Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, March 9, 2008

Tubuh parti baru ganti BN


Pilihan raya umum ke 12 telah berakhir pada 9 Mac hari ini, dengan menyaksikan Barisan Nasional (BN) tidak berjaya mempertahankan dua pertiga majoriti penguasaan kerusi-kerusi di parlimen.

Kemenangan majoriti mudah BN dengan hanya memperolehi 140 kerusi parlimen menonjolkan kerajaan pertama tidak mempunyai majoriti dua pertiga selepas 50 tahun kemerdekaan negara dan sejak BN memerintah negara.

Sementara pembangkang kini menggugat keupayaan BN menguasai parlimen dengan mengumpul 82 kerusi dalam pilihan raya itu serta menguasai lima negeri termasuk mengekal kemenangan di Kelantan, merampas Kedah, memenangi pilihan raya di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Penulis mengharapkan kesepaduan pentadbiran kerajaan Barisan Alternatif (BA) di lima negeri berkenaan nanti boleh mencetuskan asas untuk menawan negeri-negeri lain khususnya negeri potensi besar BA seperti Terengganu dan Pahang melalui contoh pentadbiran yang dinamik dan perofesional serta berkebajikan.

Target paling penting untuk pilihan raya umum ke 13 ialah mentadbir negara Malaysia dengan melihat penyelesaian masalah rakyat sebagai agenda utama negara bukan agenda pemimpinnya.

Mulai dari sekarang negeri-negeri di bawah BA perlulah ada suatu penyelarasan pentadbiran dengan mewujudkan suatu jawatankuasa khusus bagi menangani masalah kerjasama antara kerajaan di saat BA belum menguasai parlimen sepenuhnya.

Saya percaya suatu perkembangan positif akan berlaku selepas ini sekiranya masing-masing parti dalam komponen BA memantapkan kerjasama dan merancakkan agenda menangani masalah rakyat lebih dari segala-galanya.

Kemiskinan di setiap negeri BA perlu diberi keutamaan sehingga pelan tersusun dibentuk untuk mengurangkan kadar kemiskinan dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi.

Di negeri-negeri BA mempunyai hasil masing-masing termasuk balak, air, hartanah, perindutsrian dan perkilangan.

Para pemimpinnya jangan sekali-kali lebih menumpukan soal bagaimana memperkaya diri sendiri sebagaimana berlaku di kalangan pemimpin BN sebelum ini dengan membiarkan rakyat melayari kehidupan serba kekurangan dan kesempitan.

Selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia yang menjadi kejutan jatuh ke tangan BA, boleh menjana kehidupan rakyat lebih dinamik dengan mengenalpasti permasalahan mereka dan mengatasi dengan perancangan pembangunan seimbang antara material dan spritual.

Antara agenda penting juga pada pemikiran penulis ialah mula merancang dari sekarang untuk mengatasi masalah penguasaan media dan pemilikan media bagi menghadapi serangan berganda BN untuk memulihkan semula keyakinan rakyat kepada kewibawaan mereka memerintah negeri dan negara.

Satu mekanisme perlu digembelingkan sehingga berjaya mewujudkan suatu rangkaian media berwibawa dan profesional di bawah pentadbiran negeri masing-masing sehingga ia mampu membuat lonjakan paradigma untuk menguasai rakyat dan negara ini pada pilihan raya umum ke 13.

Penulis mencadangkan supaya untuk melihat potensi pemerintahan BA yang lebih bersepadu dan lebih berjaya satu parti baru perlu ditubuhkan bagi menggantikan gabungan parti BN.

Ia simbul dan kesepaduan BA sebagai gabungan parti alternatif untuk melihat Malaysia baru selepas pilihan raya umum ke 13 nanti.

Parti-parti BA tidak lagi menggunakan simbul parti masing-masing dalam pilihan raya sebaliknya menggunakan simbol parti BA itu dalam mana-manan pilihan raya yang diadakan selepas ia diluluskan oleh pendaftar pertubuhan nanti.

Gerakan ini perlu bermula dari sekarang jangan menangguhkan usaha murni ini. Kejayaan hari esok ialah bermula hari ini, anak tangga paling atas adalah bermula dari anak tangga paling bawah.

Jangan mulakan api perpecahan kerana ia boleh membakar sekaligus memusnah harapan rakyat kepada parti-parti berkenaan di masa depan.

Berwaspadalah terhadap anasir-anasir musuh yang cuba menggugat kerjasama antara parti BA supaya kesatuan dan tindakan terancang dapat dimula segera dari sekarang untuk kebaikan semua rakyat di seluruh negara.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising