Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, March 16, 2008

DAP wants Anwar as alternative PM



GEORGE TOWN, Sun:

The DAP wants Datuk Seri Anwar Ibrahim to be the alternative prime minister and help transform Malaysia into becoming a healthy functioning democratic country.

Its secretary-general Lim Guan Eng said the party chose Anwar because it believed that he was the most suitable person to complete the transformation.

Asked why Anwar, Lim, who is also Penang Chief Minister, told reporters that the former deputy prime minister was the common choice.

"He is widely accepted by everyone in the Opposition,” he said. "We hope he is allowed to take his rightful place in Parliament the soonest possible," said Lim.

Speaking at the one-day DAP national leadership convention, Lim urged party leaders and members not to rest on their laurels but must starting working as from now.
"Please remember that the national mission to transform Malaysia into a healthy functioning democracy is not yet won,” he said. "Only when there is political equality, equal economic opportunity, social justice, freedom from fear and corruption can this mission succeed. To do that, all members and leaders have to redouble their efforts to be a "friend" of the people to complete the national transformation of Malaysia.”

Lim said the DAP would continue to work with its allies in the Parti Keadilan Rakyat (PKR) and non-governmental organisations to complete the transformation.

The DAP, in its aim to be dynamic, would double its membership by adding another 100,000 members before the next general election.

"This is challenging but not impossible,” he said. "After all, was it not considered impossible for DAP to win power in Penang together with PKR?"

"But we cannot be complacent. Just as Malaysians voted for DAP in this elections, they can just as easily vote the party out should we fail to deliver," he said, reminding them of how the DAP won by a record number of state seats in Penang in 1990 but was punished in one of their worst electoral defeat within a single term in 1995.

Earlier, party national chairman Karpal Singh said he had confident that the party would be succeed in leading the Penang government.

"It is not easy to run a state government but we have the people who are much better than the Barisan Nasional in doing so," he said.

Bekas Adun Tahan, Malik Yusof kembali kerahmatullah


Sun | Mar 16, 08 | 4:56:47 pm MYT

JERANTUT, 16 Mac (Hrkh) - PAS kehilangan seorang pemimpinya apabila bekas Timbalan Pesuruhjaya Pahang, Abdul Malik Yusuf 56, kembali kerahmatullah, pagi tadi.

Allahyarham yang dikenali dengan panggilan 'Cik Malik' di kalangan ahli-ahli PAS itu dilahirkan pada 22 Mei 1952 di Kampung Gintong, Pulau Tawar, Jerantut meninggalkan seorang balu, Hasmah Ibrahim dan lapan orang anak tiga perempuan dan lima lelaki.

Menurut anaknya, Abdul Hadi Abdul Malik, ayahnya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya, pada jam 5.55 pagi di sisi keluarga selepas kritikal kira-kira tiga hari lalu.

Allahyarham adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Tahan (1999 - 2004). Beliau adalah di antara enam ahli PAS yang melakar sejarah PAS negeri apabila memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tahan dalam pilihan raya umum ke-10 pada tahun 1999.

Beliau menewaskan calon Umno /BN, Abdul Halim Yunan dengan majoriti 103. Abdul Halim memperolehi 3,624 undi manakala beliau memperolehi 3,727 undi. Bagaimanapun dalam pilihan raya umum ke-11, beliau tewas kepada calon BN yang juga Kadi Daerah Jerantut, Ahmad Jaafar.

Allahyarham adalah bekas kakitangan Felda dan pernah berkidmat di Felda Gugusan Sungai Koyan dan Jengka sebelum meletak jawatan untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-9. Bagaimanapun beliau tewas.

Image Sebelum menyertai PAS, beliau aktif didalam Angkatan Belia Islam (ABIM) daerah Raub dan pernah memegang jawatan bendahari.

Di dalam PAS beliau menyandang beberapa jawatan penting antaranya bendahari Dewan Pemuda PAS Pahang, Yang Dipertua PAS kawasan Jerantut, Setiausaha badan Perhubungan PAS negeri dan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri.

Beliau merupakan antara pemimpin yang mempunyai bakat semula jadi berpidato dan mahir dengan persilatan Melayu. Beliau boleh besilat dan memukul gendang silat.

Semasa bergelar Adun beliau sering dijemput bersilat di majlis perkahwinan "anak buah" nya.

Jenazahnya diziarahi pemimpin PAS negeri dan kawasan serta rakan-rakan seperjuangan termasuk Adun PAS Kuala Semantan, Syed Hamid Mohamd.

Jenazah beliau disembahyangkan di masjid daerah Jerantut (masjid lama) dan sebelum disemadikan di perkuburan Islam kampung Mat Kilau, Jerantut. - mns

Pak Lah tetap berdegil teruskan dasar lama

Sinopsis

Nampaknya Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mahu berubah. Sebaliknya akan meneruskan dasar perlaksanaan pentadbiran dan ekonomi yang dirancang sebelum ini.

Bererti beliau masih tidak menghiraukan bantahan rakyat terhadap dirinya dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke 12, 8 Mac lalu.

Ikuti sedutan Wawancara PM Bersama BERNAMA

PUTRAJAYA, 15 Mac (Bernama) -- Berikut ialah ringkasan wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan pengulas BERNAMA TV (BTV) Datuk Zuraidah Atan di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di sini, pada Jumaat. Wawancara itu menyentuh mengenai pasaran saham, keyakinan pelabur, dasar ekonomi dan projek-projek selepas pilihan raya.

BTV: Selepas berakhirnya pilihan raya umum, kita semua tahu bagaimana keadaan pasaran saham atau bursa. Ia tidak menentu dan pasaran memerlukan sedikit keyakinan. Apakah pesanan Datuk Seri kepada pelabur.

PM: Saya perlu memastikan mereka mempunyai keyakinan terhadap kerajaan. Itu sangat penting. Perkara pertama yang saya perlu lakukan ialah membentuk Kabinet. Saya mahu memastikan orang ramai yakin terhadap Kabinet. Sudah tentu akan ada muka-muka baru.

Dan pada masa yang sama saya mahu memastikan mengenai dasar-dasar yang telah kami laksanakan sebelum ini. Dasar-dasar yang baik, adakah kami akan teruskannya atau tidak atau adakah kami menukarnya untuk dasar-dasar lain.

Dasar-dasar yang menambat keyakinan pelabur dan komuniti perniagaan akan dikekalkan terutamanya dasar-dasar yang berfungsi dengan baik. Ia akan terus menjadi mesra pelabur.

Dan sebarang insentif yang kami rasa akan merangsangkan lagi keyakinan, pastinya kami akan pertimbangkan, tetapi buat masa ini kami belum memikirkannya lagi.

Bagaimana kami menangani inflasi dan kenaikan harga minyak sekarang. Apa yang kami lakukan. Ini adalah isu-isu yang sangat besar. Saya yakin kami berupaya menangani perkara ini.

Menangani inflasi sangat penting.

Pada masa yang sama, saya mahu melihat ekonomi kita terus dikekalkan. Kita perlu mengekalkan kemampanan ekonomi kita pada tahap tertentu. Kita akan berusaha mecapainya, saya tidak pasti bagaimana ia boleh dicapai tetapi kita mahukan pertumbuhan ekonomi mampan pada tahap tertentu dengan mengambil kira apa juga keadaan yang kita ada, ekonomi perlu terus mampan.

Menguruskan ekonomi perlu cekap dan hubungan antara kerajaan Malaysia dan sektor swasta perlu diteruskan. Program transformasi yang melibatkan kerajaan dan pentadbiran dan sektor swasta terutamanya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu diteruskan, ini benar-benar amat penting kepada saya.

Dan kami perlu memastikan kita menikmati keselamatan dan keamanan sepanjang masa, itu merupakan prasyarat paling penting. Bagaimana kami menguruskan kerajaan, itu akan diperhati dengan berhati-hati. Apa yang kami janjikan, kami akan laksanakan. Program yang kami telah komited, kami akan laksanakan.

Projek-projek baru yang kami telah berjanji untuk dilancarkan di bawah rancangan pembangunan koridor, itu pastinya kami akan laksanakan. Jika ia melibatkan kerajaan negeri, kami akan berbincang dengan mereka. Ini yang perlu kami lakukan dan saya pasti sektor swasta berminat dan yakin dengan apa yang kami lakukan.

Kami setiap masa sedar, kemampanan ekonomi perlu dikekalkan.

BTV: Sudah semestinya ini merupakan antara yang dibimbangkan, berkaitan dengan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang. Dari sudut pandangan komuniti pelabur antarabangsa, adakah akan terdapat perubahan dalam dasar.

PM: Kami tidak perlu menukar dasar. Dasar-dasar yang dilancarkan telah dipertimbangkan dengan begitu teliti. Dan sudah tentunya kami perlu berurusan dengan negeri-negeri yang kini berada di bawah pembangkang atau dikuasau parti lain. Kami perlu membincangkannya.

Kami telah berbincang dengan PAS sebelum ini. PAS menjadi parti pembangkang yang menguasai Kelantan. Dan seterusnya kami perlu berbincang dengan empat lagi negeri yang kini berada di bawah parti lain. Tidak menjadi masalah kepada saya untuk berbincang dengan mereka.

Apa juga projek yang kami putuskan untuk dilaksanakan, projek yang telah diberi peruntukan dan yang kami telah komited, sudah tentu ia akan menjadi keutamaan kami untuk dilaksanakan. Tetapi jika atas alasan tertentu mereka tidak mahu projek-projek baru, bagaimana saya boleh memaksa mereka dengan projek-projek baru. Namun begitu, kami mengawal projek-projek persekutuan.

BTV: Jadi maksudnya projek-projek dilulus persekutuan akan diteruskan, projek-projek yang telah diberi peruntukan dan kerajaan telah komited akan diteruskan.

PM: Ya.

BTV: Menyentuh mengenai pelaburan asing berkaitan dengan ekuiti swasta, persoalan yang lazim akan ditanya oleh orang ialah, bagaimana pandangan kerajaan persekutuan sekiranya pelabur-pelabur ini melabur di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

PM: Saya tidak akan membantah. Mengapa perlu saya bantah pelaburan dari luar negara untuk melabur di negeri-negeri ini sekiranya terdapat peluang. Ya tentu saja, teruskan, saya tidak akan menghalang mereka daripada berbuat demikian sekiranya ia baik untuk rakyat.

BTV: Nyata sekali, apabila kita menyentuh mengenai projek-projek, terutamanya di negeri Datuk Seri sendiri iaitu Pulau Pinang seperti jambatan kedua dan monorel, adakah ia masih akan diteruskan.

PM: Ia telahpun diluluskan dan kami telah membincangkan pinjaman dengan kerajaan China dan pinjaman yang sangat wajar dan dengan kadar faedah yang sangat munasabah. Saya tak nampak mengapa kita tidak perlu memulakan projek jambatan kedua. Jambatan kedua perlu untuk Pulau Pinang. Ia bukan hanya bagi negeri Pulau Pinang, tetapi bagi keseluruhan wilyah utara. Pulau Pinang merupakan hab logistik bagi koridor utara.

Kita perlukan jambatan kedua. Ia baik untuk rakyat dan juga untuk ekonomi.

BTV: Bagi penggal pertama pemerintahan, keutamaan datuk seri ialah pertanian yang diterima dengan baik oleh rakyat. Penyusunan semula GLC dan sudah tentunya penubuhan pelbagai koridor ekonomi. Tetapi dengan penggal kedua sekarang, apakah yang menjadi teras utama datuk seri dalam rancangan ekonomi.

PM: Macam inilah. Kami telah membangunkan banyak program sepanjang empat tahun lepas dan kami mula melaksana untuk melancarkannya. Pembangunan koridor merupakan yang terakhir akan dilancarkan. Kami telahpun melancarakannya dan oleh itu saya tidak boleh membiarkannya dan memikirkan dasar-dasar baru lain.

Dasar-dasar telah dibentuk, program telah diputuskan, wang telah diperuntukkan. Jadi untuk 2008, banyak pelaksanaan telah dilaksanakan.

BTV: Ini adalah untuk susulan.

PM: Ini adalah untuk susulan. Kami yakin projek-projek tersebut yang kami lancarkan adalah projek-projek yang baik, baik untuk ekonomi kita, baik untuk negara, baik untuk rakyat. Ia akan mewujudkan peluang pekerjaan, banyak pelabur masuk, ia akan mewujudkan kekayaan baru, peluang baru kepada kita.

Tiada sebab mengapa saya harus hentikan hanya kerana sekarang kami mempunyai beberapa (negeri yang) tidak menjadi milik BN. Saya akan terus berbuat demikian. Kami perlu melaksanakannya. Terdapat tempat-tempat lain juga (di mana pembangunan perlu dilaksanakan).

Kawasan koridor pertanian kini dikuasai oleh parti lain. Sabah masih berada di bawah Barisan, Sarawak masih di bawah Barisan, sebagai contoh.

BTV: Jadi, pertanian merupakan teras utama.

PM: Bagi keutamaan yang telah ditentukan sebelum ini, kami telah mencapai kejayaan. Sektor pertanian mencatatkan prestasi baik bukan sahaja sektor perladangan tetapi juga sektor tahap ketiga. Jadi mengapa saya harus berhenti setengah jalan.

BTV: Jadi, akan ada lebih banyak teras, lebih banyak peningkatan.

PM: Kami perlu mempunyai (peningkatan). Saya bersetuju dengan anda. Kami harus menggunakan perkataan peningkatan dan pada masa yang sama, kami mempunyai projek baru untuk dilaksanakan. Saya akan laksanakan. Terdapat banyak perkara yang kami telah lancarkan. Kami terus melancar tetapi bukan melaksana.

BTV: Akan ada banyak pengumuman. Saya gembira datuk seri berkata demikian kerana ini merupakan antara perkara yang ramai orang memperkatakannya.

PM: Terdapat banyak pada 2004. Pada 2004, semasa kami datang, kami datang dengan asas manifesto yang rakyat sangat gembira dengannya. Tetapi manifesto 2004 mempunyai begitu banyak perkara yang tidak boleh dilaksanakan antara 2004 dan 2008.

Banyak perkara yang kami kata mahu lakukan, saya berhasrat untuk melaksanakannya sehingga tahun 2020 kerana kami mempunyai tempoh tiga rancangan pembangunan lima tahun. Kami perlu menggabungkannya. Ia permulaan fasa kedua pembangunan bagi wawasan 2020. Dan ia perlu dilakukan selangkah demi selangkah.

Ia melibatkan beberapa program jangka panjang, beberapa masalah dan sebahagian boleh dilaksana dan diselesaikan dalam tempoh empat tahun lepas yang telah dilakukan. Begitu banyak bahagian yang kami boleh usahakan. Saya gembira untuk menyatakan bahawa rakyat masih mahukan kami.

Kita masih diberikan mandat yang baik.

Sebenarnya majoriti itu kuat. Ia bukannya menjadikan kita susah untuk bekerja. Tentunya tidak. Saya tidak percaya dengan majoriti yang kurang daripada sepertiga, kita menjadi tidak berupaya atau lumpuh atau kita menjadi tidak bermaya dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Kita boleh.

Kita boleh menjadi kerajaan yang kuat, dan saya berhasrat menubuhkan kerajaan yang kuat.

BTV: Mungkin ada halangan psikologi berhubung majoriti dua pertiga.

PM: Rakyat sudah terbiasa dengan itu (majoriti dua pertiga), tiba-tiba kita capai kurang daripada itu.

BTV: Tetapi, Datuk Seri masih mentadbir kerajaan, itu yang penting.

PM: Saya akan mentadbir kerajaan. Saya yang bertanggungjawab.

BTV: Kita bercakap tentang sentimen pasaran. Ia sentiasa mencerminkan keyakinan dan sebagainya. Melihat kepada ekonomi dunia, seperti yang kita sedia maklum AS telah menjadi rakan dagang kita dan negara itu kini mengalami kelembapan. Kata orang ia menuju ke arah kemelesetan. Jadi, itu akan menjejaskan kita tetapi pada masa yang sama, saya percaya kita ada lebihan dagangan yang kukuh. Adakah Datuk Seri merasakan ekonomi kita cukup kukuh, adakah ia berdaya tahan.

PM: Pada dasarnya, ekonomi kita kukuh. Kita telah mempelbagaikan pasaran kita, kalau boleh saya gunakan ungkapan itu. Kita telah mempelbagaikannya.

Kita tidak bergantung semata-mata kepada pasaran AS sahaja.

Hari ini, dari segi jumlah dagangan, dari segi peratusan, kita lebih banyak berurusan dengan Asean. Dagangan kita dengan negara-negara Asean telah meningkat kepada 26 peratus.

Dagangan dengan AS kurang daripada 18 peratus, 16 peratus lebih. Dan kita lebih banyak berdagang dengan negara-negara Asia Timur, dengan Jepun, China.

China juga adalah rakan dagang terbesar bagi kita.

Kita sedang membina hubungan perdagangan baru dengan India yang kita anggap sebagai rakan kongsi strategik yang sangat penting, malah sekarang lebih banyak perdagangan dengan Timur Tengah.

Jadi, kita berpuas hati. Kita berada pada kedudukan yang baik di rantau ini, yang diharapkan dapat memperlihatkan prestasi baik. Kita perlu ingat itu. Jadi, kita akan teruskan apa jua yang kita lakukan.

Kita dapat mandat, tetapi kita mesti pilih apa yang terbaik untuk dimajukan, projek apa, sektor apa yang harus kita bangunkan, yang boleh memberikan kita kelebihan daya saingan, sesuatu yang berbeza daripada orang lain.

Misalnya, kalau kita bercakap tentang pelancongan, banyak negara yang mahu menggalakkan pelancongan, betul tak, Tetapi apa yang istimewa tentang Malaysia, apa yang unik dan berkesan tentang Malaysia ialah kita mahu melakukannya. Ini adalah sesuatu yang kita mahu lakukan. Kita perlu memastikan kedudukan kita tetapi kita mesti lakukannya dengan cekap, barulah kita dapat pulangan terbaik daripada apa yang kita lakukan.

Kita perlu menambah baik banyak bidang. Contohnya, saya rasa (bidang) yang boleh (ditambah baik) ialah perkhidmatan kewangan Islam, ini adalah sesuatu yang merupakan bidang kepakaran kita. Kita boleh mengembangkannya, ia boleh berkembang, ia sedang berkembang hari ini.

Kemudian, bidang bioteknologi. Pembangunan biotek sebagai sebuah industri. Kita berada pada kedudukan yang baik untuk melakukannya. Kita boleh lakukannya. Ini industri baru.

Oleh itu, kita mesti gunakan sumber-sumber kita dan dapatkan orang yang sesuai.

Dan yang pentingnya, kita perlu memberi penekanan kepada pembangunan modal insan. Bagi saya, aset paling penting yang kerajaan perlu ada ialah produk yang satu ini, yang dipanggil modal insan. Kita perlu ada pengurus yang cekap, juruteknik yang cekap.

Kita mesti ada orang yang pakar dalam banyak bidang, orang yang melabur dalam pengetahuan, teknik pengurusan.

Jadi, inilah orang yang membuat Malaysia bergerak. Inilah orang yang akan mempunyai kekuatan minda dan ketinggian ilmu untuk menghadapi cabaran, menghadapi masalah, kemelesetan, apa saja. (Jika) mereka cukup kuat, kita akan selamat. Jika modal insan tidak kuat, walau kelengkapan terbaik, kemudahan terbaik (sekalipun) tidak akan membantu kita.

(Yang dapat membantu kita) ialah lelaki dan wanita Malaysia yang terpelajar, yang bersedia untuk bersaing dan menang, dan cekap dalam apa yang mereka lakukan.

Inilah satu perkara, satu keutamaan yang akan saya berikan perhatian.

BTV: Jadi, boleh saya andaikan ini adalah satu daripada cabaran-cabaran utama yang akan dihadapi Datuk Seri dan Kabinet baru Datuk Seri.Cabaran ekonomi, dan jangan lupa, ada juga tekanan inflasi yang mula muncul dan menjadi isu.

PM: Ya. Inflasi. Memang menjadi satu isu. Rakyat perlu lebih berhati-hati terhadap lebih banyak perkara yang akan datang, disebabkan oleh kenaikan harga minyak.

Sebelum 2004, harga minyak AS$50 setong tetapi telah melonjak ke paras lebih sekali ganda. Ini bukan mudah. Situasi ini tidak mudah dihadapi, tetapi apa yang boleh kita lakukan.

Apa yang kita lakukan ialah memastikan rakyat mempunyai lebih banyak wang dalam saku mereka.

Bukan hanya berikan mereka wang, tetapi mewujudkan peluang bagi mereka meraih pendapatan tambahan. Kita berikan mereka permit, lesen untuk membuka warung atau melaksanakan projek-projek kecil, perniagaan kecil-kecilan supaya mereka boleh mendapat sedikit wang bagi keluarga mereka.

Kita perlu wujudkan peluang bagi ini dan kita juga ada pembiayaan mikro.

Mudah bagi mereka mendapatkan wang daripada Bank untuk memastikan perniagaan kecil boleh berkembang dan menjana pendapatan. Pada masa yang sama, kita juga memastikan harga yang dibayar bagi perkhidmatan lain atau keperluan mereka, berada pada paras serendah mungkin.

Kita sedia maklum kita ada senarai barangan keperluan yang kita kawal pada paras harga tertentu.

Itu akan diteruskan. Kita akan terus mengadakan senarai ini dan memastikan jika harga meningkat, ia meningkat kerana tidak dapat dielakkan, sekurang-kurangnya ia meningkat pada kadar berpatutan.

Rumah-rumah dikenakan sewa termampu, harga termampu. Kita prihatin. Ini adalah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya. Pada masa yang sama kita perlu memastikan ekonomi kita berkembang kukuh. Kita mesti galakkan pelaburan.

Pelaburan-pelaburan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan. Ini amat penting.

Tetapi kita perlu melatih orang kita agar dapat mengambil kesempatan daripada peluang-peluang pekerjaan yang diwujudkan. Jika mereka tiada kemahiran, apa boleh mereka buat.

BTV: Jadi, semuanya adalah soal pengagihan sumber modal insan.

PM: Sumber-sumber mesti ada.

Jika pelabur datang, kita ada sumber modal insan yang baik, pekerja yang baik, ada disiplin, ada kemahiran, serta sikap yang betul dan cekap, mereka akan datang.

BTV: Maksudnya, Datuk Seri tentunya mahu bercakap tentang menamakan atau melantik barisan Kabinet baru, dari sudut pandangan pelabur, semua orang berminat (untuk mengetahuinya).

PM: Semua orang berminat.

BTV: Sebab mereka akan membantu Datuk Seri memerintah Malaysia bagi lima tahun akan datang. Jadi, beberapa portfolio tertentu, khususnya, jika boleh saya kata demikian, akan diteliti, iaitu portfolio kewangan dan perdagangan. Boleh Datuk Seri beri komen mengenainya.

PM: Mereka akan memerhati dengan teliti siapa yang akan ditempatkan di situ. Sama ada mereka berpuas hati atau tidak, sama ada kita yakin atau tidak. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Tentunya semua orang ada kaedah penilaian dsb. Ada juga muka baru.

BTV: Maksud saya, sejauh manakah Datuk Seri akan mengambil kira suara rakyat.

PM: Tentu sekali saya mesti mengambil kira suara rakyat. mana boleh kerajaan tidak mengambil kira suara rakyat, apa yang mereka mahu. Saya melalui empat tahun lepas. Saya tahu, ada banyak berkata yang mereka fikir saya tidak buat, yang mereka ingin buat. Mereka tanya Pak Lah kenapa Pak Lah tak mahu dengar cakap mereka. Inilah antara sebab mereka memberi reaksi sedemikian.

BTV: Sekarang ini, pilihan raya, kesudahannya, kejutan, apa jua, sudah agak reda. Jadi, perkara apakah yang Datuk Seri mahu rakyat tumpukan perhatian memandangkan pilihan raya sudah berlalu.

PM: Tumpukan perhatian kepada kerja mereka selepas pilihan raya dan pastikan kita mencapai produktiviti, keupayaan kita untuk bersaing labih baik hari ini daripada semalam. Keazaman untuk berjaya mesti ada. Bersamalah kita.

Kita akan lakukan apa yang terbaik untuk Malaysia.

BTV: Dan Datuk Seri rasa dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan semua cabaran yang Datuk Seri hadapi, Datuk Seri agak yakin, saya pasti Datuk Seri yakin, untuk terus mengorak langkah ke hadapan.

PM: Saya suka cabaran. Ia membuat saya bertenaga.

-- BERNAMA

Selangor PAS admits to secret meetings with Umno on crossing over


Sunday, 16 March 2008

Selangor Pas and Umno leaders held secret meetings immediately after the BN Selangor government fell to the opposition but Pas assemblymen insisted that they never had any intention of deserting the coalition.

MP for Shah Alam Khalid Abd Samad said Pas commissioner Datuk Dr Mohd Hassan Mohd Ali attended a meeting with Datuk Seri Dr Khir Toyo to pre-empt any attempt by Umno to used foul means to nullify the election.

Selangor Pas had full knowledge of the meetings initiated by Umno and they were encouraged, as a strategy, to prevent those unhappy with the election results from resorting to anything drastic.

“Fears of another May 13 were circulating and discussions were kept going as a ploy, to prevent it from becoming a reality,” Khalid who is Selangor PAS Deputy Commissioner (2) told a press conference today at the Pas Shah Alam branch. Also in attendance were Dr Mohd Hassan and other newly elected Pas assemblymen.

However, Khalid refused to disclose where the meetings were held but said they received the first invitation last Sunday. Pas, he insisted, was always committed to the election pact with DAP and PKR.

Dr Mohd Hassan refused to comment on the topic except to strongly deny allegations over the internet that Pas had considered deserting the coalition.

“There was never our intention and we have remained committed to our coalition partners,” he said.

In the meantime, all elected Pas representatives must openly declared their assets and interest within three months to Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

“PAS Exco members will not be allowed to be involved in any businesses to avoid conflicts of interest,” he said. “Exco members will be required to relinquish their positions and interest in private companies.”

Dr Mohd Hassan said PAS representatives will also be required to contribute 30 per cent of their allowance to help the needy.

PAS has not demanded any Exco positions in Selangor. “We are aware we have the least seats among the coalition so we are waiting for the Menteri Besar to decide,” he said. - NST

Malaysia: This May Be My Last Term, Says PM


PUTRAJAYA, MALAYSIA: Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi admitted that if he can't live up the expectations of the people again, this would be his last term as Prime Minister.

He said that he will use his “strong majority” to settle the major elections topics such as inflation, crime and corruption.

“I have heard the voices of the people. I know if I do not improve, this will be my last term. However, we still have the majority support and continue to lead the country.”

Abdullah told Reuters and CNBC in a joint interview Friday (14 Mar) that he doesn't see Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and the PKR adviser Dato' Seri Anwar Ibrahim as a threat.

“I have full confidence on Najib. As for Anwar, it is his business on how he wants to continue his political game.”

On the other hand, Abdullah said that the voters might have made a wrong decision for choosing the opposition.

“If it is their mistake, they must face it.” (Sin Chew Daily)

Ulasan Anwar mengenai kempen ganas pro DEB


Posted by labisman

Sunday, 16 March 2008


Oleh Anwar Ibrahim

AGENDA Ekonomi Malaysia oleh KeADILan adalah komited untuk memperbaiki dan menaiktaraf golongan miskin dan terpinggir samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lainnya.

Kami sentiasa menegaskan bahawa di bawah kepimpinan kami, kepentingan orang Melayu akan dipelihara dan kami kekal komited untuk membina sebuah sistem baru yang lebih adil, lebih saksama dan berperanan untuk memastikan tidak ada seorang pun yang ketinggalan di belakang tanpa mengira apa agama dan bangsa mereka.

Kami merancang untuk melaksanakan mekanisme-mekanisme baru untuk menyalurkan bantuan ekonomi kepada sejumlah besar peniaga-peniaga kecil dalam komuniti Melayu dan memastikan peluang pendidikan, skim kewangan mikro kredit, perkhidmatan sosial dan kebajikan serta pelbagai lagi bentuk bantuan ekonomi terbuka untuk masyarakat Melayu.

Saya percaya bahawa semua rakyat Malaysia termasuklah golongan Melayu mengalu-alukan mandat yang diperolehi KeADILan pada 8 Mac lepas dan mereka memandang ke hadapan untuk membentuk sebuah kerajaan yang lebih berakauntabiliti, memerangi rasuah dan melaksanakan janji-janji untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan membasmi kemiskinan di dalam pelbagai sektor masyarakat.

Justeru saya turut terkesan dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh segelintir pihak untuk mengapi-apikan sentimen perkauman selepas Pilihanraya Umum 8 Mac yang lepas.

Kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kempen ganas ini dipeloporti segelintir Melayu korporat dan pimpinan Umno yang bersalah kerana menyalahguna dan menyelewengkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk memperkayakan kelompok dan kroni mereka menggunakan wang yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat.

Hubaya-hubaya ini mempergunakan Umno dan media kawala kerajaan untuk menyemarakkan rasa takut di kalangan masyarakat Melayu dan mengalihkan tumpuan daripada kekalahan mereka dan kegagalan terbesar Umno dalan sejarah, kepada memberi tumpuan dan fokus kepada keperluan seluruh rakyat Malaysia termasuklah Melayu miskin dan tertindas.

Saya menyeru kepada seluruh rakan warga Malaysia untuk menolak usaha desperado tajaan pimpinan dan ahli Umno untuk menyelamatkan harapan rakyat daripada dimanipulasi sebuah parti yang rosak yang menyemarakkan ketakutan rakyat dan berusaha memecahbelahkan rakyat negara ini.

Kita mesti kekal bersatu untuk menjunjung Harapan Baru untuk Malaysia - (KLPOS)

Perhimpunan diwar-war TV3 di Ipoh batal

Sun | Mar 16, 08 | 1:20:31 pm MYT

IPOH, 16 Mac (Hrkh) - Perhimpunan yang kononnya bakal diadakan untuk memberi sokongan kepada orang Melayu dan instituti Diraja Perak anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akhirnya tidak kesampaian apabila permit perhimpunan tidak diluluskan polis.

Pihak polis juga telah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan yang dijadual pada pagi ini di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz yang lebih dikenali sebagai Padang Polo.

Tinjauan Harakahdaily pagi tadi mendapati pihak polis telah mengawal semua jalan menuju ke taman tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Tinjauan yang dibuat sehingga jam 11.00 pagi mendapati tidak ada tanda-tanda perhimpunan itu diadakan.

Apa yang kelihatan di kawasan terbabit hanyalah beberapa orang Cina tua yang menggayakan senaman tai chi.

Khabar berhubung perhimpunan itu disebarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan diwar-warkan TV3 melalui rancangan Buletin Utama, Jumaat lalu.

Wakil penganjur, Mohd Ibrahim Mat Zin dalam sidang medianya semalam, bagaimanapun mengumumkan pembatalan perhimpunan itu atas nasihat pihak polis.

TV3, stesen TV milik parti pembangkang BN (di Pulau Pinang, Perak dan Selangor) sebelum ini menyifatkan perhimpunan anjuran Umno di Komtar, Pulau Pinang, Barisan Bertindak Melayu (Bertam) di Shah Alam dan cadangan perhimpunan di Padang Polo, Ipoh sebagai 'perhimpunan aman', walaupun sebelum ini mengistilahkan perhimpunan seumpama itu sebagai 'perhimpunan haram' yang boleh mencetuskan 'keganasan'.- tajdid

DEB: Gerakan bantah demo Umno

DEB: Gerakan bantah demo Umno Mar 15, 08 8:16pm Berdemonstrasi untuk menyuarakan pandangan bukanlah kaedah yang wajar dan ia bertentangan dengan keputusan BN dan Perdana Menteri, kata pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Koh berkata demonstrasi anjuran pemimpin dan penyokong Umno di Komtar semalam tidak bersesuaian dalam masyarakat majmuk.

Kira-kira 1,000 penyokong Umno menghadiri perhimpunan tersebut, yang ketuai antaranya oleh setiausaha perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim, selama satu jam.

Turut berucap di demonstrasi itu: bekas timbalan ketua menteri Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah, wakil rakyat Sungai Dua - Datuk Jasmin Mohamed, dan ketua bahagian Bukit Mertajam - Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Mereka berkumpul di kaki bangunan Komtar sebagai membantah kenyataan ketua menteri baru Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang ingin memansuhkan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah membiakkan amalan rasuah dan pilih kasih.

Bersama beberapa sepanduk, kumpulan itu melaungkan slogan-slogan, antaranya "Jangan pinggirkan Melayu" dan "Jangan hapuskan DEB".

Koh berkata, walaupun demonstrasi itu hak semua individu untuk meluahkan perasaan tetapi ia haruslah dimanfaatkan dengan baik agar tidak meningkatkan lagi ketegangan atau konflik antara kaum.

"Kebebasan berhimpun harus digunakan dengan matang dan berkesan," katanya.

"Selain demonstrasi jalanan, menganjurkan forum dan seminar, menghantar memorandum dengan cadangan konkrit, disokongan dengan fakta dan perangkaan, menjadi pendekatan yang lebih berhasil ke arah menyelesaikan sesuatu isu, termasuk langkah-langkah memperbaiki status sosio-ekonomi sesuatu kumpulan atau masyarakat yang terpinggir.”

MB Perak angkat sumpah esok


Majlis angkat sumpah jawatan menteri besar Perak akan diadakan pada jam 11.30 pagi esok di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Perak, Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor hari ini.

Dalam kenyataannya kepada Bernama, Abdul Rahim berkata pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah telah berkenan mengadakan majlis tersebut.

Sehari sebelum setiausaha PAS Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin (Gambar) dari PAS, dijadual mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak Khamis lalu, pemimpin DAP, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan mengarahkan semua 18 wakil rakyat DAP di negeri itu supaya jangan menghadiri majlis tersebut.

Beliau bagaimanapun menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada sultan dan pemangku sultan Perak.

Bagaimanapun, pada sebelah paginya, PKR pula mengancam akan keluar dari kerajaan campuran dengan DAP dan PAS, kerana kerana tidak bersetuju dengan pembahagian kerusi exco negeri.

Perkara itu selesai selepas mesyuarat antara ketiga-tiga parti berkenaan memutuskan PKR diberikan tiga jawatan exco berbanding satu saja sebelum itu.

DAP pula mendapat enam kerusi exco berbanding lapan dalam peruntukan awal manakala PAS kekal dengan satu kerusi exco, selain jawatan Menteri Besar.

Berikutan ketidaksefahaman antara ketiga-ketiga parti yang menganggota kerajaan campuran di Perak itu, maka Raja Dr Nazri telah menangguhkan majlis angkat sumpah menteri besar.

Baginda juga menitahkan kesemua 31 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari DAP, PKR dan PAS menandatangani surat persetujuan menubuhkan kerajaan campuran dan menerima pelantikan Mohammad Nizar, yang juga Adun Pasir Panjang, sebagai menteri besar.

Surat berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Abdul Rahim untuk dipersembahkan kepada Raja Dr Nazrin Shah pada jam 5.30 petang Jumaat.

Komentar semasa: Budaya kotor Umno

Saya melihat Malaysia sekarang menuju ke arah satu perubahan baru politik dan ekonomi serta sosial rakyat sekiranya Barisan Alternatif (BA) pandai merancang dasar berkaitan dengannhya dengan sempurna dan berkesan.

Perubahan itu boleh dinamakan reformasi rakyat selepas dasar pemerintahan Barisan Nasional (BN) gagal menyelesaikan kemelut Malaysia yang didominasi pelbagai kaum dan kecenderungan politik serta budaya hidup mereka selepas 50 tahun negara ditadbir parti itu.

Umno sendiri gagal memberi keyakinan konkrit bahawa sudah 50 tahun orang Melayu dibangunkan kehidupan mereka dengan keselesaan hidup yang memberangsangkan sedangkan sebenarnya keselesaan hidup itu diberikan kepada golongan elit politik Umno dan kroni kepimpinan tertinggi parti itu.

Kehidupan orang Melayu sendiri tidak berubah di bawah Umno, menjadi manusia yang mudah ditipu berkali-kali dengan janji-janji kosong pemimpin Umno kononnya untuk kemajuan dan pembangunan bangsa Melayu sedangkan relaitinya indah khabar dari rupa.

Orang Melayu akan kaya dan senang sekiranya menjadi pengampu pemimpinnya dan sentiasa memberi sumbangan rasuah bila diperlukan untuk kepentingan politik dan peribadi pemimpin-pemimpin terbabit.

Sebagai balasannya orang Melayu terbabit biasanya golongan usahawan dan kontraktor binaan, diberi habuan projek melalui tender tertutup yang sudah ditentukan berapa peratus habuan perlu diberikan kepada pemimpin Umno yang meluluskan projek berkenaan.

Bahkan pemandu kenderaan kerajaan pun menerima habuan itu dari projek terbabit. Saya diberitahu oleh seorang kontraktor Umno dalam satu pertemuan di Kuala Terengganu baru-baru ini bahawa terdapat projek tertentu di Terengganu, yang pemimpin tertentu Umno mahukan RM4 juta untuk diluluskan.

Jika kontraktor berkenaan sanggup memberikan wang sejumlah itu kepada pemimpin itu maka projek berkenaan akan diberikan kepada beliau.

Ini sebagai satu contoh amalan korupsi bermaharajalela di kalangan pemimpin Umno kononya demi survival politik pemimpin terbabit.

Amalan inikah yang membawa kemajuan dan kemakmuran kepada negeri dan negara? Amalan inikah yang membawa perubahan dan ketamaddunan dalam budaya hidup masyarakat Melayu?

Budaya kotor ini menjadikan rakyat Melayu tidak berubah dan membiarkan kepincangan pentadbiran politik Umno menghantui kehidupan rakyat di saat orang Melayu sendiri terpinggir dari mengecapi arus kemajuan secara adil sehingga jurang golongan miskin dan kaya dirapatkan.

Kemelut kepincangan ekonomi dan politik ini juga berlaku di kalangan kaum lain termasuk Cina dan India.

Taukeh-taukeh Cina di Terengganu ketika ditemui amat jengkel dengan penguasaan projek pembangunan di negeri itu apabila ia dikuasai oleh syarikat-syarikat tertentu sahaja yang ada kaitannya dengan Perdana Menteri dan Menteri Besar negeri itu yang lalu.

Begitu juga keadaannya di negeri-negeri lain. Kesedaran rakyat semua kaum dalam hal ini antara lain mendorong mereka membuat perubahan agak besar juga dalam pilihan raya umum yang lalu apabila lima negeri menjadi milik Barisan Alternatif (BA) termasuk Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kedah dan Kelantan yang kekal di tangan PAS.

Sebenarnya, rakyat secara umumnya sudah tidak percaya dengan BN/Umno untruk terus mengurus negara ini kerana banyak bukti lain memperlihatkan kegagalan parti itu memacu negara ke arah lebih baik , adil dan saksama.

Kemakmuran dan keamanan yang dibina Umno ialah untuk memberi keselesaan yang tidak terhingga kepada kroni-kroni parti itu merompak harta kekayaan rakyat termasuk royalti minyak dan gas Terengganu.

Tangan kotor pemimpin Umno telah menyebabkan kekayaan negeri itu diselewengkan untuk membina projek yang bukan untuk rakyat termasuk Monsoon Cup dan Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man Kuala Terengganu, melalui saluran Dana Khas Jabatan Permbanguan Persekutuan.

Yang kenyang ialah kuncu-kuncu Khairy Jamaluddin dan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar sebelum ini.

Saya percaya penemuan gas di perut bumi Kelantan juga akan dieksploitasi Umno supaya kerajaan PAS Kelantan berputih mata melihat ianya dibawa keluar dari bumi itu tanpa mengembalikannya kepada negeri dan rakyat negeri itu.

Ini adalah kerja-kerja terkutuk Umno yang amat dibenci rakyat mungkin dilaksanakan jika arus kesedaran pemimpin parti itu belum pulih sehingga realitinya parti itu tidak akan mengembalikan hasil bumi kepada rakyat negeri itu secara langsung melalui pentadbiran yang sah dipilih rakyat.

Ancaman di Pulau Pinang pula menunjukkan kedegilan Umno menongkah arus kebangkitan rakyat dengan mengancam serta mendesak Kerajaan Pusat tidak menyalurkan projek pembangunan secara berterusan dipercayai akan memakan diri mereka sendiri apabila rakyat negeri itu akan memulangkan paku buah keras kepada parti itu dalam pilihan raya umum ke 13.

Ia untuk menyatakan bahawa parti itu bukan bermusuh dengan DAP dan kerajaan Pulau Pinang sahaja tetapi ia bermusuh dengan rakyat negeri itu sendiri.

Di Terengganu tunjuk perasaan menentang kerajaan boleh memberi kesan sedikit sebanyak kerana ramai di kalangan rakyatnya masih dibelenggu pemikiran beku dan jumud acuan Umno tetapi tidak di Pulau Pinang kerana parti itu bukan dominan penduduk negeri itu yang majoritinya kaum Cina.

Reformasi rakyat melalui pilihan raya umum ke 12 walaupun tidak sepenuhnya di negara ini sekurang-kurangnya mengajar Umno/BN supaya menjadi parti yang prihatin masalah rakyat bukan biadap terhadap mereka.

Agenda ekonomi PKR ganti DEB

PKR bertegas menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang didakwanya hanya memanfaatkan elit politik tertentu dengan dasar ekonomi yang baru - Agenda Ekonomi Malaysia (AEM).


Walaupun terpaksa berdepan bantahan Umno, PKR berjanji akan meneruskan AEM yang mempunyai lima matlamat besar:

- melaksanakan kaedah pengagihan semula kekayaan secara adil, seimbang dan sama rata,
- memerangi rasuah, kronisme dan nepotisme,
- dasar afirmatif yang memihak kepada kumpulan miskin
- menyalurkan kekayaan negara untuk pendidikan, kesihatan dan perumahan yang lebih baik,
- meningkatkan daya saing ekonomi negara.

Timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali berkata dasar-dasar AEM ini telah diperkenalkan beberapa tahun lalu lagi oleh penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga bekas menteri kewangan, melalui ucapan, artikel dan janjinya untuk pilihanraya umum 8 Mac lalu.

"(DEB) selama ini telah banyak disalahgunakan oleh segelintir pemimpin dan kroni dalam Umno dan BN bagi merompak kekayaan negara ini demi kekayaan mereka sendiri atas nama Melayu keseluruhannya," kata Dr Syed Husin dalam satu kenyataan hari ini.

"Ia mendorong amalan pilih kasih yang bercanggahan dengan semangat keadilan dan sama rata untuk semua rakyat Malaysia, khususnya golongan miskin, terpinggir dan tidak bernasih baik dalam semua kaum."

Menurut Anwar, AEM yang menjadi tonggak janji-janji pilihanraya PKR boleh dilaksanakan di peringkat negeri untuk mengurangkan dasar-dasar afirmatif berasaskan kaum seumpama DEB dan sekali gus melaksanakan sistem berasaskan merit dan lebih berdaya saing.

"Ini akan meningkat segera pelaburan asing, menambahbaik perolehan cukai negeri dan mempromosikan keadilan dan kesamaan pendapatan," katanya dalam satu kenyataan awal minggu ini.

Beliau, yang juga bekas timbalan perdana menteri, menambah "kita akan menunaikan janji kita untuk melindungi masyarakat dari setiap kaum daripada terus terpinggir."

Anwar sering menjadi sasaran Umno berhubung isu hak-hak Melayu khususnya sejak pakatan PKR, DAP dan PAS berjaya menumbangkan empat lagi kerajaan negeri, selain berjaya mengekalkan Kelantan.

Beliau juga dijadikan sasaran kecaman Umno susulan kenyataan ketua menteri baru Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang mendakwa negeri itu - yang kini ditadbir kerajaan campuran DAP-PKR - tidak akan melaksanakan lagi DEB yang membiakkan rasuah danpilih kasih.

Semalam penyokong Umno menganjurkan demonstrasi, satu di pulau mutiara itu dan satu lagi Selangor bagi membantah usaha menggantikan DEB.

Dr Syed Husin berkata, media yang dikawal kerajaan BN cuba memberikan gambaran bahawa PKR tidak mempunyai program untuk membasmi kemiskinan orang Melayu.

"Kami ingin menekankan bahawa satu dasar yang memberikan kelebihan kepada semua rakyat Malaysia yang miskin, terpinggir dan tidak bernasib baik tanpa mengira kaum akan memberi lebih manfaat kepada orang Melayu, kerana mereka paling ramai dalam golongan termiskin," tambahnya.

Sementara itu, kerajaan Pulau Pinang hari ini berjanji tidak akan melaksanakan sebarang dasar yang merugikan penduduk negeri itu, kata Lim.

Sambil menegaskan tiada pihak yang akan disisihkan, Lim berkata kerajaan pimpinannya akan mengagihkan kekayaan negeri kepada seluruh penduduk.

Ditanya mengenai isu dasar ekonomi kontroversi itu, Lim berkata: "DEB tidak ada isu langsung.

"Sekarang kita hanya nak buat tender terbuka. Kalau ini pun dianggap sebagai isu, apa yang boleh saya buat."

Majoriti wakil BN sokong Isa

Majoriti wakil rakyat BN menyokong menteri besar baru Perlis Datuk Mat Isa Sabu.


Malah, satu-satunya wakil PAS Rus'sele Eizan dilaporkan turut menyokong keputusan Raja Perlis.

Wakil Pauh, yang juga adinda Raja Perlis, Datuk Seri Syed Radzlan Putra Jamalullail, berkata 10 wakil rakyat BN termasuk beliau sendiri telah bertemu Perdana Menteri dan Raja Perlis semalam menyatakan sokongan kepada Mat Isa (foto), lapor laman web New Straits Times hari ini.

Laporan itu menyebut hanya empat wakil rakyat menyokong bekas menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim.

Dua daripada mereka - Abdullah Hassan dan Jafperi Othman - di bahagian Arau, masing-masing menang di Sanglang dan Guar Sanji.

Shahidan ialah ketua bahagian Arau. Sementara kerusi parlimen itu pula dimenangi adiknya Datuk Ismail Kassim.

Dua lagi yang menyokong pengerusi BN negeri itu, Khairi Hassan (Mata Ayer) dan Mansor Jusoh (Chuping).

Istana melantik Mat Isa dengan mengetepikan Shahidan yang disokong pengerusi BN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mat Isa, orang lama dalam politik Perlis, ialah bekas setiausaha sulit Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, seorang daripada dua ahli parlimen di negeri itu yang didakwa Shahidan terlibat dalam peminggirannya.

Sementara itu Bernama melaporkan Perdana Menteri berjanji menyelesaikan krisis pelantikan MB Perlis yang membingungkan rakyat negeri itu secepat mungkin.

Wakil Beseri, Mohd Rawi Kassim - seorang daripada 10 yang menyokong Mat Isa - berkata Abdullah akan berbincang dengan istana Perlis berhubung perkara itu.

"Saya jumpa Perdana Menteri dan tiada keputusan (siapa Menteri Besar)," beliau dipetik sebagai berkata hari ini.

Mat Isa turut hadiri di pertemuan itu yang diundang oleh Abdullah dan berlangsung selama selama 45 minit.

Mat Isa bagaimanapun enggan bercakap kepada media.

'Kami mahu tukar pimpinan Perlis'

Datuk Mat Isa Sabu, menteri besar baru Perlis, berkata beliau dan kumpulannya "tidak mempunyai masalah" dengan pengerusi BN negeri Datuk Seri Shahidan Kassim.


Mat Isa bagaimanapun mengakui "wujud masalah kepemimpinan di negeri itu" dan kumpulannya berkempen dalam pilihanraya umum lalu demi melakukan perubahan tersebut.

"Semasa kempen pilihan raya selama 13 hari, kami berkempen bukannya kerana berlawan dengan pembangkang tetapi dengan krisis dalaman pucuk pimpinan Umno Perlis sendiri," katanya hari ini seperti dilapor Bernama.

Beliau juga mendakwa, keputusan pilihanraya 8 Mac lalu memihak kepada kumpulan itu dan pengundi memberikan kemenangan besar kepada BN kerana yakin pada keupayaan mereka.

"Saya mendapat maklum balas bahawa rakyat gembira dengan perubahan baru ini.

"Jika tuan-puan tidak percaya, datanglah ke Perlis hari ini dan melihat sendiri sepanduk yang dipasang rakyat untuk menyatakan sokongan," beliau dipetik sebagai berkata.

Kumpulan sembilan wakil rakyat yang dimaksudkan itu, selain beliau sendiri, termasuklah adinda Raja Perlis dan juga wakil Pauh, Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail, Yip Sun Onn (wakil Titi Tinggi), Dr Por Choo Chor (Indera Kayangan) dan Mohd Rawi Kassim (Beseri).

Dalam laporan itu, Mat Isa turut menafikan beliau didalangi setiausaha agung Umno Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, yang juga ketua bahagian dan ahli parlimen Kangar.

"Kami hanya meminta pertolongan Radzi untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri," katanya.

Mat Isa menjelaskan, beliau bersama kumpulannya itu menghadap Raja Perlis di Istana Siraj, Kuala Lumpur semalam selepas Shahidan berbuat demikian.

Beliau juga mendakwa, tindakan sembilan wakil rakyat itu "dibuat secara sukarela tanpa didalangi mana-mana pihak."

Mengikut Artikel 39 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis, Raja berhak melantik seseorang yang pada fikirannya mendapat kepercayaan ramai wakil rakyat untuk menjadi Menteri Besar bagi mengetuai majlis kerajaan negeri.

Selain Shahidan, empat lagi wakil rakyat BN tidak memihak kepada Mat Isa.

Negeri kecil itu mempunyai 15 kerusi DUN, satu daripadanya dimenangi PAS pada pilihanraya umum Sabtu lepas.

Pelantikan Md Isa Dibuat Berdasarkan Keputusan Majoriti

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Keputusan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail melantik Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis dibuat berdasarkan sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) negeri itu.

Md Isa berkata pemilihan itu dibuat selepas pertemuan Raja Perlis bersama sembilan ADUN termasuk beliau di Istana Siraj, di sini semalam. "Kami (sembilan ADUN) adalah daripada 14 ADUN Barisan Nasional (BN) yang memenangi kerusi pada pilihan raya 8 Mac. Oleh itu kami merupakan suara majoriti dalam DUN Perlis dan mengikut perlembagaan, Raja ada hak melantik mana-mana pihak yang mempunyai bilangan besar sebagai Menteri Besar," katanya kepada pemberita bagi menjelaskan situasi sebenar di Perlis, di sini hari ini.

Katanya lapan ADUN BN -- Yip Sun Onn (ADUN Titi Tinggi), Mohd Rawi Kassim (Beseri), Sabry Ahmad (Santan), Abdul Jamil Saad (Sena), Dr Por Choo Chor (Indera Kayangan), Mat Hassan (Kuala Perlis), Ahmad Bakri Ali (Kayang) dan Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (Pauh) serta beliau yang memenangi DUN Bintong telah bersepakat menemui Raja Perlis sambil disaksikan sendiri oleh Penasihat Undang-undang Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Raja Muda Perlis.

"Datuk Seri Shahidan Kassim telah menemui Tuanku pagi semalam dan kami (sembilan ADUN) telah menemui Tuanku kemudiannya untuk menyatakan pendirian masing-masing sambil mengakui pendirian itu dibuat secara sukarela tanpa didalangi mana-mana pihak," katanya.

Mengikut Perlembagaan Negeri, Artikel 39 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis ada memperuntukkan bahawa Raja hendaklah melantik seorang yang pada fikirannya mendapat kepercayaan ramai ahli menjadi Menteri Besar bagi mengetuai majlis kerajaan negeri.

Md Isa, 61, berkata surat tauliah pelantikan telah disampaikan Raja Perlis kepada beliau untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar berkuatkuasa serta merta.

Beliau menjelaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hanya menghantar surat cadangan kepada Raja Perlis untuk melantik Menteri Besar dan bukannya watikan pelantikan seperti yang dilaporkan beberapa media tempatan hari ini.

"Perdana Menteri mempunyai hak untuk memberi cadangan kepada Tuanku Raja tetapi akhirnya Raja yang ada hak untuk membuat pilihan...saya telah berjumpa Perdana Menteri Isnin lepas untuk memaklumkan perkara ini dan Perdana Menteri mendengar dan mengambil maklum tentang perkara ini," katanya.

Katanya kesembilan daripada mereka mempunyai sebab kenapa tindakan itu dibuat.

"Kami punyai sebab-sebab tersendiri kenapa sembilan daripada kami bersama-sama untuk melakukan perubahan pucuk pimpinan. Semasa kempen pilihan raya selama 13 hari, kami berkempen bukannya kerana berlawan dengan pembangkang tetapi dengan krisis dalaman pucuk pimpinan Umno Perlis sendiri," katanya.

Bagaimanapun, katanya keputusan pilihan raya memihak kepada mereka dan rakyat memberikan kemenangan yang tinggi kerana yakin terhadap keupayaan mereka. "Saya mendapat maklum balas bahawa rakyat gembira dengan perubahan baru ini. Jika tuan puan tidak percaya, datanglah ke Perlis hari ini dan melihat sendiri sepanduk yang dipasang rakyat untuk menyatakan sokongan," katanya.

Md Isa turut menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang permasalahan dengan Shahidan dan menafikan 'kumpulan' itu didalangi oleh Anggota Parlimen Kangar Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang juga Setiausaha Agung Umno.

"Kami hanya meminta pertolongan Radzi untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri," katanya.

Katanya selepas ini beliau akan menubuhkan kerajaan dalam masa terdekat selepas majlis angkat sumpah diadakan.

"Saya berterima kasih kepada rakyat Perlis yang menyokong BN dan yakin perkara ini akan selesai dalam masa terdekat. Saya berharap semua bersatu padu dan yakin terhadap kepimpinan baru," katanya.

Md Isa, bekas guru di Sekolah Menengah Tengku Sulaiman Tunjung merupakan veteran UMNO Perlis dan mula menjadi wakil rakyat sejak 1986.

-- BERNAMA

Krisis pilih MB Terengganu, Perlis - ‘8 ADUN sokong saya’

KANGAR 15 Mac – Datuk Dr. Md. Isa Sabu yang mendapat perkenan istana menjadi Menteri Besar Perlis yang baru mendakwa menerima sokongan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengatasi Datuk Seri Shahidan Kassim yang hanya disokong oleh lima ADUN.

Beliau berkata, sokongan daripada lapan ADUN itu membolehkan beliau dipilih sebagai Menteri Besar mengikut undang-undang pembentukan kerajaan negeri Perlis.

‘‘Ini bermakna saya mendapat undi DUN yang lebih banyak berbanding Shahidan yang hanya mendapat lima.

‘‘Secara rasmi mengikut syarat penubuhan kerajaan negeri Perlis, sokongan yang lebih banyak ini mengesahkan jawatan saya sebagai Menteri Besar,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur hari ini.

Md. Isa berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pergolakan pemilihan jawatan Menteri Besar Perlis.

Kelmarin, Shahidan mengumumkan bahawa beliau telah menerima watikah pelantikan sebagai Menteri Besar daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan akan menghadap Raja Perlis dalam masa terdekat.

Bagaimanapun kejutan berlaku semalam apabila Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis, Mohd. Adib Zakaria mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa Raja Perlis telah berkenan Md. Isa yang juga ADUN Bintong sebagai Menteri Besar Perlis menggantikan Shahidan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 baru-baru ini, Barisan Nasional (BN) memenangi 14 kerusi DUN daripada 15 kerusi yang dipertandingkan. BN hanya kalah di DUN Simpang Empat kepada Pas.

Md. Isa berkata, Shahidan hanya menerima watikah pelantikan daripada Perdana Menteri sebagai Menteri Besar tetapi mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis, raja hendaklah melantik seorang yang pada fikirannya mendapat kepercayaan ramai ahli bagi mengetuai majlis kerajaan negeri.

‘‘Lapan DUN telah memberi sokongan, jadi saya harus memimpin mereka dan negeri,” ujarnya.

Ditanya mengenai majlis angkat sumpah sebagai Menteri Besar, Md. Isa berkata, ia akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

MB T'ganu terus jadi misteri

Kedudukan menteri besar Terengganu kini masih lagi misteri apabila tiada sebarang tindakan atau tanda-tanda calon yang layak dilantik - malah kini kelihatan wujud "ketegangan" antara BN dengan istana.


Ia seolah-olah sedang mengulangi fenomena pelantikan menteri besar Perlis semalam apabila istana memilih calonnya sendiri Datuk Mat Isa Sabu, dengan mengetepikan calon parti pemerintah, pengerusi BN negeri Datuk Seri Shahidan Kassim yang disokong Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Walaupun kedua-dua dimenangi BN dengan majoriti besar tetapi pelantikan ketua kerajaan negeri menjadi masalah.

BN mengekalkan 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 8 Mac lalu.

Pagi tadi pertemuan antara semua wakil rakyat BN dengan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu yang dijadual di sebuah hotel tiba-tiba dibatalkan.

Pengerusi BN negeri Datuk Seri Idris Jusoh awal-awal lagi tidak diundang ke pertemuan ini, antaranya dikatakan akan membincangkan pelantikan menteri besar.

Pertemuan itu dilaporkan dibatalkan melalui mesej SMS kepada 23 wakil rakyat terbabit kira-kira jam 9 pagi tadi, hanya dua jam sebelum ia diadakan.

Ia dibatalkan tanpa alasan yang jelas, dilaporkan atas arahan pihak istana sendiri.

Menurut satu sumber yang dipetik Bernama, pertemuan itu tidak pasti sama ada akan diadakan semula akan datang.

Pembatalan di saat-saat akhir ini sekali gus memanjangkan lagi spekulasi bahawa Idris tidak akan dilantik semula sebagai menteri besar.

Istana dikatakan mempunyai calon lain tetapi Malaysiakini beberapa hari lalu difahamkan, bahawa Umno negeri cuba mempertahankan Idris sebagai ketua kerajaan.

Hari ini 20 wakil rakyat BN dilaporkan bertemu Perdana Menteri dan menyatakan sokongan kepada Idris.

Dalam pertemuan dengan Abdullah, lapor laman web New Straits Times, Idris dan calon-calon yang disebut menggantikannya tidak hadir.

Wakil Kijal Datuk Ahmad Said dan wakil Ajil Datuk Rosol Wahid, kedua-duanya exco pada penggal lalu, tidak kelihatan. Dua nama ini paling sering disebut-sebut mengambil alih kerajaan Terengganu.

Adun Chukai, Datuk Mohd Awang Tera, yang menyatakan pendiriannya dan Umno negeri untuk meneruskan khidmat Idris turut kelihatan dalam pertemuan dengan Abdullah.

Keputusan pertemuan itu, setakat ini, belum jelas.

Misteri menteri besar Terengganu mula merebak kepada umum selepas majlis angkat sumpah Idris yang dijadual di Istana Maziah awal minggu ini ditangguhkan secara mendadak dan hingga kini tarikh itu belum ditetapkan.

Idris memegang jawatan tersebut sejak 2004 selepas BN menang besar dengan merampas negeri itu daripada PAS dalam kempen 'gelombang biru'

DAP-PKR-PAS Cukup Menyedari Tentang Jawatan Timbalan Menteri Besar

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Gabungan DAP-PAS-PKR menegaskan malam ini bahawa mereka menyedari bahawa jawatan timbalan Menteri Besar Perak I dan II tidak diperuntukkan dalam perlembagaan Negeri Perak.

Dalam satu kenyataan ditandatangani oleh tiga pemimpin peringkat negeri itu -- setiausaha perhubungan PAS Perak Mohammad Nizar Jamaluddin, Pengerusi DAP negeri Ngeh Koo Ham, dan pengerusi Parti Keadilan Rakyat Zulkifli Ibrahim, gabungan itu berkata perlembagaan negeri hanya memperuntukkan jawatan Menteri Besar dan sepuluh anggota Exco negeri.

Kenyataan itu dikeluarkan kepada Bernama di sini.

"Sebarang rujukan kepada pangkat/jawatan (timbalan Menteri Besar I dan timbalan Menteri Besar II) adalah semata-mata untuk tujuan pentadbiran dalam kerajaan campuran yang akan dibentuk.

"Kami seterusnya ingin menjelaskan bahawa tiada mesyuarat antara kami dengan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, atau sebarang rundingan mengenai jawatan berkenaan,' jelas pemimpin itu.

Dalam kenyataan itu juga, gabungan berkenaan turut mengucapkan tahniah kepada Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim atas kelahiran seorang putera mereka pada 14 Mac.

"Kami menyertai seluruh rakyat Perak meraikan peristiwa yang menggembirakan ini," kata kenyataan itu.

-- BERNAMA


Cabaran Terhadap PM Semakin Ketara

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

SUKA atau tidak, kita terpaksa berterus terang bahawa wujud tanda-tanda yang sangat jelas iaitu kedudukan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri semakin tercabar.

Antara lain:

1. Sudah terdengar suara lantang dan jelas dari dalam Umno sendiri meminta Perdana Menteri menerima tanggungjawab di atas prestasi buruk BN dalam pilihan raya umum baru lalu;

2. Sudah ada bukti bertulis dalam bentuk surat Ahli Parlimen Jerlun merangkap ahli Majlis Kerja Pemuda Umno Malaysia, Mukhriz Mahathir, yang merayu Perdana Menteri meletakkan jawatan;

3. Pelbagai mesyuarat dan pertemuan tertutup yang membabitkan pembesar dan aktivis Umno yang merayu Perdana Menteri memikirkan kepentingan parti dan negara daripada kepentingan peribadi;

4. Penolakan oleh Raja Perlis terhadap pencalonan Shahidan Kassim sebagai Menteri Besar walaupun dia mendapat surat tauliah daripada Abdullah. Sebaliknya Istana melantik calon lain;

5. Kelewatan Sultan Terengganu memperkenankan pelantikan semula Idris Jusoh sebagai Menteri Besar walaupun dia berjaya dengan cemerlang mempertahankan negeri itu daripada jatuh ke tangan pembangkang; dan

6. Perisytiharan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP untuk memansuhkan peruntukan-peruntukan tertentu Dasar Ekonomi Baru.

Setelah pengundi berterus terang dengan Perdana Menteri dan BN pada 8 Mac lalu adalah satu kesilapan besar bagi sesiapa pun berpura-pura seolah-olah tiada apa yang terjadi.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising