk pada 8 Mac apabila BN gagal mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan kehilangan empat lagi negeri - Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor - kepada barisan pembangkang.

Manakala PAS pula berjaya mengekalkan Kelantan dengan pertambahan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bekas menteri perindustrian dan perdagangan antarabangsa itu juga ditanya mengenai status Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said.

"Saya tidak tahu status Azalina. Nak masuk Wanita kena masuk cawangan dan bahagian. Dia cawangan mana? Kalau saya, cawangan Bukit Chandan (Kuala Kangsar).

"Jangan tanya saya, saya tak jaga hal orang," katanya apabila ditanya bertalu-talu oleh wartawan mengenai perkara tersebut.

Rafidah juga berkata, dalam mesyuarat exco Wanita hari ini beliau mendapat laporan Wanita negeri bahawa golongan muda tidak menyokong kerajaan dalam pilihanraya umum ke-12.

"Calon BN banyak kalah walaupun kita jangka menang, kita banyak kalah di saluran empat iaitu di kalangan pengundi muda.

"Ini menunjukkan anak muda tidak menyokong kerajaan walaupun kita banyak membantu mereka.

"Ini laporan yang kita dapat. Betul atau tidak, saya tidak tahu tetapi laporan ini akan dihantar ke pucuk pimpinan parti.

"Ini bedah siasat, kalau tidak buat, mana boleh tahu," katanya.

Rafidah berkata, jika orang tolak tentu ada sesuatu yang tidak kena, mungkin wakil rakyat yang tidak membuat kerja.

Katanya, kalau BN tidak berwaspada, kepimpinan negara boleh tumbang.

"Kita (parti) kena bersatu, tidak boleh kata kami juara parti, kami pemimpin parti. Atau Pemuda buat sendiri, Puteri buat sendiri.

"Saya bercakap perkara ini secara konsisten sama ada saya dalam kerajaan atau di luar kerajaan," katanya.

Mesyuarat Wanita tadi, kata Rafidah, juga membuat keputusan bahawa pemimpin utama pergerakan itu wajar turun berjumpa pemimpin dan ahli di peringkat bahagian untuk memberi semangat kepada mereka.

Semangat, katanya, amat penting untuk mereka bergerak semula berjumpa orang ramai di tempat masing-masing.

"Walaupun kita buat untuk orang Melayu, Cina dan India kena buat kerja juga. Kalau tidak, ketua 10 tidak boleh berjaya.

"(Tetapi) kekuatan Umno adalah di peringkat cawangan-cawangan," katanya lagi.

Sementara itu, naib ketua Wanita Datuk Shahrizat Abdul Jalil yang hadir sama dalam mesyuarat tersebut berkata, ada pihak yang mahu melihat pucuk pimpinan parti itu bercakaran.

Tetapi dengan pantas, beliau menegaskan exco menyokong penuh kepimpinan Rafidah menerajui Wanita Umno.

"Jika parti tidak kuat, jawatan tiada guna. Jangan rendahkan semangat Wanita," katanya.

Kedua-duanya menyalahkan satu laporan media yang mendawka hubungan mereka "negatif" setelah Shahrizat dilantik sebagai penasihat khas Perdana Menteri.

Azalina: Kenapa soal pelantikan saya

Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman berkata pelantikannya sebagai seorang menteri kabinet tidak perlu dipersoalkan walaupun beliau tidak memegang jawatan tinggi dalam pergerakan Wanita Umno.

Bekas ketua Puteri Umno itu berkata, semua ahli pergerakan itu secara automatik didaftar sebagai ahli pergerakan Wanita sebaik sahaja umur mereka melepasi had yang ditetapkan.

Katanya, perkara itu termaktub dalam perlembagaan Puteri Umno sejak pergerakan itu dilancarkan pada 3 Ogos 2001 oleh presiden Umno ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditanya mengenai kedudukan beliau tanpa jawatan dalam Wanita walaupun beliau seorang menteri kabinet, Azalina berkata perkara itu tidak relevan untuk diperkatakan sekarang.

"Saya ialah naib ketua Umno bahagian Pengerang, jadi soal sama ada saya ahli Wanita atau tidak, tidak timbul. Bukan isu ahli Wanita atau tidak, tetapi ahli Umno dilantik sebagai menteri kabinet.

"Mengikut perlembagaan (Puteri) juga, ahli yang telah melepasi had umur sebagai ahli Puteri secara automatik menjadi ahli Wanita," katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Bernama memetik Azalina sebagai berkata soal jawatan tidak seharusnya menjadi topik utama kerana agenda utama pada ketika ini harus ditumpukan kepada usaha memperkasakan parti selepas dilanda pelbagai konflik.

"Bagi saya isu berkenaan pertandingan, kepimpinan tidak penting.

"Yang penting bagi saya ialah untuk kita meletakkan kekuatan kepada presiden parti, dan memberi Umno kekuatan semula supaya rakyat jangan salah faham berkenaan pendekatan yang dibuat oleh BN menerusi Umno.

"Bagi saya generasi muda banyak tidak menyokong BN dalam pilihanraya kerana telah salah tafsir terhadap banyak dasar yang kita lakukan," katanya

MCA mahu PM laksana tender terbuka

MCA semalam menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memastikan semua projek yang akan dilaksanakan, diberikan melalui proses tender terbuka, telus dan tidak diberikan kepada mereka yang berpengaruh dan berkuasa sahaja.

"Ini merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk memerangi amalan rasuah dan semua bentuk korupsi," kata ketua biro pendidikan parti itu, Senator Datuk Lee Sing Chooi dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, masanya sudah tiba untuk pentadbiran kerajaan yang baru dilantik untuk benar-benar memerangi rasuah dan berkhidmat dengan penuh integriti dan digniti, dengan dimulakan oleh perdana menteri sendiri.

Menurutnya, jelas sekali, amalan sebelum ini dengan memberi projek kepada mereka yang berkuasa di semua peringkat untuk kepentingan peribadi, telah ditolak oleh pengundi dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

"Wang dan sumber-sumber untuk rakyat biasa telah disalurkan ke tempat lain dan banyak keputusan yang dibuat berunsur berat sebelah untuk kepentingan peribadi.

"Penyelewengan yang dinyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara dan perbezaan dalam pembayaran yang dibuat bagi nilai tender projek, dengan nilai sebenar pasaran projek, adalah antara contoh perlunya tindakan tegas diambil untuk pembetulkannya," tambah beliau.

Lee juga menggesa perdana menteri untuk mengambil satu langkah yang beani untuk melantik para profesional dari kalangan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menganggotai badan-badan tender untuk menyemak dan juga untuk membantu beliau secara berkesan mencapai integriti dan digniti.

EGM: Mahathir sokong Ku Li

Dr Mahathir Mohamad menyokong saranan tokoh veteran Tengku Razaleigh Hamzah agar Umno menganjurkan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi membincangkan kekalahan teruk parti itu dalam pilihanraya 8 Mac.

"Saya dimaklumkan Tengku Razaleigh telah menulis surat kepada semua bahagian menggesa mereka meluluskan usul untuk menganjurkan EGM untuk membincangkan masalah-masalah melibatkan Melayu. Saya sokongan cadangan itu," katanya.

Beliau bagaimanapun "tidak memihak" apabila Tengku Razaleigh ingin mencabar presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seperti diumumkan kelmarin.

Ditanya kali kedua persoalan yang sama, bekas presiden Umno itu berkata: "Jika saya menyokongnya untuk jawatan presiden, calon-calon lain akan minta sokongan juga".

"Soal memilih presiden baru sepatutnya dibincang selepas kita menyelesaikan masalah kita. Kerana mungkin juga calon lain berminat pada jawatan itu," katanya di sidang media di Carcosa Seri Negara selepas satu majlis pelancaran buku petang tadi.

"Lagi pun, untuk melayakkan bertanding presiden Umno, beliau (Tengku Razaleigh) memerlukan sokongan daripada 60 bahagian. Saya tidak fikir 60 bahagian berani menyokongnya."

Tengku Razaleigh mengisytiharkan kesediaannya mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ahli parlimen Gua Musang gagal memperolehi sokongan pada 2004 walaupun menyatakan bertanding. Beliau hanya mendapat satu sokongan sahaja - daripada bahagiannya sendiri, Gua Musang.

Dalam perkembangan di luar dugaan hari ini, naib presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong saranan Tengku Razaleigh dengan syarat "ia dijalankan mengikut perlembagaan parti" dan "tidak melemahkan Umno".

Dr Mahathir, mengulas kebimbangan akan wujud perpecahan jika ada pertandingan seperti yang dialami pada 1987 dan 1999, berkata perkara itu tidak berbangkit sekarang.

"Semasa yang presiden dan Perdana Menteri, Umno berpecah dua kali," akuinya.

"Akibatnya, muncul Semangat 46 dan PKR. Walaupun mengalami perpecahan, Umno mampu bersatu semula dan ketika pilihanraya umum 2004, kita dalam keadaan padu.

"BN menang 90 peratus kerusi dan itu bermakna pengundi tidak memilih PKR."

Walaupun perpecahan tidak elok untuk parti, jelasnya, tetapi perbahasan terbuka itu penting.

"Malangnya, suasana kini tidak mengizinkan pertentangan idea atau perbincangan. Ahli-ahli sekarang takut bersuara, bimbang hilang kedudukan dalam kerajaan, bahagian dan malah cawangan."

Halangan bersuara itu, tambahnya, bukanlah cara Umno.

"Sejak zaman Tunku (Abdul Rahman), Umno sentiasa mewujudkan budaya berbeza pandangan. Ketika presiden pertama Datuk Onn (Jaafar) mahu menjadikan Umno parti berbilang kaum, ahli-ahli membantah. Dan beliau menarik diri.

"Dan ketika saya membuat masalah pada Tunku, beliau menarik diri dan Umno kekal bersatu."

Jadi akibat ruang bersuara yang terbatas, ramai anggota Umno menyokong pembangkang sebagai melahirkan bantahan, katanya.

"Ia bukan bermakna mereka menyokong pembangkang, tetapi kerana mereka menentang pucuk pimpinan," kata Dr Mahathir lagi.

Untuk menghalang gejala ini, beliau mengesyorkan ditubuhkan satu jawatankuasa peringkat presiden untuk mengawal pemimpin nombor satu itu. Kalau tidak, terlalu banyak kuasa di tangan seorang pemimpin, hujahnya.

Bekas negarawan itu turut bersetuju dengan idea menghadkan jawatan presiden Umno. Tetapi, tambahnya, peralihan itu tidak bererti bapa mertua menyerahkan jawatannya kepada menantu sendiri - dengan jelas merujuk hubungan Abdullah dengan Khairy Jamaluddin, naib ketua Pemuda Umno.

Mengulas ura-ura PKR membeli wakil-wakil BN, beliau berkata negara ini mengamalkan demokrasi dan sama ada kerajaan atau pembangkang melakukan hal yang sama.

"Kedua-dua pihak cuba membeli. Itulah cara yang sangat demokratik. RM10 juta harganya," katanya. "Bayangkan, jika anda seorang Yang Berhormat dan anda memiliki RM10 juta. Memang sangat demokratik."

Mahathir sebelumnya melancarkan buku kedua bekas pengerusi Malaysian Airports Holdings Bhd, allahyarham Basir Ismail, Management - Astray. Berita asal

Krisis MB: Polis T'ganu beri amaran

Mar 21, 08 7:30pm

Polis Terengganu memberi amaran kepada rakyat di negeri ini supaya tidak melakukan apa jua bentuk hasutan, termasuk menyebarkan SMS yang mengaitkan pihak istana dalam isu pelantikan menteri besar yang sehingga kini masih belum selesai.

Ketua polis negeri Datuk Ayub Yaakob berkata sejak dua tiga hari lepas, polis mengesan tindakan pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh dengan menyebarkan SMS mengaitkan isu itu dengan pihak istana sehingga menimbulkan keresahan dan kekeliruan rakyat, selain mencemarkan insitusi diraja itu sendiri.

"Kita minta rakyat di negeri supaya bersabar dengan keadaan sekarang dan jangan cuba menimbulkan sesuatu yang boleh membangkitkan keresahan masyarakat berhubung isu ini.

"Apa jua keputusan nanti dan siapa jua yang dilantik sebagai menteri besar, rakyat harus akur pemilihan yang dibuat," katanya.

Bernama memetik Ayub sebagai berkata polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa pun yang didapati membuat hasutan berhubung isu itu dalam apa jua bentuk termasuk SMS, menaikkan kain rentang, risalah ataupun percakapan yang boleh menganggu-gugat keamanan negeri.

Beliau berkata keadaan keselamatan di Terengganu secara keseluruhannya aman dan terkawal.

Semalam, polis menahan empat lelaki berusia 23 hingga 27 tahun kerana dipercayai membawa 20 helai kain rentang berunsur hasutan mengenai pelantikan menteri besar Terengganu di Jalan Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.

Dalam kejadian pada jam 1.45 pagi, keempat-empat mereka yang menaiki sebuah kenderaan ditahan ketika cuba memasang kain rentang itu, antaranya bertulis 'Daulat Tuanku Selamatkan Terengganu Darul Iman' serta 'Daulat Tuanku, Rakyat Berdiri Di Belakang DYMM Tuanku'.

Kesemua lelaki itu ditahan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Hasutan 1948 dan Akta Fitnah 1957.

Wakil Mas Gading pula keluar parti?

Oleh Malaysiakini
Jumaat, 21 Mac 2008

SELEPAS tersebar berita ahli parlimen Serian kecewa kerana tidak tersenarai dalam barisan kabinet dan mungkin menyertai pembangkang, kini ahli parlimen Mas Gading, kedua-duanya di Sarawak, pula diura-urakan berada dalam nasib yang sama.

Datuk Dr Tiki Lafe, dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), tidak dilantik semula menganggotai kabinet seperti diumumkan Selasa.

Bekas timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu kini bercuti dan enggan mengesahkan atau menafikan laporan beliau bakal meninggalkan BN.

Beliau dipandang tinggi dan berpengaruh luas apabila berjaya menang di lubuk pembangkang itu dengan menewaskan Dr Patau Rubis, seorang lagi ahli politik berpengaruh, pada 1999 dan 2004.

Sementara itu, seorang pengarang kanan akhbar harian memberitahu Malaysiakini hari ini, ada arahan agar tidak menyiarkan laporan atau kenyataan Tiki kerana ia boleh menggoncang kestabilan politik negeri itu.

Pengerusi BN negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikhabarkan "sangat tidak gembira" dengan perkembangan terbaru itu.

Sumber itu juga menyebut Tiki masih di Kuala Lumpur dan akan bertolak ke luar negara.

Tiba masa Melayu perlu ‘menderhaka’ dan ada ‘Majlis Presiden’ untuk UMNO


Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad petang ini mengutarakan konsep ‘Majlis Presiden’, sebagai badan penasihat rasmi dalaman UMNO, untuk memberikan pandangan dan teguran strategik kepada seorang Presiden UMNO. Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita selepas majlis pelancaran buku Allahyarham Tan Sri Basir Ismail “Management Astray: Resuscitation Ailing Organisation”.

dscn4178.jpg
Beliau masih lagi emnegaskan bahawa masih lagi ujud “Iklim Takut” (Climate of fear) dalam UMNO dan pemimpin dan ahli tidak berani bersuara dan berkata benar, walaupun keadaan meruncing seperti sekarang. “Selepas kekalahan dalam 5 + 1 negeri dan prestasi buruk BN/UMNO seluruh Negara, pemimpin UMNO masih lagi kata “Kami sokong Kepimpinan” ujar mantan Presiden UMNO untuk lebih 22 tahun itu.

Malah beliau mengulas bahawa dalam peringkat mesyuarat, termasuk Majlis Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO, semua pemimpin hanya berkata “Kami sokong Kepimpinan, tetapi dibelakang, ada antara mereka berjumpa saya dan mengatakan sebaliknya!”

Apabila diminta mengulas usaha mantan Naib Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah untuk mengajak 18,000 pemimpin UMNO peringkat Cawangan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), Tun Dr. Mahathir bersetuju kerana ianya tepat dan UMNO perlu membincangkan hala tuju UMNO dan orang Melayu. Terutama apabila berlaku keadaan ahli UMNO sendiri mengundi Pembangkang. “Ini berlaku bukan kerana ahli UMNO tidak sayang parti, ini berlaku kerana mereka tidak suka kepada Kepimpinan!” tegas beliau.

Tun Dr. Mahathir menjelaskan bahawa masa yang amat sesuai untuk orang Melayu ‘menegur’ Kepimpinan. Beliau member tafsiran sejarah bahawa orang Melayu pada masa silam amat taat dan tidak menderhaka kepada Raja dan akibatnya, orang Melayu terjajah selama 450 tahun. Hanya pada tahun 1946, orang Melayu berani bangkit, ‘menderhaka’ dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dan hasilnya, orang Melayu berjaya membebaskan diri dari belengu penjajahan.

Mungkin masanya amat sesuai bagi orang Melayu ‘merdehaka’ kembali, untuk mengembalikan ‘hak’ mereka.

Apabila diminta mengulas mengenai dua orang MP UMNO menolak jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Agung UMNO/BN dan Pengerusi UMNO/BN Selangor meletakan jawatan, Tun Dr. Mahathir berkata mereka berbuat demikian kerana “Tidak dapat jadi Menteri” dan menambah “Sepatutnya mereka memberikan alasan bahawa Perjuangan Bangsa lebih utama dan menolak Kepimpinan!”.

‘Majlis Presiden UMNO’ yang dicadangkan Tun Dr. Mahathir ini boleh dianggotai golongan professional dan bebas (independent), iaitu tidak semesti pemimpin politik, selagi mereka menjadi ahli UMNO. Apabila ditanya apakah ‘Tingkat Empat’ merupakan badan bertindak sebagai ‘Majlid Presiden UMNO’, beliau memberikan reaksi sinis bahawa “Mereka diturunkan oleh Malaikat (created by Angel)”. Kepada soalan cadangan agar penggal Kepimpinan dihadkan, beliau menjawab “Mungkin ianya bagus dan perlu dikaji. Tetapi ianya tiada makna sekerina Presiden UMNO dihadkan tempoh dan dalam tempoh masa itu, ‘mengatur’ agar menantunya akan mengambil alih sebagai Presiden selepas itu”


Yamin dan Polis Terengganu bekerjasama?

amdang81

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Siapa Yamin? info 1, info 2 dan info 3. Aku kira sedikit maklumat itu cukup untuk menggambarkan siapa dan bagaimana orangnya si Yamin itu. Mengikut sumber dari Besut, Yamin sekarang ini berada di Bandar Kuala Terengganu sejak 11 Mac lagi. Sumber itu turut memaklumkan Yamin dan beberapa kawannya menginap di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.

Kenapa Yamin datang ke Kuala Terengganu? Jawapannya mudah. Isu pelantikan MB Terengganu yang belum selesai memaksa Yamin datang ke KT. Yamin dipertanggungjawabkan khusus bagi memastikan tiada pihak yang cuba mengganggu proses pelantikan MB kepada Deris Jusoh. Di KT ini, Yamin dipercayai bekerjasama dengan Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Sabri Alwi @ Mat Kerak bagi mengawal kebangkitan pihak-pihak yang dikatakan cuba melawan Deris.

Beberapa hari lalu dikhabarkan ada pihak yang memasang banner bagi menyatakan sokongan kepada pihak Istana Terengganu dalam pemilihan MB yang baru. Bagaimanapun, banner-banner berkenaan telah dibuang serta merta oleh pihak-pihak yang dipercayai diterajui oleh Yamin dan Mat Kerak itu.

Semalam juga, 4 lelaki telah ditahan oleh pihak polis kerana dipercayai terlibat dalam pemasangan banner-banner berkenaan. Penahanan itu dilakukan kerana banner-banner berkenaan dikatakan mempunyai unsur-unsur hasutan.

Hairan juga mereka yang berhimpun mengapi-apikan perkauman dalam sehari dua ini dibenarkan berhimpun secara haram, dibenarkan menggantung banner-banner yang sebahagiaannya berunsur perkauman dan hasutan, namun tiada sebarang tangkapan pun dilakukan. Paling berat pun yang diberitakan adalah banner-banner tersebut dirampas polis. Sedangkan hasutan yang dilakukan oleh 'beruk-beruk di jalan raya' (mengambil istilah yang digunakan KJ) adalah jelas dan terang bentuknya.

Ini jauh berbeza dengan banner-banner yang digantung sebelum ini oleh sesetengah pihak di Terengganu sebelum ini dan yang dirampas semalam. Antara perkataan yang tertulis hanya berbunyi "Daulat Tuanku, Selamatkan Terengganu Darul Iman dan Daulat Tuanku, Rakyat Berdiri Di Belakang DYMM Tuanku", definisi hasutan tidak hadir dengan secara jelas.

Sedangkan banner terbabit sepatutnya dilihat suatu sokongan rakyat kepada Tuanku dan pihak Istana Terengganu dalam memutuskan siapa MB Terengganu. Samada rakyat dari penyokong BN mahupun dari penyokong pembangkang, situasi ini perlu dilihat secara sihat kerana Deris Jusoh dilihat benar-benar tidak diperkenan oleh pihak istana. Apakah mahu dilihat jika berjalan pemerintahan nanti situasi bermasam muka antara pihak istana dan MB?

Di sinilah yang dilihat sebagai campurtangan Yamin dalam mengendalikan dan mengawal 'keamanan' di Bandaraya Kuala Terengganu ini. Sebelum ini di Besut petugas Majlis Daerah Besut (MDB) dipaksa membuang segala poster ceramah dan risalah yang ditampal di mana-mana tempat yang agak terbuka di daerah tersebut.

Penolakan Deris sebagai MB perlu dilihat oleh rakyat Terengganu dengan penuh rasa sedar dan insaf. Jika baik, cantik dan berwibawa sudah tentu disenangi semua pihak. Jika ditolak dan penolakan yang berlaku itu pula secara bersungguh-sungguh, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena. Lebih-lebih lagi pihak yang menolak itu tahu selok belok yang berlaku dalam pentadbiran Deris sebelum ini.
Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising