Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, March 6, 2008

Umno/BN sudah hancur

Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh didakwa mencantas semua pimpinan setanding atau lebih baik darinya dalam pilihan raya kali ini untuk mempastikan beliau terus menjadi Menteri Besar negeri itu sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya memerintah lagi.

Dikatakan bahawa antara orang yang dicantas dan telah dicalonkan menjadi Menteri Besar Terengganu ialah Datuk Wan Farid Wan Salleh, Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Difahamkan bahawa Wan Farid mempunyai kelayakan itu dan beliau adalah seorang peguam Umno yang berdepan dengan petisyen pilihan raya PAS bagi Bukit Payong dan Tanggol sekitar tahun awal 1990-an.

Saya melaporkan kedua-kedua kes itu dari awal hingga akhir untuk Harakah dan pernah berbual dengan beliau semasa mahkamah berehat. Bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz mengendalikan kedua-dua kes berkenaan.

PAS dan Parti Semangat 46 kalah berhadapan kes yang dikendalikan oleh mereka sebagai hakim dan peguam. Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim al-Marhum Sultan Ismail sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanggol dan Ustaz Haji Baharudin Muhamad calon PAS bagi Bukit Payong pada masa itu.

Saya ada simpan dokumen perbicaraan mahkamah kes petisyen pilihanraya Tanggol. Pada mulanya saya bercadang mahu membukukannya tetapi ia kini hanya sekadar cadangan.

Wan Farid bersama Tan Sri Zaki Tun Azmi, seorang peguam Umno terkemuka yang membabitkan diri dalam beberapa syarikat awam serta seorang anak bekas Ketua Hakim Negara (Tun Azmi) membabitkan diri dalam kedua-dua kes terbabit.

Wan Farid dikatakan terbabit dengan Tragedi Berdarah Batu Burok 8 September tahun lalu apabila didakwa membuat arahan supaya menghalang Ceramah Bersih yang dijangka diadakan di rumah Haji Ahmad Singapura, seorang pemilik rumah di Jalan Persiaran Hakim 1 Batu Burok, Kuala Terengganu.

Difahamkan Idris ketika itu berada di Jordan. Wan Farid didakwa mengarahkan polis untuk bertindak terhadap sesiapa yang menghampiri tempat ceramah berkenaan dengan menangkap dan bertindak ganas terhadap mereka termasuk menyembur air berasid, memukul dan menyepak orang awam.

Polis pencen digunakan untuk memulakan provokasi termasuk melontar batu ke barisan pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU). Dua mangsa termasuk, Suwandi Abdul Ghani dan Azman Aziz, terkena peluru hidup yang merupakan tembakan liar polis berpakaian awam dalam tragedi tersebut.

Penglibatan Wan Farid dalam peristiwa tersebut dinafikan melalui media massa milik Umno.

Idris Jusoh, mencantas semua pemimpin Umno yang dikatakan berada dalam team Timbalan presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Difahamkan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhasrat mahu Wan Farid menjadi Menteri Besar dan mencadangkannya bertanding di DUN Ladang tetapi bantahan keras dari Idris dengan beliau sendiri membawa calon cadangannya kepada Pak Lah di Putrajaya walaupun tidak selari dengan kehendak presiden Umno itu.

Dipercayai Pak Lah menerima semacam ugutan dari Idris, jika nama calon yang dicadangkannya tidak diterima Pak Lah.

Idris telah merancang masa depannya agar team Pak Lah yang Khairi Jamaludin diperayai sedang merancang untuk menafikan team Najib mendominasi kepimpinan Umno selepas pilihanraya umum ke 12 nanti.

Idris telah mencadangkan calon BN yang sedang bertanding sekarang untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai Pengerusi Perhubungan Umno dan Menteri Besar jika BN memerintah semula Terengganu.

Dipercayai Ketua Umno Bahagian Marang Datuk Abdul Rahman Bakar dan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Awang dan lain-lain Ketua Bahagian menjadi mangsa kospirasi ini.

Umno dipercayai sedang teruk berpecah apa lagi selepas pilihanraya umum ke 12 ini. Perpecahan berlaku lebih teruk dari perpecahan Team A dan Team B antara Dr. Mahathir dengan Musa Hitam dan antara Dr. Mahathir dengan Anwar.

Najib dipercayai mempunyai senarai panjang kes skendal termasuk seks dan rasuah. Team Pak Lah di bawah kendalian Khairy cukup senang untuk melemahkan Najib dengan list tersebut. Bahkan dipercayai ada perancangan tertentu termasuk mendedahkan video atau kenyataan atau peristiwa yang berkaitan dengan skendal Najib sama ada membabitkan Najid secara langsung atau sebaliknya.

Jelaslah kebobrokan Umno sudah sampai ke penghujungnya. Rakyat tidak perlu tunggu lebih lama lagi untuk menafikan parti korup itu terus berkuasa. Pilihan raya umum ini adalah masa terbaik menyelamatkan negara dari terus hancur di bawah Umno dan BN dengan menolak parti berkenaan dan menjadikan Barisan Alternatif (BA) sebagai pemerintah Malaysia yang baru untuk kesejahteraan sebenar rakyat.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising