Penduduk Pulau Duyong, Kuala Terengganu hampir pasti akan kehilangan kampung halaman mereka apabila Barisan Nasional (BN) telah membuat satu plan induk pembangunan Pulau Duyong membabit dua komponen pulau termasuk Pulau Duyong Kecil dan Pulau Duyong Besar.
Pulau Duyong Kecil membabitkan infrastruktur pembangunan khas untuk Monsoon Cup sementara Pulau Duyong Besar yang menempatkan perkampungan nelayan dan penduduk Pulau Duyong diubah sebagai kawasan pentadbiran bagi menyokong projek pelancongan dan Sukan Perahu Layar bertaraf antarabangsa di Pulau Duyong Kecil.
Maklumat diterima dari kontraktor dan pekerja-pekerja tempatan bagi projek Monsoon Cup itu menjelaskan penduduk pulau terbabit tidak terlibat dengan projek berkenaan bahkan mereka akan dihalau dari kampung halaman mereka secara terhormat dengan memberi pampasan murah terhadap rumah kayu yang mereka miliki dan tidak mempunyai nilai komersial langsung.
Walaupun tidak dinyatakan penduduk akan dihalau namun menjadi adat projek kerajaan BN, bahawa setiap kawasan pembangunan memerlukan penduduk setempat mengosongkan kawasan berkenaan dan mereka tidak diberikan penempatan semula dengan sewajarnya.
Kebanyakan janji untuk tujuan tersebut sebelum ini dan selama-lamanya (menjadi amalan dan adat dan budaya Umno/BN), hanya tinggal janji dan akan diulang janji itu ketika tibanya saat pilihan raya seperti sekarang.
Haji Wan Ngah Wan Yaacob keturunan keenam Tok Syeikh Duyong menerangkan segalanya betapa hancurnya Pulau Duyong di bawah Idris Jusoh.
Lihat visual di bawah ini.