Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, March 20, 2008

Kerajaan Barisan Rakyat terbit akhbar sendiri

Thursday, 20 March 2008

(KLPOS) - DALAM satu langkah drastik yang realistik, Barisan Rakyat yang diterajui oleh PKR, PAS dan DAP di lim negeri termasuk Kelantan akan memulakan langkah menerbitkan akhbar mereka sendiri. Tindakan itu dipercayai sebagai tindak balas terhadap laporan tidak seimbang oleh media tempatan terhadap Barisan Rakyat.

Naib Presiden kanan PKR, Azmin Ali memberitahu KLpos.com bahawa langkah memulakan penerbitan sendiri tersebut sudah dibincangkan pemimpin utama ke tiga-tiga parti yang menguasai lima negeri.

"Insyallah pelan tindakan akan dimulakan serta-merta bahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sudah mengumumkan perkara ini dalam pertemuan bersama ADUN dan Ahli Parlimen parti baru-baru ini," katanya.

Menurut beliau, pembiayaan untuk media terbabit akan diambil dari peruntukan khas untuk penerbitan dari setiap kerajaan negeri.

"Dana tersebut akan digabungkan dan digunakan untuk mewujudkan media kita sendiri tanpa bergantung kepada media massa sedia ada," katanya.

Menjawab soalan mengenai permit pencetakan yang disyaratkan untuk menerbitkan akhbar di Malaysia, kata Azmin, "Ini akhbar gabungan kerajaan negeri, bukan swasta, jadi tiada sebab permitnya hendak ditolak, dan memang setiap kerajaan negeri mempunyai penerbitan mereka sendiri,".

Tambah Azmin lagi, akhbar terbabit akan dijual di pasaran terbuka dan merupakan sumber pendapatan tambahan kepada setiap kerajaan negeri.

Sementara itu, sumber KLpos yang enggan dinamakan memberitahu, seorang bekas ketua pengarang akhbar arus perdana diberikan tanggungjawab oleh Anwar Ibrahim merealisasikan perkara tersebut.

"Beliau akan mewujudkan memulakan kerja terbabit secepat mungkin," kata sumber itu.

"Mungkin diperingkat awal kita mulakan di Selangor dulu," tambahnya.

Kewujudan akhbar terbabit, yang dipercayai akan turut disertakan dengan laman web dan unit web TV, dijangka akan menyebabkan hagemoni maklumat yang selama ini dimonopoli oleh media arus perdana berakhir

MP Serian keluar BN, sertai PKR?

Ahli parlimen Serian, Richard Riot telah keluar dari Supp - parti komponen Barisan Nasional (BN) - bersama ramai ahli parti itu dari kawasannya selepas beliau tidak dilantik sebagai timbalan menteri di peringkat pusat.

Richard, seorang Bidayuh, telah menjadi ahli parlimen Serian selama lima penggal. Beliau menang kerusi Serian sebagai calon bebas pada 1990 dan menyertai Supp untuk mengekalkan kerusinya sebagai ahli parlimen BN kerana Serian merupakan kerusi tradisi Supp.

Richard menyerahkan surat keluar parti kepada Presiden Supp, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam pada hari yang sama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan barisan kabinetnya.

Seorang ahli veteran parti itu, yang bertindak sebagai jurucakap ahli parlimen Serian itu, mengesahkan kepada Malaysiakini desas-desus bahawa Richard telah keluar parti bersama ramai penyokongnya dari lima cawangan Supp kawasan tersebut.

Setiap cawangan mempunyai lebih 1,000 ahli.

Jurucakap tersebut yang tidak mahu namanya disebut berkata, selepas surat itu diserahkan kepada Chan, presiden Supp itu menghantar setiausaha agungnya, Sim Kheng Hui pergi memujuk Richard.

"Tetapi Richard tidak dapat ditemui," tambahnya.

Menurut jurucakap itu lagi, ramai ahli Supp di Serian, sebahagian besarnya suku kaum Bidayuh, telah memulangkan kad keahlian mereka dan menghantarnya dalam sebuah beg kepada presiden parti bersama dengan surat keluar parti.

Bendera parti Supp di pejabat Serian telah diturunkan dan dibakar oleh ahli-ahli yang marah.

'Tidak dipenting'

Dalam suratnya itu, Richard dikatakan telah memberitahu Chan - salah seorang timbalan ketua menteri Sarawak - bahawa parti itu tidak mementingkan kaum Dayak.

Chan dituduh mengemukakan empat nama dari parti tersebut untuk pertimbangan perdana menteri sedangkan beliau (Chan) sendiri tahu kuota untuk parti itu hanya tiga jawatan - seorang menteri penuh dan dua timbalan menteri.

Empat nama tersebut ialah ahli parlimen Miri, Datuk Peter Chin, Datuk Robert Lau (Sibu), Datuk Yong Khoon Seng (Stampin) dan Richard Riot.

Richard memang kerusi Serian untuk penggal kelima dengan majoriti besar 13,427 undi, mengalahkan calon Snap, Sylvester Belayong Jayang. Parlimen Serian mempunyai 27,901 pemilih berdaftar - 80 peratus daripadanya suku kaum Bidayuh.

Ekoran keputusan Richard itu, Supp kini hanya mempunyai lima ahli parlimen - semua kaum Cina. Parti itu kalah kerusi parlimen (Bandar Kuching) kepada penyandang dari DAP, Chong Chieng Jen.

Richard tidak dapat dihubungi tetapi jurucakapnya memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah pulang ke kampungnya dan tidak akan menemui sebarang pemimpin Supp.

Beliau dijangka menjadi ahli parlimen bebas walaupun terdapat laporan yang mengatakan beliau telah menunjukkan minat untuk menyertai PKR.


Perisik BN siasat wakil lompat parti

Perdana Menteri yakin wakil-wakil BN tidak akan melompat kepada parti-parti pembangkang, Umno bagaimanapun akan menyiasat kemungkinan wujudnya usaha berbuat demikian dalam kalangan pemimpin Umno.

Setiausaha agung baru Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihaknya akan menghantar ejen risikan untuk memastikan dakwaan bahawa kini wujud percubaan memujuk ahli-ahli parlimen meninggalkan BN.

"Wakil-wakil rakyat kita sedar bahawa BN dan Umno satu-satunya gabungan dan parti untuk mereka," katanya hari ini.

Beliau bagaimanapun memberi amaran kepada parti pembangkang agar "jangan jadi bodoh" untuk menghasut wakil-wakil BN melompat parti, lapor laman web Star Online.

Tengku Adnan mengulas kenyataan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pihaknya menyambut baik wakil-wakil rakyat BN yang ingin berpindah parti.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini dilaporkan menyedari usaha memujuk wakil-wakil BN lompat parti dan yakin tiada sebab kerajaan pimpinannya tumbang kerana ia kuat dan mendapat sokongan rakyat.

Sementara agensi berita Bernama melaporkan BN akan mengirim pasukan risikannya ke Sabah dan Sarawak tidak lama lagi untuk .

Memetik kenyataan Tengku Adnan, laporan itu menyebut BN memerlukan maklumat sahih untuk menilai perkembangan mutakhir.

"Maklumat yang diterima setakat ini ada yang sahih dan tidak sahih. Ada kata gini, ada kata gitu," beliau dipetik sebagai berkata.

Usaha menarik wakil BN kepada pembangkang muncul selepas parti itu gagal memperolehi majoriti dua pertiga, sementara parti-parti pembangkang pula hanya memerlukan 30 kerusi di Dewan Rakyat untuk memerintah dengan majoriti mudah.

BN mendapat 140 kerusi dan pembangkang 82 kerusi parlimen.

lim guan engMengulas isu yang sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, dan juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng hari ini meminta Perdana Menteri membuat laporan polis jika ada bukti parti pembangkang "membeli" wakil-wakil BN.

Lim berkata, ia harus dilaporkan kepada polis kerana "membeli" wakil rakyat satu kesalahan di sisi undang-undang dan dianggap rasuah.

"Kalau ada bukti, saya harap beliau boleh tunjukkan supaya tindakan boleh diambil," katanya selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri itu.

Lim menafikan DAP terlibat dalam kegiatan seumpama itu.

Beberapa hari lalu, Anwar menyatakan beliau kini sedang mengadakan rundingan dengan sejumlah wakil BN yang berhasrat berpindah parti.

"Mereka datang dan mendekati kita," kata Anwar.

Bekas timbalan perdana menteri itu menambah, beliau telah bercakap dengan "sejumlah" wakil rakyat BN dan memaklumkan bahawa sokongan mereka tidak akan diberikan ganjaran.

"Jika mereka mahu menukar parti dengan sejumlah harga, nampaknya mereka telah memilih parti yang salah," katanya.

Tambahnya, mereka dialu-alukan beralih parti "jika mereka menerima agenda kita".

Anwar mengesahkan beliau kini sedang mendapatkan dukungan ahli-ahli parlimen BN dari Malaysia timur, kumpulan sokongan besar yang boleh menumbangkan parti itu jika berlaku pertukaran parti.

DEB punca Melayu tolak BN

Seorang pemimpin veteran MCA berkata keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu menunjukkan orang Melayu menyahut seruan reformasi dan menyedari Dasar Ekonomi Baru (DEB) menjadi punca utama kronisme dan rasuah.

Ketua MCA PJ Utara, Dr Wong Sai Hou berkata, keputusan kali ini juga menunjukkan penyokong Barisan Nasional (BN) semakin kehilangan kepercayaan terhadap pemimpin parti masing-masing.

Beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendapat kemenangan besar pada 2004 tetapi tidak menunaikan janjinya untuk membersihkan pertadbiran kerajaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, ia diburukkan lagi dengan kedudukan MCA, Gerakan dan MIC yang menjadi makin tidak penting, dengan Umno mendominasi BN.

Dalam pilihanraya umum kali ini juga, katanya, orang Melayu menyahut seruan reformasi menyedari bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) menjadi punca utama kronisme dan rasuah.

Supaya kekal relevan, katanya, BN mesti menangani semua isu-isu yang dibangkitkan sewaktu kempen pilihanraya umum lalu.

Wong pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kg Tunku selama dua penggal.

Bagaimanapun, dalam pilihanraya umum kali ini, beliau telah digugurkan dan digantikan oleh muka baru dari MCA, Sheah Kok Fah.

Sheah kalah kepada calon DAP, DAP's Lau Weng San dengan majoriti 7,977 undi.

Kematangan politik

Wong juga menyifatkan keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu yang menyaksikan BN kalah teruk, dengan "jelas menunjukkan bahawa rakyat telah mencapai kematangan politik yang sangat tinggi".

"Untuk pertamakalinya dalam tempoh 51 tahun, kita melihat pemilih Cina mengundi calon-calon DAP dan pemilih Melayu mengundi calon DAP," katanya.

Namun begitu, katanya, parti-parti komponen BN - Umno, MCA, Gerakan dan MIC masih terus meneruskan mengamalkan garis politik perkauman.

Ini, tegas Wong, jelas menunjukkan bahawa mereka masih belum sedar apakah punca kekalahan mereka dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

"Jika masih terus memimpin parti masing-masing mengikut garis kaum seperi sekarang, memainkan sensitiviti emosi, lima tahun lagi, BN mungkin beralih menjadi sebuah parti pembangkang," katanya.

Dalam pilihanraraya umum tersebut, BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat apabila hanya memenangi 140 daripada 222 kerusi Parlimen.

BN juga turut kehilangan empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor kepada barisan pembangkang.

Manakala PAS pula berjaya mengekalkan penguasaannya di Kelantan, dengan tambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pertarungan Ku Li-Abdullah kuburkan Umno?

Umno akan sekali lagi dilanda 'tsunami politik' seperti yang berlaku pada 1987 jika jawatan presiden dipertandingkan dalam pemilihan Umno kali ini, kata seorang pemimpin kanan Umno Perlis.

Ketua penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh menegaskan demikian ketika diminta mengulas hasrat bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah untuk mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pemilihan Umno yang dijangka diadakan Ogos ini.

Pada 1987, Tengku Razaleigh yang popular dengan panggilan Ku Li, mencabar presiden Umno ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi kalah dengan majoriti kecil.

Akibatnya berlaku perpecahan dalam Umno sehingga parti diheret ke mahkamah yang kemudiannya mengisytiharkan parti orang Melayu itu sebagai haram.

Berikutan itu, Dr Mahathir menubuhkan Umno (baru) manakala Ku Li menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (S46).

Bagaimanapun, S46 dibubarkan dan Ku Li serta pengikutnya kembali ke pangkuan Umno selepas pilihanraya umum 1995.

Hashim bimbang jika Ku Li sekali lagi mencabar jawatan presiden dalam perhimpunan akan datang, Umno akan menjadi punah-ranah, malah lebih teruk dari tragedi 1987.

"Kita kena ingat setiap pemimpin ada penyokongnya. Apa akan berlaku jika penyokong Abdullah dan Ku Li bertembung dalam pemilihan kali ini?" katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sedia dicalonkan

Semalam, Ku Li menyuarakan secara terbuka hasratnya untuk menentang Abdullah untuk jawatan presiden jika pencalonannya cukup untuk melayakkannya bersaing merebut jawatan tertinggi Umno itu.

"Terpulang kepada bahagian-bahagian Umno, kalau mereka mencalonkan saya dan cukup 30 peratus maka saya sedia untuk bertanding jawatan presiden," katanya dalam satu sidang akhbar di Kota Bharu.

Menurut Ku Li, beliau bersedia memikul tanggungjawab untuk memulihkan Umno yang kalah teruk dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu di mana Barisan Nasional (BN) gagal mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan kehilangan empat lagi negeri - Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor - kepada barisan pembangkang.

Manakala PAS pula berjaya mengekalkan Kelantan dengan pertambahan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Lagi pula, tegas Hashim lagi, parti pembangkang yang pernah kalah teruk dalam pilihanraya umum tidak pernah menukar presiden parti.

"Kita (Umno) kena buat secara berhemah dan dalam keadaan sekarang tidak boleh bertindak untuk melemahkan lagi parti," katanya lagi.

Manakala timbalan menteri jabatan perdana menteri, Datuk Hassan Malek juga sependapat dengan Hashim bahawa Umno akan berpecah jika Ku Li mencabar Abdullah untuk jawatan presiden parti seperti yang berlaku pada 1987.

Bagaimanapun, katanya, adalah hak Ku Li untuk bertanding jawatan presiden Umno dan pihak-pihak lain tidak boleh menghalangnya.

"Tetapi bagi saya, dalam keadaan Umno sekarang, sangat wajar jawatan presiden parti tidak dipertandingkan," kata Hassan yang juga timbalan ketua Umno bahagian Kuala Pilah.

Shahrir: Menteri perlu lebih agresif

Shahrir Abdul Samad adalah seorang yang sentiasa bersikap terbuka dan menjadi pengkritik utama terhadap cara pentadbiran kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terutama mengenai isu-isu yang berkaitan dengan soal kecekapan dan integriti.

Shahrir: Menteri perlu lebih agresif Beh Lih Yi | Mar 20, 08 5:02pm Datuk Shahrir Abdul Samad adalah seorang yang sentiasa bersikap terbuka dan menjadi pengkritik utama terhadap cara pentadbiran kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terutama mengenai isu-isu yang berkaitan dengan soal kecekapan dan integriti.

Antaranya, Shahrir mengkritik cara kerajaan mengendalikan kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang bernilai RM4.6 bilion, pembelian kapal peronda luar pantai bernilai RM6.75 bilion dan kontroversi penggabungan ECM Libra Avenue.

Sebagai tanda kecewanya, beliau telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) pada 2006 apabila ahli-ahli parlimen BN tidak menyertainya menyokong usul pembangkang untuk "memelihara autonomi parlimen dan maruah ahli-ahli parlimen".

Dan Selasa lalu, Shahrir yang juga pernah mempengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), dilantik menganggotai kabinet baru yang diumumkan oleh Abdullah.

Shahrir dilantik menerajaui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-ehwal Pengguna dan ini telah mengejutkan banyak pihak.

"...saya tidak rasa apa-apa," kata ahli parlimen Johor Bahru, yang kini berusia 58 tahun, dalam temubual melalui telefon dengan Malaysiakini pada malam pelantikannya itu.

Shahrir kembali menganggotai kabinet selepas dua dekad. Jawatan terakhirnya dalam kabinet ialah menteri Wilayah Persekutuan pada 1987.

Turut dilantik menganggotai kabinet kali ini ialah seorang lagi tokoh kontroversi, bekas ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim, yang kini dilantik sebagai senator.

Shahrir dan Zaid dianggap 'reformis' dalam Umno.

Menurut Shahrir, beliau dimaklumkan oleh perdana menteri mengenai pelantikannya itu pada kira-kira jam 11 pagi Selasa - sejam sebelum barisan kabinet baru diumumkan.

Bagaimanapun, katanya, pada masa ini Abdullah tidak memberitahu jawatan menteri yang bakal disandangnya.

Dengan pelantikan dalam kabinet itu, Shahrir terpaksa melepaskan pemilikan syarikat golf yang dikendalikannya di Kuala Lumpur.

Dalam temubual dengan Malaysiakini itu, Shahrir - yang mempunyai blog dan lamanweb sendiri - berkata beliau sedang sibuk menjawab kira-kira 400 SMS mengucap tahniah kepadanya.

Antaranya, Shahrir mengkritik cara kerajaan mengendalikan kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang bernilai RM4.6 bilion, pembelian kapal peronda luar pantai bernilai RM6.75 bilion dan kontroversi penggabungan ECM Libra Avenue.

Sebagai tanda kecewanya, beliau telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) pada 2006 apabila ahli-ahli parlimen BN tidak menyertainya menyokong usul pembangkang untuk "memelihara autonomi parlimen dan maruah ahli-ahli parlimen".

Dan Selasa lalu, Shahrir yang juga pernah mempengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), dilantik menganggotai kabinet baru yang diumumkan oleh Abdullah.

Shahrir dilantik menerajaui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-ehwal Pengguna dan ini telah mengejutkan banyak pihak.

"...saya tidak rasa apa-apa," kata ahli parlimen Johor Bahru, yang kini berusia 58 tahun, dalam temubual melalui telefon dengan Malaysiakini pada malam pelantikannya itu.

Shahrir kembali menganggotai kabinet selepas dua dekad. Jawatan terakhirnya dalam kabinet ialah menteri Wilayah Persekutuan pada 1987.

Turut dilantik menganggotai kabinet kali ini ialah seorang lagi tokoh kontroversi, bekas ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim, yang kini dilantik sebagai senator.

Shahrir dan Zaid dianggap 'reformis' dalam Umno.

Menurut Shahrir, beliau dimaklumkan oleh perdana menteri mengenai pelantikannya itu pada kira-kira jam 11 pagi Selasa - sejam sebelum barisan kabinet baru diumumkan.

Bagaimanapun, katanya, pada masa ini Abdullah tidak memberitahu jawatan menteri yang bakal disandangnya.

Dengan pelantikan dalam kabinet itu, Shahrir terpaksa melepaskan pemilikan syarikat golf yang dikendalikannya di Kuala Lumpur.

Dalam temubual dengan Malaysiakini itu, Shahrir - yang mempunyai blog dan lamanweb sendiri - berkata beliau sedang sibuk menjawab kira-kira 400 SMS mengucap tahniah kepadanya.

Jangan layan ajakan Umno musuhi bukan Melayu - Dato' Mahfodz

KLUANG, 19 Mac (Hrkh) : Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr Mahfodz Mohamad, mengingatkan orang Melayu agar tidak terpengaruh dengan ajakan Umno supaya orang Melayu memusuhi kaum-kaum lain.

"Ini adalah propaganda jahat mereka semata-mata bagi mencetuskan ketegangan kaum berikutan kekalahan teruk mereka pada Pilihan raya Umum baru-baru ini," katanya di sini.

"Sekiranya ketegangan kaum ini berjaya diwujudkan maka mudahlah bagi mereka untuk meneruskan agenda jahat mereka," katanya semasa berucap pada majlis meraikan petugas dan pengundi di Parlimen Simpang Renggam, yang diadakan di Kampung Shari, Simpang Renggam, dekat sini.

Hadir sama pada majlis ini adalah calon PAS yang bertanding di Parlimen Simpang Renggam dan Dun Macap, Ustaz Atan Gombang dan Ustaz Abdullah Hussein serta Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Atiah Ahmad.

Lebih 500 penyokong PAS yang terdiri dari berbagai kaum serta petugas PAS dan Barisan Alternatif (BA) yang telah bertungkus lumus pada PRU lalu menghadiri majlis yang diadakan seawal jam lima petang hingga 11.30 malam ini.

Menurut Dato' Mahfodz, PAS tidak pernah memusuhi mana-mana kaum dan agama, ini terbukti dengan wujudnya kerjasama erat antara kaum India dan Tionghua semasa PRU lalu.

"Bahkan hasil kerjasama yang sangat baik ini telah menghasilkan jumlah peningkatan undi yang begitu tinggi diperolehi calon-calon PAS, DAP dan KeADILan yang bertanding pada pilihan raya kali ini," katanya.

Katanya, Islam tidak pernah mengajar umatnya memusuhi bangsa atau penganut agama lain sebaliknya, Islam mendidik umatnya supaya berbaik-baik serta menjalin hubungan muhibbah dengan semua bangsa dan agama.

"Hari ini kaum-kaum lain di negara ini sudah memahami hakikat ini, sebab itu pada PRU baru-baru ini, secara terbuka mereka memberikan sokongan yang sangat baik kepada pakatan BA," ujarnya.

Dato' Mahfodz yang turut bertanding di Dun Bukit Serampang, pada PRU ini, melahirkan rasa terharu di atas perubahan sikap di kalangan orang bukan Islam yang bersedia untuk bersama dengan PAS.

"Perubahan sikap yang begitu mendadak di kalangan bukan Islam terhadap PAS yang berlaku hari ini tidak pernah berlaku sebelum ini, suasana yang berlaku mutakhir ini membuktikan bahawa PAS memang relevan bagi semua kaum dan agama," katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru setiap pimpinan PAS di semua peringkat agar memanfaatkan sepenuhnya perubahan sikap rakyat berbilang kaum ini.

"Jangan lepaskan peluang ini, mulakan gerak kerja bagi memantapkan lagi kekuatan sedia ada," ujarnya lagi. - mns

Rakyat tertipu jika fikir Khairy lemah

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Majoriti rakyat yang dikatakan amat membenci menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin "tertipu" jika merasa yakin bahawa Ahli Parlimen Rembau yang kian dipertikai kemenangannya itu telah lemah pengaruhnya.

Menurut sumber yang rapat dengan kepimpinan Umno, selepas agak terkejut dengan kekalahan besar Barisan Nasional (BN) di Semenanjung dalam pilihan raya 8 Mac lalu, "hampir 80 peratus kapal besar Khairy telah dibaiki".

"Khairy bukan sahaja mengukuhkan kembali kekuatannya di dalam Umno, malah beliau juga memperluaskan pengaruhnya dalam beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

"Pengaruhnya dalam Pekida (Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia), tidak kiralah yang rasmi atau tidak rasmi, sudah kukuh kembali," kata sumber tersebut yang mensyaratkan identitinya tidak didedahkan.

Ketika ditanya sejauh manakah benarnya dakwaan beliau, sambil tertawa sumber itu berkata: "You tunggu 'next change'".

Beliau bagaimanapun enggan mengulas apa yang beliau maksudkan dengan "next change".

"Mana boleh orang PAS tahu! Tapi you tahu atau tidak siapa yang kumpul begitu ramai penyokong di Seri Perdana (9 Mac lalu) selepas umum keputusan (pilihan raya).

"You jangan cuba underrate (perkecilkan)," katanya sambil ketawa.

Ketika ditanya benarkah pihak luar yang menjadikan Khairy "ayam tambatan" mereka sedang berusaha keras untuk memulihkan kedudukan Khairy, beliau terus berkata: "You kalau nak info (maklumat), jangan tanya soalan mengarutlah".

Menjawab pertanyaan mengapa hampir tidak ada "budak Khairy" di dalam kabinet, beliau berkata: "Takkan selama-lamanya Pak Lah nak dengar nasihat (bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun) Musa (Hitam)".

Hanya dua orang sahaja yang dilihat sebagai "budak Khairy" yang berada di dalam kabinet, iaitu Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Sumber yang rapat dengan kepimpinan Umno itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kehebohan yang mendakwa Musa telah merajuk dan enggan memberikan pandangan kepada Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Musa didakwa merajuk kerana anak Abdullah, Datuk Kamaluddin Abdullah tiba-tiba masuk dan menuntut kehendaknya ketika Musa sedang memberikan pandangannya kepada Perdana Menteri yang dituntut berundur.

Musa dikatakan terus bangkit dan keluar selepas tindakan Kamaluddin itu.

Sumber itu tetap menekankan bahawa kabinet yang baru diumumkan Abdullah 15 Mac lalu ada kaitan dengan nasihat Musa.

Tetapi, katanya, itu tidak bermakna Khairy tidak ada pengaruh langsung dalam kabinet itu.

"You tahu apa sebab (Datuk Seri) Rafidah (Aziz) kena buang (tidak dilantik semula di dalam kabinet)?" tanya beliau.

Ketika ditanya apakah punca keengganan Abdullah melantik semula Rafidah, sumber itu mengaitkan tindakan tersebut dengan surat setebal 16 halaman yang dihantar oleh Rafidah kepada Abdullah.

Surat itu dikatakan menghentam menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin yang menurut sumber itu dianggap punca kekalahan teruk Umno di Semenanjung.

Sebelum ini, beberapa blog mendakwa, Rafidah adalah antara penghalang utama rancangan Abdullah untuk melantik menantunya sebagai anggota kabinet.

Menurut dakwaan itu, apabila Abdullah mengumumkan keinginannya untuk melantik Khairy di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang lalu, beliau mendapat bantahan yang hebat.

Rafidah dan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan penentang yang paling lantang membantah perlantikkan Khairy ke dalam kabinet.

Rafidah yang paling marah sehingga menghentak meja, tegas dengan pendiriannya bahawa Khairy adalah "perosak Umno".

Raja Dr. Nazrin Shah sindir Abdullah?

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Ketika umat Islam di negara ini meraikan ulang tahun keputeraan Nabi Muhammad s.'a.w., Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilihat menerima satu lagi tamparan yang hebat.

Mereka yang menghadiri sambutan Maulidur Rasul di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini menyifatkan ucapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah sebagai sindiran kepada Abdullah ketika parti pimpinannya mengalami kekalahan besar di Semenanjung, kata seorang ahli PAS yang menghadiri majlis tersebut.

Menurut Raja Dr. Nazrin Shah, sikap pemimpin yang hilang pedoman ketika berkuasa adalah punca kejatuhan sesebuah empayar dan negara sebagaimana yang tercatat dalam sejarah.

Menurut baginda, sejarah turut mencatatkan ramai insan yang mendapat peluang menjadi pemimpin tetapi hanya sedikit di kalangan mereka yang berjaya mencipta sejarah dan membina tamadun bangsa.

"Ada di antaranya yang terleka, ada yang tersalah haluan, ada yang tersalah diberi nasihat, ada yang tersalah langkah dan ada yang tersalah perkiraan.

"Justeru, sejarah berkaitan kepimpinan dan pemimpin itu sewajibnya dijadikan asas rujukan oleh ummah hari ini bagi mempelajari daripada kesalahan dan menjauhi daripada mengulangi kesilapan yang sama," kata baginda semasa merasmikan sambutan tersebut.

Bagaimanapun, kata ahli PAS itu, ada di kalangan hadirin melihat ucapan Raja Dr. Nazrin Shah itu sebagai ingatan kepada kerajaan rakyat yang baru di negeri itu.

Barisan Nasional kehilangan majoriti dua pertiga selepas hanya mampu memenangi 140 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Malah, parti yang dilihat semakin dibenci rakyat itu turut kehilangan kuasa di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor serta gagal merampas Kelantan.

Umno Selangor akan tuntut Abdullah berundur

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Badawi dilihat semakin hampir kepada saat penghujung kekuasaannya.

Ketika Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah secara terbuka menawarkan diri untuk dicalonkan mencabar Abdullah sebagai Presiden Umno, muncul pula laporan bahawa Umno Selangor akan menuntut Perdana Menteri berundur.

Menurut seorang blogger Umno, The "thirteen million plus Ringgit" guy (bigdogdotcom.wordpress.com), hanya dua bahagian sahaja di dalam Umno Selangor yang tidak terlibat dengan cadangan itu.

"Semalam, semua Bahagian Umno Selangor kecuali Tanjung Karang dan Sepang bersetujui untuk mencadangkan PM 'Flip-Flop' Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur dari semua jawatan politik, setelah BN Selangor mengalami kekalahan buruk dan untuk pertama kali, kerajaan Selangor diperintah oleh pembangkang, yang diketuai PKR," kata beliau dalam posting bertajuk "Dr. Khir Toyo berundur, Ku Li sedia cabar PM 'Flip-Flop' Abdullah" bertarikh 19 Mac.

Mengenai perletakan jawatan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno dan BN Selangor, The "thirteen million plus Ringgit" guy menyatakan, "dikhabarkan bahawa hanya 9 dari 22 Bahagian Umno Selangor meminta Dr Khir melepaskan jawatan tertinggi Umno negeri itu".

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, BN hanya mampu memenangi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima kerusi Parlimen di Selangor.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 15 kerusi DUN dan sembilan Parlimen manakala DAP 13 DUN dan empat Parlimen sementara Pas menang lapan DUN dan empat Parlimen.

Sementara itu, KL Pos melaporkan, lima cawangan Umno di Kampung Bukit Sungai Putih Ampang akan dibubarkan dengan semua ahlinya akan menyertai PKR dalam satu majlis khas pada 23 Mac ini. - abmr/ mr

Abdullah kecewa Rafidah tidak undur

Abdullah kecewa Rafidah tidak undur

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan sangat kecewa dengan keputusan Datuk Seri Rafidah Aziz yang enggan meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno.

Menurut sumber yang rapat dengan kepimpinan Umno, setelah dikatakan kecewa kerana tidak dilantik dalam kabinet baru Abdullah, Rafidah pada mulanya hendak meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, atas nasihat tokoh veteran Umno, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu membatalkan hasratnya.

Menurut sumber itu lagi, kehadiran Rafidah dalam mesyuarat-mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno selepas ini akan memburukkan lagi pertembungan antara beliau dengan Abdullah.

Ketika ditanya apakah punca keengganan Abdullah melantik semula Rafidah, sumber itu mengaitkan tindakan tersebut dengan surat setebal 16 halaman yang dihantar oleh Rafidah kepada Abdullah.

Surat itu dikatakan menghentam menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin yang menurut sumber itu dianggap punca kekalahan teruk Umno di Semenanjung.

Sebelum ini, beberapa blog mendakwa, Rafidah adalah antara penghalang utama rancangan Abdullah untuk melantik menantunya sebagai anggota kabinet.

Menurut dakwaan itu, apabila Abdullah mengumumkan keinginannya untuk melantik Khairy di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang lalu, beliau mendapat bantahan yang hebat.

Rafidah dan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan penentang yang paling lantang membantah perlantikkan Khairy ke dalam kabinet.

Rafidah yang paling marah sehingga menghentak meja, tegas dengan pendiriannya bahawa Khairy adalah "perosak Umno".

Dalam sidang akhbarnya semalam, Rafidah berkata, beliau terkejut, kecewa dan sedih apabila tiada seorang pun pemimpin wanita (Umno), termasuk dirinya, dilantik menganggotai kabinet yang diumumkan semalam.

"(Pergerakan) Wanita tidak pernah lihat dalam sejarah kabinet negara, tiada wakil Wanita tetapi saya tidak tanya Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) mengenai perkara itu.

"Ketua Wanita MCA ada (dalam kabinet), ketua Wanita Umno tiada. Tetapi tidak sedap pula bercakap hal ini.

"Tetapi saya ketua Wanita Barisan Nasional (BN), saya tidak protes kepada Perdana Menteri. Malulah saya hendak jawatan," katanya dalam sidang media di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di sini semalam.

Wartawan penuh sesak dalam sidang media yang memakan masa hampir satu setengah jam itu. Kira-kira 10 exco Wanita Umno berada di sekeliling Rafidah sepanjang sidang media tersebut.

Rafidah berkata, pada jam 9 pagi semalam, Perdana Menteri menelefon beliau memaklumkan namanya telah digugurkan daripada barisan kabinet.

"Kami bercakap dengan ramah. Dia (Pak Lah) kata terima kasih kepada saya.

"Saya tanya mengapa (digugurkan), Perdana Menteri kata, dia nak orang baru. Bila saya terima jawaban itu, saya telefon dan (kirim) SMS kawan-kawan beritahu saya digugurkan.

"Saya juga tidak mendapat indikasi (awal) bahawa nama saya (bakal) digugurkan daripada senarai kabinet. Kalau tidak jadi menteri, buat apa saya dipilih bertanding di parlimen," katanya lagi yang mempertahankan kerusi Kuala Kangsar.

Ketika ditanya adakah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said merupakan ahli Wanita Umno, Rafidah berkata, "kena tanya Perdana Menteri atau Azalina sendiri."

Tak masuk akal berpakat dengan BN

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Menyertai atau berkerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk pakatan adalah tindakan tidak masuk akal, tegas Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

"Rakyat mengalihkan kepercayaan dan amanah kepada parti-parti pembangkang kerana mereka sudah tidak tahan lagi berada di bawah kekuasaan Barisan Nasional (BN)," kata beliau.

Jika amanah dan kepercayaan itu dikhianati, rakyat tidak akan percaya lagi kepada pembangkang, katanya.

"Malah tindakan itu juga akan menghancurkan pembangkang dan bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan rakyat," katanya.

Parti-parti pembangkang juga, kata Mahfuz menempa bencana dan kehancuran jika berkerjasama dengan Umno dan BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tindakan itu juga, katanya, akan mencetuskan akibat dan darurat yang sangat berat kepada pembangkang.

"Sebab itulah tak masuk akal sama sekali. Rakyat pasti marah dan pembangkang akan menerima akibat yang sangat buruk serta dituduh melakukan kerja gila," katanya.

Menyampah jadi menyumpah

"Dalam pilihan raya 8 Mac lalu, rakyat menolak BN kerana mereka sangat menyampah dengan parti pimpinan Abdullah itu.

"Jika pembangkang melakukan tindakan bodoh untuk berpakat dengan BN, rakyat pasti akan menyumpah pembangkang. Menyampah akan jadi menyumpah," katanya.

Serentak itu, beliau menyeru semua pihak yang masih menyokong Perdana Menteri yang dituntut berundur supaya memikirkan semula pendirian mereka.

"Keadaan ekonomi negara bertambah teruk. Sebelum ini, saya menyebut Abdullah seolah-olah menjadi ancaman kepada ekonomi negara.

"Hanya beberapa jam selepas beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri, saham merudum dengan begitu teruk sehingga memaksa bursa saham digantung urusniaganya," katanya.

Gagasan baru

Beliau mengajak semua pihak yang mengutamakan kepentingan negara supaya bergabung segera untuk mewujudkan gagasan baru dan melupakan BN yang semakin dilihat mengancam kepentingan negara.

"Tidak guna mempertahan kepimpinan Abdullah dan Barisan Nasional yang hakikatnya seperti kapal yang sedang karam. Jangan karam bersama Abdullah.

"Semua pihak, tidak kira dari mana-mana parti politik sekalipun, mesti bergabung dalam satu gagasan baru untuk menyelamatkan masa hadapan negara ini," kata Mahfuz.

Perhimpunan rancang jatuhkan kerajaan rakyat?

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Perhimpunan-perhimpunan dan perarakan-perarakan yang kononnya membela Dasar Ekonomi Baru (DEB), raja-raja dan kepentingan orang-orag Melayu tidak dinafikan sebagai sebahagian dari rancangan untuk menjatuhkan kerajaan rakyat.

Perkara itu tidak dinafikan oleh sumber yang rapat dengan kepimpinan Umno.

Walaupun menegaskan berkali-kali bahawa perhimpunan-perhimpunan tersebut hanya bertujuan membela kepentingan orang-orang Melayu, beliau tidak pula menafikan bahawa perhimpunan-perhimpunan tersebut adalah sebahagian dari rancangan untuk mencetuskan kebencian kepada kerajaan-kerajaan rakyat di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Apabila ditanya adakah pihak-pihak tertentu mahu menggunakan cara-cara yang tidak demokratik untuk kepentingan kerajaan pimpinan Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sumber yang meminta identitinya dirahsiakan itu berkata: "You minta saya jawab bagi pihak PM".

Mengenai tindakan polis yang didakwa tidak tegas menangani perghimpunan-perhimpunan, beliau meminta supaya pihak polis tidak dilibatkan dengan politik.

"Polis boleh gunakan budi bicara. Tak adil melibatkan polis dalam politik," katanya.

Semalam, polis dilaporkan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang menyebarkan khabar angin menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung satu perhimpunan yang akan diadakan di Masjid Negeri Pulau PInang pada pukul 10 pagi hari ini, sempena sempena Sambutan Maulidur Rasul.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, polis tidak dilihat mengambil sebarang tindakan ke atas perhimpunan yang dilaporkan diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Selangor, Abdul Shukur Idrus di Shah Alam.

Perhimpunan itu juga menuntut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) seperti dilakukan Pulau Pinang.

Khalid dituntut oleh perhimpunan itu supaya mematuhi dan menghormati perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idis Shah, yang didakwa tidak berkenan pengwujudan jawatan Timbalan Menteri Besar di negeri ini.

Perhimpunan itu juga mengemukakan menolak pelantikan wakil rakyat dari kalangan bukan Melayu untuk jawatan Timbalan Menteri Besar, mengekalkan komposisi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sebanyak 60 peratus daripada orang Melayu dan bakinya kaum lain.

Tuntutan lain adalah menyelar kenyataan Penasihat DAP, Lim kit Siang baru-baru ini yang mengarahkan semua 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar baru di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak sebagai membantah pelantikan wakil rakyat Pas sebagai Menteri Besar negeri itu.

Abdul Shukur mendakwa, DAP dan PKR seolah-olah tidak menghormati institusi kesultanan yang dijunjung orang Melayu.

Sabtu lalu, kira-kira 100 penyokong Badan Bertindak Melayu (Bertam) dan Gabungan Bertindak Ekonomi Melayu (Gabem) berhimpun di depan Ibu Pejabat Polis, di Seksyen 11, Shah Alam.

Pelajar UKM dikasari, dibuang kolej, komputer riba dirampas

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Mahasiswa tahun dua kursus Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohd Arif Misrol baru-baru ini telah dikenakan tindakan buang kolej tanpa melalui sebarang prosiding mahkamah universiti kononnya di atas tuduhan menyebarkan risalah.

"Mejar (B) Housaini daripada pihak keselamatan universiti datang dan memaksa Arif mengaku bahawa dia memiliki risalah itu. Keengganannya mengaku dan mendesak untuk mendapatkan semula dokumen pengenalan dirinya menyebabkan Arif dikasari.

"Beliau kemudiannya telah dibawa ke Unit Tindakan Khas, pejabat keselamatan UKM (Wisma Aman) untuk disoal siasat," demikian menurut satu sumber kepada Harakahdaily.

4 Mac lalu, Pengurus Kolej Pendeta Zaa'ba beserta dengan 3 orang staf dan 2 orang AJK Kebajikan Mahasiswa (Jaksa) Kolej mendatangi Arif di biliknya.

Menurut sumber, pihak-pihak berkenaan bertindak menggeledah biliknya dan merampas 'card holder' kepunyaannya yang mengandungi kad pengenalan, kad matrik dan dokumen pengenalan diri yang lain kerana disyaki memiliki dan mengedarkan risalah haram itu.

Ekoran peristiwa itu, kata sumber berkenaan, satu laporan polis terhadap insiden tumbuk telah dibuat di Balai Polis Kajang pada 5 Mac lalu.

17 Mac lalu, Arif menerima surat penamatan penginapan kolej yang mengarahkan beliau secara serta merta mengosongkan bilik dan memulangkan kunci bilik berkuatkuasa pada hari yang sama. Bagaimanapun, surat tersebut tidak menyatakan dengan jelas mengenai kesalahan Arif.

"Surat itu juga ditandatangani Pengurus kolej tersebut dan bukannya ditandatangani oleh Pengetua sebagaimana lazimnya," kata sumber.

Tambah sumber, Arif berasa kesal di atas tindakan dan hukuman ke atas dirinya yang dilakukan oleh pihak universiti dan kolej tanpa dinyatakan dengan jelas kesalahan beliau serta tidak diberikan hak untuk membela diri di mahkamah universiti.

"Hal ini serba sedikit mengganggu tumpuannya dalam pengajian, lebih-lebih lagi berita ini ditokoktambah dan disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab kononnya dia akan ditamatkan pengajian dan dibuang dari universiti.

"Arif sebagai Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST), berasa tindakan ini telah memburukkan imej dan reputasinya selaku pimpinan mahasiswa dan persatuan yang dipimpinnya," jelas sumber berkenaan.

Seorang pengamal undang-undang, Zulkhairi Abd Aziz berkata, berdasarkan peruntukan undang-undang, samada Akta Universiti dan Kolej Universiti atau Perlembagaan Persekutuan, ia memberikan hak kepada mana-mana mahasiswa untuk dibicarakan di mahkamah universiti dengan kehadiran Lembaga Disiplin dan Tatatertib.

"Ia juga memberikan hak kepada mahasiswa untuk membela diri dan mendapatkan akses pembelaan termasuklah mendapatkan khidmat peguam sebelum disabitkan ke atas mana-mana kesalahan. Penafian hak untuk dibicarakan kepada pelajar itu adalah perlanggaran kepada prinsip keadilan semulajadi (natural justice), di bawah undang-undang pentadbiran," katanya.

Sementara itu, Arif berkata, pihaknya memohon agar apa-apa tindakan yang mahu diambil hendaklah dilakukan selepas beliau dibicarakan di mahkamah universiti untuk memberi peluang kepadanya membela diri dan memastikan kes ini berjalan mengikut prosedur yang sepatutnya.

Selain itu, tambah sumber, komputer riba kepunyaan rakan sebiliknya, Ammar Khalis Mat Aris, pelajar tahun dua kursus Sains Laut juga dirampas semasa Arif dibawa ke Wisma Aman untuk disoal siasat.

"Rampasan ini berlaku ketika Amar tidak berada di bilik, tanpa sebarang alasan yang kukuh dan kuasa yang sah untuk mengambilnya. Ini secara tidak langsung menyulitkan Amar untuk menjalani pengajian di UKM. Suatu laporan polis di Balai Polis Kajang telah dibuat pada 6 Mac lalu berhubung insiden tersebut," katanya.

Hormati, taati keputusan Sultan Perak perkenan kerajaan campuran

Harakahdaily
Wed | Mar 19, 08 | 8:27:56 pm MYT

BAGAN DATOH, 19 Mac - Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin meminta semua pihak agar menghormati dan mentaati keputusan Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang memberi perkenan dan merestui penubuhan kerajaan campuran pakatan DAP, KeADILan dan PAS di negeri ini.

Beliau berkata mana-mana pihak yang cuba mencabar arahan dan ketetapan Sultan Perak bermakna mereka telah menderhaka kepada institusi diraja.

Semua pihak perlu menghormati kerajaan campuran yang dibentuk kerana ia dipilih oleh rakyat melalui satu pilihan raya yang sah dan kerajaan ini tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 112 mangsa ribut kawasan Hutan Melintang dan Bagan Datoh di sini hari ini.

Menurut Bernama, Mohammad Nizar berkata demikian ketika ditanya mengenai tuntutan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta penyebaran surat layang dan khidmat pesanan ringkas (SMS) di Perak yang mengesyorkan supaya diadakan semula pilihan raya umum baru kerana mendakwa kerajaan campuran negeri ini rapuh dan tidak stabil.

Sehubungan itu beliau menasihatkan penduduk negeri ini agar tidak mudah terpengaruh dengan surat layang serta SMS yang cuba memburuk-burukan kepimpinan kerajaan campuran yang mentadbir Perak.

Sementara itu Mohammad Nizar menegaskan bahawa semua ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang sedia ada di negeri ini perlu meneruskan tugas mereka seperti biasa kerana perkhidmatannya masih diperlukan oleh kerajaan negeri.

Beliau turut menafikan kononnya kerajaan negeri ada mengeluarkan arahan kepada ketua kampung dan JKKK supaya mengosongkan dewan orang ramai di kawasan masing-masing dan mengeluarkan wang akaun bank milik JKKK.

Menteri Besar itu yang kesal dengan dakwaan palsu yang disebarkan pihak tertentu itu berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua pegawai daerah, penghulu mukim, ketua kampung dan JKKK seluruh Perak pada minggu depan.

Ku Li akui hak Radzi untuk letak jawatan Setiausaha Agung Umno, BN

Harakahdaily
Wed | Mar 19, 08 | 8:20:43 pm MYT

KOTA BAHARU, 19 Mac - Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata keputusan Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa hari ini perlu dipandang serius terutama oleh pucuk pimpinan Umno.

Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata, Radzi mempunyai hak untuk berbuat demikian disebabkan bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri itu berada dalam kedudukan "kurang senang".

"Itulah akibatnya kalau ada yang merasa kurang senang hati atas sesuatu sebab tetapi bagi saya ia mesti dipandang serius oleh semua pihak," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini, hari ini, lapor Bernama.

Radzi ketika membuat pengumuman itu berkata beliau tidak dapat bekerja secara efektif sebagai Setiausaha Agung kerana tidak lagi berada dalam kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.

Tengku Razaleigh berkata bahawa dalam senario politik sekarang perkara yang mengejutkan seperti itu boleh berlaku dan ia sebenarnya memburukkan lagi situasi.

Katanya sebab itu sesuatu perlu dilakukan seperti perbincangan antara pemimpin Umno dan peringkat akar umbi bagi mengelak timbulnya masalah lebih besar.

Mengulas senarai kabinet baru, Tengku Razaleigh berkata barisan kepimpinan itu perlu melakukan sesuatu untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

"Sudah tentu ini tugas berat menteri dan timbalan menteri yang dilantik dan bagi saya mereka semua ini kena buat kerjalah dengan sebaik mungkin," katanya.

Zulkifli Nordin sajakah tidak hantar penyata kewangan?

Barisan Nasional dipercayai akan mengemukakan petisi terhadap pencalonan Zulkifli Nordin dari KeADILan yang menang di kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu apabila keputusan pilihan raya itu digezetkan nanti.

Petisi itu dibuat kerana Zulkifli dikatakan tidak mengemukakan penyata kewangan pilihan raya 2004 yang disertainya dulu. Jika disabitkan maka kerusi itu terpaksa dikosongkan.

Memang ada peraturan mana-mana calon yang tidak mengemukakan penyata kewangan itu hilang kelayakan untuk menjadi calon.

Tetapi siapa yang tahu jika calon gagal mengemukakan penyata itu? Tentulah SPR sendiri. Calon BN tidak membantahnya pada hari penamaan calon dipercayai tiada yang tahu hal itu. Mungkin calon BN membuat kaji selidik selepas itu atau SPR yang bekerja untuk BN memaklumkannya.

Kita tunggu keputusan mahkamah kiranya ada petisi itu.

Mengikut penghakiman Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim atas petisi calon BN atas calon DAP di Bukit Bintang satu masa dulu, bukan sekadar kerusi yang dimenangi DAP itu dikosongkan, malah calon BN yang kalah dalam pilihan raya itu diisytiharkan menang tanpa bertanding.

Lain-lain penghakiman terhadap petisi sebelum itu jika disabitkan, mahkamah mengisytiharkan diadakah pilihan raya semula bagi kawasan berkenaan.

Jika Kulim-Bandar Baharu terpaksa mengadakan pilihan raya kecil nanti, tidak perlulah Datin Seri Wan Azizah, Presiden KeADILan mengosongkan kerusinya di Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang pernah disebutnya sebelum ini.

Kiranya pilihan raya kecil itu diadakan selepas selesai tempoh pantang bertanding Anwar, maka boleh Anwar saja yang bertanding di Kulim-Bandar Baharu. Tak payah lagi Wan Azizah meletak jawatan. Permatang Pauh dan Kulim-Bandar Baharu hanya bersempadan atau dipisahkan oleh kawasan Bukit Mertajam saja.

Tempoh pantang bertanding Anwar akan berakhir bulan April ini. Kalau cadangan BN mempetisi pencalonan Zulkifli diteruskan, maka ia mungkin selesai sekitar Mei. Entahlah kalau ia tidak disegerakan. Jangkaan masa itu sesuai sangat dengan tamat tempoh pantang Anwar.

Dalam pilihan raya umum baru-baru ini, Zulkifli Nordin menang dengan majoriti lebih 5,500. Majoriti itu sangat selesa bagi Anwar untuk mengulangi kemenangan Zulkifli itu. Tempoh yang begitu dekat antara pilihan raya umum dan pilihan raya kecil jika diadakan tentunya tidak mengubah banyak kecenderungan mengundi di kawasan itu.

Cadangan BN untuk mempetisi Zulkifli itu adalah satu ikhtiarnya untuk mendapatkan semula kerusi yang ditinggalkan oleh Dato' Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Tidaklah salah tektik itu diambil oleh BN. Begitulah politik, mencari apa juga peluang yang boleh menguntungkan.

Tetapi diketahuinya ia seperti mahu menguji Anwar, maka besar cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Umno, BN dan pimpinan Perdana Menteri yang serba goyah sekarang.

Rata-rata pimpinan BN mahu menyegerakan pilihan raya umum baru-baru ini adalah untuk mengelakkan risiko berhadapan dengan Anwar. Ia disegerakan kerana tidak mahu orang tua itu menyertai pilihan raya itu. Hanya Perdana Menteri yang bersedia menghadapi Anwar yang selesai pantang.

Kerana yang lain-lainnya risau akan risiko itu, maka Pak Lah mendengar pandangan mereka. Rupanya yang dibimbangkan itu ada asasnya.

Jika boleh dalam suasana serba goyah itu, jangan ada kejadian besar yang boleh menggelorakan politik dan pimpinan Perdana Menteri. Jika pilihan raya kecil bagi membeli laluan kepada Anwar disebabkan oleh perletakan jawatan Dr. Wan Azizah, maka ia suatu yang bukan dicari oleh pemimpin BN. Tetapi kalau pilihan raya itu natijah dari petisi BN terhadap Zulkifli, maka BN sengaja mencari keributan.

Anwar memang mencari kesempatan seperti itu. Dia hendak sangat berdepan dengan Pak Lah dan kalau boleh biar Pak Lah bersekali dengan Dr. Mahathir. Kalau pun peluang itu tidak ada, tetapi pilihan raya kecil segera di Kulim-Bandar Baharu seperti memberi medan yang sangat dikehendakinya.

Kesempatan seperti itu seperti rakyat Pakistan menunggu kepulangan Benazir Bhutto. Pak Lah dan Najib akan jadi macam Parvez Musharraf. Itulah yang dapat dijangkakan.

Anwar dipercayai masih banyak bekal. Masih banyak yang belum dilepaskannya. Akan jadilah Kulim-Bandar Baharu medan yang ditunggu oleh dunia. Dan akan banyak lagi kecederaan yang terpaksa dihadapi oleh Perdana Menteri dan Timbalannya.

Kesan pilihan raya umum belum selesai. Jika datang pula bom jangka, teruklah pimpinan BN untuk menangkisnya.

Modal yang tinggal bagi BN hanya hikmat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Itu saja senjata keramatnya bagi membalun DAP dan sekutu pembangkangnya akan terkena badinya. Tetapi Anwar sudah menyebut tentang satu pelan ekonomi yang lebih elok dari DEB.

Pilihan raya kecil itu akan jadi medan menjelaskan dakwaannya itu. Jika ia dapat memukau orang ramai, akan tawarlah hikmat DEB itu. DEB ada manis tetapi semut saja yang baru merasa nikmatnya. Yang lain seperti mendengar guruh.

Demikianlah degup yang ditunggu tentang kerusi Zulkifli Nordin. Siapa yang memberitahu BN bahawa Zulkifli tidak menghantar laporan kewangan pilihan rayanya dulu? Yang tahu hanya SPR. Agaknya SPRlah yang memberitahu BN kerana kesetiaan SPR itu adalah di situ.

Tapi adakah Zulkifli saja yang melakukan kelemahan itu jika ia benar? Tidakkah ada yang lain sepertinya terutama dari kalangan pimpinan BN? Maka mungkin tiba masanya pelajar universiti membuat kes kajian bagi calon-calon yang tidak membuat penyata perbelanjaan pilihan raya untuk ijazahnya.

Teras persoal perlantikan Mat Taib, Zaid dan Mashitah

TERAS melihat senarai menteri Kabinet yang baru dilantik oleh Perdana Menteri tidak meyakinkan untuk membariskan jamaah Kabinet yang dapat memperbaiki masalah yang diresahi oleh rakyat.

Ternyata bahawa mendatangkan semula beberapa orang yang telahpun mempunyai masalah di kaca mata rakyat kerana terlibat dengan salah guna kuasa adalah sesuatu yang jelas tidak membantu untuk memulihkan keyakinan rakyat.

Kami tidak nampak Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang dipilih untuk kali ini mampu membawa perubahan kepada rakyat desa melainkan hanya menghasilkan projek-projek yang lebih menonjolkan imej daripada membawa perubahan sebenar yang diperlukan oleh rakyat.

Adakah seorang yang sudah tercatat mempunyai rekod membawa jutaan ringgit tunai ke luar negara boleh dilihat bersih untuk membangun masyarakat desa?

Demikian juga melantik seorang peguam sebagai "Menteri Undang-Undang" yang jelas mempunyai rekod cenderung untuk menyokong pemikiran sekular dan liberal mengenai Islam di negara ini. Kami terpaksa menyatakan bantahan terhadap perlantikan menteri dari orang yang yang cenderung untuk bersikap liberal kepada persoalan murtad.

Ini juga jelas kelihatan betapa menghadirkan semula seorang bekas Setiausaha Parlimen di JPM sebagai Timbalan Menteri yang dipersoalkan oleh rakyat mengenai pandangannya terhadap isu mencari nafkah melalui pelacuran, juga sangat disangsikan.

Soalnya kini, orang ugama yang benar-benar mahu memurnikan imej kerajaan kerana sikap yang semakin liberal terhadap agama tidak kelihatan dapat dipilih dari golongan pemerintah yang ada.

Kelihatan juga barisan Kabinet yang dipilih PM tidak banyak melihat kredibiliti seseorang calon, melainkan membayangkan barisan yang boleh mengekal kuasa pihak tertentu dari digugat oleh pergolakan yang sedang kencang berlaku dalam parti pemerintah.

Persoalan yang sangat besar yang diresah oleh rakyat ialah ketiadaan menteri-menteri kerajaan Pusat dari mereka yang tegas dan berwibawa untuk membersihkan imej kerajaan. Barisan Kabinet yang dilantik kali ini maseh belum memperlihatkan kewibawaan untuk mengubati keresahan rakyat.

* Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Presiden TERAS

Kabinet baru Abdullah mengundang banyak kontroversi - Pemuda PAS

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berpendapat pembentukan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri semalam akan banyak mencetuskan kontroversi dan tidak akan berjaya mengolah ketidakpuasan hati rakyat yang diterjemahkan melalui pilihan raya lalu.

Jelasnya kekuatan kabinet hanya dapat dinilai melalui keseluruhan pelantikan kabinet tersebut dan bukan melantik individu yang tidak mempunyai kewibawaan dan kredibiliti.

"Pembentukan kabinet ini tidak menunjukkan satu pentadbiran yang kompeten. Nampaknya Abdullah masih lagi tidak belajar daripada kesilapan masa lalu. Daripada senarai Menteri dan Timbalan Menteri dalam barisan kabinet ini, masih ada yang dipertikai kewibawaan dan kredibilitinya.

"Pelantikan muka lama seperti Senator Tan Sri Muhammad Taib dan Zaid Ibrahim tidak menggambarkan 'kesegaran' dalam pembentukan kabinet baru," katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily hari ini.

Dalam pada itu beliau juga mempersoalkan apakah relevan di sebalik pelantikan bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Dato' Seri Shahrizat Jalil sebagai penasihat khas bertaraf menteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai hal-ehwal pembangunan wanita dan sosial, sedangkan Dato' Ng Yen Yen telah dipilih menerajui Kementerian berkaitan.

Katanya pelantikan Shahrizat itu jelas menunjukkan pembaziran kerana jawatan tersebut bertaraf menteri.

Sementara itu, menyentuh mengenai pemansuhan jawatan Setiausaha Parlimen dalam kabinet jelasnya, sebelum ini Ahli Parlimen di kalangan pembangkang meminta menteri sendiri hadir bagi menjawab soalan bagi kementerian masing-masing.

Jelasnya, pemansuhan jawatan Setiausaha Parlimen itu mungkin dibimbangi jika dikalangan wakil rakyat Barisan Nasional dilantik ke Kelab Penyokong Kerajaan, kumpulan penyokong kerajaan ini terlalu sedikit untuk berhadapan dengan kumpulan pembangkang yang ramai dalam Dewan Rakyat. - mns

Seruan kepada Menteri Dalam Negeri yang baru: Bebaskan semua tahanan ISA

Isteri Tahanan ISA
Wed | Mar 19, 08 | 4:21:52 pm MYT

"Pak Lah dah tak tahan kena kutukan orang yang dia zalimi (tahanan ISA). Bagi peluang kat Syed Hamid pulak.." Begitulah tajamnya kata-kata dari salah satu SMS yang saya terima, sebagai respons terhadap pengumuman kabinet baru Perdana Menteri Abdullah Badawi, semalam.

Rasanya kita semua masih belum lupa bahawa Perdana Menteri Abdullah Badawi @ Pak Lah adalah Menteri Dalam Negeri, sebelum Pilihan raya Umum Ke-12, baru-baru ini. Pak Lah memang seorang menteri yang suka mencipta rekod baru dalam pemerintahannya. Sebelum PRU ke-12, beliau telah mencipta rekod sebagai seorang Menteri Dalam Negeri yang paling lama "menyimpan" Tahanan ISA di Kem Kamunting, bagi abad ke-20 ini. Buktinya, ketika ini, masih ada seramai hampir seratus rakyat Malaysia berbilang bangsa, Melayu, Cina dan India, ditahan tanpa dibicarakan di Kem itu, termasuk 20 orang yang penahanan mereka sudah masuk tahun keenam!

Rekod zalim Abdullah dicipta pada pada bulan Februari tahun 2008 ini, bila beliau telah melanjutkan penahanan 5 orang tahanan ISA yang sudah cukup enam tahun, kepada dua tahun berikutnya, untuk mencukupkan lapan tahun pada tahun 2010 nanti. Lima orang tahanan itu ialah Yazid Sufaat, Dr Abdullah Daud, Suhaimi Mokhtar, Shahrial Sirin dan Abdullah Minyak Silam. Mereka berlima yang ditahan pada akhir tahun 2001, dituduh sebagai ahli Jemaah Islamiyyah (JI) dan kesemuanya tidak pernah dihadapkan di mahkamah untuk mendapat perbicaraan di hadapan hakim yang adil dan berwibawa.

Gangguan SB dan Pegawai Penyiasat

Enam tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek. Jika nak disebutkan satu persatu, terlalu banyak kesusahan dan kejahatan yang telah dilakukan atas ihsan Pak Lah @ Menteri Dalam Negeri, ke atas Tahanan ISA dan keluarga mereka. Bukan sekadar membuat penahanan tanpa bicara, Pak Lah, semasa beliau menjadi Menteri Dalam Negeri dulu, merestui perbuatan Pegawai Penyiasat (IO) membuat siksaan dan deraan di luar batas kemanusiaan, semata-mata untuk mendapatkan pengakuan dari Tahanan ISA, seperti di bogelkan dan dipukul hingga lebam. Bukan itu saja, Pak Lah @ Menteri Dalam Negeri dulu, membenarkan @ membiarkan saja polis-polis cawangan khas- Special branch (SB) yang merupakan kakitangan beliau, mengganggu anak isteri yang ditinggalkan oleh Tahanan ISA itu. Isteri sering diganggu SB tanpa mengira masa, siang atau malam. SB turut bertindak memporak perandakan rumah tangga tahanan, hingga ada tahanan yang terpaksa menceraikan isteri masing-masing!

Doa Orang Yang Dizalimi

"Suhaib selalu doa, biarlah semua SB yang selalu mengganggu kita tu, kena langgar lori dan mati hancur..." itulah yang pernah dituturkan oleh beliau, untuk menunjukkan betapa geram, benci dan kecewanya beliau terhadap SB yang selalu mengganggu kehidupannya sekeluarga. Tetapi ayah Suhaib, yang juga Tahanan ISA Mat Sah Mohd Satray, yang akan cukup tempoh penahanannya enam tahun bulan Jun ini, hanya berkata "tak perlulah kita doa macam itu. Allah lebih tahu, apakah balasan dan ganjaran yang paling sesuai ditujukan pada semua mereka yang jahat, tidak berperikemanusiaan dan sedang menzalimi kita".

Rekod baru Pak Lah pada 2008

Siapalah dapat menyangka, dalam masa sepuluh hari semenjak PRU12, Perdana Menteri Abdullah rupanya turut mencipta beberapa rekod baru dalam arena politik di Malaysia terkini, iaitu selain dari rekod beliau melanjutkan penahanan Tahanan ISA yang sedang menghuni Kem Kamunting sekarang dari enam tahun kepada lapan tahun!

Berikut adalah senarai rekod baru yang dicipta beliau selepas PRU12.

Barisan Nasional hanya memenangi majoriti mudah iaitu sekadar 50 peratus saja.

PM Abdullah kehilangan 5 buah negeri kepada pembangkang. Adakah penciptaan rekod baru ini sebahagian dari manifestasi doa orang-orang yang sedang dizalimi oleh Pak Lah? Tidak mustahil.

Aluan untuk Syed Hamid Albar

Sebagai salah seorang yang masih menjadi mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA, saya juga ingin mengalu-alukan perlantikan Menteri Dalam Negeri yang baru ini dengan doa dan harapan agar ada sesuatu yang berubah terhadap nasib semua Tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Kamunting kini.

Saya berharap, menteri yang baru dilantik ini, tidak akan mempunyai sikap yang sama seperti Pak Lah. Ketika Pak Lah menjadi Menteri Dalam Negeri dulu, beliau tidak pernah memberi peluang kepada kami untuk bertemu dan berbincang tentang nasib semua tahanan ISA. Walaupun berpuluh-puluh memo dan faks telah dihantar, pelbagai panggilan telah dilakukan, namun tidak pernah sekali pun semua tindakan itu mendapat jawapan dari pejabat beliau, jauh sekali dari beliau sendiri.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) satu-satunya badan bukan kerajaan yang diwakili oleh 82 pelbagai NGO dan Parti Politik Barisan Alternatif, masih menyimpan semua rekod dan dokumen mengenai urusan untuk bertemu Pak Lah.

Pak Lah tidak pernah bertemu dengan para Tahanan ISA, tetapi hanya menerima laporan saja dari SB beliau tentang kehidupan semua tahanan tersebut. Kerja Pak Lah hanyalah menandatangani surat lanjutan penahanan. Pak Lah memang seorang yang tidak berperikemanusiaan, tidak berhati perut dan sangat zalim pada rakyatnya sendiri. Tahanan ISA yang sudah ditahan selama enam tahun adalah bukti yang jelas tentang kejahatan dan kezaliman paling dahsyat yang dilakukan oleh beliau.

Saya harap, Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik ini, akan berusaha untuk memperbaiki imej jahat dan zalim kementerian itu sama ada mendakwa semua tahanan di Mahkamah atau membebaskan kesemua mereka yang sedang ditahan..

Norlaila Othman, Isteri Tahanan ISA
Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA
Taman Keramat KL
19 Mac 2008

CEO TM dipercayai mendapat ratusan lot ESOS - NUTE

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Hrkh) - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Malaysia (NUTE) mendakwa CEO TM, Dato' Abdul Wahid Omar memperolehi ratusan lot daripada saham Tawaran Skim Opsyen Saham Kakitangan (ESOS) walaupun beliau dikatakan baru empat tahun memegang jawatan sebagai CEO di Telekom.

Menurut Presidennya Mohamed Shafie BP Mammal yang dihubungi hari ini, walaupun semasa mesyuarat khas antara NUTE dengan CEO TM semalam tidak menyatakan berapa lot saham yang diperolehinya mereka mendakwa beliau mendapat ratusan lot.

Sebelum ini, ada dakwaan menyatakan CEO terbabit mendapat 2,000 lot bagaimanapun Mohamed Shafie menafikan dakwaan tersebut.

"Bagi kami, beliau dipercayai mendapat ratusan lot dalam ESOS, pembahagian ini tidak adil sedangkan 26,000 kakitangan Telekom bukan eksekutif mendapat RM2,000 dan RM3,000," katanya.

Satu lot saham ESOS bernilai RM1,000 di mana pekerja bukan eksekutif yang berpiket semalam memperolehi dua hingga tiga lot seorang iaitu antara RM2,000 hingga RM3,000.

Jika seseorang kakitangan yang mendapat ratusan lot bermakna akan mendapat saham yang dianggarkan ratusan ribu ringgit.

Jelas Shafie, pembahagian saham sepatutnya dinilai mengikut pengalaman kerja kerana pekerja bukan eksekutif inilah yang membangunkan TM.

Bahkan katanya, pekerja bukan eksekutif kebanyakkannya terdiri daripada mereka yang sudah lama berkhidmat malahan ada yang lebih 30 tahun.

NUTE juga membantah cara-cara pengurusan TM mengendalikan isu 'outsourcing' dengan tidak memberi pembelaan kepada pekerja khususnya yang telah lama berkhidmat.

Mereka juga meminta kerajaan mengkaji semula peranan syarikat GLC dan juga tindakan khazanah mengenai sistem 'outsourcing' yang dianggap berat sebelah.

NUTE mempunyai keahlian seramai 15,000, Kesatuan Pekerja Telekom Sarawak (UTES) seramai 2,000 dan Kesatuan Pekerja-pekerja Telekom Sabah (SUTE) mempunyai 1,000 ahli, masing-masing mengadakan piket secara aman seluruh negara semalam bagi membantah keputusan Kumpulan TM ke atas tatacara pemberian ESOS.

Semalam, kira-kira 500 ahli Nute yang menyertai piket di Pantai Bangsar, berhampiran Menara TM.

Mereka mula berkumpul pada jam 5.30 petang sambil memegang sepanduk dan poster yang bertulis "ESOS jangan nafikan hak kami" serta "Pembahagian Esos mestilah telus, jujur dan adil".

Kebanyakan peserta piket memakai baju dan tudung berwarna merah sebagai tanda protes sambil meniup wisel membuatkan suasana agak bising di samping 'horn' yang dibunyikan oleh setiap kenderaan yang melintasi mereka .

Sebelum piket bermula, Nute telah mengadakan mesyuarat bersama Abdul Wahid Omar, selama dua jam, namun tiada keputusan dibuat.

NUTE akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri jika tidak mendapat jawapan yang sepatutnya daripada Abdul Wahid.

Pemegang saham TM melalui mesyuarat agung luar biasa pada 6 MAC 2008 meluluskan tawaran skim ESOS khas pengasingan TM bagi anggota kumpulan TM. Kelulusan ini diterima baik oleh ketiga-tiga kesatuan dan seluruh anggota TM. - mns

Tidak timbul soal tidak patriotik jika undi DAP - Badrul Amin

TEMERLOH, 19 Mac (Hrkh) : Ahli Majlis Tertingi Parti Keadilan Rakyat (KeAdilan), Dr Badrul Amin Baharom menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya orang Melayu yang mengundi DAP dalam pilihan raya umum lalu sebagai tiada semangat Melayu, tidak petriotik dan sebagainya.

Beliau berkata, isu tersebut tidak timbul sama sekali kerana DAP bertanding di kawasan majoriti pengundi berketurunan Cina. Ini bermakna lawan DAP ialah MCA.

"DAP tidak bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu/Islam kerana kawasan itu ditandingi oleh PAS atau KeAdilan, DAP hanya lawan MCA, bukan lawan Melayu," katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran Majlis Tindakan Dewangan Undangan Negeri (Dun) Kerdau, dekat sini.

Katanya, DAP bukanlah parti berasaskan perkauman seperti MCA, perjuangan parti berasaskan perkauman seperti Umno, MCA dan MIC kini sudah tidak releven lagi.

Dr Badrul juga menyifatkan pemimpin Cina DAP lebih baik berbanding MCA, mereka juga mengalami apa yang dirasa oleh pemimpin pembangkang lain. Malah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri pernah merengkok dalam penjara kerana membela seorang gadis Melayu yang dirogol pemimpin Umno suatu ketika dahulu.

Menurutnya, pemimpin politik kaum Cina seperti bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. Koh Tsu Koon menunjukkan kematangan berpolitik berbanding pemimpin Umno, ketika Umno di negeri yang kalah mendesak kerajaan pusat menarik balik projek, mensabotaj kerajaan baru, mencuri fail dan sebagainya, pemimpin Gerakan menunjukkan kematanganya dengan meminta kerajaan pusat meneruskan semua projek sedia ada.

Malah, tiada fail dicuri, tiada harta kerajaan dilarikan di negeri itu sebagaimana berlaku di Selangor dan Kedah.

Beliau berkata, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang mengumumkan kenaikkan elaun Guru-guru Kelas al-Qur an dan Fardhu Ain (Kafa) di negeri itu baru-baru ini seharusnya menyedarkan Umno bahawa DAP tidak meminggir bidang agama orang Melayu/Islam.

Malah, katanya Lim telah mengarahkan Timbalan Ketua Menteri, Mohamad Fairus Khairuddin supaya memastikan semua kegiatan kuliah agama di masjid dan surau dijalan seperti biasa.

"Ni macam mana ni, Lim Eng Guan ni Cina ke Melayu/Islam ni, di negeri yang dikuasai Umno elaun Kafa tak naik pun, malah guru Kafa sering menjadi mangsa bila bayaran elaun lambat sehingga menyusahkan kehidupan mereka," ujarnya.

Mengenai Selangor yang dikuasi BA dan DAP, beliau berkata, kerajaan negeri akan mengumumkan beberapa perkara sebagai hadiah kepada rakyatnya seperti pemberian air percuma (20 meter padu pertama) dan lain-lain sebaik sahaja sempurna pembentukan kerajaan negeri kelak.

"Sekarang ni Exco pun tak lantik lagi, Umno dah sibuk minta dikotakan janji," sinisnya. - mns

Majoriti puas hati dengan keputusan PRU lalu - Poll Mstar

Majoriti puas hati dengan keputusan PRU lalu - Poll Mstar

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Hrkh) - Kira-kira 68.1 peratus atau 1877 daripada 2757 pengunjung laman web akhbar Star edisi bahasa Melayu, Mstar online, membuat pilihan untuk berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini dalam satu undian mengenai tahap kepuasan rakyat terhadap keputusan pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini.

Selain itu 26.4 peratus daripadanya pula tidak berpuas hati manakala 5.5 peratus tidak kisah dengan apa jua hasil pilihan raya itu.

Sesetengah pihak beranggapan bahawa keputusan undian yang dibuat Mstar online itu menggambarkan sebahagian daripada analisis mengenai pilihan raya umum ke-12 yang lalu.

Kesemuanya ini sekali gus memberikan tamparan hebat kepada kerajaan Umno-BN yang nyata gagal mengemudikan sistem pentadbiran negara setelah 50 tahun menerajuinya.

Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa 'rakyat kini telah bersuara' setelah tidak sanggup lagi menanggung sikap pemerintah yang tidak mempedulikan nasib mereka setelah diberikan kepercayaan dan mandat dalam pilihan raya sebelum ini. - mns

Selepas Radzi, lebih ramai pemimpin Umno akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Hrkh) - Selepas perletakan jawatan bekas Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad sebagai Setiausaha Agung Umno dan Setiausaha Agung Barisan Nasional, dijangka lebih ramai lagi pemimpin parti itu akan meletakkan jawatan.

Sekaligus, perletakan jawatan ini dilihat, bukan sahaja kekecewaan yang zahir akibat digugurkan malah ianya mengugat kredibiliti Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Selepas digugurkan dalam senarai Kabinet Abdullah semalam, Radzi dengan nada yang tidak selesa memberitahu beliau sudah tidak boleh bekerja di bawah Abdullah sama ada dalam parti mahu pun kerajaan.

"Saya rasa saya tidak boleh lagi bekerja. Pertamanya saya tidak lagi berada dalam kabinet jadi saya tidak boleh bekerja dengan berkesan sebagai Setiausaha Agung ... saya tak boleh kerja," katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Masalah besar yang ditimbulkan orang-orang Umno adalah, Abdullah membentuk Kabinetnya sendiri, mengetepikan Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak tanpa tidak mengambil kira sensitiviti dalaman parti yang semakin rapuh akibat kekalahan memalukan dalam Pilihan Raya Umum 8 Mac lepas.

Jika perletakan jawatan pemimpin utama Umno berlarutan, Umno dijangka mengalami kesukaran untuk menghadapi pemilihan pucuk pimpinan dalam Perhimpunan Agungnya yang dijadualkan tahun ini.

Masalah sebenarnya ditakuti mereka ialah, jika Abdullah terus menerajui Umno, masa depan parti itu dijangka bertambah gelap.

"Selepas rakyat menolak Abdullah pada pilihan raya lepas, beliau enggan meletak jawatan, kini giliran ahli parti pula untuk menjatuhkannya.

"PM kini dilanda krisis kepercayaan yang amat teruk, banyak langkah yang dibuatnya tersilap," kata sumber yang rapat dengan seorang bekas menteri. - mr

Nyawa politik KJ hilang hanya propaganda

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Hrkh) - Propaganda yang mendakwa nyawa politik menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin sudah hampir hilang sengaja dibiarkan menular di dalam media perdana serta halaman web pro-kerajaan seperti Malaysian Insider.

Menurut blogger Umno, A M Ubaidah S, tindakan tersebut dibuat untuk meredakan keyakinan rakyat bahawa Khairy mempunyai pengaruh yang besar ke atas kepada Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Selain tindakan tersebut, kata blogger yang dipercayai anak kepada bekas Setiusaha Agung Umno itu, keyakinan rakyat tentang pengaruh Khairy itu juga cuba diredakan melalui tindakan "mengelak dari melantik Khairy ke jawatan kabinet" dan "membenarkan Pemuda UMNO memutuskan supaya Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tidak dikenakan hukuman disiplin atas tindakan beliau menulis surat memohon perletakan jawatan Pak Lah sendiri".

Kesemua tindakan itu, kata Ubaidah, "menunjukan seolah-olah Khairy bukan faktor dalam pentadbiran kerajaannya sekarang".

"Perlantikan kabinet menunjukkan Pak Lah, dalam usaha mempertahankan hidup politiknya, sedia mengenepikan sedikit Khairy. Namun pengaruh Khairy terlihat kekal walaupun hanya ala-kadar.

"Mungkin perlantikan pada peringkat agensi-agensi kelak akan menonjolkan lagi tahap pengaruh Khairy pasca PRU-12; (sama ada) benarkah sudah dikekang, atau hanya sekadar wayang kulit sahaja beliau diketepikan dari kabinet," kata beliau.

Walaupun pemilihan kabinet Abdullah diakui oleh blogger Umno itu sebagai tepat dengan tujuan mempertahankan kedudukan Abdullah di dalam Umno, namun, katanya lagi, "Pak Lah mungkin terlalu sayangkan Khairy hingga tidak upaya beliau menidakkan pengaruh Khairy sama sekali".

Perlantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dilihat oleh Ubaidah sebagai bukti ketidakupayaan Abdullah menidakkan sama sekali pengaruh Khairy.

Wan Ahmad Farid memang terkenal dengan label "orang suruhan Khairy". Beliau sebelum ini semakin terkenal kerana "tragedi peluru hidup" di Batu Burok, Kuala Terengganu, 8 September tahun alu.

Beberapa hari selepas perstiwa itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali menyatakan beliau bersedia mendedahkan penglibatan Wan Ahmad Farid dalam tragedi tersebut.

MB Nizar lawat mangsa kebakaran kilang

LUMUT, 19 Mac (Hrkh) - Pada hari pertama Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menjejakkan kakinya di Pejabat Menteri Besar di Ipoh semalam, beliau bergegas ke Manjong melawat mangsa kilang tepung meletup di Hospital Manjong.

Beliau diiringi Setiausaha Sulit Menteri Besar melawat mangsa kilang tepung meletup dan terbakar dan telah memberikan sumbangan kerajaan negeri kepada mangsa terbabit.

ImageSeorang mangsa yang cedera parah, Amril Ramli, masih dirawat di Wad Rawatan Rapi (ICU) Hospital Manjong ekoran kecederaan serius dialaminya.

Seorang lagi mangsa Mokhtadir Abdul Rahman turut dirawat di Hospital Manjong dan semasa dilawati, beliau menceritakan pengalaman pahitnya semasa kejadian itu. "Saya terpaksa terjun berlindung di bawah jeti apabila melihat batu besar 'terbang'," katanya.

Dalam kejadian kilang tepung meletup dan terbakar di Batu Undan, Segari, tiga pekerja kilang itu mati manakala empat cedera.

Mangsa yang terbunuh Mohd Faizal Mohd Said, dari Kampung Tebuk Yan, Pantai Remis; Lok Lai Keat, dari Taman Sejati 2, Sitiawan; dan Low Pin Tin, dari Sungai Pari Towers, Ipoh.

Nizar juga meluangkan masa melawat keluarga Lok di Taman Sejati 2. - Harakahdaily.net

Rasuah: Penerbit kecewa Hishammuddin dilantik

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Hrkh) - Sebuah penerbitan Bumiputera yang semakin berjaya dan popular, PTS, kecewa apabila Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengekalkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Pelajaran.

PTS mendakwa, kes rasuah semakin menjadi-jadi di bawah pentadbiran Hishammuddin.

"Gosip tentang rasuah di Kementerian Pelajaran Malaysia bukan hanya melibatkan projek-projek buku oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), di Bahagian Buku Teks (BBT), dan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)," kata penerbit itu dalam laman webnya, www.universitipts.com

Gosip-gosip juga mengatakan rasuah dan penyalahgunaan kuasa berlaku dengan parah sekali di EPRD (Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Pendidikan) kerana bahagian itu yang menguruskan projek-projek pembinaan sekolah-sekolah baru, kata PTS lagi.

"Dikatakan pegawai-pegawai di bahagian itu dipaksa melantik kontraktor-kontraktor yang ditunjuk oleh orang politik".

Menurut sumber dalaman Umno, Hishammuddin dikekalkan dalam kabinet Perdana Menteri yang dituntut berundur kerana "prestasinya yang cemerlang dalam membela (menantu Perdana Menteri) Khairy (Jamaluddin)".

Bagaimanapun, sumber yang rapat dengan Datuk Mukhriz Mahathir pula memuji Ketua Pemuda Umno itu berikutan keputusannya yang tidak mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Jerlun itu.

Mewakili ahli-ahli Umno, anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu menerajui tuntutan supaya Abdullah berundur.

Perdana Menteri yang dituntut berundur menyifatkan tindakan Mukhriz itu sebagai tidak bertanggungjawab dan mahu Pemuda Umno mengambil tindakan.

Kenyataan Ghani Patail tidak wajar

Wed | Mar 19, 08 | 12:13:28 pm MYT

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Hrkh) - Tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail mengeluarkan kenyataan seolah-olah menegur Yang Di-Pertuan Agong mengenai perlantikan Menteri Besar Terengganu dianggap tidak wajar.

Pensyarah Kuliyyah Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata Abdul Ghani tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut secara terbuka kepada umum.

"Dia telah membuat kesimpulan mengenai apa yang berlaku, lantaran kelewatan proses perlantikan Menteri Besar Terengganu dengan mendakwa terdapat campurtangan dalam hal tersebut oleh Yang Di-Pertuan Agong, ia adalah tindakan yang tidak wajar.

"Kenapa dia perlu buat kenyataan terbuka mengenai hal tersebut sedangkan beliau boleh menyelesaikannya secara prosedur yang lebih sesuai," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Aziz juga mempertikaikan mengenai tindakan campurtangan Peguam Negara itu yang menimbulkan persoalan berkaitan bidang kuasa beliau.

"Sebagai Peguam Negara, beliau adalah penasihat undang-undang Persekutuan, sedangkan Penasihat Undang-undang Negeri tidak memberikan apa-apa komen.

"Ini jelas menunjukkan beliau telah melanggar bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya dan ini adalah suatu perkara yang tidak betul," katanya.

Abdul Ghani telah mengeluarkan kenyataan rasmi jam 11.45 malam tadi.

Berikut disiarkan kenyataan penuh Abd Ghani Patail:

Pelantikan Menteri Besar Terengganu dibuat oleh Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja menurut Perkara 14(2) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu. Dalam hal ini, calon yang layak dilantik sebagai Menteri Besar hendaklah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu yang pada fikiran Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja boleh mendapat kepercayaan kebanyakan ahli Dewan tersebut.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyedari sepenuhnya tentang peruntukan tersebut dan bahawa Baginda tidak boleh mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar. Ini adalah kerana menurut perkara 34(1) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsi Baginda sebagai Raja Negeri Terengganu kecuali fungsi sebagai Ketua Agama Islam.

Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon Baginda sendiri bagi jawatan Menteri Besar. Baginda menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan Menteri Besar terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja, dan baginda tidak mempunyai apa-apa peranan di bawah undang-undang dalam pelantikan tersebut.

Dalam soal pemilihan Menteri Besar, Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja adalah terikat dengan peruntukan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dan sesiapa jua daripada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu yang pada fikiran Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja mendapat kepercayaan kebanyakan ahli Dewan tersebut hendaklah dilantik.

Dalam hal yang sedemikian, mana-mana orang yang dilantik sebagai Menteri Besar bukanlah calon Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja atau sesiapa jua tetapi seorang yang dilantik menurut Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.

Oleh kerana itu dalam hal pelantikan Menteri Besar, tidak berbangkit isu perebutan antara Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja pada satu pihak dengan Kerajaan Negeri pada satu pihak lain.

Proses pelantikan Menteri Besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh Undang-Undang sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.- tajdid

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising