Penulis ditemui seorang kontraktor Terengganu, Abdul Rahim Jusoh (bukan nama sebenar) menceritakan bahawa penduduk Pulau Duyong, Kuala Terengganu akan dihalau dari kampung halaman mereka sekiranya, Barisan Nasional (BN) memerintah semula negeri itu.
Katanya, pelan induk untuk projek Monsoon Cup dan pelancongan itu sudah siapa sepenuhnya , hanya menunggu masa untuk dilaksanakan sekiranya BN sekali lagi diberi peluang memerintah negeri itu.
Penulis telah menemubual penduduk pulau berkenaan sebelum ini memperingatkan bahawa mereka akan dihalau dari kampung halaman mereka jika parti itu memerintah semula.
Mereka menegaskan akan mempertahankan tanah tumpah darah mereka sekiranya berlaku tindakan sedemikian walaupun terpaksa berhadapan dengan pihak keselamatan.
Penulis sekali lagi memperingatkan penduduk Pulau Duyong khususnya dan rakyat Terengganu umumnya bahawa jangan sekali-kali memperjudikan hidup dengan membenarkan semula BN memerintah Terengganu kerana rakyat sepatutnya melihat keangkuhan yang ditunjukkan oleh Pengerusi Perhubungan Umno, Dato' Seri Idris Jusoh sebagai suatu yang membahayakan masa depan rakyat negeri itu sendiri.
Manusia yang bercakap angkuh dan sombong seperti Idris Jusoh sepatutnya jangan diberi peluang menjadi pemimpin bukan sahaja parti malah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) pun tidak layak diketuai oleh orang sedemikian rupa.
Ini kerana sikap seperti ini boleh menghancurkan perpaduan dan melemahkan kesatuan yang dipimpin oleh orang sedemikian rupa.
Orang Umno sendiri tidak suka dengan perangai Idris Jusoh yang bercakap berdegar-degar bagaikan berlagak seperti samseng. Negeir ini bukan negeri lanun. Negeri Terengganu tidak sepatutnya dipimpin oleh orang yang berlagak sedemikian rupa kerana apakah rakyat Terengganu suka manusia berperangai seperti gengster menjadi peneraju dan pentadbir negeri atau negara?
Lagi hancur negeri dan negara yang sudah menuju kehancuran sekiranya rakyat membiarkan orang-orang seperti ini dipilih dalam pilihan raya sebagai wakil rakyat.
Ahli Umno sendiri dapat saksikan apabila tidak pernah berlaku dalam sejarah, protes diadakan besar-besaran di negeri itu untuk menunjukkan tidak suka mereka terhadap cara Idris mengendalikan soal pemilihan calon pilihanraya umum kali ini.
Idris telah memahat sejarah di zamannya bahawa ahli Umno mengadakan demonstrasi jalanan memprotes ketuanya.
Bekas Menteri Besar negeri itu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad walaupun cuba mencatas musuh-musuhnya dalam politik tetapi ahli Umno tidak sampai mengadakan demonstrasi jalanan, mengangkat sepanduk, menunjukkan protes terhadap kepimpinannya.
Bagaimanapun satu catatan sejarah dalam politik Umno Terengganu di zaman Idris ahlinya membuat protes terang-terangan terhadap kepimpinan Idris yang dipandang janggal dan merimaskan ahli Umno sendiri.
Kalau Umno sendiri rasa rimas dan janggal apalagi rakyat Terengganu. Mereka mempunyai maruah keagamaan, tidak akan menerima perangai manusia yang 'over acting' macam Idris Jusoh. Tengoklah sendiri bila dia bercakap dalam sesuatu majlis.
Menasabahlah ada surat layang yang disebarkan di kalangan ahli Umno yang mendakwa bahawa tidak sepatutnya negeri ini ditadbir oleh 'anak haram' dan anak samseng sebagaimana ayahnya kaki samseng.
'Bolah' (kata orang Terengganu) biarkan negeri diperintah parti dan orang yang seperti Idris Jusoh kerana sekarang pun rakyat susah dan papa kedana, apa lagi dibiarkan terus menerus negeri ditadbir parti itu walaupun sepenggal lagi di bawah BN dan Idris Jusoh.