Satu tindakan tidak demokratik menimbulkan provokasi di Rusila, Marang dirancang begitu rupa oleh Barisan Nasional (BN) dengan membawa masuk dua buah bas yang dipercayai membawa pengundi luar ke tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Rusila.
Bagaimanapun seorang pemandu bas berkenaan menafikan bas terbabit dibawa untuk menurunkan pengundi di situ sebaliknya beliau mendakwa bas itu digunakan untuk membawa pengundi berkenaan ke Kuala Terengganu.
Bas terbabit keluar dari kawasan berkenaan apabila petugas-petugas pilihan raya menghalang mereka dari diturunkan di situ untuk mempastikan hanya pengundi tempatan sahaja keluar mengundi bagi melihat demokrasi berjalan dengan lancar dan bersih.
Bagaimanapun bas-bas berkenaan berdegil untuk tidak keluar dari kampung itu lalu petugas-petugas pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang memaksa mereka keluar dari situ.
Berlaku sedikit kekasaran antara petugas pilihan raya dengan pemandu dan penumpang bas terbabit sehingga Polis Simpanan Persekutuan (FRU) masuk campur.
FRU melepaskan kira-kira 50 das gas pemedih mata ke arah petugas pilihan raya di situ dan pengundi sekitar kawasan berkenaan.
Bas itu sengaja dibawa ke kawasan panas bagi menimbulkan ketegangan agar pihak keselamatan boleh bertindak kasar ke atas petugas-petugas pilihan raya di sekitar kawasan pembuangan undi berkenaan.
Beberapa orang pengundi ketika ditemui di kampung berkenaan kesal dengan sikap FRU dan BN yang merancang untuk menimbulkan ketegangan di sekitar kawasan berkenaan dipercayai bertujuan menimbulkan ketakutan dan mengurangkan peratus keluar mengundi di kalangan pengundi DUN Rhu Rendang agar kesannya ditempias ke atas kemenangan calon PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Beberapa orang petugas pilihan raya di tangkap polis dan ditahan di lokap polis Marang. Ada di antara mereka dibawa ke hospital dipercayai terkena tembakan jarak dekat gas pemedih mata pasukan FRU.
Sementara itu di Sekolah Pusat Kuala Ibai, tempat pembuangan undi bagi DUN Batu Burok, Kuala Terengganu yang juga dipercayai kawasan panas cuba dihalang laluan masuk ke tempat mengundi oleh pasukan FRU.
Bagaimanapun dengan perundingan calon PAS DUN berkenaan, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dengan pihak polis ketegangan petugas pilihan raya dengan pihak polis dapat diredakan.
Polis mendakwa terdapat sebuah bas yang dipercayai membawa pengundi luar cuba di bawa masuk ke kampung Kuala Ibai semalam sehingga petugas di sekitar kawasan itu menghalau keluar bas terbabit.
Polis mendakwa ada kumpulan yang melontar objek keras ke arah bas terbabit tetapi tidak diketahui siapa berbuat demikian.
Syed Azman ketika berbincang dengan pihak polis meminta mereka memberikan bukti bahawa petugas pembangkang terbabit dengan perbuatan membaling objek keras berkenaan.
Bagaimanapun mereka tidak mempunyai bukti pembabitan pembangkang dalam insiden terbabit di Kuala Ibai.