Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Friday, March 21, 2008

Bertanding atau kekalkan presiden

Selain menegaskan sekali lagi kesediaannya untuk mencabar jawatan presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah kelihatan tidak senang dengan tanggapan bahawa kedudukan teratas parti tidak wajar ditandingi, antaranya kerana bimbang perpecahan.

"Kalau kita takut macam tu, tak payahlah ada pemilihan, kita pilihlah jawatan presiden seumur hidup, jawatankuasa bahagian dan cawangan pun sama juga, kalau takut berpecah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa bahagian Umno Gua Musang hari ini.

"Lepas itu kita semua pakat-pakat doa supaya dia (presiden) jangan sakit dan mati supaya dia dapat berkuasa seumur hidup. Orang Melayu ni penakutkah sekarang? Hadapilah cabaran."

Beliau sebelum ini pernah menggesa kajian semula peruntukan 30 peratus sokongan daripada 210 bahagian diperlukan bagi melayakkan seseorang bertanding jawatan nombor satu Umno.

Ahli parlimen Gua Musang gagal memperolehi sokongan sebanyak itu pada 2004 walaupun berminat bersaing merebut kerusi presiden Umno.

Peratusan itu mula diperkenalkan selepas Umno baru ditubuhkan susulan pembubaran Umno pada 1988 - akibat perpecahan dua kumpulan besar sewaktu Tengku Razaleigh mencabar presiden ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain peruntukan itu, sentiasa ada usul dikemukakan agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak ditandingi dengan alasan pertandingan boleh memecah-belahkan Umno.

Semalam Tengku Razaleigh, yang mesra dipanggil Ku Li, secara mengejut mengisytiharkan hasrat untuk bertanding di tengah-tengah kekalutan parti itu menerima hakikat kekalahan memalukan dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Mengulas keupayannya untuk mendapat 30 peratus sokongan, Tengku Razaleigh hari ini berkata: "Keputusan (beliau bertanding) ini bergantung kepada sejauh mana anggota Umno mahukan perubahan dan jika tidak, tidak apalah (tidak bertanding)."

Mengulas usulnya agar Umno mengadakan mesyuarat agung luar biasa untuk membincangkan isu kekalahan teruk Umno dan BN pada pilihanraya umum 8 Mac, Tengku Razaleigh berkata 26,000 pucuk surat diedarkan kepada semua ketua bahagian, ahli jawatankuasa bahagian dan ketua cawangan di seluruh negara.

Di peringkat Gua Musang, bahagian itu akan mengadakan mesyuarat khasnya pada 4 April untuk meluluskan usul mengadakan perhimpunan agung khas tersebut.

Datuk Mohd Zaid Ibrahim, bekas ketua bahagian Umno Kota Bharu, sewaktu diwawancara Malaysiakini berkata langkah pertama memulihkan suara akar umbi dalam parti itu ialah, antaranya, menghapuskan sistem kuota pencalonan untuk jawatan tinggi dalam Umno.

“Lagi pun, tanpa kuota tersebut pun, bukan ada yang berminat untuk bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden.

"Tapi tanpa sekatan kouta seperti itu, akan terserlah demokrasi dalam Umno dan ahli akar umbi lebih bebas bersuara dan membuat pilihan," kata Zaid, yang baru dilantik menteri di Jabatan Perdana Menteri, sewaktu ditemubual minggu lepas.

Selain jawatan presiden, parti itu menetapkan kuota pencalonan 20 peratus untuk jawatan timbalan presiden, naib presiden (10 peratus) dan ahli majlis tertinggi (5 peratus).

Pada masa ini, tambah Zaid, corak kepimpinan Umno bersifat "dari atas ke bawah", menyebabkan ahli dan penyokong Umno merasakan suara mereka tidak didengar dan tidak diberi perhatian sewajarnya.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising