Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, March 17, 2008

Melayu Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 11 Mac “ Orang Melayu yang menyokong pembangkang terutama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu bertanggungjawab apabila DAP yang membentuk kerajaan di Pulau Pinang mahu polisi pentadbirannya bebas daripada amalan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, DAP boleh berbuat apa sahaja kerana langkah itu adalah hak kerajaan negeri pimpinan DAP yang turut mendapat sokongan orang Melayu dalam parti pembangkang Pas dan PKR. Petikan dalam Utusan Malaysia 12hb Mac 2008.

Bagi orang Melayu yang waras fikiran dan tidak terikut budaya UMNO yang lapuk itu, memang mereka akan bertanggung jawab dengan apa yang mereka lakukan dalam PRU Ke 12 dengan memberikan sokongan kepada Parti-Parti Pembangkang termasuk DAP bagi menumbangkan Kerajaan Tiga Beranak yang memperalatkan UMNO dan Barisan Nasional oleh Imam Besar Islam Hadhari-ada had dan ada hari oleh “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad yang juga dikenali Perdana Menteri meraba yang pantang melihat perempuan licin untuk diraba dan di peluknya.
Tetapi orang yang bercakap itu tidak tahu dan mungkin jarang membaca sama seperti Abdullah Hj Ahmad. Sedar tidak akan dia bahawa dalam manifesto “Selamat Aman Makmur” yang mengandungi 23 muka itu tidak ada satu ayat dan perkataan pun yang menyebut akan perihal Barisan Nasional akan meneruskan Dasar Ekonomi Baru malah dalam ikrarnya di muka 5 yang mengandungi 7 perkara tidak langsung menyebut akan usaha untuk mengekalkan 30% kepentingan orang Melayu dalam Ekonomi bukan sahaja meneruskan DEB tetapi rancangan-rancangan pembangunan yang ditaja akan memastikan kepentingan Melayu seperti kelima-lima pembangunan koridor yang bakal menyaksikan orang Melayu hanya sekadar berada di kaki lima.

Maka salah ke orang Melayu mengundi pembangkang jika UMNO/Barisan Nasional sendiri dalam manifesto tidak memberi jaminan akan meneruskan DEB kerana dalam komponen Barisan Nasional jika perkara itu disebut akan ditentang sendiri oleh MCA, MIC dan Gerakan, bukan untuk sekian lama semenjak “Saya Perdana Menteri” mengetuai Kerajaan Tiga Beranaknya, desakan penghapusan DEB dibuat oleh parti-parti campuran dalam Barisan Nasional sendiri?

Dan orang Melayu sendiri tahu, bahawa semenjak DEB mula dilaksanakan dengan persetujuan berbagai Parti Perkauman bukan Melayu, peratus kepentingan orang Melayu hanya 30% walau pun dia mendakwa bahawa Malaysia ini sebuah negara asalnya milik peribumi Melayu, yang sepatut dilakukan masa itu orang Melayu mesti mempunyai kepentingan sekurang 51% dalam sebarang kegiatan ekonomi selaras dengan ukuran yang dibuat kepada syarikat-syarikat yang bakal di iktiraf syarikat Melayu atau bumiputera.

Mungkin Nazri Aziz ini yang suka berbini banyak dan menghabiskan masa di sebuah Pub di Shangrila Hotel, Kuala Lumpur kurang memikirkan kepentingan Melayu telah terlupa bahawa bila dia beri kesempatan melaksanakan usaha-usaha DEB di Kementerian Pembangunan Usahawan, apa yang dilakukan nya untuk kepentingan Melayu?

DEB atau kepentingan Melayu dari perspektif Nazri Aziz ialah membantu kroninya. Bukankah semua orang tahu yang dia telah memberikan permit teksi, bas dan sebagainya kepada kawan-kawan dan penyokongnya sahaja dan sehingga wang PNS-Perbadanan Nasional-Pernas digunakan oleh proksi beliau bekas Ketua Pemuda UMNO Kuala Kangsar yang melibatkan berpuluh juta ringgit di Hong Kong dan kes rasuah Nazri Aziz di diamkan oleh “Saya Perdana Menteri” kerana dia adalah satu-satu orang yang sanggup menjadi “pencacai” Abdullah Hj Ahmad.

Keputusan DAP menolak DEB sebagai dasar perlaksanaannya bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi di mana negeri DAP menjadi kerajaan campuran adalah satu langkah yang selaras dengan kehendak beberapa pemimpin UMNO/Barisan Nasional untuk melahirkan negara bangsa.

Sebuah negara bangsa tidak boleh dilahirkan dengan satu-satu kaum mendapat keistimewaan yang tersendiri. Malah dengan ada DAP sebagai pemain politik yang berkuasa dalam beberapa negeri dan pembangkang yang terkuat dalam Parlimen, kehendak Khairy Jamalludin dan Kalimullah Meor Hassan yang berusaha untuk menjual Malaysia kepada Singapura akan hanya tinggal angan-angan.

Mungkin dipihak UMNO akan mengatakan DAP adalah satu alat politik Singapura kerana memang diakui DAP adalah percaturan politik selepas PAP-People Action Party dari Singapura dan UDP-United Demoraktik Party tidak dibenarkan bergerak di Malaysia selepas pemisahan Malaysia. Orang yang tahu akan tahu bahawa dari segi Cinanya mungkin ada persamaan antara PAP dan DAP tetapi segi hubungan perjuangan Parti banyak orang tidak mengetahui bahawa PAP bukanlah satu ahli dalam Sosialis Antarabangsa sebaliknya hanya DAP mewakili Malaysia .

Sebagai satu parti yang memegang ideologi Sosialis Demokrat tindakan DAP tidak menggunakan pakai DEB bukan satu isu perkauman tetapi perjuangannya. Jika orang Melayu mengundi DAP dalam PRU ke 12 baru-baru ini, ini memberikan erti bahawa orang Melayu sudah tidak menerima satu dasar ekonomi terbuka yang bernama kapitalis yang didukung oleh UMNO yang menguntungkan beberapa orang elit politik UMNO seperti Mohd Azim Zabidi yang kalah di Parlimen Bukit Gantang dan Bendahari UMNO yang menggunakan kedudukan membeli kepentingan dalam Sungai Wang dengan harga 200 juta melalui pinjaman peribadinya.

Persoalannya bolehkah orang-orang Melayu yang ahli UMNO dan bukan UMNO mendapat pinjaman sejumlah itu untuk membeli harta tanah? Untuk mendapatkan pinjaman tekun pun yang berjumlah lima ribu ringgit pun belum pasti lulus, ini pula berjuta.

Sang Kelembai: Seorang Exco Pemuda UMNO Malaysia menghantar sms berbunyi “Akhirnya DAP dapat melaksanakan impian mereka dengan terlaksananya Malaysia Malaysian di Pulau Pinang”. DEB hanya tinggal sejarah. Bangun Melayu! Fight Your Right! Jawapan Sang Kelembai: Sudah berapa tahun Melayu Pulau Pinang di bawah pemerintahan UMNO/Barisan Nasional, UMNO tidak berbuat apa-apa untuk Melayu Pulau Pinang dan kalau UMNO buat sesuatu untuk Melayu seperti di Kepala Batas tentu Melayu tidak mengundi pembangkang berketuakan Gerakan lebih baik berketuakan DAP bersesuaian dengan kata-kata lebih baik kenal syaitan yang kita kenal dari kita tahu ada malaikat tapi kita tidak kenal.

Bila Raja mula Beraja

Tidak sesiapa menafikan sumbangan PMJ -Persatuan Melayu Johor di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar telah berjasa besar menumbangkan gagasan Malayan Union yang dibawa oleh British dan antara lain menjadikan Kerajaan Melayu Beraja dalam satu Kerajaan Persekutuan dan Raja-Raja Melayu hanya diberi hak untuk menjaga ugama, adat istiadat Melayu dengan tidak menjejaskan kedaulatan raja atau sultan sebagai pemerintah dalam negeri-negeri mereka masing-masing.

Tetapi orang Melayu dan kemudian menubuhkan UMNO terlalu emosi dalam soal Malayan Union dan menganggap sebagai satu usaha yang sistematik oleh British hendak membuang kuasa Raja dan ketuanan Melayu.

Walau pun UMNO berjaya menumbangkan Malayan Union dalam bulan April 1946 tetapi Malayan Union diubah nama atau kata bahasa sekarang di “new branding” dengan nama Persekutuan Tanah Melayu, maka berpuas hatilah UMNO dengan nama Melayu pada nama Malaya yang diguna pakai masa itu. Tetapi konsep dan tujuan tidak berubah sehingga setelah 50 tahun Malaysia Merdeka.

Maka hari ini, tidak ada orang politik khasnya di dalam UMNO yang punya bukan sedikit cerdik pandai boleh membaca yang tersirat daripada yang tersurat tindakan dua orang Raja dalam negeri Melayu ia itu Perlis dan Terengganu, bila mana enggan melantik Menteri Besarnya, apa yang ditunjuk oleh Perdana Menteri atau Ketua Parti yang menang dalam Pilihan raya Umum ke 12 yang baru berlalu.

Sebenarnya pentadbir atau orang politik British yang merangka Malayan Union amat menyedari akan kepentingan menjaga hak-hak orang Melayu di Malaya masa itu. Itu sebab apa bila Persekutuan Tanah Melayu dipersetujui diberikan kemerdekaannya oleh British atas keputusan resolusi Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nation yang diwujudkan selepas Perang Dunia Kedua,supaya semua kuasa-kuasa yang menjajah negara asing memerdekakan negara tersebut. British tidak merangka satu Perlembagaan Negeri kecuali diselaraskan dengan Perlembagaan Persekutuan supaya jangan bertindih dengan Perlembagaan Persekutuan.

Maknanya Suruhanjaya Reid tidak mencadangkan apa-apa undang-undang tubuh Kerajaan Melayu Beraja yang terdiri sembilan negeri kecuali memasukan sisipan undang-undang yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan antara lain tidak menyentuh kuasa Raja atau Sultan dalam satu negeri menikmati hak mutlaknya melantik seorang Menteri Besar bagi menguruskan negeri bagi pihak Raja atau Sultan.

Malah Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan hak kedaulatan, kebesaran Raja dan Sultan bagi semua negeri termasuk kuasa untuk melantik Menteri Besar.

Bila mana Raja Perlis atau Sultan Terengganu melalui Pemangku Rajanya membuat keputusan tidak bersetuju dengan surat yang dihantar kepadanya oleh Perdana Menteri melantik seseorang sebagai Menteri Besarnya tidak ada siapa yang boleh menegur atau membawa sebarang kes ke Mahkamah selagi orang yang dilantik itu seorang ahli Dewan Undangan Negeri yang di pilih rakyat.

Adalah satu kesilapan besar bila mana pejabat Perdana Menteri menyebut akan surat yang dihantar kepada Raja Melayu itu sebagai watikah kerana perkataan watikah jika dirujuk kepada Raja dalam adat istiadat Raja Melayu hanya dikeluarkan oleh Raja dengan cop mohornya. Tidak pula diketahui adakah surat Perdana Menteri mengandungi Cop Mohor?

Maka ini agaknya mungkin Raja dan Sultan mengambil tindak balas tidak bersetuju dengan surat itu kerana surat itu sendiri sudah melanggar Perlembagaan Persekutuan memberikan hak kepada Raja dan Sultan dengan kedaulatannya. Surat watikah Perdana Menteri itu kemungkinan memberi gambaran bahawa seorang Raja dan Sultan terletak di bawah telunjuk seorang Perdana Menteri tetapi sebaliknya Rukun Negera sendiri meletakan Kesetiaan Kepada Raja didahului sebelum kesetiaan kepada Negara selepas Kepercayaan Kepada Tuhan.

Kalau orang UMNO boleh berfikir panjang, keputusan yang dibuat oleh Raja dan Sultan itu mesti dilihat dalam situasi yang berkecamuk selepas UMNO/Barisan Nasional kehilangan kuasa dalam dua negeri Melayu beraja ia itu Selangor dan Perak. Dan memanglah semua orang politik telah melihat, melalui dan mengalami akan sukarnya ditubuhkan kerajaan bila wakil-wakil Melayu tidak majoriti dalam Dewan Undangan Negeri dan setengahnya mencabar kewibawaan Raja dan Sultan dalam negeri yang berkenaan.

Maka untuk mengatasi kemelut supaya tidak berulang lagi, tindakan Raja Perlis dan Sultan Terengganu melalui Pemangku Rajanya haruslah dipuji dan dan dihormati. Pengertian yang tersirat kepada tindakan kedua Raja dan Sultan ini ialah untuk memberi peringatan kepada semua pihak rakyat Malaysia yang tinggal dan bermastautin dalam Negeri Melayu Beraja supaya menyedari mana-mana kaum jangan berfikir khasnya bukan Islam boleh menggunakan demokrasi bagi menyingkirkan kuasa-kuasa Raja dan Sultan bagi pihak kepentingan Islam dan Melayu.

Kesimpulannya peringatan yang diberi oleh Raja Perlis dan Sultan Terengganu ialah kepada Parti-Parti Politik jangan mencuba tidak menerima Islam sebagai teras pemerintahan negara ini, golongan bukan Islam tidak dihalang untuk mengamalkan agama masing-masing termasuk adat resamnya tetapi jika ada dikalangkan mereka yang menidakkan peranan Islam dalam negeri ini samalah dia seperti menderhaka kepada Raja dan Sultan yang sejak dulu lagi sudah dikekalkan oleh British sebagai Ketua Agama Islam.

Maka UMNO mesti melihat sejarah dalam kes Datuk Harun Idris yang dipecat oleh UMNO tetapi Sultan menyatakan dia tetap menjadi Menteri Besar kerana hanya Raja mempunyai kuasa melantik tetapi kuasa membuang seorang Menteri Besar ialah Dewan Undangan Negeri. Akhirnya Datuk Harun Idris dipecat sebagai Menteri Besar dengan usul tidak percaya ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Oleh itu dalam kes Menteri Besar Perlis, kes Anwar Ibrahim juga mestilah menjadi bahan rujukan. Selang beberapa hari sebelum dia hendak dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, pakar undang-undang memaklumkan jika Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan tidak dipecat keahlian UMNOnya dan dia kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO, jika berlaku sesuatu kepada Dr Mahathir Mohamed, maka dia berhak untuk dilantik menjadi Perdana Menteri.

Maka UMNO Perlis perlulah terlebih dahulu mencadangkan Mohd Isa Sabu dipecat keahlian UMNO dahulu untuk dibuat undi tidak percaya kerana jika Mohd Isa Sabu tidak dipecat dan masih ahli UMNO ini memberi pengertian bahawa UMNO sudah menderhaka kepada Raja dan melanggar Perlembagaan UMNO dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dari UMNO sudah boleh diambil tindakan disiplin berdasarkan melanggar Perlembagaan UMNO.

Sang Kelembai: Dalam adat istiadat Melayu, ada mengatakan biar mati anak jangan mati adat. Adat di sini ialah undang-undang, jika undang-undang tidak dipatuhi bagaimana anak boleh hidup selamat. Itu sebab di Malaysia ahli Dewan Undangan Negeri bukanlah mewakili partinya tetapi dirinya. Itu sebab Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri membenarkan setiap ahli Dewan berhak mencadangkan membuat undang-undang.

"Saya adalah Menteri Besar bagi semua rakyat" - Ir Mohamad Nizar

IPOH, 17 Mac (Hrkh) - "Saya adalah Menteri Besar kepada semua rakyat di negeri ini tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan ideologi, kerana itu saya akan memastikan tidak akan ada diskriminasi dalam perjalanan pentadbiran kerajaan rakyat."

ImageBeliau menegaskan tindakan tegas dan sewajarnya sekiranya terdapat amalan diskriminasi dan polarisasi sama ada kenaikan pangkat, projek-projek pembangunan, agihan bantuan dan sebagainya.

Demikian ditegaskan oleh Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohamad Nizar Jamaludin, dalam sidang media pertamanya selepas upacara mengangkat sumpah Menteri Besar.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan yang dipilih sekarang ini bukannya Kerajaan PAS, atau DAP mahupun PKR, sebaliknya ianya kerajaan rakyat.

Sambil tidak menafikan peranan kerajaan yang terdahulu, sekali gus mengucapkan terima kasih kepada Dato' Seri Tajul Rosli Ghazali, yang telah membangunkan negeri ini, beliau turut memberi jaminan mana-mana dasar dan amalan pentadbiran kerajaan yang terdahulu akan diteruskan sekiranya masih memberikan kebaikan kepada rakyat dan negeri ini.

Namun begitu kerajaan campuran akan mengkaji dan menstruktur semula mana-mana yang diperlukan demi kebaikan rakyat.

"Saya amat mengalu-alukan pandangan positif dari Tajul Rosli dan rakan-rakan dari Adun BN sama ada dalam sidang Dewan Undangan Negeri atau di waktu-waktu yang lain, pejabat saya sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana Adun BN bagi memberikan pandangan untuk membangunan negeri ini," ujar beliau.

Menurut beliau lagi, keutamaan dan tumpuan beliau adalah kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan melaksanakan tawaran-tawaran yang dikemukakan BA dan DAP yang dikemukakan kepada rakyat pada pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini serta akan meneruskan projek-projek dan pelan pembangunan yang dirangka oleh Kerajaan BN terdahulu sekiranya memberi faedah kepada rakyat. - mns

Tubuh Suruhanjaya Diraja, siasat penipuan pilihan raya - Bersih

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Hrkh) - Gabungan Parti Pembangkang (PAS,KeADILan dan DAP) sudah tentu boleh memenangi pilihan raya umum lepas sekiranya proses pilihan raya dijalankan secara adil dan bersih, demikian menurut Ahli Jawatankuasa Bersih, Dr Dzulkifli Ahmad.

Beliau berkata, hanya di atas sokongan luar biasa dalam pilihan raya lalu dari kalangan para pengundi yang telah mengatasi segala bentuk penipuan dilakukan oleh BN yang bersekongkol dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sokongan luar biasa daripada rakyat dalam pilihan raya baru-baru ini membuatkan penipuan yang dilakukan oleh SPR seolah-olah tidak berlaku," katanya.

Beliau turut membidas kenyataan sesetengah pihak termasuklah Setiausaha SPR, Dato' Kamaruzaman Mohd Noor yang mengatakan tuduhan Bersih bahawa pilihan raya kali ini tidak adil adalah salah.

Beliau berkata demikian dalam sidang media anjuran Bersih yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina, Ampang pagi tadi.

Selain itu, dalam sidang media itu juga, Bersih memohon perkenan Yang Di-Pertuan Agong agar menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji proses perjalanan pilihan raya dan juga menyiasat dakwaan-dakwaan tentang aduan penipuan dan salah guna kuasa yang dialami para pengundi.

"Bersih meminta semua rakyat Malaysia untuk menyokong petisyen kepada Raja bagi menubuhkan Suruhanjaya Diraja Reformasi Pilihan Raya,"katanya lagi.

Tambahnya, Bersih tetap akan meneruskan agendanya menuntut pilihan raya yang bersih walaupun pakatan pembangkang berjaya menafikan 2/3 majoriti BN di Parlimen.

Sementara itu, Dr Dzulkifli juga menyebut bahawa Bersih turut menggariskan beberapa bentuk penipuan dan salah laku yang luar biasa berlaku sepanjang proses pilihan raya antaranya, pendaftaran palsu, pemindahan pendaftaran tanpa kebenaran, pendaftaran berganda, pengundian berganda, undi pos yang tidak ada kerahsiaan, tempoh berkempan yang singkat, media yang berat sebelah, dan peruntukan berkempen melebihi had.

Ahli Jawatankuasa Bersih yang turut sama dalam sidang media itu antaranya,Dr Syed Azman Syed Nawawi, Sivarasa Rasiah, Theresa Kok, Anuar Tahir, Ronie Liu, Yap Swee Seng, Jason Garald, dan Lee Khai Loon. - mks.

"DEB disalahguna, diselewengkan" - Tan Sri Khalid

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Hrkh) - "Ramai yang menyatakan saya telah lupa tentang DEB kerana saya adalah antara yang menerima 'rahmat' daripada DEB. Semasa saya di PNB, saya melaksanakan dasar secara menyeluruh iaitu dasar untuk semua orang-orang Melayu. Saya berterima kasih dengan penerimaan tersebut, tetapi terdapat penyelewengan selepas ia dilaksanakan pada tahun 1970-an."

Demikian penegasan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai pendiriannya mengenai pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dikatakan akan dihapuskan di bawah pentadbiran DAP di Pulau Pinang.

"Apabila tahun 1990-an, kita dapati DEB telah disalahgunakan yang hanya mementingkan segelintir masyarakat Melayu dan segelintir masyarakat Cina dan India yang mempunyai hubungan dengan Umno," katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di sini, hari ini.

Beliau juga mempersoalkan apakah gunanya dasar yang sepatutnya memberi kesan kepada seluruh rakyat tetapi tidak dilaksanakan dengan baik.

Katanya sekurang-kurangnya 53 peratus masyarakat Melayu di Selangor perlu dibangunkan, untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Begitu juga masyarakat Cina yang perlu dibangunkan bagi mengembangkan perniagaan.

Sementara itu, menyentuh mengenai pentadbirannya di Selangor, beliau ingin membawa kemajuan di Selangor untuk semua kaum, bagi membuktikan KeADILan bukan sahaja parti politik yang bergerak secara diplomatik tetapi dapat mentadbir dengan bersih cekap dan amanah.

Jelasnya, Selangor memiliki cukup sumber untuk dinikmati oleh semua bangsa terutama kepada mereka yang memerlukan tetapi ia perlu ditadbir dengan berkesan dan bebas daripada gejala rasuah dan penyelewengan kuasa.

Katanya, Selangor kini menyumbang 35 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan memperoleh pendapatan per kapita setaraf denagn negara maju iaitu AS$10,000 hingga AS$15,000 (US1=RM3.20).

Katanya lagi, orang-orang Melayu akan dibangunkan supaya mereka boleh bersaing bukan sahaja di Selangor tetapi di peringkat antarabangsa. Manakala Masyarakat Cina juga akan dibangunkan supaya mereka dapat mengembangkan perniagaannya untuk meraih peluang daripada kebangkitan China sebagai satu gergasi ekonomi dunia.

Khalid juga berjanji tidak akan mengabaikan golongan setinggan.Beliau juga menekankan, dalam tempoh 10 tahun masyarakat India di Selangor tidak lagi menetap di kawasan estet. Kawasan estet ini juga akan turut dibangunkan agar masyarakat India tidak lagi ketinggalan dalam arus pembangunan di Selangor.

Air secara percuma untuk rakyat Selangor

Dalam pada itu, sewaktu ditanya mengenai pembekalan air secara percuma sebanyak 20 meter padu, beliau menjelaskan akan mengkaji semula perjanjian yang ada di antara kerajaan negeri dengan pemegang konsesi bekalan air di negeri itu.

Katanya, kajian semula itu perlu untuk memastikan janji manifesto Parti Keadilan Rakyat (PKR) dapat dilaksanakan untuk kemudahan penduduk negeri ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan tarikh sebenar pelaksanaan program itu berikutan terdapat beberapa perkara membabitkan perjanjian dan rundingan di antara kerajaan negeri dan pemegang konsesi bekalan air.

Katanya perjanjian yang telah dibuat baru-baru ini antara Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan kerajaan Selangor untuk membetulkan loji bekalan air juga menimbulkan tanda tanya.

"Terdapat ketidak seimbangan antara hasil yang diberi kepada negeri dan rakyat dan saya dapati ia memperkayakan orang yang mendapat konsesi iaitu PNHB. Oleh sebab itu saya akan membuat semakan mengenai perkara ini,"katanya.

Bebaskan Selangor daripada rasuah

Sementara itu, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang turut serta dalam sidang akhbar tersebut menyatakan Selangor merupakan negeri kedua yang dikunjunginya sebaik sahaja pilihan raya berakhir.

Katanya, beliau menyambut baik hasrat Tan Sri Khalid melaksanakan tugasnya dengan melakukan lawatan di pinggir kota serta kawasan perumahan yang bermasalah.

Jelasnya, bagi memacu pertumbuhan ekonomi di Selangor, tumpuan juga harus menjurus untuk kepentingan rakyat. Selain itu katanya, agenda ekonomi Malaysia menekankan isu pentadbiran yang baik dan cekap serta bertanggungjawab (accountability) dan membebaskan negeri Selangor daripada sebarang bentuk rasuah.

"Kepentingan antara kedudukan politik dengan perniagaan juga harus dipisahkan. Tradisi yang dijalankan oleh pimpinan Umno selama ini juga harus dihentikan. Pemimpin-pemimpin ini jika dilihat kekayaan mereka luar biasa,"katanya.

MB Selangor lawat ke rumah PPRT

Dalam perkembangan lain, sebaik sahaja selesai sidang akhbar tersebut, Tan Sri Khalid dan Dato' Seri Anwar Ibrahim melakukan kunjungan ke rumah pangsa PPRT yang didiami bekas penduduk setinggan.

Dalam pertemuan singkat bersama kira-kira 200 orang penduduk itu, beliau menyatakan akan cuba menyelesaikan masalah penempatan yang dihadapi penduduk khususnya penduduk Kg Rimba Jaya yang rumah mereka dirobohkan tahun lepas.

Turut serta dalam pertemuan tersebut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad; Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail serta Datuk Bandar Shah Alam, Dato' Ramlan Othman. - mks.

Apa berita gempar yang Anwar akan umumkan?

Oleh Mohamad Mukhreez

(KLpos.com): ADA sesuatu yang sedang berlaku, sehingga memaksa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan khas dengan semua Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, ADUN dan Ahli Parlimen parti petang ini.

Sumber KLpos.com memberitahu pertemuan tersebut turut dihadiri oleh beberapa pemimpin utama NGO negara diadakan di rumah Setiausaha Aguang PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Bukit Damansara.

"Anwar akan umumkan sesuatu yang 'besar' dan minta semua yang dipanggil memberikan pendapat," kata sumber tersebut.

Apakah ini berkaitan dengan desas-desus penyeberangan kumpulan tertentu ke dalam PKR?

Sama-sama kita tunggu penjelasan lanjut dari mereka yang hadir.

Insaflah Hishamuddin Dan Muhammad Taib

Suara Anda Adalah Sokongan Bawa Rebah!

Ruhanie Ahmad

Tindakan dan kenyataan segolongan pemimpin UMNO hari ini seolah-olah mengesahkan hakikat bahawa UMNO memang kehilangan arah dan punca. Jika tidak, mereka tidak akan mengenepikan isu yang strategik dan hanya gembar-gembor mengenai isu-isu sampingan yang akan melemahkan parti.

Isu strategik hari ini ialah: UMNO dilanda krisis keyakikan yang parah. Punca utama krisis ini ialah sikap Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang enggan menerima hakikat dan kenyataan. Abdullah enggan membuat reality check. Sebaliknya, beliau terus dibelenggu denial syndrome.

Hilangnya keyakinan rakyat jelata terhadap Abdullah dibuktikan menerusi PRU12. Katalah apa sahaja yang kita mahu, pokoknya punca utama kekalahan BN dalam PRU12 adalah Abdullah.

Sejak pertengahan 2006, rasa gelisah dan kekecewaan rakyat jelata, termasuk warga UMNO, terhadap Abdullah mula disuarakan. Majoriti suara itu diluahkan menerusi internet.

Namun begitu, Abdullah dan penasihat-penasihatnya enggan menerima hakikat ini. Sebaliknya, para bloggers dan pemilik portal berita internet dibedal secukup-cukupnya.

Pada 2007, hakikat ini kian ketara dan amat dirasai oleh banyak pihak. Perarakan Gelombang Kuning pada 10 November 2007, menjadi buktinya.

Dalam buku saya, Gelombang Kuning Gelombang Rakyat, telah saya huraikan bahawa tidak semua daripada 138,000 rakyat jelata menyertai perarakan Gelombang Kuning kerana mereka mendukung perjuangan dan tuntutan BERSIH.

Mereka hadir kerana itu sahaja ruang untuk mereka menunjukkan kekecewaan mereka kepada Abdullah. Mereka datang dengan seribu satu sebab dan matlamat. Pokoknya, mereka kecewa dengan Abdullah.

Mereka mempunyai persepsi WPI menyebabkan kedaulatan negara digadaikan kepada Singapura. Mereka muak dengan keterlanjuran menantu Abdullah sejak kontroversi ECM Libra. Mereka jelak dengan sikap sesetengah media perdana yang keterlaluan menjulang menantu Abdullah lebih daripada para menteri dan pemimpin besar UMNO.

Mereka juga menyertai Gelombang Kuning kerana kecewa dengan skandal PKFZ yang berlillion ringgit. Mereka kecewa dengan sikap polis yang menembak dua pemuda Melayu dengan peluru hidup. Mereka kesal dengan kenaikan kos sara hidup yang seolah-olah gagal dikawal oleh kerajaan.

Kemuncak kepada segala-galanya adalah bila Abdullah mengeluarkan kenyataan “saya pantang dicabar” dan saranan supaya rakyat mencabar beliau menerusi peti undi!

Biarpun begitu, walau hasil kajiselidik Merdeka Center pada Disember 2007 menunjukkan bahawa populariti dan penerimaan rakyat jelata kepada kepimpinan Abdullah adalah amat rendah – merosot dari lebih 90 peratus pada 2004 kepada 61 peratus sahaja pada akhir 2007 – beliau tetap berkeras untuk mengadakan PRU12.

Sekarang terbukti Abdullah memang melakukan kesilapan besar. Beliau enggan mendengar suara rakyat sejak 2006. Beliau enggan mengiktiraf kajian Merdeka Center pada Disember 2007. Beliau enggan menerima keputusan PRU12 pada 8 Mac 2008, sebagai undi tidak percaya rakyat kepada kepimpinannya. Dan kini, Abdullah enggan mengundurkan diri demi kepentingan agama, bangsa, negara, BN dan UMNO.

Dalam waktu yang sama, suara Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Penerangan UMNO Malaysia menambahkan lagi rasa muak rakyat jelata kepada UMNO dan Abdullah ketika ini.

Suara Datuk Mukhriz Mahathir yang menghantarkan surat menggesa Abdullah meletakkan jawatan disifatkan sebagai penderhakaan. Suara ini pula dibidas, dibedal dan dikecam secara berleluasa dan berterusan.

Apakah ertinya ini sema kalau bukan usaha menafikan dan memperlekehkan verdict undi tidak percaya rakyat menerusi PRU12? Sedarkah Hishamuddin dan Muhammad Taib bahawa kenyataan mereka membidas Mukhriz akan memburukkan lagi keadaan dan mengkahis keyakinan rakyat untuk terus “memberontak”?

Adakah Hishamuddin dan Muhammad Taib rasa kenyataan-kenyataan mereka menyumbangkan kepada usaha memulihkan UMNO dan BN selepas PRU12?

Jika kedua-dua personaliti ini merasakan mereka bertindak selaras dengan aspirasi rakyat, saya cabar mereka cadangkan supaya Abdullah memecat Mukhriz daripada UMNO dengan serta merta. Kalau saya juga disifatkan sebagai penderhaka, pecat saya juga dengan seberapa segera.

Tetapi, kalau rakyat jelata mendapati Hishamuddin dan Muhammad Taib hanya disifatkan sebagai pembodek dan menyumbang kepada keruntuhan UMNO mutakhir ini, saya harap kedua-dua mereka dengan sukarela memecat diri mereka daripada kepimpinan UMNO!

Dengan terus terang saya nyatakan bahawa perbuatan Hishamuddin dan Muhammad Taib sekarang ini adalah kurang bijak dan perlu disanggah secara habis-habisan. Inilah contohnya pendirian segolongan pembesar UMNO sekarang. Mereka enggan menerima kenyataan. Mereka tidak menghormati aspirasi rakyat menerusi PRU12.

Kepada kedua-dua personaliti ini, saya katakan bahawa suara anda berdua adalah suara “sokong bawa rebah”. Teruskanlah suara seperti ini jika anda berdua juga mahu turut hanyut dengan denial syndrome dan kehancuran UMNO!

Program Alternatif Ganti DEB, Kata Anwar

SINGAPURA, 17 Mac (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang yang bakal diformalkan tidak lama lagi akan memperkenalkan Agenda Ekonomi Malaysia sebagai program alternatif bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk memenuhi keperluan semua kaum di Malaysia.


Katanya program itu akan diketengahkan apabila PKR, DAP dan PAS memformalkan mekanisme pakatan mereka dalam beberapa hari lagi.

"Saya mahu memberi jaminan kepada orang Melayu bahawa agenda Melayu akan dikekalkan tetapi kami juga harus melakarkan satu agenda baru untuk orang Cina dan India," kata Anwar dalam satu temuramah dengan Berita Harian Singapura yang disiarkan hari ini.

Menurutnya pakatan itu telah mula melakarkan Agenda Ekonomi Malaysia sejak setahun yang lalu.

-- BERNAMA


Kerajaan Campuran Perak Akan Tunai Tawaran Pilihan Raya Secara Berperingkat - MB

KUALA KANGSAR, 17 Mac (Bernama) -- Semua tawaran yang dibuat oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang berjaya membentuk kerajaan campuran di Perak ketika kempen pilihan raya lepas akan dilaksanakan secara berperingkat, kata Menteri Besar Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata sebagai penghargaan pertama kepada rakyat Perak yang memberi mandat kepada gabungan tiga parti itu, semua saman dan notis kompaun yang membabitkan penjaja dan letak kereta yang diterima mereka daripada semua pihak berkuasa tempatan sehingga tarikh hari ini dibatalkan. "Semua tawaran ketika kempen pilihan raya lepas kita akan laksanakan secara berperingkat dan ini (pembatalan saman dan notis kompaun) adalah yang pertama," katanya pada sidang akhbar selepas istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Iskandariah di sini.

Katanya selain itu satu pertiga daripada anggota majlis kerajaan tempatan juga akan diwakili oleh mereka yang berpengetahuan dan wibawa seperti golongan profesional, perniagaan dan akademik berbanding dianggotai oleh ahli politik keseluruhannya pada masa sekarang.

Antara lain tawaran kepada rakyat Perak yang dilancarkan semasa kempen pilihan raya umum 8 Mac lepas ialah penurunan tarif air bagi kegunaan domestik sebanyak 10 peratus, memberikan geran kekal bagi taraf kediaman Kampung Tersusun dan Kampung Baru Cina, mewujudkan tabung kebajikan Perak bertujuan bantuan mala petaka dan sakit kronik, memperkenalkan konsep cukai pintu pada kadar istimewa bagi lokaliti tertentu mengikut taraf sosio ekonomi serta mewujudkan Ladang Rakyat yang diuruskan oleh kerajaan negeri bagi faedah rakyat miskin.

Beliau berkata sebagai Menteri Besar yang dipilih daripada kerajaan campuran atau kerajaan Barisan Rakyat, beliau akan memastikan tidak akan ada sebarang diskriminasi dalam pentadbiran kerajaan negeri dan bersedia mengambil tindakan tegas dan wajar sekiranya ia berlaku sama ada dalam kenaikan pangkat, projek pembangunan, agihan bantuan dan sebagainya.

Mohammad Nizar turut menegaskan mana-mana dasar dan amalan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui oleh kerajaan terdahulu tetap akan diteruskan sekiranya masih memberi kebaikan kepada rakyat dan negeri Perak serta akan mengkaji dan menstruktur semula jika berlaku sebaliknya.

Beliau juga tidak menidakkan peranan kerajaan terdahulu, malah mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dalam usaha membangunkan dan mensejahterakan negeri Perak.

Katanya pandangan positif daripada Tajol Rosli dan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Barisan Nasional (BN) sangat dialu-alukan sama ada dalam sidang DUN atau pada waktu lain dalam usaha berterusan membangunkan Perak dengan fikiran terbuka.

"Keutamaan yang akan saya beri tumpuan hari ini ialah kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan melaksanakan tawaran-tawaran yang kami kemukakan kepada rakyat dalam pilihan raya tempoh hari.

Selain itu projek-projek dan pelan pembangunan yang dirangka oleh kerajaan BN terdahulu sekiranya memberi faedah kepada rakyat akan diteruskan," katanya.

Beliau juga menjelaskan walaupun Perak diperintah oleh parti yang tidak sehaluan dengan kerajaan persekutuan namun negeri ini tetap di bawah kuasa kerajaan pusat dan berharap tiada unsur diskriminasi oleh kerajaan pusat dalam pemberian sebarang peruntukan pembangunan.

Selain itu katanya pembentukan exco kerajaan negeri yang baru akan distrukturkan semula melalui perbincangan dengan pimpinan parti kerajaan campuran bagi menentukan pelantikan exco-exco sebagaimana yang dipersetujui sebelum ini agihan adalah enam untuk DAP, tiga untuk PKR dan dua untuk PAS termasuk jawatan Menteri Besar.

Beliau berkata majlis angkat sumpah jawatan exco kerajaan negeri dijangka akan diadakan seawal minggu depan.

Mohammad Nizar, 51, mengangkat sumpah hari ini sebagai Menteri Besar Perak yang baru, selepas persetujuan mengadakan pakatan kerajaan campuran antara DAP, PKR dan PAS untuk menerajui kerajaan negeri dicapai.

-- BERNAMA

Selangor Cukup Sumber Untuk Semua Tetapi Perlu Ditadbir Dengan Berkesan

SHAH ALAM, 17 Mac (Bernama) -- Selangor memiliki cukup sumber untuk dinikmati oleh semua bangsa terutama kepada mereka yang memerlukan tetapi ia perlu ditadbir dengan berkesan dan bebas daripada gejala rasuah dan penyelewengan kuasa, kata Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata Selangor kini menyumbang 35 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan memperoleh pendapatan per kapita setaraf denagn negara maju iaitu AS$10,000 hingga AS$15,000 (US1=RM3.20).

Kaum Melayu akan dibangunkan supaya mereka boleh bersaing bukan sahaja di Selangor tetapi di peringkat antarabangsa, katanya pada persidangan akhbar di sini hari ini.

Masyarakat Cina juga akan dibangunkan supaya mereka dapat mengembangkan perniagaannya untuk meraih peluang daripada kebangkitan China sebagai satu gergasi ekonomi dunia.

Kaum India pula terutamanya yang tinggal di estet akan diberikan latihan kemahiran supaya mereka tidak ketinggalan apabila kawasan ini yang dijangka bertukar wajah menjadi kawasan bandar dalam masa 10 tahun akan datang, katanya.

-- BERNAMA

Tidak setuju perhimpunan khas Umno



Ketua Pemuda Umno Selangor, Abdul Shukur Idrus berkata, mesyuarat agung luar biasa tidak perlu kerana ia tidak boleh menyelesaikan masalah yang berlaku dalam parti itu ekoran kekalahan BN di lima negeri dalam pilihanraya umum lalu.

BN, yang diketuai Umno, turut gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat - mengulangi kelemahan pakatan itu pada 1969.

Lima negeri terbabit ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, selain gagal menawan Kelantan yang telah dimenangi oleh PAS sejak pilihanraya umum 1990.

Abdul Shukur, yang juga wakil Kuang berkata, mesyuarat agung itu nanti boleh menjadi usaha untuk menuding jari kepada pucuk pimpinan tertinggi Umno khususnya presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"(Kita) tidak boleh menuding jari kepada Pak Lah di atas kekalahan mengejut Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum baru-baru ini, sebaliknya semua pihak perlu menilai diri sendiri.

"Kita perlu selesaikan masalah dan kelemahan di peringkat yang lebih rendah iaitu cawangan dan bahagian dan ini merupakan tanggungjawab pemimpin peringkat bawahan," katanya ketika Malaysiakini hari ini, mengulas cadangan bekas naib presiden Umno,

Tengku Razaleigh Hamzah, agar parti itu mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada 11 Mei depan untuk membincangkan kekalahan besar-besaran itu.

Dalam surat bertarikh 12 Mac yang dihantar kepada kesemua 193 ketua bahagian Umno, Tengku Razaleigh Hamzah turut menyatakan perkembangan ini bukan sahaja "membimbangkan malah menakutkan" ahli Umno.

Tarikh 11 Mei dicadagkan oleh Tengku Razaleigh, juga popular dengan panggilan Ku Li, bersempena ulang tahun hari penubuhan parti tersebut.

Semalam, Pemuda Umno Johor pula menyarankan satu perhimpunan khas dianjurkan sebelum perhimpunan agung Umno, yang dijangka pada Ogos depan, memandangkan keadaan akar umbi yang kini bergolak.

Pengerusi tugas-tugas khas pergerakan itu Suhaimi Khalid berkata, prestasi buruk Umno dan BN telah menimbulkan masalah dan pertikaian pendapat dalam parti itu.

Abdul Shukur juga berkata, perhimpunan yang disarankan itu tidak perlu diadakan kerana ia dianjurkan dalam keadaan tergesa-gesa dan boleh menimbulkan masalah baru.

"Masalah baru yang saya maksudkan itu ialah pemegang jawatan dalam parti mahu mengukuhkan jawatan masing-masing," katanya lagi.

Sementara itu, ketua bahagian Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail berkata, tarikh 11 Mei seperti yang dicadangkan Tengku Razaleigh itu tidak sesuai.

Katanya, yang menjadi masalah sekarang ialah kepimpinan utama Umno hari ini yang tidak menghiraukan pandangan dan suara rakyat terbanyak.

"Sebaliknya mereka memaksa rakyat yang menerima keputusan mereka, walaupun ia bertentangan dengan kehendak rakyat.

"Budaya membodek dan cium tangan yang keterlaluan menyebabkan pemimpin menjadi lupa diri," katanya lagi.

Ketua bahagian Lumut, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, bagaimanapun, bersetuju dengan perhimpunan khas tersebut jika ia berniat baik untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah Umno.

Katanya, perbincangan hendaklah dibuat secara jujur, selain melihat perkembangan terkini dan meyakinkan semula orang Melayu terhadap parti itu.

"Saya tidak setuju jika perhimpunan tersebut sebagai platform untuk menuding jari dan menjatuhkan maruah sesiapa," katanya.

Amaran polis: Jangan keruhkan keadaan

Amaran polis: Jangan keruhkan keadaan Mar 17, 08 5:26pm Polis Pulau Pinang menjelaskan bahawa permit yang dikeluarkan Khamis ini adalah untuk perhimpunan sambutan Maulidur Rasul dan bukannya untuk perhimpunan politik.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Azam Abdul Hamid menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan khabar angin terutama menerusi SMS atau panggilan telefon yang mendakwa negeri itu sedang dilanda kekecauan.

Jumaat lalu, satu perhimpunan diadakan di hadapan pintu masuk utama Komtar sebagai membantah tindakan kerajan negeri yang baru yang tidak mahu meneruskan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Bernama memetik ACP Azam sebagai berkata polis sendiri menerima panggilan kononnya berlaku kekecohan di sekitar negeri ini.

"Sehingga hari ini, kita menerima empat panggilan telefon berhubung perkara ini dan kita sedang mengenal pasti mereka yang membuat panggilan.

"Polis percaya khabar angin ini sengaja disebarkan pihak tertentu dengan tujuan untuk mengeruhkan keadaan yang aman tenteram," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau turut memberi amaran agar pihak tertentu tidak menyebarkan SMS mengenai perhimpunan besar-besaran yang didakwa akan didakan Khamis ini, sempena sambutan Maulidur Rasul.

"Permit hanya dikeluarkan untuk tujuan sambutan tersebut dan bukan untuk perhimpunan politik," katanya.

Usaha saat akhir Shahidan gagal

kemaskini 6:15pm Sebelum majlis angkat sumpah menteri besar baru Perlis petang tadi, krisis antara dua pihak yang merebut jawatan itu kelihatan masih jauh daripada penyelesaian.

Nama ketiga disebut-sebut sebagai langkah "jalan tengah" demi meredakan ketegangan antara dua pihak.

Satu kumpulan majoriti wakil rakyat BN mendukung Datuk Dr Md Isa Sabu (Bintong) dengan sokongan istana.

Sementara satu lagi kumpulan cuba mengekalkan Datuk Seri Shahidan Kassim dengan mengambil sokongan Perdana Menteri, dan juga pengerusi BN.

Bagaimanapun semua usaha itu gagal petang ini.

Dr Md Isa telah sempurna mengangkat sumpah di Istana Arau pada pukul 5.30 petang, sekali gus mengakhiri kebingungan yang berlanjutan sejak seminggu lalu.

Nama calon ketiga itu, Khairi Hassan (Mata Ayer), muncul selepas pihak yang menyokong Shahidan mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.

Satu sumber yang dekat dengan badan perhubungan Umno negeri memberitahu Malaysiakini hari ini, nama tersebut dicadangkan sendiri oleh Abdullah.

Nama Khairi telah dimaklumkan sendiri oleh Abdullah kepada Raja Perlis, kata sumber itu lagi.

Sama ada calonnya Khairi atau Shahidan tidak lagi berbangkit kini apabila Md Isa dengan rasmi dilantik menteri besar.

Sejak awal minggu lepas, ketika bekas menteri besar itu bertungkus-lumus untuk dilantik semula bagi penggal keempat, nama Md Isa tiba-tiba muncul Jumaat lepas apabila beliau dengan serta-merta diperkenankan oleh pihak istana.

Pada hari yang sama sebelum itu, Shahidan bersama surat sokongan Perdana Menteri menghadap Raja Perlis tetapi tidak berhasil.

Namun, beliau tetap menegaskan layak dilantik kerana mendapat dukungan Abdullah.

Kumpulan Dr Md Isa pula mendakwa layak dilantik kerana mendapat sokongan majoriti dan perkenan Raja Perlis.

Nama Khairi, yang tidak termasuk dalam senarai penyokong Dr Md Isa, muncul selepas wujud dua calon tersebut - sekali gus menimbulkan keresahan politik dan kebingungan ramai dalam tempoh 72 jam lalu.

Formula Putrajaya

Menurut satu lagi sumber Umno negeri, sejak dari awal lagi pihaknya menyedari wujud usaha untuk menyingkirkan Shahidan daripada dipilih semula sebagai menteri besar.

Kata sumber itu, usaha itu jelas dapat dilihat daripada 'formula Putraya' dalam pemilihan calon BN Perlis, apabila hanya lima calon pilihan Shahidan tersenarai.

Sementara 10 lagi calon BN yang terpilih dikaitkan dengan seorang tokoh Umno negeri, Datuk Radzi Sheikh Ahmad, yang juga ahli parlimen Kangar.

"Dari situpun kita dapat lihat, usaha-usaha untuk mengetepikan Datuk Seri Shahidan selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu," kata sumber.

Tambahnya, ia berdasarkan kenyataan Radzi kepada media bahawa apabila Shahidan menyerahkan surat perdana menteri kepada istana, Raja Perlis menitahkan beliau membawa sembilan wakil rakyat yang menyokong pelantikannya sebagai menteri besar.

Radzi juga dilaporkan berkata, Shahidan gagal berbuat demikian tetapi lapan, tidak termasuk menteri besar baru, daripada 14 wakil BN menyatakan sokongan mereka kepada Dr Md Isa.

Oleh itu, kata Radzi lagi, Dr Md Isa dilantik sebagai menteri besar di hadapan pegawai undang-undang negeri, setiausaha kerajaan negeri dan Raja Muda.

Kata setiausaha agung Umno itu, Dr Md Isa bukan pilihan Tuanku Syed Sirajuddin tetapi kehendak majoriti wakil rakyat BN.

Sementara itu, ketua penerangan Umno bahagian Arau, Datuk Abu Bakar Ismail pula berkata, Shahidan sepatutnya dinasihatkan jangan bertanding jika beliau tidak akan dilantik semula sebagai menteri besar.

Shahidan berjaya mempertahankan kerusi Tambun Tulang pada 8 Mac lalu.

Menurut Abu Bakar, kalau berlaku pertukaran menteri besar sekalipun, ia masih dari kalangan pemimpin BN negeri.

Oleh itu, beliau menasihatkan pihak-pihak terbabit supaya menerima realiti bahawa apa yang berlaku itu adalah perkara biasa dalam politik.

Mohammad Nizar, Menteri Besar Perak ke-10

Harakahdaily
Mon | Mar 17, 08 | 3:27:13 pm MYT

KUALA KANGSAR, 17 Mac (Hrkh) - Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru, selepas persetujuan mengadakan pakatan kerajaan campuran antara DAP, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan PAS untuk mengetuai pentadbiran kerajaan negeri dicapai.

ImageMenurut laporan Bernama, pada istiadat yang berlangsung pukul 11.40 pagi di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini, Mohammad Nizar, 51, menerima watikah pelantikan sebelum diteruskan dengan majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Menteri Besar yang ke-10.

Beliau yang berpakaian baju Melayu lengkap berwarna hitam kemudiannya menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk V. T. Singam.

Hadir sama pada istiadat itu ialah Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, Mufti Perak Dato' Seri Harussani Zakaria, bekas Menteri Besar Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali serta wakil anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada kerajaan campuran itu.

Di samping itu, turut kelihatan pada majlis angkat sumpah hari ini adalah Penasihat DAP Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa; Pesuruhjaya PAS Perak,Ustaz Ahmad Awang dan Pengerusi KeADILan Perak, Zulkifli Ibrahim.

Mohammad Nizar yang merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, menjadi wakil pertama daripada parti selain Umno yang menyandang jawatan Menteri Besar di Perak.

Kesemua sembilan Menteri Besar sebelum ini adalah daripada Umno semasa gabungan Perikatan dan selepas Barisan Nasional (BN) diwujudkan.

ImagePada pilihan raya umum 8 Mac lepas, pakatan DAP, KeADILan dan PAS menguasai 31 kerusi DUN berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya menang di 28 kerusi dan ketiga-tiga parti itu sepakat membentuk kerajaan campuran.

Mohammad Nizar yang menang kerusi DUN Pasir Panjang pada pilihan raya umum itu selepas menewaskan calon BN, S. Vasan dengan majoriti 4,474 undi merupakan seorang jurutera perunding lulusan Aston University of Science & Technology di Birmingham, England.

Mohammad Nizar menyertai PAS pada 1995 dan bertanding kali pertama bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum 2004 tetapi tewas kepada penyandangnya Dato' Seri Rafidah Aziz.

Beliau yang ditemani isterinya Fatimah Taat pada majlis itu, mempunyai lapan orang anak, lima lelaki dan tiga perempuan.

Sepanjang berkecimpung dalam politik bersama PAS, beliau telah memegang beberapa jawatan iaitu Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan sebagai Yang Dipertua PAS Kampar.

Menteri Besar Perak yang baru itu memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Anglo Chinese (ACS) Kampar sebelum meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Anglo Chinese (ACS) Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh, dan menyambung pengajian peringkat A-Level dan ijazah di England.

Beliau memulakan kerjayanya bersama Jabatan Kerja Raya sebelum menjadi jurutera Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). - mks.

Rakyat Perlis sedia terima MB baru

Bashir Ishak
Mon | Mar 17, 08 | 5:20:46 pm MYT

KANGAR, 17 Mac (Hrkh) - Rakyat Perlis kini dilihat bersiap sedia menerima Menteri Besar yang baru, Dato' Dr Md Isa Sabu yang diperkenankan perlantikannya oleh Tuanku Raja Perlis minggu lalu.

Di seluruh Perlis kini dipasang pelbagai sepanduk yang menyatakan sokongan kepada Md Isa dan tidak kurang juga ucapan menjunjung kasih kepada Tuanku Raja Perlis dengan perlantikan tersebut.

Pagi tadi Md Isa disambut oleh kira-kira 5,000 orang di Stadium utama Negeri dan beliau turut menyampaikan ucapan ringkasnya kepada orang ramai.

Petang ini beliau dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di Istana Arau.

Dalam pada itu, ketika orang ramai sedang menantikan Md Isa mengangkat sumpah, di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perlis di Jalan Kolam dekat sini para petugas dilihat sedang bertungkus lumus memindahkan barang-barang milik bekas Menteri Besar Dato' Seri Shahidan Kassim.

Tengah hari tadi beberapa buah lori dilihat sedang memuatkan barang-barang untuk dipindahkan.

Antara yang sering menjadi tarikan orang ramai yang melalui kawasan Kediaman Rasmi Menteri Besar itu ialah binatang-binatang peliharaan Shahidan seperti kambing, burung unta dan lain-lain lagi. Kini semua binatang tersebut sudah tiada lagi di sangkar masing-masing.

Rakyat Perlis kini menanti dengan penuh harapan apakah corak pemerintahan baru yang akan dibawa oleh Md Isa selepas berakhirnya dinasti Shahidan selama 18 tahun sebagai Menteri Besar Perlis. - mns

Isa Sabu angkat sumpah MB Perlis

Mar 17, 08 5:48pm

Ahli Dewan Undangan Negeri Bintong, Datuk Dr Md Isa Sabu telah mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perlis yang baru.

Upacara tersebut berlangsung di Istana Arau pada jam 5 petang tadi dan berakhir kira-kira jam kemudiannya.

Muncul calon ketiga MB Perlis

Krisis mencari calon menteri besar Perlis nampaknya masih jauh daripada penyelesaian apabila nama ketiga disebut-sebut sebagai langkah "jalan tengah" meredakan ketegangan antara dua pihak.

Satu kumpulan majoriti wakil rakyat mendukung Datuk Dr Md Isa Sabu (Bintong) dengan sokongan istana, sementara satu lagi kumpulan cuba mengekalkan Datuk Seri Shahidan Kassim dengan mengambil sokongan Perdana Menteri, dan juga pengerusi BN.

Dr Md Isa dilaporkan akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat, paling awal 5.30 petang ini.

Malaysiakini difahamkan majlis angkat sumpah akan berlangsung petang ini.

Jika ia berlangsung, wujud desas-desus penyokong Shahidan akan membantahnya di luar istana, lapor laman web New Straits Times.

Calon ketiga itu Khairi Hassan (Mata Ayer) muncul selepas pihak-pihak terbabit mengadakan rundingan dengan Abdullah semalam.

Difahamkan nama ini dicadangkan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Nama Khairi telah dimaklumkan sendiri oleh Abdullah kepada Raja Perlis, satu sumber dekat dengan badan perhubungan Umno negeri memberitahu Malaysiakini hari ini.

Karpal: Bebaskan Manoharan sekarang

Wakil rakyat Kota Alam Shah, M Mahohan sewajarnya dibebaskan kerana penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertentangan dengan 'hasrat rakyat', kata pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh.

"Beliau sepatutnya dibebaskan secepat mungkin untuk mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Beliau berhak untuk berkhidmat kepada penduduk Kota Shah Alam," kata Karpal.

Manoharan, seorang peguam, ditahan di bawah ISA Disember lalu bersama empat lagi pemimpin Pasukan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) dan kini menjalani tahanan selama dua tahun di kem tahanan Kamunting di Perak.

Permohonan habeas corpus untuk membebaskan Manoharan dijadual didengar pada 26 Mac, tetapi kata Karpal, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu menunggu lama untuk membebaskan anak guamnya itu.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac, Manoharan menang kerusi DUN di Selangor itu dan menurut Karpal, ia menunjukkan bahawa para pengundi tidak bersetuju beliau ditahan di bawah ISA.

Karpal yang pernah ditahan di bawah ISA berkata, adalah tidak wajar bagi kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk terus menahan Manoharan.

“Beliau harus diberi peluang untuk mengangkat sumpah dan berkhidmat kepada pengundinya. Malah, kesemua pemimpin Hindraf itu patut dibebaskan kerana mereka ditahan tanpa sebab yang munasabah," katanya.

Manoharan menang DUN Kota Alam Shah atas tiket DAP. Beliau mendapat 12,699 undi untuk menewaskan calon BN Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi.

‘Guna budibicara’

Menteri Besar Selangor yang baru Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini berkata, majlis angkat sumpah boleh diadakan selepas Manoharan dibebaskan.

Bagaimanapun, Majlis Peguam berpendapat, kerajaan bertanggungjawab untuk membenarkan Manoharan mengangkat sumpah kerana ia merupakan wakil yang dipilih
rakyat.

Sebelum ini, dua tahanan ISA - Chian Heng Kai dan Chan Kok Kit dari DAP - dibenar mengangkat sumpah di kem Kamunting apabila mereka terpilih sebagai ahli parlimen pada pilihanraya umum 1978.

Chian menang kerusi parlimen Batu Gajah di Perak, manakala Chan pula menang di parlimen Sungai Besi di Selangor.

Chian dan Chan mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen di hadapan speaker Dewan Rakyat ketika itu, Tan Sri Dr Syed Nasir Ismail dan setiausaha Dewan Rakyat turut hadir bersama wakil pihak berkuasa kem Kamunting.

Memandangkan Manoharan ditahan atas sebab-sebab politik, maka kata Karpal, Abdullah harus membebaskannya sebagai tanda menghargai pengundi Kota Shah Alam.

“Beliau mempunyai budibicara dan sewajaqrnya membatalkan perintahan tahanan untuk membebaskan Manoharan,” tambah Karpal.

Keharmonian Hubungan Raja Dan Kerajaan Jamin Kestabilan Kerajaan - Raja Nazrin


KUALA KANGSAR, 17 Mac (Bernama) -- Keharmonian hubungan Raja dengan kerajaan adalah salah satu prasyarat untuk menjamin kestabilan sesebuah kerajaan dan kemakmuran sesebuah negeri, titah Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, hari ini.

"Untuk itu, Kerajaan pimpinan Mamanda Menteri Besar hendaklah memahami asas ini, demi menjalin hubungan yang baik antara Raja dan Kerajaan. Mamanda Menteri Besar hendaklah dapat menjadi jambatan penghubung yang berkesan, menghubungkan Raja dengan rakyat dan rakyat dengan Raja," titahnya pada Mesyuarat Dewan Negara Perak Kali Ke-43 di Istana Iskandariah di sini.

Raja Dr Nazrin bertitah dalam pada itu Raja dan istana adalah pelindung kepada adat dan kebesaran kerajaan yang sejarahnya di bumi ini bertunjangkan kerajaan Melayu.

"Oleh itu adat istiadat dan kesopanan istana tidak harus sama sekali dicemari. Adat istiadat dan kesopanan istana pada setiap masa hendaklah dipertahankan, dihormati dan tidak harus dicemari," titahnya.

Menurut Raja Dr Nazrin institusi Raja yang merupakan sebahagian dari sejarah dan sistem berkerajaan di bumi Melayu kekal relevan dan memenuhi peranan secara berkesan sepanjang masa dari zaman kolonial Inggeris membawa kepada era pasca merdeka yang memilih sistem kerajaan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

"Dalam setiap fasa waktu, Institusi Raja terus kekal, berupaya melakukan pengubahsuaian dari segi peranan dan pendekatan, berfungsi sebagai payung negeri tempat rakyat dapat bernaung, merupakan sumber keadilan, mengurniakan keampunan, menawarkan keistimewaan, tunggak keutuhan, gerbang kebebasan dan payung kehormatan," titahnya.

Raja Dr Nazrin turut mengalukan-alukan kehadiran buat pertama kalinya Menteri Besar Perak yang baru Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di dalam Dewan Negara Perak dan mengucapkan tahniah kepada beliau kerana telah diberikan kepercayaan oleh rakyat menjadi ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang dan selanjutnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dilantik mengisi jawatan Menteri Besar Perak.

Baginda turut merakamkan penghargaan bagi pihak Sultan Azlan terhadap bekas Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali atas khidmatnya sebelum ini.

"Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Dewan ini merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri DiRaja Mohamad Tajol Rosli bin Tan Sri Ghazali, mantan Mamanda Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan, atas peranan dan sumbangan beliau ketika menjadi anggota Dewan ini.

"Beta percaya beliau akan terus dapat memainkan peranan secara konstruktif lagi produktif kepada kesejahteraan negeri Perak Darul Ridzuan," titahnya.

-- BERNAMA

Henti tekan Mukhriz - Pemuda Johor

KUALA LUMPUR 16 Mac - Pergerakan Pemuda UMNO Johor menggesa semua pihak menghentikan desakan agar Datuk Mukhriz Mahathir dikenakan tindakan disiplin atau dipecat daripada parti kerana ia akan lebih mengeruhkan lagi keadaan.

Ketuanya, Razali Ibrahim berkata, ini kerana sebarang keputusan mengenai kedudukan beliau akan diputuskan pada Mesyuarat Exco Pemuda UMNO yang akan bersidang selepas pembentukan Kabinet.

Katanya, Pemuda UMNO Johor yakin perkara itu akan diputuskan secara bijaksana oleh barisan Exco Pemuda yang diterajui Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Pemuda Johor mengharapkan agar tidak ada kenyataan sama ada untuk memecat, mengambil tindakan apa saja, kerana ia tidak membantu kepada perkara yang saya nyatakan tadi.

"Kalau saya buat kenyataan menyebelahi mana-mana pihak, saya juga tidak bertanggungjawab," katanya.

Rabu lalu, Mukhriz selaku Ahli Parlimen Jerlun menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas kekalahan luar jangka banyak calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Kontroversi berhubung Mukhriz bukan pertama kali timbul, sebaliknya pada Perhimpunan Agung UMNO 2006, Exco Pemuda UMNO itu ketika diminta mengulas ucapan dasar Presiden, mendakwa tiada perkara baru yang disampaikan.

Dalam perkembangan berkaitan, Razali berpendapat, Mukhriz tidak perlu meminta maaf dalam masa terdekat kerana ia akan menghilangkan rasa hormat banyak pihak kepadanya.

Katanya, sebagai seorang pemimpin, beliau perlu mempertahankan prinsipnya dan bersedia menghadapi apa jua akibat tindakannya.

"Saya tidak fikir Mukhriz kena minta maaf sekarang sebab saluran yang telah ditetapkan ialah pada mesyuarat Exco, orang akan hilang hormat kalau dia minta maaf sekarang.

"Sebagai seorang pemimpin, beliau kena berpegang pada prinsip dan bersedia menghadapi akibatnya," katanya.

Razali turut mengakui Pemuda UMNO Johor menyayangi Mukhriz dan dalam perbincangan sebelum ini pihaknya telah dapat melihat siapa yang menjadi aset kepada Pemuda UMNO.

Bagaimanapun, katanya, apa yang membezakan seorang pemimpin itu dengan pemimpin lain ialah bagaimana mereka mengawal sesuatu keadaan.-Utusan Malaysia

PAS: Guan Eng will look after Malays too

PENANG: Penang PAS Deputy Commissioner Dr Mujahid Rawa said the Islamist party is fully confident that newly-appointed Chief Minister Lim Guan Eng would look after the interests of Penang Malays.

Among Lim’s first moves after being sworn in as Chief Minister on March 11 was to announce that the state would be run free of the New Economic Policy (NEP), which he claimed had bred cronyism, corruption and systemic inefficiency.

“It is time to move forward. Let us make policies that can benefit all the rakyat," he said, adding that all state government projects and contracts would be awarded through an open-tender policy.

That caused an outcry within certain quarters. On March 14, a group comprising mostly Umno members and supporters took to the streets after Friday prayers to protest his statements on the NEP.

Police managed to disperse the crowd peacefully. No arrests were made but two men were taken for questioning.

A lawyer also lodged a police report against Lim Guan Eng, alleging that his statements over the NEP were "seditious, racist, irresponsible and may endanger public peace and national security.”

Lim later gave his assurance to Penang Malays that they would not be marginalised.

“When I said that I would run the government administration free of the New Economic Policy (NEP), I emphasised on asking the tender process to be made publicly.

“I do not think Malay contractors object to the open tender system as it is more transparent. I just want to rectify some of the mistakes committed during the previous administration,” he said after witnessing the swearing-in of his 10 state executive councillors on March 14.

Twenty-two Muslim non-governmental organisations also expressed their support for the state government’s call for transparency in implementing NEP, as has the Penang Bumiputra Petty Traders Association.- STAR

17 Mac, 2008 12:25 PM

Mohammad Nizar Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak Baru

KUALA KANGSAR, 17 Mac (Bernama) -- Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru, selepas persetujuan mengadakan pakatan kerajaan campuran antara DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS untuk mengetuai pentadbiran kerajaan negeri dicapai.

Pada istiadat yang berlangsung pukul 11.40 pagi di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini, Mohammad Nizar, 51, menerima watikah pelantikan sebelum diteruskan dengan majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Menteri Besar yang ke-10.

Beliau yang berpakaian baju Melayu lengkap berwarna hitam kemudiannya menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk V. T. Singam.

Hadir sama pada istiadat itu ialah Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria, bekas Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali serta wakil anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada kerajaan campuran itu.

Mohammad Nizar mengangkat sumpah hari ini, yang merupakan hari lahir beliau, selepas majlis itu terpaksa ditangguhkan pada Khamis lepas kerana DAP, PKR dan PAS tidak mencapai kata sepakat yang ketara dalam penubuhan kerajaan campuran.

Tiada program MB Kelantan di Shah Alam Mac ini, henti sebar SMS palsu!

Mon | Mar 17, 08 | 11:53:53 am MYT

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Hrkh) - Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kelantan, Annual Bakhri Haron menafikan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat mempunyai aturcara di Shah Alam 27 dan 28 Mac ini.

Menurutnya, setakat ini pihak beliau ada menerima permohonan untuk Tuan Guru mengisi program di Selangor bulan April hadapan, bagaimanapun ianya masih dalam pertimbangan.

Annual menegaskan penafian terpaksa dibuat kerana banyak disebarkan SMS bahawa Mursyidul Am akan menyampaikan ucapan di Stadium Negeri pada 27 Mac dan berkhutbah di Masjid Negeri Selangor pada 28 Mac depan.

"Sebelum ini masa Khir Toyo (bekas MB) memerintah, Tuan Guru memang dilarang memasuki Selangor, walaupun parti gabungan menguasai Selangor, kita tidak mahu membuat sesuatu tanpa protokol dan tergesa-gesa.

"Awasilah dakyah Umno, apabila mereka tidak menerima kekalahan, maka mereka mula menyebar fitnah,' ujarnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib menegaskan bahawa maklumat yang disebarkan melalui SMS tersebut tidak benar.

"Tiada keputusan dibuat oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor berkenaan majlis yang dikatakan pada hujung bulan Mac ini.

"Tidak ada juga perancangan seperti itu dibuat di peringkat kerjasama PAS, KeADILan dan DAP. Oleh itu saya menyeru supaya maklumat yang tidak benar itu tidak lagi disebarkan," tegasnya. - mr

Risalah provokasi: PAS Perak minta polis siasat


Mon | Mar 17, 08 | 12:13:07 pm MYT

IPOH, 17 Mac (Hrkh) - PAS Negeri Perak telah membuat aduan polis berhubung risalah yang bersifat provokasi yang disebar kepada orang ramai kononnya ia dibuat oleh PAS Negeri Perak.

Ketua Penerangan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki telah membuat aduan polis dan meminta pihak polis membuat siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang terlibat menyebarkan risalah tersebut.

Risalah itu yang kononnya dikeluarkan PAS Perak mengandungi kenyataan kerajaan Perak sekarang ini adalah Kerajaan PAS dan Kerajaan Islam yang akan melaksanakan empat perkara.

Empat perkara yang hendak dliaksanakan itu, menghapuskan pusat hiburan di seluruh Negeri Perak, menghapuskan pusat perjudian, menghapuskan penjualan arak di semua premis perniagaan dan melaksanakan hukum hudud apabila suasana politik telah benar benar stabil.

"Sebaran ini merupakan fitnah yang dibuat oleh pihak tertentu dengan niat dan tujuan jahat serta ingin menimbulkan perasaan kurang senang dan gelisah sebahagian masyarakat di Perak," katanya.

Menurut beliau dakwaan kononnya PAS yang memerintah Negeri Perak, dan kenyataan ini sudah tentu menimbulkan perasaan tidak senang DAP, PKR dan penyokong-penyokongnya.

"PAS tidak memerintah negeri Perak, yang memerintah adalah Kerajaan Barisan Rakyat daripada DAP, PKR dan PAS," ujar beliau.

"Sebaran ini sebenarnya bertujuan menimbulkan kemarahan dan kebimbangan rakyat dari kalangan masyarakat Cina dan India khususnya," katanya lagi. - mns

Orang Melayu dibiarkan mundur agar terus sokong Umno-BN - Presiden PAS

MUKADIMAH: Dianggarkan lebih 190 bas dan 2000 kereta masuk ke Terengganu, didakwa membawa pengundi hantu sebelum hari mengundi pada 8 Mac lalu. Ia merupakan projek Pengerusi BN Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh meneruskan pemerintahan BN.

Bagi Idris, beliau tidak kisah sebilangan besar rakyat Terengganu tidak menyokong BN memerintah kerana projek tersebut sudah cukup untuk mengembalikan kekuasaannya sepertimana pilihan raya umum 2004.

Kerja beliau itu bukan bersendirian malah mendapat restu kerajaan Pusat bersama dengan projek tawan Kelantan. Hasilnya BN yakin mampu tinggal satu kerusi untuk PAS di Terengganu dan Kelantan jatuh kepada BN.

Sementara PAS menyifatkan pengundi hantu itu telah menggagalkan usahanya menawan kembali Terengganu yang pernah dikuasai ketika pilihan raya 1999.

Apakah kemasukan pengundi hantu menjadi faktor utama kegagalan PAS? Ikuti pandangan Presiden PAS, DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG ketika ditemu bual wartawan Harakahdaily di rumahnya, di Rusila.

HARAKAHDAILY: SPR mendakwa kemenangan PAS, KeADILan dan DAP serta mengusai lima negeri menunjukkan pilihan raya negara ini bersih, mengikut lunas demokrasi? SPR dakwa mereka telus?

DATO' SERI: Bukan keputusan pilihan raya menjadi ukuran tetapi perjalanan pilihan raya yang dipersoalkan. Daftar pemilih yang belum bersih diakui SPR dan memang berlaku. Undi pos dengan jumlah yang tidak wajar. Penggunaan jentera-jentera kerajaan termasuk SPR sendiri untuk menjamin kemenangan BN. Kemenangan yang belaku adalah kebangkitan rakyat yang besar. Apa yang berlaku adalah kebangkitan rakyat menolak BN. Apa yang menarik rakyat yang disogokkan dengan pembangunan yang dianggap maju seperti Selangor dan Perak. Kemenangan PAS di negeri ini adalah kawasan di bandar. Kawasan yang mendapat maklumat alternatif melalu internet dan pelbagai saluran. Kawasan yang tidak mendapat maklumat kawasan miskin dan tetap menjadi sasaran penipuan pilihan raya yang berlaku dengan beberapa perkara. Saya tetap menganggap pilihan raya ini masih kotor. BN menggunakan alat kerajaan dengan cara yang tidak demokratik menggunakan media, jabatan kerajaan antaranya polis, SPR dan kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kita melihat banyak kawasan yang peratus mengundi terlalu tinggi mengatasi negara paling maju dalam dunia. Ini dapat dibuktikan adanya pengundi-pengundi hantu yang didaftarkan mengikut pertolongan SPR dan JPN melalui kad pengenalan yang disediakan. Kita dapat bukti yang banyak di seluruh negara sama ada pengundi dari luar yang dihantar melalui bas dengan jumlah besar dengan dikawal oleh Polis dengan alasan mereka adalah pengundi yang sah. Memang mereka ada nama dalam daftar pemilih tetapi mengapa tidak disemak kad pengenalan dan alamat mereka. Di sana masih banyak pengundi pos dengan jumlah yang tidak patut dan luar biasa. Undi pos yang menjadi undi penentu untuk memenangkan BN, yang jelas di Belatik, Kedah. Undi Pos di kawasan yang tidak ada tentera, tidak ada kem yang boleh jadi alasan pengundi pos. Politik wang juga masih berjalan.

Apakah pengundi hantu berlaku di kawasan tertentu atau bagaimana?

Pengundi hantu dilakukan di seluruh Malaysia iaitu kawasan tumpuan. Saya melihat sendiri bas yang berderet-deret dikawal polis macam VIP. Petugas kita dapat mengesan melalui perisikan kita sendiri dan mendapat maklumat yang sah.

Kecelaruan undang-undang iaitu peraturan dakwat dibatalkan. Ia menandakan SPR benar-benar menjadi alat BN. Dalam negara demokrasi yang adil apabila Parlimen dibubarkan tidak ada parti kerajaan dan pembangkang semua parti adalah sama.

Tetapi media-media perdana elektornik dan cetak telah menonjolkan BN adalah parti kerajaan bila-bila masa saja. Ini adalah satu cara yang tidak adil dalam laporan media.

Apa perbezaan antara rakyat Kelantan dengan Terengganu kerana kedua-dua negeri ini mempunyai pengundi hantu yang besar tetapi Kelantan tidak boleh ditembusi pengundi hantu?

Saya tetap berkeyakinan majoriti rakyat Terengganu menyokong PAS sama dengan Kelantan. Tetapi jumlah pengundi hantu lebih besar daripada Kelantan di setiap di peti undi.

Begitu juga dengan jumlah bas yang datang. Mereka ditempatkan lebih awal di balai polis, pusat tahanan pendatang tanpa izin, chalet untuk masuk ke pusat pengundi.

Dato' Seri, bagaimana dengan sokongan pengundi di saluran satu?

Itu belum dapat maklumat sebab post-mortem belum dibuat. Kita akan buat satu post-mortem secara menyeluruh tapi penglibatan golongan muda dalam kerja pilihan raya menandakan kebangkitan golongan muda menyokong PAS sangat hebat.

Kita melihat perubahan yang berlaku dalam masyarakat Cina dan India sebalik tempat majoriti Melayu masih sokong BN?

Masyarakat Cina dan India banyak duduk di kawasan bandar dan banyak mendapat maklumat. Masyarakat Melayu dibiarkan tinggal di kawasan pedalaman. Kawasan jauh daripada maklumat. Kawasan yang mundur. Memang BN lebih suka orang Melayu jadi begitu supaya mereka lebih mudah ditipu.

Sepatutnya Umno hendaklah mengambil satu tanggungjawab dan berasa berdosa kerana menjahilkan orang-orang Melayu bukan saja dalam bidang agama bahkan politik. Yang penting mereka boleh berkuasa sampai bila-bila.

BN mungkin memerlukan 14 kerusi lagi untuk capai dua pertiga. Bagaimana sekiranya berlaku pembelian wakil rakyat bagi meneruskan penguasaan BN?

Saya yakin BN akan melakukan politik wang macam dia amal dalam parti dia sendiri dalam masa pilihan raya. PAS memastikan wakil-wakil rakyatnya dengan sumpah secara Islam supaya tidak khianat terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Jika mereka mengkhianati PAS mereka akan dilaknat oleh seluruh makhluk. Parti-parti lain kita nasihatkan supaya teguh dan setia pada perjuangan masing-masing. Saya percaya semua parti politik dapat melahirkan calon-calon yang berwibawa, Insy-Allah tidak lagi dalam tahun 50-an.

Biarlah mereka yang boleh dibeli ini hanya dalam BN. Saya kesal dengan BPR kerana tidak dapat memainkan peranan yang telus dan berkesan untuk menghapuskan rasuah. Umno sengaja mengekalkan BPR dalamm keadaan tidak ada kuasa. Mereka kekalkan OSA dan ISA untuk melindungi mereka yang terlibat dengan penyediaan kad pengenalan palsu.

Sebenarnya bukan untuk menangkap tetapi untuk melindungi pihak yang terlibat dengan penyediaan kad pengenalan itu supaya tidak terdedah. Jika terdedah mereka akan ditangkap tetapi selepas itu mereka dibebaskan. Itu hanya lakonan.

Apakah PAS akan mengambil tindakan undang-undang?

Insya-Allah kita akan mengumpulkan maklumat yang sebanyak-banyaknya. Saya sudah baca Harakahdaily, Perlis akan mengambil tindakan undang-undang di Parlimen dan Dun.

Bagaimana dengan Idris Jusoh mahu membuat petisyen terutama di Marang kerana menyekat pengundi?

Kita cabar dia. Saya minta satu siasatan telus diadakan kalau boleh biar ada satu suruhanjaya bebas menyiasat. Kita ada bukti mengapa polis mengambil kad pengenalan dan melindungi pengundi hantu. Saya minta polis juga disiasat.

Umno mempersoalkan kemenangan PAS dan KeADILan sehingga Pulau Pinang jatuh kepada DAP?

Itu kegagalan dan permainan Umno. Kita percaya hubungan antara PAS, KeADILan dengan DAP lain dengan apa yang berlaku dalam hubungan Umno. Kita percaya tokoh-tokoh PAS dan PKR dapat bersama dengan DAP kerana perjuangan kita adalah menyeluruh bukan untuk satu kaum saja.

Melayu perlu dibela tanpa menjejaskan masyarakat Cina. Apa yang berlaku ialah kesalahan Umno sendiri kerana mereka mengamalkan politik rasuah, kronisme dan nepotisma sehingga mereka membiarkan bangsa mereka sendiri. Itu yang sebenarnya.

Kalau orang Melayu zaman Umno boleh menerima Ketua Menteri Gerakan yang bukan Melayu mengapa mereka tidak boleh terima DAP. Kita minta tunggu dan lihat dahulu apa yang dilakukan, jangan cepat menghukum.

Ramai penganalisis politik mengatakan keputusan pilihan raya menunjukkan berlakunya 'tsunami politik', bagaimana dengan Dato' Seri?

Memusnahkan kezaliman dan mereka yang bersengkokol dengannya. Insya-Allah kita akan dapat menyuburkan kerajaan berteraskan kepada keadilan, amanah dan berkebajikan sebagaimana yang kita perjuangkan.

Walaupun kita tidak boleh menunaikan semua janji kerana kita tidak menguasai kerajaan Pusat. Saya percaya di bidang kuasa kerajaan negeri banyak janji-janji yang boleh ditunaikan. Cuma saya berharap kerajaan Pusat jangan melanggar perlembagaan dan prinsip Fedralisme sebagaimana yang pernah dilakukan kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu.

Saya telah memberikan surat pengesahan yang ditandatangani oleh saya sendiri bahawa PAS menyokong Menteri Besar diberikan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mungkin Dato' menaruh harapan kepada negeri-negeri yang dikuasai PAS?

Memang harapan kita tinggi sebagaimana kita berjaya di Kelantan, insya-Allah kita berjaya di empat negeri. Mungkin membawa satu perubahan di seluruh negara.

Kita mengharapkan Umno dan komponen BN menyokong banyak negeri yang kita kuasai. Mereka mesti menerima hakikat keputusan pilihan raya.

Bagaimana dengan Timbalan Menteri Besar Selangor?

Itu terpulang kepada budi bicara negeri Selangor dan tidak semestinya ada Timbalan. Nak pakai exco saja pun boleh.

Kedah kita bagi satu exco kepada DAP ini menunjukkan satu pembentukan kerjasama kita. Exco ini untuk menguatkan kerajaan sebab kita nak lawan dengan BN. - lanh

MB Perak angkat sumpah pada tarikh hari jadinya

Johari Jaafar
Mon | Mar 17, 08 | 11:09:12 am MYT

KUALA KANGSAR, 17 Mac (Hrkh) - 17 Mac 2008 bukan sahaja tarikh yang bersejarah kepada kerajaan campuran di negeri ini apabila dengan rasminya Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang ke-10.

Seluruh ahli dan penyokong Barisan Alternatif dan DAP layak bergembira dengan kemenangan pada 8 Mac lalu dan sewajarnya juga mereka bergembira dengan pelantikan Adun Pasir Panjang sebagai Menteri Besar yang baru.

Namun di sebalik peristiwa bersejarah itu, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencatat `hari ini dalam sejarah' apabila upacara angkat sumpah Menteri Besar di Istana Iskandariah, Bukit Chandan pada 17 Mac adalah tarikh lahir beliau yang ke lima puluh satu.

Beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak.

Hari ini merupakan hari yang paling ceria buat Ir Mohamad Nizar Jamaluddin kerana ia bukan sahaja hari angkat sumpahnya sebagai Menteri Besar Perak yang ke-10, tetapi ianya juga hari lahirnya yang ke lima puluh satu.

Sehubungan itu seluruh pimpinan Barisan Alternatis dan PAS serta ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya dan rakyat negeri Perak amnya mengucapkan selamat hari jadi kepada Ir Mohammad Nizar.

Seluruh rakyat dan pemimpin BA dan DAP mengharapkan kerajaan campuran yang dibentuk nanti merupakan kerajaan yang adil, bersih, mesra rakyat, dan mengutamakan kepentingan rakyat serta membela golongan yang tidak berkemampuan.

Sehubungan dengan itu juga seluruh warga kerja Harakah dan Harakahdaily turut mengucapkan selamat hari jadi kepada Menteri Besar Perak yang baru. - mns


PKR invites Umno for talks on NEP


Monday, 17 March 2008

By NG SU-ANN

PENANG: PKR has invited Penang Umno to thrash out their concerns over the New Economic Policy (NEP) in a dialogue session, Penang PKR chief Datuk Zahrain Mohamed Hashim said.

He said this was a better option than holding street protests, which only confused the public.

He was speaking to reporters after joining Pantai Jerejak assemblyman Sim Tze Tzin and Batu Maung assemblyman Abdul Malik Kassim in a walkabout to thank voters at the Bayan Baru market yesterday.

Zahrain admitted that Chief Minister Lim Guan Eng could have been hasty to announce that the state would be run free of the NEP.

However, he said, Lim had good intentions in wanting to run a clean and transparent government.

If the protesters had read our manifesto which includes a National Economic Agenda, they will see that everyone's interest will be safeguarded equally,” he said.

Meanwhile, Sabah Progressive Party president Datuk Yong Teck Lee said he was puzzled why the NEP was still an issue when it had been replaced by the National Development Policy.

He questioned why politicians on both sides of the political divide in Penang were still harping on the policy when it had already expired in the 1990s.

He said the DAP-led Penang government's “so called cancellation of the NEP” was completely redundant because it no longer existed and it was equally disappointing that Penang Umno was still harping on a non-existent policy.

We are now busy with new concepts like development corridors, Agenda Baru and Islam Hadhari.

It is no wonder that some politicians both from ruling and opposition have lost focus on which policy to talk about,” he said. - STAR

Kedah official papers missing PDF Print E-mail
Monday, 17 March 2008

All documents from the offices of the Mentri Besar and executive councillors in Kedah have gone missing.

The PAS-led government which took office after 12th general election on March 8 will lodge a police report based on the findings of an internal investigation.

Mentri Besar Azizan Abdul Razak has appointed state executive councillor Phahrolrazi Zawawi to investigate the case of the missing documents.

“Phahrolrazi will investigate what happened.

“I do not want to accuse people without proof,” said Azizan who found that the Mentri Besar’s office was void of documents after the swearing-in ceremony last Sunday.

The newly appointed executive councillors, who were sworn in on Wednesday, found out the next day that their offices were also empty.

“There is not a single paper left in all the offices. We view this very seriously because the documents belong to the executive council, not to any individual,” said Phahrolrazi.

He said most of the documents were classified.

“We are questioning the government officers on duty. No one has a right to transfer the documents without permission,” he said.

Phahrolrazi said the former executive councillors did not have the right to enter the offices without permission.

“We need the minutes of the meetings to check the progress of projects and other matters that were discussed at the executive council meetings,” he said. - THE STAR

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising