Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, March 18, 2008

Ganti Setiausaha Agung, Khalid mahu tumpu kepada Selangor - Anwar

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) mungkin akan melantik Setiausaha Agungnya yang baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang kini menumpukan kepada tugas sebagai Menteri Besar Selangor selain KeADILan di peringkat negeri.

ImageHal ini disebut Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya hari ini di Petaling Jaya.

Turut hadir ialah Bendahari KeADILan, William Leong dan Pegawai Khas Anwar, Din Marican.

Anwar berkata, setakat ini hal tersebut belum diputuskan tetapi Khalid dikatakan mahu menumpukan soal pentadbiran di Selangor selain mahu menumpukan parti di negeri itu.

Beliau bagaimanapun tidak mengumumkan nama pengganti Khalid sekiranya Menteri Besar Selangor itu mahu melepaskan jawatan parti di peringkat pusat.

Sementara itu laporan akhbar internet menyebut, pengumuman mengenai kedudukan Khalid itu turut dibuat oleh Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan semua wakil rakyat KeADILan malam tadi.

Pertemuan tersebut diadakan di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam.

Beberapa nama disebut-sebut akan ditimbang untuk dilantik sebagai setiausaha Agung KeADILan yang baru, termasuk Ibrahim Yaakob.

Beliau merupakan seorang pegawai kanan di pejabat ketua umum PKR itu di Petaling Jaya.

ImageDalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Ibrahim bertanding di kerusi parlimen Setiawangsa menentang Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique.

Ibrahim tewas dengan majoriti 8,134 undi.

Dalam pada itu Anwar turut menyentuh mengenai pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai kabinet baru.

Anwar dalam respon ringkasnya berkata, beliau mengalu-alukan pengumuman itu namun masih melihat bahawa rakyat kini secara terang menolak kepimpinan Abdullah.

Ujarnya, pada 8 mac lalu rakyat telah memberi isyarat jelas kepada Umno/BN dengan menolak kepimpinan yang korup yang hanya mementingkan kroni dan sanak saudara sahaja.

Bagaimana sekalipun rupa bentuk kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, soal penolakan rakyat pada 8 Mac lalu perlu dipandang serius oleh Abdullah.

Idris Minta Penduduk Terengganu Bertenang Berhubung Isu Perlantikan MB


KUALA TERENGGANU, 18 Mac (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh meminta penduduk di negeri ini supaya bertenang walaupun Terengganu menjadi satu-satunya negeri yang masih belum membuat pelantikan Menteri Besar selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum 8 Mac lepas.

"Saya minta rakyat bertenang, buat apa kita nak gopoh-gopoh sangat. Istana akan buat satu keputusan yang bijak... mereka lebih mengetahui (pelantikan Menteri Besar)," katanya kepada pemberita selepas melawat pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Terengganu, Wan Ahzani Fadilah Wan Mahmud Khairi di rumahnya di Mengabang Telong di sini hari ini.

Pelajar wanita Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek di sini itu berjaya memperoleh semua 5A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Usuluddin dan Sejarah.

Idris berkata walaupun isu pelantikan Menteri Besar masih belum berakhir, namun ia tidak banyak menjejaskan urusan pentadbiran kerajaan negeri yang setakat ini masih berjalan seperti biasa.

Beliau yang kelihatan ceria ketika meluangkan masa hampir sejam di rumah pelajar berkenaan, berkata sehingga kini beliau masih belum mendapat apa-apa maklumat mengenai upacara mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar dari pihak Istana.

-- BERNAMA


Anwar sedia tubuh Kerajaan Pusat, BN akan tumbang bila-bila masa

Tue | Mar 18, 08 | 11:45:37 am MYT

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Hrkh) - Pemimpin utama pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk menubuhkan kerajaan bagi menggantikan Barisan Nasional, namun tindakan tersebut tidak akan dilakukan secara tergesa-gesa.

Bagaimanapun Harakahdaily difahamkan, Anwar yang diuar-uarkan bakal Perdana Menteri telahpun mengadakan perundingan dengan parti-parti gabungan pembangkang untuk menyediakan 'Kabinet Bayangan', terutamanya jika terjadi apa-apa kepada BN.

Dalam kenyataannya semalam, Anwar memperakui terdapat 'sejumlah' anggota Parlimen BN yang ditemui dan berhubung dengannya bagi menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai Parti KeADILan Rakyat atau mana-mana parti gabungan pembangkang.

Namun menurut Anwar, beliau tidak akan mempraktikkan amalan 'membeli wakil rakyat' atau menjanjikan apa-apa jawatan bagi mereka yang berhasrat untuk menyertai pembangkang.

Pakatan pembangkang menguasai 82 kerusi daripada 222 kerusi di Parlimen. BN hanya memenangi 140 kerusi sahaja, kehilangan majoriti dua pertiga, pertama kali selepas 50 tahun memerintah.

51 kerusi Parlimen adalah diwakili dari kawasan Sabah dan Sarawak.

Jika fenomena ini berlaku, bermakna pembangkang akan memperolehi 112 berbanding BN 110, kelebihan dua kerusi untuk memerintah Malaysia.

Menurut sumber, berdasarkan perkembangan terkini, tidak mustahil Anwar boleh memperolehi tambahan 30 kerusi dari kalangan wakil rakyat BN, khususnya daripada Umno untuk menyertai pakatan pembangkang.

"Sebenarnya kita percaya Anwar boleh mendapatkan lebih dari 30 kerusi."

"Perubahan kerajaan (Pusat) boleh berlaku pada bila-bila masa, namun kita tidak mahu ianya berlaku secara tergesa-gesa kerana ia boleh menimbulkan keresahan rakyat dan menjejaskan kepentingan para pelabur," kata sumber yang rapat dengan Penasihat KeADILan itu.

Anwar bagaimanapun secara berterusan mempertegaskan agenda ekonomi untuk semua pihak sama ada rakyat atau sektor korporat bagi menjamin keselesaan pada masa akan datang.

Dalam kenyataan medianya sejak akhir-akhir ini, Anwar sering memberi penekanan kepada persoalan ekonomi dan taraf hidup serta jaminan pelaburan, dipercayai untuk memberikan keyakinan kepada rakyat.

Menurut sumber, Anwar sedang berusaha untuk menubuhkan kerajaan yang stabil, membawa masuk pelaburan asing dan mempertingkatkan taraf ekonomi rakyat.

Pada masa ini dilaporkan, Anwar banyak membuat perjumpaan dan perundingan dengan pelabur-pelabur asing dalam dan luar negeri bagi menyatakan komitmen dan jaminan semuanya tidak akan terjejas jika Kerajaan Persekutuan bertukar.

"Kita tidak ada 'target date' bila perubahan kerajaan akan berlaku, mungkin dalam tempoh terdekat atau setahun dua.

"Keadaan tergesa-gesa tidak akan berlaku, lagi pun kita mahu Anwar berpeluang masuk ke Parlimen sebagai Ahli Parlimen terlebih dahulu, untuk menjadi Perdana Menteri," kata sumber berkenaan.

18 Mac, 2008 12:59 PM

Separuh Muka Baru Dalam Barisan Pentadbiran Abdullah

PUTRAJAYA, 18 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri hari ini mengumumkan barisan Kabinet baru tanpa lapan menteri lama yang menang pada pilihan raya umum lepas, selain melantik dua senator sebagai menteri.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata separuh daripada anggota pentadbirannya kali ini terdiri daripada muka baru.

Barisan pentadbiran baru Abdullah ini adalah berasaskan "semangat perkongsian kuasa dan setiakawan Barisan Nasional" yang mampu melaksanakan agenda kerajaan dengan lebih berkesan.

Abdullah sendiri mengekalkan portfolio sebagai Menteri Kewangan manakala Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak juga kekal sebagai Menteri Pertahanan.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang menang kerusi Parlimen Tasek Gelugor kekal sebagai Menteri Kewangan Kedua.

Dua orang yang dilantik sebagai senator hari ini ialah Datuk Zaid Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Amirsham A.Aziz, kedua-duanya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Zaid, peguam terkemuka serta bekas anggota Parlimen Kota Baharu, dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem kehakiman manakala Amirsham akan mengetuai Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Tiga lagi menteri di JPM ialah Tan Sri Bernard G.Dompok, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Lapan menteri yang tidak tersenarai ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz yang dulunya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Dalam Negeri); Datuk Seri Azmi Khalid (Sumber Asli dan Alam Sekitar); Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis (Sains, Teknologi dan Inovasi); Datuk Seri Tengku Adnan Mansor (Pelancongan) dan Datuk Abdullah Md Zin (Jabatan Perdana Menteri).

Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting tidak disenaraikan setelah beliau meminta supaya tidak dipilih semula bagi menumpukan usaha kepada mengukuhkan kembali MCA.

Bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr Fong Chan Onn juga tidak dilantik semula.

Keseluruhannya, jumlah anggota pentadbiran Abdullah yang baru berkurangan daripada 90 orang sebelum ini kepada 69 orang sahaja setelah jawatan Setiausaha Parlimen dimansuhkan.

Perdana Menteri berkata dengan pemansuhan jawatan Setiausaha Parlimen, menteri dan timbalan menteri perlu bekerja lebih keras.

Kabinet baru juga menyaksikan Ketua Penerangan Umno Senator Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, dilantik menjadi Menteri selepas 11 tahun meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, dengan memegang portfolio Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan pada 1987 Datuk Shahrir Samad juga kembali menganggotai jemaah menteri sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Menteri baru yang dilantik ialah Datuk Ahmad Shabery Cheek (Penerangan), Datuk Shaziman Abu Mansor (Tenaga, Air dan Komunikasi), Datuk Liow Tiong Lai (Kesihatan), Datuk Dr S.Subramaniam (Sumber Manusia), Datuk Douglas Uggah Embas (Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Ong Tee Keat (Pengangkutan), Datuk Dr Ng Yen Yen (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Noh Omar (Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Datuk Ir Mohd Zin Mohamed (Kerja Raya), Datuk Ong Ka Chuan (Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Anggota Parlimen Bera Datuk Ismail Sabri Yaakob, 48, merupakan muka baru yang dilantik terus sebagai menteri penuh iaitu memegang portfolio Belia dan Sukan.

Abdullah juga mengumumkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri digabungkan dengan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri menjadi Kementerian Dalam Negeri diketuai bekas Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Selain itu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di JPM diserapkan ke dalam Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang kini dikenali sebagai Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang akan diketuai Datuk Mohd Shafie Apdal, dulunya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Banyak perubahan dilakukan Abdullah dalam jemaah Menteri kali ini yang menurutnya bertujuan untuk menjadikan jentera kerajaan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Zaid Ibrahim, Shahrir IN; Rafidah, Tengku Adnan OUT

PUTRAJAYA, March 18 (Bernama) — Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi remains as Minister of Finance while Tan Sri Nor Mohamed Yakcop will continue to be Second Finance Minister.

Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin has been appointed Minister Of International Trade And Industry replacing Datuk Seri Rafidah Aziz, who has been dropped from the Cabinet.

Rafidah is believed to be the world’s longest-serving trade minister, who has been dropped from the Cabinet.

The deputy finance ministers are Datuk Husni Hanadzlah and Datuk Kong Cho Ha.

As for MITI, the deputy ministers are Liew Vui Keong and Jacob Dungau Sagan.

Maybank chief executive officer and President Datuk Amirsham A. Aziz will be appointed senator.

– BERNAMA

The full list:

Prime Minister
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Deputy Prime Minister
Datuk Seri Najib Tun Razak

Ministers in the Prime Minister’s Department
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Seri Nazri Aziz
Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Mohd Zaid Ibrahim
Datuk Amirsham Abdul Aziz

Deputy Ministers in the Prime Minister’s Department
Datuk Johari Baharom
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk K. Devamany
Datuk Hassan Malik
Finance
Minister - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Second Finance Minister - Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Deputies - Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, Datuk Kong Cho Ha

Defence
Minister - Datuk Seri Najib Tun Razak
Deputy - Datuk Wira Abu Seman Yusop

Internal Security and Home Affairs
Minister - Datuk Seri Syed Hamid Albar
Deputies - Datuk Chor Chee Heong, Senator Wan Ahmad Farid Wan Salleh

Housing and Local Government
Minister -Datuk Ong Ka Chuan
Deputies - Datuk Robert Lau , Datuk Hamzah Zainuddin

Works Minister
Minister - Datuk Mohd Zin Mohamad
Deputy- Datuk Yong Khoon Seng

Energy, Water and Communications
Minister - Datuk Shaziman Abu Mansor
Deputy- Datuk Joseph Salang Gandum

Agriculture and Agro-based Industry
Minister - Datuk Mustapa Mohamed
Deputy - Datin Paduka Rohani Abdul Karim

International Trade and Industry
Minister -Tan Sri Muhyiddin Yassin
Deputies- Loh Wei Keong, Datuk Jacob Dungau Sagan

Foreign Affairs
Minister -Datuk Seri Dr Rais Yatim
Deputy- Tunku Azlan Abu Bakar

Education
Minister -Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Deputies -Datuk Wee Ka Siong, Datuk Razali Ismail

Higher Education
Minister - Datuk Khaled Nordin
Deputies - Khoo Kok Choong, Datuk Idris Harun

Transport
Datuk Ong Tee Keat
Deputy - Anifah Aman

Human Resources
Datuk S. Subramaniam
Deputy- Datuk Noraini Ahmad

Women, Family and Community Development
Minister-Datuk Dr Ng Yen Yen
Deputy- Noriah Kasnon

National Unity, Culture, Arts and Heritage
Minister- Datuk Shafie Apdal
Deputy-Datuk Teng Boon Soon

Science, Technology and Innovation
Minister- Datuk Dr Maximus Ongkili
Deputy- Fadilah Yusof

Entrepreneurial and Cooperative Development
Minister - Datuk Noh Omar
Deputy- Datuk Saiffuddin Abdullah

Natural Resources and Environment
Minister - Datuk Douglas Unggah Embas
Deputy - Datuk Abu Ghapur Salleh

Rural and Regional Development
Minister - Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Deputy- Tan Sri Joseph Kurup

Domestic Trade and Consumer Affairs
Minister - Datuk Shahrir Samad
Deputy - Jelaing Mersat

Plantation Industries and Commodities
Minister - Datuk Peter Chin Fah Kui
Deputy- Senator A. Kohilan

Youth and Sports
Minister - Datuk Ismail Sabri Yaacob
Deputy - Wee Jack Seng

Health
Minister - Datuk Liow Tiong Lai
Deputy- Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Information
Minister - Datuk Ahmad Shabery Cheek
Deputy- Datuk Tan Lian Hoe

Tourism
Minister - Datuk Azalina Othman
Deputy - Datuk Sulaiman Abdul Rahman Abu Taib

FT
Minister - Datuk Zulhasnan Rafique
Deputy- M. Saravanan

Gerak mahu anggota Kerajaan Pulau Pinang istihar harta

Tue | Mar 18, 08 | 11:52:48 am MYT

PULAU PINANG, 18 Mac (Hrkh) - Kerajaan baru Pulau Pinang pimpinan DAP wajar mengistiharkan harta sebagai syarat awal membuktikan kerajaan pilihan rakyat bebas daripada semua kes rasuah dan sebagainya, kata Penyelaras Gerakan Demokrasi dan Anti Kurapsi (Gerak) Pulau Pinang, Aminah Abdullah.

Jelasnya, pengistiharan harta merupakan jalan terbaik bagi menambah kepercayaan rakyat kerana selama ini rakyat dibohongi oleh kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) kononya pemimpin BN bersih dari seberang skandal membabitkan kemewahan.

Walhal, kepimpinan BN mempunyai harta benda dan kekayaan di luar negara serta rumah mewah di luar pengetahuan rakyat sejagat.

"Tidak salah kepimpinan kerajaan baru mengistiharkan harta masing-masing kerana ia boleh membantu menambah keyakinan rakyat sekaligus meningkatkan keharmonian antara pemimpin dan rakyat yang selama ini terabai," tegasnya ketika dihubungi.

Kerajaan yang telus jelas beliau, amat ditunggu oleh rakyat sekarang kerana selama ini mereka asyik dijanjikan hidup dalam sejahtera, aman dan makmur walhal kerajaan sendiri ketirisan dalam banyak hal terutamanya membabitkan projek pembangunan.

Ada setengah pembangunan berat sebelah dari segi kedudukan kaum, terlalu mahal dan paling getir sampai kini terbengkalai.

Bila disiasat ada sahaja masalah yang timbul seperti penyelewengan, tidak mengikut saluran pembangunan yang betul dan rasuah.

Kejadian seumpama ini membuatkan rakyat tidak yakin untuk membantu kerajaan.

"Kita khuatir pembangunan yang berat sebelah akan meletakan kerajaan tidak seimbang yang akhirnya jatuh kembali, " ujar beliau.

Kerajaan yang baru dibentuk juga jangan sekali-kali mengulangi kesalahan kerajaan lalu kerana membiarkan rasuah begitu bermaharajalela sehingga menular menerusi bawah meja atau cara terkini menerusi akaun individu.

Fenomena ini katanya, pasti akan menduga kestabilan politik kepimpinan kerajaan negeri yang baru, jadi untuk menghalang kejadian buruk itu mereka kena laksanakan tugasan dengan amanah dan bersungguh. - mr

PAS tidak yakin dengan kabinet baru Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi

Kenyataan Media Presiden PAS
Tue | Mar 18, 08 | 1:46:27 pm MYT

PAS melihat kabinet baru Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ini lebih merupakan kabinet untuk menyelamatkan kedudukan politik beliau sebagai PM dan Presiden Umno dan bukannya untuk membina Malaysia yang baru. Nama-nama yang telah diumumkan itu kebanyakkannya merupakan mereka yang setia dengan Abdullah manakala mereka yang dikira rapat dengan Timbalan Presiden Umno Dato Seri Najib Tun Razak telah dicantas.

Perlantikan beberapa Senator untuk menganggotai kabinet khasnya dari kalangan pimpinan Umno membuktikan yang Abdullah menganggap bahawa ahli-ahli Parlimen Umno yang lain yang telah berjaya dalam pilihan raya umum lalu sebagai tidak layak untuk duduk di dalam kabinet.

PAS juga mendapati kabinet ini turut dianggotai oleh tokoh-tokoh yang moral dan kebersihannya sangat diragukan oleh rakyat dan ini sudah pasti tidak akan membantu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerjaaan BN.

Bagi PAS kabinet baru Perdana Menteri ini tidak memiliki kekuatan untuk mengubat ketidakpuasan hati rakyat yang telah diterjemahkan melalui keputusan PRU ke-12 lalu. Abdullah jelas tidak mengambil iktibar dari kemerosotan sokongan rakyat terhadap beliau itu dan diyakini melalui kabinet ini beliau akan terus mengulangi kesilapan dan kelemahannya yang lalu.

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)
18 Mac 2008

Chinese politician refusing to wear a songkok

Tuesday, 18 March 2008

Dear Raja Petra,

May you allow my efforts to be brutally critical to you. I am brought up to be brutally critical and rational on everything. I would happily debate with God even - so do not take whatever I am going to say personally. I shall present to you the truth and rational to you as I see it.

Now, let's discuss about the main issue here about racist, songkok and the whole other deal in that respect.

Let's talk about racism. Racism in that matter is just a word and the very definition of it gives it the identity of that word. So, the definition of racism from dictionary.com is quoted as a belief or doctrine that inherent differences among the various human races determine cultural or individual achievement, usually involving the idea that one's own race is superior and has the right to rule others.

Before, modern linguistics even were developed the word racism didn't even existed! But in that respect, does that mean that racism didn't exist at all when the word racism did not exist to be racist? Simply said, before that word existed - were we racist? The answer: yes and no. The problem with linguistics is that as we try to identify certain qualities like racism we lose the underlying cause of its existence of that behaviour.

We live and breathe in an analog world before the modern world digitized it so that modern people could grasp it tangibly. By that I mean, we classify everything as black and white, right and wrong, yes and no, good and bad, racism and non-racism, so forth however that doesn't change the nature of it. This is a case of rose called by any other name smells just as sweet.

I would caution you at classifying someone who refuse to wear a songkok as an act of racism, or that DAP former indignant (so it seems) of an Islamic state as racist. In nature you will see animals of a kind herd together - like the phrase birds of a feather flock together.

Now, if we take a look at this aspect we might gain some insight on why the refusal of wearing a songkok among the chinese politicians. To put it in a few words, racism itself originates from a survival instinct. If you are stuck in a new planet the first thing you do is find refuge among people similar to you. If you can't find your own family, you find your own race, if you cannot find your own race, you flock together with humans, if you cannot find humans than you walk among organisms that resembles you - ultimately, you flock among your own kind. So is this considered racism? Yes and no. Racism in that aspect is just that - finding refuge among people who were descendants of the same ancestry.

A songkok is just a headgear.

Don't you agree? A songkok is just a headgear just like a keris is just a sword, just like a sarung is just a cloth, just like a cheongsam is just a dress, just like a sari is just a dress, etc. Wearing a songkok, wearing a sarung and wielding a keris doesn't make you more of a Malay nor does wearing a cheongsam or sari makes you more of a chinese or indian. Also not wearing a songkok, sarung and wielding a keris doesn't make you less of a Malay. Those are just THINGS for heaven's sake! However, those things evokes more meaning and sentimentality when it is attributed to a certain cultural identity of the people like race for instance. In that aspect, songkok/keris/sarung identifies malay, cheongsam identifies chinese and sari identifies indian.

Alot of the chinese community in Malaysia is suffering from this lack of insight which is could be easily seen why. When the umnoputras with their missed placed passion brandish their keris, donning their sarung and songkok while fiery claimed to be the champions of the ketuanan melayu, stealing dead non-malay bodies that the deceased have converted to Islam hence require an malay burial (while harassing the family members), demolishing temples of other races, marginalizing the indians, chinese and other minorities they are sending a huge message to community. And the chinese in particular received a huge message which they regard as a looming threat to them in the country.

So what happens when you feel threatened in your own home country and no place to go? You flock together. You indentify yourself to your own race, live in a neighbourhood among your own race, support your own racial party and of course in that effort you also refuse any gestures that you 'intepret' as an attempt to 'convert' you however innocent it may be (like wearing a songkok in a formal occasion because it is a dress code for instance).

Wearing a suit and tie are not taken as a racial gesture of 'converting' you to be a westerner because you don't feel threatened by the westerners, so does the Prime Minister wearing a chinese Sam fu during chinese new year because he doesn't feel threatened of conversion by the race the sam fu identifies to: which is the Chinese. So could you simply just say that the chinese politician is racist for insisting of not wearing a songkok? Yes he is but it is MORE than just that - he feels threatened of his race. This is the reason why that chinese politician refuses to wear a songkok - it is understandable but he should be wiser of course.

If for instance imagine a eutopia case where for the last 50 years that there are 33% Malay 33% Chinese and 33% Indian all divided equally, there is no racial discrimination, people of different races intermarry, the names starts to sound like Muhammad Guan Eng bin Kalimuthu or Justine Nurul Singh, we see a Malay mix chinese mix Indian mix Dusun sultan, and is not weird to see a Chinese home to hang a keris at the door during Chinese New Year because that keris belonged to a Malay champion who saved the chinese family from a burning home - at an age where there is complete 100% non-existant racial discrimination then I do not think a Chinese politician would have any problems wearing a songkok as a dress code! If that happens I think that man wouldn't even mind wearing a songkok, donning a sarung and walk into a mosque and bow down in respect just to fit in! You catch my drift now? So long as there are racial tensions in Malaysia people will not stop being racist.

Of course if the racial tension continues it will only bred more racism among its people - and when more racism occurs it breds even more racial tension. So more racial tension means more racism means more racial tension means more racism means.... (I think you see where this is going) It is a PERPETUAL PARADOXICAL WHEEL - hence it will never end! If in the future, Malaysia showed its people by having a true homogenous government with zero racial discrimination then you will begin to see that the social racism being ebbed away amongst it people culturally as well.

To the chinese politician, my message to him is that a songkok is just a headgear, a sarung is just a cloth and a keris is just a sword. Wearing them or caught being seen in them does not make you less of a chinese or more of a malay/muslim or that you are voluntarily surrendering your chinese roots. Please be more insightful of this fact - it is understandable why you refuses to identify by a malay/muslim symbol however you should be wiser. To take the lead to non-racial discriminatory government like you claim to fight for you should exercise that too. Like the late Mahatma Gandhi once quoted: “Be the change you want to see in the world

If you do not want to see any racial based politics anymore than be racially indiscriminatory yourself. Exercise what you said and not force people to exercise it on your behalf to tolerate your intolerance. Walk the talk. The change has to always start from you and the rest of your people will follow in retrospect. It is just a Headgear! You are not going to become a malay because you wear a songkok. Your identity and community that you associate to is something alot deeper than brandishing all these 'accessories' to your culture like cheong sam, sari, keris, songkok, etc. Not even what Holy book you read be it al-Quran, Bible or the transcripts of Buddha determine who you are inside unless you truly believe and practise its teachings in your heart and mind.

Being Malay is alot more than wearing a songkok, being a Chinese is a lot more than having a three syllable name and being an Indian is alot more than protecting your temple. It is who you are inside that truly matters! It is what you believe in, stand-up for, and devote to that identifies you! Pride yourself for these and not whether you wear a songkok or not. An act of priding yourself for not wearing a songkok means your are a chinese is in itself presented to be so superficial and weak. This also applies to Hishammudin and Putera UMNO-es who thinks that by unsheathing the keris and brandishing it in PWTC makes them more Melayu.

Now that I put it as such, these actions seems so frivolous, primitive and unsophisticated doesn't it? Grow up my fellow Malaysian politicians and start playing nice with each other - we are civilized people of Malaysia the democratic nation 50 years into its history. It is embaressing and let alone insulting to have such leaders governing our nation.

In the end, to bring Malaysia to non-racial based politics we have to exercise tolerance, tolerance and more tolerance. When everybody gives in, nobody loses but everybody gains!

I like to share a quote my SPM Chemistry teacher Mr. Lingam once said to me:

"Ultimately,

There is only one kind: Mankind.

There is only one race: Human race.

There is only one religion: Humanity."

PROWARIS MENUNTUT PAK LAH LETAK JAWATAN


Tuesday, 18 March 2008

Kegagalan merampas kembali Kelantan buat penggal Ke-5 dan kehilangan banyak kerusi Parlimen di Kuala Lumpur telah gagal dihidu oleh BN jelas menunjukkan kelemahan kepimpinan Pak Lah selaku Pengerusi BN dalam mengemudikan jentera-jentera BN.

Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (PROWARIS) melihat kegagalan Barisan Nasional (BN) dalam mempertahankan jumlah kemenangan kerusi di Parlimen serta kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor kepada pihak pembangkang merupakan petanda jelas "PROTES RAKYAT MALAYSIA" terhadap BN. Berdasarkan kekalahan teruk BN dan UMNO dalam Pilihanraya Ke-12 ini juga, YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi adalah merupakan PEMIMPIN MELAYU PALING LEMAH DALAM TEMPOH 50 TAHUN .

Kegagalan merampas kembali Kelantan buat penggal Ke-5 dan kehilangan banyak kerusi Parlimen di Kuala Lumpur telah gagal dihidu oleh BN jelas menunjukkan kelemahan kepimpinan Pak Lah selaku Pengerusi BN dalam mengemudikan jentera-jentera BN.

Menurut pengamatan ProWaris dalam Media-Media Alternatif, jentera-jentera UMNO dan BN telah melakukan sehabis baik mungkin untuk memastikan kemenangan dalam Pilihanraya Ke-12 milik BN namun ISU KEPERIBADIAN PAK LAH DALAM MEMIMPIN, ISU KHAIRY JAMALUDIN MEMPENGARUHI KEPUTUSAN PAK LAH, ISU SICOMI MENGAUT KEBANYAKAN KONTRAK KERAJAAN SERTA PERILAKU TIDAK SENONOH BEBERAPA ORANG PEMIMPIN UMNO DAN BN adalah PUNCA UTAMA PROTES RAKYAT MALAYSIA TERHADAP BN DAN UMNO.

Perkembangan negatif ini amat menggusarkan UMNO dan orang Melayu di seluruh tanah air kerana semenjak kemenangan pilihanraya 2004, Pak Lah telah banyak menunjukkan tanda-tanda kelemahan yang ketara di dalam struktur pentadbiran yang akhirnya dibuktikan dengan kekalahan teruk UMNO dan BN pada pilihanraya 2008 baru-baru ini.

KEGAGALAN PAK LAH MEMPAMERKAN CONTOH MORAL POSITIF ISLAM HADHARI, MENANGANI ISU HARGA MINYAK, ISU KENAIKAN HARGA BARANG, PENINGKATAN PERATUSAN JENAYAH YANG MENDADAK, ISU DADAH YANG SEMAKIN KRITIKAL, ISU MURTAD, KELEMBAPAN EKONOMI NEGARA DAN PELBAGAI LAGI MASALAH LAIN telah menyebabkan PAK LAH DILIHAT SEBAGAI SEORANG PERDANA MENTERI YANG CUAI DAN LALAI sekaligus GAGAL MENJALANKAN TANGGUNG JAWAB YANG TELAH DIAMANAHKAN OLEH RAKYAT dengan penuh cekap dan berkesan. ProWaris juga sedar bahawa hubungan Pak Lah di peringkat antarabangsa juga telah menunjukkan peranan yang tidak berkesan malahan dilihat sebagai PEMIMPIN YANG HANYA MENCUKUPKAN KORUM lantas gagal menaikkan nama Malaysia di mata dunia terutamanya di mata negara-negara Islam.

Atas rasa tanggung jawab dan demi maruah orang Melayu, kami PROWARIS DENGAN SEPENUH SUARA MENDESAK DAN MENUNTUT PAK LAH MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN JUGA PRESIDEN UMNO DI DALAM MASA YANG TERDEKAT.

Percayalah bahawa Pak Lah akan terus dibuai dan dikaburi oleh kepimpinan atasan serta orang sekeliling Pak Lah atas sebab-sebab tertentu walhal begitu banyak sepanduk, surat dan kenyataan yang mendesak Pak Lah berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO berselerakan di seluruh tanahair. ProWaris khuatir PROTES RAKYAT MALAYSIA ini akan berpanjangan sekaligus menyemarakkan gerakan REVOLUSI AKAR UMBI terhadap kepimpinan tertinggi UMNO dan BN yang akhirnya akan memberikan KESAN NEGATIF TERHADAP PRODUKTIVITI NEGARA SEKIRANYA PAK LAH TERUS MEMANDANG REMEH TERHADAP KEHENDAK RAKYAT MALAYSIA.

PROWARIS sangat yakin dan berpendapat bahawa kini telah tiba masanya untuk orang Melayu bebas memilih pemimpin mereka dan menentukan masa depan mereka sendiri. ORANG MELAYU TIDAK LAGI BOLEH TUNDUK KEPADA KELEMAHAN DAN KEALPAAN PEMIMPIN MEREKA YANG TERUS-TERUSAN MENGUGUT DAN MENUNTUT KESETIAAN ORANG MELAYU SEMATA-MATA DEMI "SURVIVAL" MEREKA YANG TELAH MENGHANCURKAN AMANAH, HARAPAN DAN MARUAH BANGSA MELAYU DI BUMI TERCINTA INI.

SESUNGGUHNYA, MULAI DARI TIKA DAN SAAT INI, PROWARIS INGIN MELIHAT SEORANG PEMIMPIN MELAYU YANG TIDAK MENDERHAKA KEPADA RAKYAT DAN BENAR-BENAR MENITIK BERATKAN MASA DEPAN NEGARA DAN ORANG MELAYU KHUSUSNYA, DIBERIKAN PELUANG DAN MANDAT MENGEMBALIKAN MARUAH UMNO DAN BARISAN NASIONAL UNTUK MEMACU DAN MENERAJU NEGARA KE ARAH WAWASAN 2020.

FERIZ OMAR

Presiden PROWARIS Malaysia

Bagi Pihak Barisan Peneraju & Ahli Majlis Penasihat PROWARIS Malaysia

Balance of power shifts in Malaysian politics

By Jonathan Manthorpe, Vancouver Sun

There has been a revolution in the politics of Malaysia, one of Asia's most successful economies, as the governing Barisan Nasional coalition lost the exclusive grip on power it has enjoyed since the country's independence in 1957.

But as yet uncertain is whether this shift heralds much-needed reform or dangerous social instability.

On balance, the nature of the drubbing the voters gave the government of Prime Minister Abdullah Badawi suggests the outcome should be reform and not, as has happened in the past, race riots among the majority ethnic Malays and minority ethnic Chinese and Indians who make up a third of the population.

Prime Minister Abdullah and the BN coalition were left in power after the March 8 vote, but with only a simple majority of 140 seats in the 222-member parliament.

The BN is now in the unusual and uncomfortable position of facing a substantial opposition with 82 members. And the opposition, also made up of a coalition of three ethnically based parties, is led by the charismatic former finance minister Anwar Ibrahim.

Malaysians are now openly talking about the previously unthinkable possibility of a change of government at the next elections in five years time.

What gives substance to that thought is that the opposition coalition won control of five of Malaysia's 13 states in elections held on the same day as the vote for the national parliament.

Coalition governments formed by alliances between the Democratic Action Party, the Pan-Malaysian Islamic Party, known as PAS, and Anwar Ibrahim's People's Justice Party will take control of the states of Penang, Kedah, Perak and Selangor.

The PAS was re-elected in Kelantan state which it has held for 18 years.

The bellwether of the opposition's performance and potential for national government will be Penang, Malaysia's main industrial state and the home to production facilities for many foreign high technology companies.

Penang's new head of government, Lim Guan Eng, made plain as he was sworn in that his objective is to free the state administration from "cronyism, corruption and systematic inefficiency."

Lim said one of his first aims will be to open up government contracts for transparent and competitive bids. Until now, the vast majority of contracts have been given out to companies owned by ethnic Malays with ties to the administrations.

To this end Lim and the leaders of the other four opposition-controlled states plan to junk the affirmative action plan introduced in 1971 which gives ethnic Malays special advantages in getting university places and government jobs, as well as almost exclusive access to government contracts.

The so-called "Bhumiputra Laws" were introduced after Malays -- the Bhumiputra, meaning "sons of the soil" -- rioted in the 1960s against the control of trade and commerce by ethnic Chinese.

The affirmative action policies have been credited with maintaining racial harmony.

But opposition to these laws has been mounting and even former prime minister Mahathir Mohammed said before his retirement in 2003 they had become counterproductive and should be ended.

The government got an early warning about the strength of public disenchantment with the laws late last year when there were massive street demonstrations by ethnic Indians.

A major reason why it is possible to take a positive view of Malaysia's political revolution is that opposition to the Bumiputra laws is evidently just as strong among Malays as it is among Chinese and Indians. Many Malays see the affirmative action laws as benefiting only a small group of government cronies and the relatives of senior politicians.

The determination to punish the Abdullah government for its failure to tackle corruption, cronyism, crime and inflation is evident in the trouncing the BN took in the states of Kedah and Kelantan overwhelmingly populated by ethnic Malays.

The election also marks the remarkable political resurrection of Anwar Ibrahim. He was sacked from government in 1998 after falling out with Mahathir over how to respond to the Asian economic crisis.

But after Anwar began building an opposition political movement, Mahathir backed a nasty campaign of trumped-up charges that saw the former finance minister convicted of corruption and sodomy.

Anwar was freed from prison in 2004 when a court overturned the sodomy conviction.

Although the quality of the evidence on the corruption charges was equally fictional, that conviction stands and Anwar was barred from running for public office for five years.

That ban expires in April and it is expected Anwar's wife, Wan Azizah Wan Ismail, who founded the People's Justice Party while he was in prison, will resign her parliamentary seat so he can run in a byelection.

That would be a pity, however. Wan Azizah is just as much an asset to Malaysian political life as is Anwar.

Sun International Affairs Columnist

Malaysian Elections Demonstrate Growing Support for Reforms

Tuesday, 18 March 2008

By SHANI ROSS, INTERNATIONAL.JPOST.COM

Malaysia's ruling coalition, the Barisan National (National Front (BN)) lost substantial ground in elections held on Sunday, March 8, winning only 140 seats in comparison to 198 in the 2004 elections.

The opposition parties succeeded to win a majority vote in 5 out of 13 states, leading to claims of a "political tsunami" in Malay politics. The opposition focused on corruption, discrimination towards Malaysia's ethnic Indian and Chinese population (comprising 1/3 of the population of almost 25 million) and mismanagement of the economy. The second impact of the result is that it raised serious doubts on the leadership of Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi.

The opposition won an unprecedented 82 seats from Parliament's 222 in total, with the leading opposition party, the Parti Keadilan Rakyat (People's Justice Party (PKR)) taking 31 seats. The other two key opposition parties, the Chinese-based Democratic Action Party (DAP) and the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) won 28 and 23 seats respectively. The PKR's significant gains in comparison to the 2004 elections (it gained 30 seats in the recent election) emphasize Malaysia's growing desire for political change, with the PKR a strong advocator of racial equality, transparency of government, and combating election fraud.

The issue of discrimination lies at the heart of Malay politics as, since independence in 1957, ethnic (indigenous) Malays were safeguarded by the state in the form of affirmative actions programs. The programs were justified due to the fact that the minority Chinese population dominated the business sector to the disadvantage of the indigenous population. Bumiputra (Sons of the Soil) was the term used to distinguish ethnic Malays, with policies introduced which favored them.

The position in 2008 is that protection of the Bumiputra is discriminatory and no longer necessary, especially now that ethnic Malays are the most dominate and profiteering segment of the population. Despite the introduction of the New Economic Policy in the late 1970s (currently termed the National Vision Policy), which intended to create conditions for national unity by reducing interethnic disparities, in practice it granted ethnic Malays preferential treatment in terms of education, employment and housing. Ethnic Chinese and Indians, and the opposition parties which represent their interests, oppose the government's continued policies to protect ethnic Malays, claiming them to be discriminatory in nature and encouraging disunity.

After resigning as Prime Minister in late 2003, Mahathir Mohamad, Malaysia's longest serving Prime Minister instated Badawi as his successor. In the 2004 elections, Badawi led the BN to a sound victory, winning support from not only ethnic Malays (they were benefiting from affirmative action policies) but also the Chinese and Indian minority to whom he promised to grant greater equality. He appealed to voters with a slogan of "trust me" (as opposed to his government), raising hopes of political progression, greater unity, and a move away from the repressive governance of predecessor Mahathir.

As the husband of the PKR's current leader, Anwar Ibrahim is viewed as an icon for political progress due to the fact that in the 1990s he challenged then Prime Minister (and oppressive leader) Mahathir in relation to corruption and nepotism. This led to criminal charges and imprisonment. Since his release from prison Ibrahim has sought to revitalize his political campaign by challenging the government on a host of issues, leading some to see him as a potential Prime Minister.

Shani Ross is the Coordinator for the Executive Programs & Conferences at the International Institute for Counter-Terrorism (ICT), Interdisciplinary Centre Herzliya, Israel.

957 Undi di Parlimen Rembau hilang?

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Hrkh) - Laman blog Rembau Hari Ini (Rembau-Hari-Ini.blogspot.com) mendedahkan mengenai fakta yang diambil dari Keputusan Penuh Pilihan raya Umum Ke-2 2008 yang tersiar dalam Utusan Malaysia (Isnin 10 Mac 2008 muka surat 23).

Laman tersebut menulis, sepatutnya jumlah kertas undi yang dikeluarkan di peringkat DUN dan Parlimen sepatutnya sama.

Di Parlimen Rembau ada empat DUN, iaitu Paroi, Chembong, Rantau dan Kota. Jumlah kertas undi yang dikeluarkan untuk empat DUN ini sepatutnya sama dengan jumlah kerusi Parlimen Rembau.

Tetapi apabila dijumlahkan semuanya ini didapati 957 undi di Parlimen Rembau telah hilang.

"Mana pergi 957 undi di peringkat Parlimen Rembau ini? Apa alasan SPR akan berikan?"

Berikut pengiraan undi tersebut :
Parlimen Rembau : Undi BN 26525 + Undi KeADILan 20779 + Undi Rosak 1066 = 48370
< DUN Paroi : Undi BN 8316 + Undi PAS 9423 + Undi Rosak 299 = 18038
DUN Chembong : Undi BN 7017 + Undi PAS 2944 + Undi Rosak 175 = 10136
DUN Rantau : Undi BN 7739 + Undi KeADILan 3956 + Undi Rosak 371 = 11966
DUN Kota : Undi BN 6278 + Undi PAS 2665 + Undi Rosak 244 = 9187
Jumlah undi empat DUN : 49327 = Jumlah undi Parlimen 48370 = (957 UNDI HILANG)

FAKTA LAIN :

Calon Parlimen Rembau Badrul Hisham Shaharin dari Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) mendapat lebih 1791 undi dari jumlah empat DUN undi yang diperolehi PAS dan KeADILan.

Calon BN Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin BN mendapat kurang 2825 undi dari jumlah empat DUN yang diperolehi BN.

Ini bermakna 4616 pengundi mengundi BN di peringkat DUN , tetapi mengundi KeADILan di peringkat Parlimen. - mks.

Wakil PAS akan hangatkan Dun Terengganu

Menteri Besar dan Adun Umno-BN kini tidak boleh mendabik dada dalam sidang Dun Terengganu kerana anggota Dewan daripada PAS bukanlah calang-calang orang.

Kali ini, selain Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Dato' Harun Taib, Abdul Wahid Endut yang merupakan Adun sebelum ini; kehadiran Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr Alias Razak, Dato' Tengku Hasan Omar, Mohd Nor Hamzah dan Wan Hassan Mohd Ramli akan merancakkan perbahasan sekali gus mengurangkan keegoan pemimpin kerajaan negeri.

Ketokohan mereka tidak dapat disangkal mana-mana pihak. Pengalaman luas mereka menjadi ukuran dalam sidang Dun dan mampu menyekat keputusan yang mencabuli hak rakyat.

Dr Syed Azman walaupun baru dalam sidang Dun Terengganu, kecekapannya berhujah terserlah ketika menjadi ahli Parlimen sesi 1999-2004. Beliau dipuji oleh kawan dan lawan kerana kemampuannya dengan membuktikan secara terperinci sesuatu isu dibahaskan.

Beliau mengaku tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan pimpinan Umno bagi memajukan negeri dalam pelbagai sektor yang boleh dimanfaatkan rakyat.

Seorang pemerhati, Wan Jusoh Wan Ismail yang ditemui di Terengganu menyebut, calon-calon PAS yang menang kali ini di peringkat Dun adalah mereka yang memiliki ketokohan yang mampu membawa rakyat Terengganu ke mercu kegemilangan.

Malah mereka boleh disifatkan sebagai pembangkang yang kuat di Terengganu, katanya.

Dalam perkembangan lain, walaupun kerajaan Terengganu kembali ke pangkuan pemimpin Umno-BN, kelambatan pelantikan dan majlis mengangkat sumpah Menteri Besar mencetuskan pelbagai tanda tanya.

Ini kerana menurut sumber yang boleh dipercayai, bahawa Duli Yang Maha Mulia al-Wathiqu Billahi Sultan Mizan tidak berkenan menerima menghadap Menteri Besar sebelum ini untuk menyambung jawatan.

Antara lain menurut sumber berkenaan, beliau telah menggugurkan senarai calon PRU-12 yang disukai baginda Sultan, iaitu Tengku Putera Tengku Awang di Parlimen Hulu Terengganu yang menang pada 2004.

Demikian juga Dr Abdul Latif Awang yang menang di Dun Bukit Payong dulu juga tidak tersenarai pada pilihan raya kali ini. Malah khabar kencang menyebut bahawa Dr Abdul Latif adalah yang paling layak memegang jawatan Menteri Besar, tetapi dicantas pihak tertentu.

Selain itu juga, Menteri Besar lama didakwa tidak mendahulukan baginda Sultan Mizan pada upacara majlis perasmian Perkampungan Taman Tamadun Islam pada Februari lalu, malah menjemput Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut beberapa pemerhati di Parlimen Setiu, kemurkaan baginda Sultan Mizan adalah disebabkan pembangunan banyak tertumpu di daerah Setiu dan Besut yang merupakan kampung asal Menteri Besar lama.

Selain keadaan Umno Terengganu yang panas, keadaan yang sama menimpa Umno Kelatan sehingga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Annuar Musa sanggup mendedahkan faktor kekalahan BN di negeri itu.

Annuar yang kalah dalam percubaannya di kerusi Parlimen, tidak dapat menyimpan rahsia kekalahan BN yang menyebabkan PAS mampu membentuk kerajaan buat penggal kelima berturut-turut.

Beliau yang bercakap kepada wartawan mengaku bahawa kesilapan yang memakan diri adalah strategi membawa masuk pengundi luar dalam pilihan raya baru-baru ini.

Katanya, sikap terlalu bergantung kepada mereka yang kononnya boleh memberi kemenangan kepada BN sebenarnya satu percaturan yang silap, kerana sangkaan pihaknya mereka akan menyokong BN, tetapi sebaliknya mereka memenangkan calon-calon PAS.

Kalau pada pilihan raya 2004 mereka berpihak kepada BN, tetapi kali ini tidak begitu, mereka lebih yakin untuk bersama PAS bagi membentuk kerajaan sejak 18 tahun.

Menurut Annuar, kempen yang dijalankan secara keseluruhan amat memuaskan hati, seluruh jentera digerakkan dan setiap petugas menjalankan peranan yang cukup berkesan.

Bagaimanapun, katanya kemenangan tidak menyebelahi pihaknya, mungkin terdapat aspek teknikal kempen yang kurang menyenangkan pengundi dan menolak mereka pada saat-saat akhir.

Dato' Mustapa Mohamad yang menang di kerusi Parlimen Jeli pula berjanji meneliti laporan kekalahan di samping melakukan bedah siasat bagi memastikan Umno berkuasa semula di Kelantan pada pilihan raya ke-13. - lanh

DAP hanya komen DEB, Gerakan minta bubar Umno, MIC dan MCA?

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Hrkh) - Apabila DAP mengkritik mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB), ianya menjadi tajuk utama akhbar, sehinggakan ada golongan yangmengamalkan "Ini Bukan Budaya Kita" iaitu mengadakan demonstrasi.

Sekarang Gerakan pula mencadang supaya BN menjadi parti tunggal mewakili semua kaum.

Ini secara tidak langsung sebenarnya mencadangkan pembubaran Umno, MIC dan MCA serta lain-lain parti yang berasaskan perkauman, atau pun mengubah perlembagaan parti supaya semua parti berasaskan perkauman dibuka untuk semua kaum.

Mana lebih besar impaknya pada orang Melayu, bubar DEB atau bubar Umno? Namun hal ini tidakpun dilihat oleh Umno sebagai satu perkara yang lebih besar.

Laporan akhbar arus perdana semalam menyebut Parti Gerakan Perak mencadangkan Barisan Nasional (BN) membubarkan kesemua 14 parti komponennya supaya BN boleh menjadi satu parti untuk semua kaum dan terus relevan untuk masa depan.

Pengerusinya, Datuk Chang Ko Youn berkata, perubahan drastik itu penting memandangkan keputusan pada pilihan raya umum lalu menunjukkan politik berasaskan pecahan kaum yang diamalkan sejak sedekad lalu tidak dapat menjamin kelangsungan parti komponen BN.

Sehubungan itu katanya, UMNO, MCA, MIC dan parti-parti komponen lain perlu membuat keputusan untuk meminda perlembagaan parti bagi membuka keahlian kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan tidak mengehadkan kepada satu parti sahaja.

"Keputusan pilihan raya minggu lalu menunjukkan pemilih tidak lagi mengundi calon mengikut bangsa atau keturunan kerana ramai pengundi Cina dan India memilih PAS atau pengundi Melayu mengundi DAP.

"Ini adalah tanda menunjukkan politik perkauman sudah berkurangan dan inilah waktunya BN mengkaji komposisi dan ideologi parti masing-masing," katanya.

Pada pilihan raya 2008, Gerakan kalah hampir semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang ditandingi parti itu di Perak.

Begitu pun Umno di Perak mahupun di Pulau Pinang (negeri yang dahulunya dikuasai Gerakan) tidak pun terkesan dengan cadangan Gerakan yang antara lain akan mengakibatkan Umno hilang identitinya sebagai parti orang Melayu./wann.

Kuasa Kini Di Tangan Ahli Umno

A. KADIR JASIN

MANAKALA Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, terus mendapat sokongan dan ikrar taat setia daripada kelompok kuasa dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam parti itu, gerakan ke arah memaksa beliau menerima tanggungjawab dan meletakkan jawatan juga semakin hebat.

Hakikat bahawa kelompok-kelompok kuasa dan pihak-pihak yang berkepentingan ini, termasuk ahli Majlis Tertinggi, anggota Kabinet, Menteri Besar dan Ketua, terus menyokong Abdullah tidaklah sukar difahami.

Antara faktor yang memaksa mereka terus menyokong Abdullah dan taat setia kepadanya adalah:

1. Mereka sama ada bersekongkol dengan beliau atau turut menjadi punca pengundi menolak Umno dan Barisan Nasional;

2. Mulut mereka dikunci dan terkunci kerana Abdullah masih mempunyai cukup kuasa dan pengaruh untuk menentukan nasib dan periuk nasi mereka;

3. Kerana keperibadian mereka tercela (compromised) dan boleh dijadikan bahan peras ugut politik – political blackmail;

4. Mereka tidak lagi mempunyai pautan yang bebas dan akrab dengan ahli akar umbi Umno untuk memahami dan merasai kemarahan ahli biasa Umno; dan

5. Mereka mungkin bukan lagi orang yang sesuai menerajui Umno dan Kerajaan kerana kedudukan mereka yang tercela (compromised) itu akan mendorong mereka bersekongkol (conspire) untuk melindungi satu sama lain.

Walaupun media massa arus perdana masih takut untuk menyiarkan berita yang tidak memihak kepada Abdullah selain menguar-uarkan kecaman terhadap Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir, khalayak sudah tahu mengenai tekanan ke atas Perdana Menteri.

Surat Mukhriz bertarikh 12 Mac sudah pun diketahui umum apabila media massa alternatif dan media asing mendedahkan kewujudannya.

Kesedaran mengenai surat Mukhriz yang, antara lain, menggesa Perdana Menteri meletakkan jawatan, menjadi semakin luas apabila media massa arus perdana mula menyiarkan berita serangan terhadap beliau oleh pengikut-pengikut Perdana Menteri, khasnya Ketua Pemuda Hishammuddin Hussein.

Kemudian semalam (16 Mac), laman berita bebas Malaysiakini mendedahkan mengenai surat Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kepada 193 bahagian Umno menggesa mereka menuntut agar Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan.

Antara lain, Tengku Razaleigh, 70 tahun, yang pernah menjadi Naib Presiden Umno dan Menteri Kewangan, mencadangkan agar mesyuarat itu membincangkan pencapaian buruk Umno dalam pilihan raya.

Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan 11 Mei sebagai tarikh mesyuarat itu bagi mengambil sempena penubuhan Umno pada tanggal itu pada tahun 1946.

Tengku Razaleigh berkata kepimpinan dan keahlian Umno tidak seharusnya menuding jari kepada orang lain dan cuba membersihkan tangan daripada tanggungjawab kekalahan teruk parti. Katanya parti tidak seharusnya membenarkan kepemimpinan atasan melakukan kesilapan yang begitu besar.

Tegasnya lagi, ini adalah tanggungjawab bersama -- tanggungjawab semua ahli Umno dan kepemimpinan, Umno di semua peringkat daripada cawangan ke bahagian dan Majlis Tertinggi dan bukan tanggungjawab beberapa orang pemimpin atasan sahaja.

Adalah menakjubkan yang begitu ramai pembesar Umno, sama ada yang masih bergayut kepada kuasa atau yang sudah dinyahkan oleh pengundi, terus membisu dan menipu diri dengan berpura-pura seolah-olah tidak ada apa yang terjadi.

Atau apakah kebisuan sebahagian besar daripada mereka membawa maksud mereka bersetuju dengan pendirian Tengku Razaleigh dan Mukhriz?

Majoriti senyap – silent majority - sudah bersuara. Kalau kepemimpinan atasan Umno tidak cacat pengelihatan, pendengaran dan percakapan, mereka sudah pasti dapat melihat, mendengar dan mengakui wujudnya amaran buruk di dinding benteng pasir mereka.

Ulama besar Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim pernah dipetik oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra sebagai berkata:

Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan (dengan) bangsa lain yang beragama Islam (bagi) menjaga tanah air kita.”

(Daripada buku “Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 13 Ogos ‘57” oleh Mokhtar Petah, Pustaka Antara 1997).

Tak adil tuduh kerajaan P Pinang ketepi Melayu

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Hrkh) - Naib Presiden PAS Mohamad Sabu tuduhan kononnya kerajaan baru Pulau Pinang yang baru berusia seminggu telah mengenepikan hak-hak orang Melayu adalah terlalu tidak adil.

Beliau menolak dakwaan beberapa pihak tertentu yang mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang yang kini dikuasa DAP meminggirkan kaum Melayu.

Mohamad Sabu juga mahu pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dikaji semula kerana dasar itu didakwa gagal meningkatkan ekonomi dan sosial orang Melayu serta tidak memenuhi kehendak semua kaum.

Kerajaan, katanya, perlu mengadakan perbincangan secara akademik dan profesional bagi merangka satu dasar baru yang boleh memberi keuntungan kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Dalam bidang sosial dan juga ekonomi DEB telah gagal. Apa yang kami lihat adalah DEB itu sendiri perlu dikaji semula dan diperbincangkan semula kerana ia terbukti gagal," Bernama memetik Mohamad Sabu berkata kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Pulau Pinang semalam.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising